Senarai Semak Barang Keperluan Sekolah Anak Lelaki dan Perempuan

1
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Senarai Semak Barang Keperluan Sekolah Anak Lelaki dan Perempuan | Sesi persekolah sudah semakin berakhir... Untuk sekian kalinya, tahun ini rezeki anak-anak dapat Bantuan Awal Persekolahan. 

Pengenalan Program Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Program Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini, masuk tahun kedua melibatkan semua murid yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebelum ni hanya murid yang ibu bapanya mempunyai pendapatan bawah 5000 sahaja layak dapat bantuan. Ini tahun kedua diberikan RM150 kepada semua murid. Alhamdulillah... anak-anak MF dapat jugalah merasa. Sebelum ni anak-anak cikgu memang tak layak lah... hehe.. 

Rasanya, rata-rata sekolah dah menyerahkan BAP ini kepada murid. Bagi murid sekolah rendah, ibu bapa atau penjaga yang wajib pergi ambil di sekolah. Bagi murid sekolah menengah akan diserahkan terus kepada murid itu sendiri. 

Tujuan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diberi adalah hak anak-anak kita. Tujuan diberikan BAP ini adalah untuk mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat perbelanjaan persediaan persekolahan. Jadi, gunakan amanah ini sebaiknya. 

Jadi, MF pun sama juga... Memegang duit amanah ini sebaiknya. Jika terguna wajib ganti semula. Ye lah... kadang gaji lambat lagi, itu duit yang ada guna dulu... Tapi ingat! Itu hak anak-anak kita untuk persekolahan mereka... WAJIB ganti semula. 

MF ada tiga anak bersekolah... sesi akan datang bertambah satu lagi... Alhamdulillah... 

Dengan bekalan duit BAP tu, kena buat perancangan perbelanjaan sebaiknya. 

Jadi, MF buat senarai semak barang keperluaan sekolah anak untuk anak lelaki dan anak perempuan. Tujuan buat sebab nak elakkan overbudget dan keciciran beli barangan keperluan sekolah. 

Untuk duit Bantuan Awal Persekolahan tu, MF fokuskan guna untuk beli pakaian sekolah dan alat tulis sahaja. Untuk duit yuran dan sumbangan PIBG kita gunakan duit sendiri lah... Sebab RM150 memang tak cukup nak cover semua pun. Apa pun ianya bantu mengurangkan beban... Alhamdulillah... 

Kat sini MF nak kongsikan senarai barangan keperluan persekolahan bagi anak lelaki dan perempuan. Moga-moga perkongsian ni, bermanfaat juga bagi semua. 

Senarai Semak Barang Keperluan Sekolah Anak Lelaki dan Perempuan


Senarai barangan keperluan sekolah bagi anak perempuan

Bil

Pakaian

Kuantiti

Masih Elok

Perlu Beli

Anak Perempuan

1

Baju kurung

 

 

2

Kain baju kurung

 

 

3

Tudung

 

 

4

Anak tudung putih

 

 

5

Anak tudung hitam

 

 

6

Baju dalam

 

 

7

Singlet

 

 

8

Kain/seluar dalam

 

 

9

Kasut

 

 

10

Stokin

 

 

11

Seluar sukan

 

 

12

Baju sukan

 

 

13

Baju kokurikulum

 

 



Senarai barangan keperluan sekolah bagi anak lelaki


Bil

Pakaian

Kuantiti

Masih Elok

Perlu Beli

Anak Lelaki

1

Baju kemeja

 

 

2

Seluar sekolah

 

 

3

Tali pinggang

 

 

4

Singlet

 

 

5

Stokin

 

 

6

Kasut

 

 

7

Seluar sukan

 

 

8

Baju sukan

 

 

9

Baju kokurikulum

 

 

10

Set baju melayu

 

 


Senarai alat tulis asas bagi seorang murid


Bil

Alat Tulis

Kuantiti

1

Pensel

2

Pen

3

Pembaris

4

Pemadam

5

Gam

6

Gunting

7

Pensel warna

8

Warna air

9

Kertas lukisan


Lain-lain keperluan persekolahan yang dirasakan perlu.

Bil

Lain-lain Keperluan

Kuantiti

1

Botol air

2

Bekas pensel

3

Beg sekolah

4

Plastik pembalut buku teks

5

Plastik pembalut buku tulis

6

Pita pelekat (salotape)


Inilah senarai yang MF buat... Ini yang asas je ni... Rasanya cukup lah yang ni... cuma keperluan tu berapa pasang nak beli itu bergantung kepada ibu bapa juga. 

Secara asasnya, memang itulah keperluannya. 

Tips jimat belanja barang keperluan sekolah anak

Cuma kalau MF, biasanya MF akan beli 2 pasang baju uniform sekolah, 2 pasang baju sukan dan sepasang kasut. Kasut cukup sepasang sebab kadang sampai setengah tahun, kena beli lagi. 

Dan kalau ikut Menteri KPM, untuk pakaian seminggu persekolahan ialah 2 hari uniform sekolah, 2 hari pakaian sukan dan sehari pakaian kokurikulum. 

Dan boleh saja beli sepasang lebih sebab tambahan sekolah agama yang memang hari-hari pakai uniform sekolah. 

Insha Allah, kita buat perancangan kewangan sebaiknya... Sebab barangan pun makin mahal juga sekarang ni. 

Untuk pakaian sekolah sesi depan, ingat nak beli waktu sale la murah sikit... Kalau tak pun beli kat shopee je... dan MF memang ada kedai tetap untuk beli pakaian sekolah di shopee... Kalau korang nak beli, boleh pergi kat kedai ni... Pasaran Ekonomi Berjaya

Senarai Semak Barang Keperluan Sekolah Anak Lelaki dan Perempuan



Memang kedai ni jual semua pakaian dan uniform sekolah... Senarai yang MF senaraikan kat atas tu ada jual kat kedai tu. 

Yang nak softcopy senarai semak tu, MF ada buat kat google sheet. Boleh "Make a copy" masuk kat google drive korang...dengan klik link button di bawah:


Semoga bermanfaat.



Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Bantuan Awal Persekolahan Aqil x beli apa lg MF. Ingat nak beli kasut sekolah dia dlu. ;)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan