بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran | Stesen minyak satu tempat yang merbahaya jika kita tak peka dengan ciri keselamatan yang ada...
Banyak kes letupan berlaku di stesen minyak. Selain kes merokok dan telefon bimbit ketika mengisi minyak, ada juga kes tetiba sahaja berlaku letupan. Letupan secara tiba-tiba ini adalah akibat berlakunya elektrostatik.
Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran
Jom kita baca fakta ini...
1. Dari 150 kes, yang lebih banyak terjadi adalah wanita berbanding lelaki, kerana kebiasaan mereka masuk dan keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk ke dalam tangki.
2. Sebahagian besar kes terjadi adalah orang yang tengah mengisi minyak masuk kembali ke dalam kereta ketika hos masih di lubang tangki (muncung pam boleh menjadi pencetus kebakaran). Apabila mereka selesai mengisi bahan bakar dan keluar untuk menanggalkan pam, percikan api akan bermula, itu adalah di sebabkan dari akibat elektrik statik.
3. Majoriti berlaku kepada mereka yang terkena adalah yang memakai kasut bertapak getah dan memakai pakaian dari serat sintetik.
4. Jangan gunakan telefon ketika sedang mengisi bahan bakar.
5. Wap yang berasal dari petrol akan meyebabkan kebakaran ketika tersentuh dengan elektrik statik.
6. Dari 29 kes dianalisis ianya terdiri dari mereka yang kembali memasuki kenderaan mereka dan kemudian menyentuh pistol pam petrol semasa proses pengisian petrol. Hal ini terjadi pada kereta yang berlainan jenama dan model.
7. Cas elektrik statik mungkin berlaku ketika penumpang masuk ke dalam kereta semula dan pergeseran berlaku antara pekaian dan tempat duduk ketika keluar dan masuk dari kenderaan. Untuk mengelakkannya adalah disarnakan supaya TIDAK boleh masuk atau keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk. Gerakan masuk atau keluar hanya perlu dilakukan SEBELUM memulakan, atau setelah selesai mengisi minyak.
8. Apabila petrol tumpah atau terpercik ke atas lantai pembersihan haruslah di lakukan dengan segera, kerana wap yang terhasil adalah sangat mudah terbakar yang boleh dihidupkan oleh percikan elektrik statik ketika menghidupkan peralatan elektronik (seperti telefon bimbit, remote kawalan, dll) atau dengan geseran kunci kenderaan itu sendiri. Oleh itu SEBELUM menghidupkan enjin, petrol tumpah harus dikumpulkan dan bersihkan oleh kakitangan stesyen minyak.
TIPS KETIKA MENGISI MINYAK
Berhentikan kenderaan, tarik hand break, mematikan enjin, radio dan lampuJANGAN : Jangan sesekali kembali ke kenderaan anda apabila anda menuangkan bahan bakar.
SEBAGAI PENCEGAHAN : Biasakan menutup pintu kereta selepas keluar atau masuk ke dalam kenderaan dan dengan cara ini elektrik statik akan habis ketika bersentuhan dengan sesuatu bahan metalik.
Setelah menutup pintu sentuh BAHAGIAN DARI LOGAM sebelum menyentuh pistol pam petrol. Dengan melakukan hal ini elektrik statik dalam tubuh anda akan dibuang pada logam dan bukan pada pistol pam minyak tersebut.
Sumber: Facebook
Nampak remeh tapi ada bahaya nya...
Moga bermanfaat...
nice info. baru tahu ni
BalasPadamAerill Hassan
Ada manfaatnya post ni lagi pun saya tak tahu pasal keluar masuk kereta masa isi minyak tu bahaya.. Thanks for the info
BalasPadamTq for info. Baru tau ni
BalasPadam