GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perlukah Makan Suplemen

Perlukah Makan Suplemen? | Supplement atau makanan tambahan zaman sekarang macam satu keperluan atau trend dah... Jika dulu, orang anggap supplement tu ubat... Diambil dan dicari bila ada penyakit... Tapi sekarang orang dah mula faham... Supplement tu bukan ubat tapi makanan tambahan sebagai penambah nutrisi keperluan badan yang tak mencukupi...
Perlukah Makan Supplement?


Jenis supplemen

Supplement banyak jenis... Ada jenis pil, tablet, serbuk, kapsul dan sebagainya... Ada juga pelbagai rasa rasa buah tiada rasa, rasa susu dan pelbagai lagi... Ada juga supplement lebih untuk kecantikan dan keremajaan kulit... Ada juga lebih untuk kesihatan tubuh badan.

Zaman dahulu... Supplement lebih dikenal sebagai jamu... Namun, jamu adalah tumbuhan herba yang diproses dan biasanya dimakan oleh wanita selepas bersalin dan lelaki yang sudah berkahwin.

Zaman moden kini... Supplement bukan lagi herba sahaja...tapi ditambah dengan pelbagai ekstrak buah, tumbuhan herba dan juga hidupan dari haiwan dan tumbuhan laut...

Supplement buatan Malaysia dan luar negara bergerak seiring... Bersepah dijual dikedai jamu dan juga di dalam talian (online)... Namun... Persoalannya... Adakah supplement tu wajib dan perlu dimakan oleh setiap orang?? ... Bahkan kini...supplement untuk kanak-kanak juga ada dijual di pasaran.

Panjang pula muqqaddimahnya ye... Hehe... MF juga ada makan supplement... Seperti yang semua tahu... MF pernah amalkan supplement VCO selama tujuh tahun... Dan tahun 2014 MF amalkan minum Ephyra... MF juga pernah cuba minum Herbalife untuk dua bulan... Pernah juga MF makan alfalfa Shaklee sebotol habis ketika lepas bersalin anak pertama... Dan kini MF pernah amalkan minum White Glucony Drink...

Kesemua supplement yang pernah makan ni...bukanlah MF secara konsisten ... Sebab memang MF tak reti nak disiplin bab2 supplement ni... Jadi... MF makan ikut suka je... Hehe.. Selebihnya jaga pemakanan je...

Kepentingan suplemen

Bagi MF supplement bukan satu keperluan untuk semua orang... Bagi orang memang jaga pemakanan seimbang... Jaga diet seimbang... Amalkan gaya hidup sihat... Setiap hari bawa bekal... Sarapan.. Makan ikut waktu...tidur cukup dan cukup rehat... Supplement tak perlu dah bagi dia...

Tapi... Bagi orang yang makan tak terjaga... Setiap hari bekerja lebih masa...makan tak tentu masa... Makan apa yang ada... Masak ikut suka... Perlu ambil supplement yang bersesuaian dengan diri dan juga sesuai dengan poket...

Setiap orang supplement tak sama... Kita tak boleh nak paksa atau cadangkan supplement tertentu dengan supplement yang kita ada sebabnya kesan dan keberkesanan supplement tak sama bagi semua orang... Sebab tu ada orang makan ok... Ada yang makan tak ok...walaupun produk yang sama dengan cara pengambilan yang sama...

Bagi diri MF, MF sendiri perlukan supplement... Dan MF tahu supplement mana yang sesuai dengan MF sebab bila kita makan, badan sendiri yang rasa kan... Badan kita bekerja... Ada anak pula lagi yang menyusu... Makan memang tak menentu... Jadi, MF perlu makan supplement yang sesuai dengan MF dan poket MF...

Kita ibaratkan badan kita macam kereta la kan... Setiap hari kereta kita tu...kita guna bawa ke tempat kerja...ulang alik... Kalau setakat bagi kereta kita tu 'makan' minyak je... Semput juga dia... Jadi, kena la ada supplement sesuai... Seperti minyak enjin yang bagus... Minyak hitam dan minyak pelincir yang berkualiti... Begitulah ibaratnya kan...

Siapa perlu makan suplemen?

Kenapa wanita yang banyak amalkan supplement berbanding lelaki??? Sebab komponen badan wanita ni complicated... Banyak penyakit dan banyak guna... Nak terang lebih-lebih nanti panjang berjela lak entry ni... Tapi...bagi wanita dah berkahwin...dan bersalin..dah ada anak... Tahu la kan... Ibu MF dulu tak amalkan supplement tapi amalkan jamu dan gaya hidup sihat...macam makan ulam, berkebun dan sebagainya... Tapi, MF tak mampu nak amalkan gaya hidup macam tu zaman moden kat bandar besar ni... Nak makan ulam pun kena beli... Lelaki jarang amalkan supplement..kecuali lelaki maskulin yang jaga badan... Nak jadi abam sado kot kan... Hehe.. Tapi tak semua lelaki...dan kebanyakan lelaki memang tak suka makan supplement...

Kesimpulan

Jadi... Supplement satu keperluan bergantung kepada keperluan individu... Bagi yang amalkan gaya hidup sihat setiap hari... Tak perlu dah amalkan supplement... Tapi bagi yang amalkan gaya hidup moden ni... Serba serbi tak sihat ni... Perlu ada supplement... Untuk protect diri... Untuk tambah nutrisi diri sendiri... Badan dan kesihatan anugerah Ilahi, jadi hargai dan sayangi badan kita sebaiknya... Jangan pula campur-campur supplement... Sebaiknya cari supplement yang berasaskan tumbuhan berbanding yang diproses dari bahan kimia... Kerana campur-campur supplement pun tak bagus juga... Yang penting ada halal dan diperbuatan dari bahan dan sumber yang tak meragukan.

Dan lagi satu... Pengambilan supplement juga bukan bermakna kita perlu abaikan kehidupan yang sihat... Perlu amalkan gaya hidup sihat... Sebab tu MF ambil supplement tak konsisten..sebab tak nak bergantung pada supplement... Supplement tu hanya usaha kita je pun... Kesannya dengan izin Allah jua... Bukan pada supplement tu...

Sayang badan kita sebelum nak sayang orang lain... Badan kita anugerah Allah.. Jadi jagalah elok-elok kan... Wassalam...


3Ulasan

  1. dulu rajin mkn supplement
    dah preg ni malas nk mkn supplement, juz ambik vitamin yg doktor kasi

    BalasPadam
  2. Apepun ikut bajet masing masing. Apa yang penting, amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat :)

    BalasPadam
  3. CN perlukan suplement sekarang ni sbb bz sbg career woman, klu tak mkn suplemn,mmg cpt tdo,dah tak sempat berblog..hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