بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Elak 6 Jenis Makanan Ni, Jika Nak Anak Sihat dan Bijak | Anak sihat dan bijak idaman semua ibu bapa. Dalam nak anak sihat dan bijak bukan hanya dengan doa semata-mata, tetapi amalan pemakanan sejak dari dalam kandungan kena jaga. Bila si comel membesar lagilah kena jaga extra.
Tapi malangnya, masa kecil sebelum usia 2 tahun beriya jaga makan, makan puree, bagi bubur tapi bila usia dah besar, bab makan diambil ringan. Pernah lihat depan mata anak usia 3 4 tahun diberi makan keropok yang sememangnya banyak bahan perasa dan pewarna. Bila lihat situasi ni rasa sedih pun ada.
MF sebagai guru lagilah sedih... Bila di sekolah ada pelajar tanya, "Ustazah, kenapa otak saya tak dapat nak ingat kuat?, Kenapa cepat lupa?" Saya katakan itulah salah satu faktor pemakanan yang tidak dijaga. Rata-rata anak-anak diberi makan mee segera... Bahkan makanan sunnah tidak pula diambil berat.
Apapun, makanan yang baik bukan untuk otak sahaja tapi pertumbuhan yang seimbang. Untuk elakkan anak alami kurang nutrisi ataupun terlebih berat badan. Justeru, ada 6 jenis makanan yang wajib dielakkan oleh anak-anak.. jika kita nak anak kita sihat dan bijak.
1. Makanan tinggi lemak trans
Contohnya. Makanan goreng, marjerin, pengurangan sayur-sayuran2. Karbohidrat yang halus dan makanan manis
Contohnya. Kueh dan pastri yang telah diisi, gula-gula, bijirin manis4. Tinggi kalori, makanan nutrien yang rendah
Contohnya. Cip kentang, makanan ringan berasaskan jagung5. Makanan yang diproses tinggi lemak tepu
Contohnya. Makanan sedia dimasak dengan ketuhar gelombang mikro, hotdogs dan ham, jari-jari ikan beku.6. Minuman yang dibungkus
Contohnya. Jus botol, minuman paket, minuman ringan6 Jenis makanan dan minuman ni boleh diambil tapi jangan kerap dan dalam kuantiti yang sedikit. Macam MF sendiri pun kadang teringin nak makan hotdog, kentang goreng kan... Tapi kita masak cara kita... Kentang tu digrill, hotdog dimasak dengan roti... Yang penting, jajan seperti keropok, gula-gula dan minuman ringan termasuk jus dalam botol sangat dikawal ketat. Apatah lagi mee segera atau makanan jeruk dan masam.
Alhamdulillah, anak-anak memahami dah kalau tetiba diorang dapat makanan ni waktu pergi kenduri atau majlis hari lahir... Tak penat kita nak elak atau sampai nak kena buang... sebab kita terangkan kenapa dia tak boleh makan. Jadi, takde masalah kat pasaraya pun... Takde drama tantrum sebab nak jajan dan sebagainya.
Sebenarnya, nak disiplinkan anak dengan makanan sihat, ibu bapa kena mulakan dulu.. Insha Allah senang nak didik... Harap anak sekolah tahun depan, rajin MF sediakan sarapan walaupun sekadar sandwich tuna... asalkan sihat dan berkhasiat... Fuhh... moga rajin dan terus rajin memasak untuk keluarga. Jika kita jaga makanan anak-anak ni tak perlukan supplement yang mahal untuk anak-anak.
Sedihnya bila murid tanya kenapa mereka cepat lupa ye. Ibu bapa kena take note juga pemakanan anak2. Kurma dan kismis antara yang terbaik kan MF.
BalasPadamtq share ...sangat membantu..kena tegas dalam hal ni..taulah kanak-kanak kan...suka benda2 mcm ni
BalasPadamsemua tu ada gula yang tinggi, kadar garam dan perasayang tinggi juga.. Liez klau boleh elak mmg elak bagi mkn
BalasPadam