div id='header-inner'>

9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Musim panas


Musim panas membahang sekarang ni kan... Ramai juga yang tak sihat di musim ini... 


Memang panas betul dengan lapisan ozon dah nipis.. Lagilah terasa.... 


Setiap malam wajib pasang air cond kalau tak memang anak rimas tak boleh tidur. 


Sekarang ni baring atas mozek pun nikmat je... Haha.. Takde pula rasa sakit badan... 


9 Tips Untuk kekal sihat di musim panas. 

1. Pakai payung atau topi ketika keluar dan berjalan di tengah panas. Biarlah orang kata puteri lilin pun... Sebab panas sekarang tak selamat macam panas zaman 80-an kan..


2. Hadkan aktiviti luar

Memang musim berkurung dalam rumah.. Anak pun naik jemu.. Tapi nak buat macam mana... Kalau nak keluar pun dah petang betul baru keluar. 


3. Tidak duduk dalam kenderaan 

Kalau nak tunggu orang lama, jangan dok dalam kereta je... Kalau terpaksa juga tunggu kena la buka air cond kuat. Tapi sebaiknya elakkan sebab bahang dari bumbung kereta tu tetap sampai kat kepala kita. 


4. Pakai losyen

Yeah... Yang ni belum beli lagi.. Lepas ni kena beli nampaknya... Kena amalkan balik pakai Losyen... Setakat ni dok sapu gel aloe vera je.. 


5. Kurangkan kafein

Dah kurangkan juga kopi... Kalau minum pun tak banyak macam selalu. 


6. Pakai pakaian yang serap peluh

Kain jenis cotton dan longgar itu yang terbaik. Lagi satu warna yang terang bukan warna gelap. 


7. Minum air isotonik

Memang tak cukup sebotol... Sehari je habis... Tapi MF tak boleh dah minum air ni.. Nanti berangin satu badan... 

8. Guna kipas atau penghawa dingin

Jangan nak jimat elektrik sampai sanggup dok dalam panas... Guna aje kipas atau penghawa dingin... Kalau nak jimat beli yang jenis jimat elektrik.


9. Banyak kan minum air kosong

Sedang usahakan untuk minum banyak air. Mujur pasang Coway kan.. Just tekan je air terus minum... Memang untung dan jimat tenaga banyak sejak guna penapis air ni. Tak kisah jenama apa pun... Tapi sememangnya memudahkan kerja. Dan jadi motivasi anak untuk minum air kosong sebab tak payah nak tuang dalam bekas. Ambil gelas, tadah dan terus minum... Mudah dah zaman sekarang kan. 


Itulah tips untuk kekal sihat. Selebihnya banyak kan doa dan senaman di tempat yang berbumbung... Insha Allah.. Moga Allah pelihara kesihatan kita semua. Insha Allah... 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Boleh dikatakan 24 jam panas sebenarnya.Kalau rumah papan malam ok.Tapi kalau rumah batu..malam pun tetap membahang.Mudah berpeluh jadinya.
    Terima kasih tipsnya ya.

    BalasPadam
  2. itulah sekarang panas betul. terima kasih atas tips ni ;)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)