08/2019 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

Ogos 30, 2019

9 Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim | Sekarang ni tengah sibuk pasal isu dan kempen beli produk buatan orang Islam.
Satu kempen yang sangat berguna, dan membantu ummah… Macam ni baru betul dan orang Islam boleh maju.

MF pun terpengaruh juga la dengan kempen ni.. Kenapa tidak pula kan.. mestilah kena sokong. Orang Islam tu kan saudara kita juga.

Dalam banyak-banyak produk, produk kecantikan agak susah nak cari yang keluaran Muslim sebab tak banyak. Kebanyakan produk yang popular di iklan tv, atau di drugstore sendiri pun banyak produk orang bukan Islam.

Tak salah nak beli… tapi seperti yang kita sedia maklum, kenapa tidak kita yang sokong produk orang Islam kan… Sama je kualitinya.. bahkan mungkin lebih baik.

Jadi, bagi wanita yang nak bertukar kepada produk kecantikan keluaran muslim, ini dia MF senaraikan beberapa produk kecantikan yang memang keluaran orang Islam.

9 Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim

1. Cosmoderm

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Produk ni dah popular juga, sebab dah masuk pasaran dan iklan di media social dan media elektronik. Produk ni ada produk keluaran Muslim. Pengasasnya ialah terdiri daripada kumpulan yang pakar dalam kalangan orang Islam tentang masalah kulit kebanyakan rakyat Malaysia.

Produk ni memang ada halal JAKIM dan menggunakan bahan-bahan semulajadi… MF sendiri pengguna Cosmoderm. 2 produk yang dah bertahun MF guna… memang terbaik sangat kualitinya… Harga pun mampu milik.

Produk ni mudah dibeli di kebanyakan drugstore dan juga secara online di LAzada, Shopee ataupun website Cosmoderm sendiri.

Baca : Cosmoderm Lotion Talc Penyelesaian Terbaik Atasi Ruam Pada Bayi

Baca : Akhirnya, Terpikat Dengan Cosmoderm!

Baca : BB CREAM COSMODERM MEMANG SESUAI UNTUK WANITA YANG TAKDE MASA NAK PAKAI BEDAK PERGI KERJA!

2. SimplySiti

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Produk ni siapa tak kenal kan. Pengasasnya adalah penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza. Sekarang ni masuk pula kat GoShop iklannya, lagilah…

MF tak pernah cuba, tapi teringin juga nak mencuba… Tapi katanya, memang terbaik kualitinya… Walaupun agak mahal, tapi kualiti terbaik.

3. Ephyra

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Ephyra juga diasaskan oleh orang Islam iaitu Puan Amiza Amiruddin Duta produk ni, Memey dan Norman Hakim. MF pernah beberapa kali guna dan beli produk ni…

Kualiti memang tip top.. harga standard dan sepadan dengan kualitinya.

4. D’Herbs

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

D’Herbs antara produk yang popular di Malaysia. Mau tak kenal kan sebab pengasasnya selalu buat kontroversi.

MF pernah beli produk ni suatu masa dulu… Best juga kosmetik dia… Cuma MF haraplah pengasasnya Dato Aliff Syukri buat perubahan kea rah yang lebih baik. Usahlah timbulkan kontroversi yang tak elok dalam nak popularkan nama dan produk D’herbs ni…

5. Wardah dari Indonesia

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Produk Wardah ni dari Indonesia tapi pengasasnya adalah dari Indonesia iaitu Puan Nurhayati Subakat. Produk ni popular di Indonesia tapi dah popular juga di Malaysia.

Ramai bagi review positif dengan produk ni, MF pun teringin juga nak mencuba ni…

6. Dermags Skincare

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Mungkin tak popular produk ni, tapi ini adalah produk keluaran UTM. UTM adalah university yang popular dengan penyelidikannya… Jadi, ini adalah produk keluaran UTM yang semestinya kita sebagai orang Islam sokong dan support.

Pengasasnya ialah Dr. Mariani Abd Hamid yang merupakan seorang penyelidik di UTM dan dalam menghasilkan produk ni, dia juga berkerjasama dengan pakar penyelidikan kosmetik di Korea.

Kalau tengok Dr. Mariani ni memang padanlah.. Cantik kot dia… Pasti produk ni berkualiti dan bukan calang-calang atau produk timbang kilo punya…

7. Secret Garden

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Secret Garden, susah nak jumpa produk ni… MF pun mencari produk ni, tapi tak pasti pasarannya di mana… Duta nya adalah Izzara Aisyah… Tapi macam tak femes sangat… buatkan orang tak tau produk ni adalah keluaran Islam.

8. Sendayu Tinggi

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Antara produk yang paling lama di Malaysia. Diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim yang juga merupakan ibu kepada pengasas D’Herbs. Sejak MF kecil, MF tau jenama ni… Produk kesihatan dan kecantikan keluaran Sendayu Tinggi menjadi pilihan ramai wanita kerana kualitinya.


9. Nurraysa

Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim, produk muslim, kempen produk muslim, boikot produk non muslim

Produk kosmetik dan kecantikan diasaskan oleh wanita berniqab pertama di Malaysia. Produk Nurrayssa menjadi pilihan ramai… kerana trademark nya ‘mesra wuduk”.

Pengasasnya ialah Puan Nur Aini Zolkepeli yang berasal dari Dungun, Terengganu.

MF pernah cuba juga produk ni, Cuma tak serasi dengan diri. Tapi ramai kata, produk ni best.

Apa pun, inilah dia 9 produk yang pengasasnya adalah orang Islam. Dan merupakan keluaran orang Islam. Kebanyakannya semua dah ada pun halal JAKIM., kecuali Wardah tu dari Indonesia, dapat halal dari Indonesia.

Apa pun, banyak lagi produk kecantikan muslim, cuma kena juga semak dengan KKM juga la... sebab ada juga produk tempatan, yang ada kandungan berbahaya... Yang MF kongsikan ni produk yang kebanyakannya selamat... dan jenama keluaran orang Islam. 

Semoga bermanfaat.

Ini 9 Kesan Jika Peluk Seseorang, Tapi Jangan Salah Peluk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini 9 Kesan Jika Peluk Seseorang, Tapi Jangan Salah Peluk

pelukan, kuasa pelukan, kelebihan pelukan


  1. Mengurangkan ketegangan semasa konflik 
  2. Meredakan stress 
  3. Kuatkan ketahanan tubuh melawan penyakit 
  4. Baik untuk kesihatan jantung 
  5. Rasa dihargai 
  6. Sentuhan merangsang hormon gembira 
  7. Membuatkan rasa selamat dan dilindungi 
  8. Meningkatkan keyakinan
  9. Mengurangkan risiko penyakit mental 


Pelukan adalah terapi universal. la membuat seseorang rasa lebih balk, sihat dan gembira. Apabila terasa sedih, gembira, teruja, seronok atau ingin memberi dorongan, pelukan sentiasa ada peranan.

Kredit: PHM

Pelukan ni hanya akan memberi kesan kepada orang yang memang kita boleh peluk... Halal di sisi Islam. Kalau peluk yang haram, tak kan beri kesan positif bahkan memberi dosa percuma... hihi... Jadi, jangan salah peluk...


Info pelukan dari pembacaan MF:

Tips suami isteri:
Setiap hari pastikan 7 kali pelukan antara suami isteri... pelukan kasih sayang, bukan pelukan yang ehem...ehem tu ye...

Kalau pelukan untuk anak, pastikan anak perempuan yang masih belum baligh mendapat pelukan kasih sayang dari ayah secukupnya .. ini antara tips untuk mengurangkan gejala gedik dalam kalangan anak remaja.

Ogos 29, 2019

Ini 3 sebab kenapa kita mesti support produk keluaran orang Islam?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini 3 sebab kenapa kita mesti support produk keluaran orang Islam? | Sekarang ni kecoh isu boikot dan kempen beli produk orang Islam dan bumiputera. Isu ni bukan isu baru pun, tapi isu lama yang muncul semula bila ada isu-isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu terutamanya orang Islam.

MF tak nak ulas pasal isu ni, sebab boleh menjurus ke arah isu politik. Tak best cerita pasal politik dan blog MF ni bukan blog politik. Tapi Cuma, bila agama Islam ni syumul ya… Jadi, walaupun timbul isu apa pun, secara tak langsung akan kena juga bab politik… sebab dalam al-Quran sendiri pun ada bab politik. Jangan tak tau tu…

Cuma kan, dalam nak kempen boikot ni, boleh Cuma biar bersopan dan jangan Nampak kurang ajar… Kita sebagai orang Islam tetap kena jaga maruah agama kita yang indah… Jangan nak maki hamun dan keluarkan perkataan yang boleh menyebabkan agama lain.

Daripada kita dok suruh boikot, apa kata kita buat kempen beli produk orang Islam. MF rasa itu lebih baik sebabnya, tak ramai orang tahu produk keluaran Islam ni. Sebab produk orang bukan Islam pun guna nama Islam dan Nampak Islamik bahkan ada logo halal lagi… Jadi, pengguna dan lebih mencari produk halal berbanding mencari produk orang Islam kan.


Ini 3 sebab kenapa kita mesti support produk keluaran orang Islam?

Persoalan,
Kenapa nak kena sokong produk orang Islam?
Salah ke beli produk orang bukan Islam, sedangkan ianya halal?

Sebagai menjawab soalan tu kan, MF nak kongsikan satu petikan ayat dari al-Quran dalam surah al-Hujurat ayat 10:
“إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠  

Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Kerana umat Islam itu bersaudara

Sebenarnya, inilah jawapannya kenapa kita kena sokong produk orang Islam.

Kerana orang beriman itu bersaudara. Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul serta hari Kiamat, maka dia adalah bersaudara. Cuma mungkin kita tak sedar pasal ni kan… Jadi, kita hanya rasa yang saudara itu, yang hanya ada pertalian darah dengan kita je.

Tapi sebenarnya, orang yang punyai akidah yang sama dengan kita, yang punyai qiblat yang sama dengan kita, yang percayakan Rasul yang sama, serta berpegang kepada kitab yang sama, dialah saudara kita. Jadi, mengapa tidak kita sokong produk atau bisnes orang Islam juga.

Siapa lagi nak sokong kalau kita sesame Islam

Sebenarnya, banyak je produk orang Islam, Cuma tak disebar luaskan. Banyak je… Kalau produk dan barang dapur tu banyak sangat, dari beras, gula, minyak hingga kan sabun basuh pun ada je produk orang Islam. Cumanya sebab persaingan dan promosi kurang, jadi orang kurang tahu.

MF sendiri pun sedang beralih ke produk muslim, walaupun tak semua, tapi ada juga… Yang mana kita rasa perlu kita ubah, kita ubah… apa salahnya ubah selera kan… Memula memang kekok, tapi lama-lama biasa lah.

Produk kesihatan dan kecantikan pun ada dah keluaran Muslim, contohnya Cosmoderm, ini antara produk kecantikan dan penjagaan badan keluaran orang Islam yang kualitinya standing produk lain juga. MF dah lama guna.

Tapi ada yang kata, produk makanan, kesihatan dan kecantikan memang ada, tapi produk hiasan rumah, dan dekorasi kebanyakan produk bukan Islam.

Ehhh… sabaaaqqq… ada aih produk orang Islam…
Produk dekorasi rumah, hangpa nak tau produk pa yang orang Islam buat, iaitu produk bantal… haha… alah.. bantal memang la, banyak orang jual kat tepi jalan tu.. memang la produk orang Islam…

Daaakkk..


Ni produk lain ok… Bantal taraf bantal hotel 7 bintang punya.. Bantal ni, bukan bantal bisher-bisher punya ok… Lain dari yang lain.

sumber: google images


Bantal Hotel ni diberi nama DAG. Nama macam nama produk dari luar negara, tapi orang kita ja buat… Pengasas dia dari Kelantan ja… DAG tu singkatan kepada nama Das Abdul Global. Sebuah syarikat bantal di Kelantan…

Sumber: google images

Ada yang perasan, mungkin ada yang tak perasan la pasal bantal ni, yang pasti bantal ni dah penuh kat Highway dah… Tapi sebab kita tak ‘tidur’ jadi, kita tak tau bantal ni kat highway… penuh aih kat papan iklan di highway.. Yang tak perasan, lepas ni perati betui-betui masa drive kereta… Tapi kalau rasa payah sangat, hangpa cari kat Shopee pun ada juga...

Ha, kan… itu ada je produk dekorasi dari orang Islam… dan ramai je jurutera muslim kat Malaysia ni, antaranya yang terkenal, Azhar Sulaiman… Ha, jangan tak tau.. dia pakar tau bab lukis dan reka bentuk bangunan ni…

Kalau dalam bidang lain, bidang automotif pun ada… dan jangan tak tau ye, Homemadesticker dibawah syarikat HMSD Ent. Salah satu syarikat Melayu Islam yang menjadi syarikat pemasangan aksesori kereta di Malaysia.. Cuma tak popular je lagi… Insha Allah… 5 tahun lagi akan terkenal kalau semua orang Islam support.

Sebab dapat pahala zakat dan sedekah

Dan sebab ketiga kenapa kena support produk orang Islam, ialah sebab zakat. Zakat ni menjana ekonomi orang Islam. Bila semua orang support, syarikat orang Islam maju dan mereka wajib bayar zakat. Dan dengan zakat ni akan disalurkan kepada orang Islam yang bergelar asnaf… dan inilah yang menjadikan negara kita aman dan bebas dari kemiskinan. Insha Allah.

Insha Allah beli dari orang Islam dengan niat nak bantu ekonomi orang Islam, adalah satu jihad yang akan beroleh ganjaran pahala. Insha Allah… Pahala tu bukan atas tikar sembahyang je… tapi dengan cara menjana ekonomi ummah…


Jadi, jom kita support produk orang Islam kita, kalau tak kita, siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi, kalau tak boleh semua, jangan tinggal semua.

Sekian… semoga bermanfaat. 

10 Tabiat Orang Berjaya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Tabiat Orang Berjaya

10 Tabiat Orang Berjaya


  1. Mahukan orang lain turut berjaya 
  2. Selalu bercakap mengenai idea 
  3. Sentiasa bersyukur 
  4. Punya sasaran dan usaha ke arah itu 
  5. Sentiasa memaaf kan orang lain 
  6. Rebut peluang
  7. Bertanggungjawab atas kegagalan 
  8. Mempunyai perancangan 
  9. Suka berkongsi maklumat 
  10. Hargai orang lain


Ogos 28, 2019

JIKA TERBANGUN TENGAH MALAM...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


JIKA TERBANGUN TENGAH MALAM...

DOA KETIKA TERBANGUN TENGAH MALAM...
sumber: google images

Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda:

مَن تَعارَّ من الليل فقال: لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ، ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ، ثم قال: اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي – أو دعا – استُجِيبَ له، فإنْ توضأ وصلى قُبِلتْ صلاتُه

"Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca (zikir tersebut di atas): Segala puji bagi Allah Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, maha suci Allah, tiada sembahan yang benar kecuali Allah, Allah maha besar, serta tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah, kemudian dia mengucapkan:

DOA KETIKA TERBANGUN TENGAH MALAM...


اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي

“Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa)ku“, atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya”  (HR al-Bukhari (no. 1103), Abu Daud (no. 5060), at-Tirmidzi (no. 3414) dan Ibnu Majah (no. 3878))

*Status hadith ini SHAHIH.*

DOA KETIKA TERBANGUN TENGAH MALAM...
SUMBER: GOOGLE IMAGE

Oleh itu jika kita terjaga dari tidur pada waktu malam maka janganlah dia kembali tidur tanpa berzikir dulu. Dan lebih baik dia menggambil wuduk dan solat sunat tahajjud dan witir.

Wallahua'lam

Kredit: Page Jalan-Jalan Cari Ilmu


Kira ni amalan yang paling ringanlah... Terjaga sebab nak terkencing ke kan... Ambil wuduk, dan zikir... Kalau pun rasa berat nak solat 2 rakaat... Tapi mustahil... kalau dah wuduk tak kan tak solat... Tapi kalau dah mamai sangat... zikirlah sehingga tertidur semula... semoga beroleh pahala. 

Ustaz MF pernah kata... kalau terjaga tu kira bertuah la.. jadi jangan sia-siakan... dan lagi satu, niatkan setiap malam untuk bangun tahajjud... Tak dapat buat setiap malam, sekali seminggu pun ok.. Kalau tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun jadilah... Kalau tak pun setahun sekali... teruk sangat kalau sekali seumur hidup... 

Ogos 27, 2019

Giveaway Merdeka 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MF lama tak buat giveaway merdeka walaupun ada anak merdeka ... Tak sempat nak buat.. Jadi, support orang buat jadilah...

Jadi, MF support sesiapa yang buat GA bulan merdeka ni.. insha Allah...

KLIK Banner untuk join.

Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia | Bendera Malaysia, tak ramai yang cakna pasal ni... Kalau kita tengok, bendera Malaysia hanya semangat orang pasang bila nak merdeka, bila hari-hari tertentu, sedangkan bendera Malaysia tu satu identiti yang patut kita bangga dan pertahankan.

Bendera lambang kedaulatan sesebuah negara. Senang kata macam maruah kita sebagai seorang warganegara. Jadi, sebagai warganegara, kita kena jaga, pertahankan sebaiknya. Tapi disebabkan arus kemodenan, kita selesa, rasa aman, kita tak cakna pasal ni... Kita tak didik anak-anak kita sayangkan bendera Malaysia. Sayang dan sedih pun ada kadang-kadang, orang tak peduli pun bendera yang jatuh, bendera kena pijak dan sebagainya.

Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia

Cara pasang bendera

Baru-baru ni timbul isu, bendera dipasang terbalik. Tak pastilah sengaja atau tak, tapi logiknya lepas pasang tak kan lah tak tengok kan... Tapi takpe lah... Premis tu pun dah dikenakan kompoun.

Apa pun, mungkin ada yang tau dan ada yang tak tau cara nak pasang bendera yang betul.

Jadi, jom belajar cara pasang bendera yang betul, supaya kita tak salah dan tak dikatakan menghina negara sendiri.

Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia


1. Cara pasang bendera pada kenderaan

Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia pada kereta

2. Ukuran bendera dan tempat dipamerkan bendera


UKURAN DAN JENIS BENDERA
Bendera mempunyai ukuran standard bergantung kepada tujuan dan di mana hendak dikibarkan. Antara ukuran bendera tersebut adalah;

Bendera Biasa
Panjang - 183 sm (6 kaki) Lebar - 91.5 sm (3 kaki)

Bendera ukuran ini biasa dikibarkan di bangunan-bangunan, pejabat-pejabat dan juga di rumah kediaman.

Bendera Rumah
Panjang - 122 sm (4 kaki) Lebar - 61 sm (2 kaki)

Bendera ukuran ini dikhususkan untuk dikibarkan di rumah-rumah kediaman dan di dalam pejabat di mana ketinggian tiang-tiang bendera adalah terhad.

Bendera Sedang
Panjang - 244 sm (8 kaki) Lebar - 122 sm (4 kaki)
Ukuran bendera ini digunakan sebagai penutup keranda sebagai tanda penghormatan Negara.

Bendera Besar
Panjang - 366 sm (12 kaki) Lebar - 183 sm (6 kaki)
Bendera saiz ini dikibarkan di bangunan kedutaan Negara kita di luar negara. Jika di dalam negara, bendera saiz ini hanya dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Pengibaran Bendera Besar memerlukan ketinggian tiang bendera yang bersesuaian.

Bendera Meja
Panjang - 30.5 sm (1 kaki) Lebar - 15.25 sm (0.5 kaki)
Bendera meja yang disangkutkan dengan tiang bendera mini diletakkan di atas meja dan digunakan semasa persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.

Bendera Kereta
Panjang - 30.5 sm (1 kaki) Lebar - 15.25 sm (0.5 kaki)
Bendera Kereta dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah, sebelah kanan atau sebelah kiri. Penggunaan Bendera Kereta hanya dikhaskan kepada pembesar-pembesar tertentu sahaja, seperti;

  1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (Bendera Peribadi).
  2. Bendera Sultan/Raja/TYT Yang di-Pertua Negeri (Bendera Peribadi)
  3. Pelawat-pelawat negara asing yang mendapat taraf Tetamu Negara/Kerajaan (Bendera Peribadi atau Bendera negara masing-masing).
  4. Duta-Duta Negara Asing di Malaysia (Bendera negara masing-masing).
  5. Pegawai-pegawai Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (Bendera Tentera atau Polis Diraja Malaysia).

Cara Hormat Bendera Malaysia

Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan beberapa garis panduan agar penggunaan Jalur Gemilang sentiasa dihormati oleh rakyat Malaysia. Antaranya:

  1. Bendera hendaklah dipasang secara melintang sahaja. Tidak boleh dipasang secara menegak sekiranya berkedudukan statik atau tidak berkibar.
  2. Walaubagaimanapun dibolehkan memasang secara menegak sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (Flagline).
  3. Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa
  4. penggunaannya adalah terhad.
  5. Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.
  6. Pengunaan bendera dalam pelbagai gaya dan bentuk seperti iklan dalam tujuan mempromosi sambutan Bulan Kemerdekaan dibenarkan asalkan kreativiti tersebut tidak ditafsirkan sebagai menghina bendera.
  7. Mengibarkan bendera yang telah uzur seperti telah pudar warna dan koyak adalah satu kesalahan atau ketidakwajaran.


Itu, sedikit sahaja perkongsian tentang cara memasang bendera. Kiranya itu pengetahuan asas kita sebagai rakyat biasa. Tapi bagi premis kerajaan, premis perniagaan, ada juga caranya yang telah ditetapkan dalam cara memasang bendera.

Semoga kita ambil tahu dan cakna pasal nak pasang bendera nih... Bukan apa... Takut ada yang tak tau.. So, ini sebagai pengetahuan am untuk semua termasuklah penulis sendiri.

Kalau nak baca maklumat lanjut, boleh rujuk laman web Kementerian Penerangan Malaysia.

Ogos 26, 2019

11 Tips Sihat Cara Nabi s.a.w

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


INGIN SIHAT SEPERTI RASULULLAH SAW?

IKUTILAH TIP BERIKUT KERANA INILAH SUNNAH YANG BAGINDA AMALKAN:

11 Tips Sihat Cara Nabi

1. Mandi fajar (di awal pagi)
2. Selalu bangun bertahajjud sebelum Subuh
3. Makan dengan kadar yang betul
4. Tidak makan kecuali setelah lapar
5. Berhenti makan sebelum kenyang
6. Gemar berjalan kaki
7. Hindari sifat marah dan sentiasa memaafkan
8. Optimis dan tidak putus asa
9. Tidak iri hati
10. Banyakkan bersedekah dan beribadah
11. Senyum ceria selalu

Daripada 11 ni, banyak yang kita tak buat kan... sebab tu kita selalu sakit... sakit hati, membawa ke sakit yang lain...

Nak sihat, nak cantik dari hati, dari dalaman... kalau luaran je jaga, dalaman tak jaga tetap bawa penyakit juga...

Sama-sama kita beramal...

Ogos 24, 2019

Cara Kuruskan Badan Dengan Amal Makan Nasi Sejuk!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Kuruskan Badan Dengan Amal Makan Nasi Sejuk! | Sebut kurus, yang excited ialah orang perempuan, sebab kurus menjadikan kita sihat, muda dan bertenanga dan tak kurang juga kelihatan cantik.

Tapi, pertama kali dengar, makan nasi sejuk boleh jadikan seseorang tu kurus.

Tapi ini bukan cobaan.. ini berdasarkan kajian sainstifik bagaimana nasi sejuk boleh jadikan seseorang tu kurus.

Mana mana tu?

Jom apa kata artikel ni:


CARA KURUS MAKAN NASI
--------------------------------------------

Orang kata makan nasi boleh jadi gemuk.
Padahal diet macam paleo kata nasi putih ni sumber kanji paling selamat jika ambil sederhana.

Isunya, nasi putih tak macam nasi beras perang, senang jadi gula serap dalam darah. Gula darah mudah naik, bila berlebihan simpan jadi lemak pulak.

Orang diabetes dan takut obes cukup risau makan nasi ni. Jadi apa caranya nak kurangkan serap gula dari nasi ni ke dalam darah?

Tadaa..

cara kurus dengan makan nasi, kurus sihat
sumber: google images

Cara Kuruskan Badan Dengan Amal Makan Nasi Sejuk!

NASI SEJUK korang pernah dengar?

Tahukah anda, bila kita masak nasik..
# Lepas tu biarkan sejuk.. atau simpan dalam peti 
# Lepas tu panaskan balik
# Molekul nasi jadi kristal..kanji dalam nasi macam ni kita panggil KANJI DEGIL..sebab susah serap badan.

# Jadi, kalori..tenaga kurang dapat daripada nasi sebegini..

# Sebab susah serap, nasi beri tenaga lebih lama..Maka kita jadi lebih lama kenyang.

# Menariknya, kajian juga menunjukkan jika kita panaskan balik nasi sejuk tu..ia masih tak jejaskan kedegilan nasik tu.

Mentang-mentang nama nasi sejuk..tak semestinya dimakan sejuk ya 
.

Haa..teruja dok..
Apa tunggu lagi..sejukkan nasi anda supaya kurus dan gula darah lebih terkawal lepas makan nasik.

Kredit : Hafiz Sulaiman,



Sebenarnya, makan nasi yang dah sejuk pun boleh... Bukan nasi yang panas-panas tu... Dan bagi yang ada angin, memang kena olah la cara masak, supaya tak berangin... Kata Doktor Hafiz, betullah kata orang tua dulu, bagi yang ada angin dan wanita berpantang, elakkan makan nasi sejuk.

Korang boleh follow doktor ni kalau nak tau pasal angin dalam badan, bentan dan sebagainya... Sebab dia buat kajian sains pasal ni... Bukan saja dok cakap kosong. MF suka follow doktor yang macam ni... bercakap dari pengalaman dan fakta kajian sendiri... Baru betul... Bukan sekadar petik kajian-kajian luar... Tapi juga buat eksperimen sendiri... 

Ogos 22, 2019

6 TIPS AGAR BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK RATA WALAUPUN KULIT MUKA KITA BERMINYAK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


6 TIPS AGAR BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK  RATA WALAUPUN KULIT MUKA KITA BERMINYAK | Orang yang kulit muka berminyak rasa delima nak pakai bedak muka kan. Tapi kalau tak pakai lagi lah Nampak shining macam cermin. Tapi bila dah pakai, Nampak bertompok dan lagi buruk bila berpeluh atau waktu tengah hari. Cair habis bedak muka tu.

Tapi, ada caranya, bagi yang hadapi masalah kulit wajah berminyak nih… jangan risau... tips mudah je...

6 TIPS AGAR BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK RATA WALAUPUN KULIT MUKA KITA BERMINYAK, TIPS UNTUK KULIT BERMINYAK, BEDAK UNTUK KULIT BERMINYAK

6 TIPS AGAR BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK  RATA WALAUPUN KULIT MUKA KITA BERMINYAK



#Tips 1: BERSIHKAN SELURUH MUKA

CARA CUCI MUKA YANG BETUL

Memandangkan kulit muka kita jenis berminyak, jadi supaya bedak tahan lama kita perlu membersihkan muka terlebih dahulu sebelum memakai bedak atau mekap.
Bilasan air selepas menggunakan pembersih muka akan melunturkan minyak dan kotoran yang melekat di muka. Lagipun jika kotoran tersebut tidak dibersihkan, hasil mekap akan jadi tidak sekata. Malahan boleh menyebabkan jerawat tumbuh di muka.


#Tips 2: GUNA AIS 

GUNA AIS SEBELUM MAKE UP

Muka yang berminyak mudah sangat nampak berminyak walaupun kita baru sahaja membersihkan muka. Cara terbaik untuk mengawal pengeluaran minyak buat sementara waktu adalah dengan menggunakan ais batu.

Sapukan ais batu pada seluruh muka secara perlahan-lahan. Rasa sejuknya akan menyegarkan dan menegangkan kelenjar minyak pada muka sehinga pengeluaran minyak dapat dikawal. Paling tidak ketika kita sedang sibuk bermekap.


#Tips 3: PAKAI PELEMBAB MUKA


Walaupun muka kita jenis berminyak, tapi jangan takut untuk pakai pelembab muka. Muka tak akan jadi lebih berminyak jika kita memilih pelembab muka yang sesuai untuk kulit berminyak.

Pakailah pelembab yang mempunyai kandungan yang ringan supaya dapat mengawal kadar minyak di muka. Pelembab ini juga akan membuat mekap atau bedak tahan lama sepanjang hari.


#Tips 4: PILIH BEDAK BERTEKSTUR RINGAN

Untuk kulit berminyak, sebaiknya kita pakai bedak yang teksturnya lebih ringan seperti bedak jenis loose powder. Bedak ini mempunyai tekstur lebih lembut dan ringan sehingga lebih selesa di kulit muka serta tidak menyumbat liang pori-pori.

Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kadar minyak serta  dapat melekat dengan baik di kulit muka berminyak. Penggunaan bedak loose powder juga akan membuatkan kulit muka kita kelihatan lebih segar dan bebas minyak.


#Tips 5: BAWA KERTAS MINYAK

Gunakan kertas minyak bagi mengurangkan kelebihan minyak di kulit muka. Jangan gosok kertas minyak ini dengan kuat di kulit muka kerana ia hanya akan merosakkan mekap atau bedak yang dipakai.

Cara pakai kertas minyak supaya mekap atau bedak tahan lama, memadai jika kita tekap-tekap kertas minyak ini secara perlahan-laan di kulit muka sehingga minyak tersebut hilang tanpa merosakkan solekan.


#Tips 6: HINDARI KEBIASAAN MENYENTUH KULIT MUKA

Selalunya kita suka sangat menyentuh bahagian muka seperti menggaru-garu kawasan muka yang gatal, menutup mulut dengan tangan, pegang dagu dan sebagainya.

Kebiasaan ini akan membuat mekap atau bedak cepat luntur disebabkan kelebihan minyak di muka. Selain itu, kebiasaan ini juga akan memperluaskan penyebaran kuman dan bakteria dari tangan ke muka.

Itulah beberapa cara yang boleh dipraktik supaya bedak tahan lama dan nampak lebih rata di kulit muka kita yang berminyak. Orang yang ada masalah kulit muka berminyak, boleh cuba salah satu atau keenam-enam tips ini..

Semoga bermanfaat.

Kredit info: Telegram Channel Petua & Kesihatan

Ini Cara Kawal Murid dalam Kelas Terutama Murid Kelas Belakang

Ini Cara Kawal Murid dalam Kelas Terutama Murid Kelas Belakang | Entry ni MF buat bagi memenuhi permintaan seseorang yang tinggalkan komen kat entry MF. Dia minta MF kongsikan cara nak kawal murid dalam kelas.

MF ni takde lah pandai mana bab nak kawal murid dalam kelas ni. Tapi pengalaman mengajar yang masih 'setahun jagung' ni MF cuba lah kongsikan apa yang patut.

Tapi, Perkongsian ni MF lebih kepada pelajar sekolah menengah lah.. Sebab MF mengajar di sekolah menengah. Jadi, ragam pelajar sekolah rendah MF cuba juga kongsikan tapi bukan guru tapi sebagai ibu sebab MF ada anak di sekolah rendah.

Pengalaman MF mengajar belum pun sampai 1 dekad. Tapi MF cubalah penuhi permintaan soalan ni.

MF mula posting di sebuah sekolah di bandar Kuala Lumpur. Memang dari awal posting tak terkecuali akan diberi kelas belakang. Dan sehingga sekarang MF memang akan mengajar dan beberapa kali jadi guru kelas kelas belakang.

Dulu memang ada beza kelas depan, kelas belakang sebab pelajar di disusun ikut akademik dan sahsiah. Tapi sekarang kebanyakan sekolah dah tak digalakkan buat macam tu. Jadi pelajar semua bercampur. Bila bercampur ni lagi mencabar lah nak kawal sebenarnya.

Apa pun sebagai guru, wajib cuba sedaya upaya untuk kawal murid dalam kelas. Kalau tak objektif pembelajaran susah nak capai.

Cara Kawal Murid dalam kelas.


Ini Cara Kawal Murid dalam Kelas Terutama Murid Kelas Belakang

1. Suara mesti kuat
Suara adalah aset penting bagi cikgu. Nak kawal murid supaya diam ialah kena ada suara yang kuat. Semasa mengajar dan memberi arahan kena tegas dan suara yang jelas.

Kalau suara tak kuat, kena beli lah mikrofon speaker portable tu... Lebih mudah dan tak perlu terjerit dah dalam kelas. 

Suara yang tak jelas, itu juga faktor pelajar berbual dan buat kerja lain selain kerja sekolah. 

Sebab tu, jarang lah cikgu lelaki ada masalah ni. Sebab suara cikgu lelaki lantang dan tegas. Jadi, pelajar automatik takut. 

2. Kenali murid kita
Murid ni ada pelbagai jenis dari pelbagai jenis latar belakang. Watak murid ni berbeza... Dan cara pembelajaran mereka juga berbeza. Ada yang jenis visual, ada yang jenis audio dan ada juga jenis kinesthetic.

Sebab itu, aktiviti yang dicadangkan iaitu pembelajaran abad ke-21 adalah untuk meraikan kepelbagaian jenis murid dalam satu kelas. Tapi MF sendiri faham.. Kekangan masa buatkan kita tak mampu nak buat semua kaedah... Tapi jangan tinggal semua. Buat mana yang mampu. Sentiasa ubah cara pengajaran supaya murid tak bosan. Bila bosan tu dia mula bising dan susah nak kawal. 

3. Tetapkan peraturan
Sebagai guru, tetapkan peraturan yang tegas. Jika pelajar bercakap apa tindakan kita. Jika pelajar berjalan atau tidur dalam kelas... Apa denda. Dan denda ni mesti buat dan tetap!

4. Wujudkan sifat hormat kepada guru
Caranya memang susah juga nih.. Sebab ada pelajar tak tau nak hormat guru. Tapi kita boleh latih dia. Insha Allah, lama kelamaan dia akan faham.

5. Raikan minat pelajar
Raikan minat pelajar. Macam MF, pelajar MF suka berbual tentang apa.. MF juga akan cuba masuk dengan golongan pelajar tu dan bercerita.

Ini menjadikan mereka seronok sebab cikgu seolah menyokong minat mereka. Jadi mereka ngam dengan kita.

Lepas bercerita barulah kita mula dengan mengajar. Anggaplah itu sebagai iklan dalam proses kita mengajar untuk hilangkan rasa mengantuk dan bosan murid. 

6. Komunikasi dua hala
Semasa mengajar kena ada komunikasi. Jangan cikgu bercakap seorang kat depan. Nanti pelajar bosan. Buat soal jawab. Siap dalam jawab bagikan galakan atau hadiah. Walaupun sebiji gula-gula tu dah cukup gembira kan pelajar.

Soal pelajar yang sukar dikawal atau suka bercakap. Sebutlah nama dia selalu... Lama kelamaan dia akan senang dikawal. Biasanya pelajar yang selalu buat bising atau susah dikawal ni dia nak lebih perhatian dari kita. Jadi, selalu sebut dan soal nama dia. Insha Allah... Nanti dia reda dan semakin boleh dikawal. 

7. Cintai kerjaya kita
Ya, mengajar ni kena dari hati.. Kita suka mengajar dan sampaikan ilmu... Banyakkan doa dan mulakan dengan doa sebelum melangkah kaki masuk ke kelas. Mintalah pertolongan dari Allah. Insha Allah.. Allah akan tolong kita. 

MF rasa tu yang boleh dikongsi kan... Mungkin ada Cikgu yang lebih berpengalaman lain pula caranya. 

Selain tu, kena study cara pengajaran dan pembelajaran yang disukai oleh pelajar. Apa pun... MF yakin semua cikgu ada teknik pengajaran yang tersendiri... Dan MF juga yakin, ragam pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sangat lain.  Ye la.. Budak-budak baru nak baligh dengan budak yang nak jadi dewasa... Lain caranya.  Hanya kita kenal pelajar kita. Kita kena bijak cari apa minat pelajar kita... Cuba tackle hati pelajar dengan apa yang dia suka. Insha Allah.. Kita akan lebih mudah mendekati pelajar tu. 

MF rasa, yang jadi masalah nak kawal tu ialah masalah bercakap dalam kelas. MF tak nafikan bab tu.. Pelajar sekarang suka berbual. Ada cikgu takde cikgu sama je. Jadi kita kena juga raikan mereka tapi dengan kenakan syarat yang tertentu. Insha Allah.. 

MF yakin semua cikgu adalah cikgu yang hebat. Sebab kita mampu kawal murid kita yang ramai dalam satu kelas. Ibu bapa pun ada kala tak mampu nak kawal anak yang ramai... Tapi cikgu boleh. Itulah hebatnya cikgu.. 

Jadi, yakin diri.. Dan kuatkan semangat.. Dan banyakkan berdoa dengan Allah.. Insha Allah.. Allah akan beri pertolongan. 


Boleh rujuk laman web ni... Ada perkongsian yang menarik untuk kawal murid terutama murid sekolah rendah... 

Ogos 21, 2019

Doa Mohon Perlindungan dari 5 Manusia Bersifat Buruk!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Mohon Perlindungan dari 5 Manusia Bersifat Buruk!

Doa Mohon Perlindungan, 5 Manusia Bersifat Buruk!

Rasulullah Sallallahu A'laihi Wasallam :

اللَّهُمَّ إنِّي أّعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ المَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَليَّ رَبّاً، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابَاً، وَمِنْ خَلِيْلٍ مَاكِرٍ عَيْنُهُ تَرَانِي، وَقَلْبُهُ يَرْعَانِي؛ إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari tetangga yang jahat; dari pasangan yang menjadikanku tua (beruban) sebelum waktunya; dari anak (keturunan) yang mengusaiku ; dari harta yang menjadi siksaan bagiku; dan dari kawan dekat yang tidak jujur kepadaku, matanya melihat dan hatinya terus mengawasi, namun kalau melihat kebaikanku, dia tutupi dan kalau melihat keburukanku, dia sebarkan.” [ HR. Thabrani dalam Ad-Du’a’ 3: 1425, no. 1339, juga dalam Az-Zuhud, no.1038 ]

INTISARI :

5 Manusia Bersifat Buruk!

Doa ini mengandungi maksud memohon  perlindungan dari lima hal yang merupakan sifat-sifat yang tercela :

1) Jiran yang buruk perangai.
2) Pasangan  ( suami / isteri ) yang cerewet dan meletihkan.
3) Anak yang derhaka.
4) Harta yang menjadi penyebab Azab
5) Sahabat yang tidak jujur.

 Sangat baik mengamalkan doa ini agar terhindar dari 5 golongan tersebut.
 Dan lebih baik pastikan kita juga tidak tergolong dalam kalangan 5 golongan itu.

Semoga bermanfaat.

Ogos 20, 2019

Denda Bucu Dinding



Denda "time out" dalam bahasa Melayu dikatakan denda bucu dinding.

Anak yang buat salah kena mengadap bucu dinding selama 10 ke 15 minit... 

Sebelum tu kena bagi tau dulu kenapa kena denda tu... 

HUKUMAN  "Di Bucu Dinding"  , Merupakan kaedah mengubah tingkahlaku ,

 Individu yang dihukum DIASINGKAN sementara. Terasing dari persekitaran yang menyeronokkan  

"Time Out"  Terbukti berkesan untuk; - Masalah disiplin - Kekasaran tingkahlaku - Tidak mendengar kata

Tempoh denda:
 MAXIMUM  15 MINIT   
Duduk atau berdiri di bucu dinding, tepi tangga, atau bucu bilik. 


Parenting tips
Sumber: Public Health Malaysia

Kaedah ni MF tak pernah cuba lagi sebab temperature tu cepat sangat naik.. Jadi otak lost Untuk bertindak secara waras. Haha.. 

Bila camtu.. Mulut lagi laju dari tindakan.  Hadoi.. Mak berubah juga nih.. Kena belajar kawal emosi. 

Insha Allah... Lepas ni nak cuba buat macam ni... Kita tengok keberkesanannya macam mana... 

Tapi denda apa pun.. Tak boleh selalu buat.  Nanti dah terbiasa... Dia dah lali jadi tak berkesan dah... Jadi, ada kala guna kaedah ni.. Adakala kaedah rotan juga diperlukan... 

Bukan senang nak didik anak kan.. Lebih mencabar dari mengandung dan melahirkan... Sebab salah didikan rosak masa depan. Nauzubillah... 

Sekian. 

Amboii.. Sombongnya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Amboii.. Sombongnya! | Sombong, perkataan ni semua orang tahu. Dan istilah ni sendiri pernah orang kata pada MF sendiri.

Orang yang tak kenal MF memang akan kata MF ni sombong. Bakal suami MF dulu (sekarang dah jadi suami pun) pernah kata MF sombong masa pertama kali... Sekarang orang sombong nilah jadi bini dia.. Haha..

Tapi MF biasa juga menjadi sombong dalam keadaan tertentu... Iaitu ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi lain... Itu wajib ye... Biarlah nampak sombong dan keras kerana agama melarang wanita berbual dengan lelaki bukan mahram dengan liuk lenggok bahasa yang menggoda.

tanda sombong yang ada pada seseorang.
Sumber : Google images 

Ok.. Apa pun... Apa itu sombong sebenarnya?

MF nak kongsikan... 25 tanda sombong dan ciri orang yang sombong.

Moga takde tanda ni pada diri kita...

25 tanda sombong yang ada pada seseorang. 


1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya & orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat ALLAH SWT Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

tanda sombong yang ada pada seseorang.

Moga takde sifat sombong ni dalam diri kita  dan biarlah sombong bertempat...

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita muhasabah diri. 

Ogos 19, 2019

Ini 5 Tips Selamat dan Jimat Beli Produk Kosmetik Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini 5 Tips Penting Beli Produk Kosmetik Online | Wanita dan kecantikan tak boleh dipisahkan. Rasanya wanita normal dia pasti nak lihat dirinya cantik. Tak kiralah orang peduli ke tak pasal dia, tapi sebagai wanita mesti dia nak lihat diri dia cantik.

MF tak terkecuali juga bab nak cantik nih... Walaupun korang nampak disebalik kucing hitam je kan... Tapi MF sebagai wanita ye, bukan kucing tetap nak cantik... Eh, kucing pun sentiasa nak bulu dia cantik gak kan.

Masa zaman sekolah dulu, MF biasa dah jaga kecantikan... Zaman sekolah mana ada lagi produk online nih... Jadi, direct je beli kat kedai... Apa jual kat kedai, itulah MF akan beli.

Tapi sekarang ni, nak cantik tak payah susah payah sangat dah... Produk kecantikan banyak dah sekarang, macam-macam jenama ada... Nak putih, nak licin nak muka lonjong, nak hidung mancung semua ada. Sebab sekarang ni semuanya dihujung jari. Online aje nak beli produk kecantikan.

MF sekarang ni memang banyak beli online. Sebab mak anak empat kot, tak mampu nak usung anak semata-mata nak beli krim muka ataupun celak mata. Beli online je senang.

Tapi kalau nak beli produk kosmetik online ni, kena juga tau caranya. Kalau tak membazir wang dan masa je dok belek webshop online tu.

lazada voucher, shopcoupon, watson promotion, diskaun lazada, shopee promo, online shopping, sale lazada

Ini 5 Tips Selamat dan Jimat Beli Produk Kosmetik Online


1. Beli di Official Stores Produk

Produk kosmetik online ni, kita tak payah pening nak beli kat website jenama tu... Memang takde jual. Tapi kita beli je kat Official Stores produk tu sama ada di Lazada atau Shopee. Eh, kenapa dua ni yang MF sebut? Sebab dua ni paling popular di Malaysia. Siapa tak kenal Lazada dan Shopee, anak MF umur 3 tahun dah kenal sangat dah... siap nyanyi lagi...

Kat Lazada dan Shopee memang banyak Official Stores produk kosmetik nih. Pilih sahaja jenama apa kita suka, beli direct terus dari situ.

Apa kelebihannya? 


Lebihnya, kita rasa lebih yakin dan selamat dari terkena produk tiruan atau produk yang hampir tarikh tamat tempoh.


lazada voucher, shopcoupon, watson promotion, diskaun lazada, shopee promo, online shopping, sale lazada

Dan lebihnya, senang kita nak returned barang yang salah hantar. Macam pengalaman MF beli produk Cosmoderm di Official Store Lazada. MF direct chat dan dia respond dan terus dia pos barang yang baru kat MF, dan rezeki MF tak kena pulangkan pun produk yang dia salah hantar tu.

Nak jimat banyak gunakan Lazada Voucher produk-produk dari Official Store nih. Save banyak tau!


2. Lihat review

Beli online, apa barang sekalipun jangan pernah culas untuk baca review. Kena study sikit bab nih. Review nih penting sangat. Ini sebagai petunjuk untuk kita pilih produk tu... Kalau yang banyak review lagi bagus, sebab kita boleh buat pilihan dengan lebih tepat.

3. Pilih ikut kategori yang betul

Nak memudahkan kita memilih, pilihlah ikut kategori yang kita nak. Kalau nak beli produk dengan  jenama tertentu, pun boleh... Kenapa kena ikut kategori, supaya kita buat pilihan yang selamat dan tak salah produk.

4. Pastikan semak produk kosmetik sebelum beli.

Lambakan produk kosmetik sekarang ni, buatkan kita kena lebih berhati-hati. Sebelum beli sesuatu produk, sila semak dulu produk tu ada KKM Approved ataupun Halal JAKIM. Tapi memang jarang jumpa produk kosmetik ada logo halal kecuali beberapa produk seperti Safi, Shokubutsu, Garnier dan beberapa produk lain. Tapi kalau takde halal pun, pastikan ada kelulusan KKM atau NPRA. Itu lebih meyakinkan.

5. Beli di Official Store yang jual produk kosmetik

Tips kelima ni penting untuk kita beli produk kosmetik dengan lebih jimat dan selamat. Jika secara offline, kat mana kita boleh dapatkan produk kosmetik? Mestinya terlintas di minda kita Watson kan... Bagi yang tak mampu nak walk in ke watson, boleh je jengah ke Watson Online.

Watson online ni antara tempat shopping produk kosmetik pilihan MF la... Sebab kalau nak bandingkan harga memang jimat gila...


lazada voucher, shopcoupon, watson promotion, diskaun lazada, shopee promo, online shopping, sale lazada

Contoh, MF nak beli produk Nutox ni kat Shopee... MF compare juga dengan Official Store, memang jauh beza... Bezanya sebab Watson bagi promo diskaun... Tu yang best. Lagipun beli kat Watson lebih dipercayai berbanding kita beli kat orang persendirian atau kiosk-kiosk kecil online atau kedai jamu kan.

Tapi lagi jimat kalau guna Watson Promotion untuk beli produk kosmetik di Watson. MF guna pun memang jimat banyak. Rugi kalau tak guna..

MF rasa, cukuplah kot lima tips tu... Apa pun dari pengalaman MF, memang jimat banyak beli produk kosmetik online ni. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat juga poket.. Jadi, memang MF tak kan ragu-ragu untuk beli produk kosmetik online.

Sekian, semoga bermanfaat.

Mengaku Umat Nabi Muhammad s.a.w, Tapi Apa Sunnah Yang Kita Buat?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Mengaku Umat Nabi Muhammad s.a.w, Tapi Apa Sunnah Yang Kita Buat? | Hari ni kebanyakan dari kita bercuti... Tahu tak cuti apa?

Owh... cuti Maulud Nabi, tapi apa kesannya cuti ini dalam diri kita dan keluarga kita?

Sebaiknya, sebagai tanda nak ingat hari kelahiran Nabi ni, kita azamkan dalam diri untuk lakukan sunnah-sunnah Nabi dalam kehidupan seharian kita.

Mengaku Umat Nabi Muhammad s.a.w, Tapi Apa Sunnah Yang Kita Buat?


7 Sunnah yang dilakukan Rasullullah pada setiap hari

7 Sunnah yang dilakukan Rasullullah pada setiap hari sepanjang hidupnya menjadi Rasul:


1. Solat Berjamaah

Rasullullah akan solat berjemaah bersama para sahabat setiap kali solat waktu.

2. Bersedekah

Selepas solat subuh berjemaah Rasulullah akan bersedekah sebaik keluar dari masjid.

3. Solat Dhuha

Dirumah Rasullullah akan melakukan solat Dhuha, kerana terdapat keberkatannya yang amat besar dari segi ganjaran pahala.

4. Solat Tahajud

Selepas solat isyak selalunya Rasullulah akan tidur sekejap dan bangun pada sepertiga malam untuk melalukan sembahyang Tahajud.

5. Membaca Al-Quran

Selesai melakukan solat tahajud Rasullulah akan membaca Al-Quran sehingga fajar untuk melakukan solat subuh.

6. Berzikir

Baginda senantiasa berzikir

7. Sentiasa Berwuduk

Baginda Rasullulah sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Takde susah mana nak buat ni kan... tapi... kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. dan berazam untuk usahakan buat kesemuanya secara berperingkat... ayuh semua... jom perbaiki diri dengan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. Kata Umat Nabi Muhammad s.a.w. kan...


Kita sebagai umat Baginda setidak-tidaknya cuba sedaya upaya untuk mencontohi cara ibadah Baginda Rasullullah, supaya kita mendapat berkat dan diredhai oleh Allah SWT.


Selain tu, sunnah Nabi s.a.w juga sentiasa cakap perkara yang penting, jaga pemakanan, selalu jalan kaki... serta sentiasa senyum. Amalan ini, sunnah yang kita boleh amal untuk sihat dan cantik tanpa keluarkan modal. :)

Ogos 18, 2019

4 Cara masak daging BBQ yang sihat dan selamat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

4 Cara masak daging BBQ yang sihat dan selamat | Daging korban kan banyak lagi... Jom masak daging dengan resepi yang sihat. Antaranya buat panggang, BBQ atau buat sate...

Sekiranya  merancang untuk buat BBQ atau bakar sate, boleh gunakan tips ini untuk kaedah memasak yang lebih SELAMAT.

4 Cara masak daging BBQ yang sihat dan selamat

4 Cara masak daging BBQ yang sihat dan selamat

#1 CAMPUR 


  • Jangan guna daging sahaja 
  • Campur daging + ayam + ikan+ sayuran berwarna 


#2 MARINATE


  • Marinate daging BBQ selama 30 minit 
  • dapat mengurangkan penghasilan bahan kimia merbahaya 


#3 MASAK DULU 


  • Rebus, steam atau panaskan sebelum bakar.


#4 API KECIL 


  • Gunakan api kecil, sebelum bakar Jangan bakar secara terus.
  • Memasak daging dengan suhu TINGGI boleh menghasilkan bahan kimia yang boleh merosakkan DNA & menyebabkan risiko kanser.
  • Memasak daging dengan suhu yang TINGGI seperti membakar/ panggang boleh menyebabkan penghasilan bahan kimia merbahaya yang dikenali sebagai heterocyclic amines (HCAs) dan polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) .


Ambil dalam kuantiti yang sederhana, elakkan mengambil daging merah dan daging proses dengan KERAP.

Kredit: Public Health Malaysia

KISAH MOTIVASI : JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA


Ini adalah pelajaran tauhid  yang sangat bernilai.

Dahulu kala, ada seorang petani miskin  memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..
Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sayang si petani miskin itu tidak mahu menjualnya. Kawan-kawannya mentertawakan dan mengejek kerana dia tidak menjual kudanya. 

"Rugi kamu tidak jual kuda putih itu" 

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandangnya.

Maka teman-temannya mengejek : "Sungguh malang nasibmu, kalau semalam kamu jual, tentu kamu sudah kaya hari ini.  Sekarang kuda kamu sudah hilang, apa yang kamu dapat? ."

Si petani miskin hanya diam saja, redha dengan takdirNYA. 

Beberapa hari kemudian, kuda si petani yang hilang itu  kembali pulang,  bersama 5 ekor kuda liar lainnya.

Teman-temannya berkata : "Wah..! Untungnya. Rupanya kuda kamu yang hilang membawa keuntungan.."

Si petani  itu tetap  diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak kepada si petani ini  melatih kuda-kuda baru mereka. Lalu terjatuh dan kakinya patah.

Teman-temannya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa sial. Kerana kuda-kuda itu anak kamu mu patah kakinya.."

Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian berlaku peperangan di wilayah itu. Atas perintah raja, semua anak muda dipaksa untuk pergi berperang, kecuali si anak petani tadi kerana patah kaki dan tidak boleh berjalan.

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung kamu kerana anak kamu tidak pergi berperang. Kami mungkin kehilangan anak-anak kami.."


Kali ini petani  berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib kamu untung atau malang. Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai. Kita tidak tahu takdir ALLAH selanjutnya.Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini"

"Apa yang kelihatan untung hari ini belum tentu baik untuk hari esok. Apa yang malang hari ini belum tentu buruk untuk hari esok. Tetapi yang pasti, ALLAH yang Maha Mengetahui apa  yang terbaik buat kita"

"Tugas  kita adalah, mengucapkan syukur dalam setiap yang ditakdirkan, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini"

"Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga kita dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam.

Kredit: Facebook Dr. Zubaidi

Kadang bila Allah beri ujian.. Soalan yang biasa terlintas di benak hati kita..." kenapa Allah uji aku".

Nilah jarum-jarum syaitan yang sentiasa menghasut kita bila kita lemah ketika ditimpa ujian...

Tapi bila baca kisah begini.. Kita jadi lebih kuat dan mengubah hati kita. 

Kisah motivasi inspirasi hati... Moga sama-sama dapat manfaat... Insha Allah. 

Ogos 17, 2019

Dari Blogger ke YouTuber

Dari Blogger ke YouTuber | YouTube bukan asing lagi bagi rakyat Malaysia... Cuma rakyat Malaysia semakin buka mata bila ada yang dedahkan buat duit guna youtube.


Buat duit dengan YouTube? Mana mana tu?

Kalau tanya MF, yang bukanlah otai dengan YouTube ni... Tapi pernah ada akaun YouTube sejak 2011. Iaitu selepas setahun ada blog.

MF jadi blogger dulu sebelum ada youtube. 

Tapi keduanya hanya suka-suka. Buat Blog suka-suka.. Pastu nampak akaun youtube yang memang link dengan akaun Google buat pula YouTube.


Dari Blogger suka-suka tak pernah terfikir nak buat duit dengan Blog. Tapi belajar dan eksplore sendiri hingga ke hari ni dapat menjana duit lebih dari 4 angka setahun... Setahun lah.. Kalau sebulan 4 angka MF ambil cuti tanpa gaji terus je.. Jadi blogger sepenuh masa.. Haha...


Apa pun syukur. 



Entah bila eh... Ada blogger dedahkan... Boleh buat duit dengan YouTube. Masa tu baru tengok semula akaun YouTube. 

Masa tu memang seronok-seronok je edit video masuk dalam tu... Ada dalam 3 4 video.

Bila tengok balik.. Tak sangka pula ramai subscribe. Dan View masa tu dah lebih setengah juta. 

Masa tu baru buka minda kan.. Untuk aktifkan YouTube. 

Dan elok je MF aktifkan balik YouTube Google Adsense kena kan syarat baru nak dapatkan iklan... Mesti 1000 subscriber dengan 4000 watch time. 

Fuhh... Jenuh nak dapatkan 4000 watch time tu kan... 

Tapi apa pun.. Dengan sokongan suami... MF aktifkan juga..  Buat video apa sahaja untuk masuk dalam tu... 

Suami juga menyokong 100% dengan buat video pasal kereta... Menyebabkan sekarang YouTube MF dikuasai oleh penonton dari lelaki dan car lover.


Tapi setelah difikirkan, MF kembali aktifkan youtube suami juga.. 

So, sekarang laki bini jadi YouTuber ni gayanya... 

Tapi youtube suami memang lebih ke arah automobil dan kereta. Semua pasal kereta je... 


Kalau youtube MF ni rojak sikit... 

Apa pun kami masih newbies untuk youtube ni... Tapi menjadi YouTuber ni memang mencabar la sikit... Sebabnya nak edit video tuh... Fuhh... Kadang menduga juga.. Kemudian nak upload ke YouTube perlukan Internet yang laju. 

Tapi takde yang mustahil kan... Jika ada ruang dan peluang buat duit... Kenapa tak grab je kan.. Asalkan halal. 

Apa pun.. Buat yang nak jadi youtuber jangan sesekali lupakan hukum hakam ya..  Jangan sebab nak view cepat naik... Agama diletak ke tepi. Hukum dah tak dipeludi.

Jaga aurat, jaga akhlak dan muat naiklah video yang elok dan sopan sebagai umat Islam... Sebab itu maruah kita.... Satu dunia tengok video kita. 

Apa pun... Doakan kami berjaya ya.. Niat kami hanya ingin berkongsi ilmu di YouTube sahaja... Tak lebih dari itu... 

Jadi.. Kalau nak belajar bab kereta... Boleh subscribe youtube suami MF... 


Dan kalau nak belajar macam-macam tutorial... Subscribe youtube MF ya.. 


Kalau korang ada youtube jom exchanges link... Support each other...  Sama-sama ye.  Jujur tau..  Tinggalkan link kat komen.. 

Sekian... 


Ogos 16, 2019

Kaifiat (Cara) Baca Surah Yaasin

Kaifiat (Cara) Baca Surah Yaasin | Surah Yaasin adalah surah yang paling lazim dan paling banyak dibaca oleh kebanyakan dari kita.

Kat Malaysia, surah Yaasin dibaca setiap hari malam Jumaat dan hari Jumaat. Di premis kerajaan sudah jadi satu agenda dan kelaziman bacaan Yaasin sebelum mulanya kerja.

Alhamdulillah... Satu ibadah yang baik. Cuma jangan baca Yaasin je surah lain tak baca pula. Jangan pula seminggu sekali je baca al-Quran iaitu baca Yaasin je.

Baca Yaasin biasanya orang baca ramai-ramai... Tapi takde masalah kalau nak baca sendirian... Kot kata nak buat air Yaasin untuk anak nak periksa ke kan.. Jadi, ibu yang nak buat air yassin boleh buat sendiri je..


Cara baca surah yaasin

Macam mana nak buat dan nak baca yaasin ni... Ini Caranya...

Kaifiat (Cara) Baca Surah Yaasin

1. Sebelum membaca surah Yaasin, hendaklah dibaca:

i) Istighfar (1kali) 
ii) Surah al-Fatihah (1kali) 
iii) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (11 kali)

اللهم صل على  سيدنا محمد وعلى آل محمد وصحبه وسلم

2. Kemudian terus membaca surah Yasin.
3. Apabila selesai membaca surah Yasin, hendaklah dibaca (1 kali) :
 ألم نشرح
 إنا أنزلنا 
ألم تركيف
قل هو الله أحد
 قل أعوذ برب الفلق
 قل أعوذ برب النآس 

4. Kemudian bacalah doa-doa surah Yaasin.

Kemudian boleh juga kalau nak sambung dengan doa yang kita hajatkan.

Mudah je kan... Boleh je kita baca dan buat sendiri..  Asalkan ianya dari hati untuk Allah... Insha Allah.. Doa ibu untuk anak lebih makbul... 

Ogos 15, 2019

Giveaway-01 by Ematunz

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:

Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.