Cara Hilangkan Eyebag dan Dark Circle Dengan Cepat dan Berkesan di Klinik Dr. Bazilah

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Hilangkan Eyebag dan Dark Circle Dengan Cepat dan Berkesan di Klinik Dr. Bazilah | Dark circle dan eye bag satu masalah yang boleh menjejaskan penampilan seseorang. Tak kira wanita atau lelaki, akan ada masalah ni.

Eyebag dan dark circle dalam bahasa Melayunya ialah masalah lingkaran hitam di bawah mata. Bahasa mudah, mata panda. Kalau panda memang comel ada lingkaran gelap bawah mata tu, tapi kalau kita memang ... arghhh... stress... sebab tempek tiga inci foundation concelor pun tak boleh nak tutup... bahkan buatkan mata kita beratkan. Tu yang tak best.

Nak tak nak, kena lah cari cara hilangkan eyebag dan dark circle ni.

Sebelum nak cari cara mengatasi, kena kenal pasti dulu apa punca boleh ada eyebag dan dark circle bawah mata ni.

Cara Hilangkan Eyebag dan Dark Circle Dengan Cepat dan Berkesan di Klinik Dr. Bazilah


Punca muncul masalah dark circle dan eyebag.

Ada banyak faktor penyebab kemunculan masalah ini, antaranya ialah:

1.     Kurang tidur. Biasa mak-mak lah ada masalah ni.

2.     Bekerja di depan skrin pada waku yang lama. Bagi wanita bekerjaya yang kerjanya banyak guna gadjet dan komputer.

3.     Gaya hidup dan diet yang tidak seimbang. Mak bekerjaya, atau suri rumah anak ramai sampaikan nak makan dan urus diri pun tak sempat.

4.     Genetik. Faktor keturunan yang buat apa pun tak hilang.

Beza Eyebag dan Dark Circle

Beza Eyebag dan dark circle


Apa beza eyebag dan dark circle (lingkaran gelap bawah mata)?

Eyebag

Eyebag boleh terjadi disebabkan oleh air atau lemak.

Eyebag yang terjadi sebab kantung air adalah disebabkan oleh mata sembab. Contoh, selepas menangis, sakit buah pinggang, hati atau jantung. Nama saintifiknya adalah periorbital edema.

Eyebag yang disebabkan oleh kantung lemak adalah sebab ligament dibawah mata yang semakin lemah. Ini menyebabkan lemak bawah mata, terbobos ke luar kawasan kantung. Tu yang nampak bawah mata gelebeh.

Bagi masalah ni, ada cara untuk hilangkan eyebag tu. Nanti kita share caranya, stay tune baca entry ni tau. Banyak hal kita nak kongsi.

Dark Circle

Dark circle ialah lingkaran gelap bawah mata.

Banyak sebab yang buat kulit tepi mata jadi gelap. Antaranya:

Allergik atau gatal tepi mata.

Sering garu sampai jadi parut hitam. Dipanggil eyelid dermatitis.

Lengkung dalam di bawah mata kerana kurang kolagen.

Ia dipanggil juga sebagai mata cengkung. Bila cahaya jatuh pada kawasan berlengkung, bayang-bayang akan terbentuk dan buatkan kawasan keliling mata kelihatan lebih gelap

 

Keturunan.

Faktor geenetik yang mempunyai kulit gelap keliling mata. Jika ibu atau bapa ada dark circle, kebarangkalian kita untuk ada dark circle ni tinggi.

Kulit nipis.

Kulit nipis sehingga nampak salur darah bawah kulit mata. Warna lingkaran biasanya kebiru-biruan.

Cara dan rawatan dark circle dan eyebag

Cara rawatan bagi semua masalah dark circle dan eyebag ni tak sama. Ianya bergantung kepada punca yang berlaku.

Antara rawatan bagi dark circle dan eyebag yang boleh dibuat di klinik kulit dan aestetik di Malaysia ni ialah rawatan laser, suntikan, pembedahan kecil dan juga rawatan HIFU.

Rawatan HIFU iaitu High-Intensity Focused Ultrasound adalah rawatan ultrasound. Jadi rawatan HiFU ni paling selamat bagi mereka yang takut dengan jarum suntikan sebab caranya dengan membakar lemak di bawah mata bagi yang ada masalah eyebag tu tadi.

Rawatannya banyak jenis tapi kalau pergi klinik kulit dan aestetik, doktor akan kenalpasti masalah dulu sebelum cadangkan rawatan yang sesuai.

Tapi kalau masalah dark circle dan eyebag tu tak terlalu teruk, mungkin boleh diatasi dengan krim mata.

Antara krim mata yang boleh cuba untuk dark circle, eye wrinkle ialah retinol eye cream, atau bahan pencerah lain seperti vitamin C, arbutin, kojic acid dan sebagainya. Kesan akan lebih nampak dengan penggunaan sunscreen sekerap mungkin.

1.     Kiehls’s youth dose eye treatment

2.     Neutrogena rapid wrinkle repair eye cream

3.     Pixi retinol eye cream

4.     Theingkeylist retinol eye cream

5.     Olay eyes retinol 24 night eye cream

 

Bagi yang ada masalah kantung eyebag bawah mata, pastikan korang tidak ada masalah buah pinggang atau hati yang boleh buatkan badan tidak dapat menyingkirkan air dengan berkesan. Sebab kalau ada masalah dan penyakit tu, gunalah apa rawatan pun tak kan hilangkan masalah eyebag tu.

Jadi, bagi yang ada masalah eyebag boleh juga buat pemeriksaan kesihatan juga. Untuk kenalpasti masalah tu. Kalau terbukti sihat dalaman, barulah ke klinik kulit dan aestetik untuk rawatan eyebag dan dark circle ni.

Rawatan Eyebag dan Dark Circle di Klinik Dr. Bazilah

Cara Hilangkan Eyebag dan Dark Circle Dengan Cepat dan Berkesan di Klinik Dr. Bazilah


Panjang cerita masalah eyebag dan dark circle kan... Ini MF nak kongsi kat mana korang boleh buat rawatan untuk atasi masalah eyebag dan dark circle ni.

Bagi korang yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Selangor korang boleh pergi ke Klinik Dr. Bazilah.

Kenapa Klinik Dr. Bazilah?

Personally, Kalau MF selesa,  sebab doktor perempuan. Tak risau bab aurat, nak sembang dan nak cerita hal dan masalah pasal perempuan. Sebab lebih memahami terutama bab kulit, bab personal part dan pelbagai. Sebab semua masalah kulit satu badan Klinik Dr. Bazilah boleh bantu selesaikan.

Contoh korang ada masalah kulit di private part, mesti malu kan kalau klinik yang doktornya lelaki kan... Tapi kalau doktor perempuan kita tak lah segan sangat.

Dan korang jangan risau, doktor-doktor di Klinik Dr. Bazilah ni semuanya doktor yang bertauliah dan diiktiraf oleh KKM. Bukan doktor suka suki claim dia doktor.

Cara Hilangkan Eyebag dan Dark Circle Dengan Cepat dan Berkesan di Klinik Dr. Bazilah

Klinik Dr Bazilah juga menggunakan kaedah terbaik yang telah terbukti selamat dan berkesan secara klinikal untuk memastikan keselamatan pelanggan.

Sebab tu juga Klinik Dr Bazilah ada banyak cawangan.

Korang yang nak rasa nak cantik kulit muka dan badan boleh lah terus ke aesthetic clinic Dr Bazilah. Ada 2 cawangan di Selangor dan 1 cawangan di Kuala Lumpur. Lebih baik contact dulu untuk dapatkan tarikh temu janji. Boleh call atau whatsapp dulu.

 

 

Cawangan Bangi:

Alamat: C10 G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Tel: 03-8922 9681 / 01115905931

 

Cawangan Shah Alam:

Alamat: R1-02-01 Emira, Jalan Akuatik A 13 /64 A, Sekseyn 13 Shah Alam, 40100 Selangor

Tel: 03-5035 7359 / 013 5757627

 

Cawangan Kuala Lumpur:

Alamat: Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur

Tel: 013-817 7005

 

𝐁𝐮𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢

Pukul 9 pagi-6 petang (Bangi & Shah Alam)

Pukul 10 pagi-4 petang (Bangi & Shah Alam)

💚 𝗪𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩 : 𝟎𝟏𝟏𝟏-𝟓𝟗𝟎𝟓𝟗𝟑𝟏

📞 𝐂𝐚𝐥𝐥 : 𝟎𝟑-𝟖𝟗𝟐𝟐𝟗𝟔𝟖𝟏

 

Facebook: https://www.facebook.com/drbazilah

IG: https://www.instagram.com/klinikdrbazilah/

Website: https://www.klinikdrbazilah.com/

 

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Terima kasih atas perkongsian! Bila usia meningkat 30 dah nampak dark circle makin susah nak rawat. menghadap laptop dalam tempoh yang lama setiap hari. kurang tidur pun mungkin penyebab. boleh cuba eye cream yang Maria cadangkan nanti. Kalau ada klinik nak suggest di kuantan ni kongsi la sekali. hehe.

    BalasPadam
  2. Kalau tak cukup tidur memang ada kesan mata panda ni. Stress juga ibu dibuatnya. ;)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !