Kempen Semak Sebelum Sebar Tanda Dunia Nak Kiamat Dah

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kempen #semaksebelumsebar Tanda Dunia Nak Kiamat Dah| Benar kata Nabi Muhammad s.a.w... Di akhir zaman, fitnah begitu berleluasa hingga tak dapat beza berita palsu dan berita yang betul.

Fitnah yang paling dahsyat ialah fitnah atas nama Nabi Muhammad s.a.w.

Kita boleh buat amal jariah mudah.. Sedekah yang paling mudah iaitu sama-sama laksana kempen #semaksebelumsebar ni...

Niat kita nak share berita itu sudah baik... Tapi jika berita tu tak betul... Itu bukan lagi kebaikan... Bahkan kita digelar pembohong dan pendusta.

Share Berita Boleh Jadi Berdusta


عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Daripada Hafsh bin ‘Ashim, dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Cukup seseorang dikatakan dusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar.” (HR. Muslim no. 5). Status: Hadis Sahih

Kempen #semaksebelumsebar Tanda Dunia Nak Kiamat Dah

Kempen #semaksebelumsebar Tanda Dunia Nak Kiamat Dah

Pengajaran:

1. Dusta ialah memberitahu kepada orang ramai satu berita atau satu cerita yang tidak betul. Apabila dia membaca atau dia mendengar sesuatu maklumat, tanpa siasat dan tanpa bukti, dia terus menyampaikan kepada orang malah mungkin ada tambah menambah cerita, bagi menyedapkan cerita.

2. Setiap kita perlu berhati-hati sebelum kita menceritakan atau menyebar sesuatu maklumat yang diterima. Ambil sikap tawaqquf (diam hingga ada dalilnya) itu lebih baik dari berlumba-lumba menjadi orang pertama yang menyampaikan.

3. Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim ketika menjelaskan hadis ini menyatakan: Seseorang boleh dikatakan berdusta, apabila segera menceritakan khabar yang diperolehi, kerana berita yang didengar boleh jadi ditokok tambah.

4. Media sosial hari ini sering menyebarkan maklumat yang berbeza daripada yang asal. Contohnya petikan ucapan atau video mungkin juga dipotong dan disebarkan yang boleh menimbulkan kontrovesi sahaja. Lalu di olah dan diulas dengan gambaran yang berbeza daripada cerita asal atau keseluruhan ucapan. Oleh sebab itu apa yang didengar atau sesuatu yang ditulis boleh jadi benar, boleh jadi tidak. Jika seseorang menceritakan atau menyebarkan setiap apa yang ia dengar atau setiap apa yang di terima seperti menerusi whatsaap, telegram, FB dan sebagainya, maka ia telah berdusta kerana memberitakan sesuatu yang sebenarnya mungkin tidak terjadi atau tidak benar.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ 

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya (tabayyun), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan (al-Hujurat: 6)

5. Imam al-Syaukani berkata;“Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.”

6. Berhati-hatilah apabila menyebar atau share sesuatu maklumat. Latihlah diri agar tidak terus share info yang diterima. Moga kita tidak menjadi pendusta. Justru diam itu lebih baik daripada bercakap.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Jadi, jom sama-sama amalkan konsep tabayyun dan #semaksebelumsebar untuk elakkan fitnah terus berleluasa di sana sini pada akhir zaman ini... 

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. betul tu.. setuju sangat. kena semak dulu sebelum share apa2 berita..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !