Maria Firdz - Lifestyle Blogger: Kewanitaan
Memaparkan catatan dengan label Kewanitaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kewanitaan. Papar semua catatan

Januari 12, 2020

SYURGA SEORANG ISTERI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


SYURGA SEORANG ISTERI


Bergembiralah wahai wanita yang telah berkahwin. Hanya perlu menjaga 4 perkara untuk melayakkan diri bagi mendapat syurga taraf Abu Bakr As-Siddiq.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata,

وليس على المرأة بعد حق الله ورسوله أوجب من حق الزوج

“Tidak ada hak yang lebih wajib untuk ditunaikan seorang wanita (setelah hak Allah dan Rasul-Nya) daripada hak suami” - (Majmu’ Al Fatawa, 32: 260)


SYURGA SEORANG ISTERI

Senang je nak masuk syurga bagi wanita yang dah berkahwin. Tapi nak buat yang keempat tu sangat mencabar bagi seorang wanita. 

Sebab wanita ni ada nafsu, ada keinginan, ada kehendak... ada cita-cita, ada kerjaya... Jadi, mencabar nak jadi wanita yang taat kepada seorang suami yang baik. 

Dan disebabkan itu, ramai juga memilih untuk jadi single mom atau dengan mudah katanya jadi J... Tak dosa jadi J, asalkan sebab kita jadi J tu, bukan kerana mengikut nafsu, trend atau lifestyle akhir zaman dengan trademark "Apa lelaki boleh buat, wanita juga boleh".

MF sendiri akui... memang susah nak taat... Tapi ingat semula matlamat kita kahwin, ganjaran yang kita dapat.

Jika dapat suami yang soleh atau yang baik... tak semestinya ustaz pun, tapi cukup melaksanakan tanggungjawab... rugi sangat kalau tak jadi isteri yang taat. 

Disember 15, 2019

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka | Proses penuaan merupakan fitrah alami yang mustahil untuk dielakkan, namun kita boleh melambatkannya. 

Dengan gaya hidup, dengan kosmetik dan produk penjagaan kulit yang alami serta petua-petua orang lama, insha Allah boleh bantu untuk lambatkan proses penuaan pada kulit dan wajah kita. 

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka

Kalau nak tahu sama ada semakin tua atau tidak, cuba lihat lima perubahan pada kulit yang paling ketara ini:

#1 Kulit  mengecut dan kering

Cuba tengok kulit di wajah, tangan, ataupun kaki. Kalau kelihatan kecut dan kering, itu bermakna proses penuaan telah pun bermula. 

Semakin meningkat usia, kolagen semakin berkurangan, dan ini menyebabkan lapisan kulit semakin menipis dan menjadi kering. 

Kalau sering terdedah kepada cahaya matahari, ia akan turut mengeringkan kulit dengan lagi cepat. 

Jadi, nak atasi kena amalkan minum air secukupnya… #peringatkatdirisendiri.


#2 Garis penuaan pada bucu mata

Juga dikenali sebagai crow’s feet, garis penuaan atau kedutan pada bucu mata ini berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari dan kulit yang kurang kelembapan. 

Cara atasinya dengan mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari, minum air yang banyak, dan menggunakan produk penjagaan kulit yang memberi kelembapan pada kulit.

#3 Kulit mengendur

Dengan meningkatnya usia, tubuh kita semakin kurang menghasilkan elastin dan kolagen yang membantu dalam menegangkan kulit. 

Tanpa kandungan elastin dan kolagen yang tinggi dalam kulit, kulit akan mudah ‘jatuh’ dan mengendur. Masalah kulit kendur boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit yang khusus.

#4 Bintik-bintik atau tompok-tompok pada wajah

Semakin meningkat usia, melanosit (sel pigmen) anda akan membiak dengan lebih cepat dan seterusnya berkumpul sehingga membentuk bintik-bintik atau tompok-tompok pada kulit. 

Bintik atau tompok ini lebih jelas terlihat pada bahagian kulit yang paling sering terdedah kepada cahaya matahari, seperti muka. Senang kata, jeragat pun mudah muncul kalua tak jaga muka dengan baik.

#5 Tona kulit yang tidak bermaya dan tidak sekata

Pipi kiri gelap, manakala pipi kanan kelihatan cerah. Kenapa jadi camtu? 

Dengan meningkatnya usia, pembaharuan sel kulit akan berkurangan sebanyak 7% bagi setiap 10 tahun. 

Dengan berkurangnya sel kulit baru, sel kulit lama yang telah mati akan semakin memenuhi wajah yang menyebabkan tona kulit kelihatan tidak bermaya dan sekata.

Jadi, kena ada produk yang sesuai atau amalan yang konsisten untuk pastikan kulit muka jadi sekata. 

Bila menginjak usia 30-an, kena cari produk jaga kulit yang sesuai… Kalau tak makin nampak la tanda penuaan tu. 

Bukan apa, tak best kan kalua umur tahap mak cik tapi bila orang tengok muka dah tahap nenek… Sentap kan… hehe… 

Tapi, MF percaya, selain produk penjagaan kulit, gaya hidup juga penting untuk pastikan tanda penuaan ni hilang, antarannya amalkan ulaman dan sayuran hijau, minum air secukupnya, elakkan stress dan paling penting cukup tidur!.. 

Dan tak lupa.. kurangkan marah dan banyakkan senyum… 

Disember 10, 2019

Doa Seorang Isteri

Doa Seorang Isteri

doa seorang isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat, 
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas, 
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal, 
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, 
Kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista, 
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, 
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah... 
Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash... 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu, 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya...
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.. 
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu, 
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya. 
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu, 
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, 
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu...
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu, 
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya. 
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan, 
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya. 
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan, 
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena. 

Ya Allah... 
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku.
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. 
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai. 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri, 
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu. 
Sekiranya aku ingkar dan derhaka, Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu.

Ya Allah...
sesungguhnya, 
Aku lemah tanpa petunjukMu, 
Aku buta tanpa bimbinganMu, 
Aku cacat tanpa hidayahMu. 
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku, 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, 
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu, 
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah. 
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan, 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.

Kerana aku sedar hinanya aku, 
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru, 
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu, 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu, 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati, 
Isteri yang dikasihi, 
Isteri yang solehah, 
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Ameen,ameen Ya Rabbal 'Allameen..

Sumber: FB sahabatku.. diizinkan untuk share

p/s: print dan tampal kat bilik supaya boleh baca hari-hari... 

November 22, 2019

Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram | Bermusafir dan berhijrah sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Kerana banyak kebaikannya antaranya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah melalui pengalaman dan merasai kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta.

Bermusafir atau melancong hukumnya harus. Tapi dengan zaman moden sekarang apa lelaki buat, wanita nak buat sama. Jadi, ramai wanita juga suka melancong zaman sekarang.

Bagi lelaki tiada masalah untuk melancong kerana lelaki ni secara fizikalnya kuat dan dari sudut lain sukar menjadi fitnah. Tetapi wanita ni lain. Allah jadikan wanita ni lembut, sopan dan auratnya pun banyak sebab wanita ni cantic dan mudah jadi fitnah.

Jadi, apa hukum wanita bermusafir atau melancong? Tambah-tambah melancong tanpa mahram atau tanpa teman pula.

Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram

Hukum Wanita Musafir Tanpa Mahram

Haram

Hadith sahih telah melarangnya, seperti yang disabda oleh Nabi Muhammad SAW, Maksudnya:

"Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi).

Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, nabi Muhammad SAW dilaporkan bersabda, maksudnya:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)

Kedua-dua hadith di atas ialah sebahagian daripada beberapa hadith yang melarang wanita daripada keluar berjalan tanpa mahram.

Ulamak menyatakan pengharaman itu adalah mutlaq tanpa penentuan berjalan jauh atau pendek, sekejap atau panjang, berseorangan atau secara berkumpulan dengan wanita tanpa mahram yang lain. Dalam kebanyakan kitab-kitab fiqh muktabar lama, jumhur ulamak menyatakan hukum HARAM.

Huh! Macam ketat sangat kan dalil ni. Dan ini jadi dilemma orang perempuan sebab kadang wanita ni travel dengan sebab belajar jauh dan seumpamanya.

Tapi, jangan kalut rebut… ada lagi penjelasan lain.

Harus

Ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan.

Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir berpegang kepada pendapat ini. Menurut mereka, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan yang Shafi’e membolehkan perempuan untuk bermusafir tanpa mahram sekiranya ada keperluan dan jalan yang akan ditempuhinya serta tempat yang akan didatanginya terjamin keselamatannya.

Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:

Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)
Walaupun hadith ini lebih merujuk kepada hadith ramalan akhir zaman, akan tetapi sebahagian ulamak mengeluarkan hukum yang menyatakan kebenaran kepada wanita untuk bermusafir tanpa mahram.

Syarat musafir tanpa mahram

Syaratnya ialah, ada keperluan yang hampir sama hukumnya seperti haji, atau sekurang-kurangnya keperluan mendesak untuk berjalan tanpa mahram, dan terjamin keselamatan semasa di dalam perjalanan dan di destinasi permusafirannya.

Contohnya musafir kerana belajar. Biasanya institut pengajian tinggi sama ada di peringkat sekolah atau universiti letaknya jauh dari rumah. Kadang-kadang memerlukan pelajar wanita keluar bermusafir tanpa mahram untuk pergi ke kelas, tempat pengajian, kursus-kursus dan seumpamanya. 

Sekiranya pelajar wanita itu menaiki pengangkutan awam, maka ianya dibenarkan sebab kita tau syarikat pengangkutan awam tu mempunyai jaminan keselamatan kepada penumpangnya.

Kalau perlu menaiki kenderaan atau berjalan kaki, dibenarkan juga dengan syarat memang diketahui umum bahawa perjalanan ke destinasinya itu adalah selamat daripada kekacauan dan fitnah, dan pelajar wanita itu juga bersungguh-sungguh mematuhi undang-undang keselamatan ketika dalam perjalanan, dan memaklumkan perjalanan mereka kepada mahram mereka.

Perkara ni samalah Fatwa Negeri Johor.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bertarikh 11 Jun 2001 memutuskan keharusan seorang wanita berziarah tanpa ditemani mahram.

Keputusan jawatankuasa itu menggariskan keharusan wanita bermusafir untuk berziarah selepas dipastikan terjamin keselamatannya, sudah mendapat keizinan suami atau mahram (jika ada), bersama dalam keadaan menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, kereta api atau bas.
Perjalanan wanita itu juga hendaklah tidak menimbulkan fitnah, keraguan serta lain-lain syarat lagi.

Oleh itu, fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor itu adalah contoh hukum bagi wanita bermusafir tanpa mahram diharuskan selari dengan kehendak dan keperluan serta pemakaian adat umat Islam pada masa kini.

Ok, jelas hukum diatas. Tapi persoalannya, jika melancong atau travel sahaja tanpa keperluan mendesak, boleh ke pergi sendiri? Saja-saja melancong je… Boleh ke pergi tanpa teman.

OK, ini jawapannya:

Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram

Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram

Sekiranya tiada keperluan, maka wanita perlu mengelakkan diri daripada berjalan tanpa mahram supaya tidak terjebak dengan larangan di atas.

Pandangan Majlis Fatwa al-Azhar ini turut disokong oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan ditulis di dalam Ensiklopedia Feqh Islam.

Syarat wanita yang ingin keluar melancong

Sebahagian mereka meletakkan syarat, iaitu perlu wanita tadi bergerak keluar bersama-sama dengan kumpulan wanita yang lain yang mana secara adatnya akan terjamin daripada kekacauan dan fitnah.


Kesimpulan

Jelas dengan hukum di atas. Hukumnya harus wanita bermusafir dengan tujuan tertentu dengan syarat terjamin keselamatan dan jauh dari fitnah.

Namun, untuk melancong, Wajib ada teman dan mesti bergerak dengan kaum wanita lain. Maknanya tak boleh lah pergi sorang-sorang tanpa teman. Mesti berteman.

Hukum ni jelas dalam Islam. Bukan apa, kadang wanita sekarang terlalu berani sampai kan segalanya nak buat sendiri. Takut juga pengaruh drama.. Bergaduh dengan laki, bawa diri seorang diri ke luar negara. Mana tahu kan…

Sedangkan hidup kita ni penuh hukum yang perlu kita patuhi sebagai seorang hamba…

Hukum ini adalah sebagai memberikan perlindungan dan penghormatan kepada wanita, dan bukannya satu diskriminasi gender atau meletakkan wanita di taraf yang rendah. 

Kesan fitnah ke atas wanita adalah berbeza dengan kesan fitnah ke atas lelaki, justeru banyak undang-undang perlindungan dikenakan ke atas wanita berbanding lelaki.



Apa pun pesan MF kepada wanita yang suka travel, jaga adab, akhlak dan paling utama jaga AURAT kerana itu antara point utama untuk jadikan travel kita dikira ibadah oleh Allah... 


Sekian, semoga bermanfaat.

Ogos 30, 2019

9 Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim | Sekarang ni tengah sibuk pasal isu dan kempen beli produk buatan orang Islam.
Satu kempen yang sangat berguna, dan membantu ummah… Macam ni baru betul dan orang Islam boleh maju.

MF pun terpengaruh juga la dengan kempen ni.. Kenapa tidak pula kan.. mestilah kena sokong. Orang Islam tu kan saudara kita juga.

Dalam banyak-banyak produk, produk kecantikan agak susah nak cari yang keluaran Muslim sebab tak banyak. Kebanyakan produk yang popular di iklan tv, atau di drugstore sendiri pun banyak produk orang bukan Islam.

Tak salah nak beli… tapi seperti yang kita sedia maklum, kenapa tidak kita yang sokong produk orang Islam kan… Sama je kualitinya.. bahkan mungkin lebih baik.

Jadi, bagi wanita yang nak bertukar kepada produk kecantikan keluaran muslim, ini dia MF senaraikan beberapa produk kecantikan yang memang keluaran orang Islam.

9 Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim

1. Cosmoderm

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Produk ni dah popular juga, sebab dah masuk pasaran dan iklan di media social dan media elektronik. Produk ni ada produk keluaran Muslim. Pengasasnya ialah terdiri daripada kumpulan yang pakar dalam kalangan orang Islam tentang masalah kulit kebanyakan rakyat Malaysia.

Produk ni memang ada halal JAKIM dan menggunakan bahan-bahan semulajadi… MF sendiri pengguna Cosmoderm. 2 produk yang dah bertahun MF guna… memang terbaik sangat kualitinya… Harga pun mampu milik.

Produk ni mudah dibeli di kebanyakan drugstore dan juga secara online di LAzada, Shopee ataupun website Cosmoderm sendiri.

Baca : Cosmoderm Lotion Talc Penyelesaian Terbaik Atasi Ruam Pada Bayi

Baca : Akhirnya, Terpikat Dengan Cosmoderm!

Baca : BB CREAM COSMODERM MEMANG SESUAI UNTUK WANITA YANG TAKDE MASA NAK PAKAI BEDAK PERGI KERJA!

2. SimplySiti

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Produk ni siapa tak kenal kan. Pengasasnya adalah penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza. Sekarang ni masuk pula kat GoShop iklannya, lagilah…

MF tak pernah cuba, tapi teringin juga nak mencuba… Tapi katanya, memang terbaik kualitinya… Walaupun agak mahal, tapi kualiti terbaik.

3. Ephyra

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Ephyra juga diasaskan oleh orang Islam iaitu Puan Amiza Amiruddin Duta produk ni, Memey dan Norman Hakim. MF pernah beberapa kali guna dan beli produk ni…

Kualiti memang tip top.. harga standard dan sepadan dengan kualitinya.

4. D’Herbs

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

D’Herbs antara produk yang popular di Malaysia. Mau tak kenal kan sebab pengasasnya selalu buat kontroversi.

MF pernah beli produk ni suatu masa dulu… Best juga kosmetik dia… Cuma MF haraplah pengasasnya Dato Aliff Syukri buat perubahan kea rah yang lebih baik. Usahlah timbulkan kontroversi yang tak elok dalam nak popularkan nama dan produk D’herbs ni…

5. Wardah dari Indonesia

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Produk Wardah ni dari Indonesia tapi pengasasnya adalah dari Indonesia iaitu Puan Nurhayati Subakat. Produk ni popular di Indonesia tapi dah popular juga di Malaysia.

Ramai bagi review positif dengan produk ni, MF pun teringin juga nak mencuba ni…

6. Dermags Skincare

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Mungkin tak popular produk ni, tapi ini adalah produk keluaran UTM. UTM adalah university yang popular dengan penyelidikannya… Jadi, ini adalah produk keluaran UTM yang semestinya kita sebagai orang Islam sokong dan support.

Pengasasnya ialah Dr. Mariani Abd Hamid yang merupakan seorang penyelidik di UTM dan dalam menghasilkan produk ni, dia juga berkerjasama dengan pakar penyelidikan kosmetik di Korea.

Kalau tengok Dr. Mariani ni memang padanlah.. Cantik kot dia… Pasti produk ni berkualiti dan bukan calang-calang atau produk timbang kilo punya…

7. Secret Garden

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Secret Garden, susah nak jumpa produk ni… MF pun mencari produk ni, tapi tak pasti pasarannya di mana… Duta nya adalah Izzara Aisyah… Tapi macam tak femes sangat… buatkan orang tak tau produk ni adalah keluaran Islam.

8. Sendayu Tinggi

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Antara produk yang paling lama di Malaysia. Diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim yang juga merupakan ibu kepada pengasas D’Herbs. Sejak MF kecil, MF tau jenama ni… Produk kesihatan dan kecantikan keluaran Sendayu Tinggi menjadi pilihan ramai wanita kerana kualitinya.


9. Nurraysa

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Produk kosmetik dan kecantikan diasaskan oleh wanita berniqab pertama di Malaysia. Produk Nurrayssa menjadi pilihan ramai… kerana trademark nya ‘mesra wuduk”.

Pengasasnya ialah Puan Nur Aini Zolkepeli yang berasal dari Dungun, Terengganu.

MF pernah cuba juga produk ni, Cuma tak serasi dengan diri. Tapi ramai kata, produk ni best.

Apa pun, inilah dia 9 produk yang pengasasnya adalah orang Islam. Dan merupakan keluaran orang Islam. Kebanyakannya semua dah ada pun halal JAKIM., kecuali Wardah tu dari Indonesia, dapat halal dari Indonesia.

Apa pun, banyak lagi produk kecantikan muslim, cuma kena juga semak dengan KKM juga la... sebab ada juga produk tempatan, yang ada kandungan berbahaya... Yang MF kongsikan ni produk yang kebanyakannya selamat... dan jenama keluaran orang Islam. 

Semoga bermanfaat.

Ogos 22, 2019

6 TIPS AGAR BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK RATA WALAUPUN KULIT MUKA KITA BERMINYAK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


6 TIPS AGAR BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK  RATA WALAUPUN KULIT MUKA KITA BERMINYAK | Orang yang kulit muka berminyak rasa delima nak pakai bedak muka kan. Tapi kalau tak pakai lagi lah Nampak shining macam cermin. Tapi bila dah pakai, Nampak bertompok dan lagi buruk bila berpeluh atau waktu tengah hari. Cair habis bedak muka tu.

Tapi, ada caranya, bagi yang hadapi masalah kulit wajah berminyak nih… jangan risau... tips mudah je...

6 TIPS AGAR BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK RATA WALAUPUN KULIT MUKA KITA BERMINYAK, TIPS UNTUK KULIT BERMINYAK, BEDAK UNTUK KULIT BERMINYAK

6 TIPS AGAR BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK  RATA WALAUPUN KULIT MUKA KITA BERMINYAK



#Tips 1: BERSIHKAN SELURUH MUKA

CARA CUCI MUKA YANG BETUL

Memandangkan kulit muka kita jenis berminyak, jadi supaya bedak tahan lama kita perlu membersihkan muka terlebih dahulu sebelum memakai bedak atau mekap.
Bilasan air selepas menggunakan pembersih muka akan melunturkan minyak dan kotoran yang melekat di muka. Lagipun jika kotoran tersebut tidak dibersihkan, hasil mekap akan jadi tidak sekata. Malahan boleh menyebabkan jerawat tumbuh di muka.


#Tips 2: GUNA AIS 

GUNA AIS SEBELUM MAKE UP

Muka yang berminyak mudah sangat nampak berminyak walaupun kita baru sahaja membersihkan muka. Cara terbaik untuk mengawal pengeluaran minyak buat sementara waktu adalah dengan menggunakan ais batu.

Sapukan ais batu pada seluruh muka secara perlahan-lahan. Rasa sejuknya akan menyegarkan dan menegangkan kelenjar minyak pada muka sehinga pengeluaran minyak dapat dikawal. Paling tidak ketika kita sedang sibuk bermekap.


#Tips 3: PAKAI PELEMBAB MUKA


Walaupun muka kita jenis berminyak, tapi jangan takut untuk pakai pelembab muka. Muka tak akan jadi lebih berminyak jika kita memilih pelembab muka yang sesuai untuk kulit berminyak.

Pakailah pelembab yang mempunyai kandungan yang ringan supaya dapat mengawal kadar minyak di muka. Pelembab ini juga akan membuat mekap atau bedak tahan lama sepanjang hari.


#Tips 4: PILIH BEDAK BERTEKSTUR RINGAN

Untuk kulit berminyak, sebaiknya kita pakai bedak yang teksturnya lebih ringan seperti bedak jenis loose powder. Bedak ini mempunyai tekstur lebih lembut dan ringan sehingga lebih selesa di kulit muka serta tidak menyumbat liang pori-pori.

Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kadar minyak serta  dapat melekat dengan baik di kulit muka berminyak. Penggunaan bedak loose powder juga akan membuatkan kulit muka kita kelihatan lebih segar dan bebas minyak.


#Tips 5: BAWA KERTAS MINYAK

Gunakan kertas minyak bagi mengurangkan kelebihan minyak di kulit muka. Jangan gosok kertas minyak ini dengan kuat di kulit muka kerana ia hanya akan merosakkan mekap atau bedak yang dipakai.

Cara pakai kertas minyak supaya mekap atau bedak tahan lama, memadai jika kita tekap-tekap kertas minyak ini secara perlahan-laan di kulit muka sehingga minyak tersebut hilang tanpa merosakkan solekan.


#Tips 6: HINDARI KEBIASAAN MENYENTUH KULIT MUKA

Selalunya kita suka sangat menyentuh bahagian muka seperti menggaru-garu kawasan muka yang gatal, menutup mulut dengan tangan, pegang dagu dan sebagainya.

Kebiasaan ini akan membuat mekap atau bedak cepat luntur disebabkan kelebihan minyak di muka. Selain itu, kebiasaan ini juga akan memperluaskan penyebaran kuman dan bakteria dari tangan ke muka.

Itulah beberapa cara yang boleh dipraktik supaya bedak tahan lama dan nampak lebih rata di kulit muka kita yang berminyak. Orang yang ada masalah kulit muka berminyak, boleh cuba salah satu atau keenam-enam tips ini..

Semoga bermanfaat.

Kredit info: Telegram Channel Petua & Kesihatan

Ogos 19, 2019

Ini 5 Tips Selamat dan Jimat Beli Produk Kosmetik Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini 5 Tips Penting Beli Produk Kosmetik Online | Wanita dan kecantikan tak boleh dipisahkan. Rasanya wanita normal dia pasti nak lihat dirinya cantik. Tak kiralah orang peduli ke tak pasal dia, tapi sebagai wanita mesti dia nak lihat diri dia cantik.

MF tak terkecuali juga bab nak cantik nih... Walaupun korang nampak disebalik kucing hitam je kan... Tapi MF sebagai wanita ye, bukan kucing tetap nak cantik... Eh, kucing pun sentiasa nak bulu dia cantik gak kan.

Masa zaman sekolah dulu, MF biasa dah jaga kecantikan... Zaman sekolah mana ada lagi produk online nih... Jadi, direct je beli kat kedai... Apa jual kat kedai, itulah MF akan beli.

Tapi sekarang ni, nak cantik tak payah susah payah sangat dah... Produk kecantikan banyak dah sekarang, macam-macam jenama ada... Nak putih, nak licin nak muka lonjong, nak hidung mancung semua ada. Sebab sekarang ni semuanya dihujung jari. Online aje nak beli produk kecantikan.

MF sekarang ni memang banyak beli online. Sebab mak anak empat kot, tak mampu nak usung anak semata-mata nak beli krim muka ataupun celak mata. Beli online je senang.

Tapi kalau nak beli produk kosmetik online ni, kena juga tau caranya. Kalau tak membazir wang dan masa je dok belek webshop online tu.

lazada voucher, shopcoupon, watson promotion, diskaun lazada, shopee promo, online shopping, sale lazada

Ini 5 Tips Selamat dan Jimat Beli Produk Kosmetik Online


1. Beli di Official Stores Produk

Produk kosmetik online ni, kita tak payah pening nak beli kat website jenama tu... Memang takde jual. Tapi kita beli je kat Official Stores produk tu sama ada di Lazada atau Shopee. Eh, kenapa dua ni yang MF sebut? Sebab dua ni paling popular di Malaysia. Siapa tak kenal Lazada dan Shopee, anak MF umur 3 tahun dah kenal sangat dah... siap nyanyi lagi...

Kat Lazada dan Shopee memang banyak Official Stores produk kosmetik nih. Pilih sahaja jenama apa kita suka, beli direct terus dari situ.

Apa kelebihannya? 


Lebihnya, kita rasa lebih yakin dan selamat dari terkena produk tiruan atau produk yang hampir tarikh tamat tempoh.


lazada voucher, shopcoupon, watson promotion, diskaun lazada, shopee promo, online shopping, sale lazada

Dan lebihnya, senang kita nak returned barang yang salah hantar. Macam pengalaman MF beli produk Cosmoderm di Official Store Lazada. MF direct chat dan dia respond dan terus dia pos barang yang baru kat MF, dan rezeki MF tak kena pulangkan pun produk yang dia salah hantar tu.

Nak jimat banyak gunakan Lazada Voucher produk-produk dari Official Store nih. Save banyak tau!


2. Lihat review

Beli online, apa barang sekalipun jangan pernah culas untuk baca review. Kena study sikit bab nih. Review nih penting sangat. Ini sebagai petunjuk untuk kita pilih produk tu... Kalau yang banyak review lagi bagus, sebab kita boleh buat pilihan dengan lebih tepat.

3. Pilih ikut kategori yang betul

Nak memudahkan kita memilih, pilihlah ikut kategori yang kita nak. Kalau nak beli produk dengan  jenama tertentu, pun boleh... Kenapa kena ikut kategori, supaya kita buat pilihan yang selamat dan tak salah produk.

4. Pastikan semak produk kosmetik sebelum beli.

Lambakan produk kosmetik sekarang ni, buatkan kita kena lebih berhati-hati. Sebelum beli sesuatu produk, sila semak dulu produk tu ada KKM Approved ataupun Halal JAKIM. Tapi memang jarang jumpa produk kosmetik ada logo halal kecuali beberapa produk seperti Safi, Shokubutsu, Garnier dan beberapa produk lain. Tapi kalau takde halal pun, pastikan ada kelulusan KKM atau NPRA. Itu lebih meyakinkan.

5. Beli di Official Store yang jual produk kosmetik

Tips kelima ni penting untuk kita beli produk kosmetik dengan lebih jimat dan selamat. Jika secara offline, kat mana kita boleh dapatkan produk kosmetik? Mestinya terlintas di minda kita Watson kan... Bagi yang tak mampu nak walk in ke watson, boleh je jengah ke Watson Online.

Watson online ni antara tempat shopping produk kosmetik pilihan MF la... Sebab kalau nak bandingkan harga memang jimat gila...


lazada voucher, shopcoupon, watson promotion, diskaun lazada, shopee promo, online shopping, sale lazada

Contoh, MF nak beli produk Nutox ni kat Shopee... MF compare juga dengan Official Store, memang jauh beza... Bezanya sebab Watson bagi promo diskaun... Tu yang best. Lagipun beli kat Watson lebih dipercayai berbanding kita beli kat orang persendirian atau kiosk-kiosk kecil online atau kedai jamu kan.

Tapi lagi jimat kalau guna Watson Promotion untuk beli produk kosmetik di Watson. MF guna pun memang jimat banyak. Rugi kalau tak guna..

MF rasa, cukuplah kot lima tips tu... Apa pun dari pengalaman MF, memang jimat banyak beli produk kosmetik online ni. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat juga poket.. Jadi, memang MF tak kan ragu-ragu untuk beli produk kosmetik online.

Sekian, semoga bermanfaat.

Julai 10, 2019

WW | 7 Perkara Bukti Perempuan Makhluk Yang Complicated

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sifat wanita


Tujuh fakta yang rumit mengenai Wanita:
1. Selalu kata nak berjimat cernat.
2. Nak jimat tetapi membeli pakaian mahal.
3. Beli pakaian yang mahal tetapi selalu kata takde apa-apa untuk dipakai.
4. Takde apa nak pakai, tetapi sentiasa berpakaian cantik.
5. Sentiasa berpakaian cantik, tetapi tidak pernah berpuas hati.
6. Tidak pernah berpuas hati, tetapi masih mengharapkan lelaki memuji mereka.
7. Harapkan lelaki untuk pujian, tetapi bila dah puji tak percaya pula.

Haha... itulah perempuan, very comlicated. Kadang dia sendiri tak faham dengan diri dia... Sebab tu Nabi kata, wanita ibarat tulang rusuk yang bengkok.

fakta wanita

Julai 08, 2019

Kitaran haid yang normal bagi wanita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kitaran haid yang normal bagi wanita | Haid adalah satu tanda akil baligh bagi wanita. Senang je nak tau kan... Haid ni berkaitan dengan kitaran untuk menandakan kesuburan setiap wanita.

Memang masalah kalau kitaran ni tak tentu atau jangka waktu yang tak sama setiap bulan.

Haid adalah pendarahan bulanan bagi setiap wanita. Apabila anda mendapat haid, tubuh badan akan akan menggugurkan lapisan rahim. Darah haid akan menggugur dari dinding rahim dan keluar melalui pembukaan kecil di serviks dan seterusnya melalui vagina. Kebiasaannya haid berlaku selama 3 hingga 5 hari.

Kitaran haid yang normal bagi wanita

Apabila haid datang secara teratur, ini dipanggil sebagai kitaran haid. Kitaran haid secara tetap menandakan bahawa tubuh badan berfungsi dengan normal. Kitaran haid menyediakan bahan kimia yang penting, yaitu hormon, bagi menjaga kesihatan. Ia juga membantu badan bersedia untuk mengandung pada setiap bulan kitaran haid berlaku.

Kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya.

Kitaran haid yang normal bagi wanita

Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda

Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan.

Jadi, kalau di luar waktu itu dikira darah istihadhah atau darah penyakit.

Jika dikira dari aspek hukum, waktu haid ada perkara yang dilarang. Tapi kalau waktu istihadhah tiada larangan untuk solat bahkan wajib solat, Puasa dan buat ibadah yang lain.

Tempoh panjang haid juga diambil kira juga. Menurut mazhab Syafie, tempoh minimum haid ialah sehari semalam... Dan maksimumnya ialah 15 hari. Lebih dari 15 hari dikira darah istihadhah juga.

Kitaran haid yang normal bagi wanita

Itulah serba sedikit bab fiqh wanita yang wajib semua wanita ketahui dan pelajari.

Kadang kita keliru dengan darah yang kita lalui setiap bulan kan... Sebab bila ianya melibatkan hormon ni lain macam... Sebab banyak faktor boleh jadikan haid kita terlalu awal atau terlalu lewat... Antaranya stress, pemakanan dan faktor-faktor persekitaran yang lain.

Jadi, kalau keliru juga boleh rujuk doktor untuk tentukan status darah itu... Dan rujuk ustaz ustazah untuk dapatkan status hukum darah itu...

Sekian, semoga bermanfaat... 

Jun 30, 2019

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang | Telur goreng separuh masak, yang popular dipanggil telur goyang, sebab bila dimasak di atas roti, bila separuh masak, yang kuning tu masih bergoyang, sebab itu orang panggil telur goyang.


MF memang suka telur separuh masak... Tapi kurang gemar... Tapi ada juga orang suka... Bahkan kalau orang mengandung, lagilah kan.. apa sahaja makanan dan minuman viral dia nak cuba.. Pantang sebut...

MF pernah dengar yang telur separuh masak ni tak berapa elok bagi wanita mengandung, tapi bagaimana dengan telur goyang? Boleh ke makan bagi wanita mengandung?

Ini jawapan dari Doktor:

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang, bahaya telur goyang kepada ibu mengandung, mengidam, resepi telur goyang, roti bakar telur goyang

“Doktor, isteri saya ni asyik mengidam telur goyang. Bahaya tak?”

Jangan fikir bukan-bukan. Lelaki ni mengadu isteri dia yang hamil hari-hari nak makan telur goreng separuh masak. Dia risau kalau ia tak selamat.

Jawapannya: BAHAYA!

Boleh kena jangkitan bakteria yang menyebabkan simptom cirit-birit, muntah-muntah, kejang perut, dan demam tinggi. Jika ibu hamil kena jangkitan ini, ada risiko berlaku keguguran kandungan. 

Jadi, kena tahu juga cara yang betul untuk simpan dan masak telur.

Cara simpan dan masak telur yang betul


  1. Pilih telur yang tidak retak. Telur tidak retak pun boleh dicemari bakteria sebelum pembentukan kulit telur, namun yang tak retak lebih rendah risiko.
  2. Bersihkan telur sebelum disimpan tapi tak usah sental kuat-kuat kerana itu akan menghilang lapisan perlindungan pada kulit telur dan sebabkan telur cepat rosak.
  3. Simpan telur di dalam peti ais di dalam bekas tertutup supaya makanan lain tak tercemar. Suhu 0-4°C akan membantutkan pembiakan bakteria.
  4. Bila nak guna telur, pecahkan telur dalam mangkuk dulu, periksa tembelang ke tak. Kalau OK, baru masukkan dalam kuali.
  5. Masak telur sehingga masak sempurna agar kuman yang ada pada telur terbasmi. Jika resepi gunakan telur mentah, gunakan telur yang dipasteur.


Tapi kalau dah mengidam juga, nak buat camne kan..

Ok, ini panduannya kalau teringin atau mengidam juga nak makan telur goyang.

Belilah telur yang di pasteur.

Telur pasteur tu apa? 

Telur yang telah dibasmi kuman dengan teknik pempasteuran. Telur yang dipasteur, di paketnya ada ditulis. Harganya mahal sikitlah.

Telur yang tak pasteur, dan tak dimasak sempurna boleh akibatkan keracunan, l terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, warga emas, wanita hamil, serta mereka yang punya imun yang rendah. 

Jadi, hati-hati!

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan


Jadi, kalau dah mengidam tu, suami kenalah cari telur pasteur dan cuba belajar sendiri cara masak telur goyang... Alaa... kat youtube kan ada... benda boleh masak sendiri, buat apa nak beli... hehe...

Ini MF kongsikan resepi mudah buat telur goyang.


Resepi Telur Goyang

Buat telur goyang tak susah... cuma kena pastikan suhu betul... Ada yang jenis rebus sekejap dalam air mendidih, ada jenis goreng telur tu separuh masak... Ikutlah yang mana-mana... 


Meleleh plak air liur tengok telur tu bergoyang meleleh gitu... hehe...

Cik-cik abang boleh cuba buat mak buyung isteri tersayang ya... Cuma ingat, kena cari telur yang dipasteur.. alahh.. tak mahal sangat, MF pun guna telur tu... 10 biji baru dalam RM5.90 macam tu untuk gred B... Ok la kan.. sesekali nak makan.. ok je kan untuk isteri tersayang... 

April 30, 2019

7 Rutin Kecantikan Sebelum Tidur Untuk Dapatkan Kulit Cantik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Rutin Kecantikan Sebelum Tidur Untuk Dapatkan Kulit Cantik | Sebut cantik, siapa tak nak cantik kan... Wanita lagilah kan... Nak cantik bukan dengan tempek macam-macam waktu siang, tapi penting juga jaga kulit muka waktu malam. Supaya cantik tu nampak natural bukan dengan solekan.

Nak kulit cantik, senang saja kalau jaga 7 rutin setiap hari dan setiap minggu... Insha Allah kulit sihat dan cantik.

7 Rutin Kecantikan Sebelum Tidur Untuk Dapatkan Kulit Cantik

7 Rutin Kecantikan Sebelum Tidur Untuk Dapatkan Kulit Cantik

1. Scrubing

Ahli dermatologi selebriti Harold Lancer, mengatakan bahawa langkah pertama yang harus kita lakukan selepas membersihkan makeup adalah exfoliation scrub pengelupasan kulit. Ini berfungsi untuk menanggalkan semua kotoran dan sel-sel mati yang degil supaya memudahkan kerja pembersih sabun kemudian menembusi lapisan kulit, demi mencuci muka dengan lebih cekap.

exfoliation scrub

Pengelupasan tidak perlu dilakukan setiap hari, sekali seminggu sekali. Kalau ada yang jenis kulit sensitiff, dua kali seminggu mungkin terlalu kerap dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Kita di Malaysia dua atau tiga kali seminggu sebab cuaca di Malaysia yang panas berangin ni kan.

2. Cuci muka

Wajah yang bersih akan memudahkan bahan daripada produk penjagaan kulit yang lain untuk diserap dengan lebih optimum. Dr. Hari, ahli dermatologi Manhattan yang mengamalkan di Wall Street Dermatology, dipetik dari Huffington Post, menasihatkan untuk membasuh muka dengan sabun pencuci yang khusus mengikut jenis dan masalah kulit. Jangan pakai sebarang je.

Contohnya jika jenis kulit yang kering atau sensitif, pilih krim pembersih muka yang berkrim dan tidak berbuih, juga haruman bebas dan hypoallergenic. Kemudian basuh dengan air suam. Air yang terlalu panas akan mengeringkan kulit, manakala jika terlalu sejuk, kotoran yang melekat pada muka mungkin tidak jatuh sepenuhnya dan juga menutup liang-liang.

3. Toner

Lepas dah cuci muka boleh teruskan dengan menggosok muka menggunakan kapas yang direndam dalam toner untuk pembersihan muka yang lebih optimum. Toner adalah cecair berasaskan air dengan konsistensi cuka seperti yang mengandungi bahan aktif untuk membantu mengatasi masalah tertentu.

