GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Makanan Yang Harus Dielakkan Ketika Datang Bulan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN KETIKA HAID | Kekejangan dan sakit adalah hal yang umum pada perempuan yang sedang haid . Rasa sakit pada saat haid itu boleh semakin parah bila perempuan salah memilih menu makanan.

Makanan yang salah boleh mempengaruhi keparahan dan lamanya pra-haid dan kekejangan haid yang menyakitkan. Penyebab yang paling umum dari kram menstruasi adalah prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terjadi secara semulajadi dalam tubuh yang menetapkan ketegangan otot.

Menyekat makanan tinggi gula dan garam juga dapat mengurangkan kembung dan perubahan suasana hati. Selain mengubah diet, salah satu hal yang paling penting yang boleh anda lakukan adalah meningkatkan tahap aktiviti.

Ini beberapa makanan yang sebaiknya dihindari ketika sedang haid, seperti dipetik Livestrong, Isnin (28/5/2012):

1. Coklat dan kafein

Makanan Yang Harus Dielakkan Ketika Datang Bulan!

Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid.


2. Produk susu dan ais krim


Makanan Yang Harus Dielakkan Ketika Datang Bulan!


Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.

3. Makanan olahan dan makanan segera

Makanan Yang Harus Dielakkan Ketika Datang Bulan!

Mengurangkan pengambilan natrium atau garam akan mengurangkan retensi air dan kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengandungi natrium 200mg atau lebih per porsi.

4. Makanan yang berlemak dan bergoreng.

Makanan tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan menimbulkan kekejangan dan rasa sakit.

Diolah dari sumber: Rahsia Hawa

Kena alert la lepas ni... Tapi pernah juga bidan bagitau.. Waktu datang bulan ni...kita kena pantang macam lepas bersalin...sebab sgala urat saraf kembang... Jadi, kena pantang juga la makanan sejuk-sejuk waktu datang bulan... Jaga pantang ketika haid juga menjadikan badan kita sihat bertenaga... Petua orang lama jangan pandang remeh... Ada rahsia di sebaliknya...

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