Maria Firdz - Lifestyle Blogger: Keibubapaan
Memaparkan catatan dengan label Keibubapaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keibubapaan. Papar semua catatan

Januari 11, 2020

Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bantuan Awal Persekolahan 2020 | Bantuan yang bermula sejak sekian lama, tahun ini masih diteruskan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Bantuan RM100 kepada semua pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 akan dapat bantuan ni dengan syarat pendapatan ibu bapa bawah RM3000.

Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2020

Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2020

Bantuan ini telah disalurkan ke sekolah-sekolah seawal 3 Januari 2020.

Surat siaran tentang Bantuan Awal Persekolahan 2020


Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2020

Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2020
Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2020

Jadi, ibu bapa boleh rujuk sekolah anak masing-masing lah untuk tarikh penyerahan bantuan ini.


SYARAT KRITERIA KELAYAKAN TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2020

  1. Murid warganegara Malaysia
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  3. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2020
  4. Murid dalam kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar RM3,000 dan ke bawah

Update data untuk mudahkan urusan penyerahan BAP

Apa pun, harap ibu bapa bagi kerjasama untuk update data pelajar kepada pihak sekolah melalui guru kelas. Borang pendapatan minta isi dan serahkan segera. Cepat ibu bapa update, cepatlah urusan penyerahan duit ini.

Dan inilah duit untuk pelajar, jadi gunalah duit ini untuk kegunaan anak seperti beli kamus, buku rujukan ataupun baju sukan dan baju unit uniform sekolah.

Itu hak anak yang diberi oleh pihak kerajaan... Gunakan secara berhemah... 

Januari 04, 2020

Cara bercakap dengan anak, Yang selalu kita buat dan sepatutnya kita cakap.


Tips bercakap dengan anak

Tips bercakap dengan anak


Agak-agak boleh tak nak ubah ni.. sebab selalu memang dok cakap style belah kiri tu la kan... haishhh.. 

Tapi, parenting is fun... ada kala kita boleh ikut cara yang lembut, ada kala perlu juga ketegasan... KIta je tahu macam mana nak train anak kita... sebab setiap anak ni unik... 

Kadangkala berlembut boleh ubah sikap anak, kadangkala tak jalan juga bila berlembut menyebabkan kita guna la style belah kiri tu... kan.. 

Apa pun, insha Allah anak-anak akhirnya akan belajar dan tau serta kenal cara ibu bapa dia...Kalau berlembut je sokmo ada juga kesan tak baiknya... kan.. 

Apa pun terpulang pada kita sendiri... cumanya, kita kena belajar kawal emosi. 

Disember 30, 2019

Persiapan Persekolahan 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Persiapan Persekolahan 2020 | Lagi sehari nak menginjak ke tahun baru.

Pastinya yang ada anak sekolah sibuk buat persiapan untuk buka sekolah pada 1.1.2020.


MF tak terkecuali.. Sebab ada anak sekolah dua orang. Tapi untuk anak biasa saja persiapannya. Rasanya persiapan mak dia yang lebih.. Haha..

Persiapan Persekolahan 2020

Persiapan Persekolahan 2020

Dengan planner baru.

Tambah dengan kasut baru hadiah suami...

Dan pastinya dah borong alat tulis baru juga walaupun sebenarnya cikgu sekarang dah jarang pegang pen kecuali pen merah. Tapi nak juga membeli.

Apa pun persiapan ini penting sebagai pencetus semangat untuk naik sekolah nanti...

Untuk anak semestinya ada juga... Kasut baru, baju dan alat tulis baru mesti ada... Biar pun murah asalkan ada.

Tinggal lagi nak seterika baju dan kemaskan apa yang patut.

MF pula semestinya macam cikgu lain siapkan RPH dan fail rekod untuk persediaan hari pertama sekolah.

Semoga segala urusan dipermudahkan...

Dan selamat menempuh tahun baru 2020...

P/s: Kereta terbang mana kereta terbang... 😁😁😁

Disember 26, 2019

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater) | Lain anak, lain dugaan. Salah satu dugaannya ialah payah nak makan nasi.

Masa kecik seronok suap apa pun makan... Tapi, ingatkan sampai ke besar macam tu... Tidak... Bila dah pandai merasa itu ini, dah reti memilih makanan.

MF diduga dengan anak bongsu yang alah susu lembu tambah dengan susah nak makan serta memilih makanan, buatkan... arghhh... stress nak fikirkan susu dia...

Beberapa kali tukar susu, tak tau dah nak fikir susu apa yang ok...

Pertama kali, lepas susu badan kurang, dia minum susu Anmum...

Sampai satu masa dah tak boleh minum... Bila minum, naik gatal satu badan.. bengkak habis kaki tangan... Doktor injek dengan ubat alergik... reda...

AKhirnya, tukar ke susu kambing...

Itu kisah Mu'allim, anak bongsu...

Si kakak dia sama juga, dari umur 7 bulan alergik susu lembu... dapat ibu susuan, bila lepas setahun, cuba susu Anmum, alhamdulillah... dah boleh minum...

Sampai usia 2 tahun, alergik lagi... tukar susu soya semula, sebab tak boleh minum susu kambing... Nanti cirit birit...

Bila dah tukar susu, rentak makan berubah... jadi, tak selera nak makan... asyik nak susu je... hadoii.. pening...



Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Akhirnya, MF mencuba susu Pediasure... Antara  Susu paling mahal kat Malaysia ni. Tapi nak buat camne.. reda je la.. rezeki anak-anak.

Pediasure Complete

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Setelah sebulan mencuba susu Pediasure, alhamdulillah... berat naik dan selera makan ada dah... Dah nak makan nasi, dan imunisasi badan tu nampak meningkat la sikit.. Kalau tak dalam seminggu dua, mesti ada demam.. letih oo...

Alhamdulillah, kita usaha dan Allah yang punya kuasa, mengizinkan dan berkehendak ke atas usaha kita tu.

Memang mahal susu Pediasure ni... setin pun hampir ratusan ringgit... Tapi MF redha je... yakin dengan rezeki Allah.. takpe lah kita ikat perut, janji anak membesar dengan sihat dan kuat.

Jadi, Pediasure memang susu yang lengkap dengan nutrisi dan vitamin untuk keperluan anak-anak.

S26 Gold (Picky Eater)

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Susu ni boleh cari kat pasaran, ada tulis lagi untuk Picky Eater. 

Harga murah sikit dari Pediasure. Boleh cuba... Tapi bagi yang tak alah susu lembu la ye... 


Farm Fresh (lactose free)

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Susu ni susah nak dapat kat pasaran. MF puas juga mencari... Tapi tak jumpa la... yang ada Farm Fresh biasa je... 

Tapi susu fresh ni bagus untuk anak-anak sebab kandungan gula yang minimum. 


Ini yang MF kongsikan berdasarkan pengalaman MF sendiri...

Walaupun susu ni diorang minum, insha Allah boleh bantu tambah selera makan anak-anak. Takde lah bergantung kat susu je...

Anak MF ni tahap, buatlah apa jenis makanan menarik pun, tak kan dia nak makan... Kadang sampai putus asa nak masak... Jadi, apa pilihan MF ada melainkan susu sebagai bantuan untuk keperluan nutrisi harian diorang. Dah itu yang diorang minum kan... 

Apa pun pun MF tak paksa untuk orang beli susu ni... Cuma kalau ada masalah anak susah nak makan boleh cuba yang mana-mana sesuai untuk anak-anak. 

Memang kos tinggi, tapi nak buat camne, rezeki anak.. insha Allah akan ada rezeki untuk mereka selagi kita syukur dan reda beserta usaha kita... 

Disember 19, 2019

9 Waktu Mustajab Menasihati Anak

9 Waktu Mustajab Menasihati Anak

9 Waktu Mustajab Menasihati Anak

Sebagai ibu bapa...kita nak yang terbaik untuk anak-anak...

Bila kita marah...  kita pujuk semula...

Di atas adalah 9 waktu mustajab yang sesuai untuk nasihat anak-anak...

Nasihat dengan belaian dan sentuhan lebih berkesan daripada bercakap macam bagi syarahan dan ceramah... (tapi terlepas juga baca syarahan... 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️)

Anak lelaki ke anak perempuan sama je... Cuma cara nasihat tu ada kala boleh secara lembut ada yang perlu tegas.. Ikut keadaan...

Yang pasti nasihat dengan menjerit tak kan berkesan...

Jom ibu bapa... Kita amalkan bersama... Moga kita jadi ibu bapa cemerlang dunia akhirat....


Sumber pic: Fb
Published with Blogger-droid v2.0.10

November 30, 2019

Cara Jaga Luka Berkhatan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Jaga Luka Berkhatan | Musim cuti sekolah, biasalah mesti ibu bapa ambil peluang untuk dewasa kan anak lelaki.

Anak lelaki pula rasa tak selamat je bila cuti sekolah nih.. Hehe...

Berkhatan bagi anak lelaki dan perempuan hukumnya sunat.

Bagi anak perempuan, biasanya dikhitankan semasa masih bayi... Tapi bagi anak lelaki menjadi adat di Malaysia buat ketika usia dah menginjak remaja.

Zaman dulu, mak MF pernah ceritakan pernah lelaki berkhatan ketika hampir nak berkahwin... Hehe.. Kalau zaman sekarang, malu weyhh kalau dah nak kahwin tapi tak sunat lagi.

Bila dah berkhatan, pasti mak lah yang paling debar... Sebab fikirkan macam mana nak jaga luka berkhatan.

Kalau sakit bersalin lain ceritanya sebab dah dewasa. Ni ragam anak-anak kecil, bila bersunat.. Pasti lain caranya.

Jadi, MF kongsikan panduan buat semua untuk menjaga luka anak berkhatan. Supaya cepat sembuh dan tak bentan.

Cara Jaga Luka Berkhatan, berapa lama luka khatan sembuh?, makanan pantang orang berkhatan

Cara Jaga Luka Berkhatan

1. Buka balutan

Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
— Jangkitan/nanah
— Bengkak/bentan
— Jahitan terbuka
— Keruping melekat pada balutan

2. Cuci luka

Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
— Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
— Cuci luka dengan normal saline
— Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
— Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda

3. Guna ubat yang dibekalkan

Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
— Tahan sakit: diambil bila perlu
— Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
— Ubat cucian: lazimnya normal saline
— Elak sapu minyak/herba pada luka

4. Ngilu 

Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.

5. Pakai pakaian longgar

Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

6. Galakkan anak bergerak dan berjalan perlahan. 

Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.

7. Minum air secukupnya. 

Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.

8. Jaga pemakanan

Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.

Cara Jaga Luka Berkhatan, berapa lama luka khatan sembuh?, makanan pantang orang berkhatan

9. Jumpa doktor jika perlu

Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
— Sakit/bengkak melampau
— Nanah yang banyak
— Demam tinggi
— Tak boleh kencing

10. Rawatan susulan

Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
— Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
— Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
— Gam: tak perlu jumpa doktor semula


Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nampak macam tak susah mana, tapi nak layan ragam anak berkhatan ni yang mencabar.

Fuhh... MF tak boleh nak bayangkan anak lelaki MF yang sorang ni... Waktu kecil pun dah cukup manja... Apatah lagi kalau berkhatan... Haha..

Nak kena prepare fizikal, mental dan paling penting emosi juga kalau anak berkhatan ni kan...

Semoga bermanfaat buat semua... 

November 29, 2019

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil | Musim cuti sekolah, pasti ramai yang merancang untuk pergi bercuti kan... bagi yang ada anak-anak dan anak kecik, mesti banyak benda nak fikirkan..

Ada beberapa panduan dan tips yang membantu ibu bapa untuk menjadikan percutian itu satu yang menyeronokkan. 

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

Perkara yang perlu difikirkan:

1. Pilih Destinasi Yang Sesuai

Pilih destinasi yang sesuai dengan usia anak. Sebagai contoh, jika anak masih kecil, jangan pilih lokasi percutian yang berpotensi untuk menyusahkan seperti percutian di dalam hutan. Seeloknya pilihlah lokasi yang tepat, misalnya yang ada kedai serbaneka bagi memudahkan kita mencari barangan keperluan bayi sekiranya diperlukan.


Macam MF ada anak kecil dari usia 8 tahun hingga 2 tahun, jadi memang cerewet sikit nak cari yang sesuai. 


2 Jarak lokasi pilihan

Jangan pilih lokasi percutian yang terlalu jauh kalau ada anak kecik ni, sebab diorang ni mudah rasa bosan dok dalam kereta lelama.

Tapi bagi MF, lokasi percutian kami ialah balik kampung. Jarak antara Kedah dan Johor, makan masa 12 jam perjalanan... Jadi, nak tak nak kena hadap. Cuti sekarang ni, kami akan transit dulu di KL, Selangor atau Negeri Sembilan semalaman, sebelum sambung perjalanan esoknya.

Owhh.. jangan risau, hotel bajet banyak dah sekarang ni... Tak perlu habiskan banyak duit untuk bermalam di hotel sekarang ni. 


3. Kemudahan yang disediakan

Ketika memilih destinasi percutian, pastikan tempat tersebut ada menyediakan kemudahan yang ingin digunakan untuk keselesaan anak seperti cerek elektrik atau ‘jug kettle’, bilik air yang dilengkapi dengan alat pemanas air dan katil bayi (jika perlu).

Memang penting kemudahan ni... Jadi, kalau nak tempah hotel tu, hatta hotel bajet sekalipun, pastikan ada keperluan asas tu.


4. Pengangkutan yang akan digunakan

Kalau anak sorang dua yang dah boleh berjalan, menaiki kenderaan awam sangat menyeronokkan dan kurang penat berbanding drive sendiri.

Tapi kalau anak ramai, memang naik kereta lebih sesuai lah.

5. Pakaian

Pastikan pakaian yang dibawa sesuai untuk dipakai di lokasi percutian. Misalnya, jika anda ingin membawa anak ke kawasan peranginan yang beriklim sejuk, mestilah membawa pakaian yang tebal dan jangan lupa pakaian tebalnya. Kuantiti pakaian yang dibawa juga mestilah mencukupi.

Kalau ada anak kecil, sebaiknya asingkan beg pakaian dia dengan pakaian kita. Anak kecil perlukan pakaian yang lebih dari anak yang dah besar. 


6. Barangan keperluan

Sebelum bercuti, buat senarai semak barangan keperluan yang diperlukan seisi keluarga ketika bercuti. Hal ini bagi mengelakkan ada daripada tertinggal barang-barang yang penting untuk anak.

Ni memang penting, barang anak dulu yang diutamakan berbanding barang sendiri. Dah siap barang anak, baru setup barang peribadi pula.

7. Ubat-ubatan

Jika anak ada penyakit, pastikan tidak lupa membawa ubat-ubatan yang perlu diambilnya. Dan pastikan juga kuantiti ubat tersebut mencukupi sepanjang tempoh percutian tersebut.

Kalau MF, memang satu beg khas untuk letak segala ubat-ubatan saja. Kiranya macam first aid la... semua ada dalam tu. Termasuk ubat untuk diri kita sendiri. Senang, sebagai rawatan awal jika sakit.


8. Makanan dan minuman

Jangan galakkan anak makan makanan atau minuman yang dijual di tepi-tepi jalan. Pastikan makanan dan minuman benar-benar bersih sebelum diberi pada anak. Jika ada peluang dan kesempatan, lebih elok kalau sediakan sendiri makanan untuk anak.

MF memang bawa bekal biasanya bila travel. Bawa dari rumah. Kalau nak beli pun di restoran yang bersih atau makanan yang dibungkus dengan baik.

9. Keselamatan anak


Setiap aktiviti yang ingin  dilakukan mestilah yang sesuai untuk anak kecil. Hal ini penting bagi mengelakkan terjadinya kemalangan. Selain itu, bagi anak-anak yang sudah agak besar, beri dia beg galas untuk dimasukkan barangan kegemarannya. Di dalam beg itu juga letakkan bersama nombor telefon ibu dan ayah supaya dapat dihubungi segera jika dia tersesat.

Tapi MF tak pernah biarkan anak jalan sendiri tanpa pengawasan dari kami. Bahayakan zaman sekarang ni.

Info tambahan: 

  • Bawa bersama mainan kegemaran anak dan buku cerita untuk menghilangkan rasa bosannya di sepanjang perjalanan kelak.
  • Pastikan anda sentiasa membawa bekalan ‘tisu basah’ di dalam beg untuk menjaga kebersihan anak sepanjang masa.
  • Pastikan makanan yang diberikan kepada anak ketika bercuti sentiasa bersih bagi mengelakkan keracunan makanan yang akhirnya akan merosakkan percutian anda seisi keluarga.
  • Jangan membawa terlalu banyak barang kerana semua ini akan menyusahkan anda untuk mengangkatnya.
  • Gunakan masa cuti itu untuk bermesra dan bergembira dengan seisi keluarga. Lupakan semua masalah. Dengan cara ini, walaupun destinasi percutian anda dekat sahaja dengan rumah, ia akan menjadi percutian yang cukup bermakna dan dihargai.

November 24, 2019

Doa Untuk Anak yang Lambat Bercakap


Perkembangan setiap anak tak sama.. Dapat anak yang perkembangannya laju dan cepat pasti menggembirakan ibu bapa, tapi bila ada anak yang perkembangan nya lambat, Pasti meredakan hati. 

Anak sulung MF laju perkembangannya.. Normal ikut tempoh dan usia... Tapi anak kedua... Allahu.. Dari segi lain normal tapi bab bercakap... Agak merisaukan bila usia setahun dua masih tiada sepatah kata yang keluar. 

Nak minta apa-apa menangis saja kerjanya. Fuhh.. Pening kepala. 

Tapi, setiap kerisauan kita ada penawar dan penyelesaian melalui al-Quran. 

Bila usia dia menginjak 2 tahun, MF bacakan doa ni dan hembuskan pada mulut dia pada setiap malam... 

MF yakin anak MF normal dan cuma lambat sikit bercakap... 

Doanya apa? Iaitu surah Taha ayat 25 hingga 28. 

Doa Untuk Anak yang Lambat Bercakap


Doa untuk anak yang lambat bercakap... 

Cara lain.. 

Bacakan Surah al-Fatihah dan doa berikut pada madu dan sapukan madu di bawah lidah anak yang lambat bercakap itu. Selalu amalkan, Insya-Allah, anak tersebut akan dapat bercakap.

Insha Allah.. Cubalah... Tapi andai kata tak berkesan mungkin Allah tak izinkan... Dan bawalah jumpa doktor untuk lihat mana puncanya. Insha Allah ada juga rawatan moden untuk anak lambat bercakap ni... 

November 02, 2019

Jenis Carseat Mengikut Umur Anak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jenis Carseat Mengikut Umur Anak | Sejak seminggu yang lepas, kecoh pasal dasar kerajaan yang mewajibkan kanak-kanak bawah 12 tahun menggunakan carseat atau tempat duduk khas untuk kanak-kanak di dalam kereta.

Dasar ini mengundang perbalahana antara netizen... Tapi pendapat MF, pernah MF suarakan dalam entry ini.

Apa pun, dasar ini MF suka cuma perlu ditelitikan lagi lah... sebab kekangan ekonomi dan pelbagai faktor lain juga.

Bagi ibu bapa yang dah sedang merancang kelahiran anak, atau sedang usaha untuk adakan carseat untuk anak, pasti pening juga nak pilih jenis carseat yang ada dipasaran. Macam-macam jenama dan macam-macam patern dan jenis.

Jadi, sebelum membeli pastikan ianya berbaloi... Kalau tak membazir, sebab harga carseat bukan murah.

Jenis Carseat Mengikut Umur Anak

Jenis Carseat Mengikut Umur Anak


Ada beberapa jenis carseat di pasaran dan ianya diciptakan mengikut kegunaan dan usia. Antaranya:

1. Carseat untuk bayi baru lahir 0 hingga 2 tahun

Jenis Carseat Mengikut Umur Anak
Carseat untuk bayi baru lahir 0 hingga 2 tahun

Convertible safety seats : Safety seat ini boleh digunakan secara dua hala – menghadap ke belakang dan menghadap ke depan.

Tetapi safety seat ini perlu berada di dalam kedudukan menghadap ke belakang sehingga anak berusia lebih dari 2 tahun dan telah mencapai berat badan kira-kira 13kg.

Boleh digunakan dalam kedudukan menghadap ke depan sehingga kanak-kanak berumur 4 tahun atau had berat badan atau saiz badan.

MF ada satu jenis ni... Dari anak sulung sampai anak sulung pakai jenis ni... Tapi tahan sampai setahun je sebab memang jenis kecil. MF beli jenama MyDear.

2. Carseat untuk anak usia 2 tahun ke atas.

Jenis Carseat Mengikut Umur Anak
Carseat untuk anak usia 2 tahun ke atas.

Combination seats: Safety seat yang menghadap ke depan ini ialah kerusi yang boleh digunakan selepas anak telah mencapai had berat menghadap ke belakang dan berusia sekurang-kurangnya 2 tahun.

Anak perlu memakaikan 5-point harness sehingga dia telah mencapai had berat maksimum kerana ia masih lebih selamat dari memakai tali keledar pinggang.

Bila anak dah mencapai had berat 5-point harness itu, barulah tali pinggang boleh digunakan dengan carseat tersebut.

3. Carseat untuk anak usia 9 hingga 12 tahun.

Jenis Carseat Mengikut Umur Anak
Carseat untuk anak usia 9 hingga 12 tahun.


Booster seat: Safety seat yang menghadap ke depan ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih dari 18kg.

Ia perlu digunakan sehingga kanak-kanak itu 142cm tinggi dan ketinggian ini biasanya dicapai antara 9 dan 12 tahun. Belikan jenis yang mempunyai sandaran kepala kerana jenis ini lebih selamat.


Tapi bagi yang anak besar, boleh cari jenis booster yang lebih ringkas. Atau cari seatbelt for children macam ni: 👇


Tapi untuk anak yang besar, dan tak muat nak letak carseat kan... Cuma kat tengkuk tu better pakai bantal untuk sokongan leher tu.

Bab carseat MF tak nak komen lebih la sebab ragam anak ni tak sama.

Apa pun, carseat hanya sebagai usaha kita. Tiada carseat yang paling bagus dan selamat. Semuanya dengan izin Allah. Bagi ibu bapa yang tak mampu atau ada alasan yang lebih kukuh tak guna carseat, mesti ada usaha lain juga diorang buat untuk pastikan anak-anak selamat semasa dalam perjalanan.

Yang penting, kita usaha dan doa.. Amalkan pemanduan selamat dan patuh undang-undang jalanraya serta jaga akhlak di jalan serta hak jalan juga usaha untuk pastikan kita selamat. Doa, zikir dan tawakal juga antara kita sebagai seorang Islam kan... Jadi, jangan pertikaikan hal orang lain.

Kita usaha cara kita cukuplah. Fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik.. Insha Allah yang baik-baik sentiasa di keliling kita.


Sumber gambar: Google images

Oktober 09, 2019

WW | 4 Waktu ni yang boleh jerit pada anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

parenting tips, cara tegur anak

4 Waktu ni yang boleh jerit pada anak!


Mak-mak suka menjerit.... Panggil bangun tidur pun jerit...

Tapi jangan selalu gunakan jeritan untuk tegur anak, gunakan sesekali dikala kecemasan sahaja.

Sebab kalau dah terbiasa, anak jadi biasa dan tak lagi bezakan antara jeritan amaran dan jeritan bebelan.

Jadi, mak-mak kena guna power yang lain untuk tegur anak, dan kadangkala power dengan suara bass itu berkesan untuk tegur anak.

Macam mana nak tegur guna suara bass?

MF kongsikan video DUKE ni...


Oktober 02, 2019

Senarai kerja rumah mengikut usia anak - Latih anak buat kerja rumah, agar besar tak jadi raja!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senarai kerja rumah mengikut usia anak - Latih anak buat kerja rumah, agar besar tak jadi raja! | Semalam berdebat dengan pelajar MF... sambil-sambil layan diorang buat kerja, saja duduk sembang-sembang... 

Ada pelajar MF dok cakap pasal couple dan awek kat kelas. 

MF perli lah... MF kata, "Tak payah la sibuk nak bercouple, spender pun mak basuhkan lagi kan."

Ketawa dia... Pastu keluarlah isu, pasal buat kerja rumah... 

Mula la dia berdebat... eh, cikgu tak kan saya kena lipat baju, tu kan kerja perempuan. Orang perempuan la buat. 

MF tanya, "Habis orang lelaki buat apa je?"

Dia jawab, "Orang lelaki kerja cari duit la."

Dari jawapan dan perdebatan ni, dah agaknya, mesti dah terpasak dalam minda diorang pengurusan rumah tangga ni kena bagi kat perempuan je, orang lelaki kerja. 

Sebab apa, bila MF cerita kan yang suami MF kerja di rumah, jaga anak semua.. diorang kata dunia terbalik. 

Nampak tak... betapa celarunya. 

Jadi, sekarang ni sebagai ibu bapa, sedari awal kita yang kena didik anak betulkan keadaan ini. Kena ajar seawal usia, untuk buat kerja rumah dan rasa tanggungjawab dengan persekitaran rumah sendiri. 

Takdelah bila besar rasa, oh, ini kerja orang perempuan, ini kerja orang lelaki. 

So, yang ada anak lelaki atau perempuan, kena ajar awal. Ini antara pengelasan kerja rumah yang sesuai dilatih mengikut usia anak. 

Senarai kerja rumah mengikut usia anak - Latih anak buat kerja rumah, agar besar tak jadi raja!

Senarai kerja rumah mengikut usia anak - Latih anak buat kerja rumah, agar besar tak jadi raja!


4-6 Tahun 

Kerja rumah berkaitan rutin harian: 
• Simpan mainan dan buku 
• letak baju kotor dalam bakul dan bawa masuk kain kering 
• Kemas katil 
• Lipat baju 
• letak perkakas di sinki selepas makan 


7-12 Tahun 

Tugasan berkaitan rutin mereka dan beberapa kerja rumah: 
• Sapu dan mop lantai 
• Vakum lantai dan permaidani 
• Buang rumpai di laman 
• Bantu di dapur 
• Basuh pinggan mangkuk 
• Kemas meja makan
• Buang sampah 

>13 Tahun 

Kerja rumah dengan tanggungjawab lebih besar: 
• Cuci bilik air 
• Seterika baju 
• Basuh baju 
• Basuh kereta 
Siang ikan/ayam (kena ajar juga nih, ada je orang tak reti siang ikan dan ayam zaman sekarang.)
• Masak hidangan ringkas 
• Jaga adik kecil 
• Beli barangan rumah

Gunakan teknik carta ganjaran untuk latih anak buat kerja rumah. 

Melakukan kerja rumah penting untuk mereka mempelajari kepentingan kebersihan, pengurusan masa dan juga rasa hormat pada harta benda. 

Pendidikan ini bermula dari rumah. Kalau nak harap kat sekolah belajar, tak kan berjaya sebab anak-anak ni akan lihat dan lebih mudah diajar jika kita mula ajar sewal usia. Ini juga satu sosial skill yang susah kita nak tengok. 

Ajar lah anak dengan perkara yang baik. Jaga kebersihan di mana sahaja. Ada ibu bapa ajar anak buang sampah apabila dirumah saja. Tapi bila kat luar, ibu bapa sendiri buang ikut suka... 

Anak perempuan atau anak lelaki sama saja. Kena latih dan didik sedari awal. Ibarat kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya."

September 29, 2019

Alergik Susu Lembu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alergik Susu Lembu! | Ni kisah apa yang berlaku hujung minggu baru ni.

Kisah Mu'allim lagi... Mu'allim satu-satunya anak lelaki MF yang lahirnya tanpa disangka.

Lahirnya satu ujian... Dan ujiannya itu tak habis selepas kelahirannya.

Selepas diuji dengan fasa berjaga waktu malam... Mu'allim diuji dan kami juga diuji lagi dengan Alergik.

Mu'allim memang ada Alergik sebelum ni. Alergik telur. Memang kami kawal lah pemakanan dia.

Tapi... Hari Jumaat malam, tetiba dia menangis dan meraung serta menggaru satu badan...

Eh.. Kenapa nih...

Sekali tengok penuh merah badan... Muka, Kaki dan telinga dia dah mula membengkak merah...

Alergi susu lembu, alah susu formula, susu untuk bayi alah susu lembu,
Sumber: Google images

Tapi, kami hold dari pergi ke klinik.. Waktu tu jam 10.00 malam. Ada ubat radang yang memang tersedia kat rumah.

Terus bagi ubat... Keadaan reda... Alhamdulillah... Dia main seperti biasa.

Bila jam 3 pagi... Dia merengek mengantuk... Ajak masuk tidur... Tak nak.. Masuk buai.. Pun menangis... Masih menggaru semula... Mula serba tak kena...

Rupanya gatal dan merah tu menyerang semula... Selepas puas ubat dan cream disapu.. Tak juga berkesan...

Selepas berbincang dengan suami... Jam 5 pagi kami ke Hospital. Asalnya nak bawa ke klinik dekat dengan rumah. Tapi tengok Mu'allim dah tak keruan.. Terus ke hospital... Jaraknya lebih 30km tau.. Tu yang berkira-kira betul nak ke hospital.

Lebih sejam perjalanan... Kami sampai ke hospital. Terus ke Wad Kecemasan. Lepas daftar dan check up biasa. Dapat jumpa doktor. Alhamdulillah.. Hospital Kluang memang cepat servis dia.

Sementara tunggu doktor tu, MF dok belek cara gatal tu... Baru MF teringat pasal gegata...

Alergi susu lembu, alah susu formula, susu untuk bayi alah susu lembu,
Gegata
Sumber: Google images 

Lepas jumpa doktor, Memula doktor  India tengok-tengok camtu je... dan ambil keterangan... Dia macam kata Alergik... Terus dia nak tahan wad untuk pemantauan.

MF dah risau... Bukan apa... Zupp.. Terus terfikir kerja.. PT3 yang bakal bermula...

Tapi dalam masa yang sama masalah anak.. Dilema sungguh...

Lepas MF tanya pula doktor lelaki Melayu.. MF tunjuk kat dia... "Ni bukan gegata ke doktor"... Doktor lelaki tu mengiyakan...

Bila MF kata kenapa doktor tadi nak suruh masuk wad... Dia cuma risau takut Alergik teruk... Dalam sehari je kalau kena tahan pun.. Kata doktor tu...

MF lega... So, MF tunggu dalam 5 Minit camtu sebab doktor India tadi ada patient lain kejap.

Elok dia datang semula, dia kata, cubalah kita cucuk ubat Alergik dulu.. Macam mana kan...

Lepas cucuk.. Berkampung la kat hospital tu 2 jam untuk tengok hasilnya. Alhamdulillah... Nampak reda lepas tu... Telinga dan kaki tak merah lagi.. Dia pun dah tak menggaru... Maknanya betullah alergik.

Elok dua jam.. Kami dibenarkan balik dan diberikan ubat alergik.

Tapi!

Dalam perjalanan balik.. Alergik dia naik balik... Fuhh.. Kenapa? Bila diingatkan balik.. Dia minum susu kotak Dutch Lady tadi... Sekotak plak tu habis...

Mula lah dia menggaru semula...

Dalam hati.. Eh.. Tak kan sebab susu lembu.. Sebelum ni elok je dia minum... Masih tak yakin kan sebab susu lembu...

Hingga lah... Waktu petang tu.. Dia bangun tidur bagi susu tepung yang biasa dia minum...

Dalam 10 minit naik semula merah kat badan dia... Jadi..

Mu'allim Alergik Susu Lembu? 


So, petang tu juga terus stop susu lembu... Ke kedai terus beli susu kambing dan susu soya jenama Isomil. Bukan apa, kot kalau dia tolak susu kambing, susu soya dia terima..

Alergi susu lembu, alah susu formula, susu untuk bayi alah susu lembu,

Alhamdulillah... Susu soya dia minum... Dah tak naik ruam dah... Tapi masih menggaru...

Masih mencari punca...

Dan jika masih berlarutan... MF kena bawa dia jumpa pakar Kanak-Kanak... Apa masalah kan sebab tetiba dia alergik susu lembu..

Memang nak kena kaji betul nih...

Itulah kisah Mu'allim yang sangat menguji... Dugaan sungguh... Tapi dalam dugaan ni.. Kelahiran dia membawa rezeki buat kami yang tak pernah putus. Alhamdulillah..

Apa pun.. MF redha.. Kelahiran dia buatkan MF banyak sangat belajar.. Macam-macam... Banyak ilmu keibubapaan dapat sejak dia lahir...

Moga dia besar dengan sihat lepas ni... Insha Allah... Besar nanti dia senangkan kita la kan.. Masa kecik ni je menguji sikit.. Macam Ahmad Albab kan...


Gambar: sumber Google... Tak sempat nak snap gambar main kalut anak sakit kan.. 

September 22, 2019

Carseat bagi Kanak-Kanak Diwajibkan Tahun 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Carseat bagi Kanak-Kanak Diwajibkan Tahun 2020 | Tengok tajuk info ni termenung sekejap. Termenung apanya...

Sebab kalau wajib tu maknanya apa? Kalau tak pakaikan anak car seat, ibu bapa boleh disaman ke?

Tak berapa jelas bab tu. Dah baca dalam artikel asal pun tak jelas sangat.

Cuma yang diperkatakan, tahun depan Kementerian Pengangkutan nak wajibkan penggunaan car seat bagi Kanak-Kanak.

Carseat bagi Kanak-Kanak Diwajibkan Tahun 2020

Car seat, children car seat, penguatkuasaan carseat tahun 2020, carseat murah, cara nak diamkan anak dalam carseat.

Bagi MF takde yang salah... Bagus sangat tu... Cuma bila memikirkan diri sendiri yang ada empat anak kecik ni... Fuhh... Masak nak uruskan nih... Bukan urus duit.. Takde masalah nak beli car seat... Tapi masalahnya anak-anak MF totally tolak car seat. 

Puncanya... 

Sebab anak-anak MF bukanlah macam anak orang lain yang kaki travel. Jarang keluar jalan.

Anak MF juga diasuh oleh suami di rumah ketika MF bekerja, jadi jarang keluar rumah. Kecuali jenjalan pergi kedai dekat rumah je la.

Jadinya orang kata kena ajar anak dengan car seat dari awal. Camne nak ajar kalau keluar rumah pun jarang kan.. Sesekali je travel nak balik kampung. Tu pun setahun 2 kali je. Time tu baru nak dipakai kan car seat memang tak lah.

Apa pun... Ada juga kawan MF anaknya ramai... Tapi pakai sedan je.. Bayangkan kalau nak pasang car seat macam mana... 

Apa pun... Pihak kementerian kaji balik la benda ni. Perkara ni memang bagus... Cuma, perlu lebih teliti... 

Bukan sebab semua orang mampu.. Yang orang tak alami mampu kecam je kan... Tapi orang yang alami... Ko rasa?

Kami yang balik kampung ni tawakal setinggi burung tau... Tak tau ajal mau kami... Tapi moga Allah lindungi anak-anak kami walaupun tak pakai car seat. 

Nak buat camne kan.. 

Terpulanglah kepada yang nak kecam... Moga Allah lindungi kita semua. 

Yang takde masalah... Memang bagus korang beli car seat. MF sendiri ada 3 car seat sebenarnya... Pelbagai jenis dan paten... Tapi... Reda je la bila anak dah besar.. Pandai buka sendiri car seat... 

Kereta MF, kami buat cukup canggih kat dalamnya.. CD cartoon, zikir, lagu Kanak-Kanak penuh pendrive semata-mata nak bagi anak diam. Tambah pula dengan segala jenis aneka makanan... Redha je kereta bersepah macam tongsampah asalkan anak diam... Tapi kalau nak datang time ragam dia... Tak layan dah semua tu. Jadi??? Nak suruh biar je anak melalak? Boleh pula nak drive dengan fokus time anak melalak kan...

Apa pun.. Kami doakan yang baik-baik je... Memang MF tak tau lah kalau satu hari penguatkuasaan ni betul dilakukan tahun depan. Redha je la kena saman agaknya. Nak buat camne... 

Sekian... 

September 05, 2019

3 zikir untuk redakan tantrum anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 zikir untuk redakan tantrum anak! | Anak tantrum, satu cabaran hebat buat ibu bapa. MF tak terkecuali diuji dengan anak tantrum.

Masa anak kedua, MF pernah hadap tantrum ni... Ingatkan dah tak hadap lagi.. sekali lagi diuji dengan lebih dahsyat tantrum anak bongsu. Anak lelaki mungkin, tantrumnya di luar kawalan.

2 minggu MF cuba untuk redakan... segala macam ayat dibaca, termasuk azan dan iqamah di telinga. Tapi tak juga reda...


3 zikir untuk redakan tantrum anak!

zikir untuk redakan tantrum anak
Entah kenapa, seperti ilham Allah berikan, teringatkan satu zikir dalam al-Mathurat yang biasa dibaca untuk halau syaitan dan sihir... MF baca perlahan pada ubun-ubunnya... Alhamdulillah... nampak tenang sikit...

Bila reda sikit, MF peluk... baca pula zikir kedua... iaitu zikir Ya Latif... mendayu-dayu...

Bila tenang... MF teruskan dengan selawat nabi... hinggalah dia reda...



Sekarang ni, kalau dia mula tantrum je, MF akan bacakan 3 zikir ni... Alhamdulillah... lebih mudah dikawal bila tau gayanya...

Apa pun, nak hadap anak tantrum memang mencabar... Bila dia mengamuk tu, kita pun terasa nak mengamuk juga... Tapi 3 zikir tu mampu tenangkan diri kita dan juga anak yang tantrum...

Semoga bermanfaat.

Ogos 30, 2019

Ini 9 Kesan Jika Peluk Seseorang, Tapi Jangan Salah Peluk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini 9 Kesan Jika Peluk Seseorang, Tapi Jangan Salah Peluk

pelukan, kuasa pelukan, kelebihan pelukan


  1. Mengurangkan ketegangan semasa konflik 
  2. Meredakan stress 
  3. Kuatkan ketahanan tubuh melawan penyakit 
  4. Baik untuk kesihatan jantung 
  5. Rasa dihargai 
  6. Sentuhan merangsang hormon gembira 
  7. Membuatkan rasa selamat dan dilindungi 
  8. Meningkatkan keyakinan
  9. Mengurangkan risiko penyakit mental 


Pelukan adalah terapi universal. la membuat seseorang rasa lebih balk, sihat dan gembira. Apabila terasa sedih, gembira, teruja, seronok atau ingin memberi dorongan, pelukan sentiasa ada peranan.

Kredit: PHM

Pelukan ni hanya akan memberi kesan kepada orang yang memang kita boleh peluk... Halal di sisi Islam. Kalau peluk yang haram, tak kan beri kesan positif bahkan memberi dosa percuma... hihi... Jadi, jangan salah peluk...


Info pelukan dari pembacaan MF:

Tips suami isteri:
Setiap hari pastikan 7 kali pelukan antara suami isteri... pelukan kasih sayang, bukan pelukan yang ehem...ehem tu ye...

Kalau pelukan untuk anak, pastikan anak perempuan yang masih belum baligh mendapat pelukan kasih sayang dari ayah secukupnya .. ini antara tips untuk mengurangkan gejala gedik dalam kalangan anak remaja.

Ogos 07, 2019

4 Cara Redakan Demam, Batuk, Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


4 Cara Redakan Demam, Batuk, Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon | Lemon adalah natural remedy yang tak ramai orang tahu... Orang ingat lemon untuk kuruskan badan je..

Tapi sebenarnya, Allah jadikan lemon sebagai penawar dan anti bakteria yang bagus. Jadi tak mustahil lemon dijadikan satu Essential Oil yang berguna untuk kesihatan.

Bila cuaca tak menentu, mengundang virus dan bakteria dalam rumah. Bagi anak kecil, inilah masanya imun badan bekerja. Akhirnya, jadilah demam, batuk dan kahak pada anak-anak.

Sekarang ni lagilah.. Tengah musim virus dan bakteria aktif nih.. Ramai anak-anak demam dan batuk.

Kat klinik penuh orang... Tak cukup kat klinik kerajaan, klinik swasta pun sama. MF tak terkecuali. Minggu ni sangat berkejar-kejar dengan kerja dan anak-anak yang tak sihat.

Dah usaha pelbagai cara, akhirnya MF back to natural remedy... Selain bawang putih, MF suka guna lemon untuk bantu imun badan anak melawan bateri dan virus. Kita usaha ja.. Allah Yang punya kuasa menyembuhkan. Dah ubat tak berkesan.. Kita guna lah alternatif lain.

Tak susah nak redakan demam dan batuk dengan lemon.. Ada 4 cara nak guna lemon sebagai agen penyembuh semula jadi.

Ini MF kongsikan...

4 Cara Redakan Demam, Batuk, Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon


Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

Cara nak buat pun senang sahaja. Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.

4 Cara Redakan Demam, Batuk, Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon

1. Air perahan lemon + air (Nisbah 1:1)

– Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.
– Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala si manja.

2)Rendam sarung kaki (stokin)

Selain itu, basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon sekejap.Angkat sarung kaki, perah sedikit bagi lembab. Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.

3)Hirisan lemon

– hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal. Ni kalau nak buatlah time anak dah tidur.. Kang ditanggalnya kang...

– Spray kan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sya Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.

4)Mandi air lemon

1- Penuhkan bekas mandian dengan air suam
2- Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air
3- Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
4- Siap boleh mandikan bayi.

Kalau anak dah besar... Bilasan terakhir bilas dengan air perahan lemon ni... Hirisan lemon tu buat gosok pada kepala dan tapak kaki...

Itulah caranya kalau nak guna lemon sebagai remedi ni takde lah tindak balas cepat.. Slow tapi berkesan... Kena buat banyak kali... Tapi insya Allah... Buat sambil selawat.. Ulang 3 kali... Insha Allah dengan izin Allah... Akan reda demam, batuk dan kahak.

Untuk jangka masa panjang... Diffuse lah rumah dengan essential oil lemon.. Insha Allah.. Rumah pun bau segar je.. Bakteria dan virus pun lari... Insha Allah...

Semoga bermanfaat...

Julai 18, 2019

13 permintaan anak yang mungkin tak terucap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kiriman tulisan ini, bagus sekali untuk direnungkan bagi para orang tua

13 permintaan anak yang mungkin tak terucap

13 permintaan anak yang mungkin tak terucap!


1. Cintailah aku sepenuh hatimu.

2. Jangan marahi aku di depan orang lain/ramai.😡

3. Jangan bandingkan aku dengan Kakak atau adikku atau orang lain.👐

4. Ayah Bunda jangan lupa, aku adalah fotocopy-mu.

5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.🙇

6.  Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku bila salah.🏃

7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.🙈

8. Aku adalah Ladang Pahala bagimu.🎁

9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar dari mulutmu sebagai orang tua adalah doa bagiku?😔

10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.😇

11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.

12. Jangan ikutkan aku dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganmu. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.

13. Aku ingin kau sayangi cintai kerana engkaulah yang ada dikehidupanku dan masa depanku.

Doa untuk anak daripada al-Quran:

Doa 1

رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزواجِنا وَذُرِّيّاتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا
Maksudnya:  "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. [Surah al-Furqan : ayat 74]


Doa 2

قالَ رَبِّ أَوزِعني أَن أَشكُرَ نِعمَتَكَ الَّتي أَنعَمتَ عَلَيَّ وَعَلىٰ والِدَيَّ وَأَن أَعمَلَ صالِحًا تَرضاهُ وَأَصلِح لي في ذُرِّيَّتي ۖ إِنّي تُبتُ إِلَيكَ وَإِنّي مِنَ المُسلِمينَ

Maksudnya:  "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". [Surah al-Ahqaaf: ayat 15]


Doa 3

رَبِّ اجعَلني مُقيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتي ۚ رَبَّنا وَتَقَبَّل دُعاءِ
رَبَّنَا اغفِر لي وَلِوالِدَيَّ وَلِلمُؤمِنينَ يَومَ يَقومُ الحِسابُ
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" [Surah Ibrahim: ayat 40-41]


Dipetik daripada facebook KH. Abdullah Gymnastiar via Telegram Channel

Julai 04, 2019

11 jenis susu yang ibu bapa patut tahu sebelum beri anak minum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 jenis susu yang ibu bapa patut tahu sebelum beri anak minum | Pernah baca beberapa viral di internet pasal susu yang sesuai di pasaran. Ada yang kata susu ni banyak gula, susu ni banyak perisa. Habisnya, ibu bapa pening nak pilih susu bagi anak minum.

Ok, tak payah pening... Meh kita baca dan kenali jenis susu yang ada dijual kat pasaran di Malaysia khasnya. Supaya lepas ni tak keliru lagi nak pilih susu yang bagus untuk anak.

11 jenis susu yang ibu bapa patut tahu sebelum beri anak minum


jenis susu, harga susu, susu untuk bayi, harga susu bayi, susu yang sesuai untuk bayi, susu formula untuk bayi

1. Susu Segar (Fresh Milk)

— Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk) 

— Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

⚠️ Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)

— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

4. Susu Skim (Skimmed Milk) 

— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

ℹ️ Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
— Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.

5. Krim (Heavy Cream) 

— Lemak/krim susu yang diasingkan daripada susu asli. Heavy cream memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

6. Susu Isian(Filled Milk)

jenis susu, harga susu, susu untuk bayi, harga susu bayi, susu yang sesuai untuk bayi, susu formula untuk bayi

—Susu yang lemaknya telah dibuang dan digantikan/disi pula dengan lemak sayuran(lazimnya sawit). Pendek kata, susu skim atau pepejal susu yang campur lemak sayuran. Lazimnya dijual dalam bentuk susu sejat atau serbuk

7. Susu Sejat (Evaporated Milk) 

— Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.

8. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk) 

— Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!

9. Susu Bukan Tenusu(Non Dairy Milk) 

jenis susu, harga susu, susu untuk bayi, harga susu bayi, susu yang sesuai untuk bayi, susu formula untuk bayi

Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.

10. Susu Formula (Infant Formulated Milk) 

— Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.

11. Krimer (Creamer) 

—Ia diperbuat daripada pepejal susu, minyak, air, gula/pemanis tiruan, emulsifier, penstabil dan pemekat. Ada yang tiada pepejal susu pun. Datang dalam bentuk cecair, ada serbuk. Pilihan yang tidak sihat.

Kredit: Telegram Channel Dr Kamarul

Susu yang terbaik bagi anak yang bawah 2 tahun ialah susu ibu... Usahalah bagi susu badan. Tapi kalau takde rezeki, bolehlah pilih susu yang sesuai untuk anak-anak kita...

MF sendiri pernah beri susu segar, susu soya dan susu formula biasa untuk anak-anak. Alhamdulillah.. semua perkembangannya ok dan memberangsangkan. Yang pasti susu ibu itu satu kemestian.


Sumber gambar: google images

Mei 04, 2019

Siapkan Hadiah Untuk Cikgu Sekolah Anak-anak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Siapkan Hadiah Untuk Cikgu Sekolah Anak-anak | Hari guru disambut awal tahun ni... Sebabnya tarikh 16 Mei itu kena betul tengah bulan Puasa. Jadi tak sambut la kan bagi menghormati bulan Ramadhan.


Jadi, dah banyak sekolah sambut hari guru awal. Dan terakhir bakal di sambut sehari sebelum puasa.

Sebagai cikgu, takde rasa kalut apa sangat dengan hari guru sebab semua pelajar yang buat, sebab sekolah menengah kan.

Tapi sejak anak sekolah, memang kalut... sebab nak sediakan hadiah untuk cikgu yang mengajar anak sendiri.

Memang cikgu tak meminta, tapi sebagai tanda penghargaan cikgu yang mendidik anak kita kan... sabar mengajar di sekolah... Jadi, apa salahnya berikan sedikit penghargaan.


Tahun lepas, suami buatkan button badge kat cikgu, tahun ni nak berikan yang simple je la, tapi bermakna.

Akhirnya tercetus idea nak bagi goodies ringkas untuk cikgu.

Sebagai cikgu, antara hadiah yang MF suka ialah alat tulis sebab memang kami sebagai cikgu guna alat tulis. Jadi, memang sangat berguna hadiah begitu. Bukan tak boleh nak bagi yang lain.. Tapi hadiah alat tulis dah confim cikgu akan guna.. insha Allah.


jadi, ke kedai mencari bahan, dan terus siapkan ringkas.

Hadiah Untuk Cikgu
Siapkan Hadiah Untuk Cikgu Sekolah Anak-anak

Untuk ustazah di sekolah Pasti pula.. tak tau nak bagi apa... MF hadiah kan shawl labuh... kebetulan ada stok tudung yang tak terjual tu.

j
Alhamdulillah... moga cikgunya suka lah dengan hadiah tu. Tapi MF suka je hadiah apa sahaja datang dari pelajar walaupun sebatang pen murah. Sebab hadiah paling besar MF harapkan anak-anak didik ni jadi insan yang soleh/solehah dan berjaya dunia akhirat. Maklumlah MF mengajar subjek yang bawa sampai ke mati kan... Jadi, berat tanggungjawab tu. Tapi kalau anak didik kita boleh amalkan apa yang kita ajar,.. Allahu.. happy sangat dah,,.

apa pun... settle dah satu part untuk hal esok.

Bagi yang nak sediakan hadiah hari guru, beli je pen dan letakkan reben... pun sudah memadai... insha Allah, cikgu suka je walaupun hadiah tu kecil... asalkan ikhlas kan. 

Mac 06, 2019

Akhirnya Jumpa Cara Basuh Baju Putih Tanpa Penat Menyental

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tahun lepas anak bersekolah... Ya Allah..  Perkara paling stress ialah nak sental baju sekolah dia.

Penat weyhh... Dah la kita pun  balik dari kerja.. Tengok pula baju sekolah anak yang hitam legam... Macam belacan tu... Hadoii...


Bila orang cerita pakai sabun itu dan ini untuk putihkan baju..  MF pun belilah.. Tapi tak juga berkesan.

Jika dulu ada sabun cap kapak.. Tapi susah nak cari melainkan kat Shopee.. Tapi rasanya kualiti dah sama macam dulu.


Akhirnya... Ternampak kat Facebook... Cara mudah basuh baju putih tanpa sental lagi.

Cara Basuh Baju Putih Tanpa Penat Menyental


Akhirnya tahun ni.  Tekad nak buat cara mudah untuk basuh baju anak. 

Tak nak stress lagi... 

MF pun ikut je cara tu.. Dan alhamdulillah... Sekarang ni dah tak stress lagi... 


Mudah je... Guna sabun mandi je. 

MF beli sabun wangi... MF pernah guna setakat ni sabun Lux bau Rose. Memang best. 

Kali ni guna sabun Palmolive May pula... Tapi tak se best sabun Lux. Dan sabun Lux lagi memutihkan... 


Mudah je nak buat... Sagat sabun tu jadi halus.. Kemudian masuk dalam bekas. 


Cara Basuh Baju Putih Tanpa Penat Menyental

Dah tu.... Nak guna.. Untuk sehelai dua je baju tu.. Guna je satu sudu sabun sagat tu... 

Cara Basuh Baju Putih Tanpa Penat Menyental

Rendam semalaman atau setengah hari pun ok... 

Cara Basuh Baju Putih Tanpa Penat Menyental

Kemudian, terus je masuk dalam mesin dan basuh..  Tak payah nak sental dah kat bahagian yang kotor. 

Cara Basuh Baju Putih Tanpa Penat Menyental

Memang Mudah dan senang... Tak penat tangan dah... Memang kekal putih. 

Baju putih ni rupanya kalah dengan peluntur... Boleh luntur kan warna asal baju putih tu... Jadi, dengan guna sabun mandi atau sabun  cap kapak.. Sangat membantu. . Mudah kerja. 

So, sekarang ni.  MF dah tak penat nak sental baju putih lagi...