"Anda bukan sahaja dapat menghilangkan kekotoran seperti minyak dan sisa-sisa make-up, toner juga menenangkan, meningkatkan dan melancarkan permukaan kulit, juga mengurangkan kesan kulit dan mengurangkan keradangan atau kemerahan kulit," kata Joel Schlessinger, MD

4. Masker muka

Masker muka

Terdapat pelbagai jenis topeng muka yang menyasarkan pelbagai keperluan - dari membuka liang-liang tersumbat untuk melicinkan kedutan.

Topeng muka sebenarnya tidak wajib dilakukan selagi kita mematuhi rutin penjagaan kulit malam yang padat dan konsisten. Walau bagaimanapun, topeng muka juga berguna untuk membuka liang supaya bahan aktif menembusi dan mudah menyerap ke dalam kulit.

"Sesetengah topeng juga termasuk aromaterapi, jadi cukup untuk memberikan sensasi menenangkan yang anda perlukan untuk tidur dengan lancar," Dr. Hari.

Tunggu 5-10 minit sehingga bahan topeng yang masih boleh dilekatkan pada kulit benar-benar meresap

5. Serum wajah

Selepas membasuh muka / mengeluarkan topeng muka, tepuk muka dengan kain bersih lembut untuk mengeringkan dan menggunakan serum muka.

Sebotol serum mengandungi sejumlah bahan aktif, dari vitamin hingga antioksidan, yang khusus mensasarkan isu-isu kulit yang lebih spesifik - misalnya menggalakkan pertumbuhan semula kulit, mencerahkan, melawan kedutan, jerawat, noda hitam dan hiperpigmentasi, atau rona wajah yang tidak sekata. Bahan aktif dalam serum dapat menembusi bahagian paling dalam kulit lebih cepat, lebih mudah dan lebih cekap daripada pelembab wajah biasa.

Sapukan ke muka terus supaya bahan aktif melekat terus ke kulit, membolehkan mereka bekerja dengan lebih baik. Pastikan untuk mengelakkan kawasan sekitar mata, sudut mulut. dan lipatan hidung. Tunggu kira-kira 10 minit sehingga bahan serum yang masih boleh dilekatkan pada kulit benar-benar meresap masuk

6. Krim mata


Krim mata

Krim mata adalah satu cara mudah untuk mengekalkan rupa wajah muda. Krim mata mempunyai tekstur yang lebih ringan daripada pelembap muka, khusus untuk melindungi dan menghidrat kulit di sekitar mata yang licin.

Krim mata dirumus dengan kafein, yang mengurangkan bengkak, dan niacinamide, yang meningkatkan kandungan air, mengekalkan kulit daripada mengeringkan dan menghalang kedutan. Sapukan sedikit krim terus ke kawasan mata menggunakan jari cincin  dan dab dab perlahan sehingga bahan diserap ke dalam kulit.

Tunggu 3-5 minit sehingga ramuan krim mata yang masih boleh menempel pada kulit yang benar-benar meresap.

7. Krim malam

Produk serum wajah dan krim mata yang mengandungi retinoid, terutama yang memerlukan preskripsi doktor, sering mengeringkan kulit. Oleh itu, teruskan rutin penjagaan kulit malam dengan pelembap muka  atau krim malam.

Sapukan pelembap muka secara merata ke seluruh muka dan leher, dan urut sehingga semua bahan menyerap.

Apabila mencari pelembap muka malam, Dr. Hari mengesyorkan mencari produk yang mengandungi antioksidan, peptida, dan vitamin C dan A untuk membantu memperbaiki kerosakan yang anda alami sepanjang hari.

Selepas menyelesaikan siri penjagaan kulit malam, jangan lupa untuk memastikan anda mendapat tidur yang cukup supaya kulit dapat berfungsi dengan lebih optimum dalam mengekalkan kesihatannya.


Nak terlebih cantik, amalkan wuduk sebelum tidur... dan basuh muka dengan air suam... sebelum letak krim malam.

Rutin yang simple tapi jangan tinggal ialah bersihkan muka sebersihnya dengan penanggal make up dan cuci muka dengan pencuci muka sebelum tidur. Itu paling asas... Insha Allah kulit terjaga.

Selain tu, penting juga amalkan gaya hidup sihat, tidur cukup, kawal stress, dan banyakkan minum air dan makan buah serta sayur... Insha Allah penjagaan kulit cantik lebih mudah berkesan. Insha Allah.

Jadi cantik tak salah, asalkan jangan salah gunakan kecantikan yang ada hingga berlaku kufur nikmat... :)

Sekian, semoga bermanfaat.


Sumber: Olahan bacaan di internet dan pengalaman penulis sendiri

Mac 09, 2019

Ini Sebab Kenapa Kena Pastikan Dalam Almari Ada Tudung Hitam dan Putih


Kenapa perempuan suka beli tudung?


Sebabnya dia match kan dengan baju dia. 

Kalau dalam almari tu takde baju yang match dengan tudung dia... Dia akan kata takde baju nak pakai... Haha... 


Sama la juga... Kalau takde tudung nak pakai tu maknanya takde yang match dengan baju la tu. 


Tapi kan... Nak mudah dan jimatkan duit dan ruang tanpa melakukan pembaziran.. Pastikan almari korang ada tudung warna hitam dan putih... Sebab dua warna ni match dengan semua baju. 


Tapi kan.. Sejujur nya.. MF sendiri jarang pakai tudung warna hitam dan putih ni... Haha... Kecuali ada event berkabung kan... Tapi memang jarang pakai... Sebab baju pun tak banyak yang warna ni.. 


Walaupun dua warna ni match dengan banyak baju lain... Tapi tu lah kan.. Tak rajin pakai.. Apa pun kalau terdesak... Memang MF akan sarung je tudung segera warna hitam.. Tak kiralah apa pun warna baju time tu.. Tetap nampak sepadan... 


Jadi, pastikan kat dalam almari ada tudung warna hitam dan putih... Kalau dah tak tau nak mix and match... Hentam aje warna hitam atau putih. Insha Allah sepadan dan tak nampak pelik...


P/s: Sebab tu ramai suka beli beg tangan dan kasut warna hitam.. Sebab Match Dengan out fit yang dipakai. 

Mac 08, 2019

8 Mac - Hari Wanita Sedunia | Ini Antara 35 Kata Rasulullah s.a.w Tentang Wanita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Mac - Hari Wanita Sedunia, Ini Antara 35 Kata Rasulullah s.a.w Tentang Wanita | Wanita, satu makhluk yang Allah cipta berpasangan dengan lelaki. Selepas penciptaan Adam, Allah ciptakan Hawa sebagai teman kerana sifat dan fitrah alam, ada pasangannya.

Wanita suatu ketika dahulu, sebelum kedatangan Islam, adalah sebagai aset dan simbol seks dan sering ditindas oleh kaum lelaki Jahiliyyah... Sehinggalah Islam datang, melindungi dan menaikkan martabat wanita ke tempat yang mulia setanding dengan lelaki. Bahkan di dalam al-Quran terdapat satu surah khas untuk wanita iaitu surah an-Nisa'.

Kini, wanita memang seiring dengan lelaki... Namun, di akhir zaman ini, wanita semakin hanyut dan semakin nampak, wanita sekarang tak ubah seperti wanita zaman Jahiliyyah kecuali wanita yang beriman.


Sempena hari Wanita Sedunia hari ni, MF nak kongsikan antara pesan, nasihat dan kata-kata daripada Rasulullah s.a.w tentang wanita.

Semoga dengan mengetahui dan mengamalkan Hadits-Hadits ini, kita dapat mejadi orang yang lebih baik lagi. dan berusaha untuk menjadi wanita solehah akhir zaman.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang artinya :
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min : ‘Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (QS. Al-Ahzab : 59)

8 Mac - Hari Wanita Sedunia, Ini Antara 35 Kata Rasulullah s.a.w Tentang Wanita


1. Wanita Solehah Sebagai Perhiasan Terbaik di Dunia

Abdullah bin Amr radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR. Muslim no. 1467)

2. Wanita Solehah adalah Harta Terbaik Bagi Seorang Suami

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu : “Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.” (HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57 : “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)

3. 4 Ciri Wanita Yang Terbaik Untuk Dijadikan Isteri

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bagi lelaki yang ingin menikah : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)

4. Wanita Simbol Kebahagiaan

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah pula bersabda : “Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, tetangga yang shalih, dan tunggangan (kendaraan) yang nyaman. Dan empat perkara yang merupakan kesengsaraan iaitu tetangga yang jelek, isteri yang jelek (tidak solehah), kendaraan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (HR. Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, dishahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Al Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282)

5. Wanita Mukminah Adalah Harta Yang Paling Baik

Ketika Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam : “Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki ?”
Beliau Shalallahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berdzikir dan isteri mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat.” (HR. Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah no. 1505)

6. Nasihat Wanita dengan Cara Yang Terbaik

Al Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallhu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, yang artinya :
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia mengganggu tetangganya, dan berbuat baiklah kepada wanita. Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya, maka engkau mematahkannya dan jika engkau biarkan, maka akan tetap bengkok. Oleh kerana itu, berbuatlah baik kepada wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim)

7. 4 Syarat Mudah Untuk Wanita Masuk Syurga

Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda : “Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya : Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai.” (HR. Ahmad 1/191, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahihul Jami’ no. 660, 661)

8. Ciri Isteri Yang Menjadi Penghuni Syurga

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni Syurga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata : “Aku tak dapat tidur sebelum engkau ridha.” (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadits Ash Shahihah, Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah, no. 287)

9. Minta Izin Suami

Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : “Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa (sunnah) sementara suaminya ada (tidak sedang bepergian) kecuali dengan izinnya”. (HR. Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)

10. Isteri Yang Tidak Bersyukur

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah bersabda : “Allah tidak akan melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya padahal dia membutuhkannya.” (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa. Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 289)

11. Balasan Isteri Yang Menolak Ajakan Suami

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak (enggan) melainkan yang di langit murka terhadapnya hingga sang suami redha padanya.” (HR. Muslim no.1436)

12. Laknat Malaikat Kepada Wanita

Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda : “Apabila seorang isteri bermalam dalam keadaan meninggalkan tempat tidur suaminya, nescaya para malaikat melaknatnya sampai ia kembali (ke suaminya).” (HR. Al-Bukhari no. 5194 dan Muslim no. 1436)

13. Perintah Memakai Jilbab

Kisah wanita yang akan berangkat menunaikan solat ‘ied, ia tidak memiliki jilbab, maka diperintah oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Hendaknya Saudarinya meminjaminya Jilbab untuknya.” (HR. Bukhari No. 318).

14. Wajib Berbuat Baik dan Kasih Kepada Wanita

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda di akhir kehidupannya, dan hal itu terjadi pada haji Wada’ : “Ingatlah, berbuat baiklah kepada wanita. Sebab, mereka itu (bagaikan) tawanan di sisi kalian. Kalian tidak berkuasa terhadap mereka sedikit pun selain itu, kecuali bila mereka melakukan perbuatan nista. Jika mereka melakukannya, maka tinggalkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukul lah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Jika ia mentaati kalian, maka janganlah berbuat aniaya terhadap mereka. Mereka pun tidak boleh memasukkan siapa yang tidak kalian sukai ke tempat tidur dan rumah kalian. Ketahuilah bahwa hak mereka atas kalian adalah kalian berbuat baik kepada mereka (dengan mencukupi) pakaian dan makanan mereka.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah, shahih)

15. Syarat Melabuhkan Pakaian Wanita

Ummu Salamah berkata : “Wahai Rasulullah, bagaimana wanita berbuat dengan pakaiannya yang menjulur ke bawah ?”
Beliau bersabda : “Hendaklah mereka memanjangkan satu jengkal”,
lalu ia bertanya lagi : “Bagaimana bila masih terbuka kakinya ?”
Beliau menjawab : “Hendaknya menambah satu hasta, dan tidak boleh lebih”. (HR. Tirmidzi 653 dan berkata : “Hadits hasan shahih”).

16. Nafkah Kepada Wanita

Dari Sa’ad radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda padanya : “Apapun yang engkau berikan berupa suatu nafkah kepada keluargamu, maka engkau diberi pahala, hingga sampai sesuap makanan yang engkau angkat (masukkan) ke mulut isterimu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

17. Suami Penentu Syurga atau Neraka Isteri

Al-Hushain bin Mihshan rahimahullahu menceritakan bahwa bibinya pernah datang ke tempat Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam kerana satu keperluan. Seselesainya dari keperluan tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya : “Apakah engkau sudah bersuami?”
Bibi Al-Hushain menjawab : “Sudah.”
“Bagaimana (sikap) engkau terhadap suamimu ?” tanya Rasulullah lagi.
Ia menjawab : “Aku…tidak pernah mengurangi haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu.”
Rasulullah bersabda : “Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, kerana suamimu adalah Syurga dan nerakamu ” (HR. Ahmad 4/341 dan selainnya, lihat Ash-Shahihah no. 2612)

18. Isteri Yang Derhaka

Di dalam kisah gerhana matahari yang mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang, beliau melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para shahabatnya : “… Dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita”.
Para shahabat pun bertanya : “Wahai Rasulullah, Mengapa (demikian) ?”
Beliau menjawab : “Kerana kekufuran mereka.”
Kemudian mereka bertanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?”
Beliau menjawab : “Mereka kufur (durhaka) terhadap suami-suami mereka, kufur (ingkar) terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma)

19. Wanita Ahli Neraka

Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bersabda : “Ada dua kelompok termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihatnya : Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengan cambuknya, dan wanita yang kasiyat (berpakain tapi telanjang baik kerana tipis, atau pendek yang tidak menutup semua auratnya), Mailat mumilat (bergaya ketika berjalan, ingin diperhatikan orang) kepala mereka seperti punuk unta yang berpunuk dua. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan baunya padahal bau Syurga itu akan didapati dari sekian dan sekian (perjalanan 500 tahun).” (HR. Muslim 3971, Ahmad 8311 dan Imam Malik 1421)

20. Balasan Menyentuh Wanita Yang Bukan Mahram

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari pada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (HR. At-Thabrani dan Baihaqi)

21. Berlebihan dalam Berpakaian

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhir nanti.” (HR. Abu Daud)

22. Balasan Kepada Wanita Yang Tidak Menutup Rambut 

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (artinya) : “Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan mahramnya.” (HR. Bukhari & Muslim)

23. Jaga Adab di Jalanan

Dari Hamzah bin Abi Usaid al-Anshari, dari bapaknya, bahwa ia telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepada para wanita (saat itu beliau sambil keluar dari masjid, dan terlihat laki-laki dan wanita berbaur di jalan) :
“Ketepilah kalian, kerana tidak layak bagi kalian untuk berjalan di tengah. Kalian harus berjalan di pinggir.”
Sejak saat itu, ketika para wanita berjalan keluar, mereka berjalan ditepi tembok. Bahkan baju-baju mereka sampai tertambat di tembok, kerana begitu dekatnya mereka dengan tembok ketika berjalan. (HR. Abu Dawud; Hasan)

24. Tiada Larangan Untuk Wanita Ke Masjid

Dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (artinya) :
“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian dari masjid-masjid, akan tetapi rumah-rumah mereka adalah lebih baik untuk mereka.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah; Shahih)

25. Wanita Itu Adalah Aurat

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu’alaihi wa Sallam, beliau bersabda (artinya) :
“Sesungguhnya wanita adalah aurat. Sehingga ketika ia keluar rumah, ia akan disambut oleh syaithan. Dan keadaan yang akan lebih mendekatkan dirinya dengan Rabbnya adalah ketika ia berada di rumahnya.” (HR. Ibnu Khuzaimah; Shahih)

26. Wanita Yang Bertelanjang

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Akan ada di akhir umatku kaum lelaki yang menunggang pelana seperti layaknya kaum lelaki, mereka turun di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian (tetapi) telanjang, di atas kepala mereka (terdapat sesuatu) seperti punuk unta yang lemah gemulai. Laknatlah mereka ! sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita terlaknat.” (HR. Imam Ahmad (2/233) )

27. Wanita Yang Memakai Minyak Wangi

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (HR. An-Nasaii ibnu Khuzaimah & ibnu Hibban)

28. Balasan Kepada Wanita Yang Mengikir Gigi

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikir giginya.” (HR. At-Thabrani)

29. Wanita Banyak Ahli Neraka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari, no. 3069 dan Muslim no.7114, dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

30. Ramai Wanita Ke Neraka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Aku berdiri di depan pintu syurga, lalu (kulihat) kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya adalah orang orang miskin, dan orang orang yang kaya ditahan kecuali penghuni neraka mereka disuruh untuk masuk ke neraka, dan aku berdiri di depan pintu neraka maka (kulihat) kebanyakkan yang masuk kedalamnya adalah wanita”. (HR. Muslim, no. 7113)

31. Wanita adalah Penduduk Syurga Yang Paling Sedikit

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim, no. 7118).

32. Wanita Minta Cerai Tanpa Sebab

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’i) maka haram baginya wangi Syurga.” (HR. Abu Daud, no. 2228, dan Ibnu Majah, no. 2055 Di shahihkan oleh syekh Al-Bani dalam “shahih sunan Abu Daud” (no. 1928).

33. Menolak Ajakan Suami Tanpa Sebab

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila suami mengajak isteri keranjangnya (untuk jima’) lalu ia tidak memenuhi maka ia dilaknat oleh para malaikat sampai subuh”.
Dalam riwayat : “lalu ia tidur malam sedang suaminya murka maka para malaikat akan melaknatnya sampai subuh.”
Dalam riwayat lain : “Apabila isteri diwaktu malam meninggalkan ranjang suaminya, ia enggan mendatanginya, maka yang di langit (Allah) akan murka kepadanya sampai ia minta keridhaan suaminya.

34. Sedekah Wanita Penyelamat daripada Neraka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Bershadaqahlah kalian ! Kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam !”
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah ?”
Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami !” (HR. Bukhari)

35. Bimbinglah Wanita Dengan Lemah Lembut


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jiran tetangganya. Pergaulilah dan nasihati kaum wanita dengan baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesuatu yang paling bengkok yang terdapat tulang rusuk adalah bahagian paling atas. Jika kamu meluruskannya dengan memaksa, nescaya kamu akan mematahkannya, namun jika kamu membiarkannya maka ia pun akan berterusan dalam keadaan bengkok. Justeru pergaulilah wanita dan nasihatilah dia dengan penuh kebijaksanaan." (HR Bukhari No: 4787) Status: Hadis Sahih


Februari 17, 2019

Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni | Make-up dan wanita tak dapat dipisahkan. Walaupun paling ringkas... Dengan hanya berbedak tipis dan dioles dengan lips balm... Itulah makeup. Mak MF yang dah berusia tu pun tetap oleskan bedak kalau nak jenjalan keluar makan kenduri tau. Lagikan kita yang muda ni.


MF biasanya make up biasa-biasa je... Cukup dengan bedak dan lipstick je... Sesekali tu kadang teringin juga nak cuba make up stuff yang lain..


Tengok orang try macam-macam kan.. Haha.. Nak ikut trend la juga...

Dalam dok tengok Althea... (Satu-satu apps khas untuk kecantikan diri MF install kat phone), Sekali Althea pun ada juga make up stuff yang nampak cantik dan menarik untuk dicuba...


Bila dapat je kotak pink... Memang excited betul nak cuba...

Apa yang Terdapat di Dalam Althea Makeup Box?


althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Makeup Box

Terdapat 4 jenis makeup yang terdapat di dalam Althea Makeup Box ini iaitu :

Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni

1. Althea Flawless Creamy Concealer 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Flawless Creamy Concealer

MF tak pernah guna concealer ni, kira Althea Concealer ni pertama kali lah cuba dalam hidup. Pertama kali cuba... terus rasa jatuh cinta sebab ia tidak berapa melekit... Lembut pada kulit & terus flawless muka hokay! Nak guna dan apply pada muka pun senang sangat! Packaging pun comel dan kecil je... Senang nak sumbat dalam beg Makeup.

Ada 4 variasi warna iaitu mocha, honey, ginger & vanilla. Mudah dah nak cover yang mana patut dan buat shading pada hidung dan pipi...

2. Althea Watercolor Cream Tint 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Watercolor Cream Tint


Althea Watercolor Cream Tint ni berbau wangi, sampaikan rasa macam makan je... dan sangat senang digunakan. MF suka Cream Tint Althea ni sebab ia long lasting, tapi bukanlah waterproof... Senang je nak bersihkan kalau nak ambil wuduk. Kalau nak nampak berkilat terus sapu je pada bibir. Kalau nak nampak macam natural, lepas sapu cream tint ni terus dap dap sikit dengan tisu. MF suka nampak natural... Tapi still color dia tak berubah.. Terus nampak natural tau. Semua color MF suka. Setiap hari pergi kerja tukar-tukar warna.. Ahakss...

3. Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea


Ada 8 warna pada Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL ni dan semuanya cantik-cantik. Ada glitter pink & gold yang menawan... Boleh campur dan match kan dengan pelbagai warna. Ada warna natural serta warna dark yang pasti nampak sweet dan cantik. Guna eye palette ni pun senang je. Terus 'melekat' pada kulit... Memang senang nak apply...

4. Althea Spotlight Eye Glitter 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Spotlight Eye Glitter

Ini kali pertama MF guna eye glitter. Senang je nak guna... Tapi paling penting mata rasa sejuk lepas pakai benda ni.. Haha...

Keseluruhannya... MF suka sangat dengan keempat-empat make up stuff dari Althea ni. Warna yang cantik... Senang nak apply... Bagi MF yang tak reti make up ni pun... Boleh guna. Cantik dan menjadi aje kata orang.

Berminat untuk mencuba Althea Makeup?

Boleh dapatkan Althea Makeup ini di << my.althea.kr >>. Best sebab semuanya murah-murah dan kualiti setanding jenama mahal... Memang puas hati...

Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :

Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea

Februari 14, 2019

Cantik Dengan Minyak Kelapa

Zaman dulu takde produk yang canggih untuk nak cantik...


Zaman mak dan nenek MF dulu... Salah satu bahan kecantikan yang digunakan ialah minyak kelapa dara. 


Alhamdulillah.. MF sendiri sempat melalui zaman untuk melihat proses penghasilan minyak kelapa melalui teknik masak santan. 


Dulu masak pun guna minyak kelapa.


Minyak kelapa memang banyak khasiatnya. Terutama untuk kecantikan wanita. 


Wanita yang nak cantik boleh amalkan dan gunakan minyak kelapa sebagai rutin kecantikan setiap hari. 



Memang mudah dan senang dengan minyak kelapa.. 


Opss.. Nampaknya minyak kelapa MF pun dah habis stok... Nak kena restock semula la nampaknya. 


Nanti kita jengah Shopee aje.. Hihi... Bagus ada minyak kelapa kat rumah... Untuk kecantikan dan kesihatan... Insha Allah... 


Cantik dengan bahan semula jadi ni memang Best cuma kesannya lambat.. Tapi tak mudah nak ada kesan sampingan yang memudaratkan... Insha Allah...