بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman sekarang mencabar nak didik anak. Macam-macam teknik parenting ada zaman sekarang. Tapi MF ambil tip dan cara didik "Mak Malas" untuk didik anak-anak tak kira lelaki atau perempuan.

Seawal 2 tahun MF akan mula mendidik dan ajar.

Ini Cara 'Mak Malas' Didik Anak!

Ini Cara 'Mak Malas' Didik Anak!

📌Sebelum tidur.

Mak 'malas' tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.

📌Anak makan.

Mak 'malas' tak kemas meja makan. Mak 'malas' kata, "lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab". Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak 'malas' cuma touch up kasi elok saja.

📌Anak main.

Mak 'malas' tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak 'malas' memetir juga.

📌Anak mandi.

Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak 'malas' tak kutip. Mak 'malas' kata, "baju kotor masuk bakul". Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak 'malas'.

📌Spring cleaning.

Mak 'malas' tak buat sendiri-sendiri. Mak 'malas' kata, "Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur".

Nasiblah dapat Mak 'malas'.

Hakikatnya Mak 'malas' bukan malas.
Mak 'malas' nak didik anak tentang tanggungjawab.
Mak 'malas' bukan kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita.
Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli.

Biar Mak 'malas' memetir sekarang daripada akan datang menyusahkan isteri, menyusahkan suami.

"Mak ko tak ajar dari kecik ke?".

Cara didikan ni memang nampak kejam kan.. Macam tak sayang anak, tapi MF yakin ini cara untuk anak-anak ni belajar survive.

MF selalu cakap... Ummi bukan tak sayang, tapi nak ajar anak-anak belajar bedikari.

MF mula terdetik tu, lepas tengok satu drama tajuk Ammar kot kalau tak silap. Seorang anak yang hidup senang lenang... sampaikan nak makan pun semua orang sediakan depan mata. Bila mak pak meninggal satu benda tak reti apa.. dan semua nak kena harapkan orang.

Tak nak anak MF jadi macam tu... MF tekad latih anak survival dari kecik. Si kakak tu ready untuk buat semua kerja dapur... Insha Allah, nak juga ajar dia... supaya dia tahu erti kehidupan sebenar.

Sekian.

5 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Betul tu. Dari kecil la kena biasakan buat kerja rumah

    BalasPadam
  2. Ada jg hikmah..anak dapat berdikari tapi mana peranan ibubapa kan..risau jg membaca hal malas ni ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibu bapa sebagai pembimbing atau fasilitator... bukan biarkan anak buat semua kerja tu sendiri tanpa pengawasan.

      Padam
  3. saya kategori "mak malas" dan setiap sorang anak kat rumah ada duty sendiri.Sebenarnya dalam tempoh usia anak 6-12 tahun adalah waktu terbaik didik anak dengan kerja2 di rumah supaya anak berdikari dan bertanggungjawab.

    BalasPadam
  4. Usaha mendidik anak yg menarik..Alhamdulillah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama