div id='header-inner'>

Al-Fatihah Untuk Hati Sendiri - #Tazkirahsentap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Al-Fatihah Untuk Hati Sendiri | Hati mati.. Ini peringatan yang keempat kalau ikutkan dalam Blog ni...

Maknanya dah banyak kali MF tulis pasal ni.

Peringatan ni bukan untuk sesiapa... Tapi untuk diri sendiri juga...

7 tanda hati sudah mati, inilah petanda hidup ni takde guna dah buat kau...

Kau hidup bertuhan kan duit dan kau hidup ibarat kau menongkat dunia selamanya..

7 tanda hati mati - #tazkirahsentap

Al-Fatihah Untuk Hati Sendiri

Renungkanlah 7 tanda hati yang sudah mati ini...

1. Berani Meninggalkan Sembahyang.


Sembahyang lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan sengaja meninggalkan satu sembahyang sahaja pun maka dosanya sangat besar dan bergelar ia dengan nama fasiq. Orang yang tidak sembahyang akan diazab di dalam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menungggunya.

7 tanda hati mati - #tazkirahsentap7 tanda hati mati - #tazkirahsentap

2. Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa


Firman Allah :
‎كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifin : 14)

3. Jauh Dari Al-Quran


Tidak ada masa dalam hidupnya untuk membuka Quran, membaca dan memerhatikan maknanya. Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran.

Firman Allah :
‎أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا 
“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.” (Muhammad : 24)

4. Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama


Firman Allah :
‎أُولَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
"Mereka itulah orang-orang yang hati mereka,  telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai” (An-Nahl : 108)

 5. Hidupnya Hanyalah Membuat Sangkaan Buruk Kepada Orang Dan Mencari Salah Orang


Firman Allah :
‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا 
“Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.” (Al-Hujurat : 12)

 6. Tidak Suka Mendengar Nasihat


Firman Allah :
‎وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ 
“Dan sungguhnya akan Kami isikan dalam neraka Jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran.” (Al-A’raf : 179)

7.Tidak Takut Dengan Mati dan Azab Kubur


Firman Allah :
‎وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka berkata), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal solih. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin (tetapi mereka sudah terlambat)." (As-Sajadah  : 12)

Wallahua'lam

Kredit:Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM

7 tanda hati mati - #tazkirahsentap

Tak perlu nak kata panjang dah... Kali ini siap dengan dalil dah dikongsi kan...

Moga kau dapat hidupkan kembali hati kau yang dah mati tu...

Cara paling mudah ialah taubat dan istighfar..

Bulan Ramadhan ni, bagus kau perbaiki diri untuk hidupkan hati yang sudah mati...

Peringatan ini bukan buat kau seorang tapi untuk aku juga yang menulis.

Moga kau dan aku sedar bahawa, Allah masih sayang dan beri kesempatan untuk taubat...

Kredit pic: Google images 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Kena didik diri untuk sentiasa beringat. Rajin hadiahkan fatihah untuk diri sendiri juga.

    BalasPadam
  2. terima kasih perkongsian tuk diri saya yg lemah juga... semoga kita dilindungi dr hati yg mati ini...

    BalasPadam
  3. good sharing... Saling mengingati. Tq for sharing!!

    Salam ramadhan!!

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)