بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
[Review] TRIO Pressure Cooker | Pressure cooker dah jadi satu keperluan kebanyakan suri rumah tangga sekarang ni. Antara jenama yang popular dan menjadi idaman ramai orang ialah jenama Noxxa la kan...
Tapi harganya mahal... MF tengok kat lazada pun harganya RM700 hingga RM900.. hampir cecah seribu tu... Ada juga yang buat kutu, bayar ansuran dan sebagainya... MF tak minat la berhutang semata-mata nak guna.. Sebabnya ianya bukan satu kewajipan pun... Cuma ianya memudahkan kalau ada... Jadi tak perlu sampai nak berhutang.
Ada juga jenama lain yang lebih kurang sahaja fungsinya... Seperti jenama Philips, Sharp dan sebagainya. Kesemuanya ni harga RM100 ke atas la kan... Sebab semuanya guna elektrik... Tekan-tekan aje siap... Tapi, MF tetap mampu tengok aje... Belum ada bajet nak beli yang mahal.
Tapi, kadang rasa perlu juga miliki satu pressure cooker ni... Sebab nak merebus daging ke, tulang ayam ke.. Cepat la sikit kan...
Akhirnya, suami cuba survey di Lazada Malaysia... Rupanya ada je Pressure Cooker yang murah tapi manual la.. Tak guna elektrik... Guna dapur gas aje... Harganya pun murah... Tak sampai RM50 pun..
Yang kami jumpa paling murah RM50 ke bawah jenama TRIO... Trio ni bagi MF satu jenama yang popular juga... Antara yang paling popular jenama ni ialah periuk kukus... Tu pun dalam wishlist juga tu... Takpe... Simpan dulu ... Ada rezeki dari Lazada ke kan... Boleh la beli nanti...
Jadi, selepas puas survey, tengok review akhirnya kami beli Pressure Cooker jenama TRIO dengan harga RM49.90...
Alhamdulillah... Lepas 3 atau 4 hari lepas tu sampai... Memula tu tak cuba lagi... Sebab tak tau nak rebus apa...
Alhamdulillah... Hari ni suami beli kaki ayam... Ingat nak masak kerabu kaki ayam... Tapi nak merebus kaki ayam ni bukan ambil masa yang singkat kalau guna periuk biasa... Terus teringatkan pressure cooker yang dibeli..
Memula tu macam tak reti nak guna... Tapi dengan manual book yang ada MF cuba guna...
Cuma masukkan kaki ayam, dan air ikut sukatan... Dalam 3/4 air... Agak tenggelam aje la kan... Terus letak atas dapur dengan api yang sederhana. MF guna Dapur Infra Red MUGEN, apinya kuat walaupun sederhana... Cepat panas... Letak dan biarkan...
Tak sampai 10 minit sekali periuk dah berbunyi mengeluarkan tekanan udara dari dalam menandakan dah siap merebus...
Terus keluarkan tekanan angin dari dalam dengan butang yang disediakan... Lepas tu nak lagi cepat letakkan air mengalir Kat satu lubang dekat pemegang tu untuk release kan tekanan udara. Tak boleh buka terus.. Dan memang tak kan boleh buka sebab periuk ni tetap ada kunci keselamatan tersendiri walaupun manual dan nampak biasa.
Terus ambil dan cuba carik kan... Memang sah, kaki ayam dah empuk dan mudah je tertanggal isi dari tulang.
Cepat betul... Dan mudah...
Bagi MF cukup puas hati dah ni... Bukan nak masak banyak... Cukuplah untuk kami anak beranak. Setakat sekilo ayam atau sekilo daging tu memang lepas sangat nak rebus guna periuk yang berkapasiti 3.5L ni...
Alhamdulillah... Rasa puas juga la ada yang ni walaupun tak setanding yang popular dan berjenama... Lagipun fikir balik bukan nak masak beria kan.. Sesekali je nak masak...
Insha Allah, keluarga dah besar nanti ada la tu rezeki nak beli yang betul-betul besar tu nanti... Insha Allah...
Owh... Pressure Cooker jenama TRIO macam MF beli ni ada juga yang besar... Harga kat Lazada tak sampai seratus pun untuk saiz 9.0L... Sesiapa yang tengah cari Pressure Cooker boleh la kalau nak beli yang biasa ni... Tetap memudahkan dan menjimatkan masa untuk merebus dan buat sup...
Sekian...
sempoi gak macam ni kan. Manual pun boleh asalkan cepat dan mudah. Bezanya guna eletrik atau dapur gas.
BalasPadamala..br tengok..harga 80 lebih,..xpe tunggu rege turun..heee
BalasPadamkita pun guna pressure cooker manual camni..jenama butterfly...tp semua dah pakai yang canggih sekarang ni kan...
BalasPadamSaya ade juga belikan untuk mak awal bulan ni. Mak ingat besar, saya pun ingat besar. Rupenye bila sampai rumah, mak kata kecik je. Tapi tak apa lah, cukup lah mak masak untuk makan 3 org dekat kampung tu.
BalasPadamsalam singgah! nak unicorn brush dengan harga RM1?
BalasPadamhttps://messarah.blogspot.my/2017/09/review-unicorn-brush-5-pcs-set-only-rm1.html
thank you MF, bole jugak saya survey dkt lazada nanti :D
BalasPadamsalam..guna jenis yg manual ala gini jugak tp brand Butterfly. asal2 nak beli sebab jiran ade 2 pressure cooker tp alhamdulillah..kalau dah rezeki..dia bg jer periuk tu..yg tu la buat masak sup kaki ayam or kari ke ape..mmg cpt jer masak..hehehe
BalasPadamThanks for the review kak. Memang dah lama rasanya nak beli pressure cooker ni tapi harga mahal bebenor. Ni dah ada yang murah, boleh la try. Betul tu kak, beli mahal2 pun bukan nak masak hari-hari. Hihihi...
BalasPadam