31 Oktober 2016

NAK BUAT BLOG MESRA SEO? IKUTI 6 TIPS INI...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah makin ramai blogger yang berubah template blog kepada mesra SEO, tapi sejauh mana kenal apa ke benda SEO tu??? dan apa tujuan orang buat blog SEO? Sebenarnya, blog SEO ni bukan saja-saja orang buat... Tapi bagi yang buat duit melalui blog ni, blog mesra SEO ni amat penting untuk 3 tujuan utama ni:

Pertama, bagus untuk penjenamaan. Nak menjenama dan nak bagi blog kita orang kenal... tu orang buat blog mesra SEO. 

Kedua, organic trafik. Blog mesra SEO ni, memang tak dinafikan akan memberi kesan yang positif dari segi trafik blog.. Maknanya, mudah masuk dalam enjin carian google atau mana-mana web search.

Ketiga, meninggikan nilai blog. Ada juga orang buat blog kemudian jual semula... Ni untuk orang yang betul-betul buat duit dengan jual blog je ni.. ataupun jual template.. ada juga yang buat blog, kemudian jual kepada orang lain sekali dengan isi-isi blog... Jika blog berkualiti dan mesra SEO memang blog ini akan mempunyai nilai tinggi dan orang akan beli.



Itu tujuan orang buat blog mesra SEO... jadi, bagi yang dah ada blog SEO atau bakal nak buat blog SEO, jom ikuti 6 Tips ini:

Tips 1 : Artikel Yang Unik
Setiap blog mesra SEO, bersaing... persaingan ni sangat sengit... Yang mana dulu.. kalau sesiapa pernah join contest SEO tahu la kan camne kan... Tajuk sama, tapi yang nak membezakannya ialah kualiti artikel yang ditulis. Itu yang buat orang banyak baca, bila baca orang share, bila share, akan meningkatkan blog di enjin carian juga.

Tip 2 : Artikel panjang
Orang yang buat blog mesra SEO kena rajin.. Rajin taip entry panjang-panjang.. NI satu cabaran juga.. sebab apa panjang... Google memang suka entry panjang-panjang.. sebab tu juga salah satu syarat nak dapat Google Adsense ialah entry yang panjang dan bukan sekadar Wordless Wednesday... 

Tip 3 : Sasaran keywords
Mencipta keywords yang berkualiti... untuk blog sendiri. Contoh blog MF guna keyword motivasi... sebab blog ni lebih kepada motivasi bukan kisah peribadi... kalau lifestyle tu terlalu ramai blogger guna keyword tu...

Lagi satu keyword untuk sesuatu entry pun memainkan peranan penting juga dalam blog mesra SEO. 

Tip 4 : Backlinks berkualiti.
Backlinks ni, setakat ni cuba buat juga la.. tapi tak mampu nak konsisten.. sebab banyak update guna mobile je.. sebab tu guna auto backlink je setakat ni.

Tip 5 : Blog selalu update
Bila dah ada blog mesra SEO, kena la rajin update blog... paling tidak sehari satu entry... jangan seminggu sekali baru nak jengah blog kan... Tulis lah apa sahaja, gunakan apa sahaja teknologi untuk update blog.. ataupun masa idea banyak tu, buat entry autopublish... dan salah satu MF ni payah nak ketandusan idea ialah sebab siapkan draft.. lebih 100 entry dok dalam draft... dan bila rasa takde idea sangat mula la godek draft... paling ringkas guna je gambar apa yang ada dalam phone.. 

Tip 6 : Mesra mobile
Ini satu elemen penting dalam mencari template mesra mobile... ada template konon mesra SEO tapi bila buka kat mobile tak mesra pun... Memang penting sebenarnya, sebab boleh dikatakan 80% pengguna sekarang gunakan mobile untuk search info tertentu berbanding guna PC ataupun laptop.. 

Selain tu, template mesra SEO mesti mudah diakses dan link dengan media sosial yang lain.. apa pun.. blog mesra SEO memang berkesan untuk 3 tujuan yang diterangkan pada pendahuluan entry ni. 

Sumber rujukan: wangcyber

24 September 2016

[3+8] Rahsia Jana Pendapatan 4 Angka Melalui Blog!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebut bab jana pendapatan atau wang, siapa yang tak teruja kan... kalau sebut bab nak kaya... ramai aje yang teruja nak tahu caranya... sama juga lah kalau berblog... cara nak jana pendapatan dengan blog... mesti semua orang nak tahu, cara nak jana pendapatan dengan blog... 

Dulu, ramai juga rakan-rakan MF yang pandang .. apa lah guna buat blog... rajin nye tulis blog... apa faedah berblog.... antara ayat-ayat yang pernah sampai ke telinga MF bila orang tahu MF ni blogger... Takpe lah.. orang yang bukan blogger memang tak kan faham... yang berblog ni bukan sia-sia sebenarnya... jika patuh syariat, insha Allah berblog juga akan memperoleh berkat rezeki di dunia dan di akhirat.

MF mula berblog selepas kahwin... atas izin suami, MF buat blog.. masa zaman Universiti dah ada blog, tapi tak minat masa tu, nak aktif.. apalagi nak belajar pasal blog... buat sekadar nak lengkapkan tugasa yang pensyarah beri je.. Tapi lepas kahwin, suami suruh buat blog, sebab kononnya untuk kongsi hal anak.. maklumlah zaman baru kahwin... semua yang indah nak ditayang kan.. 

Tapi on off berblog masa tu.. sbb kekangan internet... blog terbengkalai... hinggalah tahun 2012 MF betul-betul aktif.. masa tu mula pasang iklan nuffnang.. tapi sbeelum pasang tu, cari dulu hukum, dalil dan sebagainya.. dah rasa yakin baru pasang iklan nuffnang. 



Bila makin aktif, tukar template, tukar header dan mula aktif domain sendiri.. atas izin suami... masa tu juga isi blog juga berubah dah.. tiada lagi pasal peribadi melainkan untuk berkongsi ilmu... 

Dari situ, MF belajar sedikit demi sedikit ilmu coding, SEO dan bab-bab blog ni secara sendiri... antara blogger yang MF rujuk ialah blogger Mia Liana dan juga blogger Hasrul Hassan... cuba ubah coding.. buat teknik SEO.. semuanya MF belajar sendiri... yakin dengan rezeki Allah kan...

Alhamdulillah.. dari situ, mula join affiliate program... apply innity...dan masih kekal dengan nuffnang... sebenarnya, yang nampak blog ni blog buat duit dari luar, dari review... yang buat MF yakin dengan review produk ni, apabila suka-suka je, MF pernah reveiw pasal produk halal iaitu shokubutsu.. rupanya, pihak shokubutsu baca review simple tu.. dan mula dapat offer dari pihak shokubutsu sebanyak 2 kali.. dari situ mula yakin dengan produk review... 

Tak lama lepas tu, dapat dari Zalora dan beberapa produk lain juga.. walaupun tak banyak tapi ada... selain tu juga, rezeki dengan pemasangan iklan semakin naik... tak pernah terfikir nak jana pendapatan yang banyak dengan nuffnang, tapi Alhamdulillah ada... 

Itulah kisah ringkas, pendapatan yang MF mampu jana dari berblog.. dari berblog sebagai hobi, tapi dapat jana pendapatan sampingan.. Alhamdulillah.. bila suami lihat pendapatan tu, dia semakin galak memberi sokongan... 

Sebenarnya, tiada rahsia nak jana pendapatan dari blog ni.. semuanya kena usaha, usaha, usaha,,, selain tu, doa dan yakin rezeki tu dari Allah.. jangan over excited nak cari rezeki berblog sampai gaya jadi blogger terdesak... 

Dan tak perlu nak tayang muka cari glamer pun blogger boleh cari duit... asalkan blog mantap, blogger  tu juga dapat beri komitmen yang tinggi terhadap penulisan mereka... contohnya Blogger Lekat Lekit dan Diana Rashid... mereka ni, blogger yang tak popular mana bahkan jarang tayang muka pun, tapi blog depa mantap, review yang depa buat meletop... jadi, MF memang rekemen depa kalau sesiapa nak suruh depa ni buat review... MF juga buat review, tapi kalau tak nak buat dengan MF boleh cari dua orang blogger nih ye.. blogger suri rumah yang jana pendapatan dengan blog... satu rahsia depa nih yang MF nampak ialah usaha dan komitmen depa.. 

Jadi, buat blogger lain yang nak jana pendapatan dengan blog, tak perlu gedik sana sini cari job... yang penting mantapkan penulisan, usaha berterusan, pelbagaikan cabang job blog... dan yakin dengan rezeki Allah... itu rahsianya.. Tiada rezeki yang datang bergolek.. ibarat kata.. "Yang pilih tak kan datang melayang, yang bulat tak kan datang bergolek".. eh.. macam terbalik.. boleh la kan.. asalkan betul maksudnya.. hehe... 

Kesimpulan:

Rahsia nak jana pendapatan 4 angka dengan blog?
  1. Usaha, usaha, usaha,
  2. Doa, doa, doa
  3. Yakin, yakin, yakin,


Selain tu, 
  1. Tukar template lebih kepada mesra SEO dan Responsive
  2. Join affiliate 
  3. Banner iklan (nuffnang, innity dll)
  4. Promosikan blog di laman sosial
  5. Yakinkan pembaca dengan statistik blog.. (sebab tu kena tukar template)
  6. Ringankan blog
  7. Rajinkan diri beramah mesra dengan blog lain (blogwalking dan tinggalkan komen)
  8. Jadi blogger yang positif


Insha Allah, tak mustahil untuk jana pendapatan dengan blog, asalkan "MAN JADDA WAJADA"

22 Ogos 2016

Bounce Rate dan Kepentingannya Kepada SEO Blog

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak kongsi sikit pasal ilmu blog ni... Tak ramai blogger ambil berat dengan bounce Rate ni.. ada yang fikir.. tak penting sangat pun.. tapi bagi blog yang mementingkan rating dalam blog serta kepentingannya kepada blog yang menjana pendapatan seperti advertorial atau review produk... Bounce Rate ni satu aspek yang tak boleh dipandang remeh.

Beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan:
  • Apa itu bounce rate?
  • Apa pengaruh bounce rate pada blog?
  • Dan apa juga faktor yang menyebabkan tinggi rendahnya bounce rate?


Apa itu bounce rate?

Bounce rate adalah rasio jumlah pengunjung yang hanya membuka satu halaman saja pada blog kita. Bounce rate dihitung menggunakan rumus berikut.

Bounce rate = (Jumlah pengunjung yang hanya membuka satu halaman blog/Jumlah kunjungan keseluruhan) x 100%.

Misalnya dalam satu bulan blog kita memiliki jumlah kunjungan total sebanyak 50,000, sedangkan kunjungan pembaca yang hanya membuka satu halaman saja sebanyak 2,000. Dengan demikian, bounce rate dari blog kita sebesar (2.000/50.000)x100%= 4%.

Semakin besar bounce rate yang dimiliki sebuah blog maka blog tersebut akan semakin buruk, sedangkan semakin kecil bounce rate pada sebuah blog maka blog tersebut akan semakin baik.

Kadar peratusan bounce rate pada blog dapat dilihat pada  Google Analytics.

Penyebab bounce rate

Tinggi rendahnya bounce rate pada sebuah blog dipegaruhi oleh beberapa faktor, antara lain seperti berikut ini.

1. Kecepatan loading blog.
Blog dengan kecepatan loading yang baik dapat mencegah pembaca untuk membatalkan kunjungannya ke blog tersebut. Sehingga, semakin cepat loading sebuah blog maka bounce rate yang dimilikinya pun akan semakin kecil.

2. Reka Bentuk dan Design Blog
Untuk mendapatkan bounce rate yang baik maka sebuah blog juga harus memiliki design yang baik. Blog yang memiliki reka bentuk dan serabut akan membuat pembacanya malas menjelajah isi blog dan memilih untuk segera meninggalkannya.

3. Kualiti Isi Kandungan Blog.
Isu kandungan blog yang kurang menarik juga akan membuat pembaca tidak suka nak berlama-lama kat blog kita. Pembaca tentu tidak ingin membuang waktunya dengan percuma kerana tidak menemukan informasi yang menarik dan bermanfaat bagi dirinya. Oleh itu, rajinlah menerbitkan isi yang bermanfaat pada blog secara teratur dengan tetap menjaga kualitinya agar selalu baik dan bermanfaat.

4. Internal link.
Semakin banyak internal link pada blog maka boleh dipastikan bounce rate pada blog tersebut akan semakin kecil. Hal ini disebabkan pembaca diberikan kemudahan untuk mengunjungi halaman lain dalam blog tersebut sehingga setiap halaman dalam sebuah blog dapat terhubung dengan baik. Misalnya pembaca sedang membaca entry blog yang bertajuk cara merawat kucing. Pada entry tersebut disisipkan link yang mengarah pada halaman ciri kucing yang sihat. Jika pembaca tertarik dengan topik pada halaman ciri kucing yang sihat dan kemudian mengunjunginya maka bounce rate dari blog tersebut akan semakin kecil. Kita dapat menggunakan link pada post entry, related post, recent post, dan popular post untuk membangun internal link.

5. Eksternal link.
Semakin banyak eksternal link atau link keluar yang mengarah pada blog lain terpasang di halaman blog  maka kemungkinan jumlah pembaca yang meninggalkan blog untuk pergi ke halaman blog lain menurut link yang terpasang tersebut akan semakin besar, sehingga bounce ratenya menjadi tinggi. Eksternal link banyak ditemukan pada blogroll, gambar, dan iklan yang tampil pada halaman blog. Ini juga pentingnya bloglist..dan bertukar-tukar link dengan blogger lain.

Kesan Bounce Rate Pada SEO

Bayangkan kita pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang. Kita dapati pasar raya itu tidak menyediakan barang yang kita perlukan, mempunyai servis yang teruk dan susunan barangan di dalamnya tidak kemas.

Sudah pasti kita tidak akan datang lagi dan cepat-cepat beredar dari situ kan?

Sama seperti kes pada Bounce Rate. Apabila seseorang pelawat mendapati kandungan blog kita tidak relevan ataupun tidak menepati apa yang mereka mahukan (baca: tidak berkualiti), mereka akan bertindak untuk keluar serta merta dari laman web dan blog kita.

Di mata Google, mereka mengesan situasi ini sebagai ‘penolakan’ oleh pelawat. Secara tidak langsung, mereka berpendapat bahawa kandungan kita tidak boleh membuatkan pengguna Internet gembira dan tidak berkualiti kerana mereka singgah terlalu singkat dan berlalu begitu pantas keluar dari laman web dan blog kita.

Kesannya, Bounce Rate kita akan meningkat dan jika mengikut resepi ini, ia akan memberi kesan buruk kepada SEO laman web dan blog kita.

***

Kesimpulannya, Bounce Rate merupakan satu metrik yang menjadi kayu ukur dalam melihat kepuasan pelawat laman web dan blog kita terhadap apa yang kita cuba sediakan kepada mereka. 

Konsep bounce rate yang rendah adalah, pembaca 'terus kekal' duduk dalam blog kita dalam tempoh yang lama.

Cara Mengatasi / Memperbaiki Bounce Rate:
  • Pertahankan Brand Anda atau Ranking site Anda
  • Buat entry yang berkualiti dan relevan
  • Buatlah navigasi / menu tab yang jelas dan mudah
  • Buatlah design blog (template web) supaya menjadi lebih ringan, sehingga cepat loading.
  • Lakukan timbang berat blog di google speedtest,
  • Hilangkan iklan jenis pop-up atau tergantung.
  • Kurangkan link external dalaman tetapi buatlah link external yang terbuka di tab baru (new tab).


Sumber: Pembacaan di internet

Statistik dan kadar bounce rate dalam masa seminggu...bandingan seminggu sebelum buat perubahan... Untuk bulanan kena tunggu cukup sebulan la buat perubahan... Baru nampak perbezaannya... 

Statistik dan perbezaan kadar bounce rate untuk sehari tapi minggu lain-lain...

Alhamdulillah MF dapat juga rasa rendahkan bounce rate ni setelah dapat tunjuk ajar dari sifu SEO Malaysia siapa lagi kalau bukan blogger Hasrul Hassan... Belajar, baca dan buat trick serta ubah coding apa yang patut... Alhamdulillah.. dalam masa 12 jam buat.. nampak perubahannya... Bounce rate menurun dan pageview meningkatkan dari biasa jika dibandingkan dengan hari sebelum buat perubahan tu.

Walaupun MF tak menjana ribuan ringgit atau tak selalu dapat review produk macam blogger lain... Tapi alhamdulillah, kesannya blog dan entry mudah masuk dalam Google search dan pageview pun meningkat setiap hari... dan lebih mudah nak capai matlamat utama iaitu menyampaikan ilmu yang bermanfaat, terutama perkongsian ilmu kerohanian.  Bab review produk tu... Itu atas rezeki juga... Apa pun syukur dengan rezeki yang ada.. yang penting kepuasan melihat blog kita lebih baik dari sebelumnya. Jadi, bagi blogger yang dah ubah template kepada template mesra SEO, rugilah jika abaikan aspek bounce rate ni.. kalau tak faham, boleh tanya pada Blogger Hasrul Hassan dan godeklah ilmu SEO dalam blognya... banyak sangat perkongsian ilmu blogger yang dia beri... tak rugi belajar.. 

15 Julai 2016

Statistik Blog April, Mei dan Jun 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lama rupanya tak update statistik blog... Jadi, kali ni nak update 3 bulan sekali gus...

Statistik blog untuk bulan April, Mei dan Jun.

STATISTIK BLOG UNTUK BULAN APRIL 2016


STATISTIK BLOG BULAN MEI 2016

STATISTIK BLOG JUN 2016

Kalau tengok statistik ni, alhamdulillah setiap bulan ada peningkatan...
Alhamdulillah, berkat usaha dan idea yang tak putus serta bantuan teknikal seperti template yang responsive dan mesra SEO buatkan blog ni mudah masuk dalam ranking google search... 

Blog ni bertahan dengan adanya entry lama...
Kadang tak update blog, tapi PV tinggi sebab entry lama yang membantu dan masuk dalam google search... Tiada apa rahsia untuk kekalkan momentom berblog... melainkan banyak membaca, konsisten update blog setiap hari dan rajin ping entry di Google Plus dan Facebook... 

Apa pun masih gigih berusaha untuk kecilkan angka Bounce Rate tu... makin kecil angkanya, makin baik prestasi blog. 

Moga terus diberi ruang dan peluang untuk mencoret idea dan ilmu yang bermanfaat untuk perkongsian bersama.. insha Allah...

15 Januari 2016

Nak CPUV Nuffnang Meriah Tahun 2016? | Ikut Tips Ni...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... rezeki bersama Nuffnang masih ada, masih banyak lagi... Sebab tu masih kekal dengan iklan Nuffnang, walaupun pernah satu ketika dulu, Nuffnang pernah hampa kan ramai blogger, tapi MF tetap je biar iklan Nuffnang di blog. Takde CPUV pun masa tu, tapi masih kekal lagi. Walaupun ada letakkan iklan lain juga, Nuffnang tetap MF letak bersama. Cabangkan punca rezeki kan.. asalkan halal... 



Alhamdulillah, di tahun 2016, Iklan Nuffnang tak mengecewakan... Masih meriah dengan CPUV baru dan siap dapat gandaan tiga dan lima... Alhamdulillah rezeki anak-anak kami mungkin... 

Duit terkumpul, MF tak Cash Out untuk tahun 2015... sebab belum sampai target MF nak cash out... Insha Allah, cukup masa dan amount, MF akan keluarkan nanti... Seronok tengok orang lain dok cash out tu kan.. Tapi MF tak cash out sebab nak tengok angka bertambah dan bertambah... Pencetus motivasi juga tuh.. 

Macam mana nak dapatkan CPUV Nuffnang ni?
MF bukan pakar Nuffnang apatah lagi orang yang layak nak bercakap pasal cara nak dapatkan duit dari Nuffnang. Tapi apa yang MF baca dan cari gali ilmu, MF kongsikan sikit tips nak dapatkan CPUV Nuffnang ni... 
  1. Rajin hantar tiket kepada pihak Nuffnang, MF buat 2 atau 3 bulan sekali.
  2. Selalu update survey. Ini pun dalam 1 atau 2 bulan sekali MF akan buat.
  3. Up kan entry jika dapat income atau iklan dari pihak Nuffnang, macam entry promosi dan pujian la ni... 
  4. Lebihkan memberi, maknanya kalau pergi blog orang, rajinkan diri klik iklan kat blog orang, insha Allah tanpa diminta orang akan klik iklan diblog kita... Apa yang kita beri, insha Allah kita akan dapat balik... Gitulah konsepnya... 

Ini antara tips mudah MF buat untuk dapatkan CPUV Nuffnang. Tapi jangan risau, rezeki setiap orang tak sama... ada orang, Nuffnang tak meriah mana, tapi rezeki dari pengiklan lain, meriah kan... Yang penting cabangkan rezeki asalkan halal... lagipun niatkan juga kita berblog bukan semata-mata duit, tapi lebih kepada perkongsian ilmu... Rezeki tu akan datang secara sampingan kita berblog. 

23 November 2015

Widget Untuk Lihat Pengunjung Blog Secara "Real Time"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baru-baru ni, widget freestat kat blog MF problem.. Statistik untuk lihat pengunjung blog online macam tak berfungsi je... Hanya "1 User Online" walaupun pada waktu puncak...

Terus MF google untuk cari widget lain... Akhirnya, dalam banyak-banyak yang MF try, yang MF guna sekarang ni best.. Sebab dapat lihat pengunjung blog real time... Kita boleh tahu, dari mana pengunjung blog kita online dan lihat blog kita.

Widget ni tak susah pasang pun... Pilih je kita nak letak area mana widget tuh.. Tepi ke, kiri atau kanan... Boleh pilih... Lepas tu copy je coding dan seperti biasa...

Pergi kat Dashboard blog kita, buka layout... Klik add gadjet... Pilih HTML, dan pastekan coding tadi...Save dan siap!!!


Mudah je... Kalau kita nak lihat siapa yang datang berkunjung ke blog kita, hanya klik je widget pada blog kita tu.. Nanti terus la terpapar statistik nya .. Siap ada Google Maps lagi...

Boleh lihat, juga pengunjung blog kita tu online guna apa.. Kalau blog MF ni, ramai yang guna smartphone... Sebab tu juga penting setting blog kita agar mudah dilihat dalam bentuk tablet atau smartphone.

Widget ni ringan...dan tak memberatkan blog setakat yang MF pasang ni... Suka pasang widget ni.. Dapat tengok orang online.. Itu pun dah dapat beri motivasi pada MF untuk terus berblog...

Berblog memang atas minat. Tapi kadang mood berblog down.. Jadi, kena la cari motivasi diri untuk terus berblog.. Jadi, salah satu caranya MF pasang widget nih...

Jika berminat nak pasang juga.. Boleh KLIK SINI

29 Ogos 2015

8 Pantang Larang Ketika Berblog!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dalam hidup ini ada peraturan dan pantang larangnya. Begitu juga dengan berblog. Ada pantang larang dalam berblog yang mungkin orang tak ambil kisah. Tapi bagi sesetengah pembaca dia sangat kisah. Antaranya:

Jangan Campur Adukkan Bahasa Dalam Satu Entry
Sakit otak jumpa blog bahasa rojak nih... Apatah lagi entryblog yang guna bahasa alien... Kononnya moden la sangat tapi satu hapa tak boleh faham dan nak kena mengeja balik bila baca entry nya. Pantang betul kalau jumpa entry blog bahasa rojak.. Kalau nak buat entry inggeris, satu bahasa je la.. Jangan nak campur dengan bahasa Melayu. Pantang ok!

Jangan Copy Paste Tanpa Sumber
Bab copy paste ni tak pernah selesai.. Ianya berkait dengan sikap dan etika berblog. Jika nak copy paste dari blog orang, pastikan letak sumber... Kalau tak backlink pun sekurang-kurangnya letak la sumber dari mana. Sekalipun gambar, sebaiknya letakan sumber asal. Jika gambar sendiri, jangan lupa pula letak kan watermark yang strategik supaya orang tak boleh edit gambar kita. 

Jangan Update Entry Waktu Moody
Mood penting dalam berblog. Jika update blog tanpa rasa tanpa hati, apa yang kita nak sampaikan tak kan sampai kepada pembaca...pembaca baca pun rasa pelik... Dan kalau kita baca pun, rasa pelik. Ayat pun mesti mengarut dan berulang-ulang. Jadi, jangan update blog waktu moody atau emosi tak stabil... Terutama wanita la ni... 

Jangan Paksa Diri Dalam Berblog
Berblog biar enjoy dan rasa seronok. Jangan tengok blog orang lain sentiasa update dengan cerita yang menarik kita pun nak update juga. Tapi kita takde idea dan mood... Jadi, kita paksa diri untuk berblog. Jangan sesekali begitu.  Nanti kita akan stress sendiri... Dan terasa blog menjadi beban pula.  Berbloglah dengan enjoy ya.

Jangan Berblog Sebab Ikut Kawan
Ada kawan MF pernah nak ikut MF berblog... Sebab dia tengok blog MF banyak info, boleh cerita...boleh buat duit. Hehe... Jangan ye.  Jangan berblog sebab ikut kawan. Berblog perlukan minat dan ilmu... Tapi yang paling penting minat lah. Kalau de ilmu tapi tak minat tak jadi juga. Macam MF kat Universiti dulu, belajar buat blog dan web tapi masa tu minat takde. Jadi, blog tu terabai je. Tapi lepas kahwin, baru datang minat, Alhamdulillah ilmu yang lama tuh dapat MF guna kembali. 

Jangan Buat dan Sebarkan Fitnah
Ini, bukan setakat berblog, fitnah memang perbuatan mazmumah yang wajib dielakkan dalam diri. Janganlah buat blog sebab nak buat fitnah, gosip sana sini dan kongsi berita yang tak pasti. Berbloglah untuk sesuatu yang berfaedah untuk diri kita dan orang lain. Apa guna berblog tapi dapat dosa kan.

Jangan Cerita Hal Dalam Kain
Ini blog peribadi la yang banyak buat. Blog para isteri la ni.. Kadang syok sangat bercerita hingga tak sedar buka aib diri, aib suami dan ai keluarga... Bercerita hal peribadi perlu diatasi iman dan akal bukan emosi. Peringatan untuk diri MF juga ni.

Jangan Serabutkan Blog Dengan Iklan
Yang ni pun antara pantang larang MF juga ni... Jangan serabutkan iklan dalam blog. Tambah iklan jenis pop-up. Elakkan iklan jenis itu sebab iklan camtu kebanyakan tak mesra mobile. Jadi, orang akan closed je.  Jika nak kongsikan ilmu, hadkan iklan yang terlalu banyak dan serabut dalam blog. Kalau iklan banyak, blog pun jadi berat. 

