GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Kelebihan Jadi 'Vegetarian'

Tidak ada salahnya jika nak mula menukar corak pola hidangan yang lebih baik. Jika sebelum ini kita kerap mengambil makanan berprotein dan tidak boleh meninggalkan ayam atau ikan, senarai kelebihan menjadi seorang 'vegetarian' di bawah mungkin menarik minat.

7 Kelebihan Jadi 'Vegetarian'

7 Kelebihan Menjadi 'Vegetarian'

1. Umur lebih panjang

Menurut kajian dari Universiti Loma Linda, Amerika Syarikat, pemakan sayur hidup 15 tahun lebih lama berbanding individu yang mengambil makanan berunsurkan daging.

Berdasarkan laporan China Health Project pula, masyarakat China yang kurang makan lemak haiwan berdepan risiko yang rendah menghidap kanser, penyakit jantung atau penyakit lain.

2. Kesihatan jantung terpelihara

Pola makanan yang salah di mana penyebab kepada kadar kolesterol darah yang tinggi, kurang bergerak dan stres menjadi punca kepada penyakit jantung menjadi penyakit nombor satu di dunia.

Di Amerika Syarikat, satu dari sembilan wanita yang berusia 40 tahun ke atas menderita penyakit jantung malah kebanyakan lelaki pemakan daging berpeluang 50% meninggal dunia akibat penyakit jantung. Risiko ini menurun 15% jika berhenti makan daging dan mengamalkan makan sayur.

3. Jauh dari ancaman kanser

Terdapat hasil kajian dari Harvard Nurses Health Study mengatakan daging mempunyai kaitan dengan kanser payudara. Malah,

The National Cancer Institute juga mengatakan wanita yang mengambil daging setiap hari berisiko empat kali ganda terkena kanser payudara.

Kajian di Jerman pula mengatakan bahawa sistem kekebalan wanita 'vegetarian' lebih efektif membunuh sel kanser. Sayur-sayuran melindungi anda dari kanser prostat, kanser usus besar dan kulit.

4. Tubuh menjadi lebih langsing

Orang yang makan sayur mempunyai tubuh yang lebih langsing berbanding individu pemakan daging.

Hal ini kerana, sayur-sayuran seperti taugeh, kacang merah, bayam merah dan kacang panjang mengandungi lemak dan kalori lebih rendah.

Maka, tidak hairanlah pemakan sayur jarang mengalami masalah berat badan yang menjadi punca kepada sakit kencing manis.

5. Menghapuskan toksin beracun dalam badan

Pencemaran hasil dari pengambilan makanan berproses seperti pengawet, pewarna dan pemanis tambahan boleh menimbulkan penyakit.

Jika nak buat detoksifikasi, langkah pertama adalah mengurangkan makan daging dan diganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran atau jus buah serta sayur. Bahan-bahan ini mengandungi zat fitokimia yang membantu menghilangkan racun secara semulajadi.

6. Terlindung dari sebarang pencemaran

Hampir 95% pencemaran banyak datang dari daging, produk haiwan yang lain dan ikan. Ikan mengandungi zat pemicu kanser hasil dari semburan pestisid yang larut dalam air seperti DDT dan PCB, logam berat seperti merkuri dan kadmium.

Bagi daging dan produk haiwan lain pula biasanya mengandungi steroid dan hormon tiruan. Kalau sudah basuh ikan dan daging dengan bersih, ia tetap ada!

7. Lebih jimat dan jadi contoh anak-anak

Makanan berproduk haiwan biasanya lebih mahal jika dibandingkan dengan sayur-sayuran.

Oleh demikian, pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menggantikan daging, ayam atau ikan memberi lebih penjimatan dalam kehidupan.

Sayuran dan buahan tempatan sudah memadai kerana pastinya yang import lebih mahal. Menggantikan sayuran dalam hidangan tidak mengurangkan zat gizi yang diperlukan tubuh.

Cara mudah menyeimbangkan hidangan dalam seharian adalah memerhati warna makanan iaitu memastikan hidangan berwarna-warni.

Sumber: Karangkraf

Jom kita tanam sayur dan makan sayur je.. hihi... tapi boleh ke??? Malaysia dah la banyak makanan... hihi.. tapi best pe kan sesekali makan sayur je..

Tapi majoriti masyarakat di Malaysia kurang gemar sayur. Kalau tengok kat kedai makan, payah nak jumpa sayur dan ulam kan... Padahal sayur ni takdelah mahal berbanding lauk lain.

Kalau yang dah biasa makan sayur, rasa tak sempurna hidangan sepinggan nasi tanpa sayur. Jadi tak selera kan.

Apa pun, makan sayur menyihatkan dan tak menggemukkan... Jadi, makanlah sayur untuk sihat dan cantik... Insha Allah...


P/s: Musim penyakit ni memang bagus amalkan makan sayur dan buah lebih...

2Ulasan

  1. kalu mkn sayur sebagai side dish boleh je dik, tp kalu nk jd vegetarian cam pyh je... jnji seimbang kan

    BalasPadam
  2. liez raamai kawan yg Vegetarian.. awal2 katanya susah tapi lama-lama diaorg ok dan diaorg lebih sihat..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