بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
DOA MELANGSAIKAN HUTANG WALAUPUN SEBESAR BUKIT TSABIR.
Bukit Tsabir terletak di Mina, menghadap ke Mekah, di sebelah kanan kita adalah Bukit yang dinamakan sebagai Tsabir. Bukit ini sangat besar. Memanjang sehingga ke hujung Mina.
Suatu hari, seorang hamba mukatab (yang boleh menebus dirinya jika dia membayar sejumlah wang kepada tuannya) bertemu dengan Ali radhiyallahu ‘anhu.
Hamba ini berkata kepada Ali: Sesungguhnya aku tidak mampu untuk membayar tebusan kepada tuan aku.
Ali radhiyallahu’ anhu berkata: Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam kepadaku, jika engkau sebutkannya, jika engkau mempunyai hutang sebesar bukit TSABIR maka Allah akan menunaikan hutang tersebut bagi kamu.
Katakanlah:
، اللهم اكفني بحلالك عن حرامك، وأغنني بفضلك عمن سواك
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]
Banyakkanlah berdoa agar Allah memberi kita kelapangan rezeki dan keluasan rezeki tanpa kita perlu bergantung kepada makluk (berhutang). Kerana jika kita berhutang kita diwajibkan membayar hutang kerana ianya urusan kita dan manusia lain. Wallahua'lam.
Kredit: Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Moga Allah permudahkan urusan hutang kita.. Tak kisah lah hutang rutin bulan, ataupun hutang lain...
Memang tak tenang hidup, hidup dikelilingi hutang.. Bangun pagi fikir duit aje... Alhamdulillah... MF amalkan doa ini dan satu lagi jenis doa agar dipermudahkan bayar hutang...
"اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن والعجز والكسل والبخل والجبن وضلع الدين وغلبة الرجال"
Sekarang ni tinggal hutang sebuah sahaja Kereta dan rumah sahaja... Yang lain-lain biasa sebagai bil bulanan sahaja... Hutang bulanan lain dah siap ditolak dalam slip gaji jadi tak perlu nak pening kepala... Alhamdulillah. Moga nak cepat juga selesai hutang yang ada ni.. Biar tak berduit dan tak bermewah asalkan tak berhutang...
Kadang tengok orang lain sanggup berhutang sebab nak beli seterika, periuk, telefon dan sebagainya.... Sedangkan itu hanya kehendak sahaja... Tapi tak kisah lah... Atas kehendak masing-masing.. Asalkan kita berhutang dan tak rasa beban dengan hutang tu... Sangat malang kalau berhutang dan rasa susah lepas tu semata-mata kehendak diri..
terima kasih maria atas perkongsian ini,moga kita tidak lalai dengan hutang yang boleh membebankan kita..insyallah..
BalasPadam