05/2018 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

Mei 31, 2018

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap | Lama tak makan keli... Bila ada member offer ikan keli terus terbayang kan ikan keli goreng berlada.. Sebab tu resepi feveret MF...

Ikan Keli ni memang MF suka... Tapi tak suka nak siang dan nak buat...

Tapi memang resepi berasaskan ikan keli memang MF suka. .

Ikan Keli Goreng Berlada senang sangat nak buat... Cuma leceh tang ikan tu je.. Nak siang semua  kan.. Tapi kalau nak makan takde masalah..

Meh kita tengok macam mana mudahnya nak masak ika  keli goreng berlada...

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap


Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap 


  • Ikan keli sederhana besar.
  • bawang putih-ditumbuk.
  • bawang besar-ditumbuk.
  • cili merah-ditumbuk.
  • cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
  • Sedikit air asam jawa.
  • Gula.
  • Garam.
  • Minyak masak.
  • Serbuk Kunyit.


MF tak letak sukatan sebab sukatan tu ikut lah berapa banyak korang nak masak... Kalau ikannya sikit, bahan lain pun sikit... Kalau ikan banyak bahan pun banyak guna.. Jadi, fleksibel.

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

Cara memasak ikan keli goreng berlada

1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dan toskan minyaknya.

2. Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.

4. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.

5. Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.

6. Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

Boleh kalau nak tambah hiasan dengan potong bawang Holland bulat-bulat... Dan masukkan akhir sekali sebelum matikan api tu... Menambah rasa sedap manis dan deko yang cantik semasa menghias hidangan.

Tips Membersihkan Ikan Keli

Tips ni MF dapat dari kawan dan sebenarnya MF sendiri tak mampu nak buat sendiri sebab geli.. Hihi...

Apa pun.. MF kongsi kan disini untuk pengetahuan bersama... Atau mungkin satu hari MF nak belajar masak sendiri ikan keli... Boleh godek kat blog sendiri...

Biasanya kalau beli ikan keli kat pasar kita boleh minta disiang siap... Kalau tak nak kepala pun dia boleh tolong potongkan... Kita balik terus bersihkan aje...

Kalau kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut. Ni pun mak MF sendiri ajar juga...

Lepas basuh darah semua tu, lumurkan ikan keli dengan limau nipis atau asam keping untuk hilang lendir. Kalau kat kampung, mak MF guna daun jambu batu. untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.

Perap kejap dengan bahan tu lebih kurang 15 minit camtu... Kemudian bilaslah dengan air bersih.

Tips Elak Ikan Keli Meletup Ketika Menggoreng 

Tips nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan atau kelar banyak kat badan ikan tu.. Sebab dengan cara tu air dari ikan tu cepat la kering... Jadi kurang lah meletup masa menggoreng... .

Mudah je nak masak... Tapi nak siang ikan keli tu yang mencabar...

MF beli ikan keli siap goreng je.. Pastu balik  buat kuah lada tu.. Hehe...

Nak masak tu takde hal.. Nak siang tu yang leceh... Hihi.. Kot nanti dah buat tak lalu nak makan pula..


Kredit gambar: Lauk berbuka hari ini... Hihi... 

8 Tip Sihat Tanpa Maksiat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



8 Tip Sihat Tanpa Maksiat | Mengapa orang yang meninggalkan maksiat akan hidup lebih sihat? Salah satu sebab utamanya ialah jin dan syaitan akan "lari" menjauhi mereka.

Syaitan dan jin yang jahat akan akrab dengan pelaku maksiat dan itulah yang menjadi salah satu sebab mereka ditimpa pelbagai penyakit. Gangguan musuh Allah ini terhadapa manusia adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Maksud Maksiat

Maksiat adalah melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah, dan pelakunya akan mendapat dosa, dan membuka pintu keburukan seterusnya.

8 Tip Sihat Tanpa Maksiat
8 Tip Sihat Tanpa Maksiat

8 Tip Sihat Tanpa Maksiat.


⚫️ Ikhlas Bertaubat.

Keikhlasan dalam melakukan taubat akan menghasilkan diterimanya taubat tersebut oleh Allah. Maka bersihlah diri orang yang bertaubat itu daripada dosa dan hilanglah rasa cintanya terhadap maksiat.

⚫️ Menjaga Solat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
(Surah al-Ankabut 45)

⚫️ Berpuasa.

Berpuasa mampu merehatkan sistem penghadaman dalam badan kita. Kerana itu, tempoh rehat ketika kita melakukan ibadah puasa boleh menghindarkan kita daripada penyakit. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "berpuasalah, nescaya kamu sihat" (HR al-thabarani)

⚫️ Sibuk Dengan Perkara Yang Bermanfaat.

Waktu yang Allah berikan kepada kita apabila diisi dengan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat, maka tiadalah ruang bagi aktiviti untuk bermaksiat.

⚫️ Menjauhi Punca Punca Melakukan Maksiat.

Sekat segala punca kearah maksiat. Tahan diri dan mohonlah pertolongan Allah agar diberikan kekuatan untuk melawan godaan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa mengajak kearah maksiat.

⚫️ Menundukkan Pandangan.

Menundukkan pandangan mata daripada memandang yang haram sangat dituntut di dalam islam. Ia adalah faktor penting dalam meraih ketenangan jiwa dan ia juga mampu untuk menundukkan syahwat.

⚫️ Bergaul Dengan Orang Baik

Pergaulan dengan orang yang baik dan soleh akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Disibukkan dengan majlis majlis ilmu dan perbincangan perihal agama adalah kebiasaan bagi orang baik dan soleh. Maka ini akan membantu menutupi ruang ruang kemaksiatan yang boleh berlaku.

⚫️ Banyak Berdoa.

Selalulah berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada maksiat. Manusia tidak akan mampu untuk mengawal dirinya sendiri ketika melawan godaan hawa nafsu dan syaitan. Kerana itulah pentingnya berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT.

Sumber  : Bicara Iman Untuk Tenang - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi via Telegram Channel

Mei 30, 2018

Resepi Ayam Buttermilk Simple

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ayam Buttermilk Simple | Dada ayam, part yang orang jarang nak makan sebab banyak isi. Kena cari resepi yang bersesuaian supaya tak muak dimakan.


Dada ayam ni, sesuai dengan resepi yang tidak berkuah... Kering, pedas sesuai lah kan...


Jadi, tercetus idea nak masak ayam buttermilk untuk juadah berbuka puasa.

MF buat kering tak berkuah...kalau nak berkuah, lebihkan bahan utama iaitu milk(susu).

Mudah sangat buat ayam buttermilk ni... Bahan pun ringkas...

Resepi Ayam Buttermilk Simple

Resepi Ayam Buttermilk Simple
Resepi Ayam Buttermilk Simple

Bahan-Bahan:

2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
3 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
3 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Tips: Nak mudah, guna je tepung serbaguna macam tepung bestari ... lagi cepat...

Cara Penyediaan:

1.Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
2.Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
3.Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air.
4.Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
5.Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Resepi Ayam Buttermilk Simple
Resepi Ayam Buttermilk Simple

Cara-cara masak ayam buttermilk:

1.Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2.Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3.Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Siap, angkat dan sedia dihidangkan.

Kalau nak pedas, tambahkan cili...
Mudahkan...

Selamat mencuba.

Hukum Berkumur dengan Listerine Ketika Berpuasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Berkumur dengan Listerine Ketika Berpuasa


Lama tak buat entry pendek ringkas... So, hari ni MF buat entry bergambar je... 

Sempena wordless Wednesdays katanya... Hehe.. 


Ok.. Back to topik .. 

Apa hukum Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine Ketika berpuasa.. 

Ok.. Ini jawapannya..  Dari Mufti Wilayah... 


Jelaskan... 

Semoga bermanfaat.... 

Mei 29, 2018

Kat Mana Tempat Yang Paling Lama Tempoh Berpuasa?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kita puasa lebih kurang 12 jam.. Tu pun perut berjoget macam nak rak dah...

Setiap negara ada tempoh puasa yang berlainan...

Ada yang tempohnya kejap.. Ada yang paling lama...

Kita tengok negara mana paling lama kena puasa..



Kalau tengok carta ni di Iceland tempat paling lama tempoh berpuasa iaitu selama 21 jam.. Hampir 1 Hari... 


Fuhh.. Macam mana tu... 

Tapi kat sana ada ulama dah bahaskan... Ada tempoh yang dibolehkan Mereka berbuka..  

Jenuh la kan kalau nak tunggu 21 jam.. Confirm kurus dok sana... Hehe..

Sekian, selamat berpuasa..



P/s: cuti wesak ni takde mood sangat nak up entry... Hihi... Sementara tunggu nak memasak jap lagi... Publish la 1 entry untuk hari ni... 

Mei 28, 2018

11 Manfaat Puasa Bagi Ibu Hamil

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 Manfaat Puasa Bagi Ibu Hamil | Isu puasa dengan ibu mengandung tak pernah habis.

Bagi yang pertama kali mengandung memang risaukan anak dalam kandungan. Takut tak cukup zat, takut tak membesar lah.. Macam-macam takut ada.

Tambah pula bila ada yang ambil ringan dengan keringanan yang Allah bagi. Hinggakan tak puasa terus.

Betul ke puasa ni memudaratkan kepada ibu hamil?

Sebenarnya tidak!

Puasa ada kebaikan dan manfaatnya kepada ibu hamil.

Sebab tu berbuka puasa kepada ibu hamil harus sahaja hukumnya.

Kalau memudaratkan mesti Allah dah kecualikan dari berpuasa.. Tapi Allah tak kecualikan... Cuma beri kemudahan dan kelonggaran je kepada ibu hamil.

Apa manfaat puasa kepada ibu hamil?

Ini jawapannya.

11 Manfaat Puasa Bagi Ibu Hamil
11 Manfaat Puasa Bagi Ibu Hamil

11 Manfaat Puasa Bagi Ibu Hamil


1. Membantu pembakaran lemak tubuh

Puasa mampu membantu untuk pembakaran lemak yang tidak berguna di dalam badan. Sebab beberapa kesan ketara dari lemak berlebihan yang ada di dalam tubuh ibu hamil boleh menyebabkan keadaan bahaya obesiti bagi ibu hamil.

2. Menyeimbangkan zat kimia dalam darah

Ternyata puasa juga berguna sebagai penstabilan tubuh. Maksudnya berguna untuk membuat keseimbangan zat kimia yang ada di dalam badan. Kesannya ibu hamil tidak akan mengalami gangguan kehamilan, seperti terlebih atau kekurangan suatu zat apapun. Semuanya jadi seimbang.

3. Terhindar dari morning sickness

Morning sickness ringan seperti mual-mual di waktu pagi dapat diatasi dengan berpuasa... Sebab takde bau makanan yang boleh menyebabkan kita mual.

4. Mencegah sembelit

Gangguan pencernaan memang menjadi masalah utama ibu hamil. Salah satunya adalah sembelit. Tapi dengan puasa menjadi tips dan triks mencegah sembelit pada ibu hamil.

5. Mengawal kadar gula darah

Gula darah di dalam tubuh harus di kawal supaya tetap stabil. Tapi kebanyakan dari kita mengambil gula dalam jumlah banyak. Untuk itu dengan berpuasa menjadi trik untuk menstabilkan gula darah.

6. Mencegah kolesterol tinggi

Ibu hamil sangat di nasihatkan agar jangan sampai dapat kadar kolesterol tinggi. Untuk itu dengan puasa agar tingkat kolesterolnya tetap rendah dan stabil pada tahap normal.

7. Mencegah jantung tersumbat

Penderita jantung tersumbat biasanya mereka yang memiliki berat badan lebih. Puasa mampu menekan kelebihan makanan pada wanita hamil. Untuk itulah, puasa juga menjadi perisai untuk mencegah jantung tersumbat pada wanita hamil.

8. Mencegah kencing manis

Kencing manis merupakan penyakit yang di sebabkan kerana buah pinggang tidak dapat menapis bahan yang masih boleh di gunakan oleh badan. Salah satunya adalah zat gula. Kegagalan buah pinggang melakukan tugasnya juga dipengaruhi kerana buah pinggang bekerja terlalu berat. Ketika melakukan puasa mampu meringankan ginjal untuk melakukan tugasnya.

9. Melancarkan metabolisme tubuh

Menurut pendapat Dr. dr. H. Imam Rasjidi, Sp. OG (K) Onk menyatakan bahawa makan makanan sihat untuk ibu hamil setelah solat terawih memiliki manfaat lebih. Salah satunya adalah membantu mempelancar sistem metabolisme badan ketika mencerna makanan.

10. Membantu detoksifikasi

Puasa juga berguna untuk membantu pembuangan racun atau detoksifikasi pada tubuh. Selama badan kita tidak di masuki makanan, ketika itulah badan berusaha membuang zat-zat yang merupakan larangan ibu hamil yang tidak berguna dalam badan.

11. Mencegah obesiti

Pengambilan makanan yang di kawal dari luar, akan berguna sebagai pencegah obesiti. Sebab ibu hamil memiliki kebiasaan ngidam makanan yang pelik-pelik. Dan bila pelik tu memang ada je lah.. Tapi bila puasa, dapat kawal sikit keinginan tu... Dan ini membantu mencegah obesiti ketika hamil.

Terjemahan dari : hamil.co.id

Jadi, puasa itu barakah dan banyak hikmahnya. Alhamdulillah... Setakat ni takde lah dengar orang mati sebab puasa... Mati tak makan atau terlebih makan adalah...

Puasa itu dari Allah dan untuk Allah.. Insha Allah, ibadah yang Allah perintahkan untuk kebaikan kita juga... Allah lebih mengetahui kan..

Semoga bermanfaat...

P/s: dengan mengandung je la chance untuk puasa penuh sebulan.. Hihihi

Perbezaan Puasa Orang Bukan Islam dengan Puasa Orang Islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perbezaan Puasa Orang Bukan Islam dengan Puasa Orang Islam | Bila sebut puasa, semua orang tahu, termasuk orang yang bukan beragama Islam.

Jika zaman Rasulullah s.a.w, ahli kitab juga berpuasa. Kalau zaman kita sekarang orang bukan Islam juga berpuasa.

Cuma ada satu perkara yang kita digalakkan buat ketika puasa untuk membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang bukan Islam.

Perbezaan Puasa Orang Bukan Islam dengan Puasa Orang Islam
Add captionPerbezaan Puasa Orang Bukan Islam dengan Puasa 

Perbezaan Puasa Orang Bukan Islam dengan Puasa Orang Islam

Yang membezakan puasa umat islam dengan umat yang lain di antaranya adalah adanya perintah makan sahur sebelum terbit fajar. Di dalam hadis riwayat Amr bin Ash, Rasulullah saw bersabda:-

عن عمرو بن العاص رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السَّحَر) رواه مسلم

“Perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah pada makan sahur…” (HR Imam Muslim)

Kelebihan Sahur

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إن الله وملائكته يصلّون على المتسحّرين) رواه ابن حبّان.

Daripada Abdullah bin Umar radiallahu anhuma berkata: Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat ke atas mereka yang bersahur.
(HR Ibnu Hibban)

Oleh itu bangunlah sahur walaupun dengan segelas air kerana ada keberkatannya.

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (تسحّروا ولو بجرعة من ماء) رواه ابن حبّان.

Daripada Abdullah bin Umar Radiallahu anhuma berkata: Sabda Rasulullah saw: Bersahurlah, walaupun dengan segelas air.
(HR Ibnu Hibban)

Sabdanya lagi:

عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - قال: قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((تسحروا؛ فإن في السحور بركة))؛ متفق عليه.

Daripada Anas bin Malik Radiallahu anhu berkata: Sabda Rasulullah saw: Bersahurlah,  maka dengan bersahur itu ada keberkatannya.
(Muttafaqun Alaih)

Selain itu, puasa yang dilakukan kaum muslimin pada bulan Ramadhan berlangsung selama sebulan penuh, berbeza dengan ahli kitab yang melaksanakan puasa di luar bulan Ramadhan. Dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda,

“…Sungguh, telah datang bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah memerintahkan kepada kalian untuk berpuasa di dalamnya…” (HR Ahmad dan Nasa’i)

Kredit: Ustaz Ahmad Fariz Haji Jalaludin via Telegram Channel Tazkirah & Ilmu ii.

Jadi, bangunlah sahur... Jangan sahur terlalu awal... Awal sangat juga tak dapat pahala kerana sunnahnya sahur dilewatkan waktunya... Asalkan tak terbabas sampai azan subuh... 😊

Mei 27, 2018

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap | Semalam puas mikir menu sampingan disamping menu utama nasi.

Setakat ni tak pernah tinggal nasi...

Perut Melayu katakan..

Dalam dok mikir, flashback balik menu berbuka puasa masa dok kat kampung.

MF dari utara, kalau berbuka puasa tak sah menu penuh satu meja.. Hehe.. Meriah..

Jadi, bila flashback tu teringat menu cucur Udang dengan kuah kacang. Kalau kuah kacang belah utara nun, beli kedai pastu balik bancuh dengan air suam ja..

Tapi kat Johor mana nak cari kan..

Jadi, meng'google' lah kita cari resepi... Kalau boleh yang mudah dan senang nak buat.

Banyak resepi kat Google yang kebanyakan hampir sama...

Jadi, lepas tengok resepi kita pun masuk dapur try la..

Selepas mencuba, wow! Memang ternyata menjadi rasa kuah kacang tu... Puas hati dan gumbira rasanya... Hahahaha... 😂

Mudah sangat nak buat cucur Udang dengan kuah kacang utara style ni..

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Bahan-bahan untuk buah cucur udang


  • 3 cawan tepung gandum;
  • 1 1/2 cawan udang basah, MF guna udang besar tapi dipotong dua. Kalau udang kecil tak perlu nak potong dah.. Tapi nak buh seekor terus pun boleh. 
  • Satu sudu kecil soda bikarbonat
  • Satu sudu kecil baking powder 
  • Satu sudu kecil serbuk kunyit
  • Daun kucai (nak sedap lagi tambah tauge dan bawang... Tapi sebab anak nak makan tak tambah la bahan ni.. Kang habis dia dok asingkan je) 
  • Air suam
  • Garam
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap
Add captionCucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah

Cara membuatnya:


  1. Masukkan je semua bahan dan gaul sebati... 
  2. Pastikan adunan tu tak cair sangat dan tak pekat sangat. 
  3. Nak goreng, ceduk guna senduk yang dalam dan tuang dalam minyak yang betul-betul panas. 
  4. Dah garing luar, angkat dan toskan minyak. 
  5. Nak makan nanti potong dan cicah dengan kuah kacang. 

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Resepi kuah kacang cucur Udang utara style

Bahan-bahannya 


  • 2 cawan kacang tanah
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar 
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya 
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Cara membuatnya 


  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing dan kisar kasar. Jangan halus sangat. 
  2. Goreng pula cili kering dan bawang besar yang di mayang halus dengan sedikit minyak hingga garing. Kemudian kisar halus
  3. Masukkan bahan kisar, gula, air asam jawa, garam dalam periuk. Kemudian tambahkan air secukupnya dan masak hingga mendidih. 
  4. Dah dapat kepekatan yang dikehendaki tutup api. 
  5. Siap dihidangkan bersama cucur Udang. 


Memang menjadi rasanya kuah cucur Udang ni. Sama macam yang jual kat belah utara nun. Kalau tau senang nak buat kuah tu, dah lama den buat...

Lepas ni tak payah tunggu posa la... Boleh buat untuk makan dan minum petang.

Try la siapa nak try... Kot ada yang tengah fikir nak makan apa kan petang ni...

Selamat mencuba... 

Jangan Tinggal 10 Perkara Ini Dalam Bulan Ramadhan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan Tinggal 10 Perkara Ini Dalam Bulan Ramadhan | Bulan Ramadhan, bulan yang istimewa untuk kita. Dari Allah untuk kita... Bulan ni segalanya istimewa yang takde pada bulan lain.

Jadi, sebaiknya amalan bulan ni lebih istimewa dari bulan lain.

Apa amalan yang istimewa  kita tak boleh tinggal sepanjang bulan Ramadhan?

Jangan Tinggal 10 Perkara Ini Dalam Bulan Ramadhan 

Jangan Tinggal 10 Perkara Ini Dalam Bulan Ramadhan
Jangan Tinggal 10 Perkara Ini Dalam Bulan Ramadhan 

1. Niat. 

Berniatlah untuk berpuasa kerana Allah mengharap keredhaanNya. Bukan tunjuk-tunjuk kat orang. Niat setiap malam Ramadhan kerana ia memperbaharui tujuan sebenar kita berpuasa. Lillah. Baca lafaz niat ke tidak..yang penting kita niat.

2. Sahur. 

Jangan lupa bersahur sebab ia penuh berkat. Lewatkan di akhir malam sebelum Fajar Subuh. Jangan makan kalau dah azan subuh. Mula-mula bangun ingat Allah dulu pastu selawat atas Nabi kemudian baru fikir nak makan apa.

3. Baca Quran. 

Berazamlah khatam Quran 30 juz Ramadhan kali ini. Sekali pun takpe. Baca molek usah laju-laju. Lepas subuh baca Quran jangan baca fesbuk.

4. Solat 5 waktu. 

Berjemaahlah. Surau masjid banyak. Kat rumah dan ofis pun boleh. Time wuduk jangan minum air.

5. Terawih. 

Jangan tinggal sekali pun. Kalau terlepas di masjid boleh solat kat rumah. Ajak anak-anak. 8 ke 20 ke 200 ke tak kisahlah yang penting buat. Usah gaduh-gaduh nanti muka cepat kedut.

6. Cari Ilmu. 

Tambahkan ilmu agama setiap hari. Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jangan ngaji kitab Wahabi/Syiah. Khatamkan 1 kitab pun ok. Dengar tazkirah tu catat. Kita ni melayu mudah lupa.

7. Berbuka. 

Banyakkan doa tika berbuka puasa. Pastikan maghrib dah masuk baru makan. Makan tamar dulu. Kalau takde air dulu. Makan ala kadar pelan-pelan makanan tu tak lari tak habis sebab ramai orang buang jek.

8. Bagi orang makan. 

Orang susah..Fakir miskin..Anak yatim.. anak sendiri Jangan lupa bagi makan yang halal. Biar sedikit asalkan berkat.

9. Ziarah. 

Eratkan silaturrahim. Calling kenalan-kenalan lama Jangan lupa kaum kerabat. Mak Ayah nombor 1 takde mereka takdelah kita. Kubur Jangan lupa. Ziarah ia ingatkan mati.

10. Sabar. 

Laksana semua ibadah dengan sabar dan tabah. Ingat kita tak hidup lama. Mati bila-bila. Jaga mulut. Kalau dihina katakan “Saya Berpuasa”. Jangan balas. Sila Sabar...

Kredit: Bahagian Dakwah JAKIM

Memang sentap ayat dia… menusuk ke qalbu… huhu…

Jom kita sama-sama jom… jadikan Ramadhan kita lebih baik… insha Allah…

Mei 26, 2018

3 Golongan Yang Wajib Bayar Zakat Fitrah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Golongan Yang Wajib Bayar Zakat Fitrah | Satu kewajipan bila bulan Ramadhan orang akan bayar zakat.

Zakat fitrah adalah ringan sebab setahun sekali bayar... Dan jumlahnya pun tak banyak.

3 Golongan Yang Wajib Bayar Zakat Fitrah 


Hukum bayar zakat fitrah wajib... Ini berdasarkan dalil dari hadis Nabi s.a.w :

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ

Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Eidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Eidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. (HR Abu Daud no: 1609)

Tujuan bayar zakat fitrah


1.  Zakat fitrah menjadi pembersih (penampal kekurangan-kekurangan puasa seseorang sepanjang Ramadhan)  yang disebabkan oleh perbuatannya yang mungkin sia-sia atau perkataannya yang mungkin kotor. Dengan membayar zakat fitrah, amalan seseorang di sepanjang bulan Ramadhan kembali bersih seperti salji putih.

2.  Zakat fitrah untuk memastikan orang yang miskin mendapat makanan yang secukupnya agar dengan itu mereka dapat meraikan Eidil Fitri dalam suasana kecukupan bersama keseluruhan umat Islam. Islam tidak ingin melihat di hari 1 Syawal ada orang yang meminta-minta padahal di kalangan umat Islam ada yang meraikannya dalam suasana kecukupan.

3.  Zakat fitrah perlu dibayar bermula dari 1 Ramadhan sehingga sebelum solat Sunat Eidil Fitri pada 1 Syawal.

3 Golongan Yang Wajib Bayar Zakat Fitrah

3 Golongan yang wajib membayar zakat fitrah:


a.  Islam. Orang bukan Islam tak perlu bayar zakat fitrah...

b.  Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan iaitu ia sempat bertemu dengan juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal.

c.  Orang yang mampu, mempunyai lebihan harta pada malam hari raya dan juga siangnya setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya (termasuklah binatang peliharaannya) merangkumi makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang. Walaupun nilai lebihan hanya bernilai cukup untuk zakatnya seperti RM 8.00 Jika tidak mempunyai lebihan harta, tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah.

Kadar bayaran zakat fitrah 2018 


Kadar bayaran Zakat fitrah 2018
Kadar bayaran zakat fitrah 2018


JANGAN lupa bayar ZAKAT FITRAH...moga ia menjadi penampal kekurangan puasa kita.


Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban... | Dalam kita buat amal kebaikan, ada kalanya itulah yang terbaik...

Tapi sebenarnya, bila kita tahu ganjarannya kita pasti akan menyesal. Seperti yang berlaku pada Sya'ban.
Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...
Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...

Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...

"Kenapa tidak jauh lagi?.. Kenapa tidak yang baru?.. Kenapa tidak semua?" tanya Sya'ban seorang sahabat Nabi sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Isteri Sya'ban yang kehairanan dengan reaksi suaminya, menanyakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW yang  datang berziarah ke rumahnya pagi itu.

Lalu Rasulullah SAW menjawab ;

"Sya'ban mengatakan 'kenapa tidak jauh lagi?' adalah kerana dia telah melihat ganjaran nikmat yang Allah telah sediakan untuknya kerana perjalanan kira kira 3 jam ulang alik setiap hari dari rumah beliau ke masjid untuk solat berjemaah. Sya'ban menyesal kerana sekiranya jarak rumah beliau ke masjid lebih jauh, maka sudah pastilah ganjaran daripada Allah lebih besar lagi."

"Sya'ban mengatakan 'kenapa tidak yang baru?' adalah kerana dia telah diperlihatkan oleh Allah akan ganjaran nikmat yang akan diperolehinya hasil daripada dia menyedekahkan baju kepada seorang fakir. Pada ketika itu bersamanya ada sehelai baju baru dan baju lama tetapi dia menyedekahkan bajunya yang lama. Sya'ban menyesal kerana sekiranya beliau menyedekahkan bajunya yang baru sudah pastilah ganjaran daripada Allah adalah lebih besar lagi".

"Adapun Sya'ban mengatakan 'kenapa tidak semua?' adalah kerana Allah telah memperlihatkan ganjaran nikmat yang bakal diperolehinya hasil daripada dia memberi separuh roti kepunyaannya kepada seorang fakir miskin. Sya'ban menyesal kerana jika dia memberi ke semua roti yang ada ditangannya pada masa itu, sudah pasti dia akan mendapat ganjaran yang lebih besar lagi daripada Allah".

Ya, begitulah kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Sya'ban. Walaupun mungkin versi penyampaian kisah ini sedikit berbeza dari kisah yang pernah kalian baca atau dengar, tetapi mesej yang hendak disampaikan amat jelas sekali.

Kita tidak mengatakan Sya'ban gagal dalam pengabdian dirinya kepada Allah, tetapi apa yang perlu kita fahami adalah orang sehebat Sya'ban dalam melakukan ibadah pun masih lagi merasa menyesal, bagaimana pula kita yang masih jauh terkebelakang ini ya? Apakah kita telah merasa cukup dengan amal ibadah yang kita lakukan selama ini? Ini yang perlu kita muhasabah bersama sama.

Sebenarnya kisah Sya'ban ini mengajar kita untuk melakukan ibadah kepada Allah dengan bersungguh sungguh dan sentiasalah mencari cari peluang untuk melakukan ibadah sebanyak dan sebaik mungkin kepada Allah.

Kita ambil contoh yang mudah untuk kita fahami. Secara optimumnya bagi seorang "kaki masjid", dia hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk mengikuti sepenuhnya program yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau yang selalu didatanginya. Jika ada kuliah yang dijalankan, jangan dilepaskan peluang untuk menghadirinya. Ada segelintir "kaki masjid" lebih memilih duduk bersembang diluar masjid bersama jemaah yang lain sambil menunggu solat isyak berbanding duduk didalam majlis ilmu. Alangkah ruginya!

Jika kita kaitkan keadaan mereka dengan kisah Sya'ban, apakah mereka tidak akan menyesal sekiranya Allah memperlihatkan akan nikmat nikmatNya kepada mereka lalu ditunjukkan pula nikmat yang lebih besar sekiranya mereka mendatangi majlis majlis ilmu? Mungkin akan terkeluar dari mulut mereka "kenapa aku tidak menghadiri majlis ilmu?".

Bagi orang orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan menyesal di akhirat sana kerana peluang hidup di dunia tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk ibadah. Mereka menyesal kerana adanya nikmat syurga yang lebih hebat lagi sedangkan amalan yang diusahakan oleh mereka tidak cukup bagi melayakkan diri mereka untuk memperolehinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
"Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". [50:22] Wallahu'alam.

Kredit: #AkhiAdifGorment via telegram channel

Mei 25, 2018

Kebaikan Sahur Dengan Kurma Kering

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kebaikan Sahur Dengan Kurma Kering | Buah kurma, antara satu yang wajib MF ambil ketika sahur. Tak sempat makan, tapi sahur tu wajib makan kurma paling kurang sebiji, paling banyak 3 biji.

Dalam banyak-banyak kurma, kurma ajwa jadi pilihan.

Tapi baru ni beli kurma ajwa, ntah kenapa kurma nya tak seperti selalu... Kering dan keras... susah nak makan...

Tapi rupanya kurma kering lah yang terbaik dimakan ketika sahur.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

Kebaikan Sahur Dengan Kurma Kering


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/290, no. 1998. Shahih Ibnu Hibban, 8/253, no. 3475) Status: Hadis Sahih

Kebaikan Sahur Dengan Kurma Kering

Sumber: google images

Pengajaran Hadis

1.  Bersahur adalah sunnah Rasulullah

2.  Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering

3.  Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa.

4.  Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fructosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.

5.  Selain glukosa, kurma juga mengandung sejumlah lemak, protein, dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12. Kurma mengandung beberapa mineral, terutama kalsium, sulfat, sodium, fosfor, potassium, magnesium, florin, kuningan, manganese, cobalt, zinc, serta sejumlah selulosa

Ayuh jangan tinggalkan kurma kering ketika sahur.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Jenis buah kurma

Buah kurma ada 3 jenis iaitu:  Tamar, Rutob dan Balah.

Tamar ialah kurma kering, sama ada yang dibiarkan kering di tangkai atau kering selepas dijemur.

Rutob pula ialah kurma basah atau segar yang biasa kita makan dan apabila dimakan ia lembik sahaja.

Balah ialah kurma muda.

Ketika berbuka, elok makan Rutob, hikmahnya berbuka puasa dengan memakan tamar atau makanan yang manis ialah mencerahkan semula penglihatan kerana mata atau penglihatan menjadi lemah dengan sebab berpuasa.

Dan sahur dengan buah kurma kering... Hikmahnya seperti penjelasan di atas... untuk memberi lebih tenaga dan tak mudah letih untuk bertahan hingga waktu berbuka. 

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan
Giveaway ini akan berlangsung dari 11.59 malam 17 Mei 2018 sehingga 11.59 malam 11 Jun 2018

Jom join ramai-ramai... mana tau ada rezeki.. 

Klik Banner untuk Join

Mei 24, 2018

[Info Grafik] 11 Tips Berbuka Puasa Yang Sihat Dari KKM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Paling utama ada kurma
Makan sikit
Ulang makan lepas solat
Kurangkan makanan berminyak
Kurangkan kafein
Banyak kan minum air

Moga istiqamah amal ni juga selepas puasa...

Jaga semua ni confirm memang boleh menang ratu kebaya.. Hehe

11 Kaunter Pusat Pungutan Zakat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenali 11 Kaunter Pusat Pungutan Zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Orang KL dan Selangor.. Mudah dah.. Tambah pula ada kaunter pungutan zakat bergerak. Takde alasan tak bayar zakat kan...


11 Kaunter Pusat Pungutan Zakat

Ini dia 11 Kaunter Pusat Pungutan Zakat

1)Shamelin
2)Plaza Rah,Kg. Baru
3)Masjid Negara
4)Wangsa Maju,Seksyen 5
5)Putrajaya Presint 9
6)Putrajaya Presint Diplomatik
7)Masjid At-Taqwa,Tmn. Tun Dr. Ismail
8)Masjid Abdul Rahman B. Auf,Jln. Puchong
9)Masjid Imam Al-Ghazali,Kepong
10)UTC – Pudu Sentral
11)Labuan Times Square,Labuan

Jemputlah singgah untuk mendapatkan segala khidmat berkenaan zakat.

WAKTU OPERASI BULAN RAMADAN

Isnin – Ahad
⏰8.15 am – 4.30 pm
Jumaat
⏰8.15am – 12.30pm | 2.30pm – 04.30pm

⏰Hari Terakhir Ramadan 8.15 am – 1.00 pm

Dibuka 7 hari seminggu
Pada Bulan RAMADAN & DISEMBER
_______________________
Berzakat secara online di:
🌐www.zakat.com.my

Talian zakat:
☎1300885757

Tak tau berapa nak kena bayar.. Tak payah risau.. Segalanya terus boleh tanya kat kaunter zakat tu... Mudah kan...

Kalau dulu, kita kena cari amil... Sekarang amil ada di mana-mana sahaja... Memudahkan urusan kita...

Kalau tak sempat boleh bayar online sahaja. .

Nak dengan tak nak aje...

"SELAMAT BERZAKAT"

Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular | Kewajiban puasa sesungguhnya tidak hanya diwajibkan kepada manusia saja. Beberapa jenis makhluk hidup melakukan puasa sebelum mendapatkan kualiti dan biologi hidupnya. Contohnya puasa induk ayam yang mengeram sehingga berubah telur menjadi makhluk baru yang berbeza bentuk yang disebut anak ayam.

Di antara puasa haiwan yang dapat kita ambil pelajaran agar puasa kita mencapai darjat taqwa, ialah puasa ULAR dan puasa ULAT.

Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular
Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular

Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular

A. PUASA ULAR 🐍

Agar ular mampu menjaga kelangsungan hidup, salah satu yang mesti dilakukan adalah menggantikan kulitnya secara berkala.

Ular tidak dapat menanggalkan kulit lama serta merta. Ia mesti BERPUASA tanpa makan dalam tempoh waktu tertentu. Setelah PUASANYA TUNAI, kulit luar terlepas dan muncullah kulit baru.

Hikmahnya:
1. WAJAH ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
2. NAMA ular sebelum dan sesudah puasa tetap sama yakni ULAR.
3. MAKANAN ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
4. CARA BERGERAK sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
5. TABIAT dan SIFAT sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.

B. PUASA ULAT 🐛

Ulat atau lebih tepat "ulat bulu" adalah termasuk serangga paling rakus kerana hampir sepanjang waktu hidupnya dihabiskan untuk makan. Tapi bila sudah bosan makan, ia lakukan perubahan dengan cara berpuasa. Puasa yang benar-benar dipersiapkan untuk mengubah kehidupannya. Untuk itu ia mengasingkan diri, badannya dibungkus rapat dan tertutup dalam kepompong sehingga tak dapat lagi melampiaskan hawa nafsu makannya.

Setelah berminggu-minggu puasa, maka keluarlah dari kepompong seekor makhluk baru yang sangat indah bernama RAMA-RAMA.

Hikmahnya:
1. WAJAH ulat sesudah puasa berubah INDAH MEMPESONA
2. NAMA ulat sesudah puasa berubah menjadi RAMA-RAMA.
3. MAKANAN ulat sesudah puasa berubah MENGHISAP MADU
4. CARA BERGERAK ketika masih jadi ulat menjalar, setelah puasa berubah TERBANG di udara.
5. TABIAT dan SIFAT berubah secara total. Ketika masih jadi ulat menjadi perosak alam pemakan daun. Selepas menjadi kupu-kupu menghidupkan dan membantu kelangsungan kehidupan tumbuhan dengan cara membantu PENDEBUNGAAN.
__________________

Beza dari susut Kiasan makna

'ULAR' - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa di bulan Ramadhan, sikap dan amalannya SAMA sahaja buat keburukan dan kekejian dan tiada perubahan ke arah kebaikan maka tiada beza ia dengan sifat seperti Ular semua keadaan sama sahaja seperti seolah-olah tiada apa manfaat melainkan penat menahan lapar dan dahaga sahaja.

ULAT - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa Ramadhan ia menjurus ke arah semakin baik dan cantik amalannya maka ia seperti Ulat yang Sebelum dan Selepasnya berubah ke arah yang lebih baik dan semakin cantik keadaannya.
_______________

Ibrah pengajarannya

Semoga ibadah puasa kita mampu menghijrahkan diri kita agar semakin taqwa dan mampu "khairunnas anfa'uhum linnas" (sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberikan manfaat bagi manusia lainnya). Puasa kita tidak mengubah fizikal secara ketara seperti ulat, tetapi mampu mengubah secara ketara pada Rohani kita. Semoga puasa kita diterima Allah SWT... Aamiin Allahumma Aamiinnn

Sumber: Facebook Ustaz Iqbal Zain

Mei 23, 2018

Ikan Kerisi Masak Kari Kering

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ikan Kerisi Masak Kari Kering | Idea dan resepi dari en.somi... Turn dia masak Ramadhan ke-5...

Giliran memasak secara giliran... kalau waktu cuti memang MF masaklah... Tapi hari kerja, kadang MF kadang suami yang masak.

Sepeti biasa, simple je menu kami...

Ramadhan ke-5 suami masak Ikan Kerisi Masak Kari Kering.

Biasa orang goreng kari... tapi yang ni lain sikit...

Rasanya memang lain, tapi sedap... Nak masak pun sekejap dan simple sangat.

Ikan Kerisi Masak Kari Kering

Ikan Kerisi Masak Kari Kering


Bahan-bahan:

Ikan kerisi
Bawang besar - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
3 biji cili padi - tumbuk
1 tangkai daun kari
Serbuk kari Baba's
1/2 cawan air
Gula dan garam sebagai perasa

Ikan Kerisi Masak Kari Kering

Cara memasak:

Goreng ikan kerisi hingga garing, ketepikan

Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Masukkan daun kari dan serbuk kari.
Masukkan air dan kacau rata hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan garam dan gula
Kemudian masukkan ikan kerisi tadi, dan kacau rata...
Angkat dan hidangkan...

Simple kan.. Tak perlu masa yang lama pun... 

Ikan kerisi memang sesuai masakkan kering macam ni, sebab isinya jenis lembut manis. Kalau buat kari berkuah, isinya mudah hancur. 

Sekian, selamat mencuba.

8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan! | Isu aurat, ramai lagi yang buat remeh temeh...

Ada juga yang kaitkan dengan orang lain...

"Alah.. tu isteri dia tu tak pakai pun."

"Ala.. aku tak pakai tudung pun, bukannya aku orang jahat."

"Aku tak tutup aurat je, tapi solat puasa semua aku buat."

Ini sebahagian jawapan yang kita terima bila disuruh tutup aurat.

Paling dahsyat, orang yang tak tutup aurat bila disuruh tutup aurat dia akan kata:
"kubur asing-asing kot."

Huh!... Susah juga nak sekolahlah orang pasal aurat ni... tambah-tambah kalau dah jadi isteri orang, mak orang, bapak orang kan...

Tapi, jangan jemu seru, dakwah... supaya menutup aurat...

Seruan menutup aurat ni bukan kita yang suruh, tapi Allah... Rasul yang suruh... dan ulamak yang menjelaskan.

Buktinya??? Ada tercatat dalam al-Quran dan hadis...

Ini 8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!
8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

#1. Surah al-Ahzab : Ayat 59

“Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Surah Al-Ahzab (33):59].

#2. Sabda Rasulullah, Hadis Riwayat Abu Dawud

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

#3. Surah an-Nur : ayat 31

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]

#4. Sabda Rasulullah s.a.w , Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

#5. Sabda Rasulullah s.a.w , Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” [Hadis riwayat Muslim dan Bukhari]

#6 Perintah memakai seluar di bahagian dalam kain ketika menaiki kenderaan.

“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya).” [Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245]

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

#7 Surah al-A'raf : ayat 26

 “Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” (Al-A’raf : 26)

#8 Surah an-Nur : ayat 31

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (An-Nur; 31).

jadi, atas alasan apa lagi tak nak pakai pakaian yang menutup aurat tu?

Nak tarik perhatian lelaki untuk apa?

Lelaki yang mudah tergoda dan tertarik dengan rupa paras wanita yang tidak menutup aurat itu bukanlah lelaki yang baik. Lelaki yang baik dia akan pelihara pandangannya dari melihat yang haram baginya.

Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (QS. An-Nur [24] : 30).

Jadikan bulan ramadhan ini, bulan untuk berubah kepada yang lebih baik.

Kalau bukan ramadhan kali ni, bila lagi?

AMALKAN SBSL DI BULAN RAMADAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


AMALKAN SBSL DI BULAN RAMADAN

amalan bulan Ramadhan
Google images

Pada bulan Ramadan ini, saya cadangkan kepada rakan-rakan FB sekalian supaya sentiasa mengamalkan SBSL. Semoga Ramadan yang kita lalui lebih bermanfaat kepada kita.

Apa itu SBSL?.  

S ialah sedikit,
B pula ialah banyak,
S berikutnya ialah segera dan
L pula ialah lambat.

Apa maksud sedikit, banyak, segera dan lambat. Berikut ini huraiannya,

SEDIKIT

Sepanjang bulan Ramadan kita hendaklah membiasakan sedikit  pada dua perkara iaitu :

1. Sedikit tidur.

Ia boleh dicapai dengan tidur lewat pada setiap malam dan bangun awal pada keesokan harinya. Waktu tidur yang dikurangkan dapat digunakan untuk beramal ibadat.

2. Sedikit makan. 

Semasa berbuka puasa, makan sedikit sahaja. Jangan terlalu banyak makan kerana yang demikian menyebabkan terlalu kenyang. Kebiasaannya kenyang yang melampau menyebabkan keletihan dan mengantuk. Akhirnya ia mengganggu qiyam Ramadan iaitu ibadat malam seperti solat Tarawih dan tadarus al-Quran.

BANYAK

Sepanjang bulan Ramadan hendaklah kita membanyakkan dua perkara iaitu :

1. Berjaga malam. 

Ia akan terhasil apabila kita berjaya mengurangkan tidur. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk membolehkan kita rancak mengamalkan qiyam Ramadan. Maka kita dapat bertadarus al-Quran hingga larut malam, bertahajud pada setiap malam kerana bangun awal dan sebagainya.

2. Beramal ibadat. 

Kita hendaklah merebut peluang kedatangan Ramadan untuk membanyakkan amal ibadat terutamanya ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, sedekah, iktikaf, baca al-Quran, zikir, berdoa, qiamullail dan sebagainya. Ganjarannya sungguh lumayan kerana setiap amalan sunat pada bulan Ramadan diberi ganjaran seperti melakukan amalan wajib.

SEGERA

Pada bulan Ramadan kita hendaklah menyegerakan dua perkara iaitu :

1. Berbuka puasa. 

Sunat hukumnya berbuka puasa dengan segera apabila masuk waktunya. Melewatkannya adalah makruh.

2. Segera ke masjid dan surau pada setiap malam. 

Kalau boleh bersegeralah ke masjid atau surau sebelum masuk waktu Isyak. Berusahalah menjadi makmum muwafik, bukannya makmum masbuk. Dengan cara demikian, kita tidak terlepas satu rakaat pun semua jenis solat yang dilakukan oleh imam dan semua makmum lain yang hadir awal.

LAMBAT

Pada bulan Ramadan kita hendaklah melambatkan dua perkara iaitu :

1. Lambat bersahur. 

Hukum melewatkan bersahur adalah sunat. Tujuannya untuk melebihkan kekuatan berpuasa keesokan hari dan tidak sambung tidur selepas bersahur kerana waktu Subuh sudah hampir.

2. Beribadat secara lambat. 

Maksudnya semasa beribadat seperti solat Tarawih dan membaca al-Quran, kita hendaklah melakukannya secara cermat dan tersusun supaya ibadat kita berkualiti, sah dan diterima Allah. Jangan beribadat secara kalut, tergesa-gesa, gopoh dan ingin habis awal kerana yang demikian memungkinkan ibadat kita sia-sia, tidak sah dan tidak berpahala kerana tidak diterima Allah.

(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar) via FB Bahagian Dakwah JAKIM

Mei 22, 2018

7 Menu Sahur Yang Simple Tapi Mengenyangkan dan Berkhasiat

7 Menu Sahur Yang Simple Tapi Mengenyangkan dan Berkhasiat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Menu Sahur Yang Simple Tapi Mengenyangkan dan Berkhasiat | Topik hari kat tempat kerja, ialah terlambat bangun sahur... Haha...

Boleh pula kami ramai-ramai pakat lambat bangun sahur. Ada kawan MF tak terbangun langsung... Jaga-jaga dah pukul 6 lebih... hehe...

Bila kes terlambat macam ni, jenuh la kan... Mesti fikir menu yang simple, cepat tapi mengenyangkan.

Jadi, ada 7 menu sahur yang simple tapi mengenyangkan... sesuai dengan perut Melayu juga... hehe...

7 Menu Sahur Yang Simple Tapi Mengenyangkan dan Berkhasiat



#1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang


peanut banana


Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang pula, seperti yang diketahui ramai, merupakan sumber tenaga. Malah pengambilan pisang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.



#2. Roti bakar gandum (whole wheat)  + tomato + telur goreng 'mata'

roti telur

Gabungan biasa untuk sandwic ringkas, namun ianya kaya khasiat. Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi.

#3. Paket 'Smoothie'

smoothie packet

Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu 'protein smoothie' yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang. Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi.

#4. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum

telur

Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta cendawan atau tomato dan balutkan dengan roti tortilla untuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan. Contoh resipi di sini

#5. Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju

cheddar

Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien tinggi, seperti kale. Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.

#6. Oatmeal bakar

baked oat

Tak gemar oatmeal tradisional? Bolehlah cuba oatmeal dengan cara ini. Lebih sedap dan khasiatnya juga tak banyak yang berubah. Setelah dibakar, boleh disimpan di dalam peti ais dan hanya panaskan sahaja apabila hendak makan.

Tapi oat memang makanan yang lebih mengenyangkan dari nasi sebenarnya.


#7. Paket oatmeal

packet oatmeal

Jika anda mahukan oatmeal dengan rasa dan rupa yang lebih menarik, mungkin ini sesuai untuk anda. Kisarkan oatmeal bersama buah-buahan yang digemari seperti epal, beri biru atau strawberi. Ia boleh disimpan selama kira-kira seminggu di dalam peti ais dan tentunya menjimatkan masa.

Kredit: Astro Awani


MF kalau terlambat, memang telan kurma la dulu.. Kurma dan air suam... Pastu tawakal dan doa je la moga mampu puasa sampai habis... insha Allah... 

10 Jenis Buah Yang Baik Untuk Di Ambil Ketika Puasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Jenis Buah Yang Baik Untuk Di Ambil Ketika Puasa | Bila puasa, badan kita kurang air, kurang makan,  kurang zat dan vitamin. Bila bulan puasa, buah yang popular dan biasa orang amal buah kurma je... Tapi, sebenarnya banyak buah lain yang boleh kita amal dan bagus kita amal ketika bulan puasa.

10 Jenis Buah Yang Baik Ketika Puasa, buahan yang biasa kita makan, tapi 10 buah ni sangat bagus kalau kita makan ketika puasa sebab kandungan vitamin, zat dan serat yang tinggi dan memang membantu untuk kembalikan kesegaran badan setelah seharian kita berpuasa.

10 Jenis Buah Yang Baik Untuk Di Ambil Ketika Puasa

10 Jenis Buah Yang Baik Untuk Di Ambil Ketika Puasa

1. Kurma

Kurma sangat baik diambil pada bulan puasa, khususnya saat berbuka puasa. Buah ini kaya kandungan gula (glukosa dan fruktosa) yang bermanfaat untuk mengembalikan tenaga yang hilang dari tubuh ketika berpuasa.

2. Tembikai

Tembikai sudah lama dikenal sebagai buah penyejuk tubuh. Selain itu, buah ini adalah sumber antioksidan serta vitamin C dan A yang banyak. Buah ini mengandungi Likopen yang baik untuk menangkal serangan radikal bebas hingga anti kanser.

3. Limau atau oren

Limau atau oren adalah salah satu buah yang paling mudah dicari dan sangat popular diambil setelah makan banyak ketika berbuka puasa. Buah oren yang menyegarkan memiliki kandungan istimewa seperti asam folat, dan antioksidan yang berfungsi untuk melawan penyakit. Selain dapat dimakan begitu saja, buah ini juga boleh dijadikan jus yang menyegarkan.

4. Betik

Betik adalah sahabat pencernaan kita. Tidak hanya berfungsi melancarkan pencernaan, buah ini juga mengandung betakarotin, beta-cryptoxanthin, lutein dan zeaksantin. Betik juga mengandungi banyak kandungan vitamin C.

5. Pisang

Pisang mengandungi potasium tinggi yang bermanfaat bagi jantung. Pisang juga baik diambil oleh pengidap diabetes, anemia, maag, dan banyak lagi. Buah ini akan membantu menyegarkan badan kalau diambil ketika sahur.

Lepas ni kena standby pisang je banyak-banyak... tak sempat sahur yang lain, kurang-kurang ada pisang... hehe...

6. Labu 

Mengandungi Kalium yang tinggi, labu kerap dimanfaatkan bagi penderita darah tinggi. Kalium juga mampu membersihkan kadar karbondioksida di dalam darah dan membantu kerja otot dan simpul saraf. Labu juga mengandungi sukrosa dan fruktosa, serta kandungan air untuk mengembalikan bendalir dalam tubuh.

7.Belimbing 

Buah ini mengandung khasiat mengurangi kadar kolesterol jahat, mencegah kanser, mengatasi gangguan pada ginjal, dan mengatasi tekanan darah tinggi. Nutrisi dalam buah belimbing menjaga agar rambut tetap kuat dan sihat, membantu mencegah penuaan,  serta mencegah timbulnya jerawat, dan minyak berlebih.

Bagus buah ni, kalau kaum wanita yang ingin tampil berseri semulajadi di pagi raya... hehe...

8. Mangga

Mangga mengandung air, serat, karbohidrat, tanin, volatil, vitamin dan mineral, gula sederhana (sukrosa, glukosa, fruktosa), pati, dan selulosa. Kesemua itu berguna untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Buah ini tentu sangat nikmat diambil selepas makan banyak ketika berbuka.

9. Strawberi

Strawberi bagus untuk pencernaan, sehingga bermanfaat diambil selepas berbuka untuk melancarkan pencernaan tubuh. Selain itu, buah ini juga berkhasiat menjaga kesihatan wajah, mengawal kadar kolesterol, hingga mencegah kanser.

10. Pir

Buah ini mengandung asam kloro-genat, yang berperanan sebagai antioksidan. Kandungan air di dalam buah ini juga berguna untuk mengembalikan cairan yang hilang ketika berpuasa. Selain itu, buah ini mengandung vitamin C, dan E yang cukup banyak.


Jadi, lepas ni dah tau nak beli buah apa... Yang bagus untuk orang yang berpuasa. Tapi paling bagus, pastikan ada buah kurma setiap kali berbuka dan bersahur. Latih anak untuk makan buah kurma... sebab kebanyakan kanak-kanak dan remaja tak suka buah kurma. Mungkin sebab manis sangat atau rasanya yang pelik. Jadi, untuk menggalakkan laburkan sikit duit beli kurma yang lebih mahal.

Sumber: Olahan dari http://www.esquire.co.id

9 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN | Ramadhan bermaksud panas yang sangat terik. Dinamakan Ramadhan kerana pada bulan tersebut, tanah Arab cuacanya panas, terik dan kering. Ironinya, kepanasan yang terik dan kering itu diharap dapat membakar kotoran timbunan dosa yang kita lakukan dengan menghidupkan bulan Ramadhan. Maka, bulan Ramadhan diberi pula beberapa nama lain untuk menggambarkan keistimewaan dan kelebihan/hikmah yang ada dalam bulan Ramadhan.

9 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

9 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut ialah:

#1. Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan)

Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.

Rasulullah menegaskan bahawa:
 "Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan."

#2. Syahrul Syiam - Bulan Puasa

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"

Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk mencapai sifat taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur syar'ei adalah berdosa dan menjadi kafir apabila menafikan kewajibannya. Nabi s.a.w telah bersabda:

"Pegangan Islam dan dasar-dasarnya adalah tiga perkara, sesiapa meninggalkan salah satu daripadanya maka ia adalah kafir iaitu penyaksian keesaan Allah, mendirikan solat dan puasa Ramadhan"(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami)

"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah dapat diqadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya" (Hadis Riwayat Bukhari)

#3. Syahrul Quran  - Bulan Quran

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil"

Nabi s.a.w telah bersabda:

" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)

#4. Syahrul Sabr  - Bulan Kesabaran

Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur'an,

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas." (Surah az-Zumar:10)

Dalam hadis nabi pernah bersabda,

"Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa'. (Sahih Al-Jami As-Saghir)

#5. Syahrul Rahmah  - Bulan Kerahmatan

#6. Syahrul Magfirah - Bulan Keampunan

#7. Syahrul Najah - Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka


Nabi bersabda:
"Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka"

Termasuk dalam kemenangan ialah apabila umat Islam telah berjaya dan mencapai kemenangan yang besar dalam bulan Ramadhan. Antaranya ialah terakam dalam sejarah:

a. Kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan

b. Dapat menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah yang disebut sebagai Fathu al-Fakkah

#8. Syahrul Jud - Bulan Murah hati

Nabi telah bersabda dalam hadisnya:

"Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya." (Hadis  Riwayat Tirmidzi)

#9. Syahrul Barakah  - Bulan Keberkatan

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya"

Subhanallah. Banyak bebenor hikmah bulan Ramadhan yang Allah janjikan untuk kita. Takkan kita nak tengok saja orang lain berlumba-lumba merebutnya? Biarlah orang berebut ke bazar, tapi kita berebut bersedekah. Biarlah orang lain berebut membeli-belah, kita berebut membaca al-Quran. Kan cantik kalau kita semua berebut ganjaran yang Allah janjikan ni? Betul tak?

Mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita? Jom, kita hidupkan pengisian Ramadhan sehabis baik. InsyaAllah.

PENGISIAN RAMADHAN

  1. Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.
  2. Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail
  3. Meningkatkan amalan harian
  4. Menunaikan solat tarawih
  5. Bertadarus al-quran
  6. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
  7. Beriktikaf terutama 10 malam terakhir
  8. Memperbanyakkan sedekah
  9. Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
  10. Bersahur
  11. Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum
  12. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat
  13. Menunaikan umrah jika mampu
Kredit: Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM

Semoga bermanfaat... Semoga kita dapat merebut pahala berganda di bulan Ramadhan ini.

Mei 21, 2018

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour Simple Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour Simple Tapi Sedap | Ikan bawal ikan feveret keluarga MF. Minggu lepas ke pasar, nampak ada orang jual ikan bawal putih dengan banyaknya... Terus la beli sebab dah lama tak makan...

Siap siang frozen kan... Nak masak makan, baru nyahbekukan dan masak.

Ramadhan ke-2 tak tau nak masak apa.. Tengok ada ikan bawal putih dalam peti terus tercetus idea nak masak yang simple tapi sedap...

Ikan bawal putih ni goreng garing pun sedap... Tapi sebab tak kan goreng je kan... Nak kena ada rasa juga... Jadi, tengok ada bahan tomato dan carrot, dapat idea nak masak sweet sour. Kalau ada nenas lagi sedap... Tapi takpe.. dua bahan ni cukup dah untuk menyedapkan masakan. asalkan ada tomato.

Mudah je nak masak Resepi Ikan Bawal Sweet Sour Simple Tapi Sedap ni.

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour Simple Tapi Sedap

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan:


  • Ikan bawal putih
  • 1 ulas bawang besar (sederhana besar) - potong wedges
  • 5 ulas bawang putih - ketuk dan hiris nipis
  • 1/2 inci halia - racik halus
  • 3 biji cili padi - potong serong 
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar air asam jawa (boleh juga ganti dengan asam keping)
  • 1 sudu sos tiram pedas
  • 2 sudu sos cili
  • Lobak merah - dipotong dadu
  • Tomato - dipotong dadu
  • Sedikit air
  • Gula dan garam sebagai perasa


Cara memasak:


  1. Gorang ikan bawal hingga garing dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, hali dan cili padi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram pedas dan kacau rata.
  4. Masukkan cili kisar, sos tomato dan sedikit air... Biarkan hingga mendidih
  5. Masukkan lobak merah dan biarkan hingga empuk. Kalau agak kering, boleh tambah air.
  6. Masukkan air asam jawa. 
  7. Masukkan tomato dan akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. 
  8. Dah mendidih dan kuah agak pekat.. Tutup api dan tuang kuah di atas ikan bawal yang digoreng tadi. 
  9. Siap dan hidangkan bersama nasi panas. 


Simple je menu untuk ramadhan ke-2.
Alhamdulillah... walaupun simple tapi sedap.. insha Allah...

Terjebak Dengan Drama Bersiri "Teratai Kemboja" di Slot Zehra TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terjebak Dengan Drama Bersiri "Teratai Kemboja" di Slot Zehra TV3 | Orang perempuan ni insafnya sekejap je kan... Konon dah tak nak tengok drama bersiri... sekali terjebak lagi...

MF ni mudah terjebak kalau ada mak mentua yang dok melayan sama... hehe... ni mak mentua la tengok dulu, lepas tu macam best je kan... mula la melayan sekali... pastu melekat la pula.

Drama bersiri kali ni kat Slot Zehra TV3. Padahal lama dah tak tengok drama kat TV3 ni... bukan boikot tapi takde yang best nak tengok. Tapi tak sangka boleh terjebak pula kali ni. Mungkin sebab pelakon dan jalan ceritanya yang menarik selain tengok pengarah juga kan.

Drama bertajuk Teratai Kemboja ini ada 21 episod diarahkan oleh Along Kamaludin.

Terjebak Dengan Drama Bersiri "Teratai Kemboja" di Slot Zehra TV3

Para Pelakon

Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Ikhlas Jalil, Sabhi Saddi, Azzahra Ahmad, Damia Qaissarah

Ringkasan drama Teratai Kemboja

Drama Bersiri "Teratai Kemboja" di Slot Zehra TV3

Sinopsis Teratai Kemboja

Teratai Kemboja mengisahkan mengenai Fikri (Dato’ Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.  
Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.  
Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja. 
Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.  
Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?
Kredit: Kepala Bergetar

Banyak juga konflik dalam drama ni.. berpusing-pusing juga... kena tengok tak boleh skip... Kalau skip memang tak faham nanti.

Dah mak yang tengok, anak mesti terjebak sama la kan... Suami MF pun layan sama... haha... kadang dia yang emosi lebih.. terutama tang babak Elly Mazlien kurang ajar dengan suami dia...

Cuma MF rasa watak Elly Mazlein tu jadi kurang ajar dengan suami tu memang dibuat-buat... kurang menjadi watak tu... Tapi jalan cerita best juga la drama ni... Fasha Sanda jadi watak baik je... bertudung ayu... mungkin sebab dia pegang watak gadis kemboja, jadi pengarah kena cari pelakon wajah kacukan la kan...

Apa pun, drama ni belum habis lagi.. tengah ditayangkan kat TV lagi... baru episod 14, ada lagi separuh..

Awal-awal tak tengok, tapi dah tengah tu baru layan... sebab kadang drama awal-awal bosan.. dah sampai klimaks baru best kan drama bersiri ni...

Bagi yang tonton kat TV boleh tengok kat Slot Zehra TV3 setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 hingga 10 malam.