09/2017 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

September 30, 2017

3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga

3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga | Rumahtangga yang dibina memang penuh pahala. Tapi andai tidak dijaga mengikut landasan syariat boleh mengundang dosa dan murka Allah Taala... 


Sumber: google images

3 Senarai Dosa Suami Isteri sering buat dizaman moden ni, hingga boleh meruntuhkan rumahtangga. Jom semak... 

1. LUAH MASALAH RUMAH TANGGA & KUAT BERAHSIA

Di depan isteri bukan main romantik tapi bila isteri tiada sesuka hati mengurat anak dara orang, isteri pula jika suami ada di depan mata pandailah jaga pergaulan tapi jika suami tiada mulalah mencari ‘suami orang atau jejaka bujang’ meluahkan segala keluhan pasal rumah tangga dan aib keluarga. Suami gatal isteri pula cari jantan, dosa apalagi yang boleh mengheret mereka ke lembah neraka dunia akhirat selain dosa zina?

Peliknya suami isteri sekarang masing-masing tak boleh tengok telefon pasangan. Jika benar-benar jujur tak perlu kita tutupi apa yang kita sembunyi dalam telefon. Jika benar-benar jujur siapa pun boleh tengok dan baca tanpa kita takut dan risau impak yang akan terjadi. Waspadalah hasutan syaitan, kemungkinan kita bermaksiat amat tinggi jika bersendirian!

Dosa yang dilakukan apabila bersendirian akan meranapkan amalan sebesar gunung yang menjulang tinggi. Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku benar-benar mengetahui rombongan-rombongan manusia dari kalangan umatku, mereka datang hari kiamat nanti dengan membawa pahala sebesar gunung Tihamah yang berwarna putih akan tetapi Allah menjadikannya debu yang berhamburan. Tsauban (seorang sahabat Nabi) berkata: Wahai Rasulullah terangkanlah sifat mereka kepada kami, terangkan keadaan mereka kepada kami agar kami tidak termasuk golongan mereka kerana kami tidak mengetahui.

Baginda s.a.w bersabda: sesungguhnya mereka itu adalah saudara-saudara kamu dan dari kulit kamu, mereka mengisi sebahagian malam (dengan ibadah) seperti kamu namun mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian mereka melanggar perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.” (hadis riwayat Ibnu Majah di sahihkan oleh syaikh Al-Albani)


2. SAKITKAN HATI PASANGAN & JADIKAN HAMBA

Suami yang menzalimi isteri, mengambil hartanya, memperhambakannya, memukul, hatta memaki dan menyakiti perasaan isteri akan dituntut dosa-dosanya itu di akhirat nanti. Begitu juga isteri yang menyakiti suami, tidak akan terlepas sehalus debu pun dosa yang anda lakukan, ia akan dibayar dengan pahala yang anda kumpulkan.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? Para sahabat menjawab: orang yang muflis itu adalah mereka yang tidak punya wang dan barang. Baginda bersabda: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang di hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia mencaci orang, menuduh orang, makan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang. Maka hamba yang dizalimi itu diberi segala pahala-pahalanya dan jika belum habis (hutang kezaliman) maka dosa-dosa orang itu dipindahkan ke atasnya kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Siapakah yang paling banyak kita zalimi di rumah? Bagaimana jika pasangan kita tidak redha, dosa-dosa dalam rumah tangga sememangnya tidak boleh dipandang ringan, ia boleh melemparkan kita ke dalam neraka. Bila kita belum bertaubat, tidak sempat meminta maaf, sentiasa mengulangi kezaliman pada pasangan, bagaimana kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak?


3. TAYANG AURAT & BERI KEBEBASAN PERGAULAN ANAK

Seorang lelaki berbangga di hadapan kawan-kawannya menayangkan bentuk badan anak dara dan isterinya yang membuka aurat untuk mendapat pujian cantik dan seksi. Ibu yang memberi izin anak bujangnya menjemput kekasih sampai ke dalam bilik, meraikan kemaksiatan di rumah atas sebab tuntutan kemodenan dalam pergaulan.

Meraikan hiburan sampai lupa sembahyang, tak ingat al-Quran. Malu berpakaian dan berakhlak Islam, mengagung-agungkan budaya barat dan menutup pintu-pintu hidayah masuk ke rumah. Ibu bapa yang sebegini menanggung dosa anak kerana mengajar mereka buat maksiat.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w: “ Sesiapa yang melakukan kejahatan kemudian diikuti oleh orang lain, sesungguhnya dia menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa-dosa mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Tiga senarai dosa suami isteri ini sudah cukup menakutkan, tak payahlah saling menuduh satu sama lain tentang siapa yang paling banyak dosanya, suami isteri kena bertolong bantu menghapus dosa dan menambah pahala. Jika tidak, rumah tangga sentiasa diliputi kejahatan, kerisauan, kebencian dan akhirnya runtuh di tepi jurang neraka, ya Allah lindungilah keluarga kami!

Sumber: Nurani@karangkraf.com

Nampak remeh tapi sebenarnya dosa ini banyak mengundang masalah dalam rumahtangga. Jika dibiarkan Allah murka dan seterusnya mengundang banyak masalah hingga boleh menyebabkan penceraian. Jika ada dosa ni, moga cepat-cepat berubah, bertaubat dan perbaikinya supaya ianya tak mengundang murka Allah.
Ini Sebab Kenapa Kita Kena Senyum Setiap Hari

Ini Sebab Kenapa Kita Kena Senyum Setiap Hari

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MANISKAN WAJAH.

Syeikh Abu Yazid Al Busthami رضى الله عنه, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana,

"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah صلى الله عليه وسلم, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab رضى الله عنه walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri رحمة الله تعالى berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Kredit: telegram channel

Sumber : Google image 


Inilah sebab kita kena manis kan wajah dengan senyuman...

Orang yang selalu senyum... Nampak lebih muda berbanding orang yang serius memanjang.

Senyum juga sedekah yang paling mudah...

Senyum membawa bahagia... Senyum yang dimulai dengan salam mendapat lebih pahala...

Pakar psikologi mengatakan... Untuk membentuk sepanjang hari yang ceria... Bangun pagi, lihat diri pada cermin dan berilah senyuman untuk diri sendiri...

Tapi bagi wanita bergelar ibu macam MF ni... Mencabar sebenarnya nak melawan mood pagi... Tambah kalau ada anak-anak kecil yang bangun pagi dah mula meragam... Macam nak jadi singa aje rasanya... Hehe...

Tapi tu la... Bila teringatkan mood sepanjang hari itu dipengaruhi oleh mood di pagi hari.. Kena lah kawal juga supaya sepanjang hari kita tak masam mencuka je.. Ye dak...

Jadi, Jom senyum... Bahagia kan diri dan dalam masa yang sama dapat bahagiakan orang lain dan menjemput lebih banyak rezeki.. Insha Allah...

September 29, 2017

6 Trik Pelik Pada Tubuh Badan Kita

6 Trik Pelik Pada Tubuh Badan Kita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



6 Trik Pelik Pada Tubuh Badan Kita | Tubuh badan kita ni unik Allah jadikan. Tapi ada beberapa trik pelik yang kita tak pernah terfikir tapi berkesan meredakan... 

sumber: google images


1. Tekak Gatal

Korang mesti buat benda yang sama juga kan? Bila sakit tekak, kita mesti akan garu telinga nak hilangkan rasa gatal tekak. Tapi memang ada kajian yang membuktikan bahawa menggaru telinga memang menghilangkan kegatalan anak tekak sebab ianya merangsang deria otot yang berkait rapat dengan tekak.

2. Gangguan Pendengaran

Kalau korang tiba-tiba rasa macam kurang pendengaran, gunakan telinga kanan untuk mendengar kerana telinga kanan mendengar ucapan dengan lebih baik berbanding telinga kiri. Pendengaran telinga terganggu selalunya disebabkan masalah selesema.

3. Takut Jarum Suntikan

Kalau rasa takut dengan jarum nak kena cucuk, haa macam doktor nak cucuk tu berdehem atau batuk je. Batuk menyebabkan paras darah meingkat dan trik ini terbaik untuk menahan kesakitan jarum.

4. Melegakan Sakit Gigi

Sementara menahan sakit gigi sebelum berjumpa doktor, gosok kiub ais di tapak tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk. Terdapat deria di bahagian itu yang berkait rapat dalam mengurangkan kesakitan gigi.

5. Hidung Tersumbat

Memang terseksa kalau hidung tersumbat lepas tu nak kena bernafas guna mulut pula.  Tekan lidah ke lelangit mulut atau tekan bahagian tengah di antara kening kamu menggunakan jari selama 20 saat. Boleh juga guna wap air panas untuk legakan hidung tersumbat.

6. Anxiety atau Gemuruh

Tiup ibu jari perlahan-lahan tetapi kerap kali.
Fakta: Ibu jari kita ada deria. Jika kita tiup ia akan meredakan degupan jantung. 

Sumber: Sinar FM

First Beauty Box Giveaway By Us With Love ❤

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lama tak join giveaways... sekali jenjalan terjumpa giveaway ni.. hadiah pun hebat... saja luangkan waktu petang untuk join giveaway ni... mana tau ada rezeki kan,,,


Hadiah untuk giveaway ni berupa beuty box yang mengandungi barang-barang untuk kecantikan diri yang bernilai lebih kurang RM250... 

Menarik bukan.. 

Jom la join bagi blogger yang pening tak tau nak up entry apa tu.. 
Support rakan blog, mana tau ada rezeki kan..

Tarikh akhir 20 Oktober 2017

KLIK BANNER UNTUK JOIN YA.. 

Doakan MF berjaya tau... All the best kepada sesiapa yang turut serta juga..

5 Tips Ringkas Jika Nak Berubah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 TIPS RINGKAS HIJRAH


1. NIAT

Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredhaan Allah. Perubahan diri yang disertakan niat pasti mendapat pertolongan. Ingat remaja semua, jika anda melakukan hijrah tapi menunjuk-nunjuk pasti mengundang padah malah tidak kekal lama kebaikan yang diterima tu.

2. MATLAMAT

Matlamat yang ditetapkan itu perlulah relevan dan mampu untuk dicapai. Jangan meletakkan matlamat sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Mulakan dalam usaha yang mudah.

3. BUANG ANGGAPAN SALAH

Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Mungkin anda pernah beranggapan, golongan baik baik saja yang mampu memperoleh kemanisan iman sedangkan anda tidak. Buang jauh-jauh perasaan nagatif itu yang boleh mencacatkan semangat anda untuk melakukan penghirahan.

4. BANYAKKAN BACA KISAH ORANG BERJAYA

Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran mengenai bagaimana akhirnya wanita berkenaan mendapat hidayah untuk tampil bertudung dan menutup aurat . Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah . Itulah kuasa Hijrah .

5. PEDULIKAN KATA ORANG

Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat.

Sumber:Telegram channel 

September 28, 2017

Resepi Garlic Bread Paling Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Garlic Bread Paling Mudah | Bila tekak tak lalu nak makan nasi, terpaksa memikirkan menu yang boleh diterima tekak.. Seperti biasa, rujukan mencari menu menarik ialah Facebook... Dalam dok scroll tu, terjumpa satu resepi berasaskan roti tapi sedap.

Garlic Bread atau roti bawang putih antara menu feveret bila makan kat pizza hut... Sedap roti ni kalau dapat makan dan dicicah dengan mushroom soup atau sup cendawan.

Biasa, Garlic Bread ni nak kena uli dan sebagainya.. Tapi resepi ni ringkas dan tak perlukan proses uli dan bahan yang banyak... Memang simple tapi rasa tetap macam roti bawang putih walaupun rupanya tak sama.

Resepi Garlic Bread Paling Mudah

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Marjerin - MF guna jenama Planta, boleh juga butter... jika buat untuk anak sebaiknya guna marjerin atau butter tanpa garam (unsalted butter).
  • 3 ulas bawang putih

Cara-caranya:


1. Tumbuk bawang putih hingga halus


2. Potong roti memanjang. Tapi nak potong cara lain pun terpulang ikut citarasa masing-masing.

3. Tumis bawang putih dengan sedikit marjerin hingga naik bau


4. Kemudian, campurkan tumisan bawang putih tadi dalam 2 sudu marjerin. Gaul hingga rata dan sebati.


5. Sapu, campuran marjerin dengan bawang putih atas roti.

6. Bakar dalam oven atau pemanggang ajaib. Kalau guna pan pun boleh. 


7. Siap untuk dimakan.


Sedap roti ni, berulang-alik anak-anak makan... Bertambah sedap bila dicicah dengan sup cendawan... Menu simple sesuai untuk minum petang ataupun sarapan pagi. 

Selamat mencuba. 


Resepi asal: Facebook

3 Kesan Bahaya Jika Anda Selalu Skip Waktu Makan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Kesan Bahaya Jika Anda Selalu Skip Waktu Makan | Dalam 24 jam kehidupan kita sehari, telah ditetapkan waktu-waktu yang sesuai dengan kehendak tubuh kita. Antaranya waktu makan... Perut kita sudah disetting, mengikut masanya yang tersendiri... Secara umumnya, terdapat 5 waktu makan yang telah disetkan oleh otak dan perut kita, iaitu sarapan, makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Setiap waktu ini, jika tidak dijaga dengan betul akan menyebabkan kesan buruk kepada tubuh badan kita. Seperti menggabungkan sarapan, makan pagi dalam makan tengahari, ataupun makan tengahari dibawa ke petang atau malam... Ada kesan buruk kepada tubuh badan kita jika selalu mengamalkan skip waktu makan ni...


Kesan buruk melangkau waktu makan


1. Menyebabkan penurunan kadar gula darah dalam badan.
2. Badan berasa letih dan lesu jika melangkau satu waktu makan.
3. Berat badan yang berlebihan berbanding dengan orang yang makan mengikut waktu. Contohnya,  orang yang tidak bersarapan pada waktu pagi lebih berpotensi untuk makan secara berlebihan pada waktu makan tengah hari berbanding orang yang bersarapan.


3 Tips penting elakkan melangkau waktu makan


1) Biasakan dengan jadual waktu makan yang betul dan tetap.

Menetapkan waktu makan utama supaya terbiasa dengan waktu makan tersebut. Lebih elok jika sediakan makanan pada waktu makan utama supaya tidak melangkau waktu makan utama. Contoh jadual
pemakanan yang baik ialah:
 Sarapan: 6.30 – 8.30 pagi
 Makan tengah hari: 12.00 tengah hari – 2.00 petang
 Makan malam: 6.00 petang – 8.00 malam

2) Elakkan pengambilan snek semasa waktu makan utama

Terdapat satu kajian yang menyatakan orang yang kerap mengambil snek lebih berpotensi untuk melangkau waktu makan utama berbanding yang kurang mengambil snek. Snek bermaksud makanan dan minuman yang diambil di antara waktu makan seperti minuman susu atau yogurt, minuman berkarbonat dan makanan ringan. Kesan bagi kanak-kanak yang mengambil snek semasa waktu makan utama pula akan
kekurangan nutrien utama seperti karbohidrat dan protein. Corak pemakanan yang tidak
konsisten juga memberi kesan buruk kepada tumbesaran anak-anak.

3) Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Biasakan bawa bekal ke tempat kerja. Jika tak sempat masak di waktu pagi, beli sahaja sarapan atau makanan ke pejabat. Ambillah masa untuk makan dalam 10 ke 15 minit jika terlalu sibuk bekerja di pejabat.


Semoga dengan tips dan info ini bermanfaat untuk semua. Ye, kadang kita takde selera dan sibuk bekerja buatkan kita tak memikir waktu makan. Dan ini menyebabkan badan kita cepat letih dan lesu serta menyebabkan usaha untuk kurus bagaikan angan-angan.

Rujukan: Bahagian Pemakanan KKM

Kisah Pagi Ini - Rezeki dan Ajal

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kisah Rezeki dan Ajal | Setiap pagi, lalu lalang di jalan raya... Pergi mencari rezeki. Seusai Subuh, sudah berada di jalanan mencari rezeki...

Tapi, pagi hari ini... Sesuatu yang indah Allah ingin ajarkan kepada ku...

Kisah rezeki dan ajal yang telah tertulis kemas dalam 'diary' Allah...

Pagi tadi, lalu jalan yang sama... Hari ini... Banyak betul burung gagak di jalanan... Hingga kan terpaksa ku perlahankan kereta bila melihat sekawan gagak sedang kerumun sesuatu atas jalan raya..

Detik hati... Wah... Pepagi lagi gagak dah dapat rezeki... Rezeki yang telah tertulis. Sedangkan dia sendiri tak pernah tahu di mana rezekinya setiap hari...

Tapi dalam masa yang sama... Terfikir juga.. Rezeki si gagak itu adalah dari ajal sang binatang yang telah tertulis juga...



Itulah kehidupan buatkan ku terfikir sejenak... Keduanya... Rezeki dan ajal adalah yang tertulis tanpa cepat atau lambat walau sedetik pun...

Usah risaukan tentang rezeki kita.. Kerana Allah telah tentukan masanya... Tepat pada waktunya... Yang penting jangan putus asa untuk berusaha dan jalan pernah lupa untuk berdoa.

Risaukanlah tentang ajal kita yang tak tahu bila akan kunjung tiba... Tanpa lambat walaupun sedetik, bahkan tidak juga cepat walaupun sesaat.

Risaukan juga bagaimana pengakhiran hidup kita... Beriman atau sebaliknya... Na'udzubillahi min Zalik...

Begitulah pengajaran dari Allah kepada ku pagi ini... Hanya dari kisah gagak dan bangkai... Untuk aku berfikir tentang ajal dan rezeki...

Renungkanlah fenomena alam ini... Untuk tambah keimanan... Moga kita dekat dan memuji Tuhan Semesta Alam....

Sekian, monolog dari hati di pagi hari... 

September 27, 2017

10 TIPS REKABENTUK DAPUR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 TIPS REKABENTUK DAPUR | Dapur, satu side yang paling penting dalam sebuah rumah. Kecil macam mana pun rumah, pasti ada dapur. Dapur kan tempat makan... Jadi, sememangnya penting demi keselesaan dan kekenyangan perut... hehe...

MF, masa memula masuk rumah sendiri yang telah suami beli memang idamkan dapur yang luas dan selesa. Alhamdulillah, selepas pindah kami memang renovate besarkan dapur untuk menaikkan semangat memasak.

Sebagai suami prihatin, wajib sediakan dapur yang selesa dan lengkap sebagai motivasi kepada isteri untuk rajin memasak. Itu cara psikologi kepada isteri yang kurang gemar ke dapur....

Berikut MF kongsikan, 10 Tips Rekabentuk Dapur dengan ciri-ciri yang terbaik.




Reka Bentuk Dapur Idaman:

1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau 'campak campak' boleh jadi sedap bukan kepalang.

2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.

3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.

4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.

5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita

6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur.

7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.

8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.

9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.



10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan.

Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, disana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita.

Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad

Menarik bukan... Jadi, semoga dengan tips ini membuatkan kita lagi bersemangat untuk memasak dan menyediakan juadah untuk seisi keluarga. 

Kerabu Kaki Ayam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kerabu Kaki Ayam | Menu hari Isnin lepas... Lepas berjaya merebus kaki ayam dengan Pressure Coooker buat pertama kalinya.. Semangat nak buat kerabu kaki ayam tu bertambah...

MF buat  simple kerabu ni...

Kerabu Kaki Ayam

Resepi KERABU KAKI AYAM

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam yang direbus dan  dibuang tulangnya.
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 7 biji cili padi
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula sebagai perasa.
  • Daun kesum
  • Limau  kasturi atau lemon



Cara membuatnya:

  1. Bawang merah dihiris nipis
  2. Hiriskan juga tomato secara nipis. 
  3. Potong cili padi
  4. Kemudian, gaul semua bahan kecuali limau kasturi sehingga serata.
  5. Perah air limau kasturi atau lemon sebagai pelengkap hidangan.
  6. Siap untuk dihidang. 



Mudah je, nak buat... Tapi tu lah... sebab sebelum ni macam leceh nak rebus kaki ayam tu lama-lama... Tapi tidak lagi sekarang ni sebab dah ada pressure cooker...

Boleh baca reviewnya >>>DI SINI<<<

Tanda UJUB Dalam Hati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KETIKA UJUB MENYELIMUTI HATI

Penyakit ujub ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimilikinya. Ia adalah muqaddimah kepada takabbur(sombong/angkuh) apabila dia mula membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain.



Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah (691H1270M) berkata dalam nasihatnya;
                                                 
"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur."

"Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan."

"Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan."

"Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yg mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan."

"Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang lain yg belum faham agama dengan pandangan hina."

"Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri kerananya. Sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu."

"Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamul lail, puasa (sunnah), tidak berjihad, dan sepertinya lebih dekat kepada Allah darimu."

"Sesungguhnya jika engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal... lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau "merasa" TAKJUB dan BANGGA dengan amalmu. Sebab tidak layak orang merasa bangga dengan amalnya, kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima?

Semoga hati-hati kita terhindar dari ujub.

Sumber : @pendidik4u

September 26, 2017

Pelancaran Smartphone Vivo V7 di Senheng/senQ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pelancaran Smartphone Vivo V7 di Senheng/senQ | Berita baik bagi penggemar smartphone... Senheng bakal melancarkan satu smartphone baru pada
26 September 2017 hingga 15 Oktober 2017.

Smartphone yang dimaksudkan ialah Vivo V7. Yang sememangnya terkenal dengan camera selfie yang mengagumkan.

Kali ini Vivo V7 didatangkan dengan dua warna iaitu Black dan Gold... Memang dua warna ni melambangkan kemewahan kepada sesiapa yang menggunakannya.




MF ceritakan sedikit secara ringkas, spekfikasi smartphone Vivo V7 ini:
Vivo V7 Plus ” dengan tagline Clearer Selfie, Clear Shot, dan Clear Moment yang bertujuan agar dapat memberikan pengalaman selfie lebih sempurna.

Spekfikasi Vivo V7

General
Available Status: Available. Released 2017, September
Network Bands: 2G & 3G & 4G
SIM: Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Dimension: 155.9  x  75.8  x  7.7 mm
Weight: 160 g (5.64 oz)
OS: Android 7.1 (Nougat)
CPU: Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53
Chipset: Qualcomm Snapdragon 450
GPU: Adreno 506
Internal: 64 GB, 4 GB RAM
External Memory: microSD, up to 256 GB (dedicated slot)
Battery: Non-removable Li-Ion 3225 mAh battery
Colors: Champagne Gold, Matte Black

 Connectivity
GPRS: Yes
EDGE: Yes
3G/4G Speed: HSPA, LTE
Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac, hotspot
Bluetooth: 4.2, A2DP, LE
USB: microUSB 2.0, USB On-The-Go

Entertainment & Features
Sensor: Fingerprint (rear-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass
GPS: Yes, with A-GPS, GLONASS
Messaging: SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email
Radio: FM radio
Browser: HTML5
Java: No
MP4/H.264 player
- MP3/WAV/eAAC+/FLAC player
- Document viewer
- Photo/video editor

Camera & Video
Primary: 16 MP, f/2.0, phase detection autofocus, LED flash
Secondary: 24 MP, f/2.0
Video: 1080p@30fps
Feature: 1/3" sensor size, 1.0 µm pixel size, geo-tagging, touch focus, face detection, HDR


Screen
IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
5.99 inches (~78.4% screen-to-body ratio)  720 x 1440 pixels (~269 ppi pixel density)
Multi Touch: Yes
Corning Gorilla Glass 4 - Funtouch OS 3.2

 Sound & Music
Alert Types: Vibration; MP3, WAV ringtones
Loud Speaker: Yes
3.5mm jack: Yes - 32-bit/192kHz audio - Active noise cancellation with dedicated mic
Radio: FM radio

Menarikkan kalau tengok Speksifikasi smartphone ni… dan lebih  menarik lagi kalau beli di Senheng/senQ.

Harga pelancaran bermula dari RM1, 499 dan pelanggan yang bertuah pada hari pelancaran tersebut akan dapat Percuma Backpack dan juga Voucher Watson bernilai RM10.


Kenapa Kena Beli di Senheng/senQ? 

Ini sebab kenapa anda perlu beli smartphone Vivo V7 ini di Senheng/senQ:

o Secara Ringkasnya (Sila baca di bawah untuk maklumat lanjut):
▪ Pilihan pembelian untuk vivo V7 + = Pembayaran Penuh / Sehingga 24 bulan Ansuran
▪ Pilihan penghantaran untuk vivo V7 + = Penghantaran seluruh negara
▪ Waranti Tambahan 1 Tahun dengan Keahlian PlusOne

o Sehingga 24 bulan pilihan pembelian ansuran = Pelanggan boleh memilih untuk membeli sepenuhnya
harga dengan dan tanpa ansuran
▪ Opsyen Ansuran yang Terluar (Berkenaan apabila pelanggan memilih penuh pilihan pembayaran) = Sehingga 24 bulan di seluruh Maybank, Maybank AMEX, Public Bank, dan HSBC (Citibank Akan Datang)


o Tambahan Waranti 1 Tahun = Manfaat khas di bawah Skim Keahlian PlusOne:
▪ Melalui menyertai keahlian PlusOne pada RM12, anda boleh menikmati tambahan 1 tahun
waranti di atas jaminan vivo apabila anda pra-memerintahkan vivo V7 +.
▪ Ahli Sedia Ada = Anda perlu log masuk kelayakan anda di senheng.com.my dan senq.com.my. Buat pesanan pra-pesan dengan teratur berhak untuk jaminan tambahan 1 tahun ke atas pembelian anda.

o Pilihan Penghantaran:
▪ Penghantaran rumah = Untuk vivo V7 + - penghantaran terbuka ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak (Penghantaran Percuma).

o Pilihan Program Trade In
▪ Hanya terpakai bagi pelanggan yang membuat pembelian di kedai-kedai Senheng.
Pelanggan boleh Trade in telefon lama mereka dan mendapatkan rebat untuk menebus hargatelefon baru.
▪Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai program trade ini ini, sila hubungi http://www.senheng.com.my/trade-in-rebate.

Maklumat lanjut boleh rujuk : http://www.senheng.com.my/v7plus

Atasi Batuk dan Selesema Anak Dengan 4 Jenis Minyak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Atasi Batuk dan Selesema Anak Dengan 4 Jenis Minyak | Alhamdulillah.. Batuk adik dah reda... Kali ni batuk yang agak degil hinggap Kat adik... Anak sebelum ni agak susah nak batuk selesema macam ni... Mungkin atas faktor menyusu badan.. Kakaknya yang dua orang sebelum ni... Cukup menyusu badan 2 tahun... Jadi kalau sakit sekejap aje... Alhamdulillah..

.

Tapi anak ketiga lain... Allah nak uji sebab nak aku dan suami belajar lagi pasal ilmu keibubapaan yang sangat luas...

.

Anak ketiga ditakdirkan Allah diuji dengan ketuban banyak semasa hamil... Ini juga antara punca dia mudah diserang selesema dan batuk. Tak boleh sejuk dan habuk... Mesti akan bersin berterusan seolah macam kena resdung.

.



Buntu fikirkan tapi tetap usaha tanpa jemu untuk pulihkan adik...


Antara usahanya:

1. Minyak bawang putih
Sapu setiap malam di dada dan tapak kaki

2. Vicks
Sapu kat dada dan belakang

3. Minyak kelapa dara
Sapu kat ubun-ubun

4. Essential Oil
Sapu kat tapak kaki dan dada setiap kali lepas mandi.

Pantang larang
1. Elak makanan berminyak
2. Banyak kan dia minum air masak.
3. Minum air setiap kali lepas minum susu.
4. Elakkan sejuk dan dedah kepada air-cond terlalu lama.
5. Jika perlu, pakai stokin waktu tidur malam.

Cara lain:
Terapi selawat dan zikir sebelum dan semasa tidur...
Doa dari ibu bapa secara istiqmah...
Terapi lemon dalam bilik
Mandian lemon.

Alhamdulillah.. Nampak perubahan... Terima kasih Allah atas tunjuk ajar di sebalik ujian ini...

Jaga anak ketiga ni mencabar sikit, sebab sensitif betul dengan habuk, dengan cuaca dan dengan udara. Sebab tu MF jarang sangat berjalan keluar rumah dan dedahkan dia dengan orang ramai. Apa pun, anak ketiga MF ni sangat ceria ... penyeri dan penghibur... keletahnya buatkan MF angau tau... Kalau boleh setiap keletah tu nak dirakamkan dan divideokan ...sampaikan penuh memori phone dengan ragam dia.

Itulah, bestnya anak ramai... MF ni kalau boleh nak beranak ramai... impian nak 8 orang... tapi cuti bersalin terhad, jadi dapat 4 orang dah cukup... Yang seterusnya, kena plan atau tunggu suami banyak duit, boleh ambil cuti tanpa gaji kan... apa pun syukur dengan rezeki yang ada...

Tak kaya harta benda kami ni .. tapi Allah lapangkan rezeki melalui anak... dulu jeles tengok orang dapat pergi bercuti luar negara, dalam negara, makan sedap, pakaian mahal... kini tak lagi sebab MF tau, rezeki MF melalui anak.. anak-anak itu harta yang tak ternilai dunia akhirat.


MF doa, moga mereka yang belum dikurniakan zuriat, akan merasai nikmat ni satu hari nanti.. insha Allah.


DIAM ATAU BERCAKAP?

DIAM ATAU BERCAKAP?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


DIAM ATAU BERCAKAP?

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت

Maksudnya : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik sahaja ataupun diam.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berkata Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah ketika menerangkan hadis ini :

وقد أخذ الإمام الشافعي - رضي الله عنه - معنى الحديث فقال : إذا أراد أن يتكلم فليفكر ; فإن ظهر له أنه لا ضرر عليه تكلم ، وإن ظهر له فيه ضرر ، أو شك فيه أمسك .

Maksudnya: Al-Imam Asy-Syafi'i ketika menyebutkan hadis ini, beliau menerangkan tentangnya, "Sebelum seseorang ingin bercakap hendaklah dia berfikir. Sekiranya pasti tidak ada keburukan jika dia bercakap perkara tersebut, maka dia boleh bercakap. Sekiranya pasti ada keburukan jika dia bercakap, atau tidak pasti(sama ada baik atau buruk kesan percakapannya nanti), maka hendaklah dia diam".

(Syarah Sahih Muslim oleh Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah)


Firman Allah Subhanahu Wa Taala :

(وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا)

Maksudnya : Dan janganlah kamu ikuti apa yang kamu tiada pengetahuan(yang pasti) tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti akan ditanya(tentang apa yang telah dilakukannya).

(Surah Al-Israa' : 36)

Ini zaman cakap dahulu baru fikir, tulis dan sebar dahulu baru kaji. Ingatlah seksaan neraka atas kelakuan diri sendiri merupakan pengkhianatan yang paling besar keatas diri kita sendiri. Jangan jadikan diri sendiri saksi untuk menghumban diri sendiri ke dalam api neraka.

Mudah-mudahan Allah lindungi kita dan keluarga daripada api neraka.

Kredit: Telegram Channel

September 25, 2017

[Review] TRIO Pressure Cooker

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[Review] TRIO Pressure Cooker | Pressure cooker dah jadi satu keperluan kebanyakan suri rumah tangga sekarang ni. Antara jenama yang popular dan menjadi idaman ramai orang ialah jenama Noxxa la kan...

Tapi harganya mahal... MF tengok kat lazada pun harganya RM700 hingga RM900.. hampir cecah seribu tu... Ada juga yang buat kutu, bayar ansuran dan sebagainya... MF tak minat la berhutang semata-mata nak guna.. Sebabnya ianya bukan satu kewajipan pun... Cuma ianya memudahkan kalau ada... Jadi tak perlu sampai nak berhutang.

Ada juga jenama lain yang lebih kurang sahaja fungsinya... Seperti jenama Philips, Sharp dan sebagainya. Kesemuanya ni harga RM100 ke atas la kan... Sebab semuanya guna elektrik... Tekan-tekan aje siap... Tapi, MF tetap mampu tengok aje... Belum ada bajet nak beli yang mahal.

Tapi, kadang rasa perlu juga miliki satu pressure cooker ni... Sebab nak merebus daging ke, tulang ayam ke.. Cepat la sikit kan...

Akhirnya, suami cuba survey di Lazada Malaysia... Rupanya ada je Pressure Cooker yang murah tapi manual la.. Tak guna elektrik... Guna dapur gas aje... Harganya pun murah... Tak sampai RM50 pun..

Yang kami jumpa paling murah RM50 ke bawah jenama TRIO... Trio ni bagi MF satu jenama yang popular juga... Antara yang paling popular jenama ni ialah periuk kukus... Tu pun dalam wishlist juga tu... Takpe... Simpan dulu ... Ada rezeki dari Lazada ke kan... Boleh la beli nanti...

Jadi, selepas puas survey, tengok review akhirnya kami beli Pressure Cooker jenama TRIO dengan harga RM49.90...




Alhamdulillah... Lepas 3 atau 4 hari lepas tu sampai... Memula tu tak cuba lagi... Sebab tak tau nak rebus apa...

Alhamdulillah... Hari ni suami beli kaki ayam... Ingat nak masak kerabu kaki ayam... Tapi nak merebus kaki ayam ni bukan ambil masa yang singkat kalau guna periuk biasa... Terus teringatkan pressure cooker yang dibeli..

Memula tu macam tak reti nak guna... Tapi dengan manual book yang ada MF cuba guna...

Cuma masukkan kaki ayam, dan air ikut sukatan... Dalam 3/4 air... Agak tenggelam aje la kan... Terus letak atas dapur dengan api yang sederhana. MF guna Dapur Infra Red MUGEN, apinya kuat walaupun sederhana... Cepat panas... Letak dan biarkan...



Tak sampai 10 minit sekali periuk dah berbunyi mengeluarkan tekanan udara dari dalam menandakan dah siap merebus...



Terus keluarkan tekanan angin dari dalam dengan butang yang disediakan... Lepas tu nak lagi cepat letakkan air mengalir Kat satu lubang dekat pemegang tu untuk release kan tekanan udara. Tak boleh buka terus.. Dan memang tak kan boleh buka sebab periuk ni tetap ada kunci keselamatan tersendiri walaupun manual dan nampak biasa.


Terus ambil dan cuba carik kan... Memang sah, kaki ayam dah empuk dan mudah je tertanggal isi dari tulang.




Cepat betul... Dan mudah...

Bagi MF cukup puas hati dah ni... Bukan nak masak banyak... Cukuplah untuk kami anak beranak. Setakat sekilo ayam atau sekilo daging tu memang lepas sangat nak rebus guna periuk yang berkapasiti 3.5L ni...

Alhamdulillah... Rasa puas juga la ada yang ni walaupun tak setanding yang popular dan berjenama... Lagipun fikir balik bukan nak masak beria kan.. Sesekali je nak masak...

Insha Allah, keluarga dah besar nanti ada la tu rezeki nak beli yang betul-betul besar tu nanti... Insha Allah...

Owh... Pressure Cooker jenama TRIO macam MF beli ni ada juga yang besar... Harga kat Lazada tak sampai seratus pun untuk saiz 9.0L... Sesiapa yang tengah cari Pressure Cooker boleh la kalau nak beli yang biasa ni... Tetap memudahkan dan menjimatkan masa untuk merebus dan buat sup...

Sekian... 
7 MAHKOTA DUNIA AKHIRAT

7 MAHKOTA DUNIA AKHIRAT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 MAHKOTA DUNIA AKHIRAT


Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." (Al-Mu'minuun, ayat 17)

Gambar hiasan
Sumber:Google image 

1) MAHKOTA ZIKIR


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: Tiada sembahan kecuali Allah semata, tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan dan segala puji hanyalah milikNya, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu.

Fadhilat:
Dari Abu Ayyub Al-Anshari, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa ketika pagi membaca -لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ- 10 kali, maka Allah mencatat 100 kebaikan baginya, menghapus 100 keburukan darinya, menaikkannya 100 darjat, zikir ini sebanding dengan memerdekakan 10 hamba, zikir ini bisa menjadi pelindung baginya dari pagi hingga petang, dan pada hari itu tidak akan ada pekerjaan yang memupuskannya. Apabila dia membacanya ketika petang, maka baginya keutamaan yang sama seperti itu. (Riwayat Ahmad dan Thabarani, di-sahih-kan oleh Albani)

2) MAHKOTA TASBIH


سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته 

Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.

3) MAHKOTA DOA


ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار 

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar

4) MAHKOTA ISTIGHFAR


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ.

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan aku akan setia atas perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui semua dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau.

Fadhilatnya:
Dari Syaddad bin Aus, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca -zikir ini- di waktu pagi -dengan menghayatinya-, lalu dia mati sebelum waktu petang, maka dia termasuk ahli syurga. Barangsiapa membacanya di waktu petang -dengan menghayatinya- lalu dia meninggal sebelum pagi, maka dia termasuk ahli syurga”. (Riwayat Bukhari)

5) MAHKOTA PERLINDUNGAN


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.

Dengan nama Allah yang bila namaNya disebut, tidak akan memudaratkan segala sesuatu yang di bumi dan di langit, Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Fadhilatnya:
Dari Utsman bin Affan, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Orang yang membaca -zikir ini- setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali, tidak akan ada sesuatu yang membahayakannya” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya, di-sahih-kan oleh Albani)

6) MAHKOTA PELEPAS BENCANA


لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين 

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7) MAHKOTA PENENANG HATI


لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم 

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala.

Diolah dari: Telegram channel

Mahkota di sini boleh kita sama erti kan dengan penghulu atau zikir yang utama berbanding zikir lain... Yang afdal ikut keperluan dan kepentingannya... Jadi, bila kita berada dalam situasi tertentu, amalkan zikir-zikir tersebut untuk lebih berkesan... Maknanya zikir khusus ikut keadaan tertentu.. 

September 24, 2017

JJCM - ABC TEMBIKAI VIRAL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

JJCM - ABC TEMBIKAI VIRAL | Alhamdulillah... Sejak sekian lama tak jalankan misi JJCM, alhamdulillah.. Hari ni tercapai...

MF memang jenis tak suka nak jenjalan waktu ada anak kecil... Walaupun ada kemudahan baby carrier dan seumpamanya... Malas rasanya nak jenjalan...

Alhamdulillah.. Bila anak yang paling kecil ni setahun umur... Baru rasa ada mood nak berjalan... Kalau tak memang berkurung aje di rumah.

Perjalanan hari ni tak dirancang... Pagi tadi, lepas suami balik dari beli sarapan terus dia suruh bersiap... Ajak balik kampung yang terletak di Benua, Pontian. Kampung  atuk suami MF. Ada lagi dua tiga saudara mara mak mentua tinggal di sana... Setahun juga tak balik sana...

Kami ke sana saja nak ziarah Mak Teh.. Satu-satunya saudara sebelah mak mentua MF yang kami agak rapat.. Pak Oteh dah meninggal tinggal Mak Teh aje... Tapi silaturahim tetap terjalin... Serasi dengan keluarga Mak Teh... Mungkin juga Mak Teh ni asal satu negeri dengan MF, jadi kurang sikit kekok nya.

Masa perjalanan tu, mak mentua sebut pasal ABC Tembikai yang pernah jadi viral di Facebook baru-baru ni..

Masa kami pergi.. Hari masih pagi.. Jadi tak dapat nak agak di mana gerainya.

Lepas Zuhur kami gerak pulang ke rumah.. Perjalanan asal nak balik ikut jalan lain... Tapi sebab suami MF tak larat pula.. Tanda nak kena serang migrain.. Terus aje balik ke rumah ikut jalan yang sama...

Alhamdulillah.. Nak dijadikan rezeki... Masa perjalanan balik ternampak gerai jual ABC Tembikai ni di tepi jalan. Hanya berpandukan banner aje.. Sebab tak perasan betul gerainya.. Yang nampak hanya gerai jual buah tembikai...

Hampir nak terlepas... Tapi sempat juga singgah..

Suami saja la pergi beli.. MF semua tunggu dalam kereta...

Alhamdulillah... Dapat merasa...

ABC tembikai ada disediakan tempat kalau nak makan kat sana... Tapi memandangkan anak dah tidur, jadi beli bungkus aje.

JJCM - ABC TEMBIKAI VIRAL

Terkejut tengok bungkus dia... Besar..  Separuh tembikai tu...

Separuh dari tembikai tu boleh makan 4 orang. Ada pelbagai harga... Paling murah RM10, Yang kami beli ni RM12... Ada perisa jagung dan tembikai kuning. Mungkin itu yang membuatkan harganya lain-lain.

Jamah la sikit sementara masih berupa ABC tu... Kemudian kami terus cepat balik ke rumah... Sampai kat rumah memang cair lah..

Alhamdulillah, rasanya tetap sedap.. Tak manis sangat...

Sumber: Page Rasmi ABC TEMBIKAI Parit Ismail



Kombinasi ais, dan isi tembikai yang dibuat seperti bebola serta ada krim dan manisan serta bahan bahan ABC, buatkan ABC rasa lemak dan manis tapi tak manis sangat... Memang nikmat kalau dinikmati waktu panas tengah hari. Padanlah ada yang sanggup beratur panjang semata-mata nak nikmati ABC ini.

Bagi yang lalu Jalan Benut nak hala ke Pontian gerai berada di sebelah kanan, kalau dari Pontian sebelah kiri jalan. Simple aje.. Gerai tepi jalan bukan restoran besar pun.

Boleh rujuk peta ni bagi yang tak tau jalan...


Rujuk Page Rasmi ABC Tembikai Parit Ismail di Benut, Pontian.

https://www.facebook.com/AbcTembikaiParitIsmail/

Alamat:
224 A Jalan Parit Ismail
82200 Pontian, Johor

Waktu operasi:
11 pagi - 6.00 petang

September 23, 2017

Tips Elak Kucing Panjat dan Tidur Atas Kereta di Waktu Malam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tips Elak Kucing Panjat dan Tidur Atas Kereta di Waktu Malam | Pernah jadi viral pasal petua kucing jalanan yang panjat kereta lepas tu tidur pula atas kereta.

MF pun alami perkara yang sama. Yang lebih parah, kucing tu siap tinggal sisa najis lagi... Lagilah rasa geram... Macam nak tangkap dan sunatkan aje kucing tu..

Memula tu tak tau nak buat apa... Tak larat juga nak halau setiap malam...

Tapi satu hari suami perhatikan... Kenapa kucing tu tidur kat atas kereta jiran sebelah rumah...

Mungkin sebab jiran tu buka lampu luar rumah dia kot... Jadi, suami MF cuba pasangkan lampu... Buka satu je.. Kat belah kereta yang biasa dia panjat...

Apa jadi??? Esoknya ada kesan Kat kereta lagi satu... Sebab yang sebelah tu gelap... Sebelah lagi terang. Kucing tu tak tidur kat sebelah yang cerah tu..

Owhh... Faham dah... Patut la jiran tu buka lampu luar rumah dia.. Supaya kucing tak naik atas Kereta dia rupanya. Sejak tu, suami pasang lampu luar rumah waktu malam sampai ke pagi. Tapi nak pasang semua jenuh pula nak bayar bil...


Tips Elak Kucing Panjat dan Tidur Atas Kereta di Waktu Malam

Jadi, langkah kedua suami letak penyapu lidi atas bumbung kereta yang lagi satu. Alhamdulillah berkesan.. Dah tak de masalah kucing tidur atas kereta lagi waktu malam...

Tapi kucing tu tetap sengaja cari pasal... Dia boleh pula dendam dengan memancut di pintu pagar dan rim kereta kami setiap hari... Geram pula dengan kucing ni... Tapi nak tangkap tak dapat.. Siapa ada petua nak settle masalah kucing suka memancut ni boleh kongsi kan kat MF... Sebab geram kan.. Sebab najis tu... Walaupun najis mutawasittah je... Tapi tetap najis... Mana tau sambil lalu terkena Kat sekuar atau kain kita kan... Tu yang geram tu...

Selesai masalah kucing panjat dan tidur atas kereta... Masalah lain pula berkaitan dengan kucing ni yang timbul.

Tips Elak Kucing Panjat dan Tidur Atas Kereta di Waktu Malam 


Jadi yang ada masalah kucing panjat kereta tu.. Boleh la cuba ye...
1. Pasang lampu di waktu malam.. Kalau kat garaj, kena pasang la lampu.
2. Letak penyapu lidi, kalau boleh penyapu tu yang kita pernah halau dia guna penyapu tu...

Semoga berjaya... 

Pucuk Paku Masak Lemak Paling Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pucuk Paku Masak Lemak Paling Mudah | Pucuk paku, sejenis pokok kampung yang hidup semula jadi dalam hutan... Tanpa perlu ditanam, pokok hutan ini tumbuh subur dalam hutan rimba yang tidak begitu tebal.

Zaman MF kecil dulu, selalu saja kutip pucuk paku ni di tepi jalan bila balik dari klinik... Seronok... Balik rumah mak akan masak sayur lemak ataupun buat kerabu bersama tauge... Aduhai... Kecur air liur...

Tapi, sekarang ni kalau teringin nak makan kena la beli... Baru-baru ni MF beli seikat pucuk paku di pasar malam... Resepi mudah MF buat ialah masak lemak campur ikan bilis... Simple aje...

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak


Resepi Pucuk Paku Masak Lemak

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pucuk paku
  • 1 peket santan kotak... Kalau guna santan fresh lagi sedap dan lemak.
  • 5 tangkai cili padi
  • 1/2 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu cili giling
  • 1 genggam ikan bilis
  • Garam dan gula sebagai perasa.


Cara memasak:

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili padi, dan separuh dari ikan bilis hingga halus.
  2. Masukkan santan dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam santan...
  4. Masak di atas api hingga mendidih...
  5. Selepas mendidih, masukkan cili giling, kunyit dan pucuk paku.
  6. Masukkan juga garam dan gula sebagai perasa.
  7. Masak hingga pucuk paku laju dan batangnya empuk.
  8. Sedia untuk dihidang.


Memang mudah cara ni sebab tak perlu menumis... Terus je tanak dengan santan... Tapi jangan terlalu lama nanti pecah lemaknya..

MF juga nak kongsi kan sikit antara 13 khasiat di sebalik pucuk paku...

13 Khasiat dan Manfaat Pucuk Paku

1. Menjaga daya tahan tubuh
2. Baik untuk metabolisme tubuh
3. Merawat sakit sendi
4. Baik untuk kesihatan tulang
5. Menyembuhkan luka
6. Mencegah penuaan
7. Menyihatkan mata
8. Menurunkan berat badan
9. Mencegah hipertensi
10. Mencegah kenaikan kolesterol
11. Mengatasi masalah sembelit
12. Melancarkan aliran darah dalam tubuh
13. Boleh dijadikan tanaman hiasan

TIADA MAKNA JIKA DIA DAH BENCI!

TIADA MAKNA JIKA DIA DAH BENCI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

ALLAH APABILA TAK SUKA SESEORANG, DIA AKAN MEMBUATNYA BENCI MELAKUKAN KETAATAN dan KEBAIKAN.

"Tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka. dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu". (Surah At-Taubah ayat 46)

Ayat di atas di turunkan ke atas orang munafiq yang ingin pergi berjihad bersama-sama dengan Nabi. Allah memberitahu bahawa Allah tidak suka akan keberangkatan mereka ke medan jihad, lalu Allah melemahkan keinginan mereka untuk berjihad.

Antara pengajaran paling besar ayat ini:
Berhati-hatilah, apabila kita terasa berat untuk berbuat ketaatan kepada Allah, berat untuk membaca Al-Qur’an, berat untuk bangun solat malam, berat untuk bangun solat jemaah, berat untuk menyambung silaturrahim.

Kemungkinan besar Allah tidak menyukai untuk memasukkan kita dalam golongan yang taat, lalu Dia campakkan kita dalam golongan yang kufur. Wallahua'lam

Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu



Biar dibenci manusia asalkan tak dibenci Allah. Takde makna dah kalau hidup kita ni Allah benci.. Memang tempah tiket ke neraka...

Selalulah ingat kepada Allah ketika susah ataupun senang. Berusahalah untuk peroleh hidayah Allah dengan apa jua keadaan sekalipun... Laksanakan ketaatan sebagai hamba Allah seperti mana yang Dia perintahkan... Jangan sampai jadi orang yang kufur nikmat dan akhirnya dibenci Allah... Hingga terus jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah dan akhirnya diberikan istidraj.. Na'udzubillah... 

September 22, 2017

Craving Pek Nga dan Sambal Ikan Bilis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Craving Pek Nga dan Sambal Ikan Bilis | Mengidam kalah orang mengandung bila suka sesuatu makanan tu..

Kali terpikat dengan pek Nga air tangan suami pula dah... Gara-gara dia buat untuk anak-anak je... Sekali sedap pula... Tak macam MF buat... Lembut, sedap dan cukup rasa... Jadi, dah 3 hari si dia buatkan pek Nga...



Pek Nga a.k.a Lempeng adalah makanan tradisi kami.. Sedap makan dengan sambal ikan bilis atau kuah kari..

Jadi, suami isteri bergabung meletup... MF buat sambal dia buat pek Nga... Memang meletup...

Asal buat je, berkeping makan... Ni 6 keping sekali hadap... Petang nanti kena buat lain gayanya... Memang menjadi betul bila laki bini bergabung meletup Kat dapur kan...



Paling suka anak-anak la kan... Dapat rasa air tangan dari mak bapa sekali gus... Penting tu tau!

MF minta resepi kat suami... Apa petua lempeng ni sedap dan lembut..

OK.. Ini resepinya:

Resepi Lempeng Planta


4 cawan tepung gandum
1 sudu garam
Air sejuk untuk membancuh adunan

Caranya:
Bancuh adunan hingga Agak-agak cair sikit... Tapi jangan cair sangat...
Masa nak memasak... Sapu pan dengan planta... Jangan guna api besar...
Tambahkan dengan selawat dan zikir untuk menyedapkan lagi lempeng planta tersebut.

Entahlah.. Resepi MF buat sama. Tapi rasa tak sama.. Akhirnya suami juga kena buatkan... Hehe.. Sedap lain sangat air tangan orang lelaki ni... Masak campak-campak pun sedap... 

