بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
MF dulu tak kenal jenis beg tangan tau... Bila dah dewasa, dok bandar besar dan moden ni... Baru kenal rupa beg tangan... Beg tangan ada jenis dan kelas tersendiri...
Bentuk, saiz, material, coraknya... Semua faktor-faktor ini mempengaruhi seseorang untuk membeli beg tangan. Sesetengah orang memilih jenama, tapi ada juga yang sukakan keselesaan. Apa beg tangan pilihan korang ya??? Jom kita tengok beg dan gaya yang sesuai untuk digayakan.
TOTE
Ia bersaiz besar dengan rekaan open-top bertali panjang (paras bahu) atau pendek (genggam tangan). Lazimnya ia diperbuat daripada kain atau lain-lain material lembut.
TIP PENGGAYAAN:
Beg tangan ini sesuai dibawa saat keluar bersantai atau melakukan rutin-rutin biasa seperti membeli-belah.
BEG GENGGAM
Beg yang bersaiz kecil (seperti dompet) yang biasanya digayakan bersama busana formal.
TIP PENGGAYAAN:
Dengan pelbagai rekaan beg genggam yang ada di pasaran ketika ini memungkinkan ia dikenakan bukan sahaja di acara rasmi atau majlis malam, tetapi juga ke pejabat mahupun sebagai pelengkap gaya harian. Pun begitu, perlu bijak memilih material dan perinciannya agar tidak kelihatan berlebihan.
SATCHEL
Mempunyai tali yang panjang dan popular digayakan secara selempang di bahu. Beg tangan ini cukup ideal bagi remaja atau ke acara santai.
TIP PENGGAYAAN:
Sarungkan seluar denim dengan blaus berserta kasut sukan, oxford ataupun sandal untuk gaya ringkas dan ranggi sesuai dengan imej beg tangan satchel.
HOBO
Rekaannya berbentuk semi bulan (half moon) dengan tali bahu sederhana panjang. Lazimnya, ia dihasilkan dengan material yang lembut.
TIP PENGGAYAAN:
Beg tangan ini cukup serasi dengan busana dengan gaya bohemian. Boleh juga dikenakan dengan seluar kasual atau skirt labuh.
MESSENGER
Direka dengan tali silang yang panjang dan penutup flap-over. Didapati dalam siapan kulit atau material lembut. Rekaannya terinspirasi daripada beg tangan pekerja kurier atau posmen. Untuk nampak lebih trendi, ia diubahsuai dengan perincian dan warna yang pelbagai.
TIP PENGGAYAAN:
Ia boleh digayakan secara selempang silang di bahu. Jika memilih beg tangan messenger daripada material kulit, ia boleh dibawa ke pejabat atau acara separa rasmi.
SHOULDER BAG
Ini antara beg tangan paling biasa menjadi pilihan wanita masa kini. Ia bersaiz sederhana besar atau kecil dengan satu atau dua tali (double strap) yang tidak terlalu panjang. Ia hanya akan disangkut kemas di sebelah bahu.
TIP PENGGAYAAN:
Rekaannya yang versatile cukup sesuai digayakan pada semua acara kasual atau separa rasmi. Tas tangan seperti yang bersaiz besar mampu melahirkan aura classy andai disuaikan dengan pemakaian seluar denim dan kasut bertumit tinggi.
BAG PACK
Sesuai buat orang yang sedikit lincah dan lasak. Terdapat dua tali di bahagian belakangnya dan boleh disarungkan di bahagian belakang. Ada yang bersaiz besar dan sederhana besar. Ruang dalamnya cukup luas dan sesuai buat orang yang gemar memasukkan apa jua barang di dalamnya.
TIP PENGGAYAAN:
Gayakan dengan sepasang sneakers, pasti kelihatan lebih trendi.
Diolah dari: Majalah Rapi
Sumber gambar: Google images
Dulu, sebelum kahwin MF suka beg tangan kecil dan ringkas... Tapi lepas kahwin dah tak boleh nak kecil lagi... Segala mak nenek nak masuk dalam beg tangan.... Jadi, beg tangan yang besar dan ada tali yang panjang untuk digalas silang lebih sesuai untuk mak dua anak nih. Sebab silang tu untuk keselamatan dan juga untuk mudahkan bergerak nak kejar anak... Kadang-kadang suami tolong galaskan waktu MF dukung atau pimpin anak berjalan. Tapi MF sangat tak berminat dengan Tote bag... Hehe... Mungkin ia menampak diri lebih tua dari usia kot... Itu pendapat sendiri la bila diri sendiri yang guna.. Orang lain pakai ok je...
suka yg jenis tote tu..
BalasPadamLissa selalu pakai beg messenger. Heheehe
BalasPadambagus tips ni.
BalasPadamsally skrg mmg guna bag pack...sbb rasa rimas xde "bahu"...hahaha...asyik jatuh je beg pun :D
BalasPadamtote bag untuk santai,
BalasPadammassenger tuk pi majlis dan tadika hiks :)
dulu pun tak tahu jugak..sekarang dah tahu dah :)
BalasPadamselama ni main pakai aje
BalasPadamtak penah tengok plak jenis apa...hehe