بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Suri rumah sinonimnya dengan seorang isteri yang tidak bekerja dan hanya tinggal di rumah... Menguruskan rumahtangga sepenuhnya.
Suri rumah tiada gaji tetap, tapi zaman sekarang dah ramai suri rumah dah bergaji sampingan dengan menjana pendapatan secara Online dan offline.
Susah dah nak cari suri rumah yang 100% tumpu kat rumahtangga tanpa ada pendapatan lain.
Apa pun, wanita atau isteri bekerjaya sepatutnya perlu dapat title suri rumah ni...
Sebab semua kerja yang suri rumah sepenuh masa buat, suri rumah bekerjaya juga buat cuma buat selepas waktu kerja.
Suri rumah ni walaupun bekerja atau tidak tapi ada kelebihan mereka yang tersendiri..
Tak ramai orang nampak kelebihan mereka ni..
5 Kepakaran Suri Rumah Yang Tak Orang Ramai Tahu
#1 - Support System terbaik suami
Suri rumah sentiasa memberi sokongan kepada suami.... Apa pun dia akan jadi penasihat dan beri sokongan dengan idea dan cadangan suami.
#2 - Personal Assistant terbaik suami
Para suami tak sendiri lah kalau sehari bini takde kan.. Huru hara juga kan.. Mana pula letak stokin kan.. Hehe..
#3 - Coach terbaik anak anak sendiri
Walaupun anak ni kadang 10 kali suara mak baru nak buat... Tapi mak sentiasa bagi panduan, ajar dengan sabar je... Walaupun kadang tu naik juga high temperature.. 🤣🤣🤣
#4 - Mediator terbaik anak dan pasangan
Mediator tu apa... Jadi sumber perhubungan antara anak dengan bapa. Kadang anak takut nak minta kat bapa... Jadi, mak lah jadi tukang sampaikan dan tukang minta..
#5 - Specialist mengurus rumah
Yang tak dinafikan... Bab rumahtangga serah Kat suri rumah. Memang pakar lah... Tersusun dan cantik bersih rumah.
Masa bapa pergi kerja, rumah berkecah macam tongkang pecah. Tapi 10 minit suami nak balik... Berkilat lantai rumah... Hebat kan.. Hehe..
Itulah kepakaran suri rumah... Zaman sekarang ada juga suri rumah dari kalangan suami... Jadi, sama je... Ada kelebihannya juga.
Apa pun, walaupun mereka ini pakar, suri rumah ada manusia ya.. Mereka bukan robot... Mereka ada rasa penat... Jadi, suami walaupun penat kamu bekerja tak sama penatnya dengan penat suri rumah ni...
Jadi, nak rumahtangga harmoni... Saling bekerjasama.. Sama-sama buat dan sama-sama penat... Insha Allah.. Rumahtangga bahagia.
Ye betul.. ^^
BalasPadam