Azam Tahun Hijrah | Jom Elak 6 Penyakit Kulit Ini Jika Nak Berjaya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Azam untuk tahun 1439H...

Sumber : Google image 

Elakkan 6 penyakit di bawah ini.

Untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi , kita wajib atasi 6 masalah utama KULIT yang mesti kita cegah iaitu :

1.KUDIS @ Kurang Disiplin
2.KURAP @ Kurang Rapi
3.KUPENG @ Kurang Pengetahuan
4.KUTEL @ Kurang Teliti
5.KUSTA @ Kurang Stamina
6.KUTU @ Kurang Tumpuan

Semua berpunca dari ::
1) KUMAN @ Kurang Iman
2) KULAT @ Kurang Solat

Semoga sahabat semua berjaya..

Kredit: Bahagian Dakwah JAKIM

September 21, 2017

Petua Mudah Lembutkan Daging Tanpa Pressure Cooker

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Petua Mudah Lembutkan Daging Tanpa Pressure Cooker | Rebus daging rasa leceh kan... Sebab lambat nak empuk...

Bila guna periuk biasa, memang agak sukar nak empuk... Paling kurang pun 1 jam lebih untuk empuk kan daging... Apatah lagi kalau daging yang bercampur dengan tulang.

Bagi yang ada pressure cooker, memang satu kelebihan.. Tapi bukan murah kan nak beli.. Jenama biasa pun paling kurang harga seratus lebih juga.

Tapi, jangan susah hati... Bagi yang takde pressure cooker bukan satu bebanan untuk rebus dan empuk kan daging dengan cepat.

Sumber: Google image 



Petua Mudah Lembutkan Daging Tanpa Pressure Cooker


Petua 1:

Cara memotong daging.

Potong daging berlawan uratnya.. Insha Allah... Tempoh rebus daging boleh dicepatkan 10 hingga 15 minit lebih awal. Dapat jimat masa... Potong nipis dan berlawanan uratnya lebih cepat empuk... Jangan ikut urat daging... Tu yang buatkan lagi lambat nak empuk.

Petua 2:

Letak sudu besi. 

Besi tahan karat yang bersih... Rebus daging bersama sudu besi... Insha Allah.. Cepat empuk dari biasa.. MF tak tau apa la tindak balas kimia di sebalik petua ni... Tapi ini petua orang lama dan memang berkesan.

Itu petua yang biasa MF buat.., banyak petua lain juga.. Masukkan dengan daun nangka... Dan macam-macam lagi... Tapi bagi MF dua petua ni cukup mudah... 

Doa GST!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)






YA ALLAH .... YA RAHMAN.... YA RAHIM...

KAMI DAH JADI GST (GENG SUDAH TUA), JANGAN PULA JADIKAN KAMI GST (GOLONGAN SEDAP TIDUR).

YA ALLAH, SEBALIKNYA JADIKANLAH KAMI GST (GOLONGAN SOLAT TAHAJJUD), BANTULAH KAMI BANGUNKAN GST (GENERASI SAYANG TUHAN)

YA RAHMAN, JADIKAN KAMI GST (GENERASI SOLAT TERKHUSYUK)

YA ALLAH, JADIKAN JUGA KAMI GST (GENG SURAU TETAP), SENTIASA BERJEMAAH DI SURAU DAN MASJID.

IN SYA ALLAH, HINDARILAH ANAK CUCU KAMI DARI MENJADI GST (GENG SUBUH TERLAJAK)

AMEEN... YA RABBAL 'ALAMIN....

September 20, 2017

D.I.Y TABLET STAND

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


D.I.Y TABLET STAND | Dah seminggu adik terjaga malam dan menanti di pintu bilik nak ke bilik kakak sebab dengar alunan zikir Kat TV di bilik kakak...

Dia sanggup tahan mata 2 jam pagi-pagi buta sebab nak pergi  bilik kakak.. Tapi tak boleh pergi sebab pasang penghadang... Jadi berdiri je kat situ... Merengek menangis kalau dah mengantuk... Tu jadi punca MF bermata panda sejak minggu lalu... mengantuk je kat sekolah...

Akhirnya, cari solutions dengan pasang tab kat bilik... Jadi en.somi diy kan tablet stand untuk tablet ni... Guna bahan mudah aje... Penutup tupperware (bukan jenama tupperware) double side tape, dan gelang getah... Settle masalah...



Alhamdulillah.. Sejak dua malam lepas pasang ni takde dah masalah di bangun malam... Nyenyak tidur diulit alunan zikir dan selawat yang membawa sampai ke siang...

Dapat dah tidur nyenyak... Bahkan malam pun tak bangun minta susu... Bangun pagi waktu MF bangun nak siap ke sekolah...

Jimat duit dari nak beli TV lagi satu... Modal besar juga tu... Alhamdulillah dengan kreativiti bapa dia... Berjaya jimat poket dan selesaikan masalah anak bangun malam...

Jadi ibu bapa ni memang kena kreatif lebih kalau nak jimat... Melainkan jenis banyak duit... Itu lain cerita... Tapi bagi kami yang biasa-biasa ni jimat selagi boleh asalkan tak kedekut aje... 

Resepi Daging Goreng Kunyit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Daging Goreng Kunyit | Resepi mudah berasaskan daging... Kalau rasa bosan makan daging masak sup, kari atau seumpama dengannya, boleh masak goreng.

Daging goreng kunyit lebih sedap dari ayam goreng kunyit sebenarnya... sebab daging goreng lebih berbau wangi bila bergaul dengan kunyit tu...

Hari minggu yang lepas, MF masak daging goreng kunyit tanpa banyak menggunakan bahan.

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit


Bahan-bahan:

  • Daging yang telah direbus dan gaul dengan kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi sedap, kalau takde serbuk kunyit pun boleh)
  • 1 ulas bawang besar (belah 12)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • Lobak merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kunyit serbuk
  • Garam dan gula sebagai perisa.


Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  2. Dah naik bau, masukkan sos tiram dan lobak merah, kalau kering boleh letak air sikit...
  3. Dah empuk sikit lobak merah tu, masukkan daging dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan serbuk kunyit, gula dan garam dan gaul rata dalam 3 minit.
  5. Siap untuk dihidangkan.


Baunya memang memikat daging goreng kunyit ni...
Ada orang suka letak lada benggala, kubis bunga dan sayuran lain. Bergantung kepada selera setiap orang. Tapi MF kalau letak sayur banyak pun takde yang makan, jadi cukuplah lobak merah sebagai penyeri... dan boleh ditambahkan lagi seri tu dengan cili hijau.

Selamat mencuba.
Motivasi Pagi | Ubah Diri Sendiri, Yang Lain Pasti Turut Berubah

Motivasi Pagi | Ubah Diri Sendiri, Yang Lain Pasti Turut Berubah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Motivasi Pagi | Ubah Diri Sendiri, Yang Lain Pasti Turut Berubah 

"Kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri"

Jangan marah kalau orang lain tidak berubah sepertimana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki.

Kerana itulah didalam kita mendidik ahli keluarga, perlulah ia dimulai dengan mendidik serta merubah diri sendiri terlebih dahulu.

Jika seorang lelaki menginginkan ahli keluarganya dari kalangan orang yang soleh dan solehah, maka hendaklah dia berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang yang soleh terlebih dahulu.

Maka Allah akan membantunya dalam mendidik ahli keluarga untuk menjadi orang yang soleh dan juga solehah.

Cuma yang perlu kita fahami dalam hal ini, berusahalah sebaik mungkin serta berterusan dalam mendidik ahli keluarga kita dan kemudian serahlah segala usaha kepada Allah.

Kerana hanya Dia sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjadikan seseorang itu berubah seperti apa yang kita kehendaki.

Muhasabah Diri Ini.

Kredit : Telegram channel

Sumber : Google image 


Firman Allah yang bermaksud :
"... sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...." (Surah al-Anfal : 8:53)

Jangan harap orang lain berubah jika kita berubah untuk berubah...

Setiap perubahan itu bermula dari diri kita sendiri... 

September 19, 2017

Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang | Pendidikan di dunia, bermula dari rumah... Diteruskan ke alam persekolahan...

Sekolah mula wujud selari dengan perkembangan tamadun... Jika dahulu sekolah secara tak formal... Tapi selepas tamadun manusia berkembang dan maju, sekolah diwujudkan sebagai institusi yang penting dalam masyarakat...

Sekolah satu institusi yang penting demi kemajuan dan perkembangan zaman manusia...

Alhamdulillah... Takdir Allah.. MF dilahirkan untuk menjadi pendidik walaupun bukanlah cita-cita MF bukan nak jadi pendidik... Jadi perkembangan pendidikan iaitu satu institusi pendidikan yang formal dikenali sebagai sekolah dapat MF lihat dan ikuti zaman demi zaman... Jadi, MF boleh sangat nampak perbezaan antara sekolah dulu dan sekolah sekarang.

Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang

Perbezaan Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang

1. Sistem Pendidikan

Sistem dan dasar berubah sungguh dulu dan kini... Jika dahulu lebih kepada peperiksaan... Tapi kini tak lagi... Sistem pendidikan dibentuk untuk menepati falsafah Pendidikan Negara...
Pelajar dilatih dan ajar sejak umur 5 tahun hingga ke peringkat menengah umur 17 tahun...
Sistem pembelajaran dulu, lebih kepada guru yang mengajar, tapi kini sistem pembelajaran ingin mendidik pelajar berani dan berdikari... Berani menyuarakan pendapat... Kerana itu diwujudkan Pembelajaran Abad ke-21. Sistem berpusat kan pelajar.. Pelajar belajar dengan bimbingan guru... Berkongsi idea dengan rakan berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman hidup Mereka.
Jadi, beza sangat pembelajaran dulu dan sekarang... Dulu, belajar, hafal teori dan jawab peperiksaan... Tapi sekarang adanya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPD), pelajar diuji dan dinilai oleh guru, ibu bapa dan masyarakat setiap masa... Jadi, pembelajaran dahulu, siapa pandai dia akan ke hadapan, tapi kini tak lagi... Semuanya diuji dan dinilai...

2. Sistem Online

Dahulu semuanya manual sahaja... Info dan hal ehwal pelajar semuanya secara manual.. Bahkan nak mohon ke sekolah pun secara terus ke sekolah... Tapi kini semuanya hujung jari.. Kat Mana-mana boleh mohon masuk sekolah asalkan ada teknologi dan juga Internet....

Data pelajar dari segala segi termasuk data peribadi keluarga ada dalam simpanan data dan simpanan... Nak tahu hal pelajar tersebut klik aje... Simpanan data ini disimpan di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Dulu tiada APDM ni.. Jadi, data pelajar kita tak dapat banyak melainkan guru sendiri kena korbankan masa dan tenaga pergi ke rumah pelajar tersebut jika mahukan lebih maklumat.

Kini dengan APDM, semuanya mudah... Bahkan nombor telefon ibu bapa pun ada.. Boleh terus hubungi jika ada sebarang masalah.

Selain  APDM, sekarang juga ibu bapa boleh tahu prestasi anak-anak dengan mudah dengan Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS). Masukkan sahaja nombor kad pengenalan atau nombor MyKids anak, terus terpapar keputusan anak termasuk ulasan guru. Anak-anak tiada alasan lagi nak membohongi ibu bapa.

3. Infrastruktur dan Kemudahan di Sekolah

Sekolah dulu dan sekolah sekolah sekarang dah lain... Dulu kemudahan tak lengkap dan canggih seperti sekarang..

Dulu, bangunan sikit aje.. Kerusi kayu, meja kayu... Tapi kini kemudahan  senang... Kerusi dan ringan, meja pun plastik aje... Mudah nak usung sana sini...

Sumber: google images

Selain tu, bentuk bangunan dulu sebuah-sebuah dan hanya menggunakan papan. Tapi kini kebanyakan design bangunan sekolah bersambung dengan bangunan seterusnya dan ini memudahkan pergerakan pelajar dan guru ke sesuatu tempat dalam kawasan sekolah. Selain itu juga, ada sesetengah sekolah dibina bangunan tinggi dan dilengkapi dengan lif. Sekolah sebegini biasanya dibina bagi kawasan yang sempit dan terhad tanahnya seperti di bandar besar.

Dulu makmal, bengkel tak lengkap.. Tapi kini segalanya ada... Mudah nak teruskan pembelajaran...Jika dulu cikgu mampu mengajar secara teori sahaja.. Sekarang belajar sambil buat terus kerana ada kelengkapan dan kemudahan untuk digunakan ketika proses pembelajaran dan pengajaran.

Dahulu, menggunakan papan tulis menggunakan kapur tulis, tapi sekarang kebanyakan sekolah guna papan putih yang ditulis menggunakan pen marker.

Itu 3 point utama beza sekolah dulu dan sekolah sekarang. Cikgu pun berubah dah sekarang... Fesyen cikgu dulu... Kalau budak sekolah sekarang tengok, mesti tak selera... Tapi sekarang... Cikgu ibarat artis dah di sekolah..

.
Selain perbezaan tu ada juga perbezaan ketara zaman dulu dan sekarang...

1. Cara murid ke sekolah

Dulu

Murid ke sekolah kebanyakannya berjalan kaki... Dan berakit buluh jika ada sungai... Tu zaman mak bapak MF la...kira-kira tahun 70-an.  Tapi zaman MF dah maju sikit, Jalan elok dah... Dah ada tar jalan... Ke sekolah naik basikal...

Sekarang

Zaman makin maju, pelajar sekarang majoriti ke sekolah paling kurang naik motosikal dihantar ibu bapa, jika sekolah menengah dah mula bawa motor sendiri... Bagi golongan berada sikit, memang naik kereta bahkan golongan elit siap ada pemandu peribadi... Hebat kan...

2. Perbelanjaan ke sekolah

Dulu

Belanja ke sekolah zaman dahulu banyaknya bawa bekal.. Jika bawa duit pun 20 sen sudah mencukupi...

Sekarang

Paling kurang RM5 sebagai  belanja sekolah.. Bahkan ada yang bawa RM20 ke sekolah setiap hari... Perbelanjaan semakin meningkat...

Budaya membawa bekal juga semakin berkurangan... Bahkan nak tengok pelajar yang bawa bekal air kosong pun susah... Pernah MF tanya pelajar kenapa tidak bawa air sendiri dari rumah... Alasannya sebab malu dan leceh... Alahai...

3. Denda dan hukuman

Dulu

Denda dan hukuman ini sebagai satu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rotan itu biasa.. Bahkan pelajar dulu memang gerun dengan rotan dan cikgu disiplin...

Sekarang

Denda dan hukuman ibarat satu penderaan fizikal, emosi dan mental pelajar.. Pelajar yang salah perlu kaunseling dari kaunselor bukannya terus didenda macam pelajar dulu. Konsep guru penyayang diwujudkan di sekolah... Di mana guru perlu mendidik pelajar dengan lemah lembut dan berhikmah... Teknik kekerasan dan rotan bukan lagi denda yang relevan bahkan denda sebegitu memberi kesan kepada pelajar dan guru..

Nampak sangat perbezaan ketara bab denda dan hukuman ni... Penerimaan pelajar dan ibu bapa tu sangat berbeza antara dulu dan sekarang.

4. Komunikasi

Dulu

Dahulu komunikasi antara guru dan ibu bapa serta pelajar hanya di sekolah. Ibu bapa yang ingin tahu perkembangan anak di sekolah hanya ketika waktu tandatangan laporan kemajuan murid yang biasanya diadakan setahun sekali. Dan sesetengah sekolah dua kali setahun.

Sekarang

Komunikasi antara ibu bapa, pelajar dan guru lebih mudah dengan kemudahan teknologi... Perkembangan teknologi telefon dan gadjet memudahkan komunikasi ini. Kewujudan  Group Telekomunikasi seperti group whatsapp, telegram dan sebagainya memudahkan para guru dan ibu bapa berinteraksi untuk menyampaikan maklumat secara terus dan tepat serta cepat.

Interaksi antara pelajar dan guru juga mudah... Guru boleh terus berkomunikasi dengan pelajar secara maya melalui group whatsapp kelas atau group mata pelajaran. Sebarang masalah pelajar boleh terus berhubung dengan guru melalui teknologi yang ada. Perkembangan ini merupakan perkembangan positif dalam arus pendidikan di Malaysia. Cuma ada kalanya perlu dikawal kerana ada juga mudaratnya jika tidak dijaga adab dan tatasusila.

Beza sangat sekolah dulu dan sekarang... Tapi matlamat satu je.. Tempat menyampaikan ilmu... Mendidik manusia dan memanusiakan manusia...

Sekolah satu institusi pembelajaran formal yang perlu dipertahankan walaupun ada kelemahannya. Kerana segalanya bermula di sekolah untuk membentuk masa depan yang cerah.