div id='header-inner'>

AMALKAN SBSL DI BULAN RAMADAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


AMALKAN SBSL DI BULAN RAMADAN

amalan bulan Ramadhan
Google images

Pada bulan Ramadan ini, saya cadangkan kepada rakan-rakan FB sekalian supaya sentiasa mengamalkan SBSL. Semoga Ramadan yang kita lalui lebih bermanfaat kepada kita.

Apa itu SBSL?.  

S ialah sedikit,
B pula ialah banyak,
S berikutnya ialah segera dan
L pula ialah lambat.

Apa maksud sedikit, banyak, segera dan lambat. Berikut ini huraiannya,

SEDIKIT

Sepanjang bulan Ramadan kita hendaklah membiasakan sedikit  pada dua perkara iaitu :

1. Sedikit tidur.

Ia boleh dicapai dengan tidur lewat pada setiap malam dan bangun awal pada keesokan harinya. Waktu tidur yang dikurangkan dapat digunakan untuk beramal ibadat.

2. Sedikit makan. 

Semasa berbuka puasa, makan sedikit sahaja. Jangan terlalu banyak makan kerana yang demikian menyebabkan terlalu kenyang. Kebiasaannya kenyang yang melampau menyebabkan keletihan dan mengantuk. Akhirnya ia mengganggu qiyam Ramadan iaitu ibadat malam seperti solat Tarawih dan tadarus al-Quran.

BANYAK

Sepanjang bulan Ramadan hendaklah kita membanyakkan dua perkara iaitu :

1. Berjaga malam. 

Ia akan terhasil apabila kita berjaya mengurangkan tidur. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk membolehkan kita rancak mengamalkan qiyam Ramadan. Maka kita dapat bertadarus al-Quran hingga larut malam, bertahajud pada setiap malam kerana bangun awal dan sebagainya.

2. Beramal ibadat. 

Kita hendaklah merebut peluang kedatangan Ramadan untuk membanyakkan amal ibadat terutamanya ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, sedekah, iktikaf, baca al-Quran, zikir, berdoa, qiamullail dan sebagainya. Ganjarannya sungguh lumayan kerana setiap amalan sunat pada bulan Ramadan diberi ganjaran seperti melakukan amalan wajib.

SEGERA

Pada bulan Ramadan kita hendaklah menyegerakan dua perkara iaitu :

1. Berbuka puasa. 

Sunat hukumnya berbuka puasa dengan segera apabila masuk waktunya. Melewatkannya adalah makruh.

2. Segera ke masjid dan surau pada setiap malam. 

Kalau boleh bersegeralah ke masjid atau surau sebelum masuk waktu Isyak. Berusahalah menjadi makmum muwafik, bukannya makmum masbuk. Dengan cara demikian, kita tidak terlepas satu rakaat pun semua jenis solat yang dilakukan oleh imam dan semua makmum lain yang hadir awal.

LAMBAT

Pada bulan Ramadan kita hendaklah melambatkan dua perkara iaitu :

1. Lambat bersahur. 

Hukum melewatkan bersahur adalah sunat. Tujuannya untuk melebihkan kekuatan berpuasa keesokan hari dan tidak sambung tidur selepas bersahur kerana waktu Subuh sudah hampir.

2. Beribadat secara lambat. 

Maksudnya semasa beribadat seperti solat Tarawih dan membaca al-Quran, kita hendaklah melakukannya secara cermat dan tersusun supaya ibadat kita berkualiti, sah dan diterima Allah. Jangan beribadat secara kalut, tergesa-gesa, gopoh dan ingin habis awal kerana yang demikian memungkinkan ibadat kita sia-sia, tidak sah dan tidak berpahala kerana tidak diterima Allah.

(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar) via FB Bahagian Dakwah JAKIM

Catat Komen

1 Ulasan

  1. InsyaaAllah... saranan yg baik... bab lambat tu slu nak cepat.... nk cari masjid or surau yg baca cpt la... ehhee

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)