3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga | Rumahtangga yang dibina memang penuh pahala. Tapi andai tidak dijaga mengikut landasan syariat boleh mengundang dosa dan murka Allah Taala... 


3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga


3 Senarai Dosa Suami Isteri sering buat dizaman moden ni, hingga boleh meruntuhkan rumahtangga. Jom semak... 

1. LUAH MASALAH RUMAH TANGGA & KUAT BERAHSIA

Di depan isteri bukan main romantik tapi bila isteri tiada sesuka hati mengurat anak dara orang, isteri pula jika suami ada di depan mata pandailah jaga pergaulan tapi jika suami tiada mulalah mencari ‘suami orang atau jejaka bujang’ meluahkan segala keluhan pasal rumah tangga dan aib keluarga. 

Suami gatal isteri pula cari jantan, dosa apalagi yang boleh mengheret mereka ke lembah neraka dunia akhirat selain dosa zina?

Peliknya suami isteri sekarang masing-masing tak boleh tengok telefon pasangan. Jika benar-benar jujur tak perlu kita tutupi apa yang kita sembunyi dalam telefon.

Jika benar-benar jujur siapa pun boleh tengok dan baca tanpa kita takut dan risau impak yang akan terjadi. Waspadalah hasutan syaitan, kemungkinan kita bermaksiat amat tinggi jika bersendirian!

Dosa yang dilakukan apabila bersendirian akan meranapkan amalan sebesar gunung yang menjulang tinggi. Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Aku benar-benar mengetahui rombongan-rombongan manusia dari kalangan umatku, mereka datang hari kiamat nanti dengan membawa pahala sebesar gunung Tihamah yang berwarna putih akan tetapi Allah menjadikannya debu yang berhamburan. Tsauban (seorang sahabat Nabi) berkata: Wahai Rasulullah terangkanlah sifat mereka kepada kami, terangkan keadaan mereka kepada kami agar kami tidak termasuk golongan mereka kerana kami tidak mengetahui.

Baginda s.a.w bersabda: 
Sesungguhnya mereka itu adalah saudara-saudara kamu dan dari kulit kamu, mereka mengisi sebahagian malam (dengan ibadah) seperti kamu namun mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian mereka melanggar perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.” (hadis riwayat Ibnu Majah di sahihkan oleh syaikh Al-Albani)


2. SAKITKAN HATI PASANGAN & JADIKAN HAMBA

Suami yang menzalimi isteri, mengambil hartanya, memperhambakannya, memukul, hatta memaki dan menyakiti perasaan isteri akan dituntut dosa-dosanya itu di akhirat nanti. 

Begitu juga isteri yang menyakiti suami, tidak akan terlepas sehalus debu pun dosa yang anda lakukan, ia akan dibayar dengan pahala yang anda kumpulkan.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: 
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? Para sahabat menjawab: orang yang muflis itu adalah mereka yang tidak punya wang dan barang. Baginda bersabda: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang di hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia mencaci orang, menuduh orang, makan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang. Maka hamba yang dizalimi itu diberi segala pahala-pahalanya dan jika belum habis (hutang kezaliman) maka dosa-dosa orang itu dipindahkan ke atasnya kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Siapakah yang paling banyak kita zalimi di rumah? Bagaimana jika pasangan kita tidak redha, dosa-dosa dalam rumah tangga sememangnya tidak boleh dipandang ringan, ia boleh melemparkan kita ke dalam neraka. 

Bila kita belum bertaubat, tidak sempat meminta maaf, sentiasa mengulangi kezaliman pada pasangan, bagaimana kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak?


3. TAYANG AURAT & BERI KEBEBASAN PERGAULAN ANAK

Seorang lelaki berbangga di hadapan kawan-kawannya menayangkan bentuk badan anak dara dan isterinya yang membuka aurat untuk mendapat pujian cantik dan seksi. 

Ibu yang memberi izin anak bujangnya menjemput kekasih sampai ke dalam bilik, meraikan kemaksiatan di rumah atas sebab tuntutan kemodenan dalam pergaulan.

Meraikan hiburan sampai lupa sembahyang, tak ingat al-Quran. Malu berpakaian dan berakhlak Islam, mengagung-agungkan budaya barat dan menutup pintu-pintu hidayah masuk ke rumah. Ibu bapa yang sebegini menanggung dosa anak kerana mengajar mereka buat maksiat.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w: 
“ Sesiapa yang melakukan kejahatan kemudian diikuti oleh orang lain, sesungguhnya dia menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa-dosa mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Tiga senarai dosa suami isteri ini sudah cukup menakutkan, tak payahlah saling menuduh satu sama lain tentang siapa yang paling banyak dosanya, suami isteri kena bertolong bantu menghapus dosa dan menambah pahala. Jika tidak, rumah tangga sentiasa diliputi kejahatan, kerisauan, kebencian dan akhirnya runtuh di tepi jurang neraka, ya Allah lindungilah keluarga kami!

Sumber: Nurani@karangkraf.com

Nampak remeh tapi sebenarnya dosa ini banyak mengundang masalah dalam rumahtangga. Jika dibiarkan Allah murka dan seterusnya mengundang banyak masalah hingga boleh menyebabkan penceraian. Jika ada dosa ni, moga cepat-cepat berubah, bertaubat dan perbaikinya supaya ianya tak mengundang murka Allah.

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Moga Allah lindungi dan memberi rahmat dalam rumahtangga yang sedang dibina... insyaAllah Amin...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !