Memaparkan catatan dengan label Husband n Wife. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Husband n Wife. Papar semua catatan

03 Oktober 2018

Oktober 03, 2018

Betul Ke Mak Anak Ramai Selekeh Di Rumah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betul Ke Mak Anak Ramai Selekeh Di Rumah? | Sejak dua menjak ni dok dengar kes rumahtangga bergoyang sebab suami nampak bini selekeh di rumah.

Lepas ada juga yang kongsikan kisah artis cantik walaupun anak ramai.

Ramai lah mak bawang kata.. Alah.. Dia ada orang gaji... Duit dia banyak... Boleh la pakai cantik..

Pastu ada juga bagi alasan...

Ala.. Anak ramai.. Mana sempat nak siap lawa...

Anak Ramai .. Mana sempat nak make up.

Ada je alasan..

Tapi...

Sebenarnya, bukan alasan untuk comot di rumah walaupun anak ramai...

Tak kan lah anak kita tu tak reti penat kan...

Walaupun mandi kerbau tapi masih sempat berwangi tanpa alasan.

Bila suami semakin berusia.. Isteri wajib melawa kalau tak nak dia pandang lawa di luar. Sebab itu memang lelaki...

Nak jaga hati, kena jaga mata dia juga...


OK.. Ini tips mudah untuk bini cantik di rumah walaupun anak ramai..

7 Tips Cantik Mak Anak Ramai

1. Mandi awal pagi

Sebaiknya mandi sebelum subuh... Biasanya anak tak bangun lagi kan waktu tu... Kalau dah bangun pun.. Insha Allah sempat lagi mandi..

Tak perlu berlama di bilik mandi... Mandi, gosok gigi dan syampu rambut itu paling utama setiap hari.

2. Pakai baju paling cantik dan seksi

Tak kisah suami ada atau tak.. Pakailah yang paling cantik.

Lupakan kain batik dan T-shirt .. Kecuali jika pakaian tu yang suami suka.

Pakailah peplum ke... Kebaya ke... Bila dirumah... Dress tanpa lengan pun cantik.

Sekarang ni kat online banyak jual yang murah..

3. Tukar baju selepas buat kerja rumah

Jangan pakai baju dari awal pagi sampai maghrib...

Sebab baju tu dah berbau peluh dah..

Wajib tukar baju kalau baru lepas masak dan siang ikan...

4. Pastikan badan sentiasa wangi

Deodorant dan minyak wangi spray wajib ada kat rumah. Bukan ada je.. Tapi wajib pakai.. Berwangilah untuk suami.. Dapat pahala. Nak pula bila hampir dia nak balik kerja.. Cuba buat..

5. Solekan nipis

Tak perlu blusher dan maskara... Cukup oles bedak tipis dengan lipstick yang menyerlah. Kat rumah takpe nak pakai merah ang pun... Sebab yang digoda suami sendiri..

6. Rapikan anak

Jangan biarkan anak-anak nampak selekeh... Pakaikan baju yang kemas... Jika comot tukar. rambut bersikat.

7. Rumah kemas

Anak memang suka sepahkan rumah. Bukan rumah ada anak la kalau berkemas sentiasa je kan. Tapi, kalau dekat suami nak balik rumah.. Pastikan rumah kemas... Wangi... Sebaiknya... Latih anak sepahkan mainan satu tempat. Sediakan bilik atau ruang khas untuk dia sepahkan barang. Rumah nampak kemas dan kita pun tak penat nak kemas rumah banyak kali.

Orang lelaki ni dia bukan nak sangat solekan tu yang penting kemas, bersih dan bonusnya adalah seksi.

Kalau biasakan dari sebelum ada anak.. Insya Allah. . Lepas ada anak pun akan terbiasa dengan rutin macam ni.

Dan sememangnya, semua perkara tu kena ada sokongan suami.. Terutama buat suri rumah tak bekerja... Tapi sekarang ni kebanyakan suri rumah dah ada pendapatan sampingan sendiri...

Boleh aje beli keperluan tu sikit-sikit...

Tapi sebenarnya, suami lah yang kena laburkan sikit duit untuk rapi kan isteri... Jangan kedekut ya bang...

Dan selebihnya doa dan doa serta teruskan bercinta dan pupuk cinta hingga akhir hayat... 

27 September 2018

September 27, 2018

Rupanya Suami Yang "Sihir" Isteri Sendiri Hingga Rumahtangga Bergolak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



PERHATIAN DAN PRIHATIN

Kurang lebih 2 tahun lepas, sang faqir menerima panggilan telefon oleh seorang lelaki, yang juga seorang pengusaha bas ekspress.

Sang faqir gelar akannya dengan Encik S. Perbualan awal dalam telefon.

Encik S: Assalamualaikum ustaz.

Sang faqir : Waalaikummussalam WarahmatULLAHi Wabarakaatuh.

Encik S : Ustaz, saya S. Dapat no tel ustaz dari kawan saya, saya ada masalah. Difahamkan ustaz boleh mengubat orang. Minta ustaz bantu saya.

Sang faqir : Sya tak pandai mengubat orang. Ikhtiar, insyaALLAH. Ada masalah apa ye?

Encik S : Begini, rumahtangga saya ada masalah. Dalam rumah panas saja (aduan standard), asyik bergaduh saja saya dengan isteri.

Sang faqir : Ooo gitu, kena pasang aircond kot. Baru sejuk.

Encik S : Bukan masalah aircond nie ustaz, nie masalah sihir nie, ramai ustaz saya dah pergi, semua cakap sihir.

Sang faqir : Oo sihir. Macam nie lah Encik S. Kita set appointment, Encik S dengan isteri kena datang ke klinik saya. Kita periksa masalah sebenar, boleh?

Encik S : Ok, boleh ustaz.

Temujanji ditetapkan. Tiba hari yang telah dijanjikan. Encik S dan Puan N hadir ke klinik TIAF. Mereka dijemput masuk dan duduk di dalam bilik konsultansi.

Sang faqir : BismILLAH. Ok, boleh saya tahu apa masalah ya?

Encik S : Saya mulakan dulu ye ustaz. Begini, saya dan isteri selalu gaduh. Asal saya balik rumah saja, mesti jadi panas, nak gaduh saja. Kami dah kena sihir.

Sang faqir : Macam mana boleh kata gitu?

Encik S : Dah pergi banyak tempat dah. Semua ustaz cakap sihir.

Sang faqir : Kalau macam tu, mesti dah selesai, kan?

Encik S : Masih belum ustaz, makin teruk adalah. Saya syak isteri saya nie kena sihir.

Sang faqir : Puan N, ada hendak kongsi apa-apa?

Puan N hanya menggelengkan kepala.

Encik S : Haa, macam tu lah dia ustaz, kalau tanya apa-apa, itu sajalah yang dia tahu. Diam, geleng. (Sambil mendengus). Minta ustaz keluarkan jin-jin pada dia.

Sang faqir : Sabar Encik S. Macam nielah. Saya yakin dan berani jamin, ini bukan kes sihir. Amat-amat pasti.

Encik S : Betul ke nie ustaz? Takkan kot. (Menampakkan wajah ragu-ragunya)

Sang faqir : Betul. Begini, boleh saya tahu Encik S dan Puan N ada berapa orang anak?

Encik S : Ada 5 orang, ustaz.

Sang faqir : Ok, rata-rata umur berapa? Siapa yang jaga dan uruskan?

Encik S menguit Puan N tanda arah supaya menjawab.

Puan N : Saya, ustaz. Yang sulung umur 12 tahun, yang bongsu 4 tahun.

Sang faqir : Ok. Encik S, selalunya balik rumah pukul berapa?

Encik S : Saya balik rumah tak tentu ustaz. Kadang-kadang tengah malam, takpun lewat malam. Tengoklah kalau bas semua ok, awallah sikit saya balik.

Sang faqir : Awal tu jam berapa?

Encik S : Dalam jam 11 lebih kurang.

Sang faqir : Jadi, urusan anak-anak, rumah, memang Encik S serah sepenuhnya pada Puan N?

Encik S : Terpaksalah ustaz. Dulu pernah ada maid, maid pula lari.

Sang faqir : Puan N ada hendak cakap apa-apa?

Puan N hanya menggeleng sahaja.

Sang faqir : Beginilah, sebenarnya masalah ini timbul disebabkan keletihan Puan N uruskan rumah. Encik S balik rumah waktu semua orang dah tidur, tenang. Puan N tiada tempat melepaskan letihnya.

Encik S : Saya nie sibuk ustaz. Mana sempat nak bantu hal-hal di rumah.

Sang faqir : Encik S, dunia nie tempat untuk kita sibuk. Sibuk paling penting adalah sibuk untuk mengisikan masa dengan amalan kebaikan. Dan kalau kita mengaku kita sibuk, kita masih lagi ada kelapangan. Kerana manusia yang benar-benar sibuk dalam dunia ini adalah RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam.

Encik S : Nak buat macam mana ustaz, memang saya sibuk.

Sang faqir : Maaf saya bertanya hal peribadi sikit. Boleh?

Encik S : Boleh ustaz

Sang faqir : Dalam seminggu berapa kali Encik S melakukan hubungan kelamin?

Encik S : Hmm, dalam 2 kali seminggu, ustaz.

Sang faqir : Bermaksud, Encik S bukan orang yang sibuk, kerana orang yang sibuk tidak akan terfikir langsung tentang seks. Puan N, maaf saya bertanya. Kenapa Puan N tak berterus terang pada Encik S, yang Puan letih?

Puan N : Saya dah penat ustaz. (Puan N mula bersuara). Saya penat dengan kerja rumah, saya penat dengan tuduhan suami saya, cakap saya ada jin. Saya dah penat sangat ustaz, saya dah tak tahu hendak buat apa. (Puan N tertunduk menangis).

Sang faqir : Encik S dah dengar? Itulah sihir yang sebenar, yang ramai ustaz di luar rumah tak mampu buang, tapi ustaz dalam rumah yang patut selesaikan.

Encik S : Apa lagi patut saya buat? Semua saya dah sediakan.

Sang faqir : Perhatian dan Prihatin. Itu sahaja yang perlu Encik S buat. Dan 2 perkara yang telah hilang sekian lama dalam rumah Encik S. Dan 2 perkara itu juga adalah aircond dan kipas dalam rumah Encik S yang Encik S cakap panas tadi.

Encik S terdiam dan kelihatan resah.

Sang faqir : Inipun dalam Encik S asyik sibuk nie, silap-silap ada niat hendak pasang cawangan lain.

Encik S seumpama menelan batu, dan tidak lepas di tekak.

Sang faqir : Ke saya salah Encik S?

Encik S : Memang betul ustaz, saya ada niat nak kahwin lagi. Yerlah, sunnah kan, poligami nie. Lagipun saya mampu.

Sang faqir : Encik S, kita tidak demam tapi kita suka-suka hati telan panadol? Apa jadi ya?

Encik S : Mengantuk kot. Dah tak demam, nak telan panadol buat apa. Tapi apa kaitan?

Sang faqir : Memang ada kaitan. Encik S tiada keperluan untuk poligami, tapi hendak poligami, itu dah jadi kehendak. Air kopi yang sedia ada masih belum habis diminum, tiba-tiba kita hendak minum teh tarik di meja lain pula, apa maksudnya?

Encik S : Tapi saya mampu ustaz. Dia (tunjuk pada Puan N) yang tak bagi.

Sang faqir : Mampu pada faham Encik S tak sama dengan mampu pada takrif agama, Encik S mungkin mampu dengan nafaqah zahir, mampu nafaqah batin, tapi nafaqah tarbiyyah macam mana? Anak-anak berapa kali khatam Al Quran? Ilmu Tauhid macam mana? Encik S lebih tahu jawapannya. Dan masalah panas dan semakin panas ini mula daripada Encik S ajukan niat Encik S kan?

Encik S : Rasanya gitulah, ustaz.

Sang faqir : Begini Encik S, memang poligami itu sunnah. Tetapi perlu faham kepada siapa? RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam ada sifat fatonah iaitu bijak dalam setiap perbuatan, janganlah kita mencemarkan sifat tersebut dengan kejahilan kita. Maksud saya, sunnah kena belajar sungguh-sungguh, faham sungguh-sungguh. Encik S tahu sunnah ada berapa jenis?

Encik S : Sorry ustaz, tu semua saya tak tahu, tak sempat belajar. Lagipun saya bukannya ustaz.

Sang faqir : Haa, situ pun dah silap, hendak jadi orang yang berilmu tidak semestinya kena tunggu ada cita-cita nak jadi ustaz. Beginilah Encik S, hendak selesaikan semua perkara ini mudah sahaja.

Encik S : Macam mana tu?

Sang faqir : Encik S latih diri untuk beri perhatian dan prihatin pada keluarga terutamanya pada Puan N, jika tiada masa untuk bantu dia di rumah sekalipun, luangkan masa berbual dengannya. Jika Encik S boleh buat semua ini, semua sihir yang Encik S anggap ada selama ini, akan hilang terus. Puan N, betul tak yang saya sebut tu?

Puan N : Betul ustaz. Saya takde kawan, setiap hari bosan, hujung minggu pun bosan, saya macam tunggul dalam rumah. Entahlah. (Sambung menangis).

Sang faqir : Sabar Puan N. Encik S, saya rasa tugas saya dah selesai. Saya minta Encik S selesaikan sebaiknya dengan Puan N. Jangan sampai Puan N buat novel " Suamiku lelaki egois" pula. (Puan N tertawa kecil)

Konsultansi tamat setelah hampir 1 jam setengah di dalam bilik. Encik S dan Puan N pulang dengan membawa bekalan bebelan dari sang faqir.

Pesanan kepada yang ingin membuat temujanji dengan sang faqir untuk masalah rumahtangga dan ingin mengaitkannya dengan masalah jin, mohon kenalpasti masalah sebenar dahulu, kerana bimbang kalian terpaksa menadah telinga mendengar sang faqir membebel.

Wahai suami, pimpinlah tangan isterimu ke Syurga ALLAH.
Wahai isteri, genggamlah tangan suamimu ke Rahmat ALLAH.
Wahai anak-anak, eratkanlah pautan tanganmu pada ibubapamu ke Redha ALLAH.

Semoga ALLAH amankan rumahtangga sekalian umat Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dengan Rahmat dan RedhaNYA.

Wassalam.

Kredit: Facebook

08 April 2018

April 08, 2018

Misi Mencari Mr. and Mrs. Perfect

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Misi Mencari Mr. and Mrs. Perfect

Seorang anak murid yang bernama Ahmad menemui gurunya lalu menyatakan hasrat ingin berkahwin.

Kemudian Ahmad bertanya kepada gurunya "Ciri ciri perempuan bagaimanakah yang boleh aku jadikan isteri?"

Gurunya menjawab "Beginilah, engkau masuk ke dalam hutan ini, kemudian engkau cari satu tumbuhan yang baik akarnya, sihat pokok dan daunya serta bau bunganya yang harum. Pilihlah yang terbaik dan engkau bawalah pulang. Tetapi ingat! Hanya satu tumbuhan sahaja yang engkau perlu bawa pulang"

Setelah mengangguk faham akan arahan tersebut, Ahmad pun mula menelusuri hutan yang tebal untuk mencari cari tumbuhan yang dikehendaki oleh gurunya.

Maka banyaklah tumbuhan yang ditemui oleh Ahmad sepanjang perjalananya di dalam hutan itu.

Ada tumbuhan yang kalau pun elok daun dan bunganya, tetapi buruk pula akarnya. Begitu juga ada yang ditemui harum bau bunga dan elok akarnya tetapi daun pula rosak telah dimakan ulat.

Ahmad terus berusaha mencari sehinggalah dia menemui tumbuhan yang elok sekali akarnya, bersih dan sihat pula pokok serta daunya. Tetapi amat malang kerana bunganya tidak berbau harum.

Ahmad menyukai tumbuhan tersebut tetapi terdetik pula dalam fikirannya, "Ah! Nantilah dulu. Lebih baik aku cari yang lain. Barangkali dihadapan sana nanti ada tumbuhan yang sama seperti ini dan bunganya pula harum"

Ahmad terus berjalan sehingga lelah tetapi masih juga tidak menemui tumbuhan yang lain sama seperti yang dia sukai tadi.

Oleh kerana Ahmad tidak menemui tumbuhan yang lebih baik, dia nekad untuk kembali dan mencari tumbuhan yang dia sukai tadi untuk dibawa pulang.

Tetapi amat malang sekali kerana dia tidak menemuinya. Puas dia mencari, tetapi tetap hampa.

Akhirnya Ahmad terpaksa pulang. Lalu diambilnya tumbuhan yang dirasainya okay yang ditemuinya dalam perjalanan pulang  untuk dipersembahkan kepada gurunya.

Dengan badan yang lelah ditambah sedikit kecewa, terpaksa juga Ahmad menemui gurunya untuk mempersembahkan hasil tumbuhan yang ditemuinya.

Ahmad tidak menunggu lama, lalu menceritakan segala galanya tentang misi pencarian serta penat lelah mencari tumbuhan yang dikehendaki oleh gurunya itu.

Tidak Akan Engkau Temui Kesempurnaan Pada Pasanganmu

Lalu gurunya berkata "Begitulah dalam kita mencari pasangan hidup. Jika engkau mencari kesempurnaan pada pasanganmu, maka engkau tidak akan sama sekali menemuinya. Hidup sebagai suami isteri itu adalah kehidupan yang lengkap melengkapi. Apa yang kurang pada isteri, suamilah yang akan melengkapinya. Begitu juga sekiranya suami mempunyai kekurangan, isterilah yang akan melengkapinya. "

Wujudkah Mr. and Mrs. Perfect? 


Mungkin cerita ini seringkali kita telah baca dan dengar. Walaupun berbeza watak mahupun jalan cerita, tetapi mesejnya amat jelas sekali. "Tidak akan engkau temui kesempurnaan pada pasanganmu"

Mana mungkin ada manusia yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi SAW.

Oleh kerana itu, yang belum punya pasangan, carilah pasangan menurut garis panduan yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Yang telah berumahtangga, jaga dan pertahankanlah hubungan kekeluargaanmu itu.

Kita ini manusia biasa dan pasti banyak sekali kekurangan ketika kita hidup bersama pasangan kita.

Akuilah diri kita ini penuh kekurangan. Lalu biarlah kita menjadi pelengkap kepada hidup pasangan kita dan pasangan kita melengkapi hidup kita.

Suburkanlah Iman dan Taqwa dalam diri kita dan pasangan. Demi Allah! dengan kerana ini sahaja, tidak ada yang lain lagi akan menjadi penguat hubungan kita dengan pasangan.

Maka Allah akan campakkan pula sakinah (ketenangan) dan kasih sayang ke dalam dada kita dan pasangan yang mana akhirnya kita akan merasai kebahagiaannya hidup sebagai suami isteri. Wallahu a'lam.

Peringantan bagi diri!

Kredit : #AkhiAdifGorment via Telegram Channel

Tak kan ada Mr. dan Mrs. Perfect dalam perkahwinan... Yang menjadikan perfect sesebuah perkahwinan ialah saling melengkapi antara pasangan. 

07 April 2018

April 07, 2018

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan | Rumahtangga dan perkahwinan, bukan sesuatu yang sentiasa indah. Banyak duri ranjau yang perlu ditempuh. Setiap pasangan yang kahwin, mesti anggap itulah perkahwinan pertama dan terakhir. Jadi, sebolehnya akan jaga perkahwinan tu sedaya mungkin. Namun, bukan mudah nak mengekalkan kerukunan rumahtangga.

Banyak cabaran dalam berumahtangga ni... Baik isteri atau suami pasti akan diuji dengan kesetiaan, sikap, kesabaran dan kekuatan kasih sayang. Sesekali bergaduh tu biasa... Tapi bahaya jika selalu bergaduh...

Perhatikan rumahtangga kita, andai ada 5 tanda ini, kita harus berwaspada kerana itu petanda awal kemusnahan rumahtangga.

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan 

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan

#1 Kurangnya Sentuhan Suami Isteri

Suami sudah jarang sentuh isteri. Isteri juga sudah tidak berminat untuk bermanja-manja dengan suami. Sentuhan kasih sayang antara suami dan isteri semakin hari semakin kurang. Kurang sentuhan ni termasuk juga kurangnya hubungan kelamin. Kemesraan semakin menghilang.

#2 Kurang Komunikasi Antara Suami Isteri

Suami sudah malas nak bercakap dengan isteri. Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami. Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangngan. Hubungan menjadi hambar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran atau kawan.

#3 Banyak Kritikan Negatif

Suami asyik kritik isteri sahaja. Pujian langsung tak diberi. Isteri pula memandang rendah pada suami. Isteri mula hilang rasa hormat pada suami.

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan

#4 Kerap Berlaku Pertengkaran

Pertengkaran berlaku setiap hari. Pertembungan antara suami dan isteri tidak dapat dibendung lagi. Suami tunjuk ego, isteri keras kepala. Tiada langsung kata sepakat. Masing-masing nak tunjuk hebat.

#5 Suasana Rumahtangga Yang Suram

Suami tak suka balik ke rumah. Kalau balik pun, muka masam mencuka. Tiada lagi senyum ceria. Komunikasi dah out. Isteri pula lebih senang suami tak pulang.

Jika tiada Alhamdulillah..tetapi jika ada, baikilah secepatnya perhubungan suami isteri sedaya mungkin. Letakkan AGAMA di tangga TERATAS...InsyaaAllah segalanya akan bertambah baik dengan izin-Nya. Kembali kepada Allah, insya Allah segalanya indah....

Kesian kepada anak-anak jika rumahtangga musnah. Banyak sangat kes pasal anak terabai akibat penceraian di akhir zaman ni.. Penceraian bukan trend.... Jangan biarkan syaitan bergolek suka kerana kemusnahan rumahtangga kita. Peliharalah rumahtangga, terima kelemahan diri masing-masing dan kenang kembali waktu zaman bercinta dulu... Insha Allah, segalanya pasti boleh diselamatkan. 

07 Mac 2018

Mac 07, 2018

6 Nasihat Untuk Isteri Yang Nak Kaya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

6 NASIHAT UNTUK ISTERI

Umamah binti al-Haris menemui puterinya lalu berpesan kepadanya dengan suatu pesan yang menjelaskan dasar-dasar kehidupan yang bahagia dan kewajipannya terhadap suami yang patut menjadi ikutan bagi para-para isteri

6 Nasihat Untuk Isteri Yang Nak Kaya

Ia berpesan:

Peliharalah untuknya 6 perkara, nescaya ini akan menjadi kekayaan bagimu. 

1. Tunduk kepadanya dengan qana’ah (merasa cukup), serta mendengar dan patuh kepadanya sepanjang masa

2. Memperhatikan mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat suatu keburukan darimu dan jangan sampai mencium darimu kecuali aroma yang paling harum.

3. Memperhatikan tidur dan makannya, kerana terlambat makan akan membuat hatinya bergejolak dan menggagalkan tidur itu membuat ia marah.

4. Menjaga hartanya dan memelihara keluarga dan kerabatnya. Inti perkara berkenaan dengan harta ialah menghargainya dengan baik, sedangkan berkenaan dengan keluarga ialah mengaturnya dengan baik.

5. Jangan menentang perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana jika engkau menyelisihi perintahnya, maka hatinya menjadi kesal dan jika engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau tidak merasa aman terhadap pengkhianatannya.

6. Janganlah engkau bergembira di hadapannya ketika dia bersedih dan jangan pula bersedih di hadapannya ketika dia bergembira

Sumber: Telegram Channel

Inilah wanita yang kaya dan betul-betul kaya... mereka kaya di akhirat sana dan boleh pintu syurga yang disediakan... Memang hebat betul wanita yang dapat ikut 6 nasihat.. 

04 Februari 2018

Februari 04, 2018

5 Tanda Isteri Penat Yang Suami Patut Tahu dan Cara Atasinya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tanda Isteri Penat Yang Suami Patut Tahu dan Cara Atasinya | Isteri banyak pengorbanannya dalam rumahtangga. Isteri ni ibarat jantung sebuah keluarga. Tanpa isteri, rumah jadi suram dan kusam tak bermaya. Kalau tak percaya, tanya lah mana-mana orang lelaki, keadaan bila isteri dia sakit. Tak pun isteri dalam pantang. Tak seronok kan.


Tapi isteri ni walaupun sakit macam mana dia boleh jadi sangat kuat. Dari mana kekuatan tu kadang tak tercapai dek akal. Macam baru-baru ni, lepas habis sesi jaga anak demam selama 2 minggu... Giliran MF pula demam... Tapi tak rasa demam... Cuma macam letih sangat. Sekali periksa guna termometer 39.5 suhunya. Terkejut kau.. 😅.. barulah telan Panadol dan suami suruh tidur. Alhamdulillah... Dah kebah .. sambung buat kerja rumah semula.

Itulah bukti... Demam pun kadang tak sedar... Sebenarnya, kepenatan isteri boleh menjejas hubungan rumahtangga kalau suami tak faham yang isteri dia penat. Tambahan kalau suri rumah sepenuh masa. Memang takde masa nak rehat goyang kaki kalau anak lebih dari sorang terutamanya. Macam lipas kudung buat kerja.


Jadi, suami la kena faham yang isteri dia penat sebenarnya bila ada 5 Tanda ini.

5 Tanda Isteri Penat Yang Suami Patut Tahu dan Cara Atasinya


Tanda isteri penat

1. Kuat membebel

Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa. Benda sekecil apa pun boleh jadi punca si dia untuk menjadi marah dan beremosi. Pasal air tumpah, dia punya marah macam nak terbalik dunia.

2. Menangis 

Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab. Ye, bila isteri penat sangat dia akan menangis sendiri... Suami kena lah faham... Kadang dia mengelak... Nangis ke? Eh tak lah... Mata masuk habuk... Jadi, kaum suami kena faham la tu ye.. Tu tanda dia penat lah tu.

3. Mudah jatuh sakit.

Kerap demam, sakit badan, migrain.. itu tanda isteri penat sangat. Dia penat fizikal dan emosi juga. Jadi, suami berilah peluang untuk isteri berehat. Contohnya, dalam seminggu berikan cuti memasak bagi dia.. suami pula ambil alih tugas tu.. pasti dia suka.

4. Wajah jadi redup tak bermaya. 

Wajah kusam, banyak jerawat dan tak bermaya.. itu tanda penat melampau. Kalau bersolek sekali pun tak kan boleh naik seri dah... Sebab letih sangat. Tapi kalau penat sangat mana mampu nak make up bagai kan.. jadi, suami kena faham jangan tau komplen je.

5. Selera makan yang berubah

Bila badan terlampau penat, akan hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau. Asyik nak makan je... Ada isteri bila penat dia tak lalu nak makan, ada yang sebaliknya... Jadi, ini menyebabkan dan punca badan isteri kurus atau gemuk tanpa sedar.
.
.
.
Info ekstra

Marahkan anak tanpa sebab

Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak. Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi.

Ini tanda paling jelas bila isteri penat. Dia akan jadi pemarah yang melampau. Bahkan boleh sampai tahap mendera tanpa sedar. Itu sebab ada kes ibu dera anak tu.. jadi jangan hairan.

Apa Yang Boleh Buat Bila Isteri Anda Tanda Ini?

1. Peluk

Bila isteri penat buat kerja, peluklah dia dengan penuh kasih sayang. Bau badan suami tu, perfume yang paling menenangkan pada isteri... Tapi mandi dululah kalau baru balik kerja tu... 😁

2. Bantu dia buat kerja rumah.
Sumber: Google image

Ambil alih tugas buat kerja rumah atau lakukan kerja rumah bersama-sama. Bila dia tengah memasak atau panas kan lauk .. suami jaga anak. Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan... Barulah damai rumahtangga. 😊

[Baca] 10 Perkara Yang Isteri Suka Suami Buat

3. Berikan ruang untuk dia lakukan apa yang dia suka ("me time")

Yang ni impian semua para isteri. Me time atau masa untuk bersendirian. Berikan ruang untuk isteri lakukan apa yang dia suka. Macam MF sendiri, dapat tidur tanpa gangguan itu satu me time Yang paling best... 😀

4. Ajak dia shopping

Shopping ni mana perempuan yang tak suka. Boleh dikatakan majoriti perempuan suka shopping. Jadi, nak rehatkan isteri ajaklah dia shopping walaupun sekadar pergi pasar malam atau kedai RM2.12. hehe

5. Layan luahan hati dia

Jadilah pendengar yang setia. Bila suami balik kerja, dah rehat tu tanyalah dia apa aktiviti dia kat rumah sepanjang hari tu.. biarkan dia bercerita tentang apa sahaja yang dia rasa dia nak luahkan.

Itulah yang MF boleh kongsikan bersama berdasarkan pengalaman sendiri sebagai isteri dalam melayari kehidupan rumah tangga.

Walaupun suami MF banyak dok kat rumah, kerja di rumah tapi kerja rumah MF Buat juga... Buat totally suami buat. Suami buat masa MF keluar kerja je... Hujung minggu, memang sepenuhnya MF akan buat... Tapi, MF enjoy je...

Sebenarnya, ustaz selalu pesan, buat kerja rumah ikhlas kerana Allah InshaAllah tak penat. Kalau kita buat untuk suami, sebab tanggungjawab kita sebagai isteri, kita akan rasa penat.

Selain tu, Nabi s.a.w pernah bersabda dan berikan tips kepada Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah s.a.w yang merungut penat dengan kerja rumah sebagai isteri. Petuanya iaitu, amalkan zikir ini...

سبحان الله   33
الحمدلله 33
الله اكبر 33

Mudah bukan.. jadi, jom amalkan bersama. Moga Allah berikan kita kekuatan dan kesabaran untuk menjadi isteri solehah di akhir zaman ini... 

03 Februari 2018

Februari 03, 2018

8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham | Lelaki dan wanita makhluk istimewa yang Allah ciptakan di dunia ini. Hingga kiamat pun  lelaki dan wanita adalah 2 makhluk yang berbeza  tapi dapat hidup bersama.

Walaupun dalam boleh hidup bersama tu, sering terjadi perbalahan dan  antara lelaki dan wanita. Maksud hidup bersama ni bukan dalam konteks suami isteri sahaja, tapi termasuk hidup bersama menjalani kehidupan sebagai rakan sekerja, rakan sosial dan sahabat.

Kenapa wanita dan lelaki sering bertelagah? Ini sebab ada perbezaan komunikasi antara lelaki dan wanita. Dalam komunikasi lelaki lebih banyak menggunakan otak kiri; wanita pula menggunakan otak kanan dan kiri. Ini menunjukkan bahawa kaum wanita mempunyai lebih kapasiti dan kompleksiti dalam penggunaan bahasa. Jadi, tak hairanlah kalau wanita banyak bercakap berbanding lelaki.

 8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham


8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham

Selain itu, cara berkomunikasi lelaki dan wanita juga berbeza dalam beberapa perkara, iaitu:

1. Sekumpulan wanita boleh bercakap pada masa yang sama kerana wanita bercakap dan mendengar lebih pantas berbanding lelaki. 
Sebab itu bila lelaki bercakap dengan wanita bercakap akan berlaku sedikit pertelingkahan. Sepatutnya, bila wanita bercakap, lelaki kena bercakap untuk beri respon. Tapi bila lelaki bercakap, wanita kena diam tapi ianya berlaku sebaliknya.

Contoh dalam komunikasi suami isteri... Bila isteri bercakap, suami diam, isteri akan marah sedangkan suami diam sebab sedang dengar apa yang suami cakap, tapi isteri tak faham dia marah suami dia diam sebab wanita bila bercakap kita kena respon dengan apa yang dia cakap. 😁

2. Wanita bercakap dalam nada yang lebih perlahan serta menggunakan pitch dan lenggok untuk menekankan sesuatu. Nada percakapan lelaki lebih kuat dan menggunakan kelantangan untuk memberi penekanan.

Itulah yang akan berlaku, bila suami cakap tegas sikit isteri ingat suami dia marah dia.. hehe...

3. Lelaki lebih cenderung membuat keputusan sendiri berbanding wanita yang memilih kata sepakat.

Ini biasa, isteri nak pilih apa, biasa dia akan tanya pendapat suami... Tapi jarang suami nak tanya pendapat isteri dalam membuat sesuatu keputusan.

Tengok perempuan nak pilih handbag kat shopping mall dia boleh ambil gambar dan post kat Facebook Tanya kawan Facebook dia... Yang mana banyak Like Yang tu dia beli.. 😁

4. Bercerita tentang perasaan, kehidupan peribadi dan perhubungan adalah sukar bagi lelaki berbanding wanita kerana ia menggambarkan kelemahan dan merendahkan status mereka sebagai jantina yang dominan.

Ini terbukti... Kalau tengok page luahan suami isteri, wanita yang mendominasi kan... Tengok ajelah page KRT di Facebook tu... Wanita lebih ramai dan banyak kisah luahan pasal isteri lebih banyak dari kisah luahan suami.

5. Dalam perbualan, wanita suka membuat perkaitan; lelaki pula suka berdebat.


6. Wanita menunjukkan keprihatinan dan cuba mewujudkan empati dan sokongan kepada orang lain, manakala lelaki cuba untuk membetulkan keadaan dan memberi nasihat.

Wanita lebih kepada emosi dan perasaan manakala lelaki pula lebih kepada rasional.


7. Wanita lebih gemar mengambil masa untuk berbincang dan meneroka semua aspek akan sesuatu topik. Lelaki pula mahu menyelesaikan masalah dengan cepat dan selalunya tidak mengkaji situasi sepenuhnya.

Lelaki ni dia malas nak fikir banyak sebab banyak benda dia nak fikir... Jadi, sesuatu tu dia nak cuba selesaikan dengan cepat.. tapi wanita ni dia fikir jauh dan dalam... Kalau macam ni, macam ni. Begini dan begini... Itu kadang lambat dapat kata putus bila tanya isteri...

8. Salah satu cara wanita mengukuhkan perhubungan ialah dengan membincangkan masalah dan meminta pandangan orang lain.

Ya, ini realiti yang para suami kena faham. Bila ada masalah rumahtangga, berbincang dengan isteri... Isteri ni dia tak suka nak pendam dan simpan.. jadi, jadilah pendengar yang setia dan luahan hati dia dan bincanglah bila ada masalah bersama.

Sebab tu wanita dia post kat KRT tu jika suami dia jenis yang tak reti berbincang tu...

Itu MF kongsikan 8 fakta komunikasi lelaki dan wanita yang berbeza. Disebabkan perbezaan ini selalu jadi salah faham kan... Tapi, isteri dan suami saling belajar memahami antara satu sama lain, walaupun sampai kiamat kita tak kan faham. Namun, dengan sifat tolak ansur dan sabar InshaAllah rukun dalam rumahtangga itu dapat dipelihara hingga ke syurga.

01 Februari 2018

Februari 01, 2018

64 Cara Yang Suami Boleh Buat Untuk Gembirakan Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


64 Cara Yang Suami Boleh Buat Untuk Gembirakan Isteri


64 Cara Yang Suami Boleh Buat Untuk Gembirakan Isteri

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :

1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Penghias
13. Stylist
14. Sexologist
15. Pakar sakit puan
16. Ahli psikologi
17. Pembasmi perosak
18. Psikiatri
19. Penyembuh
20. Pendengar yang baik
21. Penganjur
22. Bapa yang baik
23. Sangat bersih
24. Bersimpati
25. Olahraga
26. Pemanas
27. Pemberi perhatian
28. Gagah
29. Pintar
30. Lucu
31. Kreatif
32. Penggoda
33. Kuat
34. Pemahaman tinggi
35. Toleransi tinggi
36. Berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. Mampu
39. Berani
40. Pembuat keputusan
41. Berkata benar
42. Boleh dipercayai
43. Bersemangat

TANPA lupa untuk:

44. Kerap memberi pujian
45. Pergi membeli-belah dengannya
46. Jujur
47. Menjadi sangat kaya
48. Tidak terlalu menekan
49. Tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. Memberikan banyak perhatian kpdnya
51. Memberikan banyak masa kpdnya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. Memberi beliau banyak ruang
53. Tidak pernah imbang tentang di mana dia pergi.

Namun yang paling penting.

INI SANGAT PENTING

54. Tidak pernah lupa hari lahirnya
55. Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. Mesti alim dan
57. Tolong buang sampah dan
58. Cuci keretanya
59. Bayar cukai jalan dan
60. Bawa melancong dan
61. Jangan LEBIH tidur dan
62. Makan habis2 masakan dia dan
63. Bila nak tidur cakap i luv u dan
64. Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..

Dan oh ya anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau…

Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.

Jika anda rasa tak mampu nak jadi semua, jangan tinggal semua.. Tapi kalau anda mampu buat semua, pasti isteri anda adalah orang yang paling bahagia... Senyum sampai ke telinga punya.

Bagi yang belum kahwin mungkin kata susahnya..  Tak Susah mana jika anda betul-betul bersedia nak jadi suami. 

16 Januari 2018

Januari 16, 2018

Pintu Syurga Isteri, Ada Je Kat Rumah Tapi Ramai Isteri Tak Nampak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pintu Syurga Isteri, Ada Je Kat Rumah Tapi Ramai Isteri Tak Nampak! 


Isteri, memiliki pintu syurga di rumahnya.

Pintu itu boleh mengantar dia ke syurga atau   melemparkannya menuju ke neraka.

Pintu itu hanya satu, SUAMI..

Isteri yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid  dalam peperangan di jalan Allah Ta'ala.

Setiap isteri melayani suaminya,   maka perbuatannya akan meninggikan darajatnya di sisi Allah Ta'ala.

Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri   adalah melayani suami dan anak²nya.

Lebih utama dari ibadah sunnah apa pun.

Sebab itu amat rugi sekali wanita yang :

- Sibuk dengan dzikir, tetapi suaminya terlantar tak dipikir.

- Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan.

- Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut.

- Berdebat, bicara kasar, menipu, berbohong, menyakitinya,  memandangnya dengan pandangan rendah, meninggikan suara …

🌹 Laa haula wa laa quwwata illa billaah...

Wahai para isteri …

√ Tiada guna solatmu...

√ Tiada guna majlis ilmu yang kau hadiri...

√ Tiada guna Shaum/ puasamu...

√ Tiada guna dzikirmu...

√ Tiada guna hajimu...

√ Tiada guna bacaan al-Quranmu...

√ Tiada guna sedekahmu...

Jika kalian tidak taat kepada suami kalian...

Ketaatan isteri pada suami adalah jaminan syurganya.

 Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya,   maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Bukhari Muslim)

Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini.

Dalam riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat malaikat hingga pagi hari.

“Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, kemudian si isteri tidak mendatanginya, dan suami tidur dalam keadaan marah, maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.”
(HR Bukhari Muslim)

√ Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik.

√ Selagi ada kesempatan minta maaflah.

√ Jadilah isteri yang baik,...

√ Jika memang yang kau tuju syurga,...

Itulah jalannya....

Carilah redha suamimu,..

Semoga Allah Ta'ala menyelamatkan kita semua  dari perbuatan yang boleh mendatangkan murka-Nya.

Baik yang kita sedari, atau tidak kita sedari.

Dalam hadits juga diketemukan,
“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya.

Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.”
(HR. Ahmad).

Semoga masih ada manfaatnya untuk menjalani hidup sebagai Hamba ALLAH SWT sampai jelang akhir hayat.

Aamiin Allahumma Aamiin.

Olahan dari : Facebook Usrah Wanita Solehah

Sumber : Google images 

Selalu ustaz pesan... Perempuan ni nak masuk syurga senang... Solat, puasa, jaga maruah dan taat suami...

Bab solat puasa tu memang tak dinafikan, semua wanita dan isteri mampu buat. Bahkan solat sunat sekalipun.. Kalau tengok solat terawih kan.. Wanita berlumba nak solat kat masjid... Sama juga dengan puasa... Berlumba nak puasa enam.. Tapi ramai wanita kecundang nak buat syarat ketiga dan keempat...

Nampak senang jaga maruah. Maruah kat sini bukan sekadar jaga pandangan, tapi juga termasuk jaga aurat. Tambah zaman Internet sekarang... Semua wanita nak kelihatan cantik menarik kau memang de boom di laman sosial.. Tapi, ingat! Itu salah satu syarat nak ke syurga ye... Jaga maruah, pelihara aurat.

Sama juga syarat keempat... Nampak simple kan... Taat suami.. Tapi bukan mudah.. Kena teguh iman, sabar dan kuatkan hati.. Kena lawan ego, sebab kita isteri kadang ada kehendak sendiri... Tapi kita perlu patuh dengan kehendak suami asalkan tak bertentangan dengan syariat Allah...

Apa pun, kuncinya ada empat, untuk buka satu pintu.. Tak boleh guna satu kunci tapi perlu buka keempat kunci sekali... Faham kan...

Moga kita diberikan kekuatan untuk istiqamah menjadi isteri solehah di akhir zaman ini.. Insha Allah... 

06 Januari 2018

Januari 06, 2018

8 Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Suami Isteri Dan Cara Mengatasinya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Suami Isteri Dan Cara Mengatasinya | Ingat tak lagi lagu P.Ramlee, "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri". Bait lagu tu satu inspirasi yang patut dihayati oleh semua pasangan suami isteri. Bergaduh dan konflik dalam rumahtangga itu perkara biasa. Tapi walaupun biasa, tak boleh dibiarkan dan perlu cari jalan penyelesaian supaya ianya tak menjadi 'barah' dalam rumah tangga.

8 Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Suami Isteri Dan Cara Mengatasinya.

8 Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Dan Cara Mengatasinya.

1. Pendapatan

Pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar biasa. Namun, apabila berlaku sebaliknya masalah akan timbul.

Ini kerana suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya tunggak keluarga sehingga menjadi sombong dan tidak menghormati pasangannya.

Penyelesaian:

Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya walau berapa pendapatan suami. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia bosan dan akan timbul pertengkaran.

2. Anak

Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.

Penyelesaian:

Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda.

Tuhan juga ingin menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah untuk mengambil anak angkat.

3. Campur tangan keluarga

Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.

Penyelesaian:

Anda harus bersikap terbuka. Sebelum anda dan suami memberikan bantuan, sama ada untuk keluarga anda atau suami, bawa berbincang mengenai jumlah yang harus dikeluarkan dan siapa yang harus memberikan bantuan.

4. Seks

Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau hamil.

Penyelesaian:

Isteri atau suami yang mempunyai masalah hubungan seks dengan pasangan, sebaiknya berterus-terang. Ia dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan menerima keadaan seadanya.

5. Keyakinan

Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.

Penyelesaian:

Tetap berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaiknya ia tiada paksaan.

6. Mentua

Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri.

Penyelesaian

Sekiranya anda tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak suami bertukar fikiran suntuk mengatasi masalah.

7. Ragam berbeza

Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya.

Penyelesaian:

Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda harus peramah. Cuba selami minat pasangan anda.

8. Komunikasi terbatas

Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat.

Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.

Penyelesaian:

Sesibuk mana pun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting. Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur.

Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang.

Kredit: Bahagian Dakwah, Jakim

Kesimpulannya, membina rumahtangga yang rukun dan damai perlu ada prinsip dan matlamat yang jelas sebelum kahwin lagi. Komunikasi paling utama dalam rumahtangga. Banyak berlaku kes cerai sebab salah faham dan ketidakfahaman antara pasangan. 

Jika ada konflik yang berlaku, yang paling utama sabar dan bawa berbincang. Suami kena rasional dan jangan emosi kerana isteri akan jadi lebih beremosi. Apa yang penting, rumahtangga yang rukun  dan damai, ialah suami isteri yang sentiasa menjaga hak Allah.. Insha Allah, tunjang rumahtangga yang bahagia, bila mementingkan agama dan akidah yang satu. Insha Allah... 


Semoga bermanfaat... 

05 Januari 2018

Januari 05, 2018

9 Kelebihan Berumah Sendiri Selepas Berkahwin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Kelebihan Berumah Sendiri Selepas Berkahwin | Selepas kahwin, memang plan dengan suami hendak hidup berdikari.. Asing dari ibu bapa.. Untuk bina kehidupan suami isteri sendiri.

Ibu bapa MF memang tak menghalang bahkan menggalakkan. Masa tu juga ibu mentua MF tinggal bersama anak perempuannya...

Alhamdulillah.. Rezeki kami... Memang kami hidup sendiri, berdikari sendiri. Dan sebenarnya, bila dah biasa hidup berdikari ni... Rasa sangat seronok... Sebab kita ada kelebihan tersendiri.

9 Kelebihan Berumah Sendiri Selepas Berkahwin

9 Kelebihan Berumah Sendiri Selepas Berkahwin

1. Privasi

Hidup sendiri, di rumah sendiri.. Rumah Sendiri tu maknanya rumah kita dengan suami.. Tak kira sewa atau rumah yang dibeli sendiri... Tapi memang privasi. Hal rumahtangga terpelihara.

2. Selesa dan bebas

Rumah Sendiri, berkeluarga sendiri menjadikan kita lebih selesa.. Nak bergerak ke nak baring terlentang takde siapa nak halang.

3. Boleh Bermanja

Suami nak Bermanja dan isteri nak manja dengan suami takde hal... Nak pegang, peluk main gurau senda dan main cak pun takde siapa nak kisah.

4. Gaduh Tak Perlu Nak Cover

Bila hidup sendiri, bila bergaduh manja tak perlu nak cover. Rasa Nak merajuk, merajuk lah takde siapa nak perasan dan nak cover lagi dah.

5. Nak Makan Bersuap Pun Tak Segan

Ini amalan kami suami isteri juga.. Tak perlu nak segan nak minta suami suap atau isteri suap suami.

6. Nak Tidur Takde Had Masa

Pukul berapa nak tidur, pukul berapa nak bangun takde siapa kisah. Masa memula kahwin, biasa la kan.. Nak bangun lambat ke nak tidur lambat.. Bila hidup sendiri.. Mudah.. Takde siapa kisah.

7. Sakit Boleh Rehat

Bila sakit pening, boleh lepak aje atas katil.. Rasa tak larat masak, makan beli aje..

8. Boleh Terjah Dapur Bila- bila Masa

Ini memang salah satu kebahagiaan si isteri.. Tak rasa segan nak terjah dapur.. Bebila je rasa nak masak dan nak makan tak siapa hairan..

9. Bebas Berpakaian

Bila jadi isteri mestilah nak kelihatan cantik depan suami kan.. Barulah suami sayang. Bila berumah sendiri, takde had nak pakai macam mana pun.. Asalkan suami suka.. Nak seksi meksi pun tak kisah... Cuma bila ada anak tak boleh nak seksi sangat la kan..


OK.. Ini antara kelebihan bila berumah sendiri selepas kahwin.. Jika ada peluang tinggal sendiri baiklah tinggal sendiri.. Kita boleh corak rumahtangga kita ikut rentak kita sendiri..Bukan bermakna buang ibu bapa lepas kahwin... Tapi,  Ibu dan bapa tak boleh masuk campur tapi sebagai penasihat...

Jika ibu atau ayah tinggal sendiri malah uzur pula ada baiknya berbaktilah selagi ada hayatnya. Tapi elakkan tinggal rumah ibu bapa yang ramai pula saudara mara dalam satu rumah... Melainkan korang jenis sabar yang amat. 

12 Disember 2017

Disember 12, 2017

9 Sikap Isteri Yang Boleh Menyebabkan Suami Merajuk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Sikap Isteri Yang Boleh Menyebabkan Suami Merajuk | Merajuk sinonim dengan wanita.. Tapi jangan tak tau... Lelaki juga ada jenis kuat merajuk ni... Terutama lelaki dalam kalangan 'anak mak'.

Perempuan kalau merajuk tu biasa la kan... Tapi mudah dipujuk... Ajak pergi shopping, belikan barang dia suka... Selesai dah merajuk dia... Tapi bagaimana pula kalau suami merajuk... Suami merajuk kadang boleh melarat hingga boleh mencetuskan perbalahan antara suami isteri.

Apa yang menyebabkan suami boleh merajuk? Ini dia 9 perkara yang isteri anggap remeh tapi sebenarnya boleh menyebabkan suami merajuk dan seterusnya menyebabkan rumahtangga bergelora.

9 Sikap Isteri Yang Boleh Menyebabkan Suami Merajuk

9 Sikap Isteri Yang Boleh Menyebabkan Suami Merajuk


1. Menolak Pelukan Suami

Isteri jangan sesekali menolak pelukan suami.. Balas lah pelukan suami walaupun waktu isteri sibuk sangat buat kerja rumah atau uruskan anak.
Jangan sesekali menolak kerana akan menyebabkan suami rasa tersinggung dan merajuk. Biarkan sahaja perlakuannya kerana ini hanya sekejap sebagai tanda kasih sayang dia pada isterinya.

2. Tak Gosokkan Baju Suami

Jika suami pesan minta gosokkan baju, tapi isteri terlupa... Memang boleh cetuskan rajuk si suami... Biasalah isteri kan.. Sibuk uruskan rumahtangga, penat menyebabkan lupa nak buat pesanan suami... Memang suami akan merajuk... Jadi, kalau suami suruh buat segera supaya tak lupa... Suami juga boleh bantu ingatkan isteri dengan ambilkan baju dan gantung di tempat yang mudah isteri nampak. Saling memahami dan memudahkan.. Insha Allah...

3. Tak Jawab Suami Telefon 

Lelaki ni payah nak telefon isteri kecuali ada hal penting... Bila telefon pastikan angkat dan jawab.. Jangan silent telefon... Kecuali time kerja... Kena segera maklumkan jika waktu tu isteri tak boleh angkat telefon dengan SMS atau whatsapp... Apa pun lelaki payah tau nak call bini kalau takde hal penting... Jadi, kena angkat bila dia call.. Kalau masa bercinta dulu ye la kan... 10 kali call sehari sebab nak ucap rindu je... Bila dah kahwin, lain caranya... Hehe

4. Meninggikan Suara

Yang ni memang pantang orang lelaki... Pantang dia isteri tinggikan suara depan dia... Apatah lagi dengan nada mengarah... Hati-hati... Walaupun suami anda seorang pendiam.. Jaga-jaga dalam diam dia, dia akan pendam..

Kenalah hormat dia sebagai suami anda dan sentiasa menjaga perasaannya yang kadang kala agak sensitif. Tambah pula depan orang luar atau keluarga. Jangan buat suami tu macam kawan, sesuka hati nak tempik dan mengarah mcam kuli.

5. Meluahkan Hal Keluarga di Media Sosial

Bab ni melibatkan maruah suami... tak payahlah burukkan keadaan dengan canang cerita buruk suami atau keluarga di facebook. Benda boleh settle, kenapa pilih nak orang luar tahu? Orang yang sayang kita, dia boleh maafkan kita, tapi kalau orang luar dah nampak… mestilah dah rasa perangai kita tak berapa nak elok! Tak puas hati terus aje luahkan pada suami.. Kalau tak secara berdepan 4 mata, boleh saja guna gadjet dan teknologi yang ada.

Satu lagi, pantang orang lelaki... Kalau suami tengah memandu  atau hanya berdua-duaan dengan suami, jangan sesekali bermain FB, Twitter, whatsapp atau apa sahaja laman sosial. Pasangan boleh sentap kalau isteri terlalu khusyuk melayan laman sosial berbanding bercakap dengan dirinya. Ni kebanyakan lelaki macam ni...

6. Layan Lelaki Lain

Jangan terlalu melayan lelaki lain walaupun teman sekolah dulu sama ada di Facebook atau whatsapp. Sesetengah lelaki cemburu dengan situasi ini dan dia hanya mahu isteri melayannya seorang. Sebagai isteri, kita sendiri perlu tahu batas-batas tertentu yang boleh diikuti.

7. Berebut Siaran TV

Tolonglah jangan sesekali tukar rancangan lain sekiranya dia dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang menonton rancangan kegemaran seperti bola sepak. Lebih baik isteri pergi buat air kegemaran untuk mengambil hatinya. Mujur juga bab ni takde masalah bagi MF sebab suami MF kaki layan movie bukan layan TV... Hehe

8. Malas Sediakan Makanan

Tak pandai masak boleh belajar tapi jangan malas. Suami ni pantang bini dia malas... Walaupun memasak bukan tanggungjawab isteri tapi dengan air tangan isteri boleh ikat hati suami. Jadi, rugi kalau tak buat perkara senang macam tu...

Apa sahaja keperluan encik suami, perlulah dihidangkan di depan mata. Kalau mereka tengah makan, jangan lupa sediakan air basuh tangan, air minum dan juga sentiasa menemaninya di meja makan. Walaupun tidak makan, tetapi cukuplah teman berbual di meja makan. Layan suami macam raja, confirm bertambah sayang.. Kecuali suami yang tak tau dek untung je lah kan... Kalau lelaki yang menghargai dia juga cukup suka bini layan macam dia tu raja..

9. Lawan mak mentua

Mentua dan menantu perempuan memang susah nak cari yang serasi... Tambah kalau mak mentua pula jenis cerewet... Tapi walaupun tak suka macam mana pun jangan burukkan ibu suami.. Memang boleh cetuskan perang dingin terus kalau buat camtu...

Ni 9 perkara ni buat suami merajuk.. Tapi ikut ada sesetengah suami boleh terima aje... Contohnya, Bab gosokkan baju... Suami yang memahami akan faham kenapa isteri terlupa nak gosok. Tapi ada sesetengah suami tak boleh terima. Tapi MF rasa point no. 9 tu paling kena jaga... Jangan sesekali mengutuk, mengumpat mak dan keluarga suami.. Bersihkan hati dan terima kekurangan keluarga mertua.. Lagipun keluarga kita pun tak sesempurna mana... Berkahwin ni pun bukan sekadar kahwin dengan pasangan kita je.. Tapi juga dengan keluarganya...

