Maria Firdz - Lifestyle Blogger: doa
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Disember 10, 2019

Doa Seorang Isteri

Doa Seorang Isteri

doa seorang isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat, 
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas, 
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal, 
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, 
Kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista, 
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, 
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah... 
Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash... 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu, 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya...
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.. 
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu, 
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya. 
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu, 
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, 
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu...
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu, 
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya. 
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan, 
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya. 
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan, 
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena. 

Ya Allah... 
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku.
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. 
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai. 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri, 
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu. 
Sekiranya aku ingkar dan derhaka, Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu.

Ya Allah...
sesungguhnya, 
Aku lemah tanpa petunjukMu, 
Aku buta tanpa bimbinganMu, 
Aku cacat tanpa hidayahMu. 
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku, 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, 
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu, 
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah. 
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan, 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.

Kerana aku sedar hinanya aku, 
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru, 
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu, 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu, 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati, 
Isteri yang dikasihi, 
Isteri yang solehah, 
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Ameen,ameen Ya Rabbal 'Allameen..

Sumber: FB sahabatku.. diizinkan untuk share

p/s: print dan tampal kat bilik supaya boleh baca hari-hari... 

Oktober 11, 2019

Aduh, sakitnya badan... Jom amalkan doa yang Nabi s.a.w ajar ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Aduh, sakitnya badan... Jom amalkan doa yang Nabi s.a.w ajar ni | Aduhh... Sakitnya badan.. Sengal rasa.. Lenguh kaki... Sakit tangan...

Perkara biasa dan lumrah namanya manusia.. Sakit di sana sini, tambahan bila bertambah usia.
Sebab itulah fitrah kita sebagai manusia.

Dan kerana itu juga Nabi s.a.w ada ajarkan kita satu doa untuk kita amalkan jika alami sakit-sakit pada mana-mana anggota badan.

Hal ini, diajarkan oleh Nabi s.a.w di dalam satu hadis sahih iaitu :

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Daripada Usman bin Abu Al 'Ash Ats Tsaqafi bahawa dia mengadukan kepada Rasulullah SAW suatu penyakit yang dideritanya sejak ia masuk Islam. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Letakkan tanganmu di tubuhmu yang terasa sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu 
baca tujuh kali:

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

(Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya
dari penyakit yang aku derita dan aku cemaskan). (HR Muslim No 4082) Status: Hadis Sahih

Doa ketika sakit anggota badan

Aduh, sakitnya badan... Jom amalkan doa yang Nabi s.a.w ajar ni

Pengajaran Hadis:

1.  Setiap penyakit yang menimpa seseorang perlu diusahakan pengubatannya. 

2.  Rasulullah SAW  mengajar kita berdoa memohon kesembuhan dari penyakit. 

Doa ketika sakit pada anggota badan

3.  Antara doa yang diajar oleh Rasulullah kepada orang yang sakit  ialah meletakkan tangan di bahagian yang sakit sambil membaca:
a.  Bismillah 3 kali
b.  Doa 7 kali 
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Maksudnya : Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari penyakit yang aku derita dan aku cemas kan.

Moga kita dapat mengamalkan doa ini apabila sakit. 


Kredit : telegram.me/hadisharian_ikram

September 27, 2019

Doa Solat Hajat Untuk Peperiksaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Solat Hajat Untuk Peperiksaan | Insha Allah minggu depan dah bermula peperiksaan penting bagi pelajar Tingkatan 3 dan dua minggu selepas itu di ikuti dengan peperiksaan SPM fasa pertama.


Mungkin ada yang kurang maklum. Tahun ni peperiksaan SPM ada dua fasa. Fasa pertama diawalkan 2 minggu untuk mata pelajaran elektif seperti Pendidikan Seni Visual.

Fasa kedua barulah bermulanya peperiksaan bagi mata pelajaran teras serta yang lain-lain. Iaitu kira-kira hampir sebulan dalam bulan November.

Jadi, MF yakin sekarang ni pihak sekolah tengah sibuk menyediakan persediaan untuk adakan solat hajat perdana bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Solat hajat adalah satu usaha kita memohon pertolongan Allah untuk dipermudahkan urusan kita sepanjang peperiksaan.

Insha Allah... MF cuba kongsikan doa selepas solat hajat khas untuk calon peperiksaan.

Doa Solat Hajat Untuk Peperiksaan

Doa Solat Hajat Untuk Peperiksaan

DOA UNTUK MURID-MURID CALON PEPERIKSAAN PT3/SPM


. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم * ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
Ya Allah,
Kami berhimpun pada pagi ini di Dewan Hajah Noraini yang indah ini, kami ingin memohon hidayah dan pengharapan kepada Mu kerana bermula 30/9/2019 anak-anak murid ini akan menduduki peperiksaan PT3 seterusnya peperiksaan SPM dan Peperiksaan Akhir Tahun.

Kami mohon kepada Mu Ya ALLAH, bantulah anak-anak murid kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.

YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak murid kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH,
Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak murid kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah.

YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak murid kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

Ya ALLAH,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak murid kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak murid kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau lalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak murid kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak kami dan anak-anak sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ. رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِ.
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.   
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِكَ رَبِ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِ اْلعَالَمِيْنَ. امين يا رب العالمين.

Semoga Allah makbulkan doa kita.. Insha Allah...

Semoga diperkenankan doa kita.. Insha Allah...

Semoga berjaya buat semua calon peperiksaan PT3 dan SPM tahun ni... Insha Allah. 

Mei 29, 2019

Baca doa ini di akhir Ramadhan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baca doa ini di akhir Ramadhan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar! | Doa, senjata mukmin. Doa ibarat air dan oksigen. Yang sangat penting untuk hati kita terus bernafas segar.

Doa, semua orang boleh berdoa. Nak pula di bulan Ramadhan ni, lagilah perlu banyakkan doa. Doalah... pasti Allah kabulkan.

“Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. [QS. Ghafir: 60


Tapi MF nak kongsikan rangkap doa yang lengkap, tapi penuh penghayatan dan jika dibaca dari hati, insha Allah pasti mengalir air mata tanpa sedar.

Baca doa ini di akhir Ramadhan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar!

doa bulan ramadhan, doa ramadhan, doa selepas solat, doa sepuluh akhir bulan ramadhan, doa lailatulqadar, doa amalan di bulan ramadhan
sumber: google images

Inilah dia doanya...

Bacalah dari hatimu untuk Tuhanmu... dengan penuh sifat kehambaan...


Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.

Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku.
Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.


Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu' dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.


Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.

Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.

Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.

Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid'ah (besar / kecil).


Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.

Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.


Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.


Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.

Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.

Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.

Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.

Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.


Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.

Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.


Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.


Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.

Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.

Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.


Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.


Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.


Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.


Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.


Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.
Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.


Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.


Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.

Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.


Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.

Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.


Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.


Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.

Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.

Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Ameen ya Rabb Al'alameen.


Kredit: Sumber

Oktober 17, 2018

WW - Doa Terhindar Dari Fitnah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Akhir zaman... Fitnah berleluasa..

Kadang dari sekeping gambar boleh jadi fitnah yang dahsyat.

Bahkan dari status dan komen di laman sosial juga boleh jadi bahan fitnah dan kecaman orang lain. Kerana hati manusia tak siapa tahu..

Justeru. . Marilah kita amalkan doa ini setiap hari agar terhindar fitnah terhadap diri, keluarga dan agama kita  Insha Allah. 

September 09, 2018

Doa Susah Nak Tidur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Susah Nak Tidur | Adakalanya, datang penyakit susah nak tidur... badan penat, mata mengantuk tapi bila baring tak boleh nak lelap mata...

Mungkin sebab otak kita banyak sangat berfikir kan...

Jadi, jika ada masalah susah nak tidur, boleh amalkan doa ini...

Doa Susah Nak Tidur
Sumber: google images

MF kalau susah nak tidur, zikir dan cuba tenangkan kosongkan fikiran... jangan banyak fikir yang lepas ataupun yang akan terjadi esok... Insha Allah... mudah tidur...


Semoga bermanfaat.

Ogos 14, 2018

Doa Untuk Ubati Kesedihan Yang Mendalam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada ketika Allah uji kita dengan rasa pedih, sakit dan sedih hati yang sangat mendalam.

Rasa hati dirobek dan di carik akibat kekecewaan...

Tapi jangan terlalu melayan perasaan itu...

Ubati lah sakit itu dengan doa ini...


Moga rasa sakit hati tu terubat...
Dan lahirnya perasaan redha dan tenang...

Insha Allah...
Setiap yang Allah uji.... Ada jalannya..  

Ogos 13, 2018

Mak-mak Yang Ada Penyakit Anxiety Disorder, Amalkan Doa Ni Setiap Kali Lepas Solat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Mak-mak Yang Ada Penyakit Anxiety Disorder, Amalkan Doa Ni Setiap Kali Lepas Solat! | Risau, satu penyakit.. Bukan perasaan biasa kalau tak dikawal.

Penyakit risau ni biasa melanda mak-mak kan..

Pertama kali nak hantar anak ke pengasuh, risau..

Daftar anak ke tadika pun risau...

Anak nak masuk sekolah darjah satu .. Risau...

Kalau anak perempuan lagi lah bertambah risau...

Tapi risau ni kalau tak dikawal lama-lama jadi penyakit...

Tanda-tanda & gejala Anxiety Disorder

Ciri-ciri dan gejala seseorang mengalami anxiety disorder atau gangguan kecemasan adalah:

  • Merasa gelisah, lemah, atau lelah
  • Detak jantung meningkat
  • Nafas dengan cepat
  • Berpeluh dan gementar
  • Susah untuk kawal ketakutan atau kecemasan
  • Insomnia (susah tidur)
  • Merasakan bahaya atau panik.

Jadi, MF nak kongsi satu doa ringkas. . Dalam al-Mathurat pun ada.  Dan doa ni biasa sangat kita baca dan hafaz.. Tapi mungkin kita tak tau dengan  mendalam kelebihan  doa ini...


Mak-mak Yang Ada Penyakit Anxiety Disorder, Amalkan Doa Ni Setiap Kali Lepas Solat!


Ini Doanya... 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan keduka-citaan, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang penindasan orang-orang."

Biasa kan doa ni...

Ustaz Elias kata.. Doa ni kita baca untuk ubati penyakit risau dan kebimbangan tentang sesuatu yang belum terjadi..

Kita biasa risau kan bila nak melalui sesuatu yang bukan jadi kebiasaan kita. .

Jadi amalkan baca doa ini... Setiap kali lepas solat fardhu..  Amalkan baca...

Doa ini akan menjadikan kita lebih bertawakal, yakin dan bersemangat dengan izin Allah . Insha Allah...

Sekian... Semoga bermanfaat .. 

Julai 24, 2018

Doa Untuk Ayah dan Ibu Kita.... Jom Ameen kan Bersama...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

‘‘DO’A UNTUK AYAH DAN IBU KITA’’


Ya Allah...
 Rendahkanlah suara kami di depan mereka.
 Indahkanlah ucapan kami di mata mereka.
 Lunakkanlah watak kami terhadap mereka.
 Dan lembutkanlah hati kami untuk mereka.

 Ya Allah...
 Berilah mereka sebaik²nya balasan.
 Atas didikan yang telah mereka berikan kepada kami.

 Berilah mereka pahala yang besar.
 Atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami.

 Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil dengan penuh kasih sayang.

 Ya Allah...
 Apapun gangguan yang telah mereka rasakan ataupun kesusahan yang mereka derita karena kami, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatan kami, jadikanlah semua itu menjadi penyebab gugurnya dosa² mereka, penyebab meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala mereka dengan perkenan-Mu.

 Karena hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan yang berlipat.

 Ya Allah...
 Jika maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami, izinkan mereka memberi syafa'at untuk kami.

 Tapi jika maghfirah-Mu lebih dulu mencapai diri kami, izinkanlah kami memberi syafa'at untuk mereka.

 Sehingga kami semua bisa berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yg dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu, serta rahmat-Mu.

 Ya Allah...
 Sesungguhnya hanya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung.

 Serta anugerah yang tak berakhir.
 Hanya kepada-Mu lah kami meminta dan hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan.

 - Dan Engkaulah yg Maha Pengasih diantara semua yang pengasih.

Kredit : Telegram Channel

Mei 11, 2018

Doa Ihya' Ramadhan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Ihya' Ramadhan

DOA MAJLIS MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

Doa Ihya' Ramadhan
sumber: google images

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam memasuki bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi. Bersempena Majlis Sambutan Ketibaan Bulan Ramadan pada kali ini, kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadan yang bakal tiba nanti. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam berpuasa Ramadan. Panjangkanlah usia kami dengan keberkatan Ramadan. Perbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan. Jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti. Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


Kredit: Himpunan Doa (Telegram Channel)

Sekolah-sekolah di Malaysia, pasti sibuk sekarang dengan persiapan program Ihya' Ramadhan. Jadi, doa ini salah satu yang penting dalam program/majlis Ihya' Ramadhan. Semoga bermanfaat.

Januari 01, 2018

Doa Tahun Baru 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa Tahun Baru 2018 | Sambut Tahun Baru 2018 Dengan Doa Ini.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan kaum kerabat baginda semuanya.

Ya Allah, terima kasih atas segala hikmah yang Kau ilhamkan kepada kami sehingga detik-detik akhir tahun ini,

Terima kasih atas segala rezeki yang  Kau lapangkan untuk kami hingga kami dapat berkongsi dengan yang lain,

Terima kasih atas iman dan kesabaran yang telah Kau hunjamkan di dada kami,
Tuntunlah kami untuk meniti jalan syukur kami  pada-Mu.

Limpahkanlah kebaikan dalam segala urusan kami,

Curahkan rahmat-Mu dalam urusan akhirat kami, dan lindungilah kami dan keluarga kami beserta orang-orang yang kami cintai kerana-Mu dari malapetaka yang membinasakan.

Liputilah kehidupan kami dengan keberkahan di tahun ini hingga tahun yang akan mendatang.


Ya Allah....
Di tahun baru ini
Kurniakan kami rezeki yang halal lagi mencukupi,

Jauhkan kami daripada rezeki yang haram lagi dibenci,

Jadikan kami dalam kalangan mereka yang tahu mensyukuri,

Bukan daripada golongan yang kufur atas segala nikmat yang diberi.

Ya Rabb,
Bimbinglah kami ke jalan yang diredhai,

Luaskan pintu rezeki yang di langit mahupun di bumi,

Bantulah kami melawan godaan syaitan, nafsu dan duniawi,

Lindungi kami dari mereka yang berhasad dengki dan irihati,

Tiada daya dan upaya kami
Melainkan dengan Rahmat-Mu yang tidak bertepi.

Pekenanlah permintaan ini
Duhai Ilahi Rabbi.

November 30, 2017

6 Doa Pendek Rabbana

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


6 Doa Pendek Rabbani | Al-Quran untuk diamalkan. Antara cara beramal dengan al-Quran adalah menggunakan doa-doa yang terkandung dalamnya.

Subhanallah, setiap hal mustahak manusia, Allah sudah sediakan doa untuknya. Sebutlah apa sahaja. Hendak zuriat, ada doanya. Hendak berjaya dalam suatu urusan, ada doanya. Hendak selamat daripada bahaya, ada doanya.

Ayuh kita hafal dan amal enam rabbana berikut. Pendek-pendek sahaja.

Sumber : Google image 

6 Doa Pendek Rabbana

..............................................................................

1. Doa Memohon Dimudahkan Urusan


رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-kahfi 18: 10)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh para pemuda gua sewaktu melarikan diri ke gua.

..............................................................................

2. Doa memohon kemenangan dan mendapat keputusan terbaik


رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim.” (Surah al-A’raf 7: 89)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh pengikut Nabi Syuaib tatkala diugut kaumnya sama ada kembali ke agama nenek moyang atau dihalau.

..............................................................................

3. Doa agar diberi kekuatan dan kesabaran


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan teguhkanlah pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum kafir.” (Surah al-Baqarah 2: 250)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh Talut dan tenteranya semasa bertempur dengan tentera Jalut.

..............................................................................

4. Doa agar tidak termasuk golongan jahat


رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim.” (Surah al-A‘raf 7: 47)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh ashabul A‘raf ketika melihat ahli neraka.

..............................................................................

5. Doa berserah kepada Allah

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ 

“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!” (Surah al-mumtahanah 60: 4)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim setelah habis segala cara berdakwah kaumnya.

..............................................................................

6. Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.” (Surah al-Baqarah 2: 201)

Sumber :EZY DAKWAH@Solusi 107.l via @HimpunanDoa

November 06, 2017

Doa Selamat Daripada Musibah Banjir

Doa Selamat Daripada Musibah Banjir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

DOA SELAMAT DARIPADA MUSIBAH BANJIR


Sumber : Google image 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami benar-benar bersyukur kepada-Mu ya Allah. Alhamdulillah, dengan berkat doa semua yang meng'amin'kan doa ini ya Allah, tidak ada niat lain di hati kami melainkan untuk mengharapkan belas ihsan dari-Mu ya Allah.

Ya Allah limpahkanlah pahala kepada semua yang meng'amin'kan doa ini ya Allah,  Terimalah amalan kami ya Allah sebagai amalan yang soleh ya Allah. Berkatilah insan-insan yang bertungkus-lumus untuk membantu mereka yang dalam kesusahan terutama mereka yang sedang mengalami musibah banjir ya Allah, kami harapkan keredhaan-Mu ya Allah. Berkatilah hamba-Mu yang banyak bersedekah yang banyak infaq harta untuk jalan agama-Mu ya Allah. Tambahkanlah rezeki mereka, berkatilah keluarga mereka ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar kepada masalah-masalah mereka ya Allah, jadikanlah kami sebahagian daripada mereka ya Allah. Jadikanlah kami sebahagian hamba-hamba-Mu yang berusaha menyebarkan agama-Mu mengikut kadar kemampuan kami.

Ya Rahman ya Rahim, dalam suasana sahabat dan saudara kami diuji dengan banjir ya Allah. Kami terbayang anak-anak mereka yang kesejukan ya Allah. Kami terbayang anak-anak yang kelaparan ya Allah, dalam keadaan anak-anak kami masih membazirkan rezeki anugerah-Mu ya Allah, kami terbayang anak-anak yang mencari tempat untuk solat sedangkan kami membiarkan anak kami tidak menunaikan solat. Ampuni dosa dan kelalaian kami ya Allah. Mereka bersusah payah mencari pakaian dalam kesejukkan untuk menutup aurat. Kami membiarkan isteri dan anak-anak kami tidak menutup aurat, ampuni dosa kami ya Allah.

Janganlah kau timpakan musibah kepada kami di atas dosa-dosa kami ya Allah. Ya Rahman ya Rahim. Berilah kekuatan kepada diri kami untuk memperbaiki diri kami ya Allah. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadiri majlis-majlis ilmu. Berilah kekuatan kami untuk istiqomah.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim rezekikan kepada kami sahabat-sahabat yang soleh. Ya Allah , rezekikan kami sahabat-sahabat yang memimpin tangan kami ke jalan syurga-Mu ya Allah. Rezekikan kami kepada sahabat yang menyebabkan kami ingat kepada-Mu ya Allah. Rezekikan kami kepada sahabat yang menyebabkan kami ingat kepada-Mu ya Allah. Rezekikan kepada kami sahabat sebagaimana Engkau rezekikan Abu Bakar kepada Rasulullah saw. Ya Allah jauhkanlah kami daripada insan-insan yang mengheret kami jauh dari-Mu ya Allah. Jauhkanlah kami dari insan yang mengheret tangan kami ke neraka-Mu ya Allah. Jauhkanlah kami dari insan-insan yang membawa kami kepada murka-Mu ya Allah.

Ya Allah kami pohon kehadrat-Mu, agar dengan rahmat dan perlindungan-Mu, Negara kami Malaysia dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan, tanamkanlah rasa kasih sayang antara kami, tetapkanlah iman kami, terimalah amalan kami, kekalkanlah perpaduan dikalangan kami, luaskanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai.

Ya Allah, jauhkanlah kami, pemimpin kami, dan negara kami daripada segala jenis penyakit dan bala bencana khasnya bencana banjir yang melanda negara kami ketika ini agar keadaan cuaca di negara kami kembali pulih baik seperti sediakala. Ya Allah, lindungilah kami daripada kebinasaan, bala bencana dan ujian-Mu yang berat supaya dengan demikian, negara kami akan sentiasa hidup aman damai, bertambah makmur dan berkat, selamat sepanjang zaman.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ٬ وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Kredit : Telegram Himpunan Doa

September 21, 2017

Doa GST!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)






YA ALLAH .... YA RAHMAN.... YA RAHIM...

KAMI DAH JADI GST (GENG SUDAH TUA), JANGAN PULA JADIKAN KAMI GST (GOLONGAN SEDAP TIDUR).

