div id='header-inner'>

70 Kali Ganda Pahala DIBULAN RAMADHAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

70 Kali Ganda Pahala DIBULAN RAMADHAN 

Q & A: Adakah pahala beribadah pada bulan Ramadan sama dengan pahala beribadah pada bulan-bulan selainnya?

Jawapan: Tidak sama, bahkan pahala beribadah pada bulan Ramadan sangat luar biasa. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang melakukan ibadah sunat pada bulan Ramadan, mendapat pahala seperti orang yang melakukan amalan fardu dan sesiapa yang melakukan amalan fardu pada bulan itu, mendapat pahala seperti melakukan 70 amalan fardu. (Riwayat Ibnu Khuzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Hadis ini dengan jelas menerangkan banyaknya ganjaran pahala yang bakal diraih oleh umat Islam yang mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadan.

Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM

Jadi, kenapa kita sia-sia kan... Buatlah kebaikan di bulan Ramadan ini... Kerana pahalanya berganda dari bulan lain.

Bulan ni nak kumpul pahala banyak-banyak asalkan kita jaga puasa kita sebaiknya.

Bukan sahaja kurangkan makan, tapi kurangkan cakap, kurangkan mendengar perkara yang sia-sia, kurangkan lihat perkara yang mungkar..

Bulan Ramadhan ni bulan untuk melatih diri kita jadi baik... Insha Allah... Cubalah... Yang tak pakai tudung, cuba pakai mulai bulan Ramadhan ni..  Takde guna kita solat puasa, tapi perintah Allah untuk menutup aurat kita tinggalkan.

Buatlah baik mulai sekarang sebab ajal datang tak tau bila.

Moga tarbiah dalam bulan Ramadan ni menjadikan kita insan yang lebih baik disayangi Allah dan semua makhluk di dunia. 

Catat Komen

0 Ulasan