Apa pun ini sebagai panduan bersama...  Kadang ada juga terbuat.. Sama-sama perbaiki diri...

Apa pula perkara yang buat kan isteri merajuk? Haha... Lain kali kita kongsikan..

Semoga bermanfaat...

20 November 2017

November 20, 2017

11 Tips Pikat Suami

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 Tips Pikat Suami | Suami jika isteri yang memikat memang melekat.. Tak kira baru atau lama dah kahwin... Jadi, Jom kita praktikkan ilmu pikat suami ni.  

11 Tips Pikat Suami


1. Bangun awal pagi 

Bangun awal pagi daripada suami dan siapkan makan paginya walau sekadar nasi goreng dan kopi. Sibuk macam mana pun anda di hujung minggu, selitkan waktu untuk menyiapkan minum dan sarapan pagi suami.

2. Sediakan makan malam romantik

Sediakan makan malam yang romantik di rumah. Bukan selalu, sesekali bolehlah anda cuba candle light dinner berdua. Nak lebih erat, ajak pasangan masuk dapur bersama, tolong mana yang boleh.

3. Jaga penampilan dan gaya

Penampilan juga perlu dijaga, bersolek dan wangi untuk suami terus dapat pahal, bukan? Jadi jangan cantik molek hanya apabila nak keluar berjalan atau ke pejabat sebab cantik suami lagi bagus. Bonusnya, suami anda pasti senang hati dan sedap suka tengok anda ada di depan matanya. Tidak perlu solek berlebihan, yang penting bersih dan tidak selekeh.

4. Layan movie bersama

Sesekali boleh ajak suami untuk membeli DVD filem yang dia suka. Tidaklah si dia bosan apabila ada aktiviti bersama di rumah.

5. Bercanda dan bergurau senda 

Curi peluang untuk main air ketika cuci kereta bersama pasangan, ada anak-anak join lagi meriah!

6. Sokong hobi dia

Jika suami ada hobi yang unik, anda perlu tunjuk minat. Belajar dan sekurang-kurangnya ambil tahu tentang apa yang si dia minat. Lagi bagus jika anda perlahan-lahan turut sama minat hobinya. Senang pasangan nak kongsi cerita.

7. Riadah bersama

Penuhi hujung minggu dengan aktiviti yang sihat, mungkin boleh ajak pasangan bersenam. Tidaklah pasangan anda rasa bosan dan pastinya kesihatan dia juga lebih terjaga. Bagi lelaki yang minat sukan, ini rahsianya. Tidaklah anda ditinggalkan di rumah bersama anak-anak saja semata lelaki mahu keluarkan peluh.

8. Berkongsi Idea Deko Rumah

Ubah perabot juga boleh jadi sesuatu yang menarik. Cuba kongsi idea bagaimana untuk hias rumah atau cipta kelainan suasana dalam rumah. Kalau si dia jenis tidak suka bab ini, anda boleh minta tolong. Alang-alang si dia sudah sentuh, mestilah pasangan anda terus join sekali.

9. Buat makan-makan

Sesekali jemput jiran atau saudara mara makan bersama di rumah dengan suami. Ini boleh eratkan hubungan anda dengan suami dan jiran tetangga. Keluarga dan mentua pun mesti senang hati tengok anak menantu berkumpul bersama, meriah!

10. Dengar lagu bersama

Pasang lagu dan muzik yang dia minat, ini boleh cuit kenangan bercinta zaman masih muda.

11. Layan anak bersama 

Sediakan mainan untuk anak-anak main bersama suami anda, lagi elok mainan seperti puzzle yang memerlukan pertolongan ibu bapa atau bermain bola di luar rumah bersama keluarga. Lari-lari anak kejar bola pun boleh cipta suasana harmoni.

Bukan susah... Yang penting kerjasama... Apa yang penting kerjasama... Hidup bahagia bila semuanya buat bersama... Kerana rumahtangga itu saling melengkapi antara satu sama lain. Rumahtangga jadi tak seronok bila segalanya digalas oleh sebelah pihak dan berkira dalam urusan rumah tangga... 

Sumber : Google image 

Jangan terlalu terpedaya dengan iklan produk suami. Kerana perkahwinan bukan hanya untuk di atas katil... Tak guna badan meletup bergetah, tapi bau badan tak jaga, rumahtangga tak terurus... Dan tak memahami si dia... Kerana berkahwin itu saling melengkapi bukan untuk penuhi nafsu semata-mata. 

19 November 2017

November 19, 2017

7 Cara Semarakkan Cinta Suami Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



7  Cara Semarakkan Cinta Suami Isteri | Cinta suami isteri anugerah Allah, Allah akan pelihara rumahtangga kita selagi kita ingat Allah... Tapi bagi yang dah kahwin lama, rasa cinta tu turun naik... Kena usaha untuk maintainkan rasa cinta tu... supaya tak kurang tapi bertambah...


7  Cara Semarakkan Cinta Suami Isteri


1. KONGSI HOBI PASANGAN

Hobi suami ialah make up kereta... Hobi MF ialah berblog... Jadi, kami saling bertukar hobi... Kadang suami bagi pendapat dalam dia nak modified dan make up kereta. Dan kadangkala suami MF pula bagi idea untuk update entry dalam berblog.

2. CUBA HOBI BARU

Kadang kami cipta hobi baru.. Pernah kami cuba bela arnab... MF cari info pasal arnab dan suami jaga arnab berdasarkan info yang MF cari... Dan hobi kami suka layan movie bersama... bila ada masa je... anak-anak dah tidur kami layan movie yang romantik bersama...

3. RANCANG PERCUTIAN BERSAMA

Walaupun anak dah berderet, tak terkecuali sesekali kena juga bercuti... Tak sesekali kami tinggalkan anak semata-mata nak bercuti...

4. TULIS NOTA

Ini pernah kami buat... Kadang selitkan nota di tuala mandi, di dalam dompet dan tempat yang dia selalu tengok tak sangka akan dapat nota tu... Mesti akan berlaku satu keajaiban kalau kita buat macam tu... Ianya tak kisah la suami kita romantik ke tak... Tapi cubalah...

5. WUJUDKAN HARI TANPA TELEFON

Ini memang dikurangkan bila berada di rumah... Jarang tengok HP, kalau tengok pun sama-sama tengok .. untuk bisnes atau beli belah online sama-sama.

6. MEMBACA UNTUK PASANGAN ANDA

Ini MF yang biasa buat... Bacakan info untuk suami... kalau MF jumpa info menarik, terus aje share link kat dia..

7. CUBA RESIPI BARU DI RESTORAN

Ini hobi kami... Suka JJCM, pantang ada resepi baru... atau tempat makan menarik... kami akan cuba sama-sama...

Bercinta tu wajib dipupuk setiap hari... Niatkan kerana Allah... berdoa moga Allah pelihara cinta kita... Bercinta kerana Allah, selalu solat berjemaah dan tengok rancangan keagamaan dan ceramah berkaitan suami isteri bersama untuk tambah ilmu dalam rumahtangga... Insha Allah... selagi kita ingat Allah dalam rumah tangga kita... Allah akan pelihara rumahtangga kita... ada keberkatannya... Suami wajib jaga solat... jadi pemimpin dalam rumahtangga... jaga aurat ... mohon keberkatan dalam rumahtangga dan rezeki, jaga nafkah isteri dan saling bekerjasama... Insha Allah... Allah akan pelihara juga rumahtangga kita... 

14 November 2017

November 14, 2017

Apakah Kaedah Rancang Kehamilan Yang Paling Berkesan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apakah Kaedah Rancang Kehamilan Yang Paling Berkesan? | Selepas bersalin, pasti setiap ibu akan ditanya oleh doktor atau nurse kaedah merancang kehamilan seterusnya. Mulalah memikirkan apakah kaedah yang paling berkesan untuk rancang kehamilan...

Walau bagaimanapun kena tau juga apa alasan merancang kehamilan... Adakah perlu rancang kehamilan.. Hukum merancang di sisi agama Islam... Ada yang mengatakan dengan ekstrem bahawa merancang kehamilan boleh menyebabkan syirik... Atas alasan itu, setiap tahun mengandung aje... Betul ke macam tu...

Sebenarnya, ada dua hukum... Boleh merancang dengan alasan untuk menjaga kesihatan, tapi haram merancang kehamilan atas faktor takutkan kemiskinan.


Jadi, bagi yang nak merancang kehamilan ni, mesti fikir kaedah yang berkesan dan tak mendatangkan kesan sampingan. Kebanyakan kaedah yang dicadangkan oleh nurse atau doktor zaman sekarang ialah pil perancang, implan, suntikan dan masukkan alat dalam rahim. Namun, sejak akhir-akhir ni, ramai pula berkongsi kesannya dalam jangka masa panjang...



Apakah Kaedah Rancang Kehamilan Yang Paling Berkesan?


Apa pun, setiap kaedah merancang kehamilan moden ada kesan sampingannya.

Kondom untuk lelaki

Pilihan yang baik untuk:

  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang alah kepada getah atau lateks (cari kondom yang diperbuat daripada plastik atau membran haiwan)


Keberkesanan: 97 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Kondom untuk wanita

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang tidak kisah memasukkan alat ke dalam badan mereka sebelum seks
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa memasukkan sebarang alat ke dalam badan mereka sebelum seks
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang alah kepada getah (lateks) atau pembasmi sperma (walaupun kondom wanita diperbuat daripada poliurethina, bukannya lateks, anda mungkin mengalami reaksi alahan juga)


Keberkesanan: 95 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Diafragma atau penutup serviks

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang tidak kisah memasukkan alat ke dalam badan mereka sebelum seks
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa memasukkan sebarang alat ke dalam badan mereka sebelum seks
  • Wanita yang alah kepada lateks atau pembasmi sperma (perlu untuk berkesan)
  • Wanita yang tidak suka menggunakan jeli atau krim pembasmi sperma (perlu untuk berkesan)


Keberkesanan: 80-90 peratus berkesan jika diguna dengan betul.

Pil

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu
  • Wanita yang mengalami senggugut teruk ketika datang haid
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa pada badannya sebelum itu
  • Wanita yang bermasalah jerawat
  • Bukan perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Perokok yang berumur lebih 35 tahun
  • Wanita yang pernah mengalami thrombosis (darah beku) dalam salur darahnya
  • Wanita yang sering terlupa atau malas untuk makan pil setiap hari
  • Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara, endometria, ovari, serviks atau hati
  • Wanita yang menghidap diabetes
  • Wanita yang mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebabnya (di antara waktu haid atau selepas seks)
  • Wanita yang mengalami migrain yang teruk, atau migrain yang disertai aura
  • Wanita yang mempunyai sejarah strok atau penyakit jantung
  • Wanita yang menghidap penyakit hati (terutamanya jika anda pernah mengalami jaundis semasa hamil)
  • Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan pundi kencing


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Pil mini

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang mengalami senggugut yang teruk semasa haid
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil pada waktu yang sama setiap hari
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara atau hati
  • Wanita yang mempunyai sejarah sista ovari
  • Wanita yang pernah hamil di luar rahim (kehamilan ektopik)
  • Wanita yang pernah mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebabnya (di antara waktu haid atau selepas seks)
  • Wanita yang tidak dapat menangani sebarang perubahan terhadap kitaran haid mereka


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Implan

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang mahukan pencegahan kehamilan jangka panjang
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak dapat menangani perubahan pada kitaran haid mereka
  • Wanita yang pernah menghidap penyakit berkaitan hati
  • Wanita yang menghidap kanser payudara atau kanser pada mana-mana organ pembiakan
  • Wanita yang pernah hamil di luar rahim


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Tampalan

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu
  • Wanita yang mengalami senggugut yang teruk semasa haid
  • Wanita yang mengalami tekanan sebelum haid (premenstrual tension - PMT)
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari
  • Bukan perokok



BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Perokok yang berumur lebih 35 tahun
  • Wanita yang pernah mengalami thrombosis (darah beku) dalam salur darahnya
  • Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara, endometria, ovari, serviks atau hati
  • Wanita yang mempunyai sejarah strok atau penyakit jantung
  • Wanita yang mengalami migrain yang teruk, atau migrain yang disertai aura
  • Wanita yang menghidap penyakit hati (terutamanya jika anda pernah mengalami jaundis semasa hamil)
  • Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan pundi kencing
  • Wanita yang mempunyai berat badan 90 kg atau lebih
  • Wanita yang mempunyai kulit sensitif


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Suntikan

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan. Walaupun sejumlah kecil hormon progestogen akan sampai kepada bayi, kajian telah menunjukkan bahawa ia tidak membahayakan.
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari
  • Wanita yang pasti bahawa mereka tidak mahu hamil dalam masa setahun lagi
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang tidak suka mengambil suntikan
  • Wanita yang mahu hamil lagi dalam masa setahun
  • Wanita yang mempunyai sejarah mengalami darah beku atau strok
  • Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan hati
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara atau hati


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika anda mengambil suntikan tepat pada masanya.

Sistem intrauterin (IUS)

Ketika ini terdapat satu sahaja jenama IUS di UK iaitu Mirena. Ia membebaskan hormon progestogen secara berkala.

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang menghidap penyakit kelamin yang tidak dirawat
  • Wanita yang mempunyai ketaknormalan pada uterus mereka, termasuk fibroid atau masalah serviks
  • Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan hati


  • Wanita yang baru membuat calitan serviks yang tak normal
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara atau hati


Keberkesanan: 98-99 peratus berkesan.

Alat intrauterin (IUD)

Pilihan yang baik untuk:

  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari



BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang alah kepada kuprum (gangsa)
  • Wanita yang mempunyai ketaknormalan pada uterus mereka, termasuk fibroid
  • Wanita yang berdarah dengan banyak atau mengalami senggugut yang teruk ketika haid
  • Wanita yang baru membuat calitan serviks yang tak normal
  • Wanita yang mempunyai injap jantung palsu atau yang berpenyakit



Keberkesanan: 98-99 peratus berkesan.

Pemandulan lelaki (Vasektomi)

Pilihan yang baik untuk:

  • Pasangan yang 100 peratus pasti mereka tidak mahu mendapat anak lagi
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Pasangan yang mahu bebas bersama tanpa perlu memikirkan tentang pengawalan kehamilan lagi



BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Pasangan yang mahukan anak lagi
  • Lelaki yang tidak mahu menjalani pembedahan
  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon


Keberkesanan: 99 peratus berkesan. Terdapat 1 dalam 1,000 kemungkinan seorang lelaki yang telah menjalani vasektomi membuat seorang wanita hamil.

Pemandulan wanita (oklusi tiub)

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang 100 peratus yakin mereka tidak mahukan anak lagi
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memikirkan tentang pengawalan kehamilan lagi


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Pasangan yang mahukan anak lagi
  • Wanita yang tidak mahu menjalani pembedahan
  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon


Keberkesanan: Kira-kira satu dalam 400 wanita akan hamil dalam masa 10 tahun selepas tiub mereka diikat.

Kaedah perancang keluarga semula jadi (NF)

Kaedah ini mengenal pasti hari-hari subur anda.

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap dan boleh dijangka
  • Wanita yang sanggup meluangkan masa dan tenaga membuat carta kitaran haid mereka
  • Wanita yang mahu bebas beresama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Ibu-ibu baru yang sibuk dan tidak mempunyai masa dan tenaga untuk membuat carta
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap
  • Mereka yang mencari kaedah pengawalan kehamilan yang sangat berkesan


Keberkesanan: Bergantung kepada kaedah yang anda pilih dan disiplin anda, anda boleh mengelak kehamilan sehingga 98 peratus. Jika anda serius mengenai NFP, anda perlu belajar mengenainya daripada seseorang yang berkelayakan.

Kaedah Azal

Kaedah azal atau pengeluaran (ejakulasi) air mani di luar tubuh dikenali juga sebagai coitus interuptus, memerlukan pasangan suami menarik atau menolak keluar zakarnya dari faraj wanita. Aspek utama kaedah ini adalah supaya air mani pasangan tidak memasuki faraj wanita atau bersentuhan dengan kemaluan luar, supaya sperma tidak dapat mensenyawakan telur.

Kelemahan
Pasangan kita perlu mempunyai kawalan diri yang sangat baik dan harus sedar bila tiba masanya yang tepat untuk dia bertindak semasa berada betul-betul pada puncak orgasma.
Terdapat juga kemungkinan bahawa cecair praejakulasi, yang boleh bocor keluar sebelum mereka menarik keluar zakar, mungkin mengandungi sperma. J
Jika pasangan terdedah kepada ejakulasi pramatang, kaedah ini mungkin tidak akan berkesan sama sekali kerana pasangan kita tidak dapat mengawal ejakulasi.
Suami juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika merancang untuk mengadakan hubungan seks sekali lagi dalam tempoh masa yang singkat.
Suami harus membuang air kecil dan membersihkan hujung zakarnya, ini dapat membantu bagi mengeluarkan sebarang baki daripada ejakulasi sebelumnya.

Keberkesanan
Dijangkakan sebanyak 73 peratus daripada kaedah pengeluaran ini berkesan jika diikuti dengan betul. Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh suami. Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat menarik zakar kerana cecair praejakulasi juga mengandungi sedikit sperma. Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah ini kerana berlaku gangguan sebelum mencapai klimaks. Peratus kegagalan ialah 20 peratus.

Kaedah Menyusu Badan

Penyusuan badan yang kerap dan berterusan sebagai satu kaedah pencegah kehamilan dikenali sebagai kaedah “lactational amenorrhoea” (LAM).

Walau bagaimanapun, LAM hanya berkesan jika:
bayi anda berusia kurang daripada enam bulan;
anda masih belum datang haid sejak bersalin;
anda menyusukan bayi anda secara eksklusif berdasarkan permintaan, malam dan siang.

Penyusuan badan secara eksklusif berdasarkan permintaan biasanya bermakna anda menyusu badan minimum enam kali setiap 24 jam. Jika anda mahu LAM berkesan bagi anda, jangan biarkan jarak di antara dua sesi penyusuan lebih lama daripada empat jam pada waktu siang atau enam jam pada waktu malam. Dan jangan beri minuman lain atau makanan pejal kepada bayi anda.

Sebaik sahaja bayi anda berhenti menyusu badan secara eksklusif, penyusuan akan jadi kurang efektif sebagai pencegah kehamilan. Anda mungkin perlu menggunakan jenis pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Keberkesanan
Jika dilakukan dengan betul, LAM dikatakan berkesan sehingga 98 peratus.

Sumber: Baby Center

Jadi, pilihan adalah hasil perbincangan bersama... Pendapat MF, wajib merancang kehamilan demi kesihatan isteri... suami jangan pentingkan diri sendiri... Bukan sebab takut miskin, tapi wanita ni badannya bukan mesin..untuk beranak je... Kena fikirkan kesihatan fizikal, emosi isteri bila anak ramai... Tak kira lah bagi isteri yang bekerja atau suri rumah sepenuhnya. Apa pun, jika dah merancang dengan salah satu kaedah di atas tapi Allah nak bagi juga... terimalah seadanya... itulah dikatakan betul-betul rezeki... Tapi kalau tak rancang, bukan rezekilah... agaknya itu saja cari penyakit... lepas bersalin 2 bulan mengandung lagi... bukan rezeki bagi MF, itu memang sengaja menguji sunnatullah...

09 November 2017

November 09, 2017

SAKA DAN SIHIR NI BANYAK ADA DALAM RUMAHTANGGA TANPA SEDAR!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

SAKA DAN SIHIR NI BANYAK ADA DALAM RUMAHTANGGA TANPA SEDAR!!! | Paparan kisah ini adalah untuk membuktikan kisah mengenai saka dan sihir dalam rumahtangga yang sememangnya wujud pada zaman sekarang...

Harap dapat baca dan hayati kisah ini untuk renungan para suami isteri...


SAKA dan Sihir Dalam Rumahtangga 

SAKA + SIHIR = ??

"Isteri saya asyik nak cari salah saya je, ada saja yang tak kena. Kalau duk jauh,ok saja,  mesg-mesg, Whatsapp, apa semua, kalau berdepan, saja yang tak kena. Ada orang cuba nak sihirkan rumahtangga saya nie, ramai dah ustaz kata macam tu,  dah buat rawatan macam-macam, rumah dah panggil macam-macam Ustaz pagar, duk macam tu juga, entah sihir ke saka apalah, saya pun tak tau,  tolong saya ustaz. Ada sorang Ustaz tu cakap saka isteri saya bergabung dengan sihir yang orang hantar pada rumahtangga kami. "  Adu seorang suami dalam satu sesi diagnos dan rundingcara di Melaka.

Sang faqir dengan gaya pandangan penuh iltizam lagi optimis memandang si suami dan memulakan pertanyaan seperti berikut:

" tidur malam, sudah tidak tidur bersama kan? Kalau Encik ajak pun, isteri akan mengelak, kan? Isteri lebih suka tidur dengan anak-anak, kan? "

" Anak-anak di rumah lebih selesa dengan ibunya, kan? Tidak selesa dengan encik, kan?"

" Isteri encik uruskan rumah, kan? Walaupun dia juga bekerja, kan?"

"Encik suka main futsal, kalau tidakpun badminton, terutamanya waktu malam, kan?"

Si suami tadi terpaku dan terpesona.

"Ha'ahhh, Betullah Ustaz, macam mana ustaz boleh tahu tu? "

Sang faqir seperti biasa dengan lagak pendeta sambil tersenyum memandang si suami.
" Sebab memang ada saka dan sihir, saka dan Sihir itu yang beritahu pada saya. "

Si suami tadi dengan wajah penuh semangat mencuit si isteri yang dari tadi diam. yang berada di sebelahnya, "Haa, awak tengok,  memang betul ada saka, sihir. Banyakkan ustaz?" si suami sambil mengalihkan soalan pada sang faqir.

" Emm, boleh tahanlah,  adalah dalam sekontena." Jawab sang faqir sambil berlagak pendeta memeluk tubuh.

"Awak nampak, sebab Itulah asyik panas je rumahtangga. Saya dah agak dah. Betullah yang ustaz **×******* kata tu." Si suami semakin bersemangat memberi taklimat kepada si isteri.

"Macam mana nak selesai tu ye ustaz? Boleh tak kita buang sekali harung je? " Soal si suami penuh ghairah.

"Sabar..sabar.. Ada caranya. Saka dan Sihir ini dah lama bertapak dalam rumah tu,  itu yang payah sikit. Tapi Takpe, mesti ada jalannya. Cuma pengerasnya mahal sikit. Dalam RM4500, sebab kes ini agak berat. Boleh encik? "

Si suami dengan semangat, "asal boleh selesai dan sembuh semuanya, berapa pun saya bayar ustaz. Sebelum nie ada ustaz yang berubat minta rm6000, dah bayar, tapi sakit tak sembuh-sembuh juga. Tak rasi kot ye. Harap-harap yang kali ni, rasilah."

"Ok good, cuma sebelum tu, saya nak tanya, Puan kerja apa ya? " Sang faqir menyoal.

Si isteri menjawab, " saya akauntan di company pembinaan."

Sang faqir sekali lagi dengan penuh iltizam mengajukan pengesahan kepada si isteri;

" Puan yang lebih rapat dengan anak-anak, kan? "

"Puan yang lebih garang dengan anak-anak, kan? "

" Sampai sahaja di pintu rumah selepas balik kerja, Puan akan rasa resahkan?"

Si isteri mengangkat mukanya. " Betul ustaz."

"Ok, saya nak tanya, Puan jawab dengan jujur ye. Puan PENAT kan? " Sang faqir bertanya.

Si isteri tiba-tiba teresak-esak, menangis.

"Betul ustaz, saya penat, penat sangat. Kehidupan sama saja. Saya dah macam tiada kehidupan." Si isteri bersuara.

"Ok, Puan bertenang ya, sekejap nanti saya tanya semula." Sang faqir menenangkan si isteri.

Mengalihkan pandangan iltizam sang faqir ke arah si suami.

"Saka ini susah nak buang Encik. Selagi Sihir tak dibuang." Sang faqir mengajukan kepada si suami.

"Sihir yang macam mana tu ustaz? " Si suami bertanya.

"Sihir ini namanya sihir endah tak endah. Sihir ini memang banyak jadi dalam rumahtangga. Memang sihir ini kalau dibiarkan, sampai mati pun lekat. Memang payah." Jelas sang faqir.

"Macam mana tu ustaz? Saya tak faham." Si suami kehairanan.

"Simple sahaja, isteri Encik sedang menangis kan tu? Apa yang Encik patut buat? Duduk pula jauh sedepa. Rasanya masa bercinta dulu, gunung emas, bukit permata, cinta sayang tak lepas dari mulut, betul tak?" Sang faqir mula masuk gear.

"Saka isteri Encik ini, namanya Saka Letih, campur pula dengan Sihir Endah tak Endah, memang satu gabungan terbaiklah. Tinggal sikit saja lagi, silap-silap jadi mental isteri Encik." Sang faqir membebel.

"Saya tak faham ustaz. Apa masalah sebenarnya? " Si suami masih lagi dalam kebingungan.

"Macam nielah, isteri Encik balik kerja memang dah letih, ya, Encik pun letih. Encik balik rumah, kalau tidak hadap TV,  paling tidak bersiap-siap untuk keluar hendak main futsal atau badminton dengan kawan, sebelum keluar mesti akan tanya,  makan malam dah siap? Selesai bersantap, Encik pun melangkah keluar pergi. Anak-anak tak rapat dengan encik, pasal Encik jarang yang amat mendengar mereka mengadu, Encik lebih suka mengadap Whatsapp, fb kalau di rumah. Anak-anak jadi menjauh dengan encik, sampaikan nak duduk sekali pun rasa kekok, jika tiada ibu mereka bersama. Am I right? Kalau saya salah, tolong betulkan saya." Sang faqir cuba menjelaskan.

Si suami terdiam dan sedikit tertunduk, " betul ustaz."

" Makhluk bergelar isteri ini Encik,  letih macam mana pun, mereka akan bersungguh untuk buat buat yang terbaik kepada pasangan dan anak-anak. Mereka manusia, sama macam kita. Kalau robot pun perlukan bateri, dan bateri yang habis perlu dicaj. Sama juga makhluk namanya isteri, mereka akan kehabisan 'bateri' dan mereka perlu dicaj. Nak caj macam mana tu? Tahu tak? " Soal sang faqir.

Si suami menjawab, " tak tahu ustaz."

Sang faqir bertanya, "berapa usia rumahtangga Encik ya?"

"8 tahun ustaz." Si suami menjawab ringkas kegugupan.

"8tahun kahwin, tapi Encik masih tak tahu cara hendak caj 'bateri' isteri? Aduhaii.. ok takpe, saya kongsi, make sure take note, sebab tu saya pesan, kalau nak jumpa saya, jangan bawa limau segala macam, tapi bawa buku nota dan pen. Ini yang bawa limau apa hal? (Sambil menunjukkan ke arah bungkusan plastik berisi limau di atas meja). Balik buat air limau lagi baik." Bebel sang faqir.

" Kalau Encik nak tahu, yang isteri Encik duk mengamuk tak tentu pasal, ada saja yang tak kena, itu adalah bahasa Isyarat seorang isteri hendak bagitau suami dia yang dia penat, please help me, I need your help. Encik ada dengar tak sayup-sayup suara tu dari dalam hati isteri? " Soal sang faqir.

"Tak ustaz." Si suami menggeleng.

"Tunggu apa lagi, rapat lah dengan isteri tu, pegang tangan dia, bagi dia tenang." Tegas sang faqir pada si suami supaya menenangkan isteri yang sedang teresak-esak. Si suami kemudiannya merapat kepada isterinya. Si isteri sedikit demi sedikit bertenang.

" Cara nak caj 'bateri' isteri yang letih uruskan rumahtangga adalah TALKING, TOUCHING, HUGGING dan KISSING. Simple saja, tapi orang Melayu kita nie, kalau kita sebut 4 benda tu, kebanyakannya, seganlah, malu lah,  tak biasalah. Hello Bro,  itu kan isteri sendiri, bukannya buat pada isteri orang. Faham tak?" Sang faqir membebel.

"Mesti tak jelas kan. Ok, talking tu bercakap, bercakap macam mana? Banyakkan komunikasi, usik mengusik, gurau senda, buat kelakar ke, bagi isteri berbunga-bunga hati dia, dia letih macam mana pun, dia boleh handle. Lagi, Touching, masa bercakap tu, pegang lah tangan dia, gosok lah rambut dia, usap belakang dia, pandang wajah dia, mata dia, bukannya susah pun. Lagi, Hugging, peluklah isteri dari belakang, terutamanya masa dia di dapur buat kerja, bisikkan kata-kata cinta, at least I love you, paling tidak pun thank you, kita rasa biasa, tapi bagi isteri yang sedang letih, itu adalah luar biasa. Mudah je kan? Lagi, kissing, cium. Isteri akan malu-malu jika suami hendak cium dia, tapi sebenarnya dia suka. Ciumlah pipi dia, macam mana? Secara mengejut. Tapi jangan pula depan orang ramai, melampau pula (si isteri tadi teresak-esak, mula ceria dan tertawa). Cium dahi isteri setiap kali sebelum dia tidur dan setiap pagi masa bangun tidur. Semua tu benda mudah saja. Boleh buat kan?" Sang faqir menyoal si suami.

" InsyaALLAH boleh ustaz." Si suami kelihatan lebih yakin.

"So, selesai dah cerita. Kalau boleh buat semua tu, amalkan dalam rumahtangga, insyaALLAH selesai masalah sihir endah tak endah, saka letih. Satu lagi, dengan anak. Pun sama, kena buat yang sama. Mereka perlukan 4 perkara itu juga. Saya doakan encik sekeluarga bahagia dunia akhirat." Sang menyambung.

"AlhamduLILLAH ustaz, saya dah sedar. Betullah, memang salah saya selama ini, saya buat tak endah pada isteri dan anak saya. Terima kasih ustaz. Cuma, pengeras RM4500 tu nanti saya bank in, boleh tak ustaz? Sekarang cash bawa tak cukup." Si suami bersuara.

Sang faqir hampir ketawa, " Oo pasal pengeras tu, tak perlu bank in atau apa, kalau betul ada duit sebanyak tu, bawa isteri jumpa Dr wah chan atau prof Habib Jewel, terapi minda untuk isteri."

Mereka suami isteri tertawa.

"Mesti dah lama tak ketawa bersama macam nie kan?" Soal sang faqir.

Si isteri mengiyakan. "Memang pun ustaz, dia sibuk gelak-gelak dengan kawan-kawan dia saja."

Si suami menggosok lembut lengan si isteri  tanda memujuk.

" Saya rasa bahagian saya dah selesai, selebihnya saya serahkan pada kalian suami isteri." Sang faqir menamatkan sesi.

"Last nak tanya ustaz, macam mana dengan ustaz- ustaz sebelum nie, yang cakap ada saka, ada sihir, minta bayaran mahal-mahal tu, padahal yang buat tu orang panggil ustaz. Macam mana tu?" Si suami bertanya.

"Itu semua penipu. Tak pandai kemudian memandai. Nasib enciklah jumpa orang-orang macam tu. Lepas nie kena berhati-hati ya." Sang faqir menjawab.

Sesi Diagnos dan Rundingcara Kesihatan tamat sejurus beberapa ketika selepas itu.

Ketahuilah keganasan rumahtangga atau salah laku suami kepada isteri tidak hanya berlaku secara fizikal, ianya juga berlaku secara mental dan jiwa.

Kenali pasangan anda. Fahami pasangan anda.

Protokol Talking, Touching, Hugging & Kissing.

Wassalam.

Sumber: Nukilan Ustaz Wan Asrul Al-Kelantani via Facebook 

Agak-agak boleh belajar sesuatu tak pasal "saka dan sihir" dalam rumahtangga ni... Jangan biarkan diri anda dibelenggu misteri... Rumah tangga ini satu perkongsian... Jadi, jika dalam rumahtangga masing-masing berkongsi letih dan penat tu tak kan timbul saka dan sihir ni... Buat segala kerja bersama... Insha Allah... Kekal bahagia...