9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan | Pernah tak masak sambal atau nasi goreng ke, bihun goreng ke tapi terlajak pedas pula.

Memang payah kalau dalam keluarga tak sama selera kan. Suami makan pedas, isteri tak pedas sangat. jadi, kena balance kan rasa pedas tu.

Sebenarnya ada cara nak kurangkan rasa pedas dalam masakan.

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan
Sumber: google images

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan

1. Gula atau Madu

Rasa pedas dapat dikurangkan dengan seimbangkan semula rasa masakan. Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.


2. Lemon, Cuka, Asam Jawa, Air Limau Nipis

Perasa lain juga boleh digunakan untuk membetulkan rasa seperti perasa masam dari cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon. Hati-hati dan masukkan sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih sehingga merosakkan rasa lauk. Bahan berasid ni juga boleh mengelakkan masakkan kita cepat basi.


3. Kentang

Masukkan sebiji dua kentang dalam masakan dan masak bersama sehingga kentang empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa pada makanan yang disediakan. Kalau masakan terlebih masin pun boleh buat cara ni juga.

4. Santan atau Susu

Boleh juga gunakan santan atau bahan tenusu seperti susu sejat, susu pekat atau susu krim. Selain mengurangkan rasa pedas, santan juga boleh membuatkan lauk terasa lebih lemak dan pekat.

5. Bawang Besar

Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih pedas. Agak-agak jumlah bawang yang sesuai bergantung kepada masakan anda.

Bawang besar mampu kurangkan rasa pedas dalam sambal.Rasa sambal jadi manis dan wangi. MF selalu buat camni kalau masak sambal.

6. Tomato

Pengunaan tomato sangat berguna untuk mengurangkan rasa pedas pada masakan yang menggunakan banyak cili padi seperti sambal belacan dan sambal goreng berlada. Boleh ganti beberapa batang cili pada kepada 2 ke 3 biji tomato untuk mengekalkan rasa pedas yang terkawal.

Kalau masak sambal, blend kan tomato dengan cili dan tumis macam biasa. Kalau masak lauk-pauk, belahkan kepada 4-6 bahagian. Kalau dah tak ada sangat, boleh juga gunakan sos tomato atau tomato puree. Rasa tomato yang masam-masam akan seimbangkan rasa pedas yang terlalu pedas.

7. Mentega Kacang atau Kacang Tanah

Cara nak gunakan mentega kacang, panaskan dahulu atau campur sikit dengan air panas, kacau hingga cair dan lembut supaya mudah sebati dalam masakan.  Kalau tak ada mentega kacang, boleh tukarkan dengan kacang tanah yang digoreng atau dibakar sebagai alternatif.

8. Lebihkan Sayur

Jika masakan yang terlebih pedas mengandungi sayuran seperti tomyam, lebihkan lagi sedikit sayuran di dalamnya seperti lobak merah, brokoli, atau kobis. Ni, untuk masakan seperti tom yam ok la kan.

Boleh juga letakkan buah-buahan segar seperti nanas sebagai pengimbang rasa. Kalau asam pedas, boleh juga tambah nenas. Sedap!

9. Pilih Cili Yang Tidak Pedas

Kalau tak tahan pedas, jangan pilih cili kering yang berbentuk lurus dan berkilat. Jenis ini biasanya banyak biji dan memang pedas. Cili kering mungkin nampak saja sama, tetapi ada rasa berbeza.


Jadi, jangan risau kalau terlebih pedas, ada caranya... paling mudah, letak air dan tambah gula... 

Semoga bermanfaat.

Berlangganan update artikel terbaru via email:

3 Responses to "9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan"

  1. tips yang sangat-sangat membantu. terima kasih :)


    htpps://aerillhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  2. betul, tak semua cili kering sama pedasnya. Ada jenis yang tak pedas sangat. Ada jenis yang pedas sampai pijor tangan

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel