بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
5 Penyebab Wanita akan Stress Hingga Keluar Air Mata | Keadaan hidup hari ini memerlukan wanita tak kira yang belum berkahwin, berstatus isteri, ibu apa lagi ibu tunggal menjadi tabah. Tak boleh cepat stres dan beremosi.
Tapi sungguh pun kita termasuk dalam golongan wanita tabah dan sabar, kajian menunjukkan kita takkan mampu mengelak dari berasa stres bila berdepan dengan lima masalah ini.
1. Konflik rumah tangga atau dengan insan tersayang
Lebih 70 peratus wanita yang mengalami masalah dalam rumah tangga, percintaan atau perhubungan mengalami masalah stres yang serius. Hingga ada yang mengalami keguguran rambut, haid tidak teratur akibat stres yang memang diketahui akan memberi kesan pada hormon dan kesihatan.
Wanita yang selalu menghabiskan waktu dengan insan yang dicintai dilihat lebih mudah merasai stres begini. Sifat terlalu prihatin atau sensitif turut membuatkan wanita mudah stres begitu juga bila dia berasa kurang kasih sayang atau perhatian.
2. Masalah dengan anak
Wanita yang sudah berumah tangga dan bergelar ibu perlu menjaga hubungan dengan anak-anak. Ini kerana masalah dengan anak anak begitu cepat menyentuh hati ibu dan mudah menyebabkan seorang ibu itu stres. Itu bagi yang anak yang sudah dewasa.
Bagi yang memiliki anak kecil, masalah berkaitan kesihatan, penjagaan dan pengasuhan anak boleh menimbulkan kerisauan dan stres malah kadang-kadang melampau kepada seorang ibu. Ia boleh menyebabkan mereka tak mampu fokus dalam melakukan pekerjaan.
3. Kerja rumah yang tak habis
Sekuat apapun seorang wanita kalau sudah dihadapkan pada kerja rumah tangga yang tidak ada habisnya mampu membuatkan mereka tertekan. Apa lagi jika mereka langsung tak punya peluang untuk berehat.
4. Bebanan tugas dalam pekerjaan
Kerja keras boleh tapi jangan sampai lupa untuk berehat dan menenangkan fikiran. 80 peratus wanita bekerja yang menghabiskan waktu seharian di tempat kerja yang penuh tekanan sangat mudah mengalami tekanan yang serius berbanding mereka yang tahu berehat.
5. Tak cukup zat
Kekurangat zat atau nutrisi yang diperlukan oleh tubuh sebenarnya mampu menyebabkan seorang wanita ini mengalami stres.
Jadi pastikan dapat khasiat yang diperlukan supaya hormon juga seimbang dan tidak mudah emosi dan stres. Elakkan ambil makanan ringan bila berasa stres kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.
JADI SEKUAT MANA PUN WANITA TU, JIKA DIUJI DENGAN 5 UJIAN NI, PASTI MENGELUARKAN AIR MATA... BUKAN AIR MATA SEDIH TAPI TERTEKAN...
Sumber: karangkraf.com
lama x singgah sini .. jom masuk blog aril plk . btw nice entri ..
BalasPadamKesian dengan kaum perempuan ni. zaman skrg ni memang susah nak carik lelaki yg bebetul baik n hargai perempuan n bantu buat kerja rumah semua. huhue. ada tu ada , tp segelintir je kowt.
BalasPadamno i-3 memang sangat menguji
BalasPadambetul MF..setuju dgn entri ini..aa juga tersenarai dlm diri sendiri..
BalasPadamAnak-anak jangan biadab dengan ibu nanti ibu sedih..
BalasPadamsemua tu betul.
BalasPadamcepat betul keluar air mata bila berdepan dengan semua masalah di atas.
alhamdulillah, yang no.1 tu so far tak da konflik besar dgn pasangan.
kita selesai semua masalah tak puas hati ke apa dengan secepat yang mungkin.
yang no.3 tu kekadang boleh burnt out.
sekarang time COVID ni, I am blessed rasanya bila anak2 stay at home tak pergi sekolah, dorang dah pandai bantu kerja2 rumah sikit spt tolong sapu rumah, kemas bilik tidur, susun mainan dorang dan lap meja lepas makan. ni pun dan rasa happy sangat.
Yea, apa yang akak coretkan tue ada betulnya.. Bila terlalu stres kita mudah mengeluarkan airmata.. tapi selalunya kita takkan menangis di depan orang.. hanya Allah saja yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tangisan kita...
BalasPadamsekuat2 hati seorang wanita tu.. akan sampai juga titik hatinya tewas. haaa kat situla point nak berderai air mata. tapii wanita sekalian ! its okay untuk menangis. kita bukan lemah pun kalau menangis.. tp itula tanda kita kuat..
BalasPadam