بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Ini 5 Tips Penting Beli Produk Kosmetik Online | Wanita dan kecantikan tak boleh dipisahkan. Rasanya wanita normal dia pasti nak lihat dirinya cantik. Tak kiralah orang peduli ke tak pasal dia, tapi sebagai wanita mesti dia nak lihat diri dia cantik.
MF tak terkecuali juga bab nak cantik nih... Walaupun korang nampak disebalik kucing hitam je kan... Tapi MF sebagai wanita ye, bukan kucing tetap nak cantik... Eh, kucing pun sentiasa nak bulu dia cantik gak kan.
Masa zaman sekolah dulu, MF biasa dah jaga kecantikan... Zaman sekolah mana ada lagi produk online nih... Jadi, direct je beli kat kedai... Apa jual kat kedai, itulah MF akan beli.
Tapi sekarang ni, nak cantik tak payah susah payah sangat dah... Produk kecantikan banyak dah sekarang, macam-macam jenama ada... Nak putih, nak licin nak muka lonjong, nak hidung mancung semua ada. Sebab sekarang ni semuanya dihujung jari. Online aje nak beli produk kecantikan.
MF sekarang ni memang banyak beli online. Sebab mak anak empat kot, tak mampu nak usung anak semata-mata nak beli krim muka ataupun celak mata. Beli online je senang.
Tapi kalau nak beli produk kosmetik online ni, kena juga tau caranya. Kalau tak membazir wang dan masa je dok belek webshop online tu.
Ini 5 Tips Selamat dan Jimat Beli Produk Kosmetik Online
1. Beli di Official Stores Produk
Produk kosmetik online ni, kita tak payah pening nak beli kat website jenama tu... Memang takde jual. Tapi kita beli je kat Official Stores produk tu sama ada di Lazada atau Shopee. Eh, kenapa dua ni yang MF sebut? Sebab dua ni paling popular di Malaysia. Siapa tak kenal Lazada dan Shopee, anak MF umur 3 tahun dah kenal sangat dah... siap nyanyi lagi...Kat Lazada dan Shopee memang banyak Official Stores produk kosmetik nih. Pilih sahaja jenama apa kita suka, beli direct terus dari situ.
Apa kelebihannya?
Lebihnya, kita rasa lebih yakin dan selamat dari terkena produk tiruan atau produk yang hampir tarikh tamat tempoh.
Dan lebihnya, senang kita nak returned barang yang salah hantar. Macam pengalaman MF beli produk Cosmoderm di Official Store Lazada. MF direct chat dan dia respond dan terus dia pos barang yang baru kat MF, dan rezeki MF tak kena pulangkan pun produk yang dia salah hantar tu.
Nak jimat banyak gunakan Lazada Voucher produk-produk dari Official Store nih. Save banyak tau!
2. Lihat review
Beli online, apa barang sekalipun jangan pernah culas untuk baca review. Kena study sikit bab nih. Review nih penting sangat. Ini sebagai petunjuk untuk kita pilih produk tu... Kalau yang banyak review lagi bagus, sebab kita boleh buat pilihan dengan lebih tepat.3. Pilih ikut kategori yang betul
Nak memudahkan kita memilih, pilihlah ikut kategori yang kita nak. Kalau nak beli produk dengan jenama tertentu, pun boleh... Kenapa kena ikut kategori, supaya kita buat pilihan yang selamat dan tak salah produk.4. Pastikan semak produk kosmetik sebelum beli.
Lambakan produk kosmetik sekarang ni, buatkan kita kena lebih berhati-hati. Sebelum beli sesuatu produk, sila semak dulu produk tu ada KKM Approved ataupun Halal JAKIM. Tapi memang jarang jumpa produk kosmetik ada logo halal kecuali beberapa produk seperti Safi, Shokubutsu, Garnier dan beberapa produk lain. Tapi kalau takde halal pun, pastikan ada kelulusan KKM atau NPRA. Itu lebih meyakinkan.5. Beli di Official Store yang jual produk kosmetik
Tips kelima ni penting untuk kita beli produk kosmetik dengan lebih jimat dan selamat. Jika secara offline, kat mana kita boleh dapatkan produk kosmetik? Mestinya terlintas di minda kita Watson kan... Bagi yang tak mampu nak walk in ke watson, boleh je jengah ke Watson Online.Watson online ni antara tempat shopping produk kosmetik pilihan MF la... Sebab kalau nak bandingkan harga memang jimat gila...
Tapi lagi jimat kalau guna Watson Promotion untuk beli produk kosmetik di Watson. MF guna pun memang jimat banyak. Rugi kalau tak guna..
MF rasa, cukuplah kot lima tips tu... Apa pun dari pengalaman MF, memang jimat banyak beli produk kosmetik online ni. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat juga poket.. Jadi, memang MF tak kan ragu-ragu untuk beli produk kosmetik online.
Sekian, semoga bermanfaat.
tips yang sangt bergunaaaaa :D
BalasPadamtips yang sangat berguna dan patut di ikut oleh para pembeli online tegar :-)
BalasPadamtq share tips
BalasPadam