بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hukum Kerja Sebagai Mak Andam atau Juru Solek | Sekarang ni trend video bersolek di media sosial. Ada yang mula bersolek dan juga jadikan solekan tu satu kerjaya yang senang kita sebuat sebagai mak andam.
Dalam Islam, setiap kerjaya ialah ibadah.
Tapi, dalam ibadah wajib patuh pada ketentuan dan hukum hakam Islam.
Jadi, persoalannya, boleh ke kerja sebagai mak andam? Apa pula hukum kerja sebagai mak andam atau juru soleh ni?
Jom, kita tengok, baca dan hayati jawapan disebalik persoalan ini.
Kerja sebagai mak andam atau jurusolek?
Soalan:
Assalamualaikum ustaz..minta maaf mengganggu ustaz masa mcm ni, saya nak minta pandangan dari sudut agama,tentang kerjaya seorang juru solek (mak andam). Sebagai seorang muslimah, saya dapat peluang untuk menambah pendapatan sebab saya seorang suri rumah. Bila nak menceburi bidang ini, kawan-kawan menasihati supaya tak terlibat dlm bidang persolekan yang mungkin termasuk mengubah ciptaan ALLAH, melukis wajah manusia yang dah ALLAH tetapkan, mempercantik sehingga membawa maksiat mata. Saya jadi keliru, sedangkan saya menjaga aurat yang semaksima mungkin sebagai seorang muslimah dan isteri. Dan yang saya solek pun dari golongan kaum hawa sahaja. Mohon pencerahan dari ustaz untuk mencari lebih keredhaan ALLAH.
sumber: google images |
Waalaikumussalam wbt.
Alhamdulillah, tahniah kerana puan sangat menjaga daripada terlibat dalam sumber pendapatan yang haram.
Adapun berkerja sebagai mak andam. Jika dilihat pada zaman sekarang, tugasan mak andam kebiasaannya adalah menghias pengantin ketika majlis perkahwinan di mana kecantikan dan perhiasaan yang bukan biasa-biasa seperti hari biasa akan dipertonton kepada orang ramai.
Maka, seeloknya puan menjauhi kerjaya ini.
Adapun jika servis puan sekadar untuk menghias pengantin di malam pertama bersama suami, maka ia satu tugas yang mulia, cuma sukar ditemui servis mak andam yang khusus sebegitu.
Wallahua'lam.
-ADMIN- Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Kerjaya mak andam atau juru solek lebih menjurus kepada perkara yang Allah tak redha... Tabbaruj dan memperindahkan kecantikan orang lain...sehingga orang lain merasa terpegun... Macam ustaz kata, jadi juru solek untuk pengantin di malam pertama tak pe la.. sebab dia make up untuk pengantin tu nampak cantik pada malam pertama je.. tapi takde lagi jumpa servis seumpama itu kan...
BACA >>> DOSA DI SEBALIK KAMERA<<<
Sama juga dengan jurufoto... ada dosanya... jurufoto ni pula ramai dalam kalangan lelaki... sebaiknya, jadilah jurufoto lanskap atau jurufoto makanan daripada jadi jurufoto pengantin...
bagus pengkongsian MF
BalasPadampwengkongsian yg menarik.. teeima kasih mf selamat berhujung minggu
BalasPadampwengkongsian yg menarik.. teeima kasih mf selamat berhujung minggu
BalasPadam