Recent Posts

Cara Hilangkan Kesan Pen Marker pada segala Benda

Cara Hilangkan Kesan Pen Marker pada segala Benda | Sesuatu yang mencemarkan baju atau tangan... boleh merundumkan mood tanpa sengaja. Salah satu nya pen marker. 

Pen marker ni, biasanya cikgu lah selalu guna. Dan semestinya tak dapat nak elak akan terkena baju, tudung, tangan dan sebagainya. Kalau marker Whiteboard ok lagi, kalau marker permanent tu yang mencabar tu. 

Pernah MF tengok anak murid MF kena prank dengan kawan dia... terduduk atas kerusi yang diconteng dengan pen marker... Huii...seram oii.. camne nak hilangkan.

Jadi, MF nak kongsikan cara hilangkan kesan pen marker pada segala benda yang ada  termasuk pakaian, kain, baju dan sebagainya. 


Cara hilangkan kesan pen marker pada

Cara Hilangkan Kesan Pen Marker pada segala Benda
Sumber: Whatsapps

1. Pakaian

Cara hilangkan kesan pen marker pada pakaian hanya guna hand sanitizer. 

2. Dinding

Kalau pen marker diconteng pada dinding, cara nak hilangkannya boleh gunakan ubat gigi. Calit sikit ubat gigi pada kain dan gosok pada kesan pen marker tu hingga hilang. Atau boleh juga guna spray rambut.

3. Kayu

Cara nak hilangkan kesan pen marker pada kayu ialah dengan gunakan cuka getah. 

4. Karpet

Kalau anak conteng karpet guna pen marker, cara nak hilangkannya hanya gunakan cuka... Tuang cuka dan gosok hingga hilang.

5. Perabot

Boleh gunakan susu untuk hilangkan kesan pen marker pada perabot rumah, seperti sofa dan sebagainya.

6. White board

Cara nak hilangkan kesan pen marker permenant pada white board, boleh gunakan whiteboard marker ataupun pemadam getah. Tapi pengalaman MF sendiri, MF guna ubat gigi.

7. Seramik atau kaca

Cara nak hilangkan kesan pen marker permenant dengan gunakan campuran ubat gigi dan baking soda, dan cuba gosok pada seramik atau kaca yang diconteng dengan pen marker tu. Insha Allah ... mudah hilang.

Boleh la try.. Kot-kot baju yg kena marker pen tu boleh pakai balik kan... Seramic ke, kaca ke plastik ke kan.. Mak-mak kadang hadap benda ni bila selalu barang jadi mangsa contengan anak. Jadi boleh guna tips dan petua ni untuk redakannya. 

Selamat mencuba.. 

Berlangganan update artikel terbaru via email:

17 Responses to "Cara Hilangkan Kesan Pen Marker pada segala Benda"

  1. Tq sharing Maria.. baju sekolah anak akak selalu kena pen marker ni Maria :)

    BalasPadam
  2. selalu salah tulis kat white board guna permanent marker .. ; dinding belum cuba lg padam guna ubatgigi...blh cuba lps ni..t.kasih berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa mksud rubbing alcohol tu?

      Padam
    2. maksudnya "gosokkan alkohol" pada perkakas kayu

      Padam
  3. haaaa boleh cuba gak balik kang. Tudung kakak dah macam2 corak dah tu hehehe :D

    BalasPadam
  4. untuk baju itu saya sokong.
    Arwah mak saya pesan kalau baju ada kesan kotoran degil. jangan risau guna ja sabun ketul @ sabun badan seperti lux, popinjay, dan sebagainya.
    Mudah hilang

    BalasPadam
  5. Wahh sis. Like this entry much. Hihi. Memang kekadang terkena marker pen ni. Tension. Belasah je dengan sabun.

    BalasPadam
  6. wahh...lain permukaanya, lain method rupanya...boleh buat ujikaji nanti nih..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  7. Oh.. boleh guna susu kat perabut.. t kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  8. Kalau dekat Screen Monitor nak guna apa? pening kepala aku

    BalasPadam
  9. kalau dekat kasut macm mna pulk nk hilangkan

    BalasPadam
  10. Kalau kena pada beg kulit macam mana?

    BalasPadam
  11. Kalau kena dekat laptop macam mana?

    BalasPadam
  12. nice sharing..boleh try ni nak hilangkan bekas pen kat almari

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman Utama

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel