GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 Tips Keselamatan Ketika Shopping Online!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak kenal perbankan internet, makin seronok shopping online.. Shopping dengan perempuan tak dapat dipisahkan. Sejak orang jadikan facebook macam shopping mall,  sejak tu MF reti shopping online. Jika dulu, tak kerap sangat sebab takde perbankan online dan masih ragu-ragu dan takut... tapi belajar, dan tengok ramai yang guna..serta bank pun bagi jaminan, MF mula buat Cimbcliks masa tukar kad ATM. Dari situ la reti dan kenal shopping online, dan mula ketagih juga la.. tapi dapat control sebab bukan orang kaya kan,.. jadi dahulukan keperluan dari kehendak.  

Kini, MF guna perbankan online setiap bulan untuk bayar bil, buat transaksi dan bayar cukai serta untuk bisnes kami... mudah dan cepat... tapi, kena hati-hati...sebab ada juga pencuri dalam sistem online ni... jadi, kena utamakan keselamatan bila guna perbankan online ni. 

MF nak kongsi beberapa tips mudah bagi sesiapa yang selalu guna perbankan internet:

Tips Keselamatan Ketika Shopping Online!

Internet banking
Tips Keselamatan Ketika Shopping Online!

#1 - ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN hendaklah dirahsiakan. 

Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.  

#2 Pastikan berada di laman web yang selamat dengan menyemak "Universal Resource Locators (URLs)

untuk memastikan URL bermula dengan "https" dan memastikan imej ibu kunci tertutup terdapat pada bar status pelayar web (browser). Hendaklah sentiasa memasuki URL laman web secara terus ke pelayar web. Elakkan daripada diarah masuk ke laman web tersebut atau hiperpautan ke laman web ini daripada laman web yang mungkin tidak dijamin keselamatannya. Terus je taip URL website pada browser,  elakkan guna pautan dari website tertentu.

#3 Pasang dinding keselamatan peribadi dan program penentang virus yang bereputasi. 

Hendaklah sentiasa memastikan bahawa sistem kendalian dan pelayar web adalah yang terkini dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaru, untuk melindunginya daripada menjadi lemah dan mudah terjejas. Pasang malware protection dan pastikan anti virus juga sentiasa update.

#4 Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang diketahui 

atau memasuki hiperpautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali. Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi, termasuk kata laluan atau nombor PIN anda. Apabila menerima sesuatu program atau lampiran, periksalah ia dengan program penentang virus yang terkini untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer peribadi anda.

#5 Padam History pada browser

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet, pastikan log keluar. Padamkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Clear history dan cache pada browser.  
   

#6 Jangan melalui e-mail biasa

Jangan sekali-kali menghantar maklumat peribadi, terutamanya kata laluan atau nombor PIN anda melalui e-mel biasa

#7 Jangan buka banyak tab pada browser

Jangan biarkan tetingkap pelayar yang lain dalam keadaan terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian.

#8 Elak kongsi komputer. 

Elak menggunakan komputer yang dikongsi bersama atau milik awam untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet. Kalau boleh jangan buat pembelian online di Cyber Cafe atau komputer awam. 

#9 Nyahaktifkan segala network sharing

Nyahaktifkan ciri-ciri perkongsian fail dan mesin pencetak dalam sistem kendalian. Seperti printer guna wifi, sharing file dan sebagainya. 

Sumber: bankinfo


Mudah shopping online ni, jimat masa jimat tenaga,  tak payah sibuk nak cari parking,  tapi tu la.. setiap yang mudah tu ada risikonya kan.. jadi, selain tips di atas, mohon juga perlindungan dari Yang Maha Esa agr dipermudahkan segala urusan kita...

9Ulasan

  1. Memang mudah sejak ada perbankkan on line ni

    BalasPadam
  2. Setakat ni PC belum perbah lagi shopping online MF..jadi belum ada pengalaman lagi..

    BalasPadam
  3. Tq..samalah kita..prefer guna internet banking

    BalasPadam
  4. Fida sekarang ni tak beli dah barang online yg nak kena transfer duit melalui online...better cash tak pe lagi...Mcm Zalora tu...selalu Fida beli cash delivery jer..

    BalasPadam
  5. mmg betul2 kene jaga tak blh nk sembarang je... sbb zmn skrg ni ramai sgt yg pandai menipu... mcm2 cara diaorng blh bt nk curi duit n maklumat kita

    BalasPadam
  6. shopping online paling mudah namun kene hati2 juga

    BalasPadam
  7. Sejak dduk gemas ni krap x berapa krap juga la shopping online. Disebabkan faktor susah nk peroleh sesuatu brng tu..

    BalasPadam
  8. Sekarang memang semua orang guna online shopping la 😁

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