07/2018 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

Julai 31, 2018

3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online | Siapa suka shopping online? Mestilah suka kan sebab senang, jimat dan mudah. MF pun suka..

Apa yang tak pernah dibeli... semua online aje... Lazada dan shopee sentiasa menemani terutama pabila gaji.

Kalau produk biasa-biasa, kita boleh beli dengan mudah... Tapi kalau bab fesyen kena cerewet sikit.

Contoh kalau nak beli baju atau pakaian tak kisahlah baju kurung ke, tshirt ke, blouse atau pun seluar.

Bukan apa takut tak kena dengan citarasa pula, takut terkecil, terbesar dan macam-macam rasa.

Setakat ni, MF tak pernah tersalah beli lagi pakaian ... semuanya ngam dengan saiz badan dan menepati citarasa.

Senang je nak beli pakaian online kalau korang ikut tips ni.

3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online


3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online

1. Pastikan Jenis Kain.

Bagi pembelian pakaian, perlu pastikan jenis kain, contohnya: lycra, cotton, crepe dll.. Tanyakan kepada penjual jenis kain atau cuba google untuk lebih mengenali jenis-jenis kain tersebut. Yang paling penting adalah ciri-ciri kain tersebut seperti sejuk, lembut, serap peluh, selesa dipakai dan sebagainya.

Kalau untuk bayi yang berkulit sensitif kena tahu jenis kain yang sesuai. Contohnya kalau cotton tshirt ada jenis tebal nipis iaitu dinilai dengan "GSM", ada 160gsm, ada 180gsm dan sebagainya. 

Bagi Muslimah sudah pasti ciri-ciri syariat diutamakan seperti labuh, longgar, tidak jarang, tidak ketat. Pakaian haruslah dipakai mengikut fungsi & tempatnya.


2. Tentukan Ukuran dan Saiz

Korang perlu pastikan saiz yang tepat. Lihat carta saiz yang disediakan sama ada dalam inci ataupun cm. Walaupun dinyatakan saiz standard XS, S, M....XXL, tapi perlu juga menyemak ukurannya kerana setiap jenama, ukurannya agak berbeza walaupun saiz yang sama. Ada juga jenama yang sama tetapi ukuran sedikit berbeza kerana design yang berbeza. Rujuk peniaga untuk membantu membuat pilihan saiz yang tepat.

Kalau MF, ambil ukuran saiz bahu je... sebab kebanyakan baju MF akan beli potongan A, lebar ke bawah, jadi, ukuran bahu dah cukup untuk tentukan saiz yang tepat bagi MF.


Boleh Tukar Saiz Jika Salah Beli

Sebagai pembeli kita berhak mendapat penukaran semula pakaian yang kita beli. Tetapi ini bergantung kepada stok dan terma & syarat dari penjual/pembekal. Jadi sebelum beli, perlu pastikan samaada ia boleh ditukar jika tersalah saiz atau tidak.


Cara mengambil ukuran badan anda :


Bahu : ukur dari bahu kanan-kiri @ sebaliknya

Dada (bust) : Ukur lilit dada  dengan meletakkan tali pengukur di tengah-tengah (fullest area of your bust) .Tarik nafas dan hembuskan, barulah ambil ukuran.

Pinggang (waist) : ukur lilit kawasan pinggang tanpa bertindih dengan kain, tali pinggang dan lain-lain.

Paha (hips) : ukur lilit paha (fullest point) secara berdiri,  anggaran 7 inci di bawah pinggang.


3. Tentukan Cutting/Design Pakaian

Tanyakan cutting baju yang hendak dibeli. Ada yang kecil, ada yang besar walaupun telah pilih saiz yang biasa kita pakai. Ia bergantung pada jenis kain dan design, straight-cut, A-cut.

Kalau tak pasti, dicadangkan ambil saiz yang besar sedikit. Masih boleh dipakai jika mengandung, bertambah berat badan atau boleh di''alter'' jika ingin kelihatan terletak pada badan.

Jadi, tak susah pun nak beli baju secara online...

Cuma kadang pembeli sendiri tak baca detail produk dengan teliti...
Dah tu bila tak mencapai kehendak, mulalah viralkan dan hentam penjual...

Bab beli online kena teliti, baru puas hati dan tak salah.
MF kadang sampai seminggu baru putuskan nak beli ke tak... sebab cari seller, banding harga dan tengok review dan testimonial.

Sebab tu kadang orang suka lagi beli offline terus dari kedai... Tapi bagi MF yang anak berderet ni, beli online lebih memudahkan. 

Kisah Teladan : 10 Anjing Raja

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kisah Teladan : 10 Anjing Raja


Al Kisah seorang Raja memiliki 10 anjing ganas untuk menghukum siapa pun yang bersalah.

Jika Raja marah maka orang yang salah akan dilempar ke kandang anjing agar di carik-carik oleh anjing² ganas tersebut.

Suatu hari seorang Menteri membuat keputusan salah. Raja pun murka, maka diperintahkanlah agar sang Menteri dimasukkan ke kandang anjing ganas tersebut.

Menteri berusaha minta maaf pada Raja: "Wahai Raja, saya telah mengabdi padamu selama 10 tahun, tak kan Raja nak juga menghukumku begini?. Atas pengabdianku selama ini saya hanya minta waktu penundaan hukuman 10 hari saja".

Raja pun mengabulkan permintaan Menteri. Menteri bergegas menuju kandang anjing² tersebut lalu meminta izin kepada penjaga untuk menggantikannya mengurus anjing² dan memberinya makan selama 10 hari.

"untuk apa?", tanya penjaga.

 Maka dijawab oleh menteri: "Setelah 10 hari nanti engkau akan tahu''.

Sejak itulah Menteri memelihara, mendekati, memberi makan bahkan akhirnya boleh memandikan anjing² tersebut selama 10 hari hingga menjadi sangat jinak kepadanya.

Tibalah waktu yang dinanti, 10 hari berlalu disaksikan Raja dimasukkanlah Menteri ke kandang anjing, tetapi Raja terkejut ketika melihat anjing² itu sangat jinak kepada menteri.

Maka dia bertanya apa yang telah dilakukan Menteri pada anjing² tersebut?

Jawab Menteri: "Saya telah mengabdi pada anjing² ini selama 10 hari, dan mereka tidak melupakan jasaku.

Terharulah Raja, meleleh airmatanya lalu dibebaskanlah Menteri dari hukuman dan dimaafkan.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Sahabatku,
Hikmah dari cerita di atas adalah:

Agar kita tidak mudah mengingkari & melupakan kebaikan-kebaikan yang kita terima dari orang-orang terdekat kita, hanya kerana kejadian sesaat yang kita tidak suka.

Jangan mudah menghapus kenangan yang telah terukir dan persahabatan yang telah terjalin bertahun lamanya hanya kerana hal² kecil yang kurang kita sukai darinya ketika ini.

