Maria Firdz - Lifestyle Blogger: Renungan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Januari 14, 2020

Tanda Allah makbulkan doa kita



Doa seseorang itu BOLEH sahaja dimaqbulkan oleh Allah swt dalam bentuk yang TIDAK disukainya, contohnya berdoa agar hati lebih tenang dan khusyu' solat, lalu Allah swt rugikan bisnesnya sehingga bankrup kerana tidak disedari bisnesnya itulah penghalang hati tenang dan khusyu', tanpanya (atau dengan bisnes lain yang lebih baik) apa yang dipohonnya boleh diperolehi.

Begitulah seterusnya, sebahagian musibah dan bala yang datang adalah untuk memaqbulkan doa kita sendiri. 


Tanda doa makbul

Justeru sama-sama kita usaha bersabar dan tidak cepat putus asa, terlalu bersedih dengan apa yang hilang atau melenting membenci taqdir. 

Carilah positif darinya nescaya hidup lebih tenang. Itulah sifat Mukmin sejati sabdaan Nabi salla allahu 'alaihi wasallam:-
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Ertinya : Ajaib urusan orang mukmin itu, apa yang berlaku semua baginya kebaikan, tiada seorang kecuali mukmin yang apabila ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka kebaikan baginya, apabila ditimpa keburukan maka bersabar, maka kebaikan baginya juga ( Hadis sohih Muslim)

Kredit : DrZaharuddinAbdRahman

Musibah juga adalah satu rezeki... Orang yang beriman akan terima dengan redha dan syukur. 

Kerana dengan musibah itulah cara Allah nak ajar kita tentang kehidupan. 

Jangan mudah menyalahkan takdir dan berputus asa dengan rahmat Allah. 

Disember 17, 2019

Dua Video Haiwan yang Merentap Hati Manusia!

Aku memang syorkan korang semua tonton video ni...
Pasti tonton...
Memang merentap hati seorang manusia... 

Memang pilu, bahkan boleh menitiskan air mata...
v
v
v
v
v
Dua Video Haiwan yang Merentap Hati Manusia!

Dua Video Haiwan yang Merentap Hati Manusia!


Itulah kasih antara haiwan...
si angsa yang menyuap ikan makan...
sama-sama dapat makan...
makanan yang ada dikongsi bersama... 
video ni menyentap perasaan manusia...
bagi yang ada perasaan kemanusiaan pasti akan insaf dengan video ini...
ini bukan cobaan... tapi betul-betul...


Kehebatan kasih antara haiwan, walaupun berlainan spesis...
Si harimau yang rasa bersalah kerana membunuh ibu yang baru melahirkan anak...
Akhirnya, dia tak jadi makan si ibu, dan membela si anak binatang buruannya...
Memang merentap hati video ni...

Binatang pun ada rasa keperibinatangan...

Ogos 20, 2019

Amboii.. Sombongnya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Amboii.. Sombongnya! | Sombong, perkataan ni semua orang tahu. Dan istilah ni sendiri pernah orang kata pada MF sendiri.

Orang yang tak kenal MF memang akan kata MF ni sombong. Bakal suami MF dulu (sekarang dah jadi suami pun) pernah kata MF sombong masa pertama kali... Sekarang orang sombong nilah jadi bini dia.. Haha..

Tapi MF biasa juga menjadi sombong dalam keadaan tertentu... Iaitu ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi lain... Itu wajib ye... Biarlah nampak sombong dan keras kerana agama melarang wanita berbual dengan lelaki bukan mahram dengan liuk lenggok bahasa yang menggoda.

tanda sombong yang ada pada seseorang.
Sumber : Google images 

Ok.. Apa pun... Apa itu sombong sebenarnya?

MF nak kongsikan... 25 tanda sombong dan ciri orang yang sombong.

Moga takde tanda ni pada diri kita...

25 tanda sombong yang ada pada seseorang. 


1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya & orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat ALLAH SWT Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

tanda sombong yang ada pada seseorang.

Moga takde sifat sombong ni dalam diri kita  dan biarlah sombong bertempat...

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita muhasabah diri. 

Ogos 18, 2019

KISAH MOTIVASI : JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA


Ini adalah pelajaran tauhid  yang sangat bernilai.

Dahulu kala, ada seorang petani miskin  memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..
Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sayang si petani miskin itu tidak mahu menjualnya. Kawan-kawannya mentertawakan dan mengejek kerana dia tidak menjual kudanya. 

"Rugi kamu tidak jual kuda putih itu" 

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandangnya.

Maka teman-temannya mengejek : "Sungguh malang nasibmu, kalau semalam kamu jual, tentu kamu sudah kaya hari ini.  Sekarang kuda kamu sudah hilang, apa yang kamu dapat? ."

Si petani miskin hanya diam saja, redha dengan takdirNYA. 

Beberapa hari kemudian, kuda si petani yang hilang itu  kembali pulang,  bersama 5 ekor kuda liar lainnya.

Teman-temannya berkata : "Wah..! Untungnya. Rupanya kuda kamu yang hilang membawa keuntungan.."

Si petani  itu tetap  diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak kepada si petani ini  melatih kuda-kuda baru mereka. Lalu terjatuh dan kakinya patah.

Teman-temannya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa sial. Kerana kuda-kuda itu anak kamu mu patah kakinya.."

Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian berlaku peperangan di wilayah itu. Atas perintah raja, semua anak muda dipaksa untuk pergi berperang, kecuali si anak petani tadi kerana patah kaki dan tidak boleh berjalan.

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung kamu kerana anak kamu tidak pergi berperang. Kami mungkin kehilangan anak-anak kami.."


Kali ini petani  berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib kamu untung atau malang. Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai. Kita tidak tahu takdir ALLAH selanjutnya.Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini"

"Apa yang kelihatan untung hari ini belum tentu baik untuk hari esok. Apa yang malang hari ini belum tentu buruk untuk hari esok. Tetapi yang pasti, ALLAH yang Maha Mengetahui apa  yang terbaik buat kita"

"Tugas  kita adalah, mengucapkan syukur dalam setiap yang ditakdirkan, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini"

"Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga kita dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam.

Kredit: Facebook Dr. Zubaidi

Kadang bila Allah beri ujian.. Soalan yang biasa terlintas di benak hati kita..." kenapa Allah uji aku".

Nilah jarum-jarum syaitan yang sentiasa menghasut kita bila kita lemah ketika ditimpa ujian...

Tapi bila baca kisah begini.. Kita jadi lebih kuat dan mengubah hati kita. 

Kisah motivasi inspirasi hati... Moga sama-sama dapat manfaat... Insha Allah. 

Julai 09, 2019

Jom Travel

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jadilah pengembara di dunia ini.
Jom Travel


حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبُو المُنْذِرِ الطُّفَاوِيُّ عَنْ سُلَيْمَانَ الْأَعْمَشِ قَالَ حَدَّثَنِي مُجَاهِدٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

Terjemahan:

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdurrahman Abu Al Mundzir At Thufawi dari Sulaiman Al A'masy dia berkata; telah menceritakan kepadaku Mujahid dari Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah memegang pundakku dan bersabda: 'Jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara." Ibnu Umar juga berkata; 'Bila kamu berada di petang hari, maka janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan bila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang, pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu.'

HR Sahih Bukhari, no. 6416.

Jom Travel

Jadilah pengembara yang mencari kebaikan untuk dikumpulkan di negara akhirat nanti dan bukannya pengembara yang lalai dan alpa dengan dunia sehingga lupa akan akhirat. Jangan panjang angan-angan kerana ia merugikan. Memperbanyakkan bekalan selagi diberi ruang waktu oleh Allah Yang Maha Agung. Wallahualam.

Kredit : Kempen Semak Status Hadith Sebelum Sebarkan

Hidup ini memang ibarat sebuah perjalanan. Awal hidup kita sedang menuju ke akhirat yang kekal.

Jom Travel

Hidup ibarat main game

Ibarat kita main game adventure... dalam perjalanan kita mengutip yang indah - indah, segala reward kita, tapi dalam masa yang sama ada ujian dan cabaran kita kena tempuhi... dan disebabkan kesabaran kita berjaya juga sampai ke akhirnya.

Begitulah kita hidup sekarang ni... Kita mengembara... Dari Alam Rahim ke Alam Dunia.. SInggah di dunia yang lama bergantung kepada tempoh yang Allah tetapkan... Jika lama, makna kita kena guna peluang tu untuk kutip sebanyak mana reward yang baik untuk bekalan hidup kita.

Moga travel kita berjaya sampai ke syurga hendaknya... 

Jun 27, 2019

Niat upload di media sosial



Niat asalnya kerana Allah tetapi berubah untuk dipuji orang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati kita. Wallahualam.

Sebab tu hati-hati upload..terutamanya upload kebaikan yang kita buat.

Takut-takut iblis tukarkan niat kita... Dalam kita tak sedar.. 



Kredit: Page/Telegram: 
Jalan-jalan Cari Ilmu

Jun 26, 2019

Kebaikan itu kadangkala perangkap syaitan.



JANGAN MERASA DIRI BAIK

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang buat silap.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita sudah pakai jubah, berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat yang lain.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat  dan dakwah.
 
Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman di dalam Al Quran Surah an-Najm ayat 32:-

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

".........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci(orang baik) kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar benar bertaqwa

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya seseorang " Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya " iaitu Orang yang merasa dirinya baik".
Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "Iaitu Orang yang merasa dirinya buruk".

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK daripada orang LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan;

"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing masing hanya diketahui Allah"

"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba membantu Orang lain " Untuk menjadi lebih baik.
kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Tidak merasa diri sebagai Orang baik hendaklah ada sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
 Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Kerana Orang yang terus beramal sambil memperbaiki dan memeriksa niatnya akan ditarbiah oleh Allah SWT akan hatinya.

Dengan cara ini, seseorang akan melatih dirinya untuk bersifat tawaduk dan menjauhkan dirinya dari penyakit ujub(merasa kagum dengan diri sendiri) dan takabbur.

Disamping itu kita sentiasa berusaha mperbaiki diri sendiri serta Orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.

Hanya Allah SWT yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)


Merasa diri baik

Sebab itu Hati-hati sebarkan kebaikan yang kita buat... Kerana takut-takut itu Hanya perangkap syaitan.

Sebab teringat Kata ustaz, pemisah perbuatan menunjuk dan riak bordernya sangat nipis...

Jadi, Hati-hati bila kita buat baik dan kita tunjuk di media sosial... Sebab bila dipuji bahkan di like sekalipun, syaitan dah masuk jarum... Hati-hati... 

Jun 25, 2019

Ini Sebenarnya Maksud MANDUL!


Mandul


Mandul pada istilah dan pemahaman kita ialah orang yang berkahwin tapi tiada anak.

Ataupun, orang yang tak mampu mengandung dan menghasilkan zuriat. 

Tapi sebenarnya, mandul ni ada penjelasannya di sebalik hadis Nabi s.a.w. 



Maksud mandul
Dalam hadis riwayat Ahmad, Nabi s.a.w menjelaskan tentang maksud mandul yang sebenar. 

"Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat: “Tahukah engkau siapakah yang mandul?” Para sahabat menjawab; “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak”. Lalu Rasulullah bersabda; Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai banyak anak, tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (HR. Ahmad)


Ikut kata Nabi Muhammad s.a.w di atas, orang yang mandul tu bukan orang yang takde anak, tapi orang yang ada anak tapi gagal mendidik anaknya menjadi orang atau manusia yang berguna kepada diri, agama, keluarga dan masyarakat. 


Nampak tak... Beratnya tanggungjawab tu... Jangan mudah menghukum orang yang takde anak. Sebab sekurang-kurangnya dia dah terlepas dari mandul yang dinyatakan Rasulullah SAW. 


Bagi yang dah ada anak..  Didik lah anak sebaiknya. Paling tidak boleh doakan kita bila kita meninggal dunia nanti. Boleh baca kan yassin dan uruskan jenazah kita bila kita dah tiada kan... 

Biar dia tak jadi doktor, engineer atau kerja hebat pun.   Asalkan dia boleh berbakti kepada orang lain. Dan paling utama zaman sekarang ni.. Jadi Manusia paling beradab. Insha Allah... 

Jun 24, 2019

3 Bisnes yang tak kan rugi


Bisnes yang tak kan rugi

[Perniagaan yang tidak akan rugi]

3 Amalan asas yang bagaikan perniagaan yang tidak akan rugi:

1. Membaca kitabullah,

2. Mendirikan salat dan

3. Membayar zakat dan bersedaqah secara sembunyi dan terang-terangan
.

Allah ﷻ bukan sahaja memberikan pahala dan tambah berganda bahkan ditambahkan segala kebaikan dunia dan akhirat yang boleh berupa rezeki, umur, ketaatan dan sebagainya.

Al-Fathir: ayat 29 dan 30.


Syaikh Al-Mutharraf jika membaca ayat ini beliau akan berkata: ayat ini untuk orang yang selalu membaca al-Qur'an!!

Jika gunakan cara Isti'naf li bayan al-jumlah, iaitu ayat pelengkap dan lanjutan daripada ayat sebelum, ayat 28 menceritakan mengenai sifat para ulama' yang mana bukan sahaja mentakuti Allah ﷻ bahkan melakukan 3 amalan ini.

Kredit:
Ustaz Daud At-Tetouani

Jun 23, 2019

Setiap huruf yang ditaip, blogger kena jawab nanti!



Setiap huruf kita taip akan dicatat dan diambil kira oleh malaikat... 

Kalau dulu lidah berbicara tapi sekarang jari pula yang berkata-kata... 

Hati-hati... Menulis, menaip dan sebarkan... Sebab semuanya akan dipersoalkan di akhirat nanti... 

Jun 22, 2019

Lelaki TERBAIK Ini Memang akan sentiasa menjadi rebutan.



Lelaki terbaik ialah lelaki yang beriman. 

Tanda lelaki tu beriman ialah lelaki yang berakhlak...
Tanda lelaki tu berakhlak, tengok bagaimana dia melayan isterinya. 

Point di atas jelas... Sebab tu jangan publish sangat kebaikan laki kita sebab jika ada wanita lain nampak ciri lelaki terbaik, Memang dia tak kisah nak jadi madu anda. 😁😁😁

Hati-hati ya para isteri semua.. Sorok sikit lelaki yang baik tu... Jangan bersemut sangat di media sosial... Takut kena hurung nanti.. 

Happy weekend... 

Jun 21, 2019

'TA' yang menguji dan membinasakan lelaki dan perempuan.



ت

TA Yang menguji kita... 

3 Ta yang merosakkan orang lelaki :

1. HarTA
Berapa ramai lelaki yang lupa diri bila ada harta. Ada yang lebih teruk lupa Allah.. 


2. TakhTA
Lelaki bila dapat takhta mula lupa diri. Menjadikan kekuasaan sebagai raja untuk menindas orang lain. 

3. WaniTA
Wanita ujian yang hebat bagi lelaki. Lelaki akan kalah dan tunduk dengan perempuan terutama bila digoda. 


3 TA yang merosakkan orang perempuan:

1. PermaTA
Berapa ramai wanita menghabiskan masa mengumpul emas dan permata. Dah ada, tak pernah rasa cukup. 

2. CinTA
Berapa ramai perempuan sanggup gadai maruah kerana cinta. 

3. KaTA
Dan kerana kata (lidah) ramai wanita menjadi ahli neraka. 


Itulah TA yang boleh membinasakan kita... Jika tak dibatasi dengan ilmu dan amal... Neraka lah tempat kita... Nauzubillah... 

Jun 20, 2019

Take Note Bagi Ibu Bapa Yang Suka Upload Gambar Anak di Media Sosial

Take Note Bagi Ibu Bapa Yang Suka Upload Gambar Anak di Media Sosial | Musim raya, antara musim yang menjadi trend orang berkongsi gambar terutama gambar anak. 


Comel dan terhibur aksi anak-anak kecik ni.. Tapi tu lah... Dalam keterujaan tu ada bahaya juga yang menanti.. 


Kajian menunjukkan, menjelang usia anak 5 tahun.. ibu bapa secara puratanya telah berkongsi lebih 1500 gambar anak! 


Tapi tau tak, tak semua jenis gambar anak wajar dikongsi di media sosial. 

.

PDRM baru baru ini melaporkan mengenai kehilangan 834 kanak kanak yang tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini. 


Berhati hati, “Predator” atau pemangsa yang berada diluar sana MUNGKIN sedang memerhatikan anak anda. 



Sebagai langkah berjaga... 

Elakkan berkongsi maklumat lengkap anak seperti lokasi sekolah, nama, identiti dan maklumat peribadi lain.


Ini mungkin memudahkan “pemangsa” untuk menjejak anak anda dan memanipulasikan maklumat peribadi untuk tujuan jenayah. Kita tak tau kan dalam ramai-ramai kawan dan follower kita tu mungkin ada pemangsa yang sedang memerhati. 


Jangan hidangkan golongan peadophilia dengan santapan gambar gambar anak anda yang bogel atau separa bogel. Simpan momen indah tersebut untuk tatapan peribadi.


Selain itu, gambar yang berusur penderaan, penindasan, keganasan malah gambar yang memalukan anak juga tidak perlu dikongsi kepada umum. 


Ketahuilah, suatu hari nanti mereka akan meningkat dewasa.. pasti mereka enggan momen yang memalukan itu dikongsi. 

.

Akhir sekali, semak tetapan privasi akaun anda dan berhati hati untuk “menerima” rakan yang tidak dikenali di media sosial.


Kredit : Public Health Malaysia


Upload Gambar anak

Dan sebaiknya jadilah ibu bapa yang bijak. Jangan mudah berkongsi maklumat anak dengan orang lain.


Ni kadang MF pelik tengok.. Ada kat group penduduk sekian.. Sekian... Dia boleh minta post kan gambar anak . Semua teruja nak kongsikan...


Padahal ko sendiri tak kenal tukang post kat group tu... Haihhh... Tolonglah beringat dan berhati-hati...


Tu lah.. Risau memikirkan keselamatan anak nih... Sebab tulah cukup jaga nih... Dan moga Allah juga memelihara anak kita kan..  Sebab kalau kita dah cukup berjaga sekali Allah nak uji.. Moga dijauhkan lah kan...


Moga Allah sentiasa melindungi anak-anak kita.. Insha Allah.


Tapi kita juga wajib berusaha untuk melindungi anak kita... 

Mei 25, 2019

"aku lebih baik daripada kamu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

"aku lebih baik daripada kamu!

"aku lebih baik daripada kamu!

Perjuangan yang paling sukar untuk menjadi seorang yang baik ialah membuang rasa lebih baik daripada orang lain...

Selagi ada rasa itu, selagi itulah kita belum menjadi orang yang baik.  Bahkan kitalah mungkin orang yang paling jahat.

Bukankah permulaan kejahatan syaitan itu bermula dengan rasa "aku lebih baik daripada kamu! "

(Dipetik daripada facebook Pahrol Mohamad Juoi)



kredit gambar: google

Mei 08, 2019

10 Amalan Ni, Buatkan Korang Kaya di Bulan Puasa Ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Amalan Ni, Buatkan Korang Kaya di Bulan Puasa Ni | Bulan Ramadhan bulan yang di gandakan pahala bagi siapa yang buat amalan wajib dan sunat. Siapa buat yang wajib memang untung tapi lagi untung kalau tambah yang sunat.

Perkara sunat dalam bulan Ramadhan ni tak susah pun nak buat. Tapi perkara sunat ni dalam bulan puasa je la yang ada.



10 Perkara sunnah di Bulan Ramadhan


  1. Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib
  2. Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari
  3. Berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering)
  4. Besahur di akhir malam & beribadah serta istighfar
  5. Sedekah harta, contohnya bagi juadah berbuka kepada orang ramai
  6. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
  7. Solat sunat terawih secara berjemaah
  8. Banyakkan doa semasa berpuasa & fahami ertinya
  9. Tahajjud di malam hari sebelum sahur atau selepas (sebelum fajar)
  10. Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka


Mudah Tapi tak mudah juga... Sebab nak buat semua tu ada cabarannya. Iblis memang kena ikat bulan puasa, tapi syaitan dan nafsu kita yang kena ikat sendiri.

Moga bulan Ramadhan ni kita dapat kumpul keuntungan dan kekayaan pahala yang datangnya setahun sekali sahaja. Moga kita jadi orang yang kaya di akhirat sana. Insha Allah.

Salam Ramadhan
Selamat muhasabah diri
Peringatan bersama.

Mei 07, 2019

Orang Macam Ni Buat Rugi Je Puasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Orang Macam Ni Buat Rugi Je Puasa | Fuhh.. Sentap tajuk... Tapi memang ini tazkirah sentap. Sentap dan santapan untuk diri sendiri dan semua.

Ulama ada menyatakan ada beberapa golongan yang puasa dia merugikan dia sendiri. Sedangkan puasa ni penuh nikmat dan rahmat.

Siapa kah itu orang yang rugi ketika berpuasa.


1. Bangun sahur tapi tidak mendirikan sekurang-kurangnya solat sunat 2 rakaat. 


Memang rugi sebab bukan senang kan kita nak bangun waktu kalau bukan untuk sahur. Jadi, ambil lah masa 5 Minit je untuk solat sunat 2 rakaat. Apa-apa solat sunat pun boleh buat.

2. Meninggalkan hari-hari di bulan Ramadhan ini, tanpa melakukan sedekah. 


Sedekah ni banyak cara, tapi bulan Ramadhan ni pahala dan keberkatan sedekah tu lagi berganda. Jadi, rugi kalau kita tak rebut peluang ni.

3. Menunggu waktu berbuka tanpa berdoa. 

Antara waktu mustajab doa ialah waktu hampir berbuka...

Jadi, sambil dok depan meja tunggu azan... Apa salahnya angkat tangan berdoa.. Minta lah apa sahaja kebaikan untuk diri dan orang lain. Moga diberkati dan dimakbulkan.

4. Menghabiskan waktu siang dengan tidur dan berbaring dengan alasan letih berpuasa. 


Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita jadi lemah, lesu, letih dan malas.

Puasa memang meletihkan tapi sebenarnya lagi letih kalau kita banyak berbaring dan tidur. Sebab ini atas pengalaman penulis sendiri juga.

Kalau buat kerja, rasa sekejap je puasa. Tak perasan sangat pun.. Kalau rehat, tidur kita akan rasa lamanya nak tunggu waktu berbuka.

5. Langsung tidak membuka/membaca al-Quran 


Membaca al-Quran ni kena training dari sebelum puasa sebenarnya. Kalau dah bulan biasa pun payah nak buka.. Memang liat sikit la nak buka bulan puasa ni.

Tapi tak pe.. Rahmat Allah tu luas. Dan dengan kemudahan teknologi, gunakan smartphone dan set reminder untuk kita buka aplikasi al-Quran. Paling tidak sehari satu muka surat pun jadilah dari takde langsung kan.

Itulah ciri-ciri orang yang rugi walaupun berpuasa.
Puasa ni nak latih fizikal, rohani dan mental kita bukan semata-mata nak kawal nafsu je.


Mei 02, 2019

Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka


مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih



Pengajaran:

1. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.

2. Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih

3. Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan denga ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

4. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis ialah pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura). Disamping puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb sepanjang bulan hijrah..

Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.

Semoga Ramadhan akan datang menjadi satu detik untuk kita rasa seronok berpuasa.

Sekian,



Kredit : telegram.me/hadisharian_ikram

Mei 01, 2019

Kenapa Bila Puasa, Semua Makanan Jadi Sedap?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenapa Bila Puasa, Semua Makanan Jadi Sedap? | Ramadhan dah dekat, lagi beberapa hari je lagi nak puasa. Apa perasaan korang dah nak puasa ni? Mesti seronok kan... Setahun sekali kan kita jumpa. Tu pun tak tau tahun depan boleh jumpa lagi ke tak.

Apa yang best bila berpuasa?

Kalau tanya soalan ni, banyaklah jawapannya.

Kalau tanya kanak-kanak,
puasa mestilah best sebab banyak makanan sedap.
puasa juga best sebab nanti boleh raya.

Kalau tanya orang dewasa,
bestnya puasa sebab dapat tarawikh waktu malam.
bestnya puasa sebab banyak makanan yang takde pada bulan dan hari biasa.
bestnya puasa sebab dapat diet.

Dan mungkin banyak lagi jawapan lain.

Ramadhan memang best, sebab banyak makanan walaupun hakikatnya masa puasa sepatutnya kita kurang makan.

Makanan walaupun ringkas tapi nampak sedap itulah nikmat Ramadhan.

Kenapa Bila Puasa, Semua Makanan Jadi Sedap?


1. Kerana kenikmatan yang Allah janjikan buat orang yang berpuasa, 

“Bagi orang yang melaksanakan puasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka, dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabbnya.” (muttafaq ‘alaih)

2. Kerana lapar. 

Kita akan rasa nikmat walaupun makanan biasa. Cukup telur mata dengan kicap, tambah bawang sikit kat atas fuhhhh.... sedap! Cukup untuk buat air liur meleleh. Tengok air paip pun dah nampak sedap... hehe

Kisah Teladan : Nikmat lapar

Ada kisah pasal nikmat lapar ni pada zaman Umar Abd Aziz..

Pada suatu hari Umar Abd Aziz memanggil pegawai kerajaannya yang terkenal suka bermewah-mewahan dalam makan. Beliau mengajak dia berbincang seharian tanpa menghidangkan makanan. Setelah habis bincang ternyata para tetamu mula nampak kelaparan.

Umar Abd Aziz hidangkan dahulu makanan yang sangat ringkas. Mereka makan dengan begitu lahap dan berselera sekali.

Tak berapa lama,  “Menu utama” pun terhidang. Umar kemudian mempersilakan para tetamu undangan untuk menyantapnya. Namun para tetamu menolak lantaran sudah kenyang.

Pada waktu itu, Umar berkata, “Saudara-saudara. Jika Anda bisa memuaskan nafsu makan dengan makanan sederhana, mengapa harus serakah, sewenang-wenang sampai-sampai harus merampas milik orang lain?” Mendengar perkataan tersebut, hadirin yang merupakan para petinggi negara pun dibuatnya kecut, tertunduk malu.

Maka semenjak dari itu, orang itu mengubah cara hidupnya.

Jadi, mungkin Ramadhan ni kita boleh start buat tabung Ramadhan. Duit belanja hari-hari biasa yang kita tak gunakan sepanjang Ramadhan kita masuk tabung. Dah habis Ramadhan, cuba kira.. mesti banyak jimat kan.

Tapi, andai kata over budjet dari hari biasa, moga kita sama-sama muhasabah diri.

Sekian, semoga bermanfaat. 

April 29, 2019

Macam Mana Nak Jadi Cantik? Ini Caranya...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


✏KALAM DR ZAHARUDDIN
Sifat fitrah wanita amat sukakan kecantikan, maka Allah menjadikan fizikal wanita amat cantik namun cepat dimakan usia berbanding lelaki.

Jika kecantikan diyakini sebagai modal utama untuk mencapai kebahagian, maka akan MUDAH HILANGLAH kebahagian itu dimamah USIA.

Sumber : Google images 

Wanita solehah & beriman menjadikan kecantikan ROHANI, ILMU & ADAB sebagai modal mencapai bahagia, dalam rumahtangga, di dunia & juga bekalan akhirat akhirat, lalu ia berkekalan. Insha Allah.

- Muhasabah Diri-


Cantik bukan hanya dipandang pada rupa... Tapi ilmu, adab dan akhlak yang tinggi.

Berapa ramai wanita sekarang, tapi adab entah ke mana... Sedih kan...

Yang nak jadi cantik, biarlah seiring. Cantik dalaman dan luaran.

Lelaki yang fokus kepada wanita cantik untuk jadi isteri... Tak kan dapat kepuasan dalam berumahtangga  sebab kecantikan itu tak kan kekal lama...

Tapi andai kata, kreteria utama dalam mencari wanita yang cantik ialah cantik iman... Insha Allah kekal bahagia selamanya .. Insha Allah...

Wanita...
Jangan mudah terpedaya dengan pujian cantik dari orang lain.. Kerana itulah fitnah dunia...

Pujian kadangkala menjadikan kita alpa...
Asyik dengan dunia...
Kerana itu paling bahaya bagi wanita menjadikan mereka lebih terleka...

Malu lah bila dikau dipuji cantik...
Kerana itu buatkan hati mu terdetik...
Menjadi lagi kamu asyik...
Asyik dengan dunia yang tak rasa cukup... 

April 23, 2019

Majoriti Penghuni Syurga Itu Adalah Orang Miskin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Majoriti Penghuni Syurga Itu Adalah Orang Miskin

Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan.” (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)


Persoalan

Kenapa ramai orang miskin di syurga? Mana orang kaya?

Kenapakah di dalam syurga ramai kaum fakir dan miskin?

Di mana orang kaya?

Aduhai, di mana orang kaya?

Apa pula kelebihannya si fakir dan miskin sehingga mereka pula yang meramaikan syurga?

Adakah Islam begitu memuliakan orang-orang fakir dan miskin sehingga di dunia ini kita wajar memilih untuk menjadi orang miskin dan hidup dalam papa kedana?

Pada masa yang sama, adakah kita diberitahu bahawa kita hendaklah menjauhi kekayaan dan menolak kebendaan?

Bukankah Islam juga menyeru kepada kita agar mencari kebendaan dan nikmat duniawi?

Bukankah Islam amat menegah kehidupan yang meninggalkan keduniaan ala pertapaan (yang kononnya hidup menjamah bertih beras empat purnama lamanya)?

Bukankah Allah SWT sendiri menegaskan: “Kemudian setelah selesai (kamu) mendirikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing); dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah…,” (al-Jumu’ah:10)

Terdapat banyak lagi ayat al-Quran mahu pun saranan daripada sunnah Rasulullah SAW, agar umat Islam hidup dalam kekayaan. “Tdak dianggap baik orang yang meninggalkan dunianya kerana akhirat, dan tidak juga orang yang meninggalkan akhiratnya kerana dunianya.Sehinggalah mereka memperolehi kedua-duanya sekali,” jelas nabi melalui riwayat Ibnu ‘Asakir.

Kan dah nampak kontra kan...

Hakikatnya, bukanlah bertentang pun kata ALlah dengan hadis di atas. Tapi sebenarnya kita boleh kaya, tapi bagaimana kita kendalikan harta kekayaan kita.

Misalnya, wajib tunaikan zakat hartanya, diringi pula sedekah kepada sesama manusia. Baharulah harta itu tidak menjadi bebanan di akhirat sana.

Kenapa Orang Miskin Senang Masuk Syurga

Orang-orang miskin memang patut dianugerahi Allah SWT kelebihan di akhirat, kerana sejak di dunia lagi mereka sudah begitu banyak bersabar menahan ujian kesusahan.

Mereka selalu kelaparan kala orang kaya kekenyangan, mereka hidup serba kepayahan kala orang kaya dalam dakapan kesenangan dan mereka banyak berkorban kala si kaya menikmati pelbagai kelebihan.

Kita ambil contoh dalam majlis kenduri sahaja sudah memadai, siapakah dianggap VIP,si miskin atau si kaya?

Si kaya hidup mereka sering diulit kemewahan; si miskin digayuti kesengsaraan. Maka tidak peliklah mereka diberikan ganjaran berupa syurga oleh Allah SWT, sebagai imbalan terhadap kesabaran mereka di dunia ini. Dengan syarat mereka menjadi si fakir yang taat dan si miskin yang ahli ibadat.

Jika mereka taat, sabar dan kuat imannya, percayalah, mereka akan memasuki syurga Allah SWT 500 tahun lebih awal (berdasarkan Mafhum hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a). berbanding dengan orang-orang kaya di dunia ini yang pasti sahaja banyak hisabnya di akhirat sana.

Adakah orang kaya tak layak masuk syurga? 

Dan hadis berikut menjelaskan lagi tentang kelayakan orang kaya untuk masuk syurga.

Dari Usamah bin Zaid radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

قمت على باب الجنة، فكان عامة من دخلها المساكين، وأصحاب الجد محبوسون غير أن أصحاب النار قد أمر بهم إلى النار

“Saya pernah berdiri di pintu surga, ternyata umumnya orang yang memasukinya adalah orang miskin. Sementara orang kaya tertahan dulu (masuk surga). Hanya saja, penduduk neraka sudah dimasukkan ke dalam neraka.” (HR. Ahmad, Bukhari, dan Muslim)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اطلعت في الجنة، فرأيت أكثر أهلها الفقراء

“Saya pernah melihat surga, aku lihat kebanyakan penduduknya adalah orang miskin.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini tidaklah menunjukkan bahwa orang kaya tidak masuk surga, namun orang yang kaya tertahan, sebelum orang yang miskin memasukinya.

Ye lah.. Harta banyak kan jadi, banyaklah soal jawab Kat akhirat nanti. Setiap harta dan kekayaan serta sen yang kita dapat akan ditanya Allah nanti. .

Jadi, hati-hati kumpul kekayaan di dunia kerana setiap sen akan ditanya dari mana kita dapat dan ke mana ia digunakan.