19 Jun 2017

5 Resepi Sambal Yang Kaki Pedas Wajib Cuba!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Resepi Sambal Yang Kaki Pedas Wajib Cuba! | Siapa kaki makan pedas?? Sila angkat kaki.. hehe... 

Sambal ni memang tak boleh lepas bagi kaki makan pedas... Orang selatan kebanyakan memang suka makan pedas.. 

MF nak kongsikan 5 resepi sambal yang popular di Malaysia dan tahan lama yang wajib kaki makan pedas cuba buat.... 

1. Sambal Belacan...

Sambal belacan
Sumber: Google Images

Resepi Sambal Belacan


Bahan-bahan:
- 6 biji cili merah 
- 8 biji cili padi 
- Jus dari 2 buah limau 
- 1 kiub belacan bakar 
- Garam 
- 1 biji limau, dipotong dua 

Cara-cara: 
1. Blend cili merah dan cili padi. 
2. Tambah jus limau, belacan, dan garam. 
3. Blend sehingga sebati. 
4. Hidang sambal dengan sehiris limau.

MF buat sambal belacan tak letak belacan sebab resdung... Jadi, cabai tumbuk aje... Sedap juga la Jika cukup garam asalnya...

2. Sambal Hijau

Resepi sambal hijau padang
Sumber: Google images

Resepi Sambal Hijau 

Resepi ini pula khas untuk penggemar masakan Padang:

Bahan-bahan: 
- 1 biji tomato 
- 8 biji cili hijau 
- 1 sudu besar bawang putih (dicincang) 
- 1 biji bawang merah (dicincang) 
- Garam 
- Minyak masak 

Cara-cara:
1. Rebus tomato dan cili hijau. 
2. Blend kasar tomato dan cili hijau. 
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
4. Masukkan cili hijau dan tomato. 
5. Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.

3. Sambal Taun atau Sambal Lanun Johor

Resepi sambal lanun Johor

Resepi Sambal Lanun Johor

Bahan-bahan: 

Cili padi hijau (ada yang guna cili kering)
Ikan bilis
Bawang putih
Minyak
Cukup rasa (jika perlu)


Ada 2 cara nak masak sambal taun ni..

Cara yang pertama:


  1. Goreng ikan bilis smpai garing
  2. Tumbuk cili padi hijau hingga lumat
  3. Dah lumat, masukkan bawang putih dan tumbuk sekali, dan masukkan sekali dengan cukup rasa, kalau rasa nak tmbah la..
  4. Pastu tumbuk pula ikan bilis hingga agak lumat, jangan lumat sangat, nanti tak sedap sebab halus sangat tak sedap..
  5. Lepas dah tumbuk-tumbuk semua, goreng dalam minyak yang sedikit hingga naik bau dan sedikit kering…

Cara kedua:


  1. Goreng cili, ikan bilis dan bawang putih
  2. Lepas goreng, tumbuk semua hingga lumat..

Antara cara pertama dan kedua, MF suka lagi cara pertama, sebab lebih sedap dan smbal tu betul-betul masak dan kurangkan risiko nak sakit perut dan memang pedas sambal ni.. Makan dengan nasi panas memang menyelerakan.

4. Sambal Kicap

Cara buat sambal kicap sedap
Ini sambal kicap MF buat makan dengan sup kaki ayam

Cara buat Sambal Kicap Johor

Bahan-bahan:

11 biji cili padi
2 ulas bawang putih
Kicap
Garam dan gula

Cara membuatnya:
  1. Tumbuk cili padi hingga hancur,kemudian masukkan bawang dan tumbuk lagi sampai lumat.
  2. Masukkan kicap dan gaul sebati...
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula...dan kacau rata..
  4. Siap!!! dan boleh dimakan bersama sup kaki ayam.


5. Sambal Hitam

Resepi sambal hitam
Sumber: Google images

Resepi Sambal Hitam Pahang


Bahan-bahan

10 biji belimbing buloh.
1/2 cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yang siap dibersihkan serta dibelah.
6 biji bawang merah ditumbuk
5 sudu besar kicap
1 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa


Cara buat sambal hitam Pahang
  1. Belimbing buluh, cuci belimbing hingga bersih, masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil. 
  2. Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.
  3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. 
  4. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus  dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
  6. Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. 
  7. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak. 
  8. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.


Itulah 5 Resepi Sambal yang patut dicuba bagi yang suka makan pedas... MF suka pedas... Tapi takdelah pedas sangat.. masa berpantang, seminggu je bertahan lepas tu cuba makan yang pedas juga.. jika tak de selera makan.. 

Sumber: internet dan pengalaman penulis sendiri... 
Sumber gambar: Google images

5 ulasan:

  1. ok, semua sedap.. kena try ni.. kita bookmark resepi ni ye :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

    BalasPadam
  2. sambal lanun tu akak panggil sambal totok heheheh...

    BalasPadam
  3. sy panggil sambal taun..hihii

    BalasPadam
  4. Sedapnya sambal belacan tapi tue la saya memang seorang yg takleh makan pedas.. Sebab kalu makan pedas, jawabnya akan berkampung di dalam toilet..

    BalasPadam
  5. Perghhhh, ni kalau dapat dengan nasi panas-panas pun bertambah makan nih! Allah, puasa puasa...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^