Mencari teman itu lebih mudah daripada mendapatkan sahabat.

Jagalah persahabatan yang ada dengan baik kerana menjaga persahabatan itu lebih susah dari mendapatkannya..

Doa yang terbaik selalu untukmu saudara² ku, semoga silaturrahim ini tetap terjaga...

Kredit : telegram.me @kisahislami

Julai 30, 2018

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan | Pernah tak masak sambal atau nasi goreng ke, bihun goreng ke tapi terlajak pedas pula.

Memang payah kalau dalam keluarga tak sama selera kan. Suami makan pedas, isteri tak pedas sangat. jadi, kena balance kan rasa pedas tu.

Sebenarnya ada cara nak kurangkan rasa pedas dalam masakan.

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan
Sumber: google images

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan

1. Gula atau Madu

Rasa pedas dapat dikurangkan dengan seimbangkan semula rasa masakan. Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.


2. Lemon, Cuka, Asam Jawa, Air Limau Nipis

Perasa lain juga boleh digunakan untuk membetulkan rasa seperti perasa masam dari cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon. Hati-hati dan masukkan sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih sehingga merosakkan rasa lauk. Bahan berasid ni juga boleh mengelakkan masakkan kita cepat basi.


3. Kentang

Masukkan sebiji dua kentang dalam masakan dan masak bersama sehingga kentang empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa pada makanan yang disediakan. Kalau masakan terlebih masin pun boleh buat cara ni juga.

4. Santan atau Susu

Boleh juga gunakan santan atau bahan tenusu seperti susu sejat, susu pekat atau susu krim. Selain mengurangkan rasa pedas, santan juga boleh membuatkan lauk terasa lebih lemak dan pekat.

5. Bawang Besar

Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih pedas. Agak-agak jumlah bawang yang sesuai bergantung kepada masakan anda.

Bawang besar mampu kurangkan rasa pedas dalam sambal.Rasa sambal jadi manis dan wangi. MF selalu buat camni kalau masak sambal.

6. Tomato

Pengunaan tomato sangat berguna untuk mengurangkan rasa pedas pada masakan yang menggunakan banyak cili padi seperti sambal belacan dan sambal goreng berlada. Boleh ganti beberapa batang cili pada kepada 2 ke 3 biji tomato untuk mengekalkan rasa pedas yang terkawal.

Kalau masak sambal, blend kan tomato dengan cili dan tumis macam biasa. Kalau masak lauk-pauk, belahkan kepada 4-6 bahagian. Kalau dah tak ada sangat, boleh juga gunakan sos tomato atau tomato puree. Rasa tomato yang masam-masam akan seimbangkan rasa pedas yang terlalu pedas.

7. Mentega Kacang atau Kacang Tanah

Cara nak gunakan mentega kacang, panaskan dahulu atau campur sikit dengan air panas, kacau hingga cair dan lembut supaya mudah sebati dalam masakan.  Kalau tak ada mentega kacang, boleh tukarkan dengan kacang tanah yang digoreng atau dibakar sebagai alternatif.

8. Lebihkan Sayur

Jika masakan yang terlebih pedas mengandungi sayuran seperti tomyam, lebihkan lagi sedikit sayuran di dalamnya seperti lobak merah, brokoli, atau kobis. Ni, untuk masakan seperti tom yam ok la kan.

Boleh juga letakkan buah-buahan segar seperti nanas sebagai pengimbang rasa. Kalau asam pedas, boleh juga tambah nenas. Sedap!

9. Pilih Cili Yang Tidak Pedas

Kalau tak tahan pedas, jangan pilih cili kering yang berbentuk lurus dan berkilat. Jenis ini biasanya banyak biji dan memang pedas. Cili kering mungkin nampak saja sama, tetapi ada rasa berbeza.


Jadi, jangan risau kalau terlebih pedas, ada caranya... paling mudah, letak air dan tambah gula... 

Semoga bermanfaat.
Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang

Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang | Pepagi ni ajar tajuk hutang kat pelajar tingkatan 4. macam-macam isu bab hutang ni keluar.

Sebenarnya, dalam Islam, hutang ni sangat cantik disusun. Hutang hukumnya sunat dan wajib diberikan bagi orang yang terdesak.

Memang orang yang memberikan hutang, diganjari dengan pahala berganda... sebab memudahkan urusan orang lain. Namun, ada la syaratnya.

Berlaku ihsan dalam berhutang, digalakkan dalam Islam.

Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang


عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ …رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menangguhkan tempoh pembayaran hutang kepada orang yang tidak mampu atau memaafkan hutangnya, Allah akan menaunginya dalam naunganNya." (HR Muslim No: 5328) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan seperti memberi pinjaman adalah amalan yang mulia

2. Orang yang memberi kemudahan kepada orang yang berhutang dengan menangguhkan tempoh pembayaran hutang kepada mereka yang masih kesulitan untuk menjelaskannya, akan mendapat naungan di sisi Allah pada hari Kiamat nanti.

3. Orang yang menghalalkan atau memaafkan hutang orang lain padanya dengan apa juga sebab seperti kesulitan yang dialaminya, nescaya Allah akan menaunginya dalam naunganNya.

4. Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang memudahkan bantuan kepada orang yang berhutang. Firman Allah:

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٖ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٖۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٨٠

Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan dan sebaliknya bahawa kamu menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui (pahala yang besar yang kamu akan perolehi kelak). Al-Baqarah: 280.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Jangan pula pemberi hutang dah bagi ihsan tangguhkan bayaran, tapi penghutang pula yang lebih-lebih... Tak nak bayar kan... macam isu PTPTN.

Julai 29, 2018

Betul Ke Kehidupan Seorang Lelaki Berubah Selepas Berkahwin?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betul Ke Kehidupan Seorang Lelaki Berubah Selepas Berkahwin? | Biasa lepas kahwin, orang lebih fokus kepada perubahan wanita.

Perempuan kalau dah kahwin, dah beranak berubah dah cara hidupnya...

Dulu cantik sekarang kurang dah... Bentuk badan berubah...

Perempuan je ke...

Lelaki macam mana pula...

Tak kan sama je lelaki sebelum dan selepas kahwin dan beranak pinak?

Tapi sebenarnya... Lelaki pun berubah juga lepas kahwin...

9 gambar ni bukti lelaki juga berubah lepas kahwin...

Betul Ke Kehidupan Seorang Lelaki Berubah Selepas Berkahwin? 











Tapi ianya berlaku kepada yang bertanggungjawab dan dia sedar dia dah kahwin bukan bujang lagi...

Kredit gambar: Oh Media

Tanya 19 Soalan Ni Pada Diri Sendiri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tanya 19 Soalan Ni Pada Diri Sendiri 

Sumber: Google images

1. Di dalam sembahyang, ketika zahir kita berdiri, rukuk dan sujud, mulut kita memuji Allah swt. Adakah hati kita turut sama untuk menghayati apa yang kita baca itu? Adakah hati kita juga menghadap Allah swt khusyuk, tawadhuk, rasa hina diri depan Allah dan rasa malu apabila berdepan dengan Zat yang Maha Mulia?

2. Pernahkan kita rasa indah dapat bersendirian di tempat yang sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Allah, mengenang dosa-dosa dan berazam untuk membanyakkan amal bakti kepada Allah swt.?

3. Kalau ada umat Islam yang menderita, adakah kita rasa sensitif?

4. Adakah kita sentiasa mengingati bahawa mati itu boleh datang secara tiba-tiba dan kita bersiap sedia menghadapi kedatangannya?

5. Pernahkah kita menghitung  berapa banyak harta kita, duit kita, rumah kita, kereta kita, pinggan mangkuk, perabut; baju, kasut dan sebagainya yang akan dihisap di akhirat kelak?

6. Pernahkan pula kita menghitung dosa-dosa zahir dan rohani sambil menangis kerana istighfar kita terlalu sedikit berbanding dengan dosa kita yang menyebabkan kita menjadi bahan bakaran api neraka?

7. Pernahkah kita fikirkan orang yang pernah kita umpati, kasari dan hina disertai dengan meminta maaf daripada mereka yang pernah kita aniayai?

8. Apakah kita rasa sabar dengan ujian sakit yang Allah timpakan kepada kita?

9. Adakah kita redha dengan segala takdir dan pemberian daripadaNya?

10. Adakah pernah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita seperti nikmat mata, tangan, akal, kaki, kesihatan dan sebagainya?

11. Kalau kita miskin, adakah kita bahagia dengan kemiskinan kita kerana tidak payah mentadbir nikmat Allah yang akan dihisab diakhirat kelak?

12. Kalau kita kaya, adakah kita bersyukur dan membatu mereka yang kurang mampu?

13. Adakah hati kita rasa tenang apabila dicerca dan bimbang dipuji, kerana dengan cercaan itu kita akan tambah berhati-hati dengan dosa dan apabila dipuji ia akan merosakkan hati dengan ujub dan bangga diri?

14. Adakah kita sentiasa meminta maaf di atas kesalahan kita?

15. Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan, dapatkah kita merasa gembira dan turut bersyukur dibatas nikmat Allah ke atasnya tanpa hasad dan dengki?

16. Setiap kali orang bersalah, adakah kita menasihatinya dengan penuh kasih sayang dan tidak menghina dan mencercanya?

17. Adakah hati kita terhindar daripada jahat sangka dan prasangka pada orang lain?

18. Adakah kita sanggup bertolak ansur dengan orang lain diwaktu kita juga didalam kesusahahan?

19. Adakah kita merasa cukup dan puas dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tiada?

Petikan dari buku Huraian Ihsan dan Ilmu Tasawwuf.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit : Facebook Ustaz Iqbal Zain

Julai 28, 2018

Logo, Tema dan Lagu Sempena Hari Kebangsaan 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Logo, Tema dan Lagu Sempena Hari Kebangsaan 2018 | Bulan Ogos, bulan kelahiran ramai ahli keluarga MF...

Dan bulan Ogos sinonim dengan bulan kebangsaan yang kita tak lepas sambut sejak 60 tahun yang lalu...

Setelah bertahun, sambutan yang MF rasa suram... Tahun ada kelainan bila... Logo, lagu dan tema sambutan Hari Kebangsaan berubah...

Logo Hari Kebangsaan 2018
Logo Hari Kebangsaan 2018 

Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo dengan simbol rakyat melakukan gerakan mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan dipilih menjadi logo rasmi.

Logo Hari Kebangsaan 2018
Logo, Tema dan Lagu Sempena Hari Kebangsaan 2018 

Logo itu membawa maksud rakyat Malaysia berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian yang harmoni, bersatu padu, dan terpahat perasaan sayang kepada negara.

Logo adalah hasil ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam, juga yang dipilih Dr Mahathir pada 25 Julai lalu hasil pertandingan terbuka kepada rakyat Malaysia untuk melukis logo Hari Kebangsaan 2018 dan sebanyak 632 logo diterima sebagai penyertaan.

Putrajaya: Lokasi sambutan Hari Kebangsaan

Sambutan hari kebangsaan di Putrajaya
Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya 

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2018 kerana menjadi simbol kepada pusat pemerintahan kerajaan.

Pemilihan lokasi berkenaan dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Tema Hari Kebangsaan 2018 

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini bertema 'Sayangi Malaysiaku', yang dipilih bagi meraikan dan mempertingkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Logo, Tema dan Lagu Sempena Hari Kebangsaan 2018
Logo, Tema dan Lagu Sempena Hari Kebangsaan 2018 

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 

Lagu tema hari kebangsaan 2018 ialah dinyanyikan kumpulan Bunkface.

Lagu yang dicipta oleh Sam Bunkface,  dipilih kerana ia bergenre pop dan sangat menarik.

Lagu tema kali ini sedikit berlainan dengan sebelum ini, kerana ia 'catchy' dan ia menunjukkan perubahan kerajaan baharu PH yang begitu bertenaga.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2018 

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 3 hingga 5 Ogos ini.

Jadi, minggu lagi sekali semua sekolah pun pasti akan buat pelancaran Bulan Kebangsaan. Cikgu Sejarah dah mula plan dah nak buat gimik apa pula kali ni...

Sumber: Facebook Kementerian Penerangan Malaysia 

Angkara Husna?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Angkara Husna? | Sejak seminggu lepas ramai geng mak-mak dok meroyan pasal nama Husna.

MF sendiri pun tak tau apa ke benda sebab tak kisah sangat la pasal trending ni.. Tapi agak dah.. Tak lain tak bukan mesti pasal drama.

Angkara Husna?

Rupanya dahsyat juga kesan drama tu... Hingga semua media sosial kecoh pasal si Husna ni.

Ada yang fobia betul pasal nama nih... Aduhai... Terbawa betul depa ni kan kalau tengok drama.. Relax la kak...

Bukan apa... Sebab kes poligami dan kes orang ketiga dalam hubungan suami isteri memang la perempuan akan meroyan lebih...

Angkara Husna?

Buktinya... Tengok komen kat bawah yang melekat kat blog den ni hah...

http://www.mariafirdz.com/2017/05/Hukum-Minta-Cerai-Sebab-Suami-Poligami.html

Kan... Marah betul cik kak anonymous ni...

Hmm... Itu hukum kot.. Takpe lah... Mungkin terbawa dek drama atau angkara husna?

Atau pun memang dia jadi mangsa poligami yang tak adil...

Tapi memang betul la apa dia katakan... Lelaki yang berpoligami tanpa patuh syariah  memang akan menyebabkan rumahtangga huru hara...

Tapi kalau ikut hukum betul. . Boleh je bahagia..  Ramai kawan dan sedara MF sendiri berpoligami dan bahagia. . Jadi... Poligami tak salah asalkan ikut hukum yang Allah tetapkan iaitu.. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” [An-Nisaa’/4: 3].

Jangan Terbawa-bawa Emosi Dek Drama TV 

Apa pun.. Pesan MF, dalam poligami MF tak mau komen... Cuma kita sebagai wanita yang terlalu menentang dan jangan terlalu menyokong... Suam-suam je..

Doa yang baik-baik untuk rumahtangga kita...

Jangan terbawa ke alam realiti bila tonton drama sebab nanti jadi satu fikiran yang buatkan kita rasa takut ianya terjadi dalam rumahtangga kita.

Kadang drama Melayu ni kuat juga pengaruh dia...sebab aura lakonan dari pelakon tu menjadi.

Tengok drama biasa dah la.. Tak payah nak fikir atau emosional sangat...

Tengok dari mata, tak payah simpan di hati atau di minda...

Ok... Jangan salahkan Husna ye.. Husna tu satu waktu je..

Maksud husna tu pun baik, indah... Jadi, tak payah fobia sangat dengan nama husna... Nama dan sikap takde kena mengena sangat pun... Ramai je nama sebaik nama syurga tapi perangai macam neraka... Ada juga sebaliknya..

Walaupun orang kata nama tu doa kan.. Tapi, setakat doa dari panggilan nama ni, tak terkesan mana kalau tak datang dari hati yang ikhlas.

Ok.. Done bebel pasal husna..

Sebab trending betul nama ni 2 3 hari ni... Penuh Wall pasal husna...

Mujur tak layan... Dan memang tak minat nak layan drama TV3 kalau tak betul-betul best...

OK, sekian... Angkara Husna...
Jangan benci Husna ya.. Husna di alam realiti insha Allah.. Baik-baik belaka... 

Julai 27, 2018

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop | Alhamdulillah.. Rezeki lebih sikit bulan ni... Nak reward sikit untuk dapur sendiri...

Go Shop dan Wowshop ni kalau sesekali tengok pasti ada yang terbekenan punya...

Seminggu sebelum gaji, tertengok channel Go Shop... Tayangan pasal rak pinggan. Eh, rak pinggan pun masuk TV ke...

Tapi, teruskan je tengok... Adehh.. Macam terbekenan la pula... Sebab design dia besar dan cantik... Warna hijau plak tu, match betul dengan warna dapur...

Niat hati, simpan la dulu sampai ada rezeki lebih kan.. Alhamdulillah... Nak jadi rezeki kan.. Lepas je gaji, terus open Go Shop... Haha..

Terus order la tunggu lagi kan...

Order Khamis, hari Isnin depannya baru sampai... Kira 3 hari bekerja la gitu kan.. Tapi rasa lama sebab campur Sabtu Ahad tu... Sapa suruh order dekat weekend kan..

Tips Membeli di Go Shop

Pengalaman kami beli dari Go Shop, elakkan beli bayar terus, buat secara COD, insha Allah cepat dari korang terus pembayaran...

Sebab pernah beli barang dari Go Shop, bayar siap la kan ingat cepat.. Sekali lepas 2 minggu tak sampai-sampai... Geram betul... Sampai buat aduan barulah sampai.. Dekat 3 minggu juga. Sejak tu tak beli dah dengan terus pembayaran... Buat COD je.. Dia nak duit kan.. Kena la hantar cepat kan.. Haha..

OK.. Back to our topic...

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Elok sampai je, terus la pasang... Memang syok betul...

Sebab...

Kuat dan besar

Besar... Luas...

Walaupun plastik tapi kukuh...
Dan pastinya tak berkarat  la kan...

Saluran Air Automatic 

Best juga sebab ada salur air automatic... Tak payah nak tarik dulu tadah air tuang dalam sink...
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Rekaan memang cantik...

Memang terus kemas dapur MF tau... Tak serabut dah... Kalau tak sampai ke tepi-tepi tu bersepah dengan periuk segala bagai...

Pernah la pecah 2 3 pinggan dan mangkuk sebab tak muat, asak juga letak kan...

Alhamdulillah dengan rak pinggan Kloken ni takde dah masalah tu...

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Memang besar dan puas hati...
Dapur pun sentiasa kemas...

Dan semangat nak basuh pinggan tu ada lepas ada rak pinggan cun macam ni...

Berbaloi

Harganya RM109, tapi lepas guna kod promo Go Shop iaitu Taxholiday, dapat diskaun 10%... Jadi harga tak sampai RM100.

Puas hati la... Dari beli yang besi kan... Yang ni confirm dah tak kan berkarat... Nak cuci dan tanggalkan pun senang... Main klip je.. Kakinya pun ada getah jadi tak kan bergerak...

Dapat Hadiah Percuma

Yang best ada free Gift lagi... 2 pan dan 1 spatula dan juga fleksibel penapis...

Biasa Wowshop banyak hadiah, tapi yang ni Go Shop pun bagi hadiah banyak.

Memang penuh dapur.. Haha..
So, ni antara produk Go Shop yang MF puas hati...

Korang yang tengah mencari rak pinggan tu, memang boleh beli sangat rak pinggan macam ni.. Berbaloi beli...

Three Simple Rules In Life

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Life is simple...
In life have simple rules...
If we do it, our life it becomes more better every day...



First Rules
If you do not Go after what you want, 
You'll never have it. 

Seconds rules, 
If you don't ASK, 
The answer it always will be No. 

Third rules, 
If you do not STEP FORWARD, 
you always be in the SAME PLACE. 

Julai 26, 2018

Untung Orang Yang Suka Aktiviti Hiking

Untung Orang Yang Suka Aktiviti Hiking

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Untung Orang Yang Suka Aktiviti Hiking | Hiking, satu aktiviti riadah yang menjadi hobi ramai orang masa kini,

Tak kira umur, ramai dah minat aktiviti ni...

Untung Orang Yang Suka Aktiviti Hiking

Hiking, aktiviti memanjat bukit atau gunung, satu aktiviti yang banyak manfaat... dan yang pasti aktiviti ini sebenarnya sangat menguntungkan.

SUmber: google images

Mendekatkan diri kepada Allah

Melihat alam semulajadi membuat hati kita tersentuh dengan kebesaran Allah. Betapa cantik perhiasan dunia ini. Jangan kita lupa mengucapkan Subhanallah, Maha Suci Engkau (سبحانك).

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lalu berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau (سبحانك), maka peliharalah kami dari siksa neraka”” (QS. Ali Imraan: 190-191)

Sunnah ucap Subhanallah bila sampai ke puncak

Jika kita melihat sesuatu yang boleh membuatkan kita takjub dan kagum ketika melihat ciptaan Allah jangan kita lupa mengucapkan Subhanallah, Maha Suci Engkau (سبحانك). Wallahualam.

Jangan adat mematikan sunnah.

Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu

BAHAYANYA MANUSIA DUA MUKA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum mengadu domba adalah HARAM, menurut ijma’ kaum muslimin. Keharamannya telah ditunjukkan oleh dalil-dalil syar’i baik dari al-Quran dan juga as-Sunnah.

Allah berfirman, “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang ke sana ke mari mengadu domba.” (Al-Qalam: 10 – 11)

Sumber: telegram channels 

BAHAYANYA MANUSIA DUA MUKA

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Kamu akan mendapati sejahat-jahat manusia adalah orang yang memiliki dua wajah; yang datang kepada sebahagian orang dengan satu wajah dan datang kepada yang lain dengan wajah yang lain.” - (Sahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3493, 3494, 3495), Muslim (2526))

“Barangsiapa memiliki dua lidah di dunia, niscaya Allah akan menjadikan untuknya dua lidah dari api neraka pada hari kiamat kelak.” - (Sahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1310))

Makna 'mempunyai dua lidah' dalam hadith di atas adalah orang yang berbicara pada si A begini dan dengan si B begitu. Jadi 'mempunyai dua lidah' ertinya sama dengan 'memiliki dua wajah'.

Kredit : Page Jalan-Jalan Cari Ilmu

Julai 25, 2018

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi |Parut satu igauan ngeri terutama bagi wanita.

Rasa macam satu kecacatan bila ada parut.

Parut di muka membuatkan seseorang rasa rendah diri

Tapi jangan risau... Ada petua dan cara untuk hilangkan parut tu...

Tak susah... Guna bahan alami je... Mudah dapat kat sekitar rumah kita je..  Bahkan kat dapur pun ada...

15 Cara Hilangkan Parut Secara Semulajadi
15 Cara Hilangkan Parut Secara Semulajadi

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi

#1. Lemon

Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya.
Boleh juga amalkan minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari. Untuk detox dan rawat parut dari dalam.

#2. Kiub Ais

Ambil kiub ais dan oleskan pada parut.
Buat selalu untuk kesan yang lebih cepat.


#3. Madu

Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan.
Biarkan kering baru dibilas.


#4. Kentang

Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.

#5. Minyak Kelapa

Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang.


#6. Minyak Zaitun

Titis sedikit minyak zaitun pada jari dan sapu di parut. Lakukan setiap hari untuk kesan yang segera.


#7. Timun

Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.


#8. Tomato

Hiris tomato dan tekap pada parut.


#9. Soda Bikarbonat

Ambil lima sudu soda bikarbonat dan campur sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada parut dan lakukan tiga kali seminggu.

#10 Pisang 

Gosok kulit pisang lemak  manis atau kulit pisang kapas setiap hari.

#11 Ubat Gigi

Sapu ubat gigi pada parut setiap hari.

#12 Beras

Ambil sedikit beras, kunyit dan bawang putih, kemudian kisar sehingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Biarkan hingga kering dan gosok di kawasan parut seperti menggunakan skrub.

#13 Bedak Sejuk

Sapu bedak sejuk yang dicampurkan dengan cekur. Amalkan setiap hari sebelum masuk tidur.


#14 Asam Jawa

Ambil biji asam jawa dan goreng tanpa minyak selama 5 minit. Kemudian goreskan di permukaan kasar atau batu. Sapukan serbuknya yang dicampur dengan air dan gosok pada parut.

#15 Kunyit hidup

Sagat kunyit pada lesung batu, dan ambil kunyit yang disagat tadi, sapu pada parut. Amalkan selalu...

Antara semua petua diatas, sapu aleo vera dan kulit pisang tu MF pernah buat.

Nak kata berkesan tu, kena rajin la.. Tapi ini lebih bagus dari guna bahan kimia kan...

Selamat mencuba... dan semoga bermanfaat. 

Kempen #semaksebelumsebar Tanda Dunia Nak Kiamat Dah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kempen #semaksebelumsebar Tanda Dunia Nak Kiamat Dah| Benar kata Nabi Muhammad s.a.w... Di akhir zaman, fitnah begitu berleluasa hingga tak dapat beza berita palsu dan berita yang betul.

Fitnah yang paling dahsyat ialah fitnah atas nama Nabi Muhammad s.a.w.

Kita boleh buat amal jariah mudah.. Sedekah yang paling mudah iaitu sama-sama laksana kempen #semaksebelumsebar ni...

Niat kita nak share berita itu sudah baik... Tapi jika berita tu tak betul... Itu bukan lagi kebaikan... Bahkan kita digelar pembohong dan pendusta.

Share Berita Boleh Jadi Berdusta


عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Daripada Hafsh bin ‘Ashim, dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Cukup seseorang dikatakan dusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar.” (HR. Muslim no. 5). Status: Hadis Sahih


Kempen #semaksebelumsebar Tanda Dunia Nak Kiamat Dah

Pengajaran:

1. Dusta ialah memberitahu kepada orang ramai satu berita atau satu cerita yang tidak betul. Apabila dia membaca atau dia mendengar sesuatu maklumat, tanpa siasat dan tanpa bukti, dia terus menyampaikan kepada orang malah mungkin ada tambah menambah cerita, bagi menyedapkan cerita.

2. Setiap kita perlu berhati-hati sebelum kita menceritakan atau menyebar sesuatu maklumat yang diterima. Ambil sikap tawaqquf (diam hingga ada dalilnya) itu lebih baik dari berlumba-lumba menjadi orang pertama yang menyampaikan.

3. Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim ketika menjelaskan hadis ini menyatakan: Seseorang boleh dikatakan berdusta, apabila segera menceritakan khabar yang diperolehi, kerana berita yang didengar boleh jadi ditokok tambah.

4. Media sosial hari ini sering menyebarkan maklumat yang berbeza daripada yang asal. Contohnya petikan ucapan atau video mungkin juga dipotong dan disebarkan yang boleh menimbulkan kontrovesi sahaja. Lalu di olah dan diulas dengan gambaran yang berbeza daripada cerita asal atau keseluruhan ucapan. Oleh sebab itu apa yang didengar atau sesuatu yang ditulis boleh jadi benar, boleh jadi tidak. Jika seseorang menceritakan atau menyebarkan setiap apa yang ia dengar atau setiap apa yang di terima seperti menerusi whatsaap, telegram, FB dan sebagainya, maka ia telah berdusta kerana memberitakan sesuatu yang sebenarnya mungkin tidak terjadi atau tidak benar.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ 

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya (tabayyun), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan (al-Hujurat: 6)

5. Imam al-Syaukani berkata;“Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.”

6. Berhati-hatilah apabila menyebar atau share sesuatu maklumat. Latihlah diri agar tidak terus share info yang diterima. Moga kita tidak menjadi pendusta. Justru diam itu lebih baik daripada bercakap.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Jadi, jom sama-sama amalkan konsep tabayyun dan #semaksebelumsebar untuk elakkan fitnah terus berleluasa di sana sini pada akhir zaman ini... 

Julai 24, 2018

12 Sebab Lewat Datang Haid Yang Wajib Perempuan Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

12 Sebab Lewat Datang Haid Yang Wajib Perempuan Tahu! | Minggu lepas, berturut-turut MF ajar tajuk mandi wajib. Tajuk ni dah pernah diajar tapi biasalah, kena ulang semula sebagai ingatan dan ulangkaji. Sebabnya, kadang ada lagi yang tahu mandi wajib yang betul walaupun dah bersekolah menengah.

Mandi wajib ni penting... Silibus yang wajib diajar oleh guru di sekolah dan sepatutnya tanggungjawab yang wajib bagi ibu bapa untuk diajar kepada anak-anak di rumah.

Mandi wajib salah satu komponen pendidikan seks dalam pendidikan Islam sebabnya, lima daripada enam sebab mandi wajib tentang haid, nifas, wiladah, keluar mani dan jimak itu berkaitan dengan pendidikan seks.

Jadi, bila sebut bab mandi wajib, mestilah MF tekankan bab haid sebab pelajar perempuan di sekolah harian biasa ni, kalau suruh solat kat rumah, alasannya ialah datang haid... sedangkan tak semua darah yang keluar tu adalah darah haid.

Bila MF terangkan bab pusingan haid dan cara kita kitaran haid, terang tentang darah istihadhah barulah diorang faham.

12 Sebab Lewat Datang Haid Yang Wajib Perempuan Tahu!
Beriya conteng kat whiteboard ajar bab mandi wajib dan haid... 😃

Dan ada juga pelajar risau bila tak datang haid. Biasalah remaja kan... Jadi MF terangkan juga sebab kenapa diorang tak datang haid atau haid lewat daripada biasa.

Mungkin ada juga dalam kalangan wanita yang dah berkahwin pun risau tak datang haid... Kalau dah kahwin ni, lewat datang haid fikir pregnant je la kan... tapi mengandung tu salah satu je daripadanya, ada 11 sebab lain kenapa haid lambat.

12 Sebab Lewat Datang Haid Yang Wajib Perempuan Tahu!

Tekanan

Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

Masalah kesihatan

Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

Ubatan

Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan hormon prolaktin

Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, eloklah berjumpa dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu badan

Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah tiroid

Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Terlalu Gemuk

Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu kurus

Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap kira

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda adalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopos

Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Ubat Pencegah hamil

Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Hamil

Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

APA YANG ANDA PERLU BUAT SEKARANG?
Sekiranya anda hamil, buatlah temujanji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh membuat ulangan 2-3 hari kemudian dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimanapun, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

Kredit: https://klinikdrjuhaidah.com/

Jalan selamat ialah jumpa doktor... Tapi bagi anak dara, tengok balik faktor diatas... cuba kurangkan faktor tersebut..

Semoga bermanfaat. 

Doa Untuk Ayah dan Ibu Kita.... Jom Ameen kan Bersama...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

‘‘DO’A UNTUK AYAH DAN IBU KITA’’


Ya Allah...
 Rendahkanlah suara kami di depan mereka.
 Indahkanlah ucapan kami di mata mereka.
 Lunakkanlah watak kami terhadap mereka.
 Dan lembutkanlah hati kami untuk mereka.

 Ya Allah...
 Berilah mereka sebaik²nya balasan.
 Atas didikan yang telah mereka berikan kepada kami.

 Berilah mereka pahala yang besar.
 Atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami.

 Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil dengan penuh kasih sayang.

 Ya Allah...
 Apapun gangguan yang telah mereka rasakan ataupun kesusahan yang mereka derita karena kami, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatan kami, jadikanlah semua itu menjadi penyebab gugurnya dosa² mereka, penyebab meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala mereka dengan perkenan-Mu.

 Karena hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan yang berlipat.

 Ya Allah...
 Jika maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami, izinkan mereka memberi syafa'at untuk kami.

 Tapi jika maghfirah-Mu lebih dulu mencapai diri kami, izinkanlah kami memberi syafa'at untuk mereka.

 Sehingga kami semua bisa berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yg dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu, serta rahmat-Mu.

 Ya Allah...
 Sesungguhnya hanya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung.

 Serta anugerah yang tak berakhir.
 Hanya kepada-Mu lah kami meminta dan hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan.

 - Dan Engkaulah yg Maha Pengasih diantara semua yang pengasih.

Kredit : Telegram Channel

Julai 23, 2018

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks | Bank statement, satu dokumen yang penting sekarang ni. Nak buat claim dan pinjaman memang memerlukan bank statement atau penyata akaun bank.

Jika dulu, nak kena beratur kat kaunter bank, ambil nombor dan sebagainya untuk dapatkan penyata akaun bank, sekarang ni tak payah dah.

Bagi yang ada online banking, jangan nak pergi buang masa beratur kat bank untuk dapatkan penyata bank.

MF guna CIMB Bank untuk urusan online banking. Maybank pun ada juga... Tapi banyak CIMBClicks lah.

Untuk dapatkan penyata akaun bank dari CIMBClicks cukup mudah...

Jom ikut tutorial ni bagi siapa yang belum tahu nak dapatkan macam mana...

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks

1. Masuk ke akaun bank CIMBClicks korang dengan ID dan Password korang la ye... 

2. Masuk ke dashboard depan tu... Klik My Account

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


2. Klik pada SA PASSBOOK untuk lihat detail transaksi akaun bank kita.

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


3. Pada Transaction History, kat hujung tu ada tarikhnya... Korang klik pada simbol calender tu. (Rujuk Gambar)

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


4. Kemudian pilih la korang nak tengok penyata dari bulan berapa.. Maksimum ialah 3 bulan... jadi, klik je Last 90 days

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


5. Kemudian, sebelahnya ada simbol download. Klik simbol tu dan pilih format apa yang korang nak muat turun... Macam MF, pilih format Excel je senang.... 


Terus klik Excel (.xls) dan nanti dia akan terus download dan save dalam komputer/laptop kita.
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks

6. Inilah rupa bank statement atau penyata bank kita. Sama je kalau kita pergi bank, macam ni juga rupanya..

Boleh la print dan dapatkan pengesahan untuk buat claim perjalanan atau mohon pinjaman bank.

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


Senang je kan, tak payah susah-susah nak pergi bank. 

Selain untuk pinjaman , penyata ni penting untuk lihat duit keluar masuk . Mana tau, tetiba duit hilang dari akaun tanpa sedar kan... kalau banyak kita perasan la.. kalau 2 3 ringgit tak sedar... Bila ada penyata macam ni baru kita tau... 

Semoga bermanfaat.

ADAB TEGUR MENEGUR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ADAB TEGUR MENEGUR


Teringat saya pada satu kisah.

Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.

Keesokan hari, seorang 'ustaz' datang menziarahinya. "Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.

Apa yang si 'ustaz' tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah. Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya.

Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya.

Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si 'ustaz' pulang ke rumah dengan perasaan 'tenang' kerana sudah menjalankan 'tanggungjawabnya untuk berdakwah' dan 'menyampaikan'.

Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat.

Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.

"Syukurlah kamu sudah insaf," kata si 'ustaz' kepada si kaya.

"Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku," kata si kaya sambil tersenyum.

"Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk 'berdakwah'," jawab si 'ustaz'.

Malam itu, rumah si 'ustaz' terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.

Si 'ustaz' merintih. "Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?"

Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.

"Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu," kata si kaya. "Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu."

"Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?" kata si 'ustaz', jengkel.

"Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung," kata si kaya.

Si 'ustaz' terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.

Pada masa yang sama, seorang 'alim' yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.

Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si 'alim' berkata, "Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Si 'ustaz' yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.

Si 'ustaz'

menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si 'ustaz' perlu meminta-minta.

"Ya Allah, aku mohon ampun... Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan 'menghukum'nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga."

Sumber : Google image 

ADAB TEGUR MENEGUR

Kawan-kawan.

Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.

Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.

Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.

Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan 'memberikan' ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.

Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan 'mengejutkan' hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.

Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.

Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung.

Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan 'itu balasan untuk kamu', sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?

Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.

Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.

Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.

Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.

Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.

'Dakwah' itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.

Oleh :Hamba Allah

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit : Facebook Ustaz Iqbal Zain via Telegram Channel 

Julai 22, 2018

Ketagih Minum Teh Kurma Merah dan Longan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ketagih Minum Teh Kurma Merah dan Longan | MF tak ingat berapa lam dah tak minum teh.. Memang tak boleh minum teh sejak kahwin... Maknanya 8 tahun MF tak minum teh.

Teh hijau ada juga minum sekali sekala, tapi biasalah, teh hijau takde rasa sangat macam teh biasa.

Entah macam mana, bila ada rakan kongsi pasal milk booster dengan air kurma dan longan jenama Super, membuak-buak rasa nak cuba.

Minta suami carikan kat kedai berdekatan.. Alhamdulillah... ada jual... RM10.00 setiap pek besar ada 20 sachet dalamnya.

Terus mencuba dengan rasa terujanya...

milk booster
Ketagih Minum Teh Kurma Merah dan Longan

Ketagih Minum Teh Kurma Merah dan Longan

Pertama kali hirup... WOW sangat... sedap... rasa teh... rasa macam... waaahhhh.. nikmat sangat dapat minum teh semula.

Niat minum tu sebenarnya untuk jadikan milk booster tapi, rasa macam ketagih pula.

Sekali, suami pula cuba minum...

WOW... dia pun dah jatuh cinta dengan teh red date with Longan ni... memang sedap...

milk booster
Ketagih Minum Teh Kurma Merah dan Longan

1 mug penuh, letak air lebih sikit memang tak kan rasa gula... bahkan rasa longan dan sedikit kelat...

Sedap diminum sejuk dan panas, tapi MF suka minum suam-suam...

Sejak tu, memang wajib dah... sehari 3 sachet... hehe...

Maklumlah, lama tak minum teh..

Baru ni, suami pergi ke kedai nak beli lagi dah takde stok...

Apa lagi, Shopee kan ada... haha.. melampau ketagih... terus online tu.. hehe...

Milk Booster dan Tambah Tenaga

Teh ni membantu menambah tenaga... kurangkan rasa lesu dan ini mungkin penyebab susu boleh jadi banyak...

Lagipun, teh ni manis kalau kita bancuh kat cawan, jadi mesti ;lebih airnya... dan itulah jadi punca susu jadi banyak juga.. sebab kadang kita tak lalu nak telan air kosong sekali banyak.. bila ada warna dan rasa sikit walaupun tak manis kita boleh nak telan kan...

Jadi, MF suka sebab senang nak disediakan...

Boleh bawa ke mana sahaja... Kalau secara tradisional, kena rebus dan sebagainya... Memang lebih bagus, tapi bagi MF teh yang siap sedia begini pun dah ok... sebab bahannya hanya red date (kurma merah), longan dan gula... memang kandungan gula tu macam paras-paras juga kan.. Tapi boleh kawal dengan lebihkan minum air supaya gula tu dapat dinaturalkan melalui urine.

milk booster
Ketagih Minum Teh Kurma Merah dan Longan

Bagi yang belum mencuba boleh cuba... terutama ibu menyusukan anak...

Dan bagi MF yang memang dah lama tak minum teh, rasa betul nikmat dunia... hehe.. macam Allah kembalikan nikmat tu je.. Alhamdulillah... 

Kenapa Kita Bangun Tidur Lagi?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Mohon sentap...

Setiap kali bangun tidur jangan suka sangat...
Tapi wajib kita sedih...

Itu tanda dosa kita banyak lagi... 

Julai 21, 2018

Zaman Bodohkan Diri Sendiri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Zaman Bodohkan Diri Sendiri | Jika dulu, orang bodoh malu dia bodoh... Bahkan marah kalau orang panggil dengan panggilan "bodoh".

Tapi zaman sekarang, bodoh tu takde makna dah... biasa saja.

Kalau tengok budak sekolah zaman sekarang, memang panggil kawan dia bodoh... dan si kawan tu tak marah sedikit pun... Bahkan rela dipanggil dengan panggilan sebegitu.

Inilah bukti ringkas, dunia sekarang ni teruk sangat dah...

Anak remaja kita dah terlalu sakit dah...

Sanggup bodohkan diri sendiri untuk popular...

Macam-macam perangai pelik ada zaman sekarangnya...

Dengan tittok nya, dengan menari yang pelik-pelik... huhu...Nauzubillah... minta dijauhkan.

Sebenarnya, dalam Islam sendiri pun melarang perbuatan sebegini... Kerana ianya satu aib... Aib diri sendiri...

Wajib pelihara aib sendiri...

Jangan sengaja bodohkan diri... Takde untung pun... huu...

Popular kat dunia, tapi azab kat Akhirat...

Zaman Bodohkan Diri Sendiri
Kredit: Instagram #artortoise

Zaman Bodohkan Diri Sendiri

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: كُلُّ أُمَّتِي مُعَافَاةً إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْإِجْهَارِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ فِي اللَّيْلِ عَمَلًا، ثُمَّ يُصْبِحَ، وَقَدْ سَتَرَهُ رَبُّهُ، فَيَقُولُ: يَا فُلَانُ قَدْ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا، وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ، وَيَبِيتُ فِي سِتْرِ رَبِّهِ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Setiap ummatku diampuni kecuali mujahir (orang yang membuka aib sendri), dan termasuk perbuatan membuka aib, seperti seorang hamba yang melakukan sebuah perbuatan pada malam hari kemudian keesokan harinya ia berkata, ‘Wahai, fulan ! Tadi malam aku telah melakukan ini dan itu,’ padahal malam harinya Allah menutupkan perbuatannya, akan tetapi keesokan harinya dia membuka penutup yang Allah telah berikan”. [HR. Muslim]

Ketika ini ramai orang suka membuka aib diri sendiri di media sosial. Jika kita tergelincir maka bertaubatlah itu lebih baik. Membuka aib sendiri ini akan mendapat celaan manusia malah yang lebih takut lagi ialah murka Allah.

Mengapa perlu kita bercerita aib kita kepada orang? Membuka aib kita kepada orang akan merosakkan kita. Kita akan dimalukan, kita akan di hina dengan pelbagai celaan dan yang yang paling parah lagi kita akan semakin menjauhkan diri kita kepada agama seolah-olah diri kita ini teruk dan tidak layak lagi hidup dan dengan itu kita akan berfikiran yang bukan-bukan dan kita akan membuat yang bukan-bukan itu seperti membunuh diri.

Dan kepada yang mendengarnya pula, berhati-hatilah ketika memberi komen. Kerana ditakuti apa yang kita katakan akan berbalik kepada kita pula. Ingatlah setiap apa yang kita perkatakan dan tulis akan menjadi saksi kita di akhirat nanti. Wallahualam.

Kredit: Page Jalan-Jalan Cari Ilmu

Moga Allah pelihara zuriat keturunan kita dari sifat tercela sebegini... RIsau memikirkan masa depan anak-anak nanti... Moga Allah lindung dan pelihara anak-anak kita semua. 

Buat yang dah terlanjur buat perkara yang memperbodohkan diri sendiri tu, bertaubatlah... 

Takde faedah pun buat video ke, gambar ke dengan gimik sebegitu tambah pula dengan imej bertudung yang melambangkan agama Islam. Sedangkan Islam itu datang dengan penuh sopan, akhlak mulia dan cantik budinya... Jangan cemarkan agama dan diri sendiri sebab nak popular di mata manusia... 


Sekian... 

Ada Sebab Allah Jauhkan Mereka Dari Kita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Biar je... Orang nak block ke, nak unfriend ke, nak asingkan diri kan dari kita... Adalah sebabnya tu....

Asalkan kita tak buat apa yang buat orang sakit hati, tak membawang orang... Jaga silaturahim yang sepatutnya... Kalau orang nak jauhkan diri juga tu, biar je lah... Adalah sebab Allah takdirkan begitu...

Tak semua orang boleh sesuai dengan kita... 

Julai 20, 2018

Jangan Lupa Kemaskini Perakuan Pendapatan PTPTN Sebelum 25 Julai 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan Lupa Kemaskini Perakuan Pendapatan PTPTN Sebelum 25 Julai 2018 | Bagi peminjam PTPTN yang masih ada baki pinjaman, jangan lupa ya...

Due date sebelum 25 Julai 2018.

Walaupun berita gembira dapat tangguh bayaran balik PTPTN, tapi jangan lupa buat kemas kini ni. Kalau tidak PTPTN tetap kejar siapa yang tak buat kemaskini ni.

Cara Kemaskini Perakuan Pendapatan PTPTN

Cara Kemaskini Perakuan Pendapatan PTPTN
Cara Kemaskini Perakuan Pendapatan PTPTN

Cara Kemaskini Perakuan Pendapatan PTPTN Untuk Tangguh Bayaran Balik Pinjaman

Bagi peminjam PTPTN yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki pinjaman, dikehendaki mengemaskini akuan pendapatan sebelum 25 Julai 2018.

Caranya dengan melayari laman web:

Cara Kemaskini Perakuan Pendapatan PTPTN

Boleh juga hubungi:
PTPTN Hotline 0321933000 (Isnin - Ahad | 8am -10pm)
Atau inbox di fb cawangan negeri PTPTN seluruh negara:


MF pula, rasa lega sangat dah selesai bayar keseluruhan pinjaman PTPTN.

Tahun kedua kerja, MF settle kan.. terus, buat pinjaman peribadi keseluruhan, dan selesaikan semua hutang yang ada... hutang kereta, hutang motor, hutang runcit-runcit masa memula kahwin dulu dan sekarang ni, hutang bank siap tolak gaji je... jadi, tak payah fikir dah... itu cara MF... senang... tak payah nak fikir dah bab PTPTN lagi...

Teringat pegawai PTPTN tu terkejut MF bawa duit cash ribu-ribu bayar PTPTN... hehe... tapi lepas selesai tu, fuhh.. lega sungguh...

Jadi, yang pinjam PTPTN tu bayar sebab ianya pinjaman... wajib bayar walaupun tak dituntut... Pusing keliling dunia boleh ka... tak kan hutang PTPTN liat nak bayar kot kan... 

RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TIDAK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TIDAK 

love your parent
Sumber: Google images

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumputnya.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka._

Yang mereka perlukan, antaranya ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak._

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main-main, perhiasan indah atau harta dunia.

"... yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."

Ingatlah... hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan dari anak kita._

Wallahu a'lam...

Senafas Ke Barzakh 
Oleh Ustaz-Ahmad-Dusuki Abd Rani via telegram channel

Julai 19, 2018

Semua Pelajar Berkasut Hitam Tahun Depan - Dr Mazlee Malik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semua Pelajar Berkasut Hitam Tahun Depan - Dr Mazlee Malik | Berita yang menggembirakan kaum ibu... Tahun depan insha Allah akan dilaksanakan keseragaman semua pelajar Berkasut Hitam mulai tahun 2019.

Semua Pelajar Berkasut Hitam Tahun Depan - Dr Mazlee Malik
Sumber: Astro Awani
Full video : Tonton SINI

Fuhh.. Pasti mak-mak happy dengar berita nih... Mau tak nya.. Stress hujung minggu tenyeh kasut sekolah.

Harap buat baju warna gelap plak lepas ni.. Biru ke, hijau ke... Tak kisah asalkan  bukan putih. .

Tadi pun penat nak cari pencuci nak bagi putih... Segala petua orang share kat Facebook try buat tak berkesan pun.

Nak cari sabun cap kapak macam mak guna dulu, takde dah jual. Kalau ada pun kualiti dah tak sama macam dulu.

Jadi, harapan supaya baju sekolah ditukar kepada yang berwarna pun ok juga kan... Hehe...