Maria Firdz - Lifestyle Blogger: Husband n Wife
Memaparkan catatan dengan label Husband n Wife. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Husband n Wife. Papar semua catatan

Januari 09, 2020

Nak rumahtangga bahagia, amalkan 7 sikap ni sejak dari mula kahwin!

7 sifat mulia dalam rumah tangga
Sumber: google images

7 sifat mulia dalam rumah tangga

1. Jujur

Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan. Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri. Apabila hati sudah bersih, pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.

2. Bertanggung jawab

Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggung jawab masing-masing setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku pertelingkahan. 

Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggung jawabnya memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah. 

Bagi isteri dan anak-anak pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

3. Berwawasan

Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga. 

Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah. Dalam pada itu, masing-masing perlu sedar tujuan asal kita diwujudkan dalam dunia ini dan tahu kepada siapa kita akan kembali kelak. Barulah hidup lebih diberkati dan diredai.

4. Disiplin

Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. 

Melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

5. Bekerjasama

Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung.

Kalau dalam rumahtangga ada berat sebelah itu yang boleh cetuskan pergaduhan dan tak puas hati. 

"Asyik aku je buat, dia dok goyang kaki." itu yang boleh jadi punca rumahtangga bergoyang.

6. Adil

Tidak kira suami ataupun isteri, mestilah sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa.

Adil bukan tunggu ada banyak isteri... Adil ni, adil terhadap isteri dan anak. Adil antara ibu bapa dan isteri, adil antara kerjaya dan keluarga. 

Memang susah nak berlaku adil kerana adil ni sifat Allah, tapi kena usahakan walaupun tak mampu nak adil dalam semua perkara.

7. Prihatin

Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari. 

Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera.

Ambil tahu dan peduli hal dalam rumahtangga walau sesibuk mana sekalipun. 

Kewajipan suami

  • Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
  • Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
  • Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.

Kewajipan isteri

  • Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
  • Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
  • Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.

11 amalan mulia dalam keluarga

  • Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
  • Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
  • Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
  • Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
  • Saling sayang-menyayangi.
  • Boleh bertolak ansur.
  • Bertanggungjawab dan amanah.
  • Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
  • Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
  • Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
  • Sentiasa senyum.
Sumber: Pa&Ma

Disember 18, 2019

Bagaimana Lelaki dan Wanita Melihat Warna


Berbeza bukan... 

Bagaimana Lelaki dan Wanita Melihat Warna

Lelaki dia kelaskan dan kelompok kan... wanita pula pecahkan setiap warna tu dengan lebih detail.. Sebab tu kalau nak cat rumah, kadang bertekak juga suami isteri...

Suami kata buh warna biru je.. isteri akan tanya biru apa??? Biru laut, biru lembut, biru terang...bla...bla...blaa... 

Sama juga jika membeli belah, cari tudung...nak matchkan dengan baju... kena pula baju tu banyak kombinasi warna, lagilah lama memilih dalam membeli tudung... lelaki takde... simple je dia kan...

Suami susah nak faham isteri??? 

Sebab tu, suami-suami tak faham bila:

Isteri dok belek baju dalam satu almari, boleh kata takde baju nak pakai...
Isteri dok tengok kasut kat rak kasut, boleh kata takde kasut nak pakai... 

Jangan pening ea para suami... ini lumrah dan normal kebanyakan perempuan... ada juga perempuan yang simple... tapi seperti aku katakan...kebanyakan... bukan semua ea.. 

Lelaki dan wanita berbeza tapi boleh hidup bersama

Jadi, kita memang berbeza kan... tapi kita boleh bersama dan sehati sejiwaa... kerana apa??? Kerana tautan hati dan cinta anugerah Ilahi... 

Disember 10, 2019

Doa Seorang Isteri

Doa Seorang Isteri

doa seorang isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat, 
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas, 
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal, 
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, 
Kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista, 
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, 
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah... 
Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash... 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu, 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya...
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.. 
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu, 
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya. 
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu, 
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, 
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu...
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu, 
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya. 
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan, 
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya. 
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan, 
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena. 

Ya Allah... 
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku.
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. 
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai. 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri, 
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu. 
Sekiranya aku ingkar dan derhaka, Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu.

Ya Allah...
sesungguhnya, 
Aku lemah tanpa petunjukMu, 
Aku buta tanpa bimbinganMu, 
Aku cacat tanpa hidayahMu. 
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku, 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, 
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu, 
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah. 
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan, 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.

Kerana aku sedar hinanya aku, 
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru, 
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu, 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu, 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati, 
Isteri yang dikasihi, 
Isteri yang solehah, 
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Ameen,ameen Ya Rabbal 'Allameen..

Sumber: FB sahabatku.. diizinkan untuk share

p/s: print dan tampal kat bilik supaya boleh baca hari-hari... 

Cara Nak Tegur Isteri , patut ke, aibkan isteri di laman sosial?


cara nak tegur isteri


Menegur Isteri Suatu Cabaran


Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki. Walaupun ianya nampak mudah, tapi kalau tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.

Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan.

Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami membontoti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren.

Fitrah Wanita Perlu Di Tegur

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan.

Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itulah Baginda S.A.W telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:

Sabda Nabi S.A.W:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita”
(Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Cara Nak Tegur Isteri

Sebagaimana pesan Nabi S.A.W, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.

#1 Tegur dengan lisan (bercakap terus terang)

Teguran boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang.

Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.

#2 Tegur melalui penulisan

Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri.

Jangan sekali-kali menegur isteri dengan SMS atau WhatsApp kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya mesej tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.

Kalau nak guna mesej, kena tau ayat yang sesuai supaya takde berlaku salah faham. Sebab wanita ni pelik sikit, lain yang disampaikan lain yang dia faham.

Teguran mestilah berhikmah dan mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan “kekuasaan” sebagai suami semata-mata. 

Bahana Suami Tidak Menegur

Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Tak kisah isteri nak buat apa pun... Nak selfie, buka aurat, beli pakaian, membazir dan sebagainya. Ini berlaku terutama kepada isteri yang segalanya lebih dari suami... sampaikan suami diam takut nak tegur.

Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.

Takutlah akan pesan Baginda S.A.W :

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , berkata nabi : “ Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) – ( Riwayat At-Tabrani)

Menegur Isteri Tanda Kasih Sayang

Ada yang rasa, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya.

Tapi kalau tak tegur pun boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Sebab, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.

Kalau isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga.

Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus. 

Hidupkanlah budaya tergur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.

Analogi

Isteri ni lembut, kalau berlembut dan hikmah dengannya, dia boleh ikut... Jangan dia buat salah lepas tu aibkan dia, cari perganti lain..

Ibarat kereta, kalau kereta rosak, cuba repair... insha Allah tahan lama lagi... bukan cari baru ganti.. dan kereta kalau dijaga elok, lama lah dia bertahan kan...

Sekian, semoga bermanfaat. 

Disember 08, 2019

Kata-kata Untuk Suami Isteri | Bila dah jadi suami isteri

Kata-kata hikmah ni, selalu ku ulang bersama, ku tampalkan pada almari pakaian di bilik.. untuk sentiasa ingat-mengingati.. Indah dan bahagianya  hidup jika kita ikhlas memberi dan menyayangi... kerana Ilahi... Inilah renungan bersama... Mari kita renung-renungkan...

Kata hikmah suami isteri u tuk renungan bersama

Buat para SUAMI,
renungkanlah...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah pula setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah...

Justeru,
isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
seandainya isteri tulang yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.
Kamu bukanlah Rasulullah SAW,
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Buat para ISTERI,
renungkanlah...
pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia,
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,
tidak pula setaqwa Ibrahim,
pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,
apalagi setampan Yusuf.

Justru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya,
suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya,
saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya,
seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya,
seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT...
Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna di dalam menjaga,
pun bukanlah Hajar,
yang begitu setia dalam sengsara,
kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

Kerana itu,
wahai para suami dan isteri,
jangan menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
dan,

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Yaa Latief.... wahai Yang Maha Lemah Lembut..
berlemah lembutlah kepada kami....
amin.

Renungan bersama buat para suami isteri.... 

Disember 06, 2019

Kenali Ciri-ciri Suami Nusyuz!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenali Ciri-ciri Suami Nusyuz! | Nusyuz popular istilah ni bagi isteri. Tapi sejak kebelakangan ini, menjadi buah mulut netizen bab hukum isteri yang diceraikan sebab nusyuz.

Mudah betul suami istilahkan isterinya nusyuz kan... hmm.. Nampak sangat macam suami gila kuasa.

Tapi itulah, walaupun ada undang-undang pasal isteri nusyuz, suami pun tak terkecuali jika nusyuz.

Eh... nusyuz ni apa?

Senang kata, nusyuz ni adalah derhaka atau ingkar perintah.

Suami boleh memerintah isteri, sebab memang suami ada hak ke atas isteri. Isteri yang ingkar perintah suami dikira nusyuz.

Tapi, isteri tak boleh perintahkan suami kan... Jadi, macam mana wujud istilah suami nusyuz?

Ya, betul... Isteri tak boleh arahkan suami, tapi perintah kepada suami ialah Allah atau hukum Allah.

Suami yang langgar hukum/perintah Allah supaya berbuat baik, dan bertanggungjawab kepada isteri dan ahli keluarganya, ialah suami yang nusyuz.

Dalam perundangan syariah Islam, ada satu peruntukan khas bagi suami yang ingkar perintah ni..


Iaitu peruntukan seksyen 127 dan 128 yang menyebutkan:
“Seseorang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.”

Dan
“Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak; adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.”

Bermaksud; bagi para isteri yang berhadapan dengan suami yang sengaja engkar atau enggan melaksanakan tanggungjawab yang patut sebagai seorang suami, boleh gunakan dua peruntukan ini untuk mengisytiharkan suami sebagai gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau nusyuz.

Jadi, isteri kena tahu bab nih... supaya boleh dakwa suami yang nusyuz di mahkamah.

Ok, apa pula ciri-ciri yang nusyuz?


Kenali Ciri-ciri Suami Nusyuz!

Dalam surah an-Nisa, ayat 128 Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan sulh yang sebenar-benarnya dan sulh itu lebih baik (bagi mereka)”.

Menurut Imam Said Hawa dalam mentafsirkan ayat ini, nusyuz bagi seorang suami bermaksud:

1. Mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri iaitu tidak menggaulinya atau tidak berkomunikasi dengannya);

2. Tidak memberi nafkah yang sewajarnya;

3. Menyakiti isteri dengan maki hamun atau memukulnya;

4. Kurang bercakap dan atau kurang bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain.

Al-Qurtubi pula dalam menjelaskan ayat yang sama, sekiranya isteri berpendapat suaminya bersikap nusyuz antaranya engkar dan menjauhkan diri atau i`eradh iaitu tidak bertegur sapa dan tidak bermesra, dia bolehlah menawarkan sulh (sebutan suluh) kepada suaminya. Sulh boleh berlaku melalui:

1. Tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan, atau;

2. Tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain, atau;

3. Isteri boleh memohon agar dia dilepaskan dengan baik jika si suami tidak mahu lagi melaksanakan hak si isteri dengan sebaiknya.

Isteri boleh ceraikan suami

Dalam syariat ditetapkan isteri juga boleh memohon pembubaran perkahwinan menggunakan fasakh sekiranya si suami bertindak nusyuz, seperti alasan yang ditetapkan menerusi peruntukan seksyen 52, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan memperuntukkan: seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang disenaraikan antaranya:

(a) Bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) Bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) Bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(d) Bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain:
(i) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau

(ii) Berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau

(iii) Melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau

(iv) Jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak.


Ilmu munakahat ni, masa belajar nak dapat sijil tak ramai beri perhatian... Bila jadi sesuatu isu baru buka google.

Sebab tu, MF pesan kat anak murid tingkatan 5, jangan dibuang buku nota pendidikan Islam, sebab dewasa nanti, boleh belek balik buku tu.. ada gunakan.

Semoga perkongsian ni, membuka mata dan hati wanita.

Wanita bukan lemah, tapi ada haknya.. Islam itu adil dan tidak menindas wanita.

Sekian... 

Oktober 13, 2019

Ciri Rumah Tangga Yang Paling Rapuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ciri Rumah Tangga Yang Paling Rapuh | Dalam al-Quran, Allah menggambarkan bahawa rumah yang paling lemah atau rapuh itu adalah rumah labah-labah. Firman Allah:

إنَّ أَوْهَنَ البُيُوتِ لَبَيْتُ العَنكَبُوتِ

“Sesungguhnya selemah-lemah rumah itu adalah rumah labah-labah.” (al-Ankabut)

Ayat ini pada hakikatnya menceritakan tentang sifat Qurasyh yang mengambil berhala sebagai tuhan mereka.

Tindakan syirik Quraysh ini adalah seumpama labah-labah yang membina rumah mereka yang lemah, rumah yang disifatkan sebagai rumah yang paling lemah.

Ciri Rumah Tangga Yang Paling Rapuh

Ciri Rumah Tangga Yang Paling Rapuh

Timbul persoalan disini, mengapa rumah labah-labah dikatakan sebagai rumah yang paling lemah?

al-Imam al-Suyuti di dalam tafsirnya menjelaskan bahawa sarang labah-labah adalah sangat rapuh dan lemah kerana ia adalah seperti berhala kerana tidak mampu memberikan perlindungan kepada isi rumahnya daripada panas dan hujan. Kata la-Suyuti:

لا يدفع عنها حراً ولا برداً كذلك الأصنام لا تنفع عابديها

“(rumah atau sarang labah-labah disifatkan sebagai rumah yang paling lemah) kerana ia tidak mampu melindungi isi rumahnya daripada sebarang (ancaman) kepanasan maupun kesejukan. ia seperti sifat berhala yang tidak mempunyai manfaat buat manusia.” (Tafsir al-Jalalain)

Manakala penafsiran moden pula memberikan sudut pandangan yang berbeza.

Rumah labah-labah dikatakan lemah kerana proses persenyawaan (mengawan) bagi menghasilkan telur akan mengorbankan labah-labah jantan.

Kajian yang dijalankan oleh Spain's Experimental Station of Arid Zone mendedahkan bahawa bagi menghasilkan telur, labah-labah betina akan membunuh labah-labah jantan bagi mendapatkan nutrisi keperluannya untuk menghasilkan telur.

Ini bererti rumah tangga labah-labah, bukan sahaja dilihat lemah dari aspek fizikalnya, bahkan rumah tangga mereka dilihat rapuh kerana labah-labah betina akan memakan labah-labah jantan dalam proses mengawan untuk menghasilkan telur (proses yang turut digelar sebagai Sexual Canibalisme).

Bahkan sekiranya diperhatikan di dalam hadith, rumah tangga turut boleh menjadi goyah dan lemah apabila si lelaki bersikap dayus, iaitu membiarkan perlakuan maksiat di dalam rumahtangga.

Sabda Rasulullah:

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

“Terdapat tiga golongan yang Allah haramkan kepada mereka syurga iaitu: Mereka yang ketagih arak, penderhaka terhadap ibu bapa dan orang yang Dayus, iaitu yang membiarkan perlakuan jahat (atau maksiat) di dalam ahli keluarganya. (HR al-Nasa’i)

Begitu indah perumpaan yang dipersembahkan oleh al-Quran bagi membuka hati manusia supaya mendekatkan diri dengan Allah Pencipta sekalian makhluk.

Semoga Allah membimbing kita.



Kesimpulan

Rumahtangga menjadi rapuh bila isteri lebih dominan dari suami. Segala keputusan isteri yang berkuasa. Suami menjadi 'pak turut'. Sehinggakan hal keperluan suami pun ditentukan isteri.

Suami tidak berkuasa dalam rumahtangga, menandakan rumahtangga itu rapuh dan akan mula mengundang murka Allah.

Suami sepatutnya kena bertindak sebagai ketua rumahtangga... Jadi leader... Membuat keputusan setelah berbincang dengan ahli keluarga.

Suami yang membiarkan isteri menguasai segalanya, bermakna suami yang dayus. Sebab bila isteri berkuasa dia tak kan mudah untuk mengikut perintah suami.

Suami yang dayus membiarkan sahaja kemaksiatan berlaku dalam rumahtangganya. Isteri tidak menutup aurat, anak yang bebas bermaksiat. Nauzubillah...

Dalam bab ni.. MF suka untuk ambil kisah keluarga Norman Hakim...

Bila mana Allah uji rumahtangga nya musnah dengan Abby, dia kembali kepada fitrah... Mendekatkan diri kepada Allah... Ambil yang positif dan kembali kepada Allah... Alhamdulillah... Sungguh berinspirasi kisah keluarga besar mereka ni...

Bila kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak pinjaman kita.

Nak rumahtangga yang bahagia kena kembali kepada Allah... Tanpa Allah siapalah kita kan...

Semoga bermanfaat... 

September 26, 2019

Batalkah Wuduk Suami Isteri Jika Bersentuhan?


Batalkah wuduk suami isteri jika Bersentuhan

Isu yang biasa jadi persoalan. 

Mungkin ada yang dah tau jawapannya... Tapi sejauh mana kefahamannya. 

Isu, batalkah wuduk suami isteri jika Bersentuhan?

Kita ada 4 mazhab... Dan 4 mazhab tu ada pandangan yang berbeza bab ni... Semuanya kemukakan dalil dari hadis dan al-Quran.

Jadi, tiada siapa yang betul dan tiada yang salah. 

Tapi kita rakyat marhaen ni nak ikut yang mana?

Kita ikut lah seperti yang ditetapkan pemerintah... Iaitu ikut mazhab Syafie. 

Tapi kalau korang orang yang berilmu.... Kaji bab hadis bab dalil dan lain-lain ilmu fiqh.. Nak ikut mazhab lain dalam bab ni... Boleh... Dipersilakan...

Cuma MF ingat pesanan ustaz MF dulu... Kalau nak kira batal wuduk... Cara wuduk juga dari mazhab yang sama. Kalau ambil wuduk cara mazhab Syafie, batal wuduk juga ikut mazhab Syafie. Tak boleh campur adukkan kerana ianya masih dalam permasalahan yang sama iaitu wuduk. 

Jadi, bagi MF sendiri... Senang ikut saja mazhab Syafie. 

Tidak batal wuduk sekiranya berlapik. Dan tak batal wuduk jika Bersentuhan gigi, kuku, rambut atau janggut kerana anggota itu tidak termasuk kategori kulit. 

Lagipun dah sebati hukum tu sejak zaman sekolah dok belajar kan... Kalau nak ubah tu nak kena kaji, mengaji dan buka serta hadam kitab dulu la kot. Bukan boleh main ikut youtube je kan... 

Bab hukum jangan main ikut je.. Kena ada ilmu... Dan sentiasa lah cari ilmu bab fekah ni... Sebab setiap masa ada saja permasalahan hukum yang akan timbul dalam diri kita sendiri. 

Sekian... Semoga bermanfaat. 

Ogos 30, 2019

Ini 9 Kesan Jika Peluk Seseorang, Tapi Jangan Salah Peluk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini 9 Kesan Jika Peluk Seseorang, Tapi Jangan Salah Peluk

pelukan, kuasa pelukan, kelebihan pelukan


  1. Mengurangkan ketegangan semasa konflik 
  2. Meredakan stress 
  3. Kuatkan ketahanan tubuh melawan penyakit 
  4. Baik untuk kesihatan jantung 
  5. Rasa dihargai 
  6. Sentuhan merangsang hormon gembira 
  7. Membuatkan rasa selamat dan dilindungi 
  8. Meningkatkan keyakinan
  9. Mengurangkan risiko penyakit mental 


Pelukan adalah terapi universal. la membuat seseorang rasa lebih balk, sihat dan gembira. Apabila terasa sedih, gembira, teruja, seronok atau ingin memberi dorongan, pelukan sentiasa ada peranan.

Kredit: PHM

Pelukan ni hanya akan memberi kesan kepada orang yang memang kita boleh peluk... Halal di sisi Islam. Kalau peluk yang haram, tak kan beri kesan positif bahkan memberi dosa percuma... hihi... Jadi, jangan salah peluk...


Info pelukan dari pembacaan MF:

Tips suami isteri:
Setiap hari pastikan 7 kali pelukan antara suami isteri... pelukan kasih sayang, bukan pelukan yang ehem...ehem tu ye...

Kalau pelukan untuk anak, pastikan anak perempuan yang masih belum baligh mendapat pelukan kasih sayang dari ayah secukupnya .. ini antara tips untuk mengurangkan gejala gedik dalam kalangan anak remaja.

Oktober 03, 2018

Betul Ke Mak Anak Ramai Selekeh Di Rumah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betul Ke Mak Anak Ramai Selekeh Di Rumah? | Sejak dua menjak ni dok dengar kes rumahtangga bergoyang sebab suami nampak bini selekeh di rumah.

Lepas ada juga yang kongsikan kisah artis cantik walaupun anak ramai.

Ramai lah mak bawang kata.. Alah.. Dia ada orang gaji... Duit dia banyak... Boleh la pakai cantik..

Pastu ada juga bagi alasan...

Ala.. Anak ramai.. Mana sempat nak siap lawa...

Anak Ramai .. Mana sempat nak make up.

Ada je alasan..

Tapi...

Sebenarnya, bukan alasan untuk comot di rumah walaupun anak ramai...

Tak kan lah anak kita tu tak reti penat kan...

Walaupun mandi kerbau tapi masih sempat berwangi tanpa alasan.

Bila suami semakin berusia.. Isteri wajib melawa kalau tak nak dia pandang lawa di luar. Sebab itu memang lelaki...

Nak jaga hati, kena jaga mata dia juga...


OK.. Ini tips mudah untuk bini cantik di rumah walaupun anak ramai..

7 Tips Cantik Mak Anak Ramai

1. Mandi awal pagi

Sebaiknya mandi sebelum subuh... Biasanya anak tak bangun lagi kan waktu tu... Kalau dah bangun pun.. Insha Allah sempat lagi mandi..

Tak perlu berlama di bilik mandi... Mandi, gosok gigi dan syampu rambut itu paling utama setiap hari.

2. Pakai baju paling cantik dan seksi

Tak kisah suami ada atau tak.. Pakailah yang paling cantik.

Lupakan kain batik dan T-shirt .. Kecuali jika pakaian tu yang suami suka.

Pakailah peplum ke... Kebaya ke... Bila dirumah... Dress tanpa lengan pun cantik.

Sekarang ni kat online banyak jual yang murah..

3. Tukar baju selepas buat kerja rumah

Jangan pakai baju dari awal pagi sampai maghrib...

Sebab baju tu dah berbau peluh dah..

Wajib tukar baju kalau baru lepas masak dan siang ikan...

4. Pastikan badan sentiasa wangi

Deodorant dan minyak wangi spray wajib ada kat rumah. Bukan ada je.. Tapi wajib pakai.. Berwangilah untuk suami.. Dapat pahala. Nak pula bila hampir dia nak balik kerja.. Cuba buat..

5. Solekan nipis

Tak perlu blusher dan maskara... Cukup oles bedak tipis dengan lipstick yang menyerlah. Kat rumah takpe nak pakai merah ang pun... Sebab yang digoda suami sendiri..

6. Rapikan anak

Jangan biarkan anak-anak nampak selekeh... Pakaikan baju yang kemas... Jika comot tukar. rambut bersikat.

7. Rumah kemas

Anak memang suka sepahkan rumah. Bukan rumah ada anak la kalau berkemas sentiasa je kan. Tapi, kalau dekat suami nak balik rumah.. Pastikan rumah kemas... Wangi... Sebaiknya... Latih anak sepahkan mainan satu tempat. Sediakan bilik atau ruang khas untuk dia sepahkan barang. Rumah nampak kemas dan kita pun tak penat nak kemas rumah banyak kali.

Orang lelaki ni dia bukan nak sangat solekan tu yang penting kemas, bersih dan bonusnya adalah seksi.

Kalau biasakan dari sebelum ada anak.. Insya Allah. . Lepas ada anak pun akan terbiasa dengan rutin macam ni.

Dan sememangnya, semua perkara tu kena ada sokongan suami.. Terutama buat suri rumah tak bekerja... Tapi sekarang ni kebanyakan suri rumah dah ada pendapatan sampingan sendiri...

Boleh aje beli keperluan tu sikit-sikit...

Tapi sebenarnya, suami lah yang kena laburkan sikit duit untuk rapi kan isteri... Jangan kedekut ya bang...

Dan selebihnya doa dan doa serta teruskan bercinta dan pupuk cinta hingga akhir hayat... 

September 27, 2018

Rupanya Suami Yang "Sihir" Isteri Sendiri Hingga Rumahtangga Bergolak!

Rupanya Suami Yang "Sihir" Isteri Sendiri Hingga Rumahtangga Bergolak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



PERHATIAN DAN PRIHATIN

Kurang lebih 2 tahun lepas, sang faqir menerima panggilan telefon oleh seorang lelaki, yang juga seorang pengusaha bas ekspress.

Sang faqir gelar akannya dengan Encik S. Perbualan awal dalam telefon.

Encik S: Assalamualaikum ustaz.

Sang faqir : Waalaikummussalam WarahmatULLAHi Wabarakaatuh.

Encik S : Ustaz, saya S. Dapat no tel ustaz dari kawan saya, saya ada masalah. Difahamkan ustaz boleh mengubat orang. Minta ustaz bantu saya.

Sang faqir : Sya tak pandai mengubat orang. Ikhtiar, insyaALLAH. Ada masalah apa ye?

Encik S : Begini, rumahtangga saya ada masalah. Dalam rumah panas saja (aduan standard), asyik bergaduh saja saya dengan isteri.

Sang faqir : Ooo gitu, kena pasang aircond kot. Baru sejuk.

Encik S : Bukan masalah aircond nie ustaz, nie masalah sihir nie, ramai ustaz saya dah pergi, semua cakap sihir.

Sang faqir : Oo sihir. Macam nie lah Encik S. Kita set appointment, Encik S dengan isteri kena datang ke klinik saya. Kita periksa masalah sebenar, boleh?

Encik S : Ok, boleh ustaz.

Temujanji ditetapkan. Tiba hari yang telah dijanjikan. Encik S dan Puan N hadir ke klinik TIAF. Mereka dijemput masuk dan duduk di dalam bilik konsultansi.

Sang faqir : BismILLAH. Ok, boleh saya tahu apa masalah ya?

Encik S : Saya mulakan dulu ye ustaz. Begini, saya dan isteri selalu gaduh. Asal saya balik rumah saja, mesti jadi panas, nak gaduh saja. Kami dah kena sihir.

Sang faqir : Macam mana boleh kata gitu?

Encik S : Dah pergi banyak tempat dah. Semua ustaz cakap sihir.

Sang faqir : Kalau macam tu, mesti dah selesai, kan?

Encik S : Masih belum ustaz, makin teruk adalah. Saya syak isteri saya nie kena sihir.

Sang faqir : Puan N, ada hendak kongsi apa-apa?

Puan N hanya menggelengkan kepala.

Encik S : Haa, macam tu lah dia ustaz, kalau tanya apa-apa, itu sajalah yang dia tahu. Diam, geleng. (Sambil mendengus). Minta ustaz keluarkan jin-jin pada dia.

Sang faqir : Sabar Encik S. Macam nielah. Saya yakin dan berani jamin, ini bukan kes sihir. Amat-amat pasti.

Encik S : Betul ke nie ustaz? Takkan kot. (Menampakkan wajah ragu-ragunya)

Sang faqir : Betul. Begini, boleh saya tahu Encik S dan Puan N ada berapa orang anak?

Encik S : Ada 5 orang, ustaz.

Sang faqir : Ok, rata-rata umur berapa? Siapa yang jaga dan uruskan?

Encik S menguit Puan N tanda arah supaya menjawab.

Puan N : Saya, ustaz. Yang sulung umur 12 tahun, yang bongsu 4 tahun.

Sang faqir : Ok. Encik S, selalunya balik rumah pukul berapa?

Encik S : Saya balik rumah tak tentu ustaz. Kadang-kadang tengah malam, takpun lewat malam. Tengoklah kalau bas semua ok, awallah sikit saya balik.

Sang faqir : Awal tu jam berapa?

Encik S : Dalam jam 11 lebih kurang.

Sang faqir : Jadi, urusan anak-anak, rumah, memang Encik S serah sepenuhnya pada Puan N?

Encik S : Terpaksalah ustaz. Dulu pernah ada maid, maid pula lari.

Sang faqir : Puan N ada hendak cakap apa-apa?

Puan N hanya menggeleng sahaja.

Sang faqir : Beginilah, sebenarnya masalah ini timbul disebabkan keletihan Puan N uruskan rumah. Encik S balik rumah waktu semua orang dah tidur, tenang. Puan N tiada tempat melepaskan letihnya.

Encik S : Saya nie sibuk ustaz. Mana sempat nak bantu hal-hal di rumah.

Sang faqir : Encik S, dunia nie tempat untuk kita sibuk. Sibuk paling penting adalah sibuk untuk mengisikan masa dengan amalan kebaikan. Dan kalau kita mengaku kita sibuk, kita masih lagi ada kelapangan. Kerana manusia yang benar-benar sibuk dalam dunia ini adalah RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam.

Encik S : Nak buat macam mana ustaz, memang saya sibuk.

Sang faqir : Maaf saya bertanya hal peribadi sikit. Boleh?

Encik S : Boleh ustaz

Sang faqir : Dalam seminggu berapa kali Encik S melakukan hubungan kelamin?

Encik S : Hmm, dalam 2 kali seminggu, ustaz.

Sang faqir : Bermaksud, Encik S bukan orang yang sibuk, kerana orang yang sibuk tidak akan terfikir langsung tentang seks. Puan N, maaf saya bertanya. Kenapa Puan N tak berterus terang pada Encik S, yang Puan letih?

Puan N : Saya dah penat ustaz. (Puan N mula bersuara). Saya penat dengan kerja rumah, saya penat dengan tuduhan suami saya, cakap saya ada jin. Saya dah penat sangat ustaz, saya dah tak tahu hendak buat apa. (Puan N tertunduk menangis).

Sang faqir : Encik S dah dengar? Itulah sihir yang sebenar, yang ramai ustaz di luar rumah tak mampu buang, tapi ustaz dalam rumah yang patut selesaikan.

Encik S : Apa lagi patut saya buat? Semua saya dah sediakan.

Sang faqir : Perhatian dan Prihatin. Itu sahaja yang perlu Encik S buat. Dan 2 perkara yang telah hilang sekian lama dalam rumah Encik S. Dan 2 perkara itu juga adalah aircond dan kipas dalam rumah Encik S yang Encik S cakap panas tadi.

Encik S terdiam dan kelihatan resah.

Sang faqir : Inipun dalam Encik S asyik sibuk nie, silap-silap ada niat hendak pasang cawangan lain.

Encik S seumpama menelan batu, dan tidak lepas di tekak.

Sang faqir : Ke saya salah Encik S?

Encik S : Memang betul ustaz, saya ada niat nak kahwin lagi. Yerlah, sunnah kan, poligami nie. Lagipun saya mampu.

Sang faqir : Encik S, kita tidak demam tapi kita suka-suka hati telan panadol? Apa jadi ya?

Encik S : Mengantuk kot. Dah tak demam, nak telan panadol buat apa. Tapi apa kaitan?

Sang faqir : Memang ada kaitan. Encik S tiada keperluan untuk poligami, tapi hendak poligami, itu dah jadi kehendak. Air kopi yang sedia ada masih belum habis diminum, tiba-tiba kita hendak minum teh tarik di meja lain pula, apa maksudnya?

Encik S : Tapi saya mampu ustaz. Dia (tunjuk pada Puan N) yang tak bagi.

Sang faqir : Mampu pada faham Encik S tak sama dengan mampu pada takrif agama, Encik S mungkin mampu dengan nafaqah zahir, mampu nafaqah batin, tapi nafaqah tarbiyyah macam mana? Anak-anak berapa kali khatam Al Quran? Ilmu Tauhid macam mana? Encik S lebih tahu jawapannya. Dan masalah panas dan semakin panas ini mula daripada Encik S ajukan niat Encik S kan?

Encik S : Rasanya gitulah, ustaz.

Sang faqir : Begini Encik S, memang poligami itu sunnah. Tetapi perlu faham kepada siapa? RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam ada sifat fatonah iaitu bijak dalam setiap perbuatan, janganlah kita mencemarkan sifat tersebut dengan kejahilan kita. Maksud saya, sunnah kena belajar sungguh-sungguh, faham sungguh-sungguh. Encik S tahu sunnah ada berapa jenis?

Encik S : Sorry ustaz, tu semua saya tak tahu, tak sempat belajar. Lagipun saya bukannya ustaz.

Sang faqir : Haa, situ pun dah silap, hendak jadi orang yang berilmu tidak semestinya kena tunggu ada cita-cita nak jadi ustaz. Beginilah Encik S, hendak selesaikan semua perkara ini mudah sahaja.

Encik S : Macam mana tu?

Sang faqir : Encik S latih diri untuk beri perhatian dan prihatin pada keluarga terutamanya pada Puan N, jika tiada masa untuk bantu dia di rumah sekalipun, luangkan masa berbual dengannya. Jika Encik S boleh buat semua ini, semua sihir yang Encik S anggap ada selama ini, akan hilang terus. Puan N, betul tak yang saya sebut tu?

Puan N : Betul ustaz. Saya takde kawan, setiap hari bosan, hujung minggu pun bosan, saya macam tunggul dalam rumah. Entahlah. (Sambung menangis).

Sang faqir : Sabar Puan N. Encik S, saya rasa tugas saya dah selesai. Saya minta Encik S selesaikan sebaiknya dengan Puan N. Jangan sampai Puan N buat novel " Suamiku lelaki egois" pula. (Puan N tertawa kecil)

Konsultansi tamat setelah hampir 1 jam setengah di dalam bilik. Encik S dan Puan N pulang dengan membawa bekalan bebelan dari sang faqir.

Pesanan kepada yang ingin membuat temujanji dengan sang faqir untuk masalah rumahtangga dan ingin mengaitkannya dengan masalah jin, mohon kenalpasti masalah sebenar dahulu, kerana bimbang kalian terpaksa menadah telinga mendengar sang faqir membebel.

Wahai suami, pimpinlah tangan isterimu ke Syurga ALLAH.
Wahai isteri, genggamlah tangan suamimu ke Rahmat ALLAH.
Wahai anak-anak, eratkanlah pautan tanganmu pada ibubapamu ke Redha ALLAH.

Semoga ALLAH amankan rumahtangga sekalian umat Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dengan Rahmat dan RedhaNYA.

Wassalam.

Kredit: Facebook

April 08, 2018

Misi Mencari Mr. and Mrs. Perfect

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Misi Mencari Mr. and Mrs. Perfect

Seorang anak murid yang bernama Ahmad menemui gurunya lalu menyatakan hasrat ingin berkahwin.

Kemudian Ahmad bertanya kepada gurunya "Ciri ciri perempuan bagaimanakah yang boleh aku jadikan isteri?"

Gurunya menjawab "Beginilah, engkau masuk ke dalam hutan ini, kemudian engkau cari satu tumbuhan yang baik akarnya, sihat pokok dan daunya serta bau bunganya yang harum. Pilihlah yang terbaik dan engkau bawalah pulang. Tetapi ingat! Hanya satu tumbuhan sahaja yang engkau perlu bawa pulang"

Setelah mengangguk faham akan arahan tersebut, Ahmad pun mula menelusuri hutan yang tebal untuk mencari cari tumbuhan yang dikehendaki oleh gurunya.

Maka banyaklah tumbuhan yang ditemui oleh Ahmad sepanjang perjalananya di dalam hutan itu.

Ada tumbuhan yang kalau pun elok daun dan bunganya, tetapi buruk pula akarnya. Begitu juga ada yang ditemui harum bau bunga dan elok akarnya tetapi daun pula rosak telah dimakan ulat.

Ahmad terus berusaha mencari sehinggalah dia menemui tumbuhan yang elok sekali akarnya, bersih dan sihat pula pokok serta daunya. Tetapi amat malang kerana bunganya tidak berbau harum.

Ahmad menyukai tumbuhan tersebut tetapi terdetik pula dalam fikirannya, "Ah! Nantilah dulu. Lebih baik aku cari yang lain. Barangkali dihadapan sana nanti ada tumbuhan yang sama seperti ini dan bunganya pula harum"

Ahmad terus berjalan sehingga lelah tetapi masih juga tidak menemui tumbuhan yang lain sama seperti yang dia sukai tadi.

Oleh kerana Ahmad tidak menemui tumbuhan yang lebih baik, dia nekad untuk kembali dan mencari tumbuhan yang dia sukai tadi untuk dibawa pulang.

Tetapi amat malang sekali kerana dia tidak menemuinya. Puas dia mencari, tetapi tetap hampa.

Akhirnya Ahmad terpaksa pulang. Lalu diambilnya tumbuhan yang dirasainya okay yang ditemuinya dalam perjalanan pulang  untuk dipersembahkan kepada gurunya.

Dengan badan yang lelah ditambah sedikit kecewa, terpaksa juga Ahmad menemui gurunya untuk mempersembahkan hasil tumbuhan yang ditemuinya.

Ahmad tidak menunggu lama, lalu menceritakan segala galanya tentang misi pencarian serta penat lelah mencari tumbuhan yang dikehendaki oleh gurunya itu.

Tidak Akan Engkau Temui Kesempurnaan Pada Pasanganmu

Lalu gurunya berkata "Begitulah dalam kita mencari pasangan hidup. Jika engkau mencari kesempurnaan pada pasanganmu, maka engkau tidak akan sama sekali menemuinya. Hidup sebagai suami isteri itu adalah kehidupan yang lengkap melengkapi. Apa yang kurang pada isteri, suamilah yang akan melengkapinya. Begitu juga sekiranya suami mempunyai kekurangan, isterilah yang akan melengkapinya. "

Wujudkah Mr. and Mrs. Perfect? 


Mungkin cerita ini seringkali kita telah baca dan dengar. Walaupun berbeza watak mahupun jalan cerita, tetapi mesejnya amat jelas sekali. "Tidak akan engkau temui kesempurnaan pada pasanganmu"

Mana mungkin ada manusia yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi SAW.

Oleh kerana itu, yang belum punya pasangan, carilah pasangan menurut garis panduan yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Yang telah berumahtangga, jaga dan pertahankanlah hubungan kekeluargaanmu itu.

Kita ini manusia biasa dan pasti banyak sekali kekurangan ketika kita hidup bersama pasangan kita.

Akuilah diri kita ini penuh kekurangan. Lalu biarlah kita menjadi pelengkap kepada hidup pasangan kita dan pasangan kita melengkapi hidup kita.

Suburkanlah Iman dan Taqwa dalam diri kita dan pasangan. Demi Allah! dengan kerana ini sahaja, tidak ada yang lain lagi akan menjadi penguat hubungan kita dengan pasangan.

Maka Allah akan campakkan pula sakinah (ketenangan) dan kasih sayang ke dalam dada kita dan pasangan yang mana akhirnya kita akan merasai kebahagiaannya hidup sebagai suami isteri. Wallahu a'lam.

Peringantan bagi diri!

Kredit : #AkhiAdifGorment via Telegram Channel

Tak kan ada Mr. dan Mrs. Perfect dalam perkahwinan... Yang menjadikan perfect sesebuah perkahwinan ialah saling melengkapi antara pasangan. 

April 07, 2018

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan | Rumahtangga dan perkahwinan, bukan sesuatu yang sentiasa indah. Banyak duri ranjau yang perlu ditempuh. Setiap pasangan yang kahwin, mesti anggap itulah perkahwinan pertama dan terakhir. Jadi, sebolehnya akan jaga perkahwinan tu sedaya mungkin. Namun, bukan mudah nak mengekalkan kerukunan rumahtangga.

Banyak cabaran dalam berumahtangga ni... Baik isteri atau suami pasti akan diuji dengan kesetiaan, sikap, kesabaran dan kekuatan kasih sayang. Sesekali bergaduh tu biasa... Tapi bahaya jika selalu bergaduh...

Perhatikan rumahtangga kita, andai ada 5 tanda ini, kita harus berwaspada kerana itu petanda awal kemusnahan rumahtangga.

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan 

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan

#1 Kurangnya Sentuhan Suami Isteri

Suami sudah jarang sentuh isteri. Isteri juga sudah tidak berminat untuk bermanja-manja dengan suami. Sentuhan kasih sayang antara suami dan isteri semakin hari semakin kurang. Kurang sentuhan ni termasuk juga kurangnya hubungan kelamin. Kemesraan semakin menghilang.

#2 Kurang Komunikasi Antara Suami Isteri

Suami sudah malas nak bercakap dengan isteri. Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami. Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangngan. Hubungan menjadi hambar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran atau kawan.

#3 Banyak Kritikan Negatif

Suami asyik kritik isteri sahaja. Pujian langsung tak diberi. Isteri pula memandang rendah pada suami. Isteri mula hilang rasa hormat pada suami.

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan

#4 Kerap Berlaku Pertengkaran

Pertengkaran berlaku setiap hari. Pertembungan antara suami dan isteri tidak dapat dibendung lagi. Suami tunjuk ego, isteri keras kepala. Tiada langsung kata sepakat. Masing-masing nak tunjuk hebat.

#5 Suasana Rumahtangga Yang Suram

Suami tak suka balik ke rumah. Kalau balik pun, muka masam mencuka. Tiada lagi senyum ceria. Komunikasi dah out. Isteri pula lebih senang suami tak pulang.

Jika tiada Alhamdulillah..tetapi jika ada, baikilah secepatnya perhubungan suami isteri sedaya mungkin. Letakkan AGAMA di tangga TERATAS...InsyaaAllah segalanya akan bertambah baik dengan izin-Nya. Kembali kepada Allah, insya Allah segalanya indah....

Kesian kepada anak-anak jika rumahtangga musnah. Banyak sangat kes pasal anak terabai akibat penceraian di akhir zaman ni.. Penceraian bukan trend.... Jangan biarkan syaitan bergolek suka kerana kemusnahan rumahtangga kita. Peliharalah rumahtangga, terima kelemahan diri masing-masing dan kenang kembali waktu zaman bercinta dulu... Insha Allah, segalanya pasti boleh diselamatkan. 

Mac 07, 2018

6 Nasihat Untuk Isteri Yang Nak Kaya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

6 NASIHAT UNTUK ISTERI

Umamah binti al-Haris menemui puterinya lalu berpesan kepadanya dengan suatu pesan yang menjelaskan dasar-dasar kehidupan yang bahagia dan kewajipannya terhadap suami yang patut menjadi ikutan bagi para-para isteri

6 Nasihat Untuk Isteri Yang Nak Kaya

Ia berpesan:

Peliharalah untuknya 6 perkara, nescaya ini akan menjadi kekayaan bagimu. 

1. Tunduk kepadanya dengan qana’ah (merasa cukup), serta mendengar dan patuh kepadanya sepanjang masa

2. Memperhatikan mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat suatu keburukan darimu dan jangan sampai mencium darimu kecuali aroma yang paling harum.

3. Memperhatikan tidur dan makannya, kerana terlambat makan akan membuat hatinya bergejolak dan menggagalkan tidur itu membuat ia marah.

4. Menjaga hartanya dan memelihara keluarga dan kerabatnya. Inti perkara berkenaan dengan harta ialah menghargainya dengan baik, sedangkan berkenaan dengan keluarga ialah mengaturnya dengan baik.

5. Jangan menentang perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana jika engkau menyelisihi perintahnya, maka hatinya menjadi kesal dan jika engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau tidak merasa aman terhadap pengkhianatannya.

6. Janganlah engkau bergembira di hadapannya ketika dia bersedih dan jangan pula bersedih di hadapannya ketika dia bergembira

Sumber: Telegram Channel

Inilah wanita yang kaya dan betul-betul kaya... mereka kaya di akhirat sana dan boleh pintu syurga yang disediakan... Memang hebat betul wanita yang dapat ikut 6 nasihat.. 

Februari 04, 2018

5 Tanda Isteri Penat Yang Suami Patut Tahu dan Cara Atasinya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tanda Isteri Penat Yang Suami Patut Tahu dan Cara Atasinya | Isteri banyak pengorbanannya dalam rumahtangga. Isteri ni ibarat jantung sebuah keluarga. Tanpa isteri, rumah jadi suram dan kusam tak bermaya. Kalau tak percaya, tanya lah mana-mana orang lelaki, keadaan bila isteri dia sakit. Tak pun isteri dalam pantang. Tak seronok kan.


Tapi isteri ni walaupun sakit macam mana dia boleh jadi sangat kuat. Dari mana kekuatan tu kadang tak tercapai dek akal. Macam baru-baru ni, lepas habis sesi jaga anak demam selama 2 minggu... Giliran MF pula demam... Tapi tak rasa demam... Cuma macam letih sangat. Sekali periksa guna termometer 39.5 suhunya. Terkejut kau.. 😅.. barulah telan Panadol dan suami suruh tidur. Alhamdulillah... Dah kebah .. sambung buat kerja rumah semula.

Itulah bukti... Demam pun kadang tak sedar... Sebenarnya, kepenatan isteri boleh menjejas hubungan rumahtangga kalau suami tak faham yang isteri dia penat. Tambahan kalau suri rumah sepenuh masa. Memang takde masa nak rehat goyang kaki kalau anak lebih dari sorang terutamanya. Macam lipas kudung buat kerja.


Jadi, suami la kena faham yang isteri dia penat sebenarnya bila ada 5 Tanda ini.

5 Tanda Isteri Penat Yang Suami Patut Tahu dan Cara Atasinya


Tanda isteri penat

1. Kuat membebel

Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa. Benda sekecil apa pun boleh jadi punca si dia untuk menjadi marah dan beremosi. Pasal air tumpah, dia punya marah macam nak terbalik dunia.

2. Menangis 

Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab. Ye, bila isteri penat sangat dia akan menangis sendiri... Suami kena lah faham... Kadang dia mengelak... Nangis ke? Eh tak lah... Mata masuk habuk... Jadi, kaum suami kena faham la tu ye.. Tu tanda dia penat lah tu.

3. Mudah jatuh sakit.

Kerap demam, sakit badan, migrain.. itu tanda isteri penat sangat. Dia penat fizikal dan emosi juga. Jadi, suami berilah peluang untuk isteri berehat. Contohnya, dalam seminggu berikan cuti memasak bagi dia.. suami pula ambil alih tugas tu.. pasti dia suka.

4. Wajah jadi redup tak bermaya. 

Wajah kusam, banyak jerawat dan tak bermaya.. itu tanda penat melampau. Kalau bersolek sekali pun tak kan boleh naik seri dah... Sebab letih sangat. Tapi kalau penat sangat mana mampu nak make up bagai kan.. jadi, suami kena faham jangan tau komplen je.

5. Selera makan yang berubah

Bila badan terlampau penat, akan hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau. Asyik nak makan je... Ada isteri bila penat dia tak lalu nak makan, ada yang sebaliknya... Jadi, ini menyebabkan dan punca badan isteri kurus atau gemuk tanpa sedar.
.
.
.
Info ekstra

Marahkan anak tanpa sebab

Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak. Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi.

Ini tanda paling jelas bila isteri penat. Dia akan jadi pemarah yang melampau. Bahkan boleh sampai tahap mendera tanpa sedar. Itu sebab ada kes ibu dera anak tu.. jadi jangan hairan.

Apa Yang Boleh Buat Bila Isteri Anda Tanda Ini?

1. Peluk

Bila isteri penat buat kerja, peluklah dia dengan penuh kasih sayang. Bau badan suami tu, perfume yang paling menenangkan pada isteri... Tapi mandi dululah kalau baru balik kerja tu... 😁

2. Bantu dia buat kerja rumah.
Sumber: Google image

Ambil alih tugas buat kerja rumah atau lakukan kerja rumah bersama-sama. Bila dia tengah memasak atau panas kan lauk .. suami jaga anak. Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan... Barulah damai rumahtangga. 😊

[Baca] 10 Perkara Yang Isteri Suka Suami Buat

3. Berikan ruang untuk dia lakukan apa yang dia suka ("me time")

Yang ni impian semua para isteri. Me time atau masa untuk bersendirian. Berikan ruang untuk isteri lakukan apa yang dia suka. Macam MF sendiri, dapat tidur tanpa gangguan itu satu me time Yang paling best... 😀

4. Ajak dia shopping

Shopping ni mana perempuan yang tak suka. Boleh dikatakan majoriti perempuan suka shopping. Jadi, nak rehatkan isteri ajaklah dia shopping walaupun sekadar pergi pasar malam atau kedai RM2.12. hehe

5. Layan luahan hati dia

Jadilah pendengar yang setia. Bila suami balik kerja, dah rehat tu tanyalah dia apa aktiviti dia kat rumah sepanjang hari tu.. biarkan dia bercerita tentang apa sahaja yang dia rasa dia nak luahkan.

Itulah yang MF boleh kongsikan bersama berdasarkan pengalaman sendiri sebagai isteri dalam melayari kehidupan rumah tangga.

Walaupun suami MF banyak dok kat rumah, kerja di rumah tapi kerja rumah MF Buat juga... Buat totally suami buat. Suami buat masa MF keluar kerja je... Hujung minggu, memang sepenuhnya MF akan buat... Tapi, MF enjoy je...

Sebenarnya, ustaz selalu pesan, buat kerja rumah ikhlas kerana Allah InshaAllah tak penat. Kalau kita buat untuk suami, sebab tanggungjawab kita sebagai isteri, kita akan rasa penat.

Selain tu, Nabi s.a.w pernah bersabda dan berikan tips kepada Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah s.a.w yang merungut penat dengan kerja rumah sebagai isteri. Petuanya iaitu, amalkan zikir ini...

سبحان الله   33
الحمدلله 33
الله اكبر 33

Mudah bukan.. jadi, jom amalkan bersama. Moga Allah berikan kita kekuatan dan kesabaran untuk menjadi isteri solehah di akhir zaman ini... 

Februari 03, 2018

8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham | Lelaki dan wanita makhluk istimewa yang Allah ciptakan di dunia ini. Hingga kiamat pun  lelaki dan wanita adalah 2 makhluk yang berbeza  tapi dapat hidup bersama.

Walaupun dalam boleh hidup bersama tu, sering terjadi perbalahan dan  antara lelaki dan wanita. Maksud hidup bersama ni bukan dalam konteks suami isteri sahaja, tapi termasuk hidup bersama menjalani kehidupan sebagai rakan sekerja, rakan sosial dan sahabat.

Kenapa wanita dan lelaki sering bertelagah? Ini sebab ada perbezaan komunikasi antara lelaki dan wanita. Dalam komunikasi lelaki lebih banyak menggunakan otak kiri; wanita pula menggunakan otak kanan dan kiri. Ini menunjukkan bahawa kaum wanita mempunyai lebih kapasiti dan kompleksiti dalam penggunaan bahasa. Jadi, tak hairanlah kalau wanita banyak bercakap berbanding lelaki.

 8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham


8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham

Selain itu, cara berkomunikasi lelaki dan wanita juga berbeza dalam beberapa perkara, iaitu:

1. Sekumpulan wanita boleh bercakap pada masa yang sama kerana wanita bercakap dan mendengar lebih pantas berbanding lelaki. 
Sebab itu bila lelaki bercakap dengan wanita bercakap akan berlaku sedikit pertelingkahan. Sepatutnya, bila wanita bercakap, lelaki kena bercakap untuk beri respon. Tapi bila lelaki bercakap, wanita kena diam tapi ianya berlaku sebaliknya.

Contoh dalam komunikasi suami isteri... Bila isteri bercakap, suami diam, isteri akan marah sedangkan suami diam sebab sedang dengar apa yang suami cakap, tapi isteri tak faham dia marah suami dia diam sebab wanita bila bercakap kita kena respon dengan apa yang dia cakap. 😁

2. Wanita bercakap dalam nada yang lebih perlahan serta menggunakan pitch dan lenggok untuk menekankan sesuatu. Nada percakapan lelaki lebih kuat dan menggunakan kelantangan untuk memberi penekanan.

Itulah yang akan berlaku, bila suami cakap tegas sikit isteri ingat suami dia marah dia.. hehe...

3. Lelaki lebih cenderung membuat keputusan sendiri berbanding wanita yang memilih kata sepakat.

Ini biasa, isteri nak pilih apa, biasa dia akan tanya pendapat suami... Tapi jarang suami nak tanya pendapat isteri dalam membuat sesuatu keputusan.

Tengok perempuan nak pilih handbag kat shopping mall dia boleh ambil gambar dan post kat Facebook Tanya kawan Facebook dia... Yang mana banyak Like Yang tu dia beli.. 😁

4. Bercerita tentang perasaan, kehidupan peribadi dan perhubungan adalah sukar bagi lelaki berbanding wanita kerana ia menggambarkan kelemahan dan merendahkan status mereka sebagai jantina yang dominan.

Ini terbukti... Kalau tengok page luahan suami isteri, wanita yang mendominasi kan... Tengok ajelah page KRT di Facebook tu... Wanita lebih ramai dan banyak kisah luahan pasal isteri lebih banyak dari kisah luahan suami.

5. Dalam perbualan, wanita suka membuat perkaitan; lelaki pula suka berdebat.


6. Wanita menunjukkan keprihatinan dan cuba mewujudkan empati dan sokongan kepada orang lain, manakala lelaki cuba untuk membetulkan keadaan dan memberi nasihat.

Wanita lebih kepada emosi dan perasaan manakala lelaki pula lebih kepada rasional.


7. Wanita lebih gemar mengambil masa untuk berbincang dan meneroka semua aspek akan sesuatu topik. Lelaki pula mahu menyelesaikan masalah dengan cepat dan selalunya tidak mengkaji situasi sepenuhnya.

Lelaki ni dia malas nak fikir banyak sebab banyak benda dia nak fikir... Jadi, sesuatu tu dia nak cuba selesaikan dengan cepat.. tapi wanita ni dia fikir jauh dan dalam... Kalau macam ni, macam ni. Begini dan begini... Itu kadang lambat dapat kata putus bila tanya isteri...

8. Salah satu cara wanita mengukuhkan perhubungan ialah dengan membincangkan masalah dan meminta pandangan orang lain.

Ya, ini realiti yang para suami kena faham. Bila ada masalah rumahtangga, berbincang dengan isteri... Isteri ni dia tak suka nak pendam dan simpan.. jadi, jadilah pendengar yang setia dan luahan hati dia dan bincanglah bila ada masalah bersama.

Sebab tu wanita dia post kat KRT tu jika suami dia jenis yang tak reti berbincang tu...

Itu MF kongsikan 8 fakta komunikasi lelaki dan wanita yang berbeza. Disebabkan perbezaan ini selalu jadi salah faham kan... Tapi, isteri dan suami saling belajar memahami antara satu sama lain, walaupun sampai kiamat kita tak kan faham. Namun, dengan sifat tolak ansur dan sabar InshaAllah rukun dalam rumahtangga itu dapat dipelihara hingga ke syurga.

Februari 01, 2018

64 Cara Yang Suami Boleh Buat Untuk Gembirakan Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


64 Cara Yang Suami Boleh Buat Untuk Gembirakan Isteri


64 Cara Yang Suami Boleh Buat Untuk Gembirakan Isteri

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :

1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Penghias
13. Stylist
14. Sexologist
15. Pakar sakit puan
16. Ahli psikologi
17. Pembasmi perosak
18. Psikiatri
19. Penyembuh
20. Pendengar yang baik
21. Penganjur
22. Bapa yang baik
23. Sangat bersih
24. Bersimpati
25. Olahraga
26. Pemanas
27. Pemberi perhatian
28. Gagah
29. Pintar
30. Lucu
31. Kreatif
32. Penggoda
33. Kuat
34. Pemahaman tinggi
35. Toleransi tinggi
36. Berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. Mampu
39. Berani
40. Pembuat keputusan
41. Berkata benar
42. Boleh dipercayai
43. Bersemangat

TANPA lupa untuk:

44. Kerap memberi pujian
45. Pergi membeli-belah dengannya
46. Jujur
47. Menjadi sangat kaya
48. Tidak terlalu menekan
49. Tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. Memberikan banyak perhatian kpdnya
51. Memberikan banyak masa kpdnya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. Memberi beliau banyak ruang
53. Tidak pernah imbang tentang di mana dia pergi.

Namun yang paling penting.

INI SANGAT PENTING

54. Tidak pernah lupa hari lahirnya
55. Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. Mesti alim dan
57. Tolong buang sampah dan
58. Cuci keretanya
59. Bayar cukai jalan dan
60. Bawa melancong dan
61. Jangan LEBIH tidur dan
62. Makan habis2 masakan dia dan
63. Bila nak tidur cakap i luv u dan
64. Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..

Dan oh ya anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau…

Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.

Jika anda rasa tak mampu nak jadi semua, jangan tinggal semua.. Tapi kalau anda mampu buat semua, pasti isteri anda adalah orang yang paling bahagia... Senyum sampai ke telinga punya.

Bagi yang belum kahwin mungkin kata susahnya..  Tak Susah mana jika anda betul-betul bersedia nak jadi suami. 

Januari 16, 2018

Pintu Syurga Isteri, Ada Je Kat Rumah Tapi Ramai Isteri Tak Nampak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pintu Syurga Isteri, Ada Je Kat Rumah Tapi Ramai Isteri Tak Nampak! 


Isteri, memiliki pintu syurga di rumahnya.

Pintu itu boleh mengantar dia ke syurga atau   melemparkannya menuju ke neraka.

Pintu itu hanya satu, SUAMI..

Isteri yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid  dalam peperangan di jalan Allah Ta'ala.

Setiap isteri melayani suaminya,   maka perbuatannya akan meninggikan darajatnya di sisi Allah Ta'ala.

Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri   adalah melayani suami dan anak²nya.

Lebih utama dari ibadah sunnah apa pun.

Sebab itu amat rugi sekali wanita yang :

- Sibuk dengan dzikir, tetapi suaminya terlantar tak dipikir.

- Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan.

- Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut.

- Berdebat, bicara kasar, menipu, berbohong, menyakitinya,  memandangnya dengan pandangan rendah, meninggikan suara …

🌹 Laa haula wa laa quwwata illa billaah...

Wahai para isteri …

√ Tiada guna solatmu...

√ Tiada guna majlis ilmu yang kau hadiri...

√ Tiada guna Shaum/ puasamu...

√ Tiada guna dzikirmu...

√ Tiada guna hajimu...

√ Tiada guna bacaan al-Quranmu...

√ Tiada guna sedekahmu...

Jika kalian tidak taat kepada suami kalian...

Ketaatan isteri pada suami adalah jaminan syurganya.

 Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya,   maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Bukhari Muslim)

Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini.

Dalam riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat malaikat hingga pagi hari.

“Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, kemudian si isteri tidak mendatanginya, dan suami tidur dalam keadaan marah, maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.”
(HR Bukhari Muslim)

√ Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik.

√ Selagi ada kesempatan minta maaflah.

√ Jadilah isteri yang baik,...

√ Jika memang yang kau tuju syurga,...

Itulah jalannya....

Carilah redha suamimu,..

Semoga Allah Ta'ala menyelamatkan kita semua  dari perbuatan yang boleh mendatangkan murka-Nya.

Baik yang kita sedari, atau tidak kita sedari.

Dalam hadits juga diketemukan,
“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya.

Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.”
(HR. Ahmad).

Semoga masih ada manfaatnya untuk menjalani hidup sebagai Hamba ALLAH SWT sampai jelang akhir hayat.

Aamiin Allahumma Aamiin.

Olahan dari : Facebook Usrah Wanita Solehah

Sumber : Google images 

Selalu ustaz pesan... Perempuan ni nak masuk syurga senang... Solat, puasa, jaga maruah dan taat suami...

Bab solat puasa tu memang tak dinafikan, semua wanita dan isteri mampu buat. Bahkan solat sunat sekalipun.. Kalau tengok solat terawih kan.. Wanita berlumba nak solat kat masjid... Sama juga dengan puasa... Berlumba nak puasa enam.. Tapi ramai wanita kecundang nak buat syarat ketiga dan keempat...

Nampak senang jaga maruah. Maruah kat sini bukan sekadar jaga pandangan, tapi juga termasuk jaga aurat. Tambah zaman Internet sekarang... Semua wanita nak kelihatan cantik menarik kau memang de boom di laman sosial.. Tapi, ingat! Itu salah satu syarat nak ke syurga ye... Jaga maruah, pelihara aurat.

Sama juga syarat keempat... Nampak simple kan... Taat suami.. Tapi bukan mudah.. Kena teguh iman, sabar dan kuatkan hati.. Kena lawan ego, sebab kita isteri kadang ada kehendak sendiri... Tapi kita perlu patuh dengan kehendak suami asalkan tak bertentangan dengan syariat Allah...

Apa pun, kuncinya ada empat, untuk buka satu pintu.. Tak boleh guna satu kunci tapi perlu buka keempat kunci sekali... Faham kan...

Moga kita diberikan kekuatan untuk istiqamah menjadi isteri solehah di akhir zaman ini.. Insha Allah... 

Januari 06, 2018

8 Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Suami Isteri Dan Cara Mengatasinya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Suami Isteri Dan Cara Mengatasinya | Ingat tak lagi lagu P.Ramlee, "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri". Bait lagu tu satu inspirasi yang patut dihayati oleh semua pasangan suami isteri. Bergaduh dan konflik dalam rumahtangga itu perkara biasa. Tapi walaupun biasa, tak boleh dibiarkan dan perlu cari jalan penyelesaian supaya ianya tak menjadi 'barah' dalam rumah tangga.

8 Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Suami Isteri Dan Cara Mengatasinya.

8 Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Dan Cara Mengatasinya.

1. Pendapatan

Pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar biasa. Namun, apabila berlaku sebaliknya masalah akan timbul.

Ini kerana suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya tunggak keluarga sehingga menjadi sombong dan tidak menghormati pasangannya.

Penyelesaian:

Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya walau berapa pendapatan suami. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia bosan dan akan timbul pertengkaran.

2. Anak

Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.

Penyelesaian:

Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda.

Tuhan juga ingin menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah untuk mengambil anak angkat.

3. Campur tangan keluarga

Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.

Penyelesaian:

Anda harus bersikap terbuka. Sebelum anda dan suami memberikan bantuan, sama ada untuk keluarga anda atau suami, bawa berbincang mengenai jumlah yang harus dikeluarkan dan siapa yang harus memberikan bantuan.

4. Seks

Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau hamil.

Penyelesaian:

Isteri atau suami yang mempunyai masalah hubungan seks dengan pasangan, sebaiknya berterus-terang. Ia dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan menerima keadaan seadanya.

5. Keyakinan

Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.

Penyelesaian:

Tetap berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaiknya ia tiada paksaan.

6. Mentua

Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri.

Penyelesaian

Sekiranya anda tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak suami bertukar fikiran suntuk mengatasi masalah.

7. Ragam berbeza

Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya.

Penyelesaian:

Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda harus peramah. Cuba selami minat pasangan anda.

8. Komunikasi terbatas

Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat.

Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.

Penyelesaian:

Sesibuk mana pun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting. Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur.

Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang.

Kredit: Bahagian Dakwah, Jakim

Kesimpulannya, membina rumahtangga yang rukun dan damai perlu ada prinsip dan matlamat yang jelas sebelum kahwin lagi. Komunikasi paling utama dalam rumahtangga. Banyak berlaku kes cerai sebab salah faham dan ketidakfahaman antara pasangan. 

Jika ada konflik yang berlaku, yang paling utama sabar dan bawa berbincang. Suami kena rasional dan jangan emosi kerana isteri akan jadi lebih beremosi. Apa yang penting, rumahtangga yang rukun  dan damai, ialah suami isteri yang sentiasa menjaga hak Allah.. Insha Allah, tunjang rumahtangga yang bahagia, bila mementingkan agama dan akidah yang satu. Insha Allah... 


Semoga bermanfaat...