Resepi Garlic Bread Paling Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Garlic Bread Paling Mudah | Bila tekak tak lalu nak makan nasi, terpaksa memikirkan menu yang boleh diterima tekak.. Seperti biasa, rujukan mencari menu menarik ialah Facebook... Dalam dok scroll tu, terjumpa satu resepi berasaskan roti tapi sedap.

Garlic Bread atau roti bawang putih antara menu feveret bila makan kat pizza hut... Sedap roti ni kalau dapat makan dan dicicah dengan mushroom soup atau sup cendawan.

Biasa, Garlic Bread ni nak kena uli dan sebagainya.. Tapi resepi ni ringkas dan tak perlukan proses uli dan bahan yang banyak... Memang simple tapi rasa tetap macam roti bawang putih walaupun rupanya tak sama.

Resepi Garlic Bread Paling Mudah

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Marjerin - MF guna jenama Planta, boleh juga butter... jika buat untuk anak sebaiknya guna marjerin atau butter tanpa garam (unsalted butter).
  • 3 ulas bawang putih

Cara-caranya:


1. Tumbuk bawang putih hingga halus


2. Potong roti memanjang. Tapi nak potong cara lain pun terpulang ikut citarasa masing-masing.

3. Tumis bawang putih dengan sedikit marjerin hingga naik bau


4. Kemudian, campurkan tumisan bawang putih tadi dalam 2 sudu marjerin. Gaul hingga rata dan sebati.


5. Sapu, campuran marjerin dengan bawang putih atas roti.

6. Bakar dalam oven atau pemanggang ajaib. Kalau guna pan pun boleh. 


7. Siap untuk dimakan.


Sedap roti ni, berulang-alik anak-anak makan... Bertambah sedap bila dicicah dengan sup cendawan... Menu simple sesuai untuk minum petang ataupun sarapan pagi. 

Selamat mencuba. 


Resepi asal: Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan