بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Solek atau make up... satu kelaziman bagi wanita... Tapi ada juga wanita tak suka solek... antaranya MF la... memang tak suka make up... tapi takde lah sampai biarkan wajah kusam pula... sekadar pakai bedak dan oleskan lip balm nipis... Pernah konon nak bersolek bila keluar, tapi terasa rimas pula... Bila dah ada anak lagi malas nak solek... Jangan tak tahu, wanita yang malas bersolek ni banyak untungnya tau... suami dia pun untung juga...
Untung Wanita Yang Tak Suka Make-Up |
1. Jimat duit
Memang jimat... boleh kiralah berapa kali beli krim muka setahun kan... Alhamdulillah juga kulit muka jenis normal... Jadi, pakai pelembap dan bedak kompak biasa sahaja... setahun sekali je kot tu beli... Memang tak pening kepala nak pikir nak beli alat make up...
2. Kulit lebih sihat
Ada betul juga, sebab bahan make up tu banyak bahan kimia... kalau tak pakai sebenarnya, kulit kita lebih terjaga... Kalau kulit bermasalah, cari alternatif dengan rawatan semulajadi... lebih selamat, dari pakai alat make up atau skin care itu dan ini...
3. Lebih yakin dengan natural beauty
Wanita selalu guna makeup sebab nak naikkan seri dan mungkin atau tutup noda dan pori-pori, Kalau dah terbiasa tidak menggunakan makeup, bersolek bukan satu keperluan... Yakin dengan wajah sendiri...
4. Tak kotorkan baju
Make up boleh kotorkan baju... tertumpah, tercalit kat tudung.. alahai.. lecehnya... jadi, kalau tak make up... takde pening kepala nak fikir semua ni...
5. Boleh terus tidur
Jimat masa, tak payah nak pakai krim malam... terus je tidur... habis sangat cuci muka je kan... Ustaz pun kata... untung suami, sebab dapat cium kulit isteri secara semulajadi, bukan cium krim... hehe
6. Solat tanpa perlu cuci muka
Nak solat pun senang, tak perlu nak cuci wajah dulu. Wajah tanpa makeup akan lebih mudah dibersihkan daripada menggunakan makeup. Ambil air wudhuk pun lebih sempurna tanpa was-was. Dan untung juga waktu tak banyak terbuang hanya untuk membersihkan wajah. Jimat masa ketika shopping, tak kotorkan telekung juga...
7. Peluh bukan satu masalah
Walaupun ada make up kalis cair ketika berpeluh, tapi tetap akan tinggalkan kesan juga sedikit sebanyak...
8. Gosok mata sesuka hati
Wanita selalu lupa menggosok mata mereka kerana mengantuk atau gatal, tahu-tahu eyeliner dah comot. Tapi kalau tak menggunakan makeup anda boleh menggosok mata tanpa sebarang masalah.
9. Terus masuk bilik tidur
Kadang dah balik lewat dan penat, tak perlu bimbang jika tertidur dengan makeup di wajah.
10. Mata tak sakit
Tidak ada lagi kes tercucuk biji mata saat menggunakan maskara atau eyeliner. Pernah pakai eyeliner... memang pedih mata kalau tercucuk mata... huhu
11. Tak payah tahan kalau nak menangis
Menangislah kalau rasa nak menangis tanpa perlu fikirkan make up yang akan comot dan cair.
12. Gigi bersih tanpa gincu
Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir adakah gincu tersapu di gigi. Kita mana tahu, kadang dah sedar bila tengok cermin.
13. Tona kulit serata
Warna kulit wajah akan selalu sesuai dengan kulit tubuh, kerana tak pakai bedak asas yang salah.
14. Rasa yakin dan tidak malu
Lebih yakin dengan anugerah yang Allah berikan. Rasa selesa dan senang untuk ke mana. Bersiap pun tidak makan masa, tidaklah pasangan mengeluh! Dan paling untung lelaki akan nampak kecantikan sebenar kita.
Olahan dari: Mingguan Wanita
Walaupun zaman sekarang ni, dah banyak alat solek yang lebih mesra pengguna seperti mesra wuduk, mudah dicuci, dan mudah guna...tapi banyak kelebihan lagi kalau tak pakai... dan utama memang orang yang tak pakai make up lebih yakin dengan kecantikan semulajadi...
Sokong ! Sya pun tak suka make up , komfiden tinggi sangat dengan natural beauty :D
BalasPadamHAHAHAHA..gimme five kak! Sally la salah satu manusia yg tak suka mekap tuu..insaf dalam 2-3 jam je lepas tu malas dtg blk :D
BalasPadamdari zaman muda memang tak mekap. kulit flawless tanpa sebarang produk. bangga kejap. hak3.
BalasPadam