Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

06 November 2018

November 06, 2018

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP | Aplikasi Whatsapp adalah Aplikasi yang paling popular selain Aplikasi Facebook dan Instagram.

Rata-rata smartphone mesti ada aplikasi Whatsapp.

Kini, Whatsapp ada satu tambahan baru.

Iaitu sticker mesej.

Jika di telegram, sticker mesej dah memang tersedia.

Tapi di whatsapp kena install dan update aplikasi untuk dapatkan kelebihan ni.

Tapi tak susah mana pun...

Jom ikuti tutorial bergambar ni... sangat mudah.


[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP


1. Klik pada 3 titik sebelah kanan whatsapp. Kemudian, klik "Setting"


[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP


2. Kemudian, klik pada "Help"

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP
 3. Klik pada "FAQ", kemudian, dia akan terus ke browser yang ada pada phone kita lah.
[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP
4. Scroll hingga ke bawah... Sampai jumpa macam gambar kat bawah ni.

Kemudian, klik lah pada jenis phone korang. Kalau pakai android klik android, kalau iPhone, klik pada iPhone.

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

5. Kemudian, akan terbuka satu lagi Tab pada browser. Dan klik download.
[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

6. Tunggulah apps tu download hingga habis.

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

7. Dah habis, klik install.
[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

8. Dah siap install. Buka WhatsApp semula dan test untuk hantar mesej kepada seseorang.

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

9. Kat bawah keyboard tu akan ada 3 icon.
Ada emoji, Gif dan simbol sticker. Klik pada sticker.

Untuk sticker pengenalan, satu sticker sudah diberi. . Iaitu sticker cawan. Kalau nak download yang lain, klik pada simbol + macam yang MF tunjuk dalam gambar kat atas.


[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

10. Bolehlah pilih dan guna sticker yang disukai.

Senang Je...

Cuma, kalau nak lebih download lah kat Playstore. Lagi banyak sticker.

Ni salah satu fungsi WhatsApp.

Sebab dia tak nak ketinggalan dengan Telegram yang lebih banyak fungsi yang canggih.

Tapi WhatsApp susah orang nak tinggalkan... Sebab bisnes banyak guna WhatsApp.

Telegram masing-masing ada kelebihan. Seronok ada keduanya.

Semoga bermanfaat . 

23 Julai 2018

Julai 23, 2018

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks | Bank statement, satu dokumen yang penting sekarang ni. Nak buat claim dan pinjaman memang memerlukan bank statement atau penyata akaun bank.

Jika dulu, nak kena beratur kat kaunter bank, ambil nombor dan sebagainya untuk dapatkan penyata akaun bank, sekarang ni tak payah dah.

Bagi yang ada online banking, jangan nak pergi buang masa beratur kat bank untuk dapatkan penyata bank.

MF guna CIMB Bank untuk urusan online banking. Maybank pun ada juga... Tapi banyak CIMBClicks lah.

Untuk dapatkan penyata akaun bank dari CIMBClicks cukup mudah...

Jom ikut tutorial ni bagi siapa yang belum tahu nak dapatkan macam mana...

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks

1. Masuk ke akaun bank CIMBClicks korang dengan ID dan Password korang la ye... 

2. Masuk ke dashboard depan tu... Klik My Account

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


2. Klik pada SA PASSBOOK untuk lihat detail transaksi akaun bank kita.

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


3. Pada Transaction History, kat hujung tu ada tarikhnya... Korang klik pada simbol calender tu. (Rujuk Gambar)

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


4. Kemudian pilih la korang nak tengok penyata dari bulan berapa.. Maksimum ialah 3 bulan... jadi, klik je Last 90 days

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


5. Kemudian, sebelahnya ada simbol download. Klik simbol tu dan pilih format apa yang korang nak muat turun... Macam MF, pilih format Excel je senang.... 


Terus klik Excel (.xls) dan nanti dia akan terus download dan save dalam komputer/laptop kita.
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks

6. Inilah rupa bank statement atau penyata bank kita. Sama je kalau kita pergi bank, macam ni juga rupanya..

Boleh la print dan dapatkan pengesahan untuk buat claim perjalanan atau mohon pinjaman bank.

Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks
Cara Dapatkan Bank Statement Melalui CIMBClicks


Senang je kan, tak payah susah-susah nak pergi bank. 

Selain untuk pinjaman , penyata ni penting untuk lihat duit keluar masuk . Mana tau, tetiba duit hilang dari akaun tanpa sedar kan... kalau banyak kita perasan la.. kalau 2 3 ringgit tak sedar... Bila ada penyata macam ni baru kita tau... 

Semoga bermanfaat.

21 Disember 2017

Disember 21, 2017

Cara Mudah Convert File PDF ke Word Secara Online Free

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Mudah Convert File PDF ke Word Secara Online Free | Nama je cuti bersalin, tapi kerja sekolah tak siap, gara-gara bersalin mengejut.. Banyak kerja tertangguh... Salah satunya menyiapkan modul untuk pelajar sepanjang MF cuti bersalin. Ye lah.. kesian pula kat pelajar, tertinggal banyak waktu MF bercuti... kalau ada guru ganti ok sikit, jika tidak. memang kesian.

Jadi, mencari maklumat di internet sahaja.. Alhamdulillah dapat tapi format PDF la pula.. Tak boleh nak edit... Jadi MF mencari solusi untuk convert file PDF ke Word secara online percuma.

Sebelum ni pernah guna pelbagai website yang ada untuk convert tapi malangnya, dia convert tak habis.. Nak convert penuh kena langgan atau jadi ahli berbayar... Alahai.. bukan nak guna selalu.. membazir aje kalau bayar..

Dalam dok mencari.. akhirnya MF jumpa satu website percuma untuk convert file PDF ke WORD secara mudah, cepat dan senang... Bahkan bestnya dapat convert secara banyak sekali gus.. Jimat masa..

Cara Mudah Convert File PDF ke Word Secara Online Free

Caranya..

Pergi ke website ini: http://pdf2doc.com/

Bila buka je, akan keluar paparan macam kat bawah ni...

Kat menu atas tu.. boleh pilih nak covert file apa... Banyak pilihan, antaranya:
  • PDF to DOC
  • PDF to DOCX
  • PDF to TEXT
  • PDF to JPEG
  • XPS to PNG
  • PDF Compressor 
  • Combine PDF (untuk gabungkan file-file PDF jadi satu)
  • JPEG to PDF
  • Any to PDF (lain-lain format kepada format PDF)


Jadi, MF nak format PDF to DOC je.. MF pilih PDF to DOC, kemudian klik UPLOAD FILES.
Pilih je berapa file yang nak di convert. Maksima 20 file untuk sekali convert.


Convert File PDF ke Word Secara Online Free

Dah Upload, tunggu je website ni buat kerja... hingga button Download All tu tak kelabu...Maknanya boleh klik button Download All tu... kira dah habis di convert la tu. 

Klik je Download All dan simpan dalam komputer/laptop anda. 

Dia akan compress file tu dalam format WinZip atau WinRAR... 

Convert File PDF ke Word Secara Online Free

Kemudian, unzip kan file tersebut dan boleh lah edit file PDF yang telah di convert ke Ms Word tadi...

Convert File PDF ke Word Secara Online Free


Memang mudah dan memudahkan sebab boleh convert pelbagai file dan banyak file dalam satu masa.. menjimatkan dan memudahkan...

Lepas ni tak payah nak pening lagi kalau dapat file PDF... sebab dah jumpa website yang boleh convert ke Word dengan mudah...

Semoga bermanfaat.

12 Disember 2016

Disember 12, 2016

[TUTORIAL] CARA MENGATASI MASALAH TAK BOLEH CONNECT INTERNET AKIBAT DNS SERVER PROBLEM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Internet dengan blogger macam kawan karib tau... tak boleh kalau takde internet... MF ni ada internet tapi masalah baru-baru ni yang MF hadapi ialah laptop tak boleh connect internet... stress betul... kat smartphone atau tablet boleh pula...


Memula biar je.. tapi tak boleh jadi, kena cari jalan penyelesaiannya... sebab job review ada due date .. nak pinjam komputer suami.. dia pun ada kerjanya..

Akhirnya, MF cuba selesaikan sendiri berpandukan carian di google.. memang masalah betul... cari dan cuba ikut tutorial tapi dalam bahasa Indonesia... nak memahamkan dan menyelesaikan masalah dalam masa yang sama...

Setelah godek sana dan sini.. akhirnya berjaya MF selesaikannya.. rupanya masalah Internet Protokol atau singkatannya IP Address..

Baik.. MF cuba kongsikan cara penyelesaiannya tu kat sini.. kot boleh bantu orang lain yang ada masalah yang sama..

Langkah pertama..

Control Panel > Network and Sharing Center
Gambar 1
Kemudian, klik pada Change adapter settings (Rujuk Gambar 1)

Dah klik tu, carilah Internet Connection yang korang guna, sama ada WiFi ataupun kabel LAN.

Gambar 2
Macam MF guna Wireless Network Connection.. Right Click > Properties (Rujuk Gambar 2)

Kemudian, akan keluar popup window baru... seperti Gambar 3.

Gambar 3
Dah keluar seperti gambar 3 , Double Click yang MF Highlight tu iaitu Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4). Bila Double Click akan keluar lagi Popup Window lain... seperti Gambar 4:

Gambar 4

Bila keluar seperti Gambar 4. Korang pastikan yang MF highlight dengan kotak merah tu ditandakan (tick) "Obtain DNS Server address automatically" lepas tu tekan OK, OK...

Kemudian boleh cuba refresh semula laman web yang nak dibuka tu... Insha Allah boleh guna dah...

Tutorial ni untuk Window 7 Professional.. Untuk Window yang lain hampir sama je, cuma korang kena cari la di mana letaknya Internet Protokol tu.. Ubah yang tu je..

Selesai masalah.. ingatkan rosak benda apa kan.. sekali setting je.. Alhamdulillah..

05 Oktober 2016

Oktober 05, 2016

Cara Lain Untuk Follow Blog Jika Button Follow Error

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF dah lama hadapi masalah ni... Dah try klik banyak kali... Perkara ni berlaku sejak blogspot upgrade button follow dia tu la.. 


Dah refresh, clean history dan cache sama juga... Akhirnya ada terbaca cara follow lain kat blog siapa tak ingat plak... Tapi cara ni agak leceh la.. tapi ada kelebihannya juga...

Caranya: guna butang ADD kat dashboard blogger... seperti yang MF tunjukkan step di bawah ni.. 


Klik je button Add tu.. 

Masukkan URL blog yang kita nak follow.. 
boleh masukkan lebih dari satu URL.. 
Lepas tekan follow tu.. akan keluar popup macam kat bawah ni:

v
v

Klik je reload ... lepas tu korang refresh semula blog yang korang copy URL untuk follow tadi.. 
akan nampak kat button follow tu bertukar kepada unfollow... maknanya korang dah berjaya follow blog tu... 

Itu je la caranya MF dok buat sekarang ni.. terutama waktu nak join segmen atau give away.. 

03 Januari 2016

Januari 03, 2016

[TUTORIAL] CARA INSTALL JAWI/ARAB PADA KOMPUTER ATAU LAPTOP dan FREE DOWNLOAD FONT JAWI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bagi seorang cikgu agama, memang perlu tahu cara nak taip jawi ni...jadi, kena la install jawi ke komputer dan laptor untuk bolehkan dapat menaip jawi... jadi, MF nak kasi tutorial kepada sesiapa yang nak belajar taip jawi... walaupun bukan cikgu.. ataupun kepada yang nak belajar design jawi ke kan...

Jika guna Windows XP kena ada driver Windows, tapi bagi Windows Vista, Windows 7 dan ke atas tak perlu lagi driver... semuanya boleh setting sendiri je... mudah dah...

Caranya..

1. Klik START dan terus klik CONTROL PANEL.


2. Kemudian klik REGION AND LANGUAGE (Rujuk gambar di atas)

Akan keluar satu window popup macam kat bawah ni kan..


3. Klik KEYBOARD AND LANGUAGE. (Rujuk gambar di atas).

Akan keluar popup window lain... 


4. Klik ADD, kemudian akan keluar popup senarai bahasa yang ada... Cari Arabic (Saudi Arabia), tick dalam kotak kecil tu, dan klik OK. (Rujuk gambar di bawah)


Dah siap tu klik OK atau pun klik APPLY

Dah siap install la tu... 

Cara nak guna... Cuma tukarkan bahasa pada toolbar di bawah... (Rujuk gambar di bawah).



Dah ada AR, itulah bahasa Arab. Nak taip jawi, tukar je kat bawah tu kepada AR. Kalau bahasa Melayu atau English tukar kepada MS atau EN. 

Jika jawi atau arab mula dari kanan... Jadi set alligment dari kanan... Seperti yang MF bold dengan kotak merah seperti gambar kat atas, 

Dan font juga perlu tukar kepada jawi/arab, barulah fontnya yang lebih cantik..

Jadi, di sini MF nak share 108 font jawi/arab percuma khas kepada pembaca tutorial ini

Nak download, boleh klik sini: https://goo.gl/i7vjls

Dan MF share juga... Tips dan tricks nak taip simbol dalam kalimah tertentu:

sumber: JHDPicture

Semoga bermanfaat... Harap faham tutorial ringkas ni. Bagi yang dah tahu tutorial ni, kira sebagai ilmu Pengukuhan... Bagi yang baru tahu kira ilmu baru... Kalau tak faham boleh tinggalkan komen... 



11 Oktober 2015

Oktober 11, 2015

Cara Login Akaun Nuffnang Yang Disekat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nuffnang semakin memperketatkan akaunnya..  Memang patut la kan.. sebab ada maklumat penting dalam setiap akaun pemilik Nuffnang ni...

Dari URL http kepada https...

Ramai juga blogger kata tak boleh nak login sebab sistem Nuffnang yang makin ketat ni... Tapi ada cara untuk loginnya... Cuma kita kena la tanggung risiko... Terutama jika kita login guna Wifi awam.  

Cara nak login akaun Nuffnang:

1. Buka URL Nuffnang seperti biasa dan Klik Advance seperti dalam gambar dibawah.

2. Kemudian akan keluar seperti di bawah dan klik "proceed to login nuffnang (unsafe)". 


 3. Kemudian keluarlah ruang untuk kita login seperti biasa.


Mudah je kan... 

Langkah keselamatan:
Tapi sebaiknya selepas kita login, logout semula. 
Jangan buat remember password pada browser. 
Clear history dan cache pada browser selepas selesai logout akaun Nuffnang... 

Terima kasih sudi baca Cara Login Akaun Nuffnang Yang Disekat! Semoga bermanfaat. Bagi yang dah tahu, anggaplah tutorial ni sebagai ilmu pengukuhan. 

01 Januari 2015

Januari 01, 2015

Tutorial: Letak Kalimah "Bismillah" atau "Assalamualaikum" Setiap Post Entry

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Alhamdulillah... akhirnya dah tahu cara nak buat sticky note dalam setiap entry..

Dulu pernah buat, tapi kalimah Assalamualaikum.. tapi bila kita membaca kita akan sebut kalimah tu.. kita jarang jawab salam..tu kepada penulis entry... jadi, MF nk gantikan Assalamualaikum tu dengan tulisan dan kalimah "Bismillah" sahaja.. tanpa gambar... mungkin ada yang dah tahu.. tapi MF buat untuk perkongsian ni untuk blogger baru dan yang nak tahu..

Mudah je caranya.. tutorial ni takde coding


Pergi kat Setting > Post and Comment > Post Template

Copy coding di bawah ni:



Pastekan pada Post Template

Kalau nak tukarkan perkataan "Bismilaah", korang, copy dan paste dalam notepad.. edit dulu tulisan yang korang nak tukar tu dan baru paste kn post template...

Kalau nak letak gambar... guna kod ini..



URL image boleh tukar ikut kehendak masing.. banyak freebies yang blogger lain sediakan.. contohnya di sini..

Simple je.. jadi tak perlu la lain setiap kali nak tulis entry.. sebab dah siap-siap ada...
Moga bermanfaat.. tujuan MF letak perkataan Bismilaah supaya kita dapat pahala.. membacanya dan membiasakan diri dengan bismillah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan... insha Allah.. moga beroleh keberkatan... 

16 Disember 2014

Disember 16, 2014

Berjaya Kuruskan Blog!

Alhamdulillah... blog makin ringan pabila loading... tak sia-sia buang aplikasi nRelate... Sebenarnya dah lama nak buang... tapi dok fikir nak ganti dengan yang lebih sesuai,... sebab nRelate ni macam Linkwthin juga... ada kepentinganya.... tapi biasa la bila guna widget, akan menambahkan beban blog... jadi lepas MF terima email dari nRelate, yang mengatakan nRelate akan dikenakan bayaran tahun depan... terus MF buat keputusan buang aje... tapi MF tak nak guna Link Wthin sebab dah ramai yang guna... 

Jadi, MF godek coding pula... jumpa tutorial untuk buat related post di sini. Lepas buat menjadi pula... alhamdulillah... jadi, terus MF buang widget nRelate... 

Sehari selepas buat, MF cuba timbang berat blog di SINI.... dan hasilnya sungguh berbeza.. dari yang sebelumnya... 


Sebelum: bulan April 2014

bulan September, blog makin berat masa ni... 

Bulan Disember: Selepas buang widget nRelate

MF gantikan dengan widget ni:

Tutorialnya MF ikut di sini
Yang ni guna coding bukan widget,,.. mungkin sebab tu juga boleh ringankan blog... 

Akhirnya berjaya juga MF kuruskan blog... sekurang-kurang dah berada bawah paras 10.0/per second
 tuan Blog je MF nak cuba Gemukkan... hehe...

25 November 2014

November 25, 2014

Cara Kembalikan Fail Yang Hilang Akibat Virus Shortcut!

Semalam, dua kali kena buat recover file akibat terkena virus shortcut... Virus ni memang mudah merebak... Masuk je pendrive, terus semua file jadi shortcut dan tak boleh buka semuanya... Kalau tak tahu cara memang panik la.. semua file hilang... Tapi sebenarnya, file tak hilang... ada je filenya... 

Mudah je caranya untuk kembalikan file yang hilang akibat virus shortcut ni... 

Selepas scan dengan antivirus, delete buang dulu virus tu, supaya bila buka kat laptop, tak berjangkit nanti... lepas dah buang, file semua hilang dan jadi shortcut kan.. caranya...


Langkah pertama :
klik Start >> Run >> kemudian klik cmd >> lalu tekan ok
atau masuk Start >> Programs >> Accessories >> Command Prompt



Langkah kedua :
setelah masuk cmd atau command prompt biasanya directory nya ada di C:/ tapi jika yang terkena ada di drive D:/ , F:/ bahkan G:/ dengan klik di cmd misalnya F: secara automatik maka akan masuk ke drive F:/.

Contoh yang MF buat ni, pendrive ialah G, jadi taip G: kemudian tekan enter, automatik dia akan jadi G:/ dibaris yang baru...

Langkah ketiga :
Taip kan dir /a
fungsinya untuk memunculkan semua keseluruhan file terutama file-file yang ke hiden (disembunyikan).

Langkahkeempat :
Taip attrib -r -h -s /s /d

Langkah ke lima :
cek di explorer drive F:  maka disitu boleh lihat kalau data-data anda masih dalam keadaan selamat.
Lepas dah siap buat, akan jadi macam dalam gambar ni... Akan direcover dalam satu folder. Yang MF tak highlight tu, boleh delete je... tak diperlukan... 

Semua file masih ada dan tak hilang dan selamat...

Jadi, selamatlah file yang hilang... Jangan terus format pula kalau kena virus ni... masih ada caranya untuk selamatkannya...

Selamat mencuba.. :)

19 November 2014

November 19, 2014

WW ~ D.I.Y : Paper Gift Bag ~

DIY Paper Bag yang comel... senang betul membuatnya, hanya guna kertas berwarna A4 je pun... simple dan sangat bermakna...


Boleh cuba simple tutorial ni..

Kalau tak clear video ni boleh tonton di sini.

18 November 2014

November 18, 2014

Cara Download Video di Smartphone/Tablet

Aku suka download video dari Youtube... Video Upin Ipin, Pada zaman Dahulu dan beberapa video pembelajaran untuk disimpan di dalam pendrive dan boleh dipasang di dalam kereta atau di tv... sebabnya aku tak dedahkan anak-anak dengan gadjet walaupun aku punyai Tab dan Laptop... Jadi, itu cara kami bagi kakak belajar dan tonton kartun... 

Dulu, aku guna software Youtube Downloader untuk download video dari Youtube... dan hanya guna netbook atau pun laptop je... Namun, hasil perkongsian rakan-rakan sekerja di facebook, rupanya ada cara mudah untuk download video menggunakan smartphone, tablet, iPad, laptop, desktop dan segala teknologi yang boleh layari intenet... Tanpa software canggih pun... 

Caranya mudah sangat... tutorial ni, aku guna phone aku sendiri ya... smartphone sony, yang memang screen dia kecil je... tapi kecil mana pun phone, kalau smartphone kira boleh la apply tutor ni.. 

1. Buka browser yang ada di smartphone/tablet anda.
Contohnya: aku guna Google Chroome.

2. Buka Youtube dan video youtube yang nak didownload, kemudian copy URL tersebut... Cara nak copy, dengan double klik dengan cepat... nanti URL tu dihighlight dan ada simbol copy...tekan je simbol copy tu... 



3. Buka New Tab... Contoh kat bawah ni, kalau guna browser Google Chroome...


4. Taip laman web ni: en.savefrom.net


5. Paste kan URL yang dicopy tadi seperti yang ditunjukkan di bawah... 



6. Kemudian, tunggu hingga dia loading URL tu dan keluar tajuk video yang kita nak download tu... kemudian, keluar juga pelbagai jenis format video di sebelah kanan tu, dan klik sahaja format video yang kita nak download... 

7. Lepas klik tu, video tersebut akan automatik download dan disimpan dalam smartphone/tablet anda... 


Mudahkan... kaedah ni sama juga kalau download kat PC atau laptop... tak perlu install software kalau nak download... buka je link INI...

~ Selamat Mencuba ~


Nota: memang rancak lah aku download video lepas tahu cara mudah ni...