Cukup kot setakat ini. Cukup lah lapan pantang larang ni. Entry ni atas pengalaman dan pendapat MF sendiri... Terpulang pada orang lain untuk terima atau tidak. Moga kita dapat meningkatkan kualiti kandungan blog kita agar jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.

28 Ogos 2015

4 Cara Mudah Update Blog Waktu Cuti!

4 Cara Mudah Update Blog Waktu Cuti!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari ni last day... Happy for holiday.. Minggu ni tiga hari kita bercuti sekali dengan Cuti Merdeka... Mesti dah rancang nak pergi mana n kan... Ramai juga yang balik kampung, hantar saudara pergi Haji, kenduri dan sebagainya. MF juga perancangan waktu cuti... Tapi sebagai blogger separuh masa, blog tetap tak diabaikan... Nak kena juga update kalau tak, rasa macam tak best je... 

Jadi, MF nak kongsikan tiga cara mudah yang MF buat untuk memastikan blog update tapi dalam masa yang sama cuti tak terganggu. 

Entry Autopublish
Entry Autopublish memang tersedia... Setkan tarikh dan masa yang sesuai.. Paling kurang satu atau dua entry... Banyak sangat pun tak boleh, sebab biasanya hujung minggu dan cuti tak ramai blogwalking... Jadi, kongsikan entry santai dan ringkas sahaja dihujung minggu... Tak boleh info yang padat dan berat, sebab hujung minggu orang nak release tension dan rehatkan otak. Tapi MF tetap tak lupa entry berbentuk nasihat dan motivasi setiap pagi.. Insha Allah.

Join Segmen atau Giveaway
Cara ini paling mudah... Cari je mana-mana Giveaway atau segmen yang tengah berlangsung... Siapkan dalam draft atau boleh juga Autopublish, cuma kalau Autopublish kena la send Url entry awal-awal dan maklumkan penganjur bahawa tu entry Autopublish. Takut terlupa nak send url walaupun dah join. Jadi, nampak la blog kita update juga walaupun satu hari satu je kan... 

Pastikan Ada Entry di Draft
Jangan biarkan draft kosong... Sediakan je apa-apa entry ringkas dalam draft... Mungkin waktu rehat dalam bercuti tu, boleh publishkan entry yang dalam draft tu... Dalam draft MF ada seratus lebih entry yang belum diedit dan dipublish... Ada masa yang sesuai MF akan publishkan. 

Gadjet
Gadjet juga sebagai pembantu berkesan untuk publish entry dalam bercuti dengan cepat... Gunakan aplikasi yang mudah untuk Update entry... Walaupun sekeping gambar tanpa kata. Ianya akan menarik orang untuk mentafsirkan dan memberi komen. Jadi, simpan gambar-gambar tertentu dalam gadjet supaya boleh digunakan untuk update entry ketika perlu. Tapi jarang MF guna cara ni... Sebab time bercuti dengan anak-anak, no gadjet... Ada handphone untuk ambil gambar kenangan sahaja. 

Ini antara cara MF update blog ketika cuti. Jarang hadap blog ketika cuti kecuali waktu tu suami MF tengah kerja. Jadi ada la peluang hadap blog sekejap... Selebihnya, memang spend time untuk anak-anak. Antara empat cara di atas tu... Yang banyak MF guna ialah entry Autopublish... Sebab tu orang nampak blog MF sentiasa berupdate tapi tuan blog takde depan blog pun sebenarnya. 

Apa-apa semuanya atas minat dan mood juga, jika dah minat kita usaha untuk majukan. Blog MF dah sampai satu tahap yang hampir berjaya. Jadi, tak kan MF nak sia-siakan ye tak. Jadi, usaha untuk lebih maju dan bertahan... Insha Allah dengan Izin Allah.

27 Ogos 2015

7 Widget Penting Yang Patut Ada Pada Blog

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Google images

Widget untuk blog terlalu banyak sehinggakan, semua widget ni nak letak dalam blog. Tapi terlalu banyak widget menjadikan blog kita serabut dan juga lambat loading. Jadi, perlu pilih widget yang betul-betul perlu dan penting serta fungsinya untuk kemudahan pembaca dan pengunjung blog. 

Antara 7 widget yang patut ada pada sebuah blog. 

Recent post, iaitu widget yang memaparkan tulisan-tulisan terbaru kita.Walau di laman utama memaparkan beberapa posting entry terbaru, tapi ada setengah pembaca tak tengok laman utama. Jadi, recent post menjadi sangat penting. Jadi, strategiknya bila widget ni diletakkan di bahagian atas.

Kotak komen yang mesra pengguna. Ini bukan satu widget, tapi ada blogger abaikan pasal kotak komen ni. Jadi, MF suka untuk tegaskan guna kotak komen yang sesuai dan mudahkan orang lain komen. Apa guna kita buat entry tapi orang baca tapi tak boleh nak respon dengan baik. Jika pengguna blogspot, kotak komen blogspot itu sudah cukup baik... Cuma setting, bagi sesuai dengan pembaca. 

Button share, ini adalah satu widget yang akan boleh menyebarkan tulisan kita ke jejaring sosial atau bookmarking. Tulisan kita mudah merebak dengan diedar ke twitter atau facebook. Sehingga akan dapat menjadi salah satu cara promosi blog dan boleh mendatangkan ramai pengunjung.

Related Post, iaitu widget yang memaparkan tulisan-tulisan yang berkaitan dengan tulisan yang kita baca. Widget ini akan memudahkan pembaca untuk mendapatkan ilmu atau bacaan yang berkaitan. Selain itu akan dapat mendatangkan banyak page view. Sebab tu kadang post lama boleh dapat komen baru.

Arkib, iaitu iaitu widget yang memaparkan bulan kita update entry blog, dan juga boleh memaparkan jumlah tulisan dalam setiap bulan berapa kali kita posting. Selain itu juga akan memudahkan pembaca cari bacaan yang sesuai dan artikel yang minat untuk dibaca. Cuma, setting ikut kesesuaian. Jika terlalu panjang sampai nak ke scroll ke bawah pun tak effective juga... Jadi, setting ikut kesesuaian pandangan pembaca.

Search engine, ini dia widget yang dianggap sangat penting. Kerana boleh dibayangkan betapa susahnya mencari suatu kata kunci yang ada di blog kita tanpa search engine.

Contact Us: antara widget yang boleh dikatakan penting masa ini untuk blog. Sebabnya, perhubungan pembaca dan pemilik blog. Jika ada persoalan, pembaca terus boleh hubungi pemilik blog sama ada melalui borang online Contact Us, ataupun icon laman sosial seperti facebook, twitter dan juga email. 

02 Ogos 2015

Transfer Aplikasi Masuk SD Card!

Nak jadikan smartphone yang betul-betul smart... Smartphone orang perempuan ni lain sikit... Banyak aplikasi penting bagi dia... Tambah pula kalau blogger kan...

Jadi untuk tidak memberatkan smartphone..  MF transfer beberapa aplikasi yang boleh di move kepada SD Card..  Terutama aplikasi yang guna RAM yang besar macam Facebook, Aplikasi untuk Edit Photo.. (MF guna Pixlr sebab senang nak kecilkan gambar dan masukkan watermark pada gambar sebelum upload ke dalam entry)... Dan aplikasi Messeger...  Semua tu besar-besar tu... Bukan Kb dah tapi Mb...

Dah transfer,  ringan sikit phone... Tak mudah hang... Barulah smart kan... Mudah nak buat kerja berblog guna mobile... Jadi mama blogger mana sempat nak hadap blog depan laptop selalu... Kebanyakannya guna mobile dan entry autopublish je... Janji dapat lepaskan minat dan hobi kan...




P/s: Install semula aplikasi Facebook demi memenuhi syarat GMBM yang baru. Mudah nak ping entry ke FB group melalui aplikasi Blogaway...  Selesai masalah...  Alhamdulillah.


11 Julai 2015

Entry Autopublish | Rutin Berblog Setiap Hari!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Entry Autopublish | Rutin Berblog Setiap Hari! | Entry Autopublish antara rutin MF berblog setiap hari. Sebagai blogger part time yang menjadikan blog sebagai hobi... mesti buat entry autopublish ni...supaya blog sentiasa update.

Entry Autopublish ni mudah... cuma setkan tarikh dan masa yang kita nak publishkan. Cara ni jimatkan masa dan kita tak perlu nak hadap blog 24jam sebab nak update blog. 

MF berblog hanya waktu pagi... selebihnya, MF sibuk dengan kerja rumah dan kerja di sekolah jika hari kerja... tapi blog sentiasa update, pagi, tengah hari, petang dan malam. 

Macam mana dapat idea nak buat entry??? Yang ni MF takde ilmu lebih, kecuali banyakkan MEMBACA, dan memerhati... banyak sumber kita boleh dapat idea untuk buat entry... Macam blog MF blog informasi dan motivasi... jadi, dari sekeping gambar MF kembangkan idea. 

Ini antara rahsia dan tips MF berblog... sebab tu nampak blog MF update je kan.. sehari paling kurang empat entry... tapi semuanya autopublish... hehe.. termasuk juga entry ini... hehe

21 Mei 2015

Buat Header Blog Secara Online!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Buat Header Blog Secara Online! | Perasan tak... blog MF dah de header... hehe.. baru buat je ni..


Header ni MF buat secara online je.. dah lama sebenarnya nak letak header tapi tak berkesempatan,.. tak sempat nak ngadap photoshop tu... jadi, MF cari je banner maker atau header maker secara online... 

Cari punya cari jumpa satu... kat web cooltext.com.


Dalam banyak-banyak.. yang ni paling mudah nak buat dan mesra pengguna... terutama header yang menggunakan tulisan sahaja... cukup mudah nak buat... tulis je nak apa.. pastu edit sendiri... lepas tu save dan download je.. automatik tersimpan di dalam folder pc atau laptop atau tablet kita...

Cukuplah dengan header simple camni... banyak-banyak nanti berat dan tak mesra SEO plak... cukuplah sekadar ada..penyeri kepada kepala blog ini.. 

19 Mei 2015

7 Tips Tingkatkan Pageview Blog!

7 Tips Tingkatkan Pageview Blog! | MF pernah sharekan Pageview (PV) blog tertinggi yang pernah MF capai di entry INI... Bagi blog biasa-biasa cam blog MF ni, PV sebanyak tu dah cukup menggembirakan dan menambah semangat MF untuk berblog. 

Ramai minta tips... Jadi, MF nak kongsi...beberapa tips untuk tingkatkan PV berdasarkan pengalaman MF sendiri...

Ini purata PV blog MF setiap hari... 7-8k untuk hari Isnin hingga Khamis.. hari Jumaat hingga Ahad agak berkurang..,purata 4-6k sehari... MF cuba tingkatkan unuk capai 10k sehari secara konsisten.

1. Update blog setiap hari... setakat ni MF konsisten upate blog dengan paling kurang empat entry sehari... bagaimana MF buat... tak usah pertikaikan... blog kita cara kita... terpulang kepada kita bagaimana nak menguruskannya... yang penting... kerja hakiki MF dan tanggungjawab MF tak terabai...

2. Blogwalking.., blogwalking ibarat oksigen blog kita... kalau tak blogwalking...camne orang nak kenal blog kita kan... blogwalking dan tinggalkan jejak... tak kisah dikomen ataupun di shoutbox... keduanya penyumbang pelawat ke blog kita...

3. Join Segmen atau GA... joinlah segmen atau giveaway yang bersepah dianjurkan oleh blogger.. segmen dan GA ni antara penyumbag orang kenal dan datang ke blog kita.

4. Ping Entry... rajin-rajinkan diri ping entry... sama ada guna autowidget seperti busuk.org atau babab.net... atau..ping manual di facebook dan juga google plus...

5. Join Group Blogger... joinlah mana-mana group blogger yang aktif... tujuannya untuk saling bertukar link, tambah kenalan...dan popularkan blog kita sendiri...

6. Tukar Template... yang ni memang dari pengalaman MF. Lepas tukar template memang mendadak perubahan PV... Template yang MF pilih ni jenis Responsive Template... responsive ni, maknanya...termasuk dengan mesra SEO sekali...

7. Ringankan blog...usahalah untuk ringankan blog.. blog yang ringan lebih disukai pengunjung... cara nak ringankan blog, boleh baca di entry INI...
Ini pula data dari Google Analytic sepanjang bulan April... Alhamdulillah... pengunjung datang secara konsisten setiap hari... moga meningkat untuk bulan-bulan akan datang.

Bukan mudah nak capai tahap blog seperti sekarang,.. sokongan dari suami buatkan MF mampu capai macam ni.. tanpa sokongan dan restu suami... tak mungkin blog MariaFirdz seperti sekarang. tak lupa usaha dan sokongan dari rakan blogger dan rakan pembaca juga...terima kasih atassokongan semua... jadi, tiada mustahil juga anda nak peroleh macam yang MF peroleh sekarang... MF tak sehebat mana pun... sekadar share pengalaman,yang masih belajar lagi dalam dunia blogger... walaupun tak setanding blog orang lain... tapi syukur blog ni makin dikenali..dan moga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan... insha Allah...

22 April 2015

5 Tips Cepatkan Loading Blog (Ringankan Blog)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tips Cepatkan Loading Blog (Ringankan Blog) | Salah satu kemestian untuk blogger ialah blogwalking.... Salah satu yang mempengaruhi blogwalking ialah faktor masa loading sesebuah blog. 

MF selalu blogwalking... Tapi bila hujung-hujung bulan...kouta internet dah tenat... Mulalah kurang blogwalking... Tapi MF tetap buat... Cuma pada blog yang terpilih... Blog yang terpilih tu termasuklah blog yang dapat loading dengan cepat walaupun hakikatnya internet lambat... Eh... Ada ke camtu??? Ye ada... Beberapa blog yang dapat loading cepat walaupun internet MF tenat sebab kouta habis atau hampir habis... 

Dari pemerhatian MF, ada beberapa sebab dan faktor yang menjadikan sesuatu blog tu cepat loading dan tak memakan masa yang lama untuk dipaparkan... Sama ada buka guna tablet, pc ataupun mobile... 

Ada beberapa tips MF ingin kongsikan cara meringankan blog dan menjadikan blog kita cepat loading... 

1. Kecilkan Gambar
Kecilkan gambar sebelum upload ke blog... gambar yang terbaik ialah gunakan resolusi yang rendah... Biasa gambar yang kita guna dan diambil dari kamera...besar saiznya... Jadi, kecilkan dulu... Resize dulu... Untuk mobile biasa MF edit gambar guna aplikasi Pixlr... Dan aplikasi ni free je.. Boleh download kat Play Store...bestnya boleh letak watermark sekali untuk edit gambar... Format gambar yang ringan dan sesuai untuk blog ialah PNG, JPEG dan GIF... Elakkan guna format TIFF dan BMP.

2. Kurangkan Widget Yang Tidak Penting
Elakkan pasang widget yang tidak penting dan kurang perlu... Seperti musik, logo tertentu, jam, widget bergerak dan animated widget... Ini kerana widget sebegini buatkan blog lambat loading.

3. Gunakan background blog berwarna plain
Background blog bergambar mempengaruhi berat blog... Elakkan guna background blog bergambar yang besar dan berulang... Selain tak sesuai untuk visual pembaca, ia juga mempengaruhi loading blog.

4. Ringkaskan Blog Post
Ringkaskan entry blog post... kalau tengok kebanyakan template SEO menyediakan kemudahan 'read more'... tujuannya untuk meringankan blog... Dan lagi satu settingkan setiap paparan 3-6 post dalam satu satu masa... Terlalu banyak blog post pun boleh jadikan loading blog lambat.

5. Kurangkan Banner Iklan
Banner iklan antara penyebab blog kita lambat loading... Jika guna code html... Kompress kan bagi jadi dalam satu widget sahaja... Elakkan iklan yang terapung atau jenis popup... Kecilkan pixel iklan dan susun dengan teratur.... Pilih iklan yang tak terlalu banyak gerak (animated advertise)..

Itulah antara tips yang boleh MF kongsikan berdasarkan pembacaan dan pengalaman MF sendiri... Blog MF tu pun dah mula gemuk juga tu... Nak mula buang dah iklan yang over besar dan susun layout semula...

Blog yang ringan antara blog yang menjadi tarikan pembaca... Jadi, jika blog kita kurang pengunjung...boleh semak semula... Layout dan template blog kita...

Ringan atau berat blog...boleh juga ditimbang di SINI...

Semoga bermanfaat dan happy blogging... 

21 April 2015

Tips Buat Tajuk Artikel Yang Menarik Minat Pembaca!

Tips Buat Tajuk Artikel Yang Menarik Minat Pembaca!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Buat Tajuk Artikel Yang Menarik Minat Pembaca! | Lagi teknik berblog yang MF nak kongsikan di sini... Banyak teknik untuk pikat pembaca... antaranya tajuk sesuatu entry atau artikel yang kita tulis... Orang baca tajuk je, dah menarik untuk klik dan membaca entry kita... Sebab tu tak hairan, penulis iklan, penulis akbar sangguh buat trick tajuk artikel yang gempak, demi melariskan jualan produk dan akhbar... Tengok saja, muka depan akhbar kan... Tajuknya gempak dan dibesarkan lagi.. untuk menarik minat pembaca. Begitu juga dengan berblog...

1 – Gunakan Nombor
Kita cenderung untuk lebih fokus apabila melihat angka di antara abjad. Hal ini kerana, minda kita telah diset untuk melihat dan membaca teks sahaja. Jadi, apabila kita secara tiba-tiba melihat angka, kita akan fokus pada bahagian tersebut.

Contoh: 11 Tips Tingkatkan Kesuburan!

2 – Gunakan Soalan
Menyampai maklumat dan mengajar memerlukan kita untuk berkomunikasi secara dua hala. Biarpun melalui Internet kita tidak bersemuka dengan pembaca, cara terbaik untuk mewujudkan situasi itu adalah dengan bertanya. Mereka yang membaca persoalan kita akan bertindak balas dengan klik pada tajuk artikel kita untuk tahu perkara selanjutnya.

Contoh: Kenapa Kita Mesti Berdoa???

3 – Gunakan Ajakan
Sama seperti dalam kehidupan kita seharian, kita cenderung untuk bertindak melakukan sesuatu apabila diajak dan disuruh oleh seseorang yang lain. Menggunakan prinsip yang serupa, kita boleh mengajak para pembaca untuk turut bersama kita memahami sesuatu perkara dengan menulis tajuk berbentuk ajakan dan jemputan.

Contoh: Jom Shopping Online di Butik Najjah!

4 – Gunakan Magis
Selain itu, kita juga boleh menggunakan beberapa perkataan magis untuk mewujudkan perasaan ingin tahu dalam diri pembaca. Antara perkataan yang boleh anda gunakan adalah seperti:

  • Tips
  • Cara
  • Sebab
  • Teknik
  • Rahsia
  • Langkah
  • Strategi

Contoh: Cara Mudah Rehatkan Kaki yang Letih!

5 – Gunakan Senarai
Seterusnya, kita juga boleh menulis tajuk entri dalam bentuk senarai. Ada dalam kalangan pembaca kita gemar dengan jenis artikel seperti ini kerana mereka berpendapat bahawa artikel seperti ini bersifat ‘lengkap’ dan menyeluruh.

Contoh : Doa dari al-Quran Untuk Anak-anak

Antara lima cara mudah untuk trick dan teknik menarik minat pembaca hanya melalui paparan tajuk yang menarik. Selamat Mencuba dan happy blogging... 

16 April 2015

Cara Menarik Perhatian Pembaca-Part 1!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sedikit ilmu blogging yang MF nak kongsikan bersama.. Ilmu ni hasil pembacaan, pemerhatian dan pengalaman MF sendiri sepanjang berblog ni...

Setiap apa yang kita coretkan di blog, kita nak ada orang baca... walaupun tulisan kita sekadar hal peribadi, sekadar suka-suka... seronok bila lihat statistik ramai yang baca... apatah lagi hal berkaitan ilmu dan info... lagi ramai yang baca, yang amal lagi kita seronok...dapat tumpang pahala...

Tapi tak mudah dan tak juga susah nak tarik pembaca supaya membaca entry kita... Antara elemen penting yang kita kena jaga ialah display, content and friendly user...

Sumber: google images

DISPLAY
Element display ni termasuklah reka letak widget... warna, background, font dan bentuk blog kita... semua tu memainkan peranan untuk menarik perhatian pembaca... Ikut ilmu multimedia yang pernah MF belajar... dalam satu reka bentuk multimedia tidak boleh lebih dari empat warna... jika lebih dia akan nampak serabut... Pilihlah warna yang bersesuaian.. Ada orang suka warna positif dan ada yang suka warna negatif... Jadi, kena seimbang dalam pemilihan warna blog... Walaupun kita buat blog ikut warna kesukaan kita, tapi elakkan guna warna yang terang-terang dan menyakitkan mata...

Background | Elakkan guna background atau latar belakang yang punyai gambar berulang.. seeloknya warna plain atau corak lembut dengan garisan yang selari... Latar yang bercorak pula, seeloknya corak yang tidak berulang dengan warna yang banyak.. ini akan menyakitkan mata.

Widget | Pilih widget yang bersesuaian... reka letak widget ikut kepentingan... seeloknya widget berada di sebelah kanan... kerana otak dan mata kita akan lebih tertumpu pada sebelah kiri...

Font | Pilih font yang bersesuaian... tidak terlalu besar dan kecil... sebaiknya elak font yang berekor, bersambung... Font jenis Arial, Tahoma dan Verdana lebih sesuai digunakan sebab memudahkan pembaca tanpa mengira lapisan umur.

Gambar | Penggunaan gambar juga dapat menarik perhatian pembaca. Tapi pastikan gambar tersebut dikecilkan dulu resolusinya sebelum dimasukkan ke blog... gambar dari kamera biasanya besar pixelnya.., jadi kecilkan dengan anggaran yang sesuai iaitu dalam lingkungan 400 x 640 ... Gambar yang besar, melambatkan blog loading.. ni pun buatkan pembaca lari sebab lama nak tunggu loading walaupun entrynya menarik.

User Friendly | Blog yang mesra pembaca menjadikan pembaca akan kerap berkunjung ke blog tersebut... blog yang mesra mobile dan mudah diakses di mana-mana saja, menjadi perhatian lebih ramai pembaca... Settingkan blog kepada mobile friendly... ini juga antara element SEO yang ditekankan oleh Google Search. Kotak komen yang mesra.... dan tiada iklan yang berlegar,.. insha Allah blog begini, buatkan pembaa selalu berkunjung. 

Setakat ini dulu perkongsian MF mengenai cara untuk tarik perhatian pembaca ke blog kita... ini berdasarkn pemerhatian dan pengalaman MF sendiri... pilihlah warna dan font yang bersesuaian...supaya mudah orang membacanya... 

Nantikan sambungannya untuk entry akan datang... 

15 April 2015

Blog Kita Cara Kita!

Blog Kita Cara Kita! | Entry ini sekadar luahan pendapat tentang blog dan pengalaman MF pasal blog dan dunia blogger...

Blog kita cara kita... Itulah kata MF... Blog kita ikut kita nak corakkan macam mana... Usah terlalu nak ikutkan cara orang lain...

Dalam berblog perlu ada hala tuju dan matlamat... Jika tujuan berblog sebab nak dapatkan keglameran, memang patut la selalu tonjolkan diri kan... Tapi, MF bukan berblog untuk popular...walaupun boleh saja dan memang ada peluang ke arah itu... Tapi seperti yang MF katakan... Blog kita... Cara kita...

Cara MF berblog adalah kerana ilmu... Ilmu tak dapat dibeli... Ilmu yang MF ada MF  kongsikan di blog secara percuma je.. Tak payah bayar... Alhamdulillah... Sepanjang berblog, MF menulis MF dah dapat impak yang besar dan bermakna dalam hidup MF.. Matlamat tu memang tercapai... Tak perlu MF kisahkan lah. Tapi setakat ni ada yang beri feedback positif... Alhamdulillah...

Tujuan MF berblog memang bukan untuk tonjol kan diri.. Memang blog MF blog personal tapi tak bermakna MF nak kena selfie tayang diri... Maaf, jika ada yg minta nak tengok gambar MF dan family... Dah lama dah berkubur zaman MF up gambar kat internet... Allah beri MF hidayah pasal gambar nih... Nanti MF kisahkan la... Supaya korang fikir sejuta kali sebelum up gambar kt internet exspecially kat blog...

Ada yang kata...MF update entry kerap sangat la dalam sehari... Sampai tak sempat nak baca... Terus terang aku katakan... Entry MF diupdate selang dua atau tiga jam waktu siang sahaja... Malam memang jarang ada up entry... So, lebih kurang empat ke lima entry di siang hari... Korang tak sempat baca... MF akan ping kan entry dalam selang waktu tertentu... Entry MF memang banyak berkisar pasal info, ilmu dan renungan... Jarang sangat nak kisah pasal hidup peribadi... Sesekali je menyelit kot... Sebab masih kekalkan niche blog peribadi yang tak berapa peribadi sangat.. Dalam sehari atau dua hari ada la satu entry personal... Sebab tu MF kata ilmu... Kalau orang yg betul nak ilmu... Tak kisah berapa entry atau tertinggal entry pun dia akan cari dan korek untuk baca... Jadi, takde masalah la bab tu...

MF mmg pegang kata-kata blogger otai ni...

"tulislah apa sahaja, suatu hari ada yang akan baca"

"fb ibarat sungai yang mengalir, sesuatu yg bermanfaat kita kongsikan akan mudah hilang, tetapi blog ibarat perigi, semakin digali semakin banyak manfaat dan air jernih yg melimpahi perigi untuk manfaat org lain."

Jadi pilih la... Tak kisah korang nak update entry macam mana sekali pun... Nak tulis apa asalkan bermanfaat... Sebab tu MF banyak guna medan blog utk update entry berbanding fb...

Berbloglah ikut cara kita...asalkan tak melanggar undang-undang negara dan juga paling utama...tak langgar syariat Islam... Ikutlah cara kita yang kita rasa selesa... Jadilah diri sendiri...dan berbloglah ikut cara kita... Tetapkan matlamat yang jelas...dan cuba lakukan ikut matlamat yang kita tentukan itu...

Setiap blog juga ada kekuatan tersendiri... Jadi, binalah kekuatan tu dengan cara kita... Tak semesti blog yang hebat, banyak komen, ramai follower tu adalah blogger yang hebat... Tetapi blog yang hebat ialah blog yang mampu memberi kesan kepada pembaca bila membaca entry di dalam blog tersebut... (tak tahu la entry dari blog ni bagi kesan positif ke tak kepada pembaca, harap pembaca dapat manfaatnya la)...

So!!! Blog kita cara kita...
Be your self and be the best blogger in the world and hearafter!!!

Maaf jika ada yang terasa...
Sama-sama kita muhasabah diri....
Moga diberkati Allah selalu buat pembaca entry ini.. Ameen...