Maria Firdz - Lifestyle Blogger: Review Filem
Memaparkan catatan dengan label Review Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review Filem. Papar semua catatan

Julai 07, 2019

Kisah Suami Penghidap Disleksia dalam Telemovie Silang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah Suami Penghidap Disleksia dalam Telemovie Silang | Semalam sempat layan drama tv setelah berminggu juga tak ber'me time' dengan tv.

Kebetulan juga si anak bujang tu tak nak tidur lagi walaupun semua orang dah tidur... tapi mata dia masih segar dan mampu gigit ummi dia dua tiga das kat badan nih... Fuhh.. bisa... haha... tapi tu yang buat aku rindu dia bila di tempat kerja...

Ok, nak cerita pasal Telemovie dalam slot Cerekarama TV3 yang aku tonton semalam. Ada tengok sikit dia punya sedutan, nampak best... sebab tu tunggu juga nak tengok. Sebab utama bukan kisah pasal cinta biasa.

Apa yang lain dalam telemovie ni?

Kisah Suami Penghidap Disleksia dalam Telemovie Silang

Sinopsis Silang

Telemovie Silang

Kisah tentang Amir yang menghidap disleksia kronik, tapi tidak diketahui sesiapa. Sehinggalah dia kahwin dan anak dia juga menghidap disleksia juga.

Disleksia merupakan gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, mengeja dan mengira tetapi sebenarnya dalam masa yang sama mempunyai daya pemikiran yang normal.

Bagus kisah ni sebab memberi kesedaran kepada orang awam tentang disleksia. Disleksia ni bukan penyakit... dan ianya tak memudaratkan. Cuma boleh dikatakan orang disleksia ni istimewa sebab otak dia berbeza dengan otak orang normal.

Kisah Amir ni, dia sebenarnya Disleksia dari kecil. Tak seperti abang dia yang bijak, dia seorang yang lambat membaca, tidak mengenal nombor dan suka berimaginasi.

Tapi sebab mak dia sebenarnya tak boleh terima hakikat pasal Amir, dia tak rujuk pakar pasal masalah anak dia ni... dan kesannya sampai ke dewasa.

Bila dia kahwin, isteri macam pelik dengan suami dia. Isteri dia tak tau suami dia disleksia. Jadi, sejak itulah berlaku konflik.

Dia paksa suami dia ambil lesen. Masa test berkomputer dia memang tak lulus, sebab tak boleh membaca, pastu kalau dia tengok simbol, tunggang terbalik jadinya.

Jadi, sebab tu 3 4 kali dia buat tapi gagal. Isteri dia terus mendesak supaya ambil lesen. Hinggalah isteri dia terbaca artikel di internet pasal tanda-tanda anak disleksia.

Barulah dia tahu, suami dia penghidap disleksia. Dia nak bantu suami dia, tapi sebab suami ni, suami kan... dan dari kecik di didik macam tu, dia lebih sayangkan mak dia dari isteri dia.

Hinggalah mak dia sedar kesilapan yang dibuat kat Amir, dan mak dia pujuk Amir supaya berbaik balik dengan isteri dia.

Simple je cerita ni tapi moral dia... Kesedaran kepada ibu bapa supaya kesan disleksia ni sedari awal.

Jangan malu jika ada anak hidap disleksia. Bukanlah dia cacat pun... cuma istimewa. bahkan orang disleksia ni boleh berjaya dan hidup seperti orang lain. Seperti Albert Einstein, Tom Cruise ini adalah contoh penghidap disleksia yang berjaya.

Telemovie ni mengingatkan MF juga dengan satu Movie Hindi lakonan Amir Khan. Kisah pasal pelajar disleksia. Movie ni lagi mengusik jiwa lah... Kalau ada masa korang tontonlah movie ni yang bertajuk Taare Zamen Par. MF sendiri pernah review filem tu.

[Baca: [REVIEW] TAARE ZAMEEN PAR - FILEM WAJIB TONTON IBU BAPA DAN GURU]

Tahniah kepada JS Picture, dan pelakon Nazim Othman yang berjaya bawa suami disleksia. Terima kasih juga kerana paparkan telemovie yang mendidik masyarakat. Tidaklah asyik dihidangkan dengan cinta je kan... Naik  jemu kisah cinta je.. Bagus sesekali ada drama begini. Ada meseg berguna boleh disampaikan. 

Jun 23, 2018

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga | Semalam sempat layan drama lagi.. Raya-raya ni banyak drama best kan kat TV.

Layan lah sementara belum nak kerja. Kalau dah kerja memang malas nak tengok TV. Tido awal je.

Lepas layan drama Andainya Takdir 2, sambung dengan Telemovie di TV3. Tajuk macam dan sinopsis macam Best je kan.. Kita pun layan...

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga 

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga diarahkan oleh Rashid Sibir.

Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Syarikat Rosyam Nor ni... Mesti best.

Pelakonnya adalah Datuk Rosyam Nor, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi, Sherry Merlis. Pelakon lama yang berpengalaman.. Jadi, terus layan.

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga
Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga
Sumber: Google images

SINOPSIS PENDOSA INGIN KE SYURGA

Sufian berhijrah mencari rezeki di bandar dan meninggalkan isterinya bersama ibunya di kampung. Janji Sufian kepada Aisyah, dia akan berusaha untuk pulang dan melawat Aisyah sekerap mungkin. 
Namun, janji hanya tinggal janji. Sufian berubah 360 darjah dan bertukar namanya kepada Shawn. Anak mereka, Juanita yang kini berusia 19 tahun memberontak telah melarikan diri ke bandar. Juanita bertemu dengan Shawn di kelab tanpa mengetahui Shawn adalah bapa kandungnya. Mereka bercinta. Tibalah saat Juanita meminta Shawn bertemu penjaganya di kampung. Tiada kata yang keluar daripada mulut Shawn apabila Juanita membawanya bertemu Aisyah.

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga 

Memang lain sikit cerita dari Telemovie ni.. Tapi best.

Persoalan hidup yang berlaku, dia jumpa ustaz yang betul ustaz untuk selesaikan masalah dia. Tu yang lebih menusuk QALBU.

Memula tengok pertengahan Telemovie ni, ingat Suffian atau Shawn  (Rosyam Nor) yang berdosa... Tapi bila di akhir Telemovie ni baru dapat simpulkan, semua satu keluarga berdosa sebenarnya.

Antara input berguna dalam drama ni yang kita boleh ambil pengajaran ialah.

1. Seorang ibu, jangan beri tekanan kepada anak lelakinya untuk bina kehidupan berkeluarga.

2. Seorang ibu jangan rahsiakan kewujudan ayah kandung sendiri daripada anak yang tak pernah kenal ayahnya. Kalau tak memang terjadilah kes terkahwin anak sendiri.

3. Seorang anak, wajib patuh dengan nasihat seorang ibu.

4. Jangan terlalu menghina menantu, takut-takut menantu tu yang akan jaga kita di usia tua.

5. Teguhkan diri dengan iman dan jangan tinggal solat bila kita berhijrah.

6. Pintu taubat selalu ada untuk setiap hamba yang ingin pulang ke pangkal jalan.

7. Syarat taubat nasuha: Insaf, berazam tidak akan ulang kesilapan lama, solat taubat dan mohon maaf dengan orang yang kita bersalah.

Ada lagi pengajaran dalam drama ni. Memang best bagi MF, tak sia-sia la tonton semalam.

Dan isu keagamaan dalam drama ni ialah Anak terkahwin dengan anak sendiri.

Penyelesaiannya...
Perkahwinan itu automatik terbatal. Dan anak itu adalah anak syubhah. Tapi mereka tidak berdosa kerana tak tahu atau jahil.

Anak syubhah ni taraf dia macam anak kandung la juga... Di nisbah kan kepada bapa dia dan ada pewarisan harta. Anak tu tak berdosa pun. Cuma perkahwinan tu automatik terbatal.


Bagus juga drama sekarang banyak main isu keagamaan dalam filem atau drama. Sebab untuk sampaikan kepada penonton. Cuma, mohon rujuk kepada ustaz atau mufti untuk penyelesaian isu itu bukan buat konklusi sendiri. Kalau tak memang kena kecam la kan....

Yang terlepas tengok Telemovie ni, boleh tengok kat Internet je... Insha Allah... Ada la tu upload.

Jun 08, 2018

Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3 | Drama #Nur menjadi trending di bulan Ramadhan ni.

Sebelum ni MF tak tonton drama ni... Tapi bila tular pasal drama ni, MF mula cari info pasal drama ni.

Lepas baca sinopsis ringkas drama Nur ni, MF mula marathon tonton dari episod 1 secara online.

Lepas follow, memang drama ni banyak menyedarkan MF dalam banyak perkara.

Walaupun ada yang mencemuh drama ni kerana takut beri kesan buruk kepada penonton, tapi MF tak rasa penonton begitu b***h untuk menilai sesuatu drama.

Dan MF rasakan drama ni bukan drama biasa. Kerana pengakuan pengarah drama ni, dia dah study isu yang dibangkitkan dalam drama ni. Jadi, drama ini ada memang realiti berlaku dalam masyarakat kita sebenarnya.

MF rasakan, Drama ni memang drama wajib tonton terutama bagi golongan agamawan, yang ada ilmu agama... Sebab kesan drama ni sangat menusuk qalbu MF sebagai seorang yang ada agama.

Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3

Drama Nur TV3
Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3
sumber: kepala bergetar

1. Jangan menilai orang dari sifat luaran.

Ini points penting dalam drama ni. Nampak orang tu baik belum tentu dia baik.

Orang yang dok di lorong gelap belum tentu dia tu confirm ahli neraka.. Dan kita ahli ibadat yang memang sentiasa di masjid belum tentu masuk syurga.

2. Kenali sifat orang munafik

Watak orang munafik ni ditonjolkan oleh watak Ustaz Hamadi.

Memang menjadi watak ni. Nampak luaran baik, warak berserban... Mampu berhujah dengan hujah agama tapi sebaliknya dialah kaki perempuan, berzina, perasuah dan pelbagai maksiat yang ada. Nauzubillah.

3. Setiap orang ada peluang nak jadi baik.

Seperti watak Nur, dia berusaha nak jadi baik. Walaupun dia sentiasa dikelilingi dosa dan maksiat tapi dia teguh pendirian untuk jadi baik. Dan tak berhenti berharap supaya dia dapat berubah hidupnya.

4. Hormat dan buat baik kepada ibu bapa

Walaupun ibunya pelacur, Nur tak pernah membantah atau tinggikan suara dengan ibunya.

Sama juga dengan Adam... Berusaha untuk hormat ibunya walaupun dia dah melukakan hati ibunya.

Dan sebagai ibu jangan buka peluang atau pintu untuk anak menjadi anak derhaka.

5. Cabaran dakwah

Dakwah memang mencabar. Ingat senang nak ajak orang buat baik. Tambah kita pun tak baik mana kan...

Tapi cabaran paling hebat nak betulkan persepsi masyarakat yang nampak kotor dan hina pada orang lorong dan maksiat.

6. Redha dengan ketentuan Allah

Belajar redha untuk lebih bahagia. Itulah yang ibu Adam belajar. Akhirnya dia redha bila tau kisah hidup Nur.

7. Ujian untuk uji keimanan

Ujian untuk menguji keimanan bukan tanda Allah tak sayang... Kerana sayang Allah akan uji...

Ujian juga untuk bukti keimanan kita kepada Allah seperti yang Tercatat Dalam Al-Quran surah al-Mursalat ayat 2.

8. Iman tak dapat diwarisi

Itulah yang berlaku pada Nur. Dia memang dari keturunan pelacur dan keluarga lorong tapi iman dia lebih dari itu. Dia tak pernah melacur pun... Dia mencari rezeki yang halal untuk sara diri dan keluarganya.

9. Kemiskinan membawa kekufuran

Ini yang terjadi kepada ibu Nur yang menjurus kepada kekufuran. Ini juga bukti Sabda Rasulullah s.a.w.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Abu Na’im:

كَادَ اْلفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا

Ertinya: “Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.”


10. Ketaatan dan kepatuhan isteri kepada suami

Walau marah macam mana kita pada suami tetap kena patuh dan hormat kepadanya.

Ibu Nur tengah marah tapi tetap taat, masih buat sarapan... Aishah marah kepada suaminya tapi tetap cuba hormat.

11. Solat mencegah kemungkaran

Nur tetap mendirikan solat walaupun diuji sedemikian rupa.

Dan dengan solat itu, dia terhindar dari maksiat walaupun hidup dalam dunia maksiat sekeliling dia.

Dia jaga hak Allah, Allah pelihara dia dari noda.

12. Berusaha mencari rezeki yang halal.

Rezeki Allah luas... Sama ada nak ikut iman atau nafsu.

Nur tetap kerja cuci pinggan walaupun disuruh melacur ibunya.

13. Iman bukan pada pakaian.

Ini points yang agak penting. Orang yang bertudung labuh, berserban, berjubah belum tentu orang beriman.

Dan jangan hina orang yang tak melaksanakan perintah Allah dengan sempurna itu ahli neraka... Kerana kita yang patuh dan taat kepada perintah Allah ni pun belum tentu ke syurga.

14. Penyakit hati

Dalam drama Nur banyak menunjukkan kesan penyakit hati. Jika hati tu selalu syak wasangka dengan orang, memang segala kebaikannya kita tak nampak.

15. Rajinlah ke dapur

Ini memang pengajaran buat anak muda zaman sekarang. Rajin-rajin ke dapur walaupun tak pandai masak. Supaya kenal apa barang-barang dapur.

Tak sangka ada part kelakar dalam drama Nur ni.. Hehe.. Habis trending isu sup bunjut dan sihir..


16. Membaca Jambatan Ilmu

Ini salah satu pengajaran buat anak muda sekarang. Jangan mudah percaya orang, sebaliknya banyakkan membaca supaya ilmu yang kita dapat tu sahih.

Ini merupakan pesanan Adam kepada adiknya Amirul, supaya banyakkan membaca tentang penyakit AIDS... jangan hanya ikut cakap-cakap kawannya yang belum tentu betul.

Jadi, memang realiti zaman sekarang, anak-anak muda kurang membaca tapi lebih bersosial.
Diorang mudah percaya cakap kawan dari dapat ilmu dari sumber yang benar.
So, banyakkan membaca kalau tak tahu sesuatu isu tu... Jangan malas ok!

Setakat ni drama ni dah sampai episod 16. Akan bersambung lagi... Dan insha Allah.. Akan MF update lagi pengajaran demi pengajaran yang akan dibongkar dalam episod akan datang.

Memang tak rugi layan drama Nur ni... Memula MF tak suka... Akhirnya dah terjebak dengan setiap episod.

Memang sentap dan terbaik drama ni.. Dan menjadikan drama paling trending di laman sosial... Dan mencapai 9 juta penonton setiap episod.

Banyak pengajarannya.. Jadi, tontonlah dan hayati pengajaran dan mesej yang ingin disampaikan dalam drama ni.. Supaya ianya dapat jadi renungan kita bersama.

17. Kesempatan Atas Ketaatan Isteri

Pengajaran penting yang MF nampak pada watak Aishah isteri kepada Ustaz Hamadi iaitu lakonan Norkhairiah dan Azhan Rani...

Mentang-mentang isteri tahu tentang hukum hakam rumah tangga dan bab ketaatan isteri kepada suami, suaminya ambil kesempatan itu untuk ugut suami.

Tapi episod 17 menunjukkan kesabaran Aishah melebihi had.

Tertarik dengan ayat Aishah "Kalau suami macam ni, semua perempuan pun akan jadi isteri derhakalah".

Jadi, suami tak payah nak gila kuasa sangat... Ada benda isteri memang patut taat, tapi kalau dah perangai tu teruk... jangan nak ugut jadi isteri derhaka... jadi, isteri pun kena ilmu juga... ada sesetengah perkara kita tak perlu taat pun terutama perkara yang jelas melanggar perintah Allah dan Rasul.



Februari 16, 2018

[Review] Telemovie Pok Ya Cong Codei

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[Review] Telemovie Pok Ya Cong Codei | Telemovie Pok Ya Cong Codei, jadi viral sejak bulan lalu. Ada juga tengok iklan kat Astro, tapi kami pakai NJOI je, mana ada siaran tu.

Tak pe la, sebab nampak pelakon otai Sabri Yunus berlakon, mesti best tambah pula dengan dialek Kelantan, lagi bertambah rasa nak tengok tu.

Tak lama lepas ditayangkan di Astro, pasti akan keluar kat online punya. Jadi, memandangkan semalam ada waktu free sikit, layanlah kejap sambil mata menjeling tengok anak main.

[Review] Telemovie Pok Ya Cong Codei

Sinopsis

Pok Ya seorang otai samseng di Kelantan yang ditugaskan oleh seorang kenalan lama bergelar Dato'untuk mencari anak perempuannya yang hilang.


Review

Telemovie ni simple dan santai. Bukan telemovie yang berat. Watak Pok Ya yang dibawa oleh Sabri Yunus sendiri sememangnya menjadi sebab dialek Kelantan tu, original bahkan nampak seperti tak baca skrip. Seronoklah layan.

Tambah pula gandingan mantap dari Mustafa Kamal sebagai Dato' Sahak dan anak perempuannya bernama Aina yang dibawa oleh Uqasha Senrose.

Isunya terjadi, bila Rashdan menculik Aina untuk membalas dendam atas kematian bapanya. Bapa Rashdan yang merupakan pekerja Dato' Sahak mati dilanggar oleh Tony iaitu bisnes partner Dato' Sahak. Rashdan bengang la sebab sepatutnya kematian bapanya dapat la pembelaan, kerana Dato' Sahak kan lawyer terkenal. Tapi sebaliknya dia sembunyikan kes itu macam takde pape.. itu yang buatkan Rashdan ni berdendam.

Lagi satu tujuan dia culik anak Datuk Sahak tu konon nya nak minta tebusan... Sebab nak duit tu untuk rawat sakit mak dia. Tapi kerana teringatkan pesan mak dia tentang sumber duit yang halal... Dia akhirnya lepaskan Aina. Tapi kerana kejujuran dia, Aina ni simpati kat Rashdan dan tak berhajat nak ambil tindakan undang-undang kat Rashdan.

Kisah ni bertambah best bila Pok Ya jumpa Rashdan, dan konflik juga berlaku bila Datuk Sahak yang belot dan berhajat nak bunuh Pok Ya. Telemovie ni ringan dan kisah orang jahat tapi takde adegan gaduh-gaduh pun... Sikit je ada part Pok Ya lawan dengan orang suruhan Datuk Sahak tapi tu pun nampak kelakar...

Telemovie ni sesuai je ditonton oleh umum sebab takde adegan yang melampau.

Dengan dialek Kelantan tu, buatkan telemovie seronok. Kekuatan telemovie ni sebab pemilihan pelakonnya yang memang betul orang Kelantan. Sebab tu telemovie ni menjadi. Lagipun dialek Kelantan ni susah nak tiru, kalau nak pilih pelakon yang bukan orang Kelantan menang payah la.

Moral movie.

Kalau tak jahat, jangan belajar nak jadi jahat.

Lebih senang cari isteri lain dari isteri lari.

Carilah rezeki yang halal dalam menafkahkan keluarga.

Rasuah akan menjadikan diri tidak tenang dan keluarga porak peranda.

Cantikkan diri dihadapan suami untuk tambat hati suami.

Tinggalkan nafkah kepada isteri ketika berjauhan dari isteri.

Ke mana pergi, jika ingat Allah tak mampu nak jadi jahat. Macam Pok Ya, yang nak buat jahat tapi sentiasa sebut nama Tuhan.

Itulah yang MF rasa best juga layan telemovie ringan dan santai begini dari layan kisah cinta, orang kaya dan cinta 3 segi...

Sekian,

P/s: Sarikata disediakan bagi sesiapa yang tak faham dialek Kelantan... 😁

Januari 30, 2018

Review Filem Korea "Silenced"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Review Filem Korea "Silenced" | MF dan suami mula terjebak dengan filem Korea selepas tonton filem Train to Busan. Sejak tu kami suka filem Korea yang based on the true story atau ada unsur moral family. Kisah cinta menang tak layan lah..

Biasa kami cari  dan download dari Internet untuk tengok sendiri je.. Tapi Ahad lepas sempat tengok satu filem Korea bertajuk Silenced.

Jadi melayan lah TV sambil melipat kain yang menimbun.. Hehe...

Mula filem dah baca sinopsis.. Memang filem ni adaptasi dari kisah benar yang berlaku di satu daerah terpencil di Korea.

Review Filem Korea "Silenced"



Sinopsis


Filem "Silenced" mengisahkan guru baru, In Ho yang ditugas untuk mengajar subjek seni di Ja Ae School. Mula mengajar di situ In Ho rasa pelik sebab selalu dengar jeritan pelik... Lepas tu ada sorang pelajar lelaki asyik kena pukul. Cikgu senior kata dia dipukul sebab langgar peraturan asrama.

Bila dia tanya pengawal kenapa ada jeritan tu... Pengawal kata itu perkara biasa... Sebab diorang ni bosan sebab tu diorang jerit sebab nak hilangkan stress tu... Perkara tu berlalu macam tu...

Namun, lama-kelamaan rahsia ‘di asrama’ ini terbongkar apabila In Ho bertemu dengan Yeon Doo (mangsa pedofilia – perempuan) yang mula menyingkap kejahatan pengetua di sekolah tu. Mangsa seorang yang bisu dan pekak menggunakan bahasa isyarat dengan In Ho. Dia menceritakan satu persatu apa yang dilakukan oleh pengetua di bilik air kepadanya. Memang terkejut sebab yang melakukan pencabulan tu adalah pengetua sekolah tu sendiri.

Tapi, In Hoo dan rakannya, Yoo Jin berusaha keras mahu membawa kes ini ke muka pengadilan. Konflik dari Jabatan Pendidikan dan pihak polis yang tidak mahu bekerjasama. Keadaan agak sulit bila Kementerian Pendidikan ‘memenangkan’ mereka yang bersalah. Masalah jadi rumit sebab pengetua tu berpengaruh dan banyak bantu masyarakat dan gereja di situ. Bahkan pernah mendapat hadiah novel hak asasi manusia. Jadi, mencabar bila nak hadapkan dia ke muka pengadilan.. In Ho kemudian terpaksa menggunakan stesen tv swasta untuk mendapat perhatian masyarakat dan membela nasib mangsa pedophilia.

Akhirnya, kes gangguan seksual di Ja Ae School di angkat ke makhamah. Pengetua dan guru hanya di penjara beberapa tahun.  Sistem yang tidak adil sebab mereka orang yang ada nama dan pangkat. Penamatnya, salah seorang lelaki mangsa pedophilia mati di landasan kereta api ketika mahu membalas dendam (membunuh guru yang menganiayai nya dulu).

Kisah ni memang menyayat hati... Pelbagai perasaan bercampur baur bila tengok filem ni. Tambah bila sebut kisah benar pula kan.. Lagilah... Rasa geram..marah dan kecewa semua ada.

Namun, ada bagusnya bila kisah benar ini difilemkan... Ianya membuka mata masyarakat tentang Phedophilia. Sebelum ni orang tak tau dan tak cakna pun pasal kes ni... Tapi, lepas kes ni satu dunia tahu... Bahkan kat Malaysia pun pernah berlaku...

Tips Cegah Phedophilia

Phedophilia ni satu penyakit mental tentang keinginan seks kepada Kanak-kanak. Memang pelik... Tapi kita boleh cegah dengan...

1. Hentikan publish gambar anak di media sosial.
2. Jaga cara pemakaian anak. Walaupun Anak belum baligh, jagalah pakaian mereka terutama anak perempuan. Jangan pakaikan seluar legging, baju ketat, seluar pendek dan sebagainya.
3. Jangan mudah untuk izinkan orang lain hatta kawan kita untuk layan anak-anak kita lebih-lebih.. Contohnya, membelai sampai meriba dan sebagainya.


Ini cara mencegah dari berlaku kes Phedophilia. Kita tak boleh nak syak siapa yang ada penyakit ni.. Mana tahu dalam follower kita di Instagram atau rakan kita di Facebook tu ada yang hidap penyakit ni..  Kan bahaya tu... Tambah pula kalau kita ni terlalu open kongsikan lokasi bila pergi ke satu-satu tempat.

Itu kes yang berlaku di Korea yang tak dapat pembelaan sewajarnya. Di Malaysia, tak tau la macam mana. Tapi bila berhadapan dengan rasuah ni, yang salah pun jadi tak salah. Dengan dunia akhir zaman ni lagilah... Bila ada kuasa, harta dan pangkat mudah untuk tindas orang yang di bawah.

Memang bagus filem ni.. Highly recommended.. Untuk Ibu bapa tonton filem ni... Tapi kena control emosi bila tengok filem ni.. Memang rasa geram yang amat... Sebab kes ni memang tragis... Sangat kesian dengan Kanak-kanak yang jadi mangsa tu tambah pula mereka pekak... Boleh bayangkan macam mana kan..

Jadi, moga kita cakna dengan kes ni.. Jangan ingat dah senyap takde yang akan berlaku... Kena alert sangat zaman sekarang ni... Tambah MF ni lagilah.. Anak perempuan ramai... Si kakak pergi sekolah tu pun risau... Sangat risau tapi mohon doa aje moga Allah sentiasa lindungi dan pelihara si kakak... Risau sangat kan zaman sekarang ni tu sebab anak dikurung aje dalam rumah.. Nak ke Mana-mana mesti dengan kita je kan.. Moga Allah lindungi dan pelihara anak-anak kita.. Insha Allah...

Julai 04, 2017

[Review] Filem Syurga Yang Tak Dirindukan 1 dan 2 Buatkan Sekotak Tisu Habis Kesat Air Mata

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[Review] Filem Syurga Yang Tak Dirindukan 1 dan 2 Buatkan Sekotak Tisu Habis Kesat Air Mata | MF bukanlah peminat cerita Indon... Tapi lihat gazet filem ni di tv membuak pula rasa nak tengok.. tambah pula lepas baca sinopsis... Rasa nak tengok... 

Sebagai kaki movie... Sudah pasti channel Telegram berkaitan dengan movie ada dalam senarai Telegram tu... Bila ada je tengok tersenarai terus minta suami download kan... 

Bila ada masa baru layan.. memula layan filem Syurga Yang Tak Dirindukan 1 ... Fuhh... Meleleh habis air mata... Sedangkan MF Bukan jenis senang nak menangis tengok filem.. tapi sebab filem ni melibatkan suami isteri dan keluarga tu yang sentap habis.. 

Lepas tengok yang pertama, tunggu pula filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, fuhhh.... Lagi dashyat dia punya sentap... Memang boleh dikatakan setiap babak tu menusuk ke jantung hati... Sampai hari ni kalau teringatkan filem tu rasa la sedihnya tu... 

Memang tak rugi tengok filem... Lain dari yang lain.. bukan filem sinetron biasa ok... 

Baiklah... MF kongsikan sikit sinopsis untuk filem Syurga yang tak Dirindukan... 

Pernikahan Arini (Laudya Cynthia Bella) dan Pras (Fedi Nuril) mendatangkan kebahagiaan dengan hadirnya Nadia, putri mereka. Pras yang baik dan setia selalu menenangkan Arini. Berbagai kisah perselingkuhan di sekelilingnya, termasuk sahabat dekatnya, tidak sekalipun mengusik kepercayaan Arini terhadap sang suami. Arini pun berusaha mengabdikan diri sepenuh hati sebagai ibu dan istri.

Perjalanan takdir kemudian berujung ujian bagi cinta Arini dan Pras. Suatu hari, dalam perjalanan menuju kantor, Pras harus menolong korban yang mengalami kecelakaan mobil. Alangkah kagetnya Pras saat mengetahui korbannya adalah seorang perempuan dalam balutan baju pengantin.

Mei Rose (Raline Shah) berusaha bunuh diri setelah laki-laki yang berjanji menikahi ternyata menipunya. Padahal di perutnya ada janin berusia tujuh bulan. Mei Rose berhasil diselamatkan, namun mengalami koma, sementara anak laki-lakinya, Akbar, lahir dengan selamat.

Pras tidak tega meninggalkan bayi dan ibu yang ternyata hidup sebatang kara tersebut. Di luar dugaan, Mei Rose melakukan percobaan bunuh diri lagi. Beruntung Mei Rose diselamatkan Pras. Pras jatuh kasihan pada Mei Rose. Mei Rose meminta Pras untuk menikahinya.

Tidak disangka, Mei Rose sangat berbahagia dengan pernikahannya dengan Pras. Mei Rose merasa terharu dan bahagia bisa dinikahi oleh laki-laki sebaik Pras. Dengan demikian Pras melakukan poligami.

Pras semakin hari semakin merasa bersalah pada Arini. Saat Pras berusaha menceritakan poligaminya pada Arini, ayah Arini meninggal. Suasana semakin berat bagi Pras saat mendengar pengakuan ibu Arini kalau ayahnya juga poligami. Demi kebahagiaan Arini, ibu merahasiakan poligami ayahnya dan ikhlas menerima takdirnya.

Akhirnya kenyataan poligami Pras diketahui juga oleh Arini. Bahtera perkawinannya yang ideal, runtuh seketika. 

Sumber: Wikipedia Indonesia

Sumber: Google Images

Surga yang Tak Dirindukan 2 kembali menampilkan konflik dalam pernikahan Arini dan Pras,

Kisah-kisah indah yang pernah didongengkan Arini (Laudya Cynthia Bella) kembali ia wujudkan bersama Pras (Fedi Nuril) dan sang putri kecil, Nadya (Sandrina). Ya, setelah kepergian Meirose (Raline Shah) 'pecahan-pecahan kaca' dalam rumah tangga Arini dan Pras kembali diuntai dengan rapih, dengan sempurna.

Suatu hari, Arini memenuhi undangan untuk mempromosikan bukunya di Budapest, Hongaria. Ia pergi ke sana bersama sang putri tercinta. Dan kuasa Tuhan kembali berbicara. Secara tak sengaja Arini bertemu kembali dengan Meirose dan putranya, Akbar (Keefe Bazly).

Setelah menjemput putranya dari asuhan Pras dan Arini, Meirose bertahun-tahun menetap di Budapest. Selama itu pula ia telah berubah menjadi sosok muslimah yang mandiri, tegar, dan semakin cinta dengan agama yang dipeluknya.

Pertemuan Arini dan Meirose kemudian menjadi babak baru dari kisah cinta antara Arini, Pras, dan Meirose yang sebenarnya belum terselesaikan. Yang mengejutkan, Arini justru menginginkan Meirose untuk jadi pendamping hidup suami tercintanya. "Aku mau kamu menjadi ibu Nadia dan pendamping Mas Pras?" tanya Arini kepada Meirose.

Meirose pun bingung. Apa yang sedang dipikirkan wanita berhati lembut itu, hingga pertanyaan seperti itu meluncur dengan mudah dari bibirnya? Di satu sisi, Meirose masih tak bisa menghapus keseluruhan rasa cintanya untuk Pras, di sisi lain ada pria lain yang juga tulus mencintainya. Yakni dokter Syarief (Reza Rahadian).

Lalu, bagaimana kelanjutan kisah cinta mereka? Mengapa Arini nekat menjodohkan Meirose dengan suaminya? Siapa yang harus Meirose pilih, Pras ataukah dokter Syarief? 

Sumber: http://showbiz.liputan6.com/

Memang best... Menyentuh jiwa betul... Layan sorang memang boleh habis tisu sekotak... Hehe... Tapi itu bagi jenis yang hati tisu juga la... MF bagi 9.8/10 bintang... 

Januari 25, 2017

Kucing Jalanan Yang Membawa Tuah Dalam Movie A Street Cat Named Bob!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dulu selalu layan movie..  tahun ni jarang dapat layan Movie...  tapi suami MF memang kaki layan movie... jadi apa-apa movie dia layan dulu... kalau Best dia download la untuk MF pula layan dengan anak-anak...

Hujung minggu lalu, ada satu Movie Best MF layan.... semestinya movie English kan... movie ni Adaptasi dari sebuah buku Inggeris yang merupakan Best Seller Book sebab penulis buku tu menulis tentang kehidupan sebenar dirinya.

Buku dan Movie ni bertajuk A Street Cat Named Bob... sememangnya MF peminat kucing... jadi memang seronok layan Movie ni...


Kisahnya memang menyentuh hati... walaupun agak slow tapi seronok...

Kidah James seorang bekas penagih dadah yang dalam proses nak pulih dari ketagihan... dia menjadi penyanyi jalanan... hidupnya susah dan merempat... sehinggalah satu hari ada seorang perempuan tumpang kan dia tinggal di sebuah rumah sewanya..

Tapi dia tetap menyanyi untuk mencari sesuap nasi... bapanya sayangkan dia tapi terlalu mengikut  kata bini dia iaitu ibu tiri James... buatkan dia seolah dibuang keluarga...

Satu hari seekor kucing jalanan masuk ke rumahnya untuk tumpang berteduh... Malam tu dia biarkan... Esoknya dia mencari kot ada yang hilang kucing... Tapi takde... Dia pun lepaskan kucing tu di satu taman... Biarkan kucing tu sendiri...

Tapi keesokannya, dia nampak kucing ni luka cedera... Kerana kasihan dia bawa balik dan jumpa perempuan yang beri dia rumah... Perempuan tu la minta dia jaga dan rawat kucing tu... Sedihnya bila dia bawa kucing tu ke klinik haiwan tapi duit takde... Tapi dia sanggup gadaikan duit makan dia kerana kucing yang bernama Bob!

Sejak itulah kehidupan dia berubah... Ke mana dia pergi bob pasti ada... Sejak itu rezeki dia sebagai penyanyi jalanan bertambah...

Bob juga pernah merajuk dengan James sebab ada orang nak beli Bob dariJames.. Berhari-hari Bob tak balik... James jadi tak keruan... Tapi akhirnya bob balik juga...

Sejak itu seorang wanita sarankan dia menulis buku tentang dia dan Bob... Atas dorongan itulah dia menulis dan bukunya menjadi antara yang terlaris di pasaran...

Memang seronok kisah ni... Kisah benar yang ditulis kemudian difilemkan... Bagus jika dilayan bersama anak-anak dan keluarga...

Next week nak layan filem Dangal pula... Tak sempat nak layan lagi filem Dangal ni... Insha Allah... Pasti nak tengok sebab kisah keluarga juga ni... 

Oktober 02, 2016

[REVIEW] TAARE ZAMEEN PAR - FILEM WAJIB TONTON IBU BAPA DAN GURU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dalam pantang, buat apa lagi kan... sambil layan anak kita layan movie... Ada beberapa movie yang MF simpan untuk dilayan masa dalam pantang. Salah satu movie ni MF dapat masa pergi taklimat guru agama daerah Kota Tinggi... rasa teruja nak tengok sebab filem tu berkisarkan pasal guru dan anak murid yang istimewa. 

Terus MF google kisahnya.. sekali dapat cari dan download filem lakonan Aamir Khan... Amir Khan, memang best kalau dia berlaku dan filem yang dia buat.. bukan kisah cinta biasa... tapi lebih kepada kisah cinta keluarga, persahabatan dan sebagainya. 

Filem yang Mf maksudkan ialah Taare Zameen Par yang bermaksud Seperti Bintang-Bintang di Langit. Filem ni  dikeluarkan pada 21 Disember , 2007 dan DVDnya dikeluarkan pada 25 Julai 2008. Patut la tak pernah tengok.. Tahun ni MF kat universiti... baru tahun 2... jadi tak layan filem hindustan.. terpengaruh dengan game dan filem korea je waktu ni... hehe.. 

Jadi, sebab sekarang dah bergelar guru dan ibu, MF teruja nak tengok.. Semalam berkesempatan layan filem ni... Panjang juga filem ni.. 2 jam lebih.. biasa la kan.. standard filem hindi.. 



Sebelum MF nak kisahkan pengajaran dan kenapa MF nak sangat tengok filem ni... jom bscs dulu sinopsis filem Taare Zameen Par:

Ishaan ( Darsheel Safary ) merupakan pelajar kelas 3 yang 'payah' dalam urusan apapun di sekolahnya. Ini kerana dia tidak boleh membaca dan menulis. Dia selalu melihat dunia dengan imaginasi dunianya tersendiri. Setiap pelajaran mendapat markah yang teruk dan gagal dan ini membuatkan guru-gurunya geram.Tambahan pula dia selalu ponteng sekolah. Ishaan dicap sebagai anak pemalas, nakal, dan idiot.

Disebabkan hal itu, ibu bapa Ishaan memindahkannya ke sekolah berasrama. Namun di sekolah yang berdisiplin dan tegas tersebut, dia tetap mendapat markah yang buruk dalam semua mata pelajaran yang membuatnya tertekan dan stress serta memberontak. Dia juga berasa sedih kerana terpaksa tinggal jauh daripada keluarganya. Sampai akhirnya ada seorang guru baru bernama Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan). 

Cikgu Ram ni dapat kesan masalah Ishaan, selepas melihat buku latihan Ishaan... dari situ dia tahu Ishaan ni murid yang istimewa... Cikgu Ram pergi jumpa ibu bapa Ishaan tentang Ishaan.. Mereka macam tak dapat terima pada mulanya, tapi selepas cikgu Ram terangkan.. bahawa Ishaan anak yang istimewa dan ada kelebihan tersendiri.

Guru Ishan yang bernama Ram Shankar Nikumbh melatih Ishan sedikit demi sedikit dengan cara melatih Membaca, Menulis, Melukis dan Belajar mengira dengan cara naik turun tangga. hingga akhirnya Ishan boleh seperti layaknya anak anak lain. Dari sini, ditunjukkan cara ajar anak-anak disleksia belajar membaca, menulis dan melukis... memang menarik.. cara homeschooling yang boleh kita aplikasikan kepada anak-anak kita dirumah. 

Satu hari, Ram Shankar Nikumbh mengadakan pertandingan melukis yang di ikuti oleh semua murid dan guru, tetapi pada waktu itu Ishaan menghilang Ram Shankar Nikumbh mencari Ishan, dan menanyakan kepada sahabat Ishan yang bernama Rajan Damodaran, tetapi dia tidak tahu di mana Ishan berada. dan selepas itu Ishan datang untuk mengikuti pertandingan tersebut. kemudian Ishan melukis dengan imaginasinya yang tinggi. 

Selepas juri menilai, ternyata lukisan Ishan lah yang terbaik dan Ishan lah yang menjadi pemenang, dan akan diberikan piala tersebut kepada Ishan, setelah pertandingan selesai, di adakan pula hari pelaporan akademik, dan keluarganya tidak menyangka Ishan menjadi anak yang bijak dan prestasinya sungguh diluar jangkaan... 

Pengakhiran filem memang menyentuh hati.. 

Memang beri motivasi betul filem ni.. serta pengajaran kepada ibu bapa... Motivasi kepada guru supaya tidak berputus asa mendidik anak murid.. tidak merendah-rendahkan anak murid yang kurang cemerlang akademik ni... 

Ibu bapa pula, perlu belajar potensi setiap anak. Setiap anak ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Jangan banding-bandingkan setiap anak.. Terimalah jika anak kita anak istimewa...istimewa bukan bermakna ada kekurangan atau cacat, tapi ada kelebihan tersendiri... Tengok sajalah peristiwa sukan paralimpik baru-baru ni... Mereka tak sempurna tapi mereka ada kelebihan yang tersendiri yang takde pada orang sempurna. 

MF memang cadangkan setiap ibu bapa dan guru tonton filem ni.. bagi yang pernah menonton tak pe kalau tonton lagi... dan lagi... 

September 19, 2016

[REVIEW FILEM] - Train to Busan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tengah hot filem ni...Hot sangat sebab filem korea... remaja-remaja memang suka la kan... MF pun pernah juga minat filem korea, tapi zaman belajar.. sekarang anak dah dua tak dan nak tengok dah... Tapi dah ramai update kata best.. rasa nak tengok gak... Jadi, semalam berkesempatan layan filem Train To Busan dengan en.somi... dalam pantang tu sempat lagi layan filem zombie... haha...

Memula MF tengok sikit sendiri... tapi rasa sesak nafas terus.. terus ambil kerusi layan dengan suami... tengok je, dan baca subtitle ... kurang sikit sesak nafasnya.. kalau tak macam kena asma gayanya.. haha... semput aihh... tengok filem nih.. macam filem Maze Runner gayanya... 



Ok.. sedikit perkongsian, sinopsis dan pengajaran dari filem ini:


SINOPSIS Filem Train To Busan :


Filem "Train To Busan" bermula dari bencana sebuah virus yang menyerang Korea Selatan, Penumpang pada kereta KTX dari kota Seoul yang menuju ke Busan melakukan perjuangan untuk bertahan hidup dari serangan zombie (akibat virus tersebut).


Dalam berjuang untuk hidup semua penumpang ketakukan dan beberapa penumpang berani melawan serangan tersebut demi menyelamatkan keluarganya yang terjebak di beberapa gerabak kereta api.

Di akhir kisah mengisahkan sad ending kerana hanya dua orang yang selamat, seorang wanita bernama Sung-Gyeong dan kedua anak kecil yang merupakan anak dari Seok-Woo yang di perankan oleh Gong Yoo. Mereka berdua berhasil sampai ke Busan dan akhirnya para tentara yang bersiap sedia bermula ingin menembak kedua orang tersebut setelah mendengar nyanyian anak kecil akhirnya menyedari bahawa mereka adalah manusia dan masih hidup.

Pengajaran dari filem ini:

Sikap pentingkan diri sendiri oleh Seok woo... Pentingkan kerjaya hingga abaikan anak... dan dia juga pentingkan diri.. jual ikan yang tercemar walaupun tahu ianya berisiko, Jadi, janganlah jadi bapa/ibu yang terlebih pentingkan kerjaya... boleh cari kekayaan, tapi jangan korbankan apa yang dikurniakan di depan mata. 

Watak lelaki yang berpengaruh dan pentingkan diri sendiri... Fikirkan diri sendiri je selamat... Sanggup pengaruhkan orang lain agar mempercayai kata-katanya.. Memang geram betul part lelaki ni.. watak yang dimainkan memang berkesan, rasa geram sangat... emo betul berhadapan dengan watak lelaki ni... 

Tapi watak ini, sebenarnya adalah realiti kehidupan masa kini... memang sesiapa yang ada pengaruh akan pengaruhi orang lain dengan kata-katanya... orang yang ada kuasa, akan pengaruhkan orang biasa.. 


Sang-hwa hanya salah satu watak-watak yang best walaupun pada awalnya macam dia kurang hormatkan budak kecil..tetapi jiwa dia besar sebenarnya. Terdapat begitu banyak perkara yang kita, orang-orang muda perlu belajar dari Sang-hwa --Di ayah besar dengan hati yang lebih besar daripada dia.

Pertama,CINTA. buktinya ungkapan terbesar cinta di matanya apabila dia cuba untuk mengusir menceraikan isterinya ketika cuba masih menutup pintu untuk menghalang zombi. sehingganya tangannya sendiri digigit zombie.

Kedua, bahawa semua kemenangan, besar atau kecil, bermula dengan satu keputusan yang berani. Ingat apabila dia membuat keputusan untuk perjalanan dari gerabak 9 untuk bertemu dengan isteri beliau di gerabak 13? Dia tidak pasti sama ada mereka benar-benar boleh membuat ia. Dia juga ragu. Tetapi dia membuat keputusan untuk melakukannya. Keputusan besar yang mendorong beliau untuk melihat isterinya (sekurang-kurangnya) untuk kali terakhir. Sedih, tetapi inspirasi.

Dan ketiga, bahawa hati yang menewaskan lebih penting daripada otot besar. Bahawa tidak kira bagaimana sukar kita berada, di sana sentiasa harus menjadi sesuatu yang baik. Yang mungkin tidak membuat anda kelihatan berani, tetapi ia pasti akan membuat anda kelihatan baik. 

Usaha anak menyatukan kembali kedua ibu bapanya... Walaupun dia marah dan kecewa dengan bapa dia yang selalu abaikan dia.. tapi dia tak sanggup nak berpisah dengan bapa dia masa bapa dia buat keputusan untuk tinggalkan gerabak selepas digigit zombie.



Dalam filem menunjukkan bahawa banyak kuasa besar menindas orang yang kecil.. dan menunjukkan realiti manusia akhir zaman yang lebih pentingkan diri sendiri tanpa hiraukan orang lain dan keadaan sekeliling. 

Komen dan Review MF:
Keseluruhannya boleh beri 4.8/5 bintang... filem ni, tak bosan, bahkan mendebarkan...bagi yang ada semput atau lemah jantung jangan la tengok sorang-sorang. Filem ni bukan filem seram.. tapi filem aksi.. macam Maze Runner... sebab usaha menyelamatkan diri dari bencana yang tak terduga. 

Bila lihat filem ni.. teringat gambaran kiamat... manusia lari menyelamatkan diri tanpa hiraukan yang lain.. anak yang dikandung berguguran... semua fikir diri sendiri je... itu gambaran kiamat... 

Apa pun, tak rugi tonton filem ni... Berjaya juga racun suami layan filem korea nih... hehe... 


Sumber gambar: Google images dan LionhearTV

November 10, 2015

Layan Polis Evo Online!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam, sesi siapkan kerja sekolah yang melambak... cikgu kan... biasa la bawa balik kerja ke rumah... Takde masa nak siapkan kat sekolah sepenuhnya... Untung jadi cikgu kan..

Jadi, lepas anak-anak tidur, mula la layan movie dengan en.somi... Apa lagi, bancuh air buka wayang la... Memula layan movie omputih yang di download dari Movie HD... Dah habis semua tengok... Layan Youtube pula..


Sekali cakap suami, cuba cari citer Polis Evo... Nak tengok la depa kata best sangat... Meh kita tengok apa yang best...

So, kami pun google la... apa susah kan..
memang banyak la link yang diberi..

Tapi Kami tonton >>>DI SINI<<< ada link untuk download, tapi kami malas nak download, kami tengok online je... Takde buffering langsung... kualiti gambar pun cantik...

Bila dah tengok, mula la mengomen sikit kan..

Ok, ini pendapat kami la kan..

Filem ni menarik, filem aksi yang mendebarkan... Antara filem Melayu yang boleh dikatakan kami boleh layan sebab, ada aksi stunt dan real bukan guna teknik atau kesan khas. Lepas tu, tiada adegan cintan cintun... Yang ada, kisah kekeluargaan dan kisah adik beradik... Bagus!!! Filem aksi macam ni bagus, tak best la kan, dalam filem aksi ada babak cinta romen jatuh cinta bagai kan..

Suka juga filem ni, sebab ada unsur moral dan unsur lawak bersahaja.. walaupun hakikatnya kadang geram je dengan Zizan tu.. haha...

Memang mendebarkan juga aksi stunt lakonan Shahiezy Sam dan Zizan tu... Cuma jika MF nak bandingkan filem aksi stunt luar negara tak padan pula... MF memang penggemar filem stunt omputih... Jadi, kalau nak banding jauh beza... Sebab ada satu yang tak logik sikit dalam babak yang Insp. Sani dan Insp. Khai dapat lepas dari penjahat tu... Kalau fikir logik, mestilah penjahat tuh akan lari dari tempat tuh kan... jadi, logiklah apa yang ditulis pada cermin tuh ka.. opss.... tapi dah jalan ceritanya macam tu kan... Namun, dalam banyak aksi stunt, filem ni dikira berjaya la. Tahniah!

Untuk filem Polis Evo MF boleh bagi 7.5/10 bintang...

Jadi, bagi yang tak sempat nak layan pawagam, boleh tonton online atau download >>>DI SINI<<<

September 03, 2015

Review Movie: Inside Out!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inside Out | Apabila Minda Diterjemahkan Ke Dalam Kartun

Anak-anak dah makin besar ni, rumah dah macam tadika dah... Setiap hari pasang movie kartun je... Astro dah lama takde... Nak tengok tv takde pula rancangan yang sesuai untuk ditonton dengan anak-anak yang tengah membesar tu... Jadi, kami layan je movie kartun inggeris ... Sama ada download dari internet atau beli VCD je. 

Kartun animasi terbaru yang kami tengok ni. Bertajuk Inside Out. Tanpa lihat sinopsis, kami beli je VCD nye... Sekali dah tengok berkali-kali nak tengok. 

Unik filem animasi ni sebabnya ianya berkisar tentang emosi manusia yang diterjemahkan dalam bentuk kartun. 

Sedikit info mengenai filem animasi Inside Out:
Pengarah: Pete Docter
Penulis: Pete Docter

Watak: Amy Poehler (voice), Lewis Black Anger (voice), Bill Hader (voice), Mindy Kaling (voice), Phyllis Smith (voice)

Sinopsis Inside Out 2015

Filem ini bercerita tentang anak perempuan berusia 11 tahun bernama Riley yang memiliki berbagai emosi yang ada dalam tubuhnya. Dalam fikiran Riley, terdapat 5 wujud emosi yaitu Joy ( bahagia, Amy Poehler ), Fear ( takut, Bill Hader ), Anger ( marah, Lewis Black ), Disgust ( jijik, Mindy Kaling ) dan Sadness ( sedih, Phyllis Smith ).

5 wujud emosi tersebut tinggal di sebuah tempat yang disebut dengan Headquartes ( markas besar ) iaitu pada pusat kendali fikiran Riley yang membimbingnya dalam kehidupan dan kegiatan sehari-hari. Keadaan pun menjadi berubah ketika Riley kena berpindah ke kota San Fransisco untuk ikut bersama ayahnya. Headquartes pun menjadi kacau bila Riley berusaha beradaptasi dengan kehidupan di kota tersebut. Sementara Joy berusaha dan tetap untuk optimis, kelima emosi ini bergaduh tentang cara terbaik untuk Riley dalam menghadapi kehidupan kota, rumah, sekolah dan lingkungan baru.

Memang seronok tengok.... Macam mana emosi ini berperanan dalam mengemudikan otak manusia. MF nak terangkan lebih pun tak reti, tapi filem ni memang WAJIB tonton. Bila tengok filem ni dalam masa yang sam kita bermuhasabah diri... Dari filem ini, MF dalam ambil pengajaran ringkas betapa buruknya kesan jika kita terlalu mengikut emosi marah. 

Selain itu, kesan buruk juga jika kita terlalu memendam rasa. Kita pendam dan pendam. Perasaan dan emosi tu kalau dipendam menyebabkan perasaan marah yang lebih menguasai diri. Dan seterusnya akan menghancurkan kehidupan. Bila marah, kita kan hilang semua perasaan lain. 

Kesedihan perlu dalam hidup kita. Bila sedih, kita akan kenang semula kenangan lama... 

Memang seronok la kartun ni. Ringkas dan padat jalan ceritanya. Serta penuh pengajaran berguna. Tak rugi tonton filem ni. 

Bila konflik berlaku, Sadness lah yang berperanan untuk kembalikan semula kehidupan Riley yang kucar kacir tu... Macam mana dia buat, kena la tonton sampai habis.  

MF rasa macam nak bagi 10 bintang je untuk filem animasi ni... Carilah peluang untuk tonton. Setakat ni takde lagi kat internet kecuali web berbayar. Sebab baru je ditayang filem animasi ni kat pawagam bulan lepas. 

Memang seronok. Seingat MF dah hampir 5 kali ulang tayang tengok... Hehe.... 

Julai 07, 2015

Review Drama: Khilaf Seorang Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semalam sempat melayan telemovie di Skrin TV9... Sambil melayan anak, dan buat kerja rumah.. layan la TV sesekali kan.. MF jarang tonton TV, sebab memang tak sempat nak melayan pun.. seminggu sekali je tengok TV. 

Telemovie semalam, best sangat... kisah pasal suami isteri dan rumahtangga. Realiti masyarakat yang memang ada berlaku. Tajuknya "Khilaf Seorang Isteri". 

PELAKON: Syatilla Melvin, Fezrul Khan, Fizz Fairuz, Tasha Shila, Mardiana Alwi, Adik Amanda Hariz

Sinopsis:
Khilaf Seorang Isteri ~ Muiz dan Thalia adalah pasangan suami isteri yang telah bercerai dan mempunyai seorang anak yang bernama Aryan dan mereka berdua telahpun membawa haluan masing-masing dengan pasangan baru mereka. Muiz merupakan seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat besar dan telah berkahwin dengan Ryna seorang eksekutif perundangan manakala Thalia pula telah bertemu jodoh dengan seorang pengarah drama, Jimmy.

Setelah memulakan hidup dengan pasangan baru masing-masing, mereka melalui satu pengalaman hidup yang berbeza dengan sebelum mereka berpisah. Hal itu menyebabkan mereka terkenang kembali dengan kisah perkahwinan lampau dan kesilapan mereka semasa perkahwinan yang lalu.

Pengajaran yang MF dapat simpulkan dari telemovie Khilaf Seorang Isteri:
  • Lamanya perkahwinan tak menjamin kebahagiaan. Seperti Thalia dan Muiz, walaupun lama mereka berkahwin tapi tak menjamin mereka terus kekal bahagia.. Cinta suami isteri perlu dipupuk setia hari.

  • Seorang isteri, wajib fahami suami. Menjadi penyokong dan tulang belakang suami. Bukan menambah bebanan suami. Seperti Thalia yang selalu isukan pasal hutang, tetapi dia tak berikan idea atau pendapat bagaimana nak bantu suaminya selesaikan hutang.

  • Isteri wajib berdandan, dan selalu rapikan diri walaupun sibuk dengan kerja rumah. Seperti Thalia yang memang prefect hal menguruskan anak, suami dan rumah tangga, tapi mengabaikan kecantikan diri di rumah. Selalu berbaju tidak menarik, dan nampak serabai dihadapan suami. Ini menyebabkan suaminya nampak perempuan lain yang lebih rapi, walaupun badan Thalia persis model, tapi tak dirapikan menampakkan dia tak cantik. Jadi, gemuk atau kurus bukan alasan..tapi cantik, bersih, seksi dan wangi itu yang utama bagai lelaki. 

  • Teguran: Suami wajib beri teguran yang baik. Bukan dengan meninggikan suara kepada isteri.

  • Tanggungjawab suami menjadikan isterinya cantik dan menarik di matanya sendiri. Jangan harapkan isteri semata dan jangan hanya tahu komen. 

  • Tundukkan pandangan dan sentiasa berdoa moga Allah pelihara mata kita dan hanya melihat yang halal sahaja bagi kita. 

  • Komunikasi: Kesilapan Muiz dan Thalia ialah komunikasi... Mereka bermasalah, tapi tak nak selesaikan dengan duduk berbincang cari jalan penyelesaian. Sebaliknya sibukkan dengan kerja dan mengadu kepada orang yang tak sepatutnya. 

  • Jangan luahkan hal rumahtangga kepada kawan berlainana jantina. (jangan luahkan hal rumah tangga di laman sosial) Kesilapan besar Muiz dan Thalia... Dah la diorang ni jarang berbual.. dah tu masalah rumahtangga dan tekanana rumah tangga diceritakan kepada rakan baik yang memang ada hati nak memikat. Muiz luahkan masalah kepada PA nya..seorang wanita seksi menggoda. Manakala, si Thalia pun dalam senyap luahkan masalah kepada rakan sekerja yang telah lama simpan perasaan pada dia. Jadi, bila berlaku krisis, masing-masing ambil peluang. 

  • Kembali kepada Allah. Rumahtangga yang tidak dibaja dengan iman dan takwa kepada Allah, memang penuh dugaan. Seperti rumah tangga Muiz dan Thalia yang kurang penghayatan agama. Maka, banyak anasir luar mudah pengaruh mereka. 

  • Jangan terlalu pamerkan kebahagiaan di laman sosial, kerana takut ada yang iri hati dengan kebahagiaan kita. Seperti Thalia dan Muiz yang memang romantik masa fasa awal perkahwinan mereka, selalu upload gambar romantik, kata indah, hadiah yang mahal...di laman sosial.. Kita mana tahu kan.. kot ada yang iri hati.. Tak semua senang dengan kebahagiaan yang kita ada... hati-hati ada yang memerhati.

  • Hargai apa yang ada...perbaiki apa yang tak betul...bukan cari orang lain untuk betulkan keadaan. Macam si Muiz, yang menyesal kahwin lain dan ceraikan isteri dia. baru dia perasan, kebaikan dan pengorbanan isterinya dahulu... walaupun isterinya tak menarik, tapi segala hal rumahtangga serta dirinya dijaga rapi. Sama juga dengan Thalia, sepatutnya hargai suami yang ada..cuba perbaiki diri.. koreksi diri..apa yang tak kena... fahami suami...belajar dan terus belajar... contohnya, kesilapan yang dia buat time suami dia sibuk, dia pun sbuk nak cerita itu ini. sepatutnya fahamlah..bantu suami siapkan kerja dia ke kan... 
Memang banyak pengajarannya... Drama ni buatkan jatuh juga air mata MF, ye lah kadang kita tak sedar khilaf kita. Buat suami, tolonglah tegur isteri jika ada tak kena.. isteri tak perfect. Hargai dan jaga apa yang Allah anugerahkan sebaiknya. Apa-apa pun... komunikasi sangat penting dalam rumahtangga... jika suami pendiam, kita jangan jadi diam, tapi jadilah penghibur... kalau tak boleh secara direct, hantarlah, kisah lawak ke..meseg mengusik ke.. sekarang zaman teknologi, bukan masalah lagi nak berkomunikasi.


Semoga bermanfaat. Jika ada yang tak sempat tengok, mungkin boleh tunggu ulang tayang lain kali. Setakat ni belum ada kat Youtube. Tapi di tonton.my mungkin ada... tontonlah bersama suami isteri, supaya kita belajar dan dapat muhasabah diri bersama dalam membina keluarga yang mawaddah wa rahmah.

Jun 16, 2015

Review Drama: Runtuhnya Sebuah Dosa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Berkurun lamanya tak melayan drama... sekali malam ni teringat malam Isnin... ada masa sikit layan tv sambil melayan si adik dan kakak main... Isnin malam Selasa, TV9 tak lokek sediakan drama telemovie terbaik untuk tontonan sekeluarga... Sementara si suami menyiapkan Baju T-Shirt Heat Press tempahan pelanggan, MF melayan anak-anak sambil melipat baju bajan... Azam tak nak biarkan baju tinggi menggunng... tak tahu la berapa lama tahan azam tu kan.. hehe.. tapi sementara ada mood kena lipat...

Opss... melalut sudah... MF nak review drama yang MF tengok... Tajuknya buatkan MF tertarik nak tengok sampai ke penghujung... iaitu "Runtuhnya Sebuah Dosa"

Antara pelakon hebat yang membintangi telefilem arahan Erma Fatima ini antaranya Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali, Liza Zain.

Kisahnya berkisar tentang dua buah keluarga yang menjadi mangsa tragedi tanah runtuh yang meranapkan kediaman mereka... Dua keluarga yang sangat berbeza walaupun sama-sama kaya... Satu keluarga penuh hidup mewah tapi kemewahan mereka penuh dosa dan maksiat...dan satu lagi yang merupakan jiran mereka yang kaya tadi...hidup sederhana tetap taat dengan perintah Allah...

Plot cerita yang ringkas tapi banyak pengajarannya...
Antara yang dapat MF kupaskan tentang pengajaran disebalik drama ni...

1. Bencana alam adalah balasan Allah buat peringatan manusia, tapi Allah berikan kepada semua tak kira beriman atau tak.

2. Hidayah Allah tu banyak cara..dan dari Allah...cuma kena cari dan kena usaha.

3. Tawakal kepada Allah melebihi harapan kepada manusia.

4. Hidup tanpa agama, ibarat orang yang sesat tanpa arah tuju.

5. Didiklah anak dengan agama, kerana anak yang soleh dapat membantu ibu bapa di akhirat sana.

6. Dunia penuh noda hanya iman yang kuat mampu atasi nafsu dan noda.

Secara keseluruhan, memang banyak pengajarannya... di akhir cerita, semuanya dapat pengajaran...

Itulah hikmah Allah masih hidupkan mereka walaupun dilanda musibah sebab Allah nak beri hidayah dan peluang untuk taubat. Maknanya, setiap hari Allah hidupkan kita dari tidur, maknanya Allah beri peluang kepada kita untuk terus kumpul pahala dan peluang untuk taubat kepada Dia.

Telefilem ni pernah dah ditayangkan pada tahun 2012... tapi MF tak tengok... dan syukur berpeluang tengok semalam... alhamdulillah.., pengajaran dan peringatan untuk kita... tahniah buat pengaraha dan penerbit telefilem ini... sepatutnya kena banyak drama sebegini berbanding kisah cinta manusia yang melekakan remaja.

Bagi yang nak tengok boleh cari di tonton atau pun di youtube... tak rugi tengok.

November 01, 2014

Review Filem: Terhibur Layan Filem Animasi RIBBIT

Sumber: google images

Kartun Ribbit, telah lama ditayangkan tapi kurang publisiti kot, buatkan ramai yang tak tahu akan kewujudan filem animasi ni... Aku sendiri pun tak perasan pernah ada filem animasi ni... pernah nampak sekali je banner kat pawagam... lepas tu dah lupa... hinggalah satu hari suami ku beli DVD ni kat kedai DVD sekali dengan filem Lagenda Budak Setan 3 tu la... yang pernah ku ceritakan di sini. 

Sekali malam minggu lepas, bosan takde cerita menarik di TV, pasang kartun ni... sekali tengok... owh.. cerita katak bernama Ribbit... Filem animasi ni dalam dwibahasa, boleh pilih nak bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris... Kami pilih bahasa Melayu... 

Sekali tengok memang gelak... pasai... rupanya, filem animasi penuh kelainan... apa yang lainnya??? setiap watak ada dialek negeri-negeri di Malaysia... Memang kelakar, bila dengar anak harimau cakap dialek utara... gelak besar aku dan suami... hahaha... Si kelawar dialek Perak, si badak pula dialek orang Nogori... hadooii... pecah perut...

Filem animasi memang sesuai untuk kanak-kanak... Animasi 3D, memang cantik dan terpegun lihat kehijauan hutan dalam filem animasi ni... 

Sedikit info berkaitan filem animasi Ribbit:
  • Ribbit’ merupakan filem animasi pertama terbitan anak syarikat ke-11 KRU Studios iaitu Kartun Studios Sdn Bhd. Filem yang diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim ini ditampilkan dalam dwi bahasa. Bagi versi Bahasa Inggeris, ia diarahkan serta ditulis oleh Chuck Powers manakala untuk versi Bahasa Melayu, ia diarahkan oleh pengarah tempatan yang tidak asing lagi iaitu Mamat Khalid.

  • Bagi versi Bahasa Inggeris, Ribbit menggunakan suara artis-artis terkenal Hollywood antaranya Sean Astin (Lord of the Rings), Tim Curry (The Hunt for Red October) dan pelawak antarabangsa Russell Peters (Fast Food Nation) di mana rakaman suara telah dilakukan di Los Angelas, California. Manakala bagi versi Bahasa Melayu, filem ini menampilkan suara-suara artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izzue Islam, AR Badul, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

  • Menelas kos keseluruhan sebanyak RM 10 juta, permulaan filem ini sudah cukup membuatkan penonton berasa teruja apabila menyaksikan keindahan latarbelakang filem ini iaitu hutan Amazon di mana ia dihasilkan dengan cukup baik sekali.

  • Filem ‘Ribbit’ menceritakan tentang seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian hala tuju hidupnya yang sebenar di mana akhirnya dia menyedari bahawa menjadi seekor katak yang beracun adalah lebih baik dari menjadi seorang putera raja. 
Sumber: Gua.com

Ribbit Trailer

Memang kelakar dan terhibur filem ni... jalan cerita yang mudah... setakat ni dah tiga kali ulang tayang dah kat rumah ni... tambah dengan gambaran 3D yang sangat cantik... aku boleh bagi 4/5 bintang untuk filem animasi ni... dan filem ni sesuai untuk tontonan seisi keluarga... 

Oktober 27, 2014

Review Filem: Lagenda Budak Setan 3

Review Filem: Lagenda Budak Setan 3

Sumber: google images

Lama tak dating dan tengok wayang... semalam, Alhamdulillah... diberi kesempatan dan ruang serta peluang untuk dating dan tengok wayang... Tak pergi panggung wayang pun... macam mana la nak pergi kan.. anak-anak mana nak letak... lagipun aku bukan jenis, suka-suki tinggal anak semata-mata nak pergi dating... 

Kami beli DVD dan layan wayang kat rumah la apa lagi... anak-anak dah tidur memang masa untuk dating berdua lah... 

Semalam kami ke Bentong, saja jenjalan... lima hari aku cuti, semalam baru sempat jalan, ealah suamiku kerja macam biasa juga... Pergi pagi, petang dah balik... aktiviti kami di Bentong, ialah membeli-belah di kedai RM2 dan juga Borong Sakan... tak lupa cari DVD di satu kedai kat Bentong tu... Tengok ada DVD Lagenda Budak Setan 3... jadi suami pun beli lah satu....

Lagenda Budak Setan 1 dan 2 memang dah tengok... Lagenda Budak setan 1 best juga, cuma yang kedua agak slow sikit ceritanya... jadi, saja tengok yang ketiga... macam mana pula gayanya... 

Memula perjalanan cerita agak slow... tapi lepas 30 minit mula best... sebab banyak babak flashback masa LBS1.. tapi masa tu Kasyah dah kahwin dengan Kate.... Memang happy la perkahwinan dia... hinggalah satu hari Kate mengandung... tapi anak yang dikandung meninggal dalam perut tapi masa tu dah besar gak baby dia... memang dia sedih... Kasyah rasa dia bawa sial..sebab orang yang dia sayang semua meninggal... jadi, dia lari dan bawa diri ke Terengganu... 

Namun, dalam perjalanan ke Terengganu, dia selamatkan seorang perempuan sakit nak bersalin... sampai kat hospital dia jumpa seorang pak cik, ayah kepada perempuan tu.. Pak cik tu ceritakan betapa tabahnya anak perempuan, kerana diuji kematian anak yang dikandungnya sebanyak dua kali... Kejadian tu menyedarkan dia... dan Kasyah kembali semula kat Kate... dan happy semula.. 

Kate mengandung lagi, dan selamat bersalin anak lelaki... tapi dalam bahagia, dia diuji pula dengan kehadiran bekas tunang kasyah sebelum dia berkahwin dengan Kate... apatah namanya.. lakonan Ayu Raudhah.. Ex-tunang dia tu hubungi Kasyah sebab nak ngadu pada Kasyah yang dia sering didera suaminya... Kasyah ni jumpa la senyap-senyap... hinggalah satu hari kantoi.. Kate ternampak dia berpelukan dengan perempuan tu kat restoran. 

Kate patah hati, dan bawa diri ke rumah mak bapa dia... Mereka berpisah sementara... Anak perempuan sulung ikut Kasyah, anak kedua ikut Kate... Dia bawa anak perempuan dia Atirah ke rumah lama dia dulu... dan masa tu terjumpa pula mak kandung Atirah, dan hari yang sama perempuan tu bertegas nak ambil Atirah... kerana malas nak naik turun mahkamah, Kasyah bagi je... kemudian dia kembali ke rumah mak bapa Kate dan terangkan segalanya apa yang berlaku... Bapa mentua dia memang percayakan Kasyah... tapi mak mentua dia syak yang bukan-bukan.. jadi, ada konflik pula kat situ... Kasyah dah patah hati sangat masa tu... 

Kemudian, si Hisham yang pernah kenal Kate, tetap kejar Kate... dia culik anak Kate dan ugut Kate... mujur tak sempat rogol, polis datang tangkap.... dan akhirnya, Kate kembali cari Kasyah... selepas tahu semua kebenarannya... Mujur masa tu Kasyah tak sempat lagi berlepas ke Indonesia... 

Kira kali ni memang happy ending la... Diorang kembali bersatu... Habiisssss.... 

Memang seronok la juga layan... babak-babak yang menarik dan tempat-tempat yang menarik...memang menaikkan juga mood nak tengok filem nih... 

Filem adaptasi novel tulisan Ahadiat Akashah, memang tak menjemukan... Penulis hebat yang banyak menulis pasal realiti dan isu sosial... Review ni secara ringkas je... nak best kena la tonton sendiri.... memang best la... banyak babak-babak yang menyentuh hati... dan banyak juga pengajarannya... 

Aku bagi 4 bintang untuk filem ni... rasa macam nak ulang tengok lagi je... tapi nak kena cari masa tu yang mencabar sikit... maklumlah anak dah dua... tapi tetap kena cari masa untuk suami isteri ea walaupun dah beranak pinak... Ada masa memang nak kena tengok lagi citer ni... 

April 19, 2014

Tonton Online Zombi Kilang Biskut!

Memalam minggu, saat anak-anak tidur, ni lah time nak dating... Nak g tengok wayang macam tak sesuai ea tak... Jadi carilah movie online untuk ditonton.... 

Asalnya nak tengok citer RIO 2 tapi susah benoor nak jumpa yang tonton online... Kalau ada pun kena register bagai... Dalam dok mencari tu... Terjumpa pula filem tempatan... Kira baru la juga... Zombi Kilang Biskut... (bagi yang dah layan tu abaikan)


Jadi layankan aje lah filem ni... Hehe... Meh aku story sinopsis filem ni...

Filem ni kesinambungan filem Zombi Kampung Pisang... Pastu Hantu Kak Limah... Dan selepas dan selepasnya... Kira pelakonnya sama aje... Tu yang best tu sebab tak tukar pelakon lain... Usop Wilca, Awie, Sofi Jikan.... Dan beberapa memang pelakon asal yang aku tak larat nak sebutlah... 

Best juga filem Zombi Kilang Biskut ni... Mengisahkan zombi yang menyerang kilang biskut di Kampung Pisang... Nak tahu camne boleh datang zombi tu.. Kena la layan sendiri ea dak... Tak syok la kalau aku citer... Tapi yang pasti boleh buatkan aku ketawa gak la tengok filem ni... Hehe... 

Kalau nak tonton secara online...klik link kat bawah ni ea... 

ZOMBI KILANG BISKUT:
http://www.layanmovie.com/2014/04/19/zombi-kilang-biskut-2014-full-movie-online/

Ni full movie.. Tak de sangkut kalau line internet kat rumah korang power... Tapi tak sure la plak boleh download ke tak... Selamat menonton!!! 

Disember 02, 2013

Filem Ular akan datang 5 Disember 2013

Filem Ular akan datang 5 Disember 2013

Tadi masa dok layan tv dengan Faiqah... tertengok satu filem baru yang akan ditayangkan 5 Disember 2013... Tajuk filem "Ular"... 

Tengok promo je buat aku teruja nak tengok.. ea lah filem pasal binatang memang menarik perhatian ku untuk tonton... macam best je.. filem pertama di Malaysia yg berkisar pasal binatang reptilia yang ganas ni.. cuma aku rasa takdelah setanding citer Anaconda kan.... tak yah la nak banding filem kita dengan negara luar sebab jauh beza nya.. tapi dari promo tu nampak best dan menggerunkan... 


Ni pula antara Sinopsis filem ni:

Ular mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.

Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan itu dengan beraninya telah menyelinap masuk ke dalam hutan yang telah dipagari dengan pagar elektrik. Rambo yang panic setelah menyedari hal tersebut segera mendapatkan Encik Aziz, pemilik pusat peranginan tersebut. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Encik Aziz (Namron) di sebalik kewujudan pusat peranginan tersebut.

Berjayakah Myra mencungkil rahsia di sebalik pusat peranginan tersebut? Dan apakah yang akan berlaku kepada mereka setelah menyedari mereka sebenarnya terperangkap di sebuah pulau yang dipenuhi oleh penunggu asal pulau tersebut?

Teruja pula nak tonton filem ni... 5 Disember nanti baru kuar panggung... tak lama dah esok lusa je.. 
Bagi yang berkesempatan dan sukakan filem misteri dan penyiasatan mungkin sesuai dan boleh tonton nanti... Best ke tidak tak tahu la... nanti kita tengok la gane komen penonton... 

Mei 20, 2013

Review Movie: Imposible

Salam Isnin... ada yang monday blues hari ni???

Alhamdulillah... lagi 3 hari aku akan bertukar profession... opss.. nanti aku citer di entry akan datang... Ni aku nak kongsikan satu filem best..yang buatkan emosi aku tersentuh... Filem omputih tajuk Imposible.. 


Filem ni mengisahkan sepasang suami isteri dan 3 orang anak lelaki pergi bercuti di Thailand... Ketika dalam percutian yg penuh romantik tu, tanpa diduga berlaku Tsunami yg dasyat.. Babak Tsunami tu mmg diorg amik yg benar2 berlaku di Thailand pada Disember 2004. 

Memang dasyat bila tengok filem ni... Semua terpisah, kecuali anak lelaki sulung dan ibunya... mereka berdua bertarung nyawa menyelamatkan diri. Anak sulungnya tak cedera, tapi ibunya sangat teruk tercedara masa berguling2 dalam air dibawa arus deras... di belakang pehanya berlubang dan di dadanya terbelah kerana terkena kayu.. memang tragis... 

Anak lelaki dia tadi berusaha menyelamatkan ibunya.. memapah ibunya berehat di dahan pokok bakau... Memang menitik air mata melihat pengorbanan si anak pada ibunya.. ibunya kehilangan banyak darah.. bila dah reda, orang2 kmpung mencari mangsa yg selamat.. dan terjumpa dgn diorg.. org kampung selamatkan dan hantar ke Hospital. 

Tapi, anaknya tak putus asa mencari ayhnya dan dua adiknya lagi.. Aku ringkaskan lah ea... Ibunya sangat tenat dah sebab kehilanagn darah.. dan dalam masa yg sama si anak lelaki sulung mencari adik dan ayah dia.. dan akhirnya diorg berjumpe juga di pekan berhampiran hospital tu.. 

Kesemua mereka selamat dan si ibu pun selamat lepas menjalani pembedahan dan dihantar balik ke Amerika... 

Memang menyentuh hati citer ni.. Memang mustahil la sebab boleh terselamat dalam bencana yg dasyat... yang buatkan aku tersentuh ialah bila lihat ombak besar tu... Ya Allah, mmg kuasa Allah.. dasyat sungguh.. dan juga naluri kasih serta elemen kasih syg yg kukuh dalam keluarga ni menemukan mereka kembali... mmg best tgk citer ni.. sesuai ditonton oleh seisi keluarga...