GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran | Stesen minyak satu tempat yang merbahaya jika kita tak peka dengan ciri keselamatan yang ada...

Banyak kes letupan berlaku di stesen minyak. Selain kes merokok dan telefon bimbit ketika mengisi minyak, ada juga kes tetiba sahaja berlaku letupan. Letupan secara tiba-tiba ini adalah akibat berlakunya elektrostatik.

Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran


Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran

Jom kita baca fakta ini...


1. Dari 150 kes, yang lebih banyak terjadi adalah wanita berbanding lelaki, kerana kebiasaan mereka masuk dan keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk ke dalam tangki.

2. Sebahagian besar kes terjadi adalah orang yang tengah mengisi minyak masuk kembali ke dalam kereta ketika hos masih di lubang tangki (muncung pam boleh menjadi pencetus kebakaran). Apabila mereka selesai mengisi bahan bakar dan keluar untuk menanggalkan pam,  percikan api akan bermula, itu adalah di sebabkan dari akibat elektrik statik.

3. Majoriti berlaku kepada mereka yang terkena adalah yang  memakai kasut bertapak getah  dan memakai pakaian dari serat sintetik.

4. Jangan gunakan telefon ketika sedang mengisi bahan bakar.

5. Wap yang berasal dari petrol akan meyebabkan kebakaran ketika tersentuh dengan elektrik statik.

6. Dari 29 kes dianalisis ianya terdiri dari mereka yang kembali memasuki kenderaan mereka dan kemudian menyentuh pistol pam petrol semasa proses pengisian petrol. Hal ini terjadi pada kereta yang  berlainan jenama dan model.

Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran


7. Cas elektrik statik mungkin berlaku  ketika penumpang masuk ke dalam kereta semula dan pergeseran berlaku antara pekaian dan tempat duduk ketika keluar dan masuk dari kenderaan. Untuk mengelakkannya adalah disarnakan supaya TIDAK boleh masuk atau keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk. Gerakan masuk atau keluar hanya perlu dilakukan SEBELUM memulakan, atau setelah selesai mengisi minyak.

8. Apabila  petrol tumpah atau terpercik ke atas lantai pembersihan haruslah di lakukan dengan segera, kerana wap yang terhasil adalah sangat mudah terbakar yang boleh dihidupkan oleh percikan elektrik statik ketika menghidupkan peralatan elektronik (seperti telefon bimbit, remote kawalan, dll) atau dengan  geseran kunci  kenderaan itu sendiri. Oleh itu SEBELUM menghidupkan enjin, petrol tumpah harus dikumpulkan dan bersihkan oleh kakitangan stesyen minyak.

Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran

TIPS KETIKA MENGISI MINYAK

Berhentikan kenderaan, tarik hand break, mematikan enjin, radio dan lampu

JANGAN : Jangan sesekali kembali ke kenderaan anda apabila anda menuangkan bahan bakar.

SEBAGAI PENCEGAHAN : Biasakan  menutup pintu kereta selepas keluar atau masuk ke dalam kenderaan dan dengan cara ini elektrik statik akan habis ketika  bersentuhan dengan sesuatu bahan metalik.

Setelah menutup pintu sentuh BAHAGIAN DARI LOGAM  sebelum menyentuh pistol pam petrol. Dengan melakukan hal ini elektrik statik dalam tubuh anda akan dibuang pada logam dan bukan pada pistol pam minyak tersebut.
Sumber: Facebook

Tips mudah yang ramai dari kita tak tau... Info yang berguna... Badan kita ada cas elektrik sebenarnya... Sebab tu bahaya kalau kita tak tau... Jadi masa isi minyak jangan keluar masuk kereta. Kalau nak keluar, sebelum atau selepas isi minyak...

Nampak remeh tapi ada bahaya nya...

Moga bermanfaat...

3Ulasan

  1. Ada manfaatnya post ni lagi pun saya tak tahu pasal keluar masuk kereta masa isi minyak tu bahaya.. Thanks for the info

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