YA ALLAH, SEBALIKNYA JADIKANLAH KAMI GST (GOLONGAN SOLAT TAHAJJUD), BANTULAH KAMI BANGUNKAN GST (GENERASI SAYANG TUHAN)

YA RAHMAN, JADIKAN KAMI GST (GENERASI SOLAT TERKHUSYUK)

YA ALLAH, JADIKAN JUGA KAMI GST (GENG SURAU TETAP), SENTIASA BERJEMAAH DI SURAU DAN MASJID.

IN SYA ALLAH, HINDARILAH ANAK CUCU KAMI DARI MENJADI GST (GENG SUBUH TERLAJAK)

AMEEN... YA RABBAL 'ALAMIN....

Jun 22, 2017

Doa Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Hilang Mengantuk Masa Driving | Hari ni dah mula sibuk dijalankan... Ramai perantau kota akan pulang ke desa untuk bertemu sanak saudara berhari raya... 

Perjalanan di waktu berpuasa tak kira siang atau malam pasti akan mengundang rasa mengantuk dan letih... Namun begitu, al-Quran ada penawarnya... 


Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
.
" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..." 
.
(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR") 


Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat 
.  
"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X. 
.
SELAMAT BERAMAL !! SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA .

Jun 13, 2017

DOA SELEPAS TERAWIH YANG MENUSUK KALBU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


DOA SELEPAS TERAWIH YANG MENUSUK KALBU

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.



Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya Malikal Mulk…

Ya Razak..ya Fattahu ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat  akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya Zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa  kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…

Sumber: Channel Himpunan Doa

امين... امين... يا رب العالمين... 

Mei 22, 2017

Doa Menjelang Ramadhan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ramadhan semakin hampir.. entah sempat ke tidak...
Semalam dengar sedikit Al-Kuliyyah... Dah dekat Ramadhan ni lebih baik kita buat persediaan hati dan diri untuk menghadapinya...

Jadi, jom mohon doa ketaqwaan bila hampir Ramadhan...

Jom amalkan doa ini setiap hari hingga menjelang Ramadhan... Semoga hati kita masuk dalam Rahmah Ramadhan dengan hati yang suci dan bersih dari sifat mazmumah... Agar ibadah puasa kita dan ibadah lain di bulan puasa diterima Allah dengan sebaiknya... InshaAllah...

DOA RAMADAN

Ya Allah, izinkan bulan Ramadan ini bagi kami penuh kedamaian dan keimanan penuh keselamatan dan keislaman serta taufik untuk melakukan apa sahaja yang Engkau sukai dan redhai. Wahai Tuhan Zat yang Maha Besar dan Mulia.

Ya Allah, bantulah kami untuk berpuasa dan menunaikan solat di bulan ini.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dari golongan yang berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan ini dengan penuh keimanan dan harapan.

Ya Allah, selamatkan kami untuk bulan Ramadan dan selamatkan Ramadan untuk kami dan terimalah amal Ramadan kami dengan penuh keredhaan.

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan bulan kemuliaan untuk agama Islam dan umat Islam.

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan ini bulan kemenangan dan keagungan untuk agama Islam dan orang-orang Islam di mana sahaja. Wahai Tuhan Semesta Alam.

Mac 21, 2017

100 DOA RASULULLAH SAW [ BAHAGIAN 2 ]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11- Doa
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah daku harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padaku.



Doa ini Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) doakan untuk Anas bin Malik:
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ[11]
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah dia harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padanya.



12- Doa ketika kesedihan
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ[12]
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Agong, Yang Maha Sopan. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan arasy yang agong. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan arasy yang mulia.



13- Doa ketika menghadapi masalah
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ[13]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku mengharapkan rahmatMu dari itu janganlah Engkau membiarkan daku menguruskan diriku sendiri walaupun sekelip mata


14- Doa
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ[14]
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.

Lafaz doa Zannun (Nabi Yunus AS.) ketika baginda dalam perut ikan paus iaitu:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Maksudnya:
(Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.) Ianya tidak didoakan oleh seorang Muslim dalam apa jua keadaan melainkan pasti dimustajabkan oleh Allah kepadanya.



15- Doa menghilangkan kedukaan.
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي[15]
Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya daku adalah hambaMu anak kepada hambaMu anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadap daku. Daku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan dengannya diriMu atau Engkau telah turunkan dalam kitabMu atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu. Jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku


16- Doa keteguhan hati
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ[16]
Maksudnya:
Ya Allah, wahai yang membolak-balikkan hati, juruskanlah hati kami kepada ketaatanMu.


17- Doa keteguhan hati
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ[17]
Maksudnya:
Wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkankanlah hatiku dalam agamaMu.


18- Doa agar afiat.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ[18]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu kesejahteraan di dunia dan akhirat.


19- Doa
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ[19]
Maksudnya:
Ya Allah, baikkanlah semua kesudahan urusan kami dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan akhirat.


20- Doa
رَبِّ أَعِنِّي وَلَا تُعِنْ عَلَيَّ، وَانْصُرْنِي وَلَا تَنْصُرْ عَلَيَّ، وَامْكُرْ لِي وَلَا تَمْكُرْ

عَلَيَّ، وَاهْدِنِي وَيَسِّرْ الْهُدَى إِلَيَّ، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ، رَبِّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا، لَكَ ذَكَّارًا، لَكَ رَهَّابًا، لَكَ مِطْوَاعًا، إِلَيْكَ مُخْبِتًا، لَكَ أَوَّاهًا مُنِيبًا، رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي وَأَجِبْ دَعْوَتِي وَثَبِّتْ حُجَّتِي وَاهْدِ قَلْبِي وَسَدِّدْ لِسَانِي وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ قَلْبِي[20]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, bantulah daku dan janganlah Engkau bantu yang lain ke atasku, menangkanlah daku dan janganlah Engkau menangkan yang lain ke atasku, tumpaskanlah musuhku dan jangan Engkau berikan musuhku menumpaskanku, pimpinkanlah daku, mudahkanlah pimpinan itu untukku bantulah daku terhadap orang yang membuat penganiayaan ke atas diriku. Wahai Tuhanku, jadikan daku sentiasa bersyukur kepadaMu, sentiasa zikir kepadaMu, sentiasa takut kepadaMu, sentiasa taat kepadaMu, sentiasa khusyuk dan tawadhuk, kepadaMu merendah diri dalam bertaubat. Wahai Tuhanku, Engkau terimah taubatku, bersihkan kesalahanku, terimalah permintaanku, teguhkanlah hujjahku terhadap musuhMu, berilah hidayah pada hatiku, luruskan lidahku, dan lucutkanlah dendam daripada hatiku.



.... bersambung


Sumber: Himpunan Doa

Mac 11, 2017

100 DOA RASULULLAH SAW [ BAHAGIAN 1 ]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


1- Doa Kebaikan Dunia & Akhirat:
اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ [1
Maksudnya:
Ya Allah, wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan dunia dan akhirat dan jauhkanlah kami daripada azab apai neraka.

2- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ. اللَّهُمَّ اغْسِلْ قَلْبِي بِمَاءِ الثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّ قَلْبِي مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَالْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ [2.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon denganMu daripada fitnah neraka, azab neraka, fitnah kubur, azab kubur, kejahatan fitnah kekayaan dan kejahatan fitnah kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjah. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dengan air salji, air sejuk dan bersihkanlah hatiku daripada kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran, jauhkanlah diantaraku dan kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, daku berlindung denganMu daripada kemalasan,

3- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ [3
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kelemahan, kemalasan, berpenyakit ketika tua dan kebakhilan. Dan daku berlindung denganMu daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan fitnah kematian.

4- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ [4
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada menanggung bala yang berat, sangat sangsara, takdir buruk dan merasa selesa terhadap musuh-musuh.

5- Doa
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ. [5
Maksudnya:
Ya Allah, perelokkanlah agamaku yang ianya pengawal urusan, perelokkanlah duniaku yang daku hidup padanya, perelokkanlah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku, jadikanlah dunia ini sebagai tambahan bagiku terhadap semua perkara kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada semua kejahatan.



6-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى [6
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu hidayah, ketaqwaan, kehormatan dan kekayaan.

7- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا[7
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada lemah, malas, pengecut, kedekut, terlalu tua dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan pada jiwaku, bersihkanlah ia kerana Engkaulah yang sebaik-baik membersihkannya, Engkaulah pemilik dan tuan kepadanya. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas dan doa yang tidak mustajab.

8- Doa
اللَّهُمَّ اهْدِنِي وَسَدِّدْنِي، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالسَّدَادَ [8
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah daku hidayah dan keteguhan. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu hidayah dan keteguhan.

9- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ [9
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kehilangan nikmat, berubah kesihatan, kecelakaan secara tiba-tiba dan kesemua kemurkaanMu.

10- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ [10
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan yang daku lakukan dan daripada kejahatan yang tidak daku lakukan.


.... bersambung


Sumber: Himpunan Doa

Februari 17, 2017

MINTALAH DOA PADA 18 WAKTU INI, INSHA ALLAH SENANG DAPAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Diantara usaha yang boleh kita upayakan agar doa kita dikabulkan oleh Allah Ta’ala adalah dengan memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah
bahawa doa ketika waktu-waktu tersebut dikabulkan. Diantara waktu-waktu terbaik untuk berdoa adalah:

1. Ketika Sahur atau Sepertiga Malam Terakhir
Allah Ta’ala mencintai hamba-Nya yang berdoa disepertiga malam yang terakhir. Allah Ta’ala berfirman tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa, salah satunya:
“Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan” (QS. Adz Dzariyat:18)
Sepertiga malam yang paling akhir adalah waktu yang penuh berkah, sebab pada ketika itu kita Allah turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa ketika itu. Rasulullah S.a.w bersabda:
“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” (HR. Bukhari no.1145, Muslim no. 758)

Dari hadits ini jelas bahawa sepertiga malam yang akhir adalah waktu yang dianjurkan untuk memperbanyak berdoa. Lebih lagi di bulan Ramadhan, bangun di sepertiga malam akhir bukanlah hal yang susah sebab waktu tu dekat dengan waktu makan sahur. Oleh kerana itu, manfaatkanlah sebaik-baiknya waktu tersebut untuk berdoa.

2. Ketika Berbuka Puasa
Waktu berbuka puasa pun merupakan waktu yang penuh keberkahan, kerana diwaktu ini manusia merasakan salah satu kebahagiaan ibadah puasa, iaitu diperbolehkannya makan dan minum setelah seharian menahannya, sebagaimana hadits:
 “Orang yang berpuasa memiliki 2 kebahagiaan: kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabb-Nya kelak” (HR. Muslim, no.1151)
Keberkahan lain di waktu berbuka puasa adalah dikabulkannya doa orang yang telah berpuasa, sebagaimana sabda Rasulullah S.a.w:
‘”Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzhalimi” (HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, diSahihkan Al Albani di Sahih At Tirmidzi)

Oleh itu, jangan lewatkan kesempatan baik ini untuk memohon apa saja yang termasuk kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.

3. Ketika Malam Lailatul Qadar
Malam lailatul qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an. Malam ini lebih utama dari 1000 bulan. Sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan” (QS. Al Qadr: 3)
Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa. Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Radhiallahu’anha:
“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Beliau bersabda: Berdoalah:
‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku‘”(HR. Tirmidzi, 3513, Ibnu Majah, 3119, At Tirmidzi berkata: “Hasan Sahih”)
Pada hadits ini Ummul Mu’minin ‘Aisyah Radhiallahu’anha meminta diajarkan ucapan yang sebaiknya diamalkan ketika malam Lailatul Qadar. Namun ternyata Rasulullah S.a.w mengajarkan lafaz doa. Ini menunjukkan bahawa pada malam Lailatul Qadar dianjurkan memperbanyak doa, terutama dengan lafaz yang diajarkan tersebut.

4. Ketika Azan Berkumandang
Selain dianjurkan untuk menjawab azan dengan lafaz yang sama, ketika azan dikumandangkan pun termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa. Rasulullah S.a.w bersabda:
“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Yaitu ketika azan berkumandang dan ketika perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” (HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Sahih”)

5. Di Antara Azan Dan Iqamah
Waktu antara azan dan iqamah adalah juga merupakan waktu yang dianjurkan untuk berdoa, berdasarkan sabda Rasulullah S.a.w:
 “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak” (HR. Tirmidzi, 212, ia berkata: “Hasan Sahih”)
Dengan demikian jelaslah bahawa amalan yang dianjurkan antara azan dan iqamah adalah berdoa, bukan selawat, atau membaca zikir dan sebagainya. 

6. Ketika sedang sujud dalam solat
Rasulullah S.a.w bersabda:
“Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka
perbanyaklah berdoa ketika itu” (HR. Muslim, no.482)

7. Ketika Sebelum Salam Pada Solat Fardhu.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah doa kita didengar oleh Allah? Beliau bersabda: “Di akhir malam dan di akhir solat fardhu” (HR. Tirmidzi, 3499) 

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahawa yang dimaksud ‘akhir solat fardhu’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahawa Nabi s.a.w dan para sahabat merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam pada solat wajib. Ahli fiqh masa kini, Syaikh Ibnu Utsaimin
Rahimahullah berkata: “Apakah berdoa setelah solat itu disyariatkan atau tidak? Jawabannya: tidak disyariatkan. Kerana Allah Ta’ala berfirman:
“Jika engkau selesai solat, berzikirlah” (QS. An Nisa: 103). Allah berfirman ‘berzikirlah’, bukan ‘berdoalah’. Maka setelah solat bukanlah waktu untuk berdoa, melainkan sebelum salam” (Fatawa Ibnu Utsaimin, 15/216).

Namun sungguh disayangkan kebanyakan kaum muslimin merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam pada solat wajib yang sebenarnya tidak disyariatkan,
kemudian justeru meninggalkan waktu-waktu mustajab yang disyariatkan iaitu diantara azan dan iqamah, ketika azan, ketika sujud dan sebelum salam.

8. Hari Juma’at
Rasulullah S.a.w bersabda:
“Rasulullah S.a.w menyebutkan tentang hari Jumat kemudian beliau bersabda: ‘Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa
yang ia minta’. Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut” (HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu)
Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Baari ketika menjelaskan hadits ini beliau menyebutkan 42 pendapat ulama tentang waktu yang dimaksud. Namun secara umum terdapat 4 pendapat yang kuat. Pendapat pertama, yaitu waktu sejak imam naik mimbar sampai selesai solat Juma’at, berdasarkan hadits:
“Waktu tersebut adalah ketika imam naik mimbar sampai solat Jum’at selesai” (HR. Muslim, 853 dari sahabat Abu Musa Al Asy’ari Radhiallahu’anhu). Pendapat ini dipilih oleh Imam Muslim, An-Nawawi, Al Qurthubi, Ibnul Arabi dan Al Baihaqi.

Pendapat kedua, yaitu setelah ashar sampai terbenamnya matahari. Berdasarkan hadits: “Dalam 12 jam hari Juma’at ada satu waktu, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan. Carilah waktu itu di waktu setelah asar” (HR. Abu Daud, no.1048 dari sahabat Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu. Disahihkan Al Albani di Sahih Abi Daud). Pendapat ini dipilih oleh At Tirmidzi, dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah. Pendapat ini yang lebih masyhur dikalangan para ulama.

Pendapat ketiga, iaitu setelah asar, namun diakhir-akhir hari Juma’at. Pendapat ini berdasarkan riwayat dari Abi Salamah. Ishaq bin Rahawaih, At Thurthusi, Ibnul Zamlakani menguatkan pendapat ini.

Pendapat keempat, yang juga dikuatkan oleh Ibnu Hajar sendiri, iaitu menggabungkan semua pendapat yang ada. Ibnu ‘Abdil Barr berkata: “Dianjurkan untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa pada dua waktu yang disebutkan”. Dengan demikian seseorang akan lebih memperbanyak doanya di hari Juma’at bukan pada beberapa waktu tertentu saja. Pendapat ini dipilih oleh Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu ‘Abdil Barr.




9. Ketika Turun Hujan
Hujan adalah nikmat Allah Ta’ala. Oleh kerana itu tidak boleh mencelanya. Ada orang mengeluh dengan turunnya hujan, padahal yang menurunkan hujan tidak lain adalah Allah Ta’ala. Oleh kerana itu, daripada buang keluhan tu dan lebih baik memanfaatkan waktu hujan untuk berdoa memohon apa yang diinginkan kepada Allah Ta’ala:
“Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun” (HR Al-Hakim, 2534, disahihkan Al Albani di Sahih Al Jami’, 3078)

10. Hari Rabu antara Zuhur dan Asar
Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, iaitu dikabulkannya doa diantara solat Zuhur dan Asar di hari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu:
 “Nabi shallallahu ‘alahi Wasallam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu diantara dua solat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa, dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”Dalam riwayat lain:
“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu diantara solat Zuhur dan Asar” (HR. Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya tsiqah”, juga disahihkan Al Albani di Sahih At Targhib, 1185)

11. Ketika Hari Arafah
Hari Arafah adalah hari ketika para jema’ah haji melakukan wukuf di Arafah, iaitu tanggal 9 Dzulhijjah. Pada hari tersebut dianjurkan memperbanyak doa, sama ada jema’ah haji mahupun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak sedang menunaikan ibadah haji. Sebab Rasulullah s.a.w bersabda:
“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (HR. At Tirmidzi, 3585. Disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi)


12. Ketika Perang Berkecamuk
Salah satu keutamaan pergi ke medan perang dalam rangka berjihad di jalan Allah adalah doa dari orang yang berperang di jalan Allah ketika perang sedang berkecamuk, diijabah oleh Allah Ta’ala. Dalilnya adalah hadits yang sudah disebutkan di atas:
“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Iaitu ketika azan berkumandang dan ketika perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” (HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Sahih”)

13. Ketika Meminum Air Zam-zam
Rasulullah S.a.w bersabda:
“Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya” (HR. Ibnu Majah, 2/1018. Disahihkan Al Albani dalam Sahih Ibni Majah, 2502). 

14. Setelah Solat Fardhu
Setelah mengerjakan solat fardhu, hendaknya seseorang tidak meninggalkan kesempatan yang baik ini untuk berdoa. Sesungguhnya pada ketika ini adalah ketika yang mustajab untuk berdoa. Abu Umamah menceritakan bahawa Rasulullah Saw. ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah SWT. Beliau menjawab:
“Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu.” (HR. Tirmidzi).

15. Ketika Hati Sedang Lembut
Pada ketika iman sedang meningkat, biasanya hati menjadi terasa lembut, serasa dekat dengan Allah SWT., dan penuh kasih sayang kepada sesama. Pada ketika seperti ini, hendaknya jangan lupa untuk berdoa kepada Allah SWT agar lebih mudah dikabulkan. Rasulullah s.a.w. bersabda:“Ambillah kesempatan berdoa ketika hati sedang lemah lembut kerana itu adalah rahmat.” (HR. Dailami).

16. Ketika Sedang dalam Perjalanan/Musafir
Ketika kita sedang dalam musafir asalkan bukan musafir itu dengan maksiat. Jangan
sampai lupa untuk menggunakan kesempatan ini untuk berdoa kepada Allah SWT. Inilah salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Rasulullah Saw. bersabda:“Tiga macam doa dikabulkan tanpa diragukan lagi, iaitu doa orang yang dizalimi, doa kedua orang tua, dan doa seorang musafir (yang berpergian untuk maksud dan tujuan baik).” (HR. Ahmad dan Abu Daud).

17. Ketika Mendengar Ayam Berkokok
Pada ketika kita mendengar ada ayam berkokok, segera kita memanjatkan doa kepada Allah SWT.
Menurut junjungan kita Nabi Muhammad Saw., pada ketika seperti ini ayam yang sedang berkokok tersebut sedang melihat malaikat. Rasulullah Saw. bersabda:“Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat.” (HR. Bukhari dan Muslim).
“Jika kamu sekalian mendengar suara kokok ayam jantan, maka mohonlah kurnia Allah kerana sesungguhnya binatang tersebut telah melihat malaikat dan jika kamu sekalian mendengar suara ringkikan keledai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan setan, kerana binatang tersebut telah melihat setan.” (HR. Muslim).

18. Ketika Sedang Berpuasa
Pada ketika kita sedang berpuasa, baik itu puasa wajib di bulan Ramadhan maupun sedang mengerjakan puasa sunnah, hendaknya kita memperbanyak doa kepada Allah SWT. Keadaan seperti ini adalah ketika yang mustajab bagi sebuah doa yang disampaikan kepada-Nya.Rasulullah Saw. bersabda: “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa, dan doa orang yang sedang dalam perjalanan.” (HR. Baihaqi).

Banyaknya waktu mustajab doa... waktu-waktu ni kadang kita biarkan berlalu sepi... yang biasa kita lihat ialah waktu azan tu la kan... time tu orang buat tak kisah je kan..

Moga kita dapat manfaatkan waktu-waktu mustajab doa ini... doa dengan penuh khusyuk pada waktu yang tepat,.. insha Allah mudah makbul..