17 Disember 2018

Disember 17, 2018

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat | Online banking sesuatu yang memudahkan. Memang mudah… segala urusan di hujung jari. Tanpa perlu penat nak beratur panjang dikaunter.

Tapi dalam mudah-mudah ni, ada banyak juga risiko. Antaranya risiko hilang duit dari bank.
Banyak kes, duit hilang dari bank dan dipindahkan secara online dengan mudah.
Tapi sebenarnya, kes ni bukan hanya melibatkan orang yang guna online banking, yang tak pernah guna pun boleh kena je sebenarnya.

Namun, bagi yang selalu guna online banking, ini 9 tips untuk pastikan online banking kita selamat. Insha Allah… Ini usaha kita… selebihnya doalah kepada Allah kan… Allah pemilik segalanya.

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat
sumber: google images

#1 Jangan Guna Rangkaian WiFi ditempat awam

Menggunakan rangkaian Wifi untuk melakukan perbankan internet adalah tidak selamat. Ini disebabkan kita berkongsi rangkaian dengan orang lain. Banyak teknik yang dilakukan penggodam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain.

WiFi hotel atau di kedai mamak, elakkan guna… Takpe guna internet sendiri asalkan segala data kita selamat.

#2 Jangan Menggunakan Komputer Awam di Cafe Cyber

Tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika Cafe Cyber tersebut memasang perisian Keylogger, dimana setiap apa aktiviti kita akan dirakam untuk tujuan tidak baik.

Kena juga  berhati-hati menggunakan komputer yang dipinjam dari orang lain. Adalah lebih selamat jika melakukan perbankan internet menggunakan komputer sendiri dan menggunakan sambungan Internet peribadi.  Jangan lupa membuang cookies atau browser cache setiap kali sesi.

Caranya dengan clear je history setiap kali lepas selesai guna online banking. Nak selamat boleh juga guna Incognito Tab…atau Private Tab pada browser.

#3 Jangan Login Ke Akaun Bank Melalui Link Yang Di berikan Dalam Email

Perhatian! Pihak bank tidak akan sesekali menghantar email kepada. Pihak bank selalunya akan menghantar surat berdaftar dan meminta kita ke bank berdekatan dan bukannya melalui email.
Jika ada terima email daripada pihak bank yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat akaun dan meminta kita klik pada link yang diberikan di dalam email tersebut. JANGAN KLIK!. Ia sebenarnya adalah email palsu atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet kita.

#4 Taip Secara Manual Website Adress Bank Di Web Browser

Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes Maybank2u atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses Cimbclicks. Jika malas untuk menaip di web browser dan menggunakan search engine seperti Google dan Yahoo untuk log in, sila pastikan alamat website itu betul.

#5 Jangan Dedahkan Username & Password

Username dan password  hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.

Sekarang ni bank menggunakan system TAC iaitu Transaction Authorization Code dimana pemilik perlu mendaftar nombor telefon bimbit mereka di mesin ATM terlebih dahulu. Sebelum membuat sebarang transaksi online, kita perlu meminta nombor TAC terlebih dahulu. Nombor ini akan disms ke telefon bimbit. Ia adalah angka 6 digit. Transaksi tidak dapat dilakukan jika tiada nombor TAC ini. Jadi jangan serahkan telefon bimbit kepada sesiapa yang mengetahui maklumat perbankan internet.

Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus yang boleh dipercayai.

Pastikan perisian Antrivirus dan Web Browser sentiasa di kemaskini untuk mendapatkan ciri-ciri perlindungan terbaru.

Kat smartphone pun sama… Pastikan ada antivirus dan selalu clearkan cache dan history web browser.

#6 Berhati-hati Apabila Muatturun Sebarang Perisian

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang diketahui atau memasuki link yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistemanda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi kita, termasuk kata laluan atau nombor PIN.

#7 Log Out Selepas Guna

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet, pastikan log keluar. Padamkan browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun bank. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Elakkan juga guna debit card dalam buat online banking…

Nak kata bank itu tak selamat, bank lain pun ada yang tak selamat.

Mana-mana bank pun tak selamat sebab yang buat system ni manusia.

Jadi, kita boleh usaha… selebihnya doa dan berserah kepada Allah je lah.. Allah sebaik-baik pelindung dan pemelihara.
Memang risau juga kes CIMB tu … tapi tawakal je.. Allah kan ada…

Disember 17, 2018

16 Cara Rawat Diri Dengan Buah dan Sayur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Allah jadikan tumbuhan  itu sebagai nikmat untuk manusia. 

Selain untuk makan dan kenyang, tumbuhan seperti buah dan sayur ada khasiat tersendiri terutama kalau kita sakit. 

Apa kata... Kita rawat diri sendiri dengan Buah dan sayur bila badan kita ada yang tak kena. 

Buah dan sayur

Ini ada 16 rawatan untuk sakit badan hanya guna buah dan sayur je... 

Maksud rawatan ni... Bila kita sakit..  Banyak kan ambil buah atau sayur ini untuk rawat secara alami. 

Bila secara natural ni... Kesannya pun tak lah sepantas kilat... Ambil masa... Tapi insha Allah selamat tanpa kesan sampingan. 

Jom... Banyak kan peti sejuk rumah kita dengan sayur dan buah. 

Kalau tengok carta di atas.. 
Buah yang banyak manfaat untuk pelbagai masalah badan ialah carrot, timun, apple, bayam Dan beberapa yang lain pun boleh diperbanyakkan ambil dalam diet seharian. 

Jom makan sayur dan buah banyak-banyak. 

16 Disember 2018

Disember 16, 2018

Doa Bermusafir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa Bermusafir


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ كَبَّرَ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ


Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir, Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” (HR Muslim No:1342) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Rasulullah mengajar adab ketika kita melakukan permusafiran dengan membaca doa dan zikir tertentu.

2.  Imam Nawawi berkata: berdasarkan hadis ini, sunat memulakan permusafiran dengan membaca doa ini di samping membanyakkan zikir dan doa agar dipermudahkan permusafiran. Antara doa bermusafir:

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ


3.  Imam al-Baidhawi menyatakan, hadis ini adalah doa bagi tujuan memohon perlindungan daripada segala pemandangan yang mengakibatkan kekecewaan dan daripada kepulangan yang teruk kerana berlaku kekurangan pada harta atau ahli keluarga (seperti kerosakan atau kematian).” [Lihat: Tuhfah al-Abrar, 95/2]

4.  Syeikh al-Sa’di menyatakan di dalam doa ini terkandung permohonan agar dilindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan, juga dijauhkan daripada perkara yang menyedihkan. Selain itu juga, memohon agar Allah SWT menjaga baginya setiap yang telah ditinggalkan dan setiap yang terpisah disebabkan permusafiran ini daripada ahli keluarga serta harta. [Lihat: Bahjah al-Qulub, 197]

Setiap insan yang beriman memerlukan kepada doa agar setiap perkara yang dilakukan dipelihara oleh Allah SWT serta doa juga merupakan senjata dan kekuatan buat orang yang beriman.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

15 Disember 2018

Disember 15, 2018

Doa Malaikat Kepada Mereka Yang Rajin Bersedekah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Sedekah bila disebut orang bayangkan bagi duit, atau harta yang bernilai kepada seseorang yang miskin atau tak mampu... 

Tapi maksud sedekah itu luas.. 

Setiap sendi kat tubuh kita boleh jadi sedekah. 

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.” (HR Muslim 1181)


 فِي الْإِنْسَانِ سِتُّونَ وَثَلَاثُ مِائَةِ مَفْصِلٍ فَعَلَيْهِ أَنْ يَتَصَدَّقَ عَنْ كُلِّ مَفْصِلٍ مِنْهَا صَدَقَةً قَالُوا فَمَنْ الَّذِي يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ النُّخَاعَةُ فِي الْمَسْجِدِ تَدْفِنُهَا أَوْ الشَّيْءُ تُنَحِّيهِ عَنْ الطَّرِيقِ فَإِنْ لَمْ تَقْدِرْ فَرَكْعَتَا الضُّحَى تُجْزِئُ عَنْكَ

“Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk setiap ruas tulang tersebut.” Para sahabat bertanya: ”Siapalah yang mampu melaksanakan seperti itu, ya Rasulullah?” Beliau bersabda: ”Dahak yang ada di masjid lalu dipendam ke tanah, dan membuang sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka itu bererti sebuah sedekah. Akan tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat sholat Dhuha.” (HR Ahmad 21920)

Sedekah dan dhuha saling berkait... 

Dhuha tanda kita syukur bukan point untuk kita minta rezeki lebih... 

Bila kita makin syukur Allah akan gandakan lagi rezeki dan rezeki yang berganda kita boleh sedekahkan kepada yang lebih memerlukan. 

Tak mampu sedekah harta... 
Sedekah lah kebaikan... 

14 Disember 2018

Disember 14, 2018

14 Etika Makan Cara Rasulullah SAW

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Punya lah lengkapnya Islam sampai cara makan pun diajar dengan cara yang betul.

Kalau nak ikut makan semua orang boleh makan ikut cara yang disukai. Tapi, binatang juga makan.. Tak kan kita sebagai manusia nak ikut macam binatang kan.

Jadi, Nabi s.a.w ajar kita 14 Etika Makan Mengikut Sunnah.

Dan setiap etika ni pasti ada hikmah yang tersembunyi dan sememangnya hikmah itu adalah untuk menjaga diri kita dan kesihatan kita.

Sumber : Google images

14 ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH S.A.W.

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan.
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.
6. Tidak mengkritik makanan.
7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.
8. Tidak bersandar ketika makan.
9. Menjilat jari bagi mencari barakah.
10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.
11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.
12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.
13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.
14. Beli makanan dengn wang dan harta halal.

Menurut tulisan Dr. Zaharuddin...
Makanan sunnah adalah yang memberi kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi. Jenama makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.

Menjual produk makanan dengan jampi adalah hars dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, contoh air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

Kredit : #DrZaharuddinAbdRahman

13 Disember 2018

Disember 13, 2018

Bacalah Ayat Kursi Pada 2 Waktu Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


BACALAH AYAT KURSI.

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. Al Baqarah: 255)


Di sunnahkan membaca ayat kursi:

1. Selepas solat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi setelah selesai solat, maka tidak ada yang menghalanginya masuk syurga kecuali kematian” (HR. An Nasa-i, dinilai shahih oleh Syaikh Al-Albani)

2. Sebelum tidur.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda, “Apabila engkau hendak tidur (di malam hari), bacalah Ayat Kursi, nescaya Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi” (HR. Al-Bukhari).

Lazimi membaca ayat kursi semoga kita mendapat manafaat dari kelebihan ayat kursi. Amalkan sunnah dan jangan adat mematikan sunnah. Wallahualam.

Kredit : Page Jalan-jalan Cari Ilmu