بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Makan Secara Terbuka pada Siang Hari Bulan Ramadhan! | Pernah ada isu pasal seorang perempuan yang makan secara terbuka di sebuah restoran siang hari pada bulan Ramadhan.
Tapi dari pengamatan MF sendiri... akhir zaman ni dah takde rasa malu bab puasa ni... orang tak solat pun tak tahu malu kalau dia tak solat, apatah lagi puasa kan...
Kalau kat tempat baru MF ni... sebab baru tahun ni MF dok menetap di sini,... macam satu kejutan budaya bagi MF dan suami bila lihat gerai jual air di tepi jalan dibuka macam biasa walaupun bulan puasa. Bahkan orang yang menjual dan membeli tak kisah pun..
Sama lah kesnya, bab makan di khalayak ramai ni... wanita ni rasa tercabar bila pengusaha restoran tu tegur tak bagi dia makan di situ sebagai menghormati orang lain berpuasa... Bahkan dia tahu, dia tak tak boleh jual makanan kepada orang Islam pada siang hari bulan puasa... kerana salah di sisi undang-undang...
Hukum makan secara terbuka di siang hari bulan Ramadan dari segi undang-undang jenayah syariah
ENAKMEN 2 TAHUN 1985ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHANSesiapa yang tidak harus berbuka puasa pada Hukum Syarak didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada siang hari dalam bulan Ramadan adalah bersalah atau suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.AKTA 559AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYAMana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan-(a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya,adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Isu ni timbul sebab nak tegakkan hak sebagai wanita, pengguna dan pelanggan... hmmm... sebenarnya bukan isu sangat pun sampai nak kena cari hukum bagai... sebab dalam Islam takde dalil bab makan di khalayak ramai... sebab orang dulu tahu hormat orang lain... Tapi akhir zaman ni mana lah orang tahu bab hormat orang lain... tau pentingkan diri sendiri adalah...
Ulama’ ada bahaskan mengenai perkara ni:
1. Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah Ta’ala pernah ditanya:
“Jika seorang wanita haid dan nifas mengalami suci di siang hari Ramadan, apakah keduanya wajib menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa?”
“Jika wanita haid dan nifas mengalami suci di siang hari Ramadhan, maka tidak wajib baginya menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa. Dia boleh makan dan minum, kerana tidak berguna sedikitpun jika dia menahan diri, kerana dia telah diwajibkan untuk qada hari itu.
Ini merupakan mazhab Malik, Syafie dan salah satu riwayat dalam mazhab Ahmad. Diriwayatkan dari Ibnu Masud r.a, dia berkata, “Siapa yang telah makan di awal siang, boleh makan di akhirnya.”
Maksudnya, siapa yang dibolehkan berbuka di awal siang, maka boleh baginya berbuka di akhirnya.” (Majmu Fatawa Syekh Ibnu Utsaimin (19/Soal no. 59)
Adapun batasan terkait dengan hal tersebut, sebahagian ulama melarang bagi siapa yang boleh berbuka di bulan Ramadan kerana sakit, safar atau haid untuk memperlihatkan bahawa dirinya tidak berpuasa, agar dia tidak dituduh meremehkan agamanya bagi orang yang tidak tahu bahawa dia memiliki uzur.
Sebagian ulama lainnya berpendapat bahawa jika dirinya memiliki uzur, tidak mengapa baginya untuk menampakkan bahawa dirinya tidak berpuasa. Jika uzurnya sulit dikenali, maka hendaknya dia berbuka secara sembunyi-sembunyi. Ini adalah pendapat kedua, dan inilah yang lebih tepat.
Al-Mardawai berkata dalam kitab Al-Inshaf (7/348)
“Al-Qadhi berkata, diingkari terhadap siapa yang terang-terang makan di siang bulan Ramadan, meskipun dia memiliki uzur. Dikatakan dalam Al-Furu, zahirnya dia dilarang secara mutlak. Ada yang berkata di hadapan Ibnu Aqil, wajib melarang musafir, orang sakit, wanita haid untuk berbuka secara terang-terangan agar dirinya tidak tertuduh.” Ibnu Aqil berkata, “Jika dia memiliki uzur tersembunyi, maka dia dilarang memperlihatkannya, seperti sakit yang tidak ada tandanya atau musafir yang tidak ada bekasnya.”
Bolehkah yang uzur terus makan?
Ulama berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa, apakah dia wajib menahan diri daripada makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa.
Pendapat yang terpilih ialah dia tidak wajib menahan diri daripada makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan suatu puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian.
Kata Abdullah bin Masud r.a:
“Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Riwayat al-Baihaqi).
Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh terus makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan, walaupun mungkin haid ataupun sakit mereka telah berakhir sebelum waktu berbuka.
Namun, hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, tapi orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah. Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan.
Maka, seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor sakit dan musafir, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain. – Sumber
MF setuju dengan pendapat Buasir Otak yang kupas isu ini,,,
Ia sebenarnya bukan isu boleh atau tidak, atau tentang kita berhak atau tidak.
Ia adalah tentang adab sopan.
Tentang toleransi.
Tentang hormat-menghormati.
Tentang respek.
Tentang memberi contoh tauladan yang baik.
Itulah.. bila hilang rasa malu, dengan egonya kita pertahankan hak kita.. memang sifat malu tu dah makin terhakis dah... sebagai mana hadis Nabi s.a.w:
Rasulullah bersabda, “Rasa malu adalah kebaikan seluruhnya atau rasa malu seluruhnya adalah kebaikan.” (HR. Muslim)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Iman itu terdiri dari 70 sekian atau 60 sekian cabang. Cabang iman yang paling utama adalah ucapan la ilaha illalloh. Sedangkan cabang iman yang terendah adalah menyingkirkan gangguan dari tempat berlalu lalang. Rasa malu adalah bagian dari iman.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Suatu ketika Nabi menjumpai seorang yang sedang mencela saudaranya karena dia sangat pemalu, Nabi lantas bersabda, “Biarkan dia karena rasa malu itu sebahagian dari iman.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Menurut penuturan Imam Ibnul Qoyyim, alhaya’ (rasa malu) diambil dari kata-kata hayat (kehidupan). Sehingga kekuatan rasa malu itu sebanding lurus dengan sihat atau tidaknya hati seseorang. Berkurangnya rasa malu merupakan pertanda dari matinya hati dan ruh orang tersebut. Semakin sihat suatu hati maka akan makin sempurna rasa malunya.
Hakikat rasa malu adalah suatu akhlak yang mendorong untuk meninggalkan hal-hal yang buruk dan kurang memperhatikan haknya orang yang memiliki hak.
Sumber: https://muslim.or.id/265-bila-malu-sudah-tiada.html
RENUNGAN BERSAMA BUAT WANITA:
TERAMAT MALUNYA
ADUHAI, setiap wanita dikurniakan oleh Allah S.W.T. sifat MALU;
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya;
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya;
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu.
KINI, si wanita itu sudah hilang MALUnya;
Kerana hilangnya MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai;
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM dan HALAL;
Kerana hilangnya MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.
ADUHAI, setiap lelaki juga dikurniakan oleh Allah S.W.T. sifat MALU;
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar sama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT;
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM itu kena INGAT;
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA, selalu mengingatkan dengan kata, ”TAKUTLAH AKAN ALLAH.”
KINI, si lelaki itu sudah hilang MALUnya;
Kerana hilang MALU itu, si lelaki MENGAJAK si wanita berbuat MUNGKAR;
Kerana hilangnya MALU itu, si lelaku lupa tentang HUKUM ALLAH;
Kerana telah hilangnya MALU itu, si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH;
Sabda Rasulullah s.a.w. "SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.”
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya;
MALUlah kamu dengan ALLAH kerana ingkar akan suruhannya;
MALUlah kamu dengan RASULULLAH (s.a.w.) kerana meninggalkan sunnahnya;
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN;
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU;
MALUlah kamu kerana melawan kata IBU BAPA;
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu;
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari FAHSYAR WAL MUNGKAR.
Hiasilah wanita dengan sifat malu... keran itu yang terindah...
p/S: Haiii... zaman dulu, kalau tak boleh puasa memang malu nak bagitau even bapa sendiri yang kita tak boleh puasa... bahkan nak bagitau kita tak boleh solat pun rasa malu.. tapi sekarang, iklan kotex pun secara terbuka, jual spender, baju dalam tanpa tutup cela... terbalik pula.. spender lelaki tersusun tersembunyi, bab wanita dijual terang-terangan... hai... malu nak cerita... itulah bila hilang rasa malu di dada... hmmm... malulah kita pada Allah...
walau datang haid pun,kat opis jarang nak makan..rasa segan pun ada,hormat kat orang puasa pun ada jugak..
BalasPadampersaaan malu nak makan atau minum datangnya semulajadi apa sangatlah hanya sebulan menahan makan dan minum disiang hari..
BalasPadam