بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.

Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.

Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" Kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.

Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

duit jatuh dari bangunan

Moral of the story

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: whatsapps

Terkesan dengan kisah ni untuk renungan bersama...

11 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Salam Jumaat Maria... memang betul mesej di sebalik cerita syiling berjatuhan ini, semoga kita semua sentiasa beringat dan sedar... In Shaa Allah... Amin...

    BalasPadam
  2. kita selalu leka dengan duniawi sehingga Allah memberikan dugaan barulah kita sedar dan moga saat kita sedar...kita belom terlambat

    BalasPadam
  3. Terima kasih berkongsi dan mengingatkn...memang terkesan di hati...

    BalasPadam
  4. betul tu.. ada hikmah semuanya..
    bila Allah datangkan ujian, baru kita mendongak.. tersedar diri ini telah leka.. rahmat dan kasih sayang Allah kpd hamba-Nya..

    BalasPadam
  5. nice sharing.. manusia nih kekadang alpa dengan kesenangan yang diterima sehinggalah ditimpa musibah atau kesusahan.. moga kita tergolong di dalam golongan manusia yang sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang diterima..

    BalasPadam
  6. salam. mintak izin utk share ye. :)

    BalasPadam
  7. good read. thank you so much for the reminder. this is beautiful.

    BalasPadam
  8. Ya...betul tu...terima kasih kerana berkongsi...

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama