Maria Firdz - Lifestyle Blogger: Kesihatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Januari 14, 2020

Beza Influenza dengan Demam Selesema yang wajib kita tahu


Beza Influenza dengan Demam Selesema yang wajib kita tahu

Beza Influenza dengan Demam Selesema yang wajib kita tahu


Virus ni mencetuskan panic attacks dalam kalangan kita.



Yang jadikan ianya panik dari kalangan kita juga dan juga doktor yang berbeza..



Orang ni bawa anak demam... Pastu pergi jumpa doktor... Pastu doktor cerita tips dan penjagaan di rumah.. Lepas tu... Dia pun kongsi di media sosial dengan menambah rempah serba sedikit supaya nampak yakin doktor tu kata...



Tambah dengan tips yang entah dari benua mana...



Itu menjadikan panic attacks...



Padahal.. Virus ni dah lama ada kat negara kita cuma teruk dengan tak aje..



Tapi tahun 2020 ni virus ni macam cepat merebak... Tu orang panik..



Sedangkan boleh dicegah lagi.. Dengan jaga adab batuk, bersin dan Selesema... Budaya bawa sapu tangan dan pakai mask muka macam pelik zaman sekarang... Bahkan kena ejek kata mulut busuk sebab tu kena pakai mask.. Ko rasa? Jadi.. Nampak tak kat mana sebenarnya yang jadi punca...



Apa pun.. MF kongsikan juga Info ni.. Supaya ambil peduli... Jaga kesihatan dan kebersihan... Ambil langkah berjaga-jaga dan banyakkan minum air.



Moga Allah lindungi kita dari penyakit menular ini.. Aaaameeenn... 

Januari 08, 2020

[Info Grafik] Tanda Terkena Virus Infuenza

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[Info Grafik] Tanda Terkena Virus Infuenza


[Info Grafik] Tanda Terkena Virus Infuenza


Golongan yang berisiko terkena jangkitan virus influenza

[Info Grafik] Tanda Terkena Virus Infuenza


Tengah menyerang virus ni.. dah merebak di beberapa negeri... Kena lebih berhati-hati.. Elakkan anak-anak ke tempat yang ramai orang....


Januari 02, 2020

Serangan Asma Pembuka Tahun 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Serangan Asma Pembuka Tahun 2020 | Tahun 2020 takde yang terbang, cuma MF terbang melayang kerana Allah sayang lebih awal tahun ni.

Tahun 2020 kami sambut di klinik... 3 dari 4 anak diserang demam, batuk dan asma... dan MF sendiri pun diserang asma awal tahun ni setelah lebih 2 tahun tak kena...

Apa pun.. Alhamdulillah.. segalanya berlalu dengan mudah...

Tahun 2020, lebih 30 tahun dah hidap penyakit ni cuma lepas dah kahwin ni sangat jarang kena asma.. Hikmah berkahwin kan...

Apa pun, MF share sikit info pasal asma... dan asma bukanlah satu penyakit biasa sebenarnya walaupun kedengaran biasa...

5 TANDA SERANGAN ASMA YANG ANDA PERLU TAHU, SIMPTOM-SIMPTOM SERANGAN ASMA
Sumber: Google images

5 TANDA SERANGAN ASMA YANG ANDA PERLU TAHU

Apa itu asma?? Asma atau lelah adalah penyakit saluran pernafasan kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar daripada paru-paru yang menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas. Asma menyebabkan salur pernafasan menjadi merah, bengkak dan menghasilkan lendir berlebihan.


Asma terbahagi kepada dua iaitu Asma Alahan Dan Asma Bukan Alahan

🔎Asma Alahan

Asma ini terjadi disebabkan penyedutan bahan-bahan tertentu yang biasa tidak membahayakan individu sihat.

Akan tetapi bagi individu yang ada alahan atau alergik kepada bahan tertentu akan mendapat ASMA. Contohnya habuk, bulu haiwan, spora kulat dan bahan makanan.

🔎Asma bukan alahan

Asma ini terjadi disebabkan oleh cuaca sejuk, asap rokok, bau cat, gasolin, infeksi atau jangkitan serta tekanan psikologi adalah antara faktor yang boleh mencetuskan keadaan asma ini.

SIMPTOM-SIMPTOM SERANGAN ASMA

1.Batuk. 

Biasanya asma dikalangan kanak-kanak bermula dengan batuk berpanjangan diwaktu pagi dan waktu malam. Pada masa ini mereka selalunya berkahak yang menyebakan batuk dan muntah. Biasanya batuk yang dialami adalah basah dan berkahak

2.Nafas berbunyi. 

Disebabkan batuk yang berterusan menyebabkan nafas berbunyi dan semput. Setiap kali bernafas akan mngeluarkan bunyi wheezing. Bagi asma yang teruk bunyi wheezing boleh didengar apabila duduk disbelah bayi tanpa letakkan telinga ke dada bayi tersebut.

3. Susah untuk menghembus nafas

Mengalami kesukaran untuk menghembuskan nafas dan tersekat-sekat. Yang ni doktor ajar, tengok lekuk kat leher tu... kalau dalam tu maknanya tu antara tanda serangan asma.

4.Bernafas dengan laju

Saluran yang sempit ini menyukarkan paru-paru anak untuk berfungsi dengan baik untuk menukarkan gas oksigen dan karbon dioksida. Maka pesakit terpaksa bernafas dengan lebih laju untuk menambah kadar pertukaran oksigen sehingga paru-paru boleh menjadi penat (dan pesakit akan kekurangan oksigen.

5.Denyutan jantung cepat

Disebabkan bernafas dengan laju, jantungnya akan berdegup kencang daripada biasa untuk menyalurkan oksigen yang cukup ke tubuhnya.

Jika ada tanda-tanda seperti diatas segeralah berjumpa doktor atau segeralah berubat sebelum terlambat. Jangan biarkan.

Asma ni nak kata takde ubat, macam-macam ubat MF try dah... cuma kekerapan kena serangan tu tak boleh dijangka.

Cuma apa yang MF boleh kongsikan. Kalau anak ada asma, elakkan ada permaidani, benda berbulu, habuk... jaga juga pemakanan, elakkan makanan yang manis dan jajan.

Semoga ini jadi permulaan, akan berakhir lah untuk tahun ni.... Huhu... Moga sihat-sihat sahaja untuk tahun 2020 ni...

Disember 23, 2019

Tak sangka, 5 tabiat ni punca gemuk. Macam tak logik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Dipetik dari portal Brightside ini 5 tabiat pagi yang menjadi punca berat badan bertambah.

Tak sangka, 5 tabiat ni punca gemuk. Macam tak logik!

Tak sangka, 5 tabiat ni punca gemuk. Macam tak logik!

1.    Tidur Terlalu Banyak

Tidur tidak cukup akan menyebabkan badan anda adalah lebih cenderung untuk menghasilkan tekanan tindak balas hormon kortisol yang meningkatkan selera makan. Walau bagaimanapun, terlebih tidur juga tidak baik untuk anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7-9 jam setiap hari.


2.    Sering Bersiap Dalam Gelap

Menurut kajian dari jurnal PLoS One,  gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi lepas ni, buka je mata terus buka langsir ok?


3.    Tidak Mengemas Katil

Kedengaran seperti aneh, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa orang-orang yang dilaporkan mengemas katil mereka dikatakan mendapat tidur yang lebih baik secara. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.


4.    Tidak Menimbang Berat Badan

Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badansetiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Kerana anda kehilangan berat air semalaman, anda akan mendapat nombor yang paling tepat.

5.    Makan Sarapan Terlalu Sikit

Penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri anda dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Malah, sarapan yang seimbang yang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut akan diet harian anda menjadi lebih mudah.

Sumber: sinar.my

Disember 15, 2019

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka | Proses penuaan merupakan fitrah alami yang mustahil untuk dielakkan, namun kita boleh melambatkannya. 

Dengan gaya hidup, dengan kosmetik dan produk penjagaan kulit yang alami serta petua-petua orang lama, insha Allah boleh bantu untuk lambatkan proses penuaan pada kulit dan wajah kita. 

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka

Kalau nak tahu sama ada semakin tua atau tidak, cuba lihat lima perubahan pada kulit yang paling ketara ini:

#1 Kulit  mengecut dan kering

Cuba tengok kulit di wajah, tangan, ataupun kaki. Kalau kelihatan kecut dan kering, itu bermakna proses penuaan telah pun bermula. 

Semakin meningkat usia, kolagen semakin berkurangan, dan ini menyebabkan lapisan kulit semakin menipis dan menjadi kering. 

Kalau sering terdedah kepada cahaya matahari, ia akan turut mengeringkan kulit dengan lagi cepat. 

Jadi, nak atasi kena amalkan minum air secukupnya… #peringatkatdirisendiri.


#2 Garis penuaan pada bucu mata

Juga dikenali sebagai crow’s feet, garis penuaan atau kedutan pada bucu mata ini berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari dan kulit yang kurang kelembapan. 

Cara atasinya dengan mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari, minum air yang banyak, dan menggunakan produk penjagaan kulit yang memberi kelembapan pada kulit.

#3 Kulit mengendur

Dengan meningkatnya usia, tubuh kita semakin kurang menghasilkan elastin dan kolagen yang membantu dalam menegangkan kulit. 

Tanpa kandungan elastin dan kolagen yang tinggi dalam kulit, kulit akan mudah ‘jatuh’ dan mengendur. Masalah kulit kendur boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit yang khusus.

#4 Bintik-bintik atau tompok-tompok pada wajah

Semakin meningkat usia, melanosit (sel pigmen) anda akan membiak dengan lebih cepat dan seterusnya berkumpul sehingga membentuk bintik-bintik atau tompok-tompok pada kulit. 

Bintik atau tompok ini lebih jelas terlihat pada bahagian kulit yang paling sering terdedah kepada cahaya matahari, seperti muka. Senang kata, jeragat pun mudah muncul kalua tak jaga muka dengan baik.

#5 Tona kulit yang tidak bermaya dan tidak sekata

Pipi kiri gelap, manakala pipi kanan kelihatan cerah. Kenapa jadi camtu? 

Dengan meningkatnya usia, pembaharuan sel kulit akan berkurangan sebanyak 7% bagi setiap 10 tahun. 

Dengan berkurangnya sel kulit baru, sel kulit lama yang telah mati akan semakin memenuhi wajah yang menyebabkan tona kulit kelihatan tidak bermaya dan sekata.

Jadi, kena ada produk yang sesuai atau amalan yang konsisten untuk pastikan kulit muka jadi sekata. 

Bila menginjak usia 30-an, kena cari produk jaga kulit yang sesuai… Kalau tak makin nampak la tanda penuaan tu. 

Bukan apa, tak best kan kalua umur tahap mak cik tapi bila orang tengok muka dah tahap nenek… Sentap kan… hehe… 

Tapi, MF percaya, selain produk penjagaan kulit, gaya hidup juga penting untuk pastikan tanda penuaan ni hilang, antarannya amalkan ulaman dan sayuran hijau, minum air secukupnya, elakkan stress dan paling penting cukup tidur!.. 

Dan tak lupa.. kurangkan marah dan banyakkan senyum… 

November 20, 2019

3 Tips Beli Vitamin C Untuk Anak-anak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Tips Beli Vitamin C Untuk Anak-anak | Vitamin C untuk anak-anak banyak dipasaran. Memang bagus bagi anak makan sebab anak ni kadang bukan makan cukup nutrisi pun dengan makanan harian.


Tapi kalau nak belikan vitamin C kat anak... jom baca panduan ni.

3 Tips Beli Vitamin C Untuk Anak-anak


Bila beli vitamin C chewable atau gummy..

Sentiasa pastikan dari mana punca manis vitamin C itu. Adakah sumber:

1) Stevia
2) Gula alkohol : sorbitol/maltitol/xylitol
3) Glucose, sucrose atau fructose
4) Aspartame

Ada orang fikir, asal ada vitamin C...better daripada bagi gula-gula. At least ada lah khasiatnya kan?

Err..tak semestinya tuan puan.

Kita nak beri vitamin C, nak kena tengok label juga. Kita nak pilih vitamin C terbaik. Paling nilai untuk kos yang kita bayar.


1) Jika vitamin C bewarna putih, pulangkan kembali jika warna sudah sangat kuning atau coklat. Vitamin C mungkin sudah teroksida. Maksudnya dah takde kesan antioksida bagus lagi.

2) Pilih pemanis selamat seperti stevia. Elakkan gula tiruan seperti Aspartame. Jangan ambil vitamin C dos mengandungi sugar alkohol (sorbitol,maltitol dan semua tol lain) kerana boleh akibatkan kembung.

3) Pilih Vitamin C tanpa kandungan gula. Penting ni tuan-puan.

Vitamin C bersaing dengan gula untuk penyerapan dalam sel badan.."guna highway" Glut yang sama nak masuk badan.. Malah kajian saintifik menunjukkan gula tinggi menghalang penyerapan vitamin C.


Jadi kita risau, vitamin C kita nak bagi..gula pulak anak kita dapat..Dah la kita bagi banyak vitamin C time anak kita sakit kan.

Bayangkan..jumlah vitamin C dalam label bawah 👇
150mg+460mg = 610mg
Gula 1g = 1000mg

3 Tips Beli Vitamin C Untuk Anak-anak, vitamin c untuk kanak-kanak

Gula dalam vitamin C contoh ni hampir 2kali ganda kandungan vitamin C...agaknya mana yang banyak serap masuk badan kita?

Agaknya kita beli gula ke beli vitamin C?

Kredit : FB Hafiz Sulaiman

Tersedar dengan artikel doktor ni... Lepas ni kena berhati-hati lah dengan vitamin yang ada di pasaran.

November 13, 2019

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi | Sebut sakit mental, mesti terlintas kat otak kita sakit otak atau sakit jiwa atau Bahasa kasarnya gila.

Sebenarnya penyakit mental ni banyak tau, dan kita sebenarnya mungkin tak sedar kita hidap masalah mental.

Penyakit mental kalau tak dirawat akan menjadi lebih parah dan buruk. Bahkan kalau kita tengok dan baca berita yang pernah terjadi, ibu bunuh anak kandung, suami tikam isteri mengandung dan sebagainya.

Di Malaysia, masih kurang kesedaran tentang sakit mental ni. Sebabnya sakit ni pembunuh dalam senyap. Bermula dengan tanda awal yang kecil tapi bila tak diambil endah oleh orang terdekat buatkan ianya bertambah teruk.

Dan bila dah teruk lagilah orang tak nak bantu... menyebabkan teruk bertambah teruk.
Dan ada pula tak sedar dia sakit menta menyebabkan dia anggap itu biasa sahaja. Tapi sebenarnya adalah masalah mental.

Jom kenali 14 penyakit mental yang mungkin kita sendiri hidapi.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

1. Anxiety Disorders.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Anxiety Disorders adalah keadaan di mana seseorang mengalami gangguan kecemasan ketika memberi tindak balas (respond) suatu objek atau situasi. Biasanya penderita mengalami rasa ketakutan yang cukup hebat disertai dengan perubahan fizikal. Antaranya, degupan jantung makin laju dan cepat berpeluh.

Rasa cemas bila di tempat umum atau tempat orang ramai, panik dan fobia terhadap sesuatu, termasuk dalam Anxiety Disorders ini. Jika korang pernah rasa gugup berlebihan ketika tampil di depan umum, kemungkinan korang mengalami gangguan ini.

Biasa mak-mak selalu alami masalah ni.. Risau melampau kat anak-anak.. Jadi, hati-hati mak ye... takut kerisauan tu jadi makin parah.

2. Mood Disorders.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Apabila seseorang yang merasa sedih terus-menerus atau pernah mengalami rasa bahagia berlebihan antara tanda penyakit ini. Mood Disorders disebut juga gangguan efektif atau gangguan kejiwaan yang memengaruhi perasaan seseorang.

Perpindahan emosional yang ekstrem dari semula bahagia berubah mendadak menjadi sedih juga termasuk dalam gangguan ini, atau yang lebih kita kenal dengan Bipolar Disorders. Gangguan Siklotimik atau perubahan emosi mendadak dalam skala ringan juga termasuk dalam jenis ini. Biasanya remaja selalu alami masalah ni.


3. Psychotic Disorders.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Gangguan psikotik ini melibatkan kesedaran dan pemikiran yang teratur dalam diri penderita. Dua gejala paling umum dari gangguan ini adalah penderita sering berhalusinasi terhadap suatu gambaran atau suara yang tidak nyata.

Seperti suara-suara yang seolah memanggil namanya, padahal tidak ada suara tersebut. Namun bagi si penderita, suara itu diyakini kebenarannya. Skizofrenia termasuk dalam gangguan psikotik ini.



4. Eating Disorders.

Eating Disorders atau gangguan makan ini melibatkan emosi, sikap dan perilaku ekstrem yang memengaruhi berat badan dan makanan si penderita. Merasa selalu kelaparan bila-bila masa dan di mana-mana pun. Atau tidak memiliki selera makan sama sekali adalah gejala yang umum untuk diperhatikan.

Anoreksia Nervosa dan Bullmia Nervosa termasuk dalam gangguan ini.

Anoreksia Nervosa adalah gangguan makanan iaitu tandanya dengan penolakan terhadap makanan. Penderita ini merasa takut apabila makanan yang diambil menyebabkan peningkatan berat badan. Orang diet akan lalui sakit mental jenis ni. Sampai rasa takut nak makan sebab takut gemuk.

Sedangkan Bullmia Nervosa adalah sebaliknya, iaitu memiliki hasrat untuk makan makanan terus-menerus. Bullmia Nervosa sering dialami oleh kaum wanita.


5. Impulse Control and Addition Disorders (ICAD)

ICAD adalah istilah bagi orang yang mengalami gangguan kejiwaan berupa ketagih terhadap sesuatu. Penderita gangguan ini tidak dapat menahan dorongan untuk melakukan tindakan yang dapat membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Beberapa contohnya adalah Pyromania (menyalakan api), Kleptomania (mencuri sesuatu) dan gemar berjudi secara kompulsif. Orang yang menderita gangguan ini menjadi sangat terlibat dengan objek ketagihannya sehingga mengakibatkan mereka mengabaikan tanggung jawab atau suatu hubungan dengan orang di sekitarnya. Isteri terabai, anak terabai sebab ketagih.

Hmmm... Agaknya suami yang ketagih games juga boleh masuk dalam masalah mental kategori ini.

6. Personality Disorders.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Personality Disorders adalah gangguan terhadap keperibadian seseorang. Orang yang memiliki gangguan ini memiliki ciri-ciri keperibadian yang ekstrem dan tidak fleksibel, seringkali menyusahkan orang lain dan / atau sering menyebabkan masalah di pekerjaan, sekolah ataupun hubungan sosial.

Cara berpikir penderita kategori ini biasanya berbeza dengan masyarakat secara umum, terkesan kaku, sehingga mengganggu fungsi normal penderita terhadap sekitar. Contohnya adalah perilaku antisosial dan sifat paranoid terhadap lingkungannya.



7. Obsessive-Compulsive Disorders (OCD).

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Orang dengan gangguan OCD diliputi oleh pikiran atau ketakutan yang berterusan terhadap sesuatu, hal ini menyebabkan mereka melakukan rutin atau ritual tertentu. Mereka memiliki obsesi dengan pemikiran yang terganggu dan melakukan ritual dengan kompulsif.

Contoh ringkasnya adalah ada seseorang yang merasa ketakutan berlebih terhadap kuman, sehingga dia akan terus menerus mencuci tangan dan anggota tubuh lainnya agar terhindar dari kuman. Pernah tak jumpa orang yang macam ni. Tapi ada beza OCD dengan perfectionist.


8. Post-Traumatic Stress Disorders (PTSD).

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Penderita PTSD memiliki pikiran dan kenangan yang abadi dan menakutkan dari pengalamannya di masa lalu, penderita gangguan ini cenderung mati rasa secara emosional.

Beberapa contoh seseorang memiliki gangguan PTSD iaitu pernah mengalami serangan seksual atau fizikal, kematian seseorang yang sangat dia cintai maupun bencana alam yang meninggalkan memori yang sulit untuk dilupakan.

Pernah jumpa seorang yang menderita penyakit ini. Akibat kematian suami dalam kemalangan tragis depan mata. Buatkan dia sukar nak trauma dan memang kesian lah.. Anak-anak dia terabai juga.


9. Stress Response Syndromes.


Sindrom Respons Stress (sebelumnya disebut gangguan penyesuaian) adalah sindrom yang terjadi ketika seseorang mengembangkan gejala emosional atau perilaku dalam menanggapi peristiwa atau situasi yang menegangkan.

Penyebabnya hampir sama dengan PTSD, iaitu bencana alam, kecelakaan, masalah interpersonal (seperti perceraian, kematian seseorang yang dicintai), kehilangan pekerjaan atau penyalahgunaan suatu zat.

Sindrom ini biasanya dimulai dalam waktu tiga bulan dari peristiwa atau situasi dan berakhir dalam enam bulan setelah penyebab stress berhenti atau dihilangkan.



10. Dissociative Disorders.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Dissociative Disorders atau gangguan disosiatif adalah gangguan jiwa yang parah atau perubahan dalam ingatan, kesedaran, identiti dan kesedaran umum tentang diri mereka dan lingkungannya bagi si penderita.

Gangguan ini biasanya dikaitkan dengan stress yang luar biasa, yang mungkin diakibatkan dari peristiwa yang menyebabkan trauma, kecelakaan atau bencana yang sebelumnya dialami atau disaksikan oleh penderita. Contohnya antara lain gangguan identiti “keperibadian ganda” dan gangguan depersonalisasi.


11. Factitious Disorders.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Factitious Disorders disebut juga gangguan pencetus adalah keadaan dimana seseorang secara sedar dan sengaja menciptakan atau mengeluhkan gejala fizikal dan / atau emosional untuk menempatkan individu dalam keadaan pesakit atau seseorang yang sedang memerlukan bantuan.

Orang yang suka buat alasan sama seseorang, suka cakap sakit sakit padahal sihat je, antara contoh penyakit mental jenis ini. Tujuannya nak tarik perhatian dan nak orang sentiasa membantu dirinya.



12. Sexual and Gender Disorders.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Gangguan seksual dan gender ini termasuk gangguan yang memengaruhi hasrat seksual, kerja dan perilaku. Beberapa contoh dari gangguan jiwa jenis ini  antara lain, disfungsi seksual, gangguan identiti gender, dan paraphilias (keadaan yang ditandai dengan dorongan, fantasi, atau perilaku seksual yang berulang dan intensif, yang melibatkan objek, aktiviti atau situasi yang tidak biasa dan menimbulkan keadaan stress yang berbahaya).


13. Somatic Symptom Disorders.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Somatic Symptom Disorder adalah gangguan fisik yang berasal dari pikiran. Penderita ini mengalami gejala fizikal penyakit atau nyeri dengan tingkat kesusahan yang berlebihan dan tidak seimbang. Dan rasa sakit ini tidak dapat dijelaskan secara perubatan pada umumnya.

Penderita gangguan kejiwaan ini akan merasakan rasa sakit atau nyeri yang berlebihan sehingga mengganggu dan berpotensi menciptakan stress teruk.



14. Tic Disorders.

Kenali 14 Jenis Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Hidapi

Tic Disorders adalah gangguan kejiwaan di mana seorang penderita membuat suara atau suatu gerakan tubuh secara berulang, cepat, tiba-tiba dan diluar kendali (yang disebut dengan Tic). Sindrom Tourette adalah salah satu jenis gangguan yang paling terkenal dari Tic Disorders ini.

Penyakit atau keadaan lain, termasuk berbagai masalah yang berhubungan dengan tidur dan berbagai bentuk demensia, termasuk penyakit Alzheimer, kadang-kadang diklasifikasikan sebagai penyakit mental. Ini kerana beberapa penyakit tersebut melibatkan otak manusia.



Kesimpulan

Kalau tengok macam ada je penyakit mental di atas ... Apa pun kena jaga baik-baik otak kita dan jiwa kita supaya tak sakit.

Penyakit mental ni boleh kena kepada seiapa sahaja walaupun orang yang tinggi ilmu agama. Sebab setiap orang ada tekanan hidup.

MF sendiri pernah beberapa kali hadapi tekanan hidup kritikal... Hingga hampir memutuskan nyawa...Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah dan juga amalan baik yang pernah MF buat, membantu MF pulih.

Biasanya kita jadi tertekan dan jiwa dan mental sakit sebab orang sekeliling. Itu faktor utama MF rasa, lain-lain faktor seperti ubatan dan sebagainya itu adalah segelintir saja.

Apa pun sebagai orang Islam, kita boleh redakan masalah mental dengan zikir, selawat yang berterusan. Banyakkan baca al-Quran salah satu penawarnya juga.

Sekian, semoga bermanfaat.

Kredit : Pembacaan, Pengalaman & Google Images

November 11, 2019

Khasiat dalam segelas susu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Khasiat dalam segelas susu! | Susu, semua orang minum sewaktu kecil. Tapi bila dah dewasa, orang kurang minum susu. Anak murid MF pun kebanyakannya kurang gemar minum susu.

Susu bukan hanya untuk anak kecil, tapi sesuai untuk semua peringkat umur. Sebab itu, diciptakan susu ikut kesesuaian umur, mengikut keperluan badan seseorang.

Ada susu untuk badan, untuk otak, dan juga vitamin-vitamin lain. Tapi yang kita tau, minum susu hanya untuk kalsium dan tulang. Sebenarnya, khasiat susu lebih dari itu.

Khasiat dalam segelas susu!

Khasiat dalam segelas susu!

Dalam segelas susu mempunyai khasiat lain, antaranya:

153 kcal tenaga = 2 keping roti
322mg kalium = 1 biji pisang
158 µg vitamin A = 1 potong tembikai
6.3 µg Vitamin D = 1 1/2 ekor ikan sardin
300mg kalsium = 5 cawan sayur sawi atau 6 gelas susu soya atau 6 keping tauhu
8.5g lemak = 20g kacang badam
8.0g protein = 2 biji telur. 

Khasiat susu

Nampak tu, banyakkan khasiat susu. Jadi, galakkan anak kita minum susu walaupun ada yang kata susu tak penting. 

Kalau tengok movie Inggeris, kebanyakkan gaya hidup mereka, memberi anak mereka 1 gelas susu suam sebelum tidur dan 1 gelas susu segar setiap pagi. 

Sebab mereka tahu kebaikan dan khasiat dalam segelas susu. 

So, kita yang dewasa ni, jangn culas minum susu ye... Jom, mulakan minum susu hari ini. Tak kisah jenama apa pun, pasti ada kebaikan di dalamnya. Dan semestinya susu segar adalah antara yang baik lah kerana kurang proses dan gula. 

Sekian, semoga bermanfaat. 


Rujukan: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang.

September 23, 2019

5 sebab kenapa asyik rasa lapar je. No. 5 tu punca utamanya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 sebab kenapa asyik rasa lapar je | Sejak dua menjak ni MF kena sindrom kelaparan. Tak tau la perut ni kenapa kan... Asyik lapar je...

Nak pula bila berjaga tengah malam... Dia punya lapar tahap kronik tak boleh bawa bincang punya.

MF mencari sebabnya... Kenapa teruk sangat penyakit lapar aku ni kan...

Setelah dikenal pasti, akhirnya MF dapat jawapannya.

5 sebab kenapa asyik rasa lapar je

Punca rasa lapar, kenapa kerap lapar, apa nak buat bila lapar.
Sumber : Google images 

1. KARBOHIDRAT HALUS.

Karbohidrat halus ni seperti nasi putih, roti putih, emping bijirin, Pizza, bun Ataupun pasta. Karbohidrat ni tak mengenyangkan sebab  Ianya dibakar dengan cepat dalam tubuh kita dan meningkatkan kadar gula dalam darah sekali gus menyebabkan badan terganggu.

Paras glukosa yang rendah meningkatkan hormon lapar dan membuatkan kita rasa nak makan lebih banyak karbohidrat.

Cara atasinya:

Bagi melambatkan proses pembakaran, pilih karbohidrat kompleks seperti beras perang, quinoa dan triticale, kobis, buah-buahan dan roti bijirin tulen.

Cuba minum air sebelum makan untuk hilangkan rasa lapar.

2. SEBENARNYA DAHAGA.

Kadang rasa lapar tu adalah sebab rasa dahaga. Jadi waktu rasa lapar tu cuba minum air dulu. Bila minum air, rasa lapar tu boleh hold dulu la dari ambil makanan.

Sebenarnya, perbuatan minum air sebelum makan boleh menurukan beratus-ratus kalori daripada pengambilan makanan harian kita.

Cara atasi :

Jik teringin untuk mengunyah sesuatu, cuba minum air dan tunggu selama 20 minit sebelum makan lagi.

Jika masih berasa lapar, barulah makan untuk mengisi perut.

3. PERHATIAN TERGANGGU.

Satu kajian dalam jurnal Food Quality and Preference yang dibuat ke atas dua kumpulan peserta mendapati, mereka yang makan sambil mendengar fon telinga yang dipasang dengan bunyi televisyen dan muzik terdorong untuk makan lebih banyak berbanding mereka yang tidak memakainya.

Mungkin juga kan.. Sebab MF sering layan anak nyanyi lagu didi and friend waktu dia berjaga malam.. Waktu tu lah paling rasa lapar.

Cara atasi

Jauhkan diri daripada televisyen atau komputer dan perlahankan bunyi muzik ketika makan.

4. TEKANAN/STREES.

Mereka yang mengalami tekanan akan mengeluarkan hormon epinephrine (atau dikenali sebagai adrenaline) yang menyebabkan badan bertindak balas secara 'fight-or-flight'.

Kemudian hormon cortisol pula akan dikeluarkan dan mencetuskan hormon lapar pula dirasai.

Ia juga akan menarik kumpulan sebatian organik daripada aliran darah untuk disimpan dalam sel lemak manusia.

Mau tak stress kan... Orang waktu malam tidur MF waktu malam berjaga... Bila rutin tidur anak ikut International Time... Tu payah tu.. Hehe

Cara atasi

Kena belajar kawal stress... Kalau tak kita juga susah nak kawal apa yang masuk ke mulut kita...

5. TIDAK CUKUP TIDUR.

Paras hormon leptin dalam badan akan menurun sekiranya tidak mendapat jumlah tidur yang mencukupi.

Ini akan membuatkan selera makan meningkat dan menyebabkan membakar lemak lebih rendah.

Sebab inilah punca utama MF kerap lapar. Tak cukup tidur.. Paling lama waktu tidur ialah 4 jam tak nyenyak.. Kalau nyenyak betul dalam 2 jam je kot. Itulah dugaan anak nombor 4 ni.. Waktu tidur yang tak tau dah nak adjust macam mana.. Redha je la...


Cara atasi

Tiada cara lain selainperlu merehatkan mata selama tujuh ke lapan jam sehari. Huhu kena cuba atau camne tak tau la kan.. Sebab siang pun tak boleh tidur. Kalau waktu cuti tu ok sikit rasa lapar tu...


September 20, 2019

Kit Jerebu : 5 benda ni patut ada bila jerebu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Kit Jerebu : 5 benda ni patut ada bila jerebu

1. Mask N95

Penting bila keluar rumah. Debu halus jerebu boleh mengundang bahaya pada peparu.

Jangan salah beli mask. Nanti sia-sia je.

2. Ubat sakit tekak

Gula-gula untuk sakit tekak... Dulu kita makan strepsil.. Sekarang ada lozenges yang lebih berkesan. Dapatkan di farmasi berdekatan.

3. Pembersih hidung

Bila banyak debu... Hidung kita kotor. Selalu lah bersih kan hidung hina stemar ni.. Kalau nak korek pakai jari boleh juga.. Tapi jangan nampak dek orang.. Kang orang kata pengotor.

Waktu jerebu.. Jangan cabut bulu hidung.. Sebab itu penapis yang dicipta Allah.. Banyak manfaat tu.

4. Ubat batuk dan selsema 

Standby je... Sebab bila sakit tekak akan mencetuskan batuk... Bila hidung banyak debu akan menyebabkan selesema.

5. Banyakkan minum air. 

Air penting waktu jerebu ni... Kurang air.. Penyakit lain boleh bertambah...

Sebenarnya, sakit tekak dan batuk.. Ubat paling berkesan.. Minum banyak air... Insha Allah.. Cepat reda.

Petua tambahan :
Kurangkan minum manis dan lebihkan minuman yang masam seperti lemon. Boleh juga banyakkan minum air kelapa... Natural remedies untuk badan kita.

Semoga jerebu kali ni cepat reda..

Semalam dah kurangkan.. Hari ni bertambah semula.. Terutama di Sri Aman..

Moga Allah lindungi kita semua... Insha Allah...


Ogos 24, 2019

Cara Kuruskan Badan Dengan Amal Makan Nasi Sejuk!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Kuruskan Badan Dengan Amal Makan Nasi Sejuk! | Sebut kurus, yang excited ialah orang perempuan, sebab kurus menjadikan kita sihat, muda dan bertenanga dan tak kurang juga kelihatan cantik.

Tapi, pertama kali dengar, makan nasi sejuk boleh jadikan seseorang tu kurus.

Tapi ini bukan cobaan.. ini berdasarkan kajian sainstifik bagaimana nasi sejuk boleh jadikan seseorang tu kurus.

Mana mana tu?

Jom apa kata artikel ni:


CARA KURUS MAKAN NASI
--------------------------------------------

Orang kata makan nasi boleh jadi gemuk.
Padahal diet macam paleo kata nasi putih ni sumber kanji paling selamat jika ambil sederhana.

Isunya, nasi putih tak macam nasi beras perang, senang jadi gula serap dalam darah. Gula darah mudah naik, bila berlebihan simpan jadi lemak pulak.

Orang diabetes dan takut obes cukup risau makan nasi ni. Jadi apa caranya nak kurangkan serap gula dari nasi ni ke dalam darah?

Tadaa..

cara kurus dengan makan nasi, kurus sihat
sumber: google images

Cara Kuruskan Badan Dengan Amal Makan Nasi Sejuk!

NASI SEJUK korang pernah dengar?

Tahukah anda, bila kita masak nasik..
# Lepas tu biarkan sejuk.. atau simpan dalam peti 
# Lepas tu panaskan balik
# Molekul nasi jadi kristal..kanji dalam nasi macam ni kita panggil KANJI DEGIL..sebab susah serap badan.

# Jadi, kalori..tenaga kurang dapat daripada nasi sebegini..

# Sebab susah serap, nasi beri tenaga lebih lama..Maka kita jadi lebih lama kenyang.

# Menariknya, kajian juga menunjukkan jika kita panaskan balik nasi sejuk tu..ia masih tak jejaskan kedegilan nasik tu.

Mentang-mentang nama nasi sejuk..tak semestinya dimakan sejuk ya 
.

Haa..teruja dok..
Apa tunggu lagi..sejukkan nasi anda supaya kurus dan gula darah lebih terkawal lepas makan nasik.

Kredit : Hafiz Sulaiman,



Sebenarnya, makan nasi yang dah sejuk pun boleh... Bukan nasi yang panas-panas tu... Dan bagi yang ada angin, memang kena olah la cara masak, supaya tak berangin... Kata Doktor Hafiz, betullah kata orang tua dulu, bagi yang ada angin dan wanita berpantang, elakkan makan nasi sejuk.

Korang boleh follow doktor ni kalau nak tau pasal angin dalam badan, bentan dan sebagainya... Sebab dia buat kajian sains pasal ni... Bukan saja dok cakap kosong. MF suka follow doktor yang macam ni... bercakap dari pengalaman dan fakta kajian sendiri... Baru betul... Bukan sekadar petik kajian-kajian luar... Tapi juga buat eksperimen sendiri... 

Ogos 02, 2019

Jangan Salah Ambil Vitamin C, Ini Yang Terjadi Nanti

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan Salah Ambil Vitamin C, Ini Yang Terjadi Nanti| Vitamin sangat penting untuk tubuh badan kita. Dalam banyak-banyak vitamin, yang paling popular ialah vitamin C.

Sebut vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan. Sebab memang kebanyakan produk ada kandungan vitamin C katanya. terutamanya produk kecantikan dan kesihatan. Dari krim muka hinggalah ke supplement jenis makan.

Bila ada masalah kesihatan seperti resdung, alahan, selesema dan gatal kulit, ramai yang akan suggest kan ambil vitamin C.

Kesan makan vitamin c, vitamin c untuk cantik, vitamin c yang terbaik, review vitamin c blackmore

Jangan Salah Ambil Vitamin C, Ini Yang Terjadi Nanti

MF ni memula malas nak percaya... Tapi terasa nak mencuba... 

MF buat pembacaan dulu pasal vitamin C. Berapa dos yang boleh diambil dan sebagainya. 

Akhirnya, MF memilih vitamin C oren dengan dos yang rendah sahaja... 250mg satu tablet... sedap perasa oren. Kongsi makan dengan suami... Biasa sahaja ... tiada kesan sangat... 

Lepas tu tertengok rancangan shopping kat TV, promo tentang vitamin C jenama Blackmore. 

Kesan makan vitamin c, vitamin c untuk cantik, vitamin c yang terbaik, review vitamin c blackmore

Jenama ni popular kan kat farmasi... Tapi jenis yang diaorang promo ni, jenis Buffered C.
Yang ni lain sikit... memang untuk kesihatan dalaman serta ada kandungan untuk kecantikan kulit.

Dinamakan Buffered C tu sebab jenis slow released... penyerapan perlahan selama 8 jam... 

Teruja untuk mencuba, MF cari kat Shopee je cepat sikit kan... Terus je try beli sebotol dulu... Vitamin C Buffered C jenama Blackmore 120 tablet... Sehari sebiji tahan la 3 bulan tu kan... 

Bila sampai terus je makan macam biasa... ambil semasa makan... ataupun betul-betul lepas makan pagi... sehari sebiji je... 

Terus amal selama 2 minggu... Tak rasa perubahan apa pun... tapi orang sekeliling yang akan perasan bila ada yang tegur... 

Kesan makan vitamin C

"Wah... Mariah, muka flowles la... licin je kulit, apa rahsia?"

Owhh.. terkejut bila ada tegur macam tu... Dalam hati... owh.. maybe inilah kesan dia MF amal vitamin C ni... 

Memang nampak jugalah liang roma kulit tu nampak halus... dan kulit dalam proses nak sama ratakan tone tu... 

Kesan makan vitamin c, vitamin c untuk cantik, vitamin c yang terbaik, review vitamin c blackmore

Dan paling best... kulit suami MF dah takde alami gatal-gatal... Kalau dulu... dia punya garu malam-malam... sampai terkopek kulit... segala macam ubat sapu dia cuba sapu.. Takde kesan... Alhamdulillah... lepas MF suruh telan vitamin c ni... Alhamdulillah dengan izin Allah... terus licin elok kulit... takde kesan gatal tu lagi dah... 

Alhamdulillah... vitamin C jenama ni serasi dengan kami... Patutlah jenama ni jadi jenama No.1 di Australia. Dan jenama ni juga ada pengiktirafan halal dari Halal Australia yang disahkan JAKIM.

Bila terbukti tu, rasa yakinlah.. vitamin C memang bagus untuk kulit cuma, kena tau jenis juga sebab banyak sangat jenis ikut tujuannya kita makan. Dan tengok juga pada keserasian badan kalau nak makan. 

MF ada beli satu jenama lain kat suami sebelum ni... Dos tinggi sikit 1000mg dengan tambahan kalsium sekali, tapi suami tak boleh makan... nanti sakit kepala katanya... Jadi, stop makan... dan dia kongsi je makan dengan MF punya vitamin C. 

Jadi, bagus amal vitamin C tapi tak perlu ambil yang dos terlalu tinggi sebab nak over cantik apatah lah secara suntikan bagai... baik elakkan... Nak lagi bagus sebenarnya ambil secara semulajadi, tapi MF bukanlah jenis konsisten makan sayur dan buah setiap hari, sebab tu MF ambil supplement ni... 


Julai 25, 2019

Diet tapi macam tak diet je... hmmmm

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


cara diet yang betul, diet mudah, punca berat naik, badan dah naik, cara turunkan berat badan


Cara diet Kevin Zahri?

  1. Nasi putih hari-hari (tapi segenggam/meal) 
  2. Makan kerap (dalam 5-7x sehari) 
  3. Sentiasa cari fiber (untuk melawas 2x sehari) 
  4. Tak kira kalori (tapi tahu keperluan diri dan kalori makanan) 
  5. Teh tarik hari-hari (biasa share dgn isteri) 
  6. Snek malam sure ada (biasanya cereal fiber + susu low fat) 
  7. Minum Air Kosong (tak tahu banyak mana. Janji urin jernih) 
  8. Chocolate hari-hari (tapi tak lah banyak mana) 

Macam tak diet je kan... Apa pun MF yakin diet ni dipanggil makan secara sederhana tapi kerap. Diet yang mudah dan tak seksa diri. 

Makan coklat tak menggemukkan pun sebenarnya kalau korang jenis buat kerja tak berhenti dari siang hingga ke malam. 

Punca berat badan naik

Yang menggemukkan kita bukan makanan tapi lebih kepada cara hidup. Antaranya stress penyebab kita mudah naik berat badan. Jadi tak hairan lah MF selepas anak keempat baru naik berat mendadak... sebab kurang tidur dan stress nak uruskan anak kecik. Sebab kalau ikutkan gaya makan sama je macam sebelum-sebelum ni... Tapi makan mudah naik.

Jadi, nak kena uruskan stress dan cuba kontrol anak-anak.. insha Allah... boleh slim... 

Julai 11, 2019

Nak Kulit Cantik dan Sihat, Cuba Amalkan Kacang Macadamia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Nak Kulit Cantik dan Sihat, Cuba Amalkan Kacang Macadamia | Kacang macadamia, tak ramai orang tahu dan kenal. MF sendiri pun kenal kacang ni selepas makan snek kekacang jenama Noi yang MF beli. Snek campuran kekacang tu ada campuran gajus, badam, kacang tanah dan juga kacang macadamia.

Pertama kali mencuba… Wow… memang sedap… rasanya lemak-lemak rangup… memang sedap. Tapi tak banyak pula kan… Selalu berebut dengan suami dan anak-anak kalau beli snek kekacang tu.

Kenapa kacang macadamia ni termasuk dalam snek sedap nih.. Mesti ada khasiat dan kelebihannya yang mungkin kita tak tau. Jadi, kita pun cubalah mencari di internet… dan baca beberapa artikel yang boleh dipercayai kesahihannya.

tips kulit sihat cantik, cara cantikkan kulit, khasiat macadamia, manfaat kacang macadamia

Nutrisi kacang macadamia

Kandungan sihat yang terdapat dalam kacang macadamia iaitu lemak tidak tepu, karbohidrat, protein, kalium, fosforus, magnesium, zat besi, kalsium, vitamin E, asid folic, serat, dan vitamin B kompleks. Jadi, kacang sihat ini bukan hanya sedap untuk dijadikan makanan ringan, namun juga bermanfaat untuk kesihatan.

Nak Kulit Cantik dan Sihat, Cuba Amalkan Kacang Macadamia

tips kulit sihat cantik, cara cantikkan kulit, khasiat macadamia, manfaat kacang macadamia

15 Khasiat Kacang Macadamia untuk kecantikan dan kesihatan


1. Menurunkan kolesterol

Manfaat kacang macadamia yang pertama iaitu ia membantu dalam menurunkan kolesterol. Kandungan nutrisi dalam kacang ini akan memberikan khasiat yang baik untuk mencegah kenaikan kolesterol jenis jahat yang ada di dalam tubuh badan kita.

2. Mencegah penyumbatan pembuluh darah

Khasiat kacang macadamia sangat baik digunakan untuk mencegah terjadinya penyakit penyumbatan pembuluh darah. Kacang unik yang satu ini akan memberikan perlindungan lebih ke pembuluh darah dan melancarkan aliran darah ke tubuh badan.

3. Menyihatkan organ jantung
Manfaat kacang macadamia digalakan untuk sesiapa  yang ada masalah pada kesihatan jantung. Kandungan nutrisi dalam kacang ini mampu mencegah penyakit yang akan menyerang kesihatan jantung sehingga tubuh akan menjadi lebih sihat.

4. Mengatasi stroke

Khasiat kacang macadamia selanjutnya adalah mengatasi stroke. Kacang yang menyihatkan tubuh ini dapat mencegah gejala stroke. Jika pernah terkena stroke terlebih dahulu, boleh amalkan makan kacang ini untuk elak stroke berulang.

5. Anti oksida 

Manfaat kacang macadamia sebagai makanan dengan anti oksida semula jadi akan membantu tubuh lebih kebal dari kesan yang ditimbulkan oleh paparan radikal bebas. Berbagai macam penyakit akibat radiasi ini boleh dicegah sejak awal.

6. Mencegah penyakit kanser

Kegunaan kacang macadamia juga boleh mencegah penyakit kanser. Hal ini masih berkaitan dengan khasiatnya yang dapat mencegah efek radikal bebas. Sel kanser akan dengan mudah ditekan pertumbuhannya supaya tidak menyebar ke seluruh tubuh badan kita.

7. Makanan diet sihat

Anda ingin diet sihat tanpa kelaparan? Amalkan makan kacang macadamia merupakan salah satu solusinya. Diet yang baik adalah mengganti jenis makanan yang akan dimakan dengan makanan yang lebih sihat, termasuk kacang unik ini. Memang kacang ni menjadikan kita kenyang dan tak mudah lapar.

8. Melancarkan buang air besar

Kandungan serat dalam kacang macadamia bisa membuat buang air besar menjadi lebih lancar. Serat berfungsi untuk mengikat sisa makanan yang masih menempel di usus, sehingga tidak akan terjadi penyumbatan di dalamnya.

9. Menjaga bakteria baik pada usus

Ada beberapa jenis bakteria yang ada di dalam tubuh dan salah satunya yang perlu  dilindungi iaitu bakteria baik. Bakteria ini akan berguna dalam melawan bakteria jahat di usus. Untuk menjaga bakteria baik, cuba amalkan makan kacang ini.

10. Melancarkan pencernaan

Pencernaan yang lancar tidak akan mudah diserang penyakit ataupun bakteria. Jadi, cara nak dapatkan usus sihat dan pencernaan yang lawas adalah dengan ambil makanan yang kaya akan serat seperti kacang macadamia. Kacang ini akan membantu sistem pencernaan menjadi lebih sihat.


5 Manfaat dan Khasiat Kacang Macadamia untuk kecantikan:

  1. Bagus untuk kesihatan kulit
  2. Melembabkan kulit
  3. Melembutkan rambut
  4. Mencegah rambut kering
  5. Mengatasi jerawat


Itulah 15 manfaat dan khasiat kacang macadamia untuk kesihatan yang perlu diketahui. Semoga bermanfaat untuk menambah pengetahuan dalam menjaga kesihatan dengan memanfaatkan khasiat biji yang sihat pula.


Kacang macadamia kacang termahal di dunia

Kacang macadamia berasal dari negara Australia dan rasanya yang lazat dengan cepat membiak ke negara disekitarnya. Tanaman kacang ini boleh tumbuh dengan tinggi sampai 50 meter dan di setiap bunganya terdapat satu sampai dengan dua biji kacang saja.

Jumlah yang cukup sedikit tersebut membuat harga kacang macadamia melonjak cukup tinggi. Australia menjadi negara utama mengeluarkan kacang ini kemudian diikuti oleh beberapa negara lainnya.

Sebenarnya, kacang macadamia jarang orang makan gitu je macam makan kacang kuda atau kacang tanah. Biasanya kacang ni diambil sari pati minyak untuk kegunaan kecantikan.


tips kulit sihat cantik, cara cantikkan kulit, khasiat macadamia, manfaat kacang macadamia

Jadi, sebab tu orang jarang makan sebab digunakan untuk kecantikan… Dan kalau nak beli pun harganya memang mahal. Harganya RM60 hingga RM70 untuk 500g.


tips kulit sihat cantik, cara cantikkan kulit, khasiat macadamia, manfaat kacang macadamia

Bahkan Secret Recipes juga ada keluarkan kek macadamia, dengan harga hampir RM100  untuk sebiji kek… Tapi memang sedaplah.. MF dah pernah rasa kek ni...


Itulah nak kata mahal ke tak mahal kacang ni kan. Tapi khasiat utama dalam kacang ni memang terbaiklah untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman tubuh badan kita.

Makanan yang sihat dan mencantikkan badan secara semula jadi memang mahal. Tapi kalau nak rasa sesekali boleh aje kan… Tapi, serius tak menyesal kalau dah sekali rasa… Memang sedap.


Jun 28, 2019

Mudah Tapi Tak Senang Nak Kuruskan Perut Buncit

Perut buncit, kalau lelaki dah berkahwin nampak biasa.. Bahkan jadi aset.

Tapi kalau perempuan, adehhh.. Tak sedap mata memandang... 

Bahkan... Paling tak sedap didengar bila ada yang tegur... 

"eh! Mengandung eh!"

MF sendiri pernah ditegur macam tu... Fuh.. Anak murid sekarang, jujurnya lain macaiam... Haha.. 


Itulah akibatnya perut dah ke depan. 

Tapi, lepas dok baca-baca beberapa artikel cara nak hilang kan perut buncit...

Salah satunya, ialah elakkan gula putih..

Jadi, MF pun ajak suami sahut cabaran elakkan gula putih. 


Cabaran tanpa gula

Stop minum air sirap... 

Sehari sekali je minum air manis... Tu pun air coklat je... 

Selainnya disiplin kan diri minum air masak atau air kosong je.


Seminggu struggling buat tau... 

Alhamdulillah... Rupanya betul... Nampak la perubahan... Seluar jeans yang tak muat, dah boleh dizip... Fuhh.. Dia punya seronok macam nak lompat. 

Tapi, kadang lupa diri juga la bila time raya.. Cuma under control... 

Apa pun, dah tau cara mudah nak kuruskan perut buncit. 

Lepas ni... Dah boleh terus istiqamah.... Insha Allah... Harap boleh pakai semula baju-baju kurung saiz S... Opss... Haha... 

Mei 18, 2019

7 SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA

Protein penting untuk tubuh. Setiap hari diperlukan. Sumber terbaik dari tumbuhan. Tapi ada juga protein daripada haiwan seperti ayam, telur dan daging.

Dalam diet yang sihat, protein wajib ada. Orang kata nak diet jangan makan ayam, daging... makan ikan je... Hmm.. kurang tepat diet macam tu.

Protein wajib ambil walaupun diet bahkan sangat penting ketika berpuasa.

7 SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA
sumber: google images

Protein penting sebab:
.
1. Bolehkan kita bergerak
.
2. Sokongan kepada struktur sel.
.
3. Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh.
.
4. Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.
.
5. Sebahagian dari sistem imun dan bertindak sebagai antibodi. Bertindak menyerang penceroboh yang cuba ceroboh sistem dalam tubuh.
.
6. Berperanan sebagai enzim. Penting sebagai catalyst kepada tindakbalas ribuan kimia di dalam sel.
.
7. Protein mengeluarkan tenaga untuk keperluan tubuh.
.
Jadi, kena ambil protein setiap hari. Kurang protein beri impak buruk pada kesihatan.

Kesan kurang protein:

Hilang otot, letih, perkembangan terbantu & lemah sistem imun adalah hadiah dari diet kurang protein.

Kredit: Facebook

Mac 12, 2019

Ini Tips Bagi Yang Selalu Makan Nasi Bungkus

Tips Bagi Yang Selalu Makan Nasi Bungkus

Bagi yang selalu makan bungkus... Tips ni memang kena buat..

Bila agaknya diri sendiri nak latih diri bawa bekas plastik pergi kedai kalau nak beli bungkus... 🤔

Itulah.. Tupperware yang mahal tu simpan je dalam almari.. Beli makan bungkus balut polistrin dan plastik juga...

Hmm.. Nampaknya... Guna bekas sendiri lebih baik.

Jom latih diri bawa bekas kalau nak makan bungkus. 

Mac 02, 2019

Panas Macam Ni Memang Mudah Diserang Vertigo

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebenarnya tak tau juga pasal vertigo ni... Entah menatang apa la pula kan...

Tapi bila ternampak KKM SHARE.. Rasa macam pernah alami tanda-tanda vertigo.

Tanda-tanda Vertigo


Panas Macam ni lagi mudah kena vertigo...

Rasa melayang je... Biasanya MF alami tak lama la.. Minum air banyak-banyak ataupun minum air yang masam.. Melegakan sikit rasa tu...

Apa yang MF baca... Vertigo ni bahaya kalau kerap dan dibiarkan... Boleh sebabkan sakit jantung dan strok... Jadi  jangan pandang remeh.


Dapatkan rawatan dan rupanya kat klinik kerajaan ada ubat untuk Vertigo ni...

Jadi, kalau ada tanda-tanda tu.. Jangan lupa terus je klinik untuk dapatkan rawatan... Sebab kot sakit lain pun ye...

Februari 28, 2019

Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi | Bila peminat susu dan peminat kopi ternampak iklan yang berkaitan kopi dan susu, pasti teruja nak mencuba... 


Itulah yang MF rasa bila nampak iklan baru di kaca TV tentang susu Anlene. 

MF tak minum tau susu Anlene... tak boleh nak telan... Tapi, bila ternampak je iklan susu Anlene berperisa kopi... hah.. tak boleh tunggu lagi... mesti cuba ni... 

Terus buka website Anlene dan request free sample... 

Bila free sample, jangan assume benda tu cepat sebab free.. jadi, kena tawakal la... Kalau ada rezeki dapat la kau merasa kan.. haha.. 

Alhamdulillah.. nak jadi rezeki MF, dapat la merasa susu Anlene... selamat terima di tangan. 


Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi

Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi


Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi


Alhamdulillah... dapat 2 sachet untuk cuba... Memang teruja nak minum... 

Terus bancuh je... senang... 200ml untuk satu sachet.. bancuh suam. 


Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi


Pertama kali hirup... fuhh.. pahit... rasa kopi...

Dua kali hirup... slruppp... hmmm.. sedap... baru rasa manis sikit...

Tiga kali hirup... slruppp.... hmmm... bertambah sedap... sebab rasa lemak susu dan kopi tu dah bercampur...


Akhirnya... habis minum...

Paling best... rasa kenyang sampai ke malam...

MF minum petang dalam jam 4 petang... sampai kul 8 boleh tahan perut lagi...

Boleh jadi menu diet juga nih kalau macam ni...

Review Susu Anlene Cafe Latte

Susu Anlene Cafe Latte ni memang sedap, lemak dan kurang gula...
Cepat kenyang dan tahan perut... sesuai untuk yang nak diet sihat...
Dan paling best... hari ni dah tak rasa sakit pinggang dan lutut lagi... Alhamdulillah...

OK.. lepas ni nak cari susu Anlene...
Tambah lagi satu koleksi minuman harian kami...

Bagi yang nak cuba boleh Request Free Sample di website Anlene.
>>> https://www.anlene.com/my/en/claim-sample-registration.html

Februari 26, 2019

Seram Dengan Penyakit Difteria

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seram Dengan Penyakit Difteria | Difteria, tak pernah dengar penyakit ni satu ketika dulu... Tapi sejak dua tahun ni ada semula...

Difteria

Sebenarnya bagi yang vaksin ada diterangkan pasal. Penyakit ni.. Tapi kita tak cakna pun pasal penyakit ni sebab memang takde berlaku kes hingga berlaku kematian... Tapi, kembali ada atas sebab-sebab yang tertentu.


Bila group ibu bapa kat WhatsApp diingatkan wabak ni.. Memang rasa seram juga. Sebab simptom penyakit ni bermula dengan batuk dan sakit tekak.

Simptom difteria

Mengapa Difteria Amat Berbahaya!

❗Difteria adalah penyakit berjangkit yang amat serius dan boleh mengancam nyawa.

❗Ia sangat mudah menular dan boleh disebarkan dengan mudah antara orang.

❗Walaupun dengan rawatan perubatan penuh diberikan oleh para doktor, ia boleh menyebabkan kematian sehingga 1 dalam 10 orang!

❗Difteria adalah berbahaya kerana bakteria yang menyebabkan penyakit ini menghasilkan toksin yang kuat (racun).

❗Toksin ini akan membunuh sel-sel di dalam mulut, hidung dan tekak.

❗Sel-sel mati dengan cepat terbina, terkumpul dan membentuk membran yang boleh melekat pada tekak dan menyebabkan kematian akibat tersedak ‘chocking’!

❗Difteria juga boleh menjejaskan jantung (menyebabkan kegagalan jantung dan kematian) dan saraf (menyebabkan kerosakan neurologi termasuk kelemahan dan kebas kelamin anggota).

❗Sebelum vaksin diperkenalkan pada tahun 1942, difteria menjadi penyakit biasa di kalangan kanak-kanak yang membunuh dengan purata 3,500 kanak-kanak setahun di UK! Kini Ia amat jarang atau hampir tidak dapat dilihat di negara-negara seperti UK lagi kerana vaksinasi.

❗Walau bagaimanapun, penyakit ini masih boleh ditemui di beberapa bahagian dunia (contohnya, Rusia, India, Afrika, Asia Tenggara dan Amerika Selatan). Kini di negara kita!

❗Anda yang akan ke kawasan-kawasan ini adalah berisiko dan boleh membawa jangkitan difteria kembali ke sini. Oleh itu, sila update status vaksinasi anda.

Hati-hati.


Cara Difteria Berjangkit

Nota kaki :
Jangkitan disebarkan oleh titisan air yang terbatuk atau bersin ke udara oleh orang yang dijangkiti. Ia juga boleh diperoleh dari barang-barang seperti pakaian, tempat tidur atau mainan yang bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai difteria. Orang yang mempunyai difteria boleh berjangkit sehingga 4 minggu atau kadang-kadang lebih lama.

#SEBARKAN info ini supaya lebih ramai antara kita cakna tentang bahaya penyakit ini.

Kredit:
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Otorinolaringologi
Telinga, Hidung & Tekak
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Via telegram


Jadi, bagi yang vaksin masih boleh dicegah. Insha Allah dengan izin Allah...