Resepi Daging Goreng Kunyit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Daging Goreng Kunyit | Resepi mudah berasaskan daging... Kalau rasa bosan makan daging masak sup, kari atau seumpama dengannya, boleh masak goreng.

Daging goreng kunyit lebih sedap dari ayam goreng kunyit sebenarnya... sebab daging goreng lebih berbau wangi bila bergaul dengan kunyit tu...

Hari minggu yang lepas, MF masak daging goreng kunyit tanpa banyak menggunakan bahan.

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit


Bahan-bahan:

  • Daging yang telah direbus dan gaul dengan kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi sedap, kalau takde serbuk kunyit pun boleh)
  • 1 ulas bawang besar (belah 12)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • Lobak merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kunyit serbuk
  • Garam dan gula sebagai perisa.


Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  2. Dah naik bau, masukkan sos tiram dan lobak merah, kalau kering boleh letak air sikit...
  3. Dah empuk sikit lobak merah tu, masukkan daging dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan serbuk kunyit, gula dan garam dan gaul rata dalam 3 minit.
  5. Siap untuk dihidangkan.


Baunya memang memikat daging goreng kunyit ni...
Ada orang suka letak lada benggala, kubis bunga dan sayuran lain. Bergantung kepada selera setiap orang. Tapi MF kalau letak sayur banyak pun takde yang makan, jadi cukuplah lobak merah sebagai penyeri... dan boleh ditambahkan lagi seri tu dengan cili hijau.

Selamat mencuba.

4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Fav SA ni...nanti nak masak la malam kang..hehehe

    BalasPadam
  2. kesukaan saya ni.. ayam ke, seafood ke, apa2 goreng kunyit tu memang saya suka.. makan dengan nasi kosong panas2.. yummmm..!! :)

    ...

    BalasPadam
  3. sedapnya...selalu je buat ayam,sesekali daging best jugak kan

    BalasPadam
  4. echa penah cuba masak ni. tp daging jadi keras la. :/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama