div id='header-inner'>

8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan! | Isu aurat, ramai lagi yang buat remeh temeh...

Ada juga yang kaitkan dengan orang lain...

"Alah.. tu isteri dia tu tak pakai pun."

"Ala.. aku tak pakai tudung pun, bukannya aku orang jahat."

"Aku tak tutup aurat je, tapi solat puasa semua aku buat."

Ini sebahagian jawapan yang kita terima bila disuruh tutup aurat.

Paling dahsyat, orang yang tak tutup aurat bila disuruh tutup aurat dia akan kata:
"kubur asing-asing kot."

Huh!... Susah juga nak sekolahlah orang pasal aurat ni... tambah-tambah kalau dah jadi isteri orang, mak orang, bapak orang kan...

Tapi, jangan jemu seru, dakwah... supaya menutup aurat...

Seruan menutup aurat ni bukan kita yang suruh, tapi Allah... Rasul yang suruh... dan ulamak yang menjelaskan.

Buktinya??? Ada tercatat dalam al-Quran dan hadis...

Ini 8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!
8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

#1. Surah al-Ahzab : Ayat 59

“Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Surah Al-Ahzab (33):59].

#2. Sabda Rasulullah, Hadis Riwayat Abu Dawud

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

#3. Surah an-Nur : ayat 31

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]

#4. Sabda Rasulullah s.a.w , Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

#5. Sabda Rasulullah s.a.w , Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” [Hadis riwayat Muslim dan Bukhari]

#6 Perintah memakai seluar di bahagian dalam kain ketika menaiki kenderaan.

“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya).” [Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245]

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

#7 Surah al-A'raf : ayat 26

 “Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” (Al-A’raf : 26)

#8 Surah an-Nur : ayat 31

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (An-Nur; 31).

jadi, atas alasan apa lagi tak nak pakai pakaian yang menutup aurat tu?

Nak tarik perhatian lelaki untuk apa?

Lelaki yang mudah tergoda dan tertarik dengan rupa paras wanita yang tidak menutup aurat itu bukanlah lelaki yang baik. Lelaki yang baik dia akan pelihara pandangannya dari melihat yang haram baginya.

Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (QS. An-Nur [24] : 30).

Jadikan bulan ramadhan ini, bulan untuk berubah kepada yang lebih baik.

Kalau bukan ramadhan kali ni, bila lagi?

Catat Komen

0 Ulasan