بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
8 Tips Mendidik Anak Lelaki | Alhamdulilah..Selepas 3 anak perempuan sederet, akhirnya Allah anugerahkan anak lelaki tanpa dirancang. Itulah doa yang pernah dititipkan, Allah pegang doa tu dan Dia makbulkan tepat pada masanya walaupun kita tak bersedia pada waktu tu.
Dalam mendidik anak, lelaki dan perempuan mesti ada bezanya. Bab mendidik anak perempuan, boleh dikatakan tahu la juga sebab dah 3 anak perempuan ni.. Jadi, boleh 'baca' dah ragam emosi, perangai mereka. Tapi bab mendidik anak lelaki sedari kecil kena juga study bila ada anak lelaki.
Melihat keletah anak lelaki di tempat awam... Terdetik di hati... Memang macam ni ke perangai anak lelaki? Macam dalam keluarga MF sendiri pun punyai anak sedara lelaki yang ramai... Jadi, tertanya sendiri macam ni anak lelaki... Ish... Tak boleh ke ubah perangai tu kan.. Bila kita lihat ragam anak lelaki yang menguji kesabaran tu.
Jadi, disebabkan terdetik soalan itu, MF cuba dapatkan jawapan dengan pembacaan dan rancangan ilmiah... Dan perkongsian dari Ustazah Harlina Siraj dalam rancangan Tanyalah Ustazah ni sangat bermanfaat untuk menjawab detik hati MF tu.
8 Tips Mendidik Anak Lelaki
PERANAN BAPA:1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun.
Sekarang ni pun memang suami yang banyak uruskan anak-anak. Alhamdulilah.2. Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya.
Insha Allah tips ni akan dipraktikkan dengan lebih kerap dan berjadual... Insha Allah... Azam ibu bapa hebat 2018.3. Ajak anak bergasak atau bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal.
Nampaknya sesuai sangat kalau lawan TTS ni...4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.
Contoh: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.5. Dukung anak atas bahu.
Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.PERANAN IBU
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu.
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja.
Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.
Anak lelaki memang suka dipuji... Kalau kurang pujian, sampai ke besar akan terkesan juga...Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk diri sendiri dan ibu bapa lain diluar sana.
Sekian, semoga bermanfaat.
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
nice sharing ..kbnykannya ida yg buat..hehecuma bergasak tu kdg2 suami la
BalasPadamPerkongsian tips yang bagus..
BalasPadam