GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Cara Penjagaan Luka C-zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Cara Penjagaan Luka C-zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan | Bersalin satu perjuangan untuk ibu melahirkan anak. Cara bersalin bergantung kepada rezeki seseorang... Ada orang mudah bersalin, jadi dapatlah bersalin normal. Tapi ada orang rezekiNya lebih cantik Allah aturkan dia terpaksa melalui pembedahan. Apa pun keduanya tetap satu jihad untuk melahirkan anak. Keduanya ada cabaran.

Jika bersalin secara normal, penjagaannya lebih mudah. Cuma perlu jaga luka pada miss v aje la.. Tu pun mencabar kan... Tapi bagi yang bersalin secara pembedahan yang lebih popular orang sebut C-zer ni lagi lah kan... Lukanya lebih banyak dan lebih dalam dan semestinya cara penjagaannya lebih rapi.

Walaupun MF takde pengalaman dalam bersalin C-zer ni... Pengalaman dari saudara terdekat cukup satu pengajaran dan ilmu buat MF untuk MF kongsikan dengan pembaca blog MF ni..

7 Cara Penjagaan Luka C-zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Cara Penjagaan Luka C-zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan

1. Rehat secukupnya

Banyakkan rehat dan kurangkan pergerakan supaya tidak memberi tekanan kepada bahagian perut. Kak ipar MF pernah kata, masa bersalin anak ketiga dia kurang rasa sakit selepas pembedahan mungkin sebab cukup rehat sebelum bersalin dan selepas bersalin.

2. Kering

Pastikan luka pembedahan sentiasa kering. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilap kering. Cara mandi pun kena pandai agar air tidak terkena terus pada luka. Ada yang letak plastik... Ada sesetengahnya biar saja air kena pada kawasan luka... Asalkan terus lap selepas mandi.


3. Makanan berkhasiat

Selepas bersalin ibu-ibu disarankan mengambil makanan yang berkhasiat agar kesihatan ibu dan bayi terjamin. Ianya membantu mempercepatkan luka cepat sembuh. Makan sayur dan buah-buahan yang memberi sumber multivitamin.

Ibu bersalin secara C-zer dan ada luka bawah digalakkan makan buah oren untuk cepatkan proses sembuhkan luka.. Sebab buah oren kaya dengan vitamin C.

4. Minum air secukupnya

Minum air masak 2-3 liter sehari, bergantung kepada keperluan badan. Air yang cukup juga membantu proses penyembuhan luka C-zer. Ia juga boleh membantu mengelakkan sembelit. Jangan ikut pantang orang dulu.. Minum air pun bersukat... Minum je.. Tak cukup air nanti sakit lain pula datang.

6. Tidak mengangkat benda berat

Jangan sesekali mengangkat benda berat kecuali dukung bayi baru lahir. Benda berat menyebabkan tekanan pada bahagian perut dan akan terasa perit pada kesan luka.

7. Senaman dan pergerakan ringan.

Walaupun digalakkan rehat tapi jangan tak gerak langsung. Pergerakan dan senaman ringan seperti berjalan, duduk membantu peredaran darah lancar dan ini mengelakkan kes darah beku dan tersumbat dalam urat saraf yang boleh menyebabkan kematian. Na'udzubillah.

Itu antara tips untuk yang bersalin secara pembedahan. Bagi MF yang bersalin czer ni memang sangat kental dari yang bersalin normal. Ye lah.. Luka panjang pada perut, tapi kena gerak dan berjalan juga kan... Haishh seram juga.. Kena hiris pisau pun dah pedih.. Ini kan pula dibelah lebih dalam kan. Itulah pengorbanan seorang isteri dan ibu.

Jadi, para suami wajib beri lebih perhatian kepada ibu selepas bersalin tak kira bersalin normal atau secara pembedahan.

Semoga bermanfaat... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