26 Mac 2017

Today is Purple Day | Pakai Baju Ungu Hari Ini Tanda Sokongan Kepada Pesakit Sawan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Today is Purple Day | Pakai Baju Ungu Hari Ini Tanda Sokongan Kepada Pesakit Sawan! | Hari ni adalah hari purple rupanya... Terbaca kat Google Plus la tadi, rupanya hari ni adalah hari purple sedunia... 


Kenapa purple???

Hari Ungu atau Purple Day adalah hari bersejarah yang dicipta oleh Cassidy Megan pada tahun 2008. Purple Day dicipta untuk memberi motivasi kepada dirinya supaya kuat melawan penyakit Epilepsy. Matlamat Cassidy adalah untuk mendapatkan orang bercakap mengenai epilepsi dalam usaha untuk menghapuskan mitos dan memaklumkan mereka yang mempunyai sawan bahawa mereka tidak keseorangan.

Pada tahun 2009, Anita Kaufmann Foundation and Epilepsy Association of Nova Scotia  berpangkalan di New York bergabung untuk melancarkan Hari Ungu di peringkat antarabangsa. Sebagai penaja global Hari Ungu, kedua-dua organisasi komited untuk bekerjasama dengan individu dan organisasi di seluruh dunia untuk menggalakkan kesedaran epilepsi.

Usaha-usaha gabungan AKF dan EANS telah membawa kepada penglibatan pelbagai organisasi, sekolah, perniagaan, ahli politik dan selebriti seluruh perkataan. Pada 26 Mac, 2009, lebih 100,000 pelajar, 95 tempat kerja dan 116 ahli-ahli politik mengambil bahagian dalam Hari Ungu. Penaja utama juga membangunkan bahan pemasaran dan media disediakan untuk muat turun percuma.



Pengenalan Kepada Penyakit Epilepsi

Epilepsi (epilepsy) adalah satu daripada gangguan otak pertama yang dapat dijelaskan dan dinyatakan sejak zaman Babylon purba lebih daripada 3000 tahun yang lampau. Perkataan epilepsi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud serangan. Epilepsi merupakan masalah gangguan fungsi otak pada sel saraf ataupun sel neuron tertentu yang menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik. Bagi pesakit epilepsi, aktiviti sel-sel neuron terganggu dan ini menyebabkan gangguan pada deria rasa, emosi dan kelakuan ataupun kadang kala sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri. Semasa berlakunya sawan, impuls daripada neuron dapat meningkat sehingga 500 kali dalam satu saat lebih laju daripada biasa di mana kadar normal 80 kali sesaat. 
Pada sesetengah penghidap penyakit ini, ia hanya berlaku sekali sekala dan pada sebahagian yang lain ia dapat meningkat sehingga ratusan kali sehari. Lebih kurang 2 juta rakyat Amerika Syarikat, 1 nisbah 100 mengalami sawan tanpa sebab ataupun didiagnosis sebagai epilepsi. Lebih kurang 8 peratus daripadanya yang didiagnos dengan epilepsi. Ianya dapat diawasi dengan perubatan moden dan pembedahan. Walau bagaimanapun 20 peratus daripada pesakit epilepsi mengalami sawan berulang walaupun menerima rawatan terbaik. Doktor memanggil keadaan ini sebagai keadaan sawan yang tidak dapat dikesan. Tidak semua yang mengalami sawan didiagnos sebagai pesakit epilepsi tetapi hanya apabila individu itu mengalami sawan dua kali ataupun lebih, ianya dianggap epilepsi. 
Epilepsi bukan sejenis penyakit berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit mental ataupun terencat akal. Sesetengah pesakit yang mengalami terencat akal mungkin ada pengalaman sawan. Ramai orang yang mengalami epilepsi mempunyai kecerdasan normal ataupun lebih tinggi. Kadangkala sawan menyebabkan kerosakan otak apabila berkeadaan teruk. Namun tidak banyak sawan yang memberi kesan merbahaya kepada otak. Sebarang perubahan yang berlaku biasanya sukar difahami dan ianya tidak jelas walaupun perubahan-perubahan ini disebabkan oleh sawan itu sendiri ataupun disebabkan oleh perkara lain. 
Walaupun epilepsi sukar diubati, bagi sesetengah individu ia hilang begitu saja. Ada kajian mendapati kanak-kanak yang mengalami epilepsi yang tidak diketahui puncanya mempunyai 68 hingga 92 peratus untuk sembuh sepenuhnya selepas 20 tahun didiagnos. Kemungkinan sihat sepenuhnya adalah agak sukar bagi orang dewasa ataupun kanak-kanak yang mengalami sindrom epilepsi yang teruk. Namun ia dapat diubati dengan menggunakan teknik perubatan yang moden ataupun pembedahan epilepsi. 
Epilepsi adalah satu gangguan yang berpunca daripada banyak sebab. Apa sahaja yang menganggu aktiviti normal neuron sama ada berpunca daripada penyakit, kerosakan pada otak, perkembangan otak yang tidak normal dapat menyebabkan berlakunya sawan. Epilepsi berlaku berpunca daripada impuls otak yang tidak normal, iaitu ketidakseimbangan dalam penghantaran isyarat pada sel saraf yang dikenali sebagai penghantar impuls saraf ataupun gabungan daripada faktor-faktor yang lain. 
Para pengkaji berpendapat pesakit epilepsi pada tahap serius mengalami pencetusan penghantaran impuls saraf yang meningkatkan aktiviti neuron. Manakala pesakit epilepsi pada tahap rendah mengalami penghalang penghantar impuls saraf yang mengurangkan aktiviti neuron pada otak. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan epilepsi. 
Kajian paling popular yang dilakukan bagi penyakit epilepsi adalah gama-aminobutyric acid (GABA) yang menjadi penghalang penghantaran impuls saraf. Kajian ini mengkaji cara sejenis ubat dapat memberi tindak balas pada penghantaran impuls saraf otak dan cara otak bertindak balas . Selain daripada itu mereka juga mengkaji pencetusan penghantaran impuls saraf seperti glutamate. 
Kajian pada haiwan menunjukkan otak berterusan menyesuaikan diri dengan perubahan pada rangsangan dan perubahan kecil pada aktiviti neuron. Apabila ianya berulang berkemungkinan membawa kepada epilepsi mendadak. Para penyelidik membuat penyelidikan sama ada fenomena yang dipanggil penularan ini juga berlaku kepada manusia. 
Dalam kebanyakan kes, epilepsi juga mungkin terjadi daripada perubahan yang bukan daripada sel neuron otak yang dinamakan glia. Sel ini menyelaras kandungan bahan kimia dalam otak yang dapat memberi kesan kepada isyarat neuron. 
Lebih kurang separuh daripada semua kes sawan tidak diketahui sebabnya. Walau bagaimanapun dalam kes-kes lain, sawan secara jelasnya berkaitan dengan jangkitan, kecederaan ataupun lain-lain masalah yang dapat dikenal pasti. 
Kajian menunjukkan faktor genetik adalah faktor yang paling penting berlakunya epilepsi. Beberapa jenis epilepsi dikesan di mana terdapat keabnormalan dalam jenis gen tertentu. Kebanyakan jenis epilepsi cenderung terjadi kepada ahli keluarga, di mana gen mempengaruhi epilepsi. Lebih 500 jenis genetik yang diketahui membawa kepada epilepsi. 
Gen juga mungkin dikawal oleh aspek-aspek lain dalam badan yang bertindak balas pada ubat-ubatan dan setiap orang mudah terkena sawan. Keabnormalan pada gen yang mengawal pemindahan neuron pada peringkat kritikal dalam perkembangan otak dapat membentuk neuron-neuron yang abnormal ataupun dplasiais di dalam otak yang menyebabkan epilepsi. 
Bagi sesetengah kes, gen menyebabkan berlakunya sawan, walaupun bagi mereka yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami gangguan sawan. Individu ini mungkin mempunyai satu keabnormalan yang baru ataupun mutasi di dalam epilepsi yang berkaitan dengan gen.
-Sumber: Majalah Sains-

Jadi sebagai tanda sokongan dan memberi semangat kepada pesakit sawan, salah satunya kita sebarkan kempen kesedaran dan sokongan penyakit epilepsi dan juga menyokong kempen ini dengan memakai baju ungu hari ini... MF baru teringat pasal ni... Balik ni nak pakai baju ungu la... sebagai tanda sokongan... Moga pesakit sawan ni cepat sembuh dan kuat menghadapi dugaan hidup... Penyakit sawan ni bukan penyakit biasa, ada yang boleh disembuhkan ada yang berlarutan hingga dewasa... Jadi sesiapa yang pernah berhadapan dengan pesakit ini tahu lah kan... kesan penyakit ni.. sangat berbahaya, bahkan boleh sebabkan kematian dan kecacatan kekal. 

Bagi bayi dan kanak-kanak yang demam mudah kena sawan... Sebab tu bila demam pastikan demam dikawal dan paling utama basahkan kepala anak sentiasa... supaya suhu tinggi tak sampai ke saraf kepala. 

Sumber rujukan: purpleday.com
Sumber gambar: google images

24 Mac 2017

Cara Baca Tekanan Darah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Setiap orang pasti pernah kena periksa tekanan darah. Hatta kita demam, pergi klinik atau hospital, mesti akan diperiksa tekanan darah kita.. Setiap kali bacaan darah diambil, mesti doktor akan tulis dua nombor, atas dan bawah... owh.. kadang doktor tulis, yang atas tinggi, bawah macam ok sikit tapi paras jaga-jaga... ada kan macam tu...

Jadi, macam mana nak baca tekanan darah tu??? Apa maksud nombor atas bawah tu???

Jom faham, cara tekanan darah kita dibaca...

 

Jadi, faham dah kan.. MF pun dah faham, cara darah kita dibaca oleh doktor.. takde la terpinga-pinga lagi.. 


Info Grafik ini dibawakan oleh: MedikTV

12 Mac 2017

DISCOVERY BALING!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

BALING | Pernah dengar? Satu nama tempat di Kedah. Dan MF merupakan anak jati Baling... Dulu baling ni tak popular.. Orang kata tempat jin bertendang.. Tapi kini Baling dah maju... Canggih dah... Bahkan makin popular... Sebab banyak tempat menarik di Baling. Antaranya, Kolam Air Panas Ulu Legong, Gunung Baling, Lata Bayu.... Dan Pekan Baling popular sebagai tempat Shopping dengan harga yang murah.

Jadi, sebagai anak jati Baling.. Nak juga kongsi nama dan info menarik di Baling... Jom.. Discover Baling...
Terdapat 7 mukim di daerah Baling iaitu:

1.Mukim Siong
2.Mukim Baling/Bongor
3.Mukim Pulai
4.Mukim Kupang
5.Mukim Tawar
6.Mukim Teloi Kanan
7.Mukim Bakai.



Daripada 7 buah mukim di daerah Baling ini terdapat lebih kurang 200 buah kampung yang boleh disenaraikan seperti berikut mengikut pecahan mukim.

1. Mukim Siong
Kampung Teluk Temelah (Lalang Rimau)
Kampung Bandar
Kampung Kelian Dalam
Kampung Chenerai
Kampung Kota
Kampung Terbak
Kampung Siput
Kampung Luar
Kampung Pokok Setol
Kampung Baru Siong
Kampung Kuala Kedua
Kampung Legong
Kampung Caruk Bunting
Kampung Lalang/Pekan Kampung Lalang
Kampung Ubi
Kampung Bechah Sawa
Kampung Memali
Kampung Charok Putih
Kampung Surau
Kampung Charok Semeliang
Kampung Weng Dalam
Kampung Bukit Sebelah
Kampung Bukit Tenggiling
Kampung Sri Ketengga
Kampung Tanjung Pari
Kampung Batu 8
Kampung Kuala Menora

2. Mukim Baling/Bongor
Kampung Haji Abas/Sungai Batu
Kampung Dusun Raja/Tok Golok/Bukit Payung/Banggol Derum
Kampung Rumah Murah Baling
Kampung Jenalik
Kampung Bawah Gunung
Kampung Batu 48/Padang Temu
Kampung Teluk Temelah
Kampung Tandop
Kampung Dusun Ghani/Bukit Palong
Kampung Teluk Sungai Durian
Kampung Mak Liah/Sekolah
Kampung Banggol Saga
Kampung Lahar
Kampung Batu 7/Carok Juan
Kampung Banggol Lada/Bendang Sera/Lubok Pedati
Kampung Rambong Batu 7
Kampung Teluk Sanau Dalam
Kampung Caruk Nau
Kampung Seberang Pekan/Banggol Wan Mat
Kampung Simpang Empat

3. Mukim Pulai
Kampung Masjid Sera
Kampung Guar Reban
Kampung Tebing Tinggi
Kampung Titi Teduri
Kampung Pokok Sena
Kampung Charuk Kelian/Charuk Sik
Kampung Sirakho
Kampung Pekan Lama Pulai
Kampung Pekan Baru Pulai
Kampung Teluk Teduri
Kampung Gabus
Kampung Charuk Bemban
Kampung Dalam Wang
Kampung Asam Jawa
Kampung Tas
Kampung Rambong
Kampung Sera
Kampung Lanai
Kampung Bukit Hitam
Kampung Charuk Salang
Kampung Sungai Limau
Kampung Pajak
Kampung Padang
Kampung Charuk Sikin/Kubang Panjang
Kampung Sera Baru
Kampung Padang Che Mas
Kampung Charuk Gorok

4. Mukim Kupang
Kampung Ketemba/Kuala Balut
Kampung Lubuk Batu
Kampung Ambing
Kampung Kijang
Kampung Mengkuang/K.Kijang
Kampung Seberang Titi
Kampung Keledang Dalam
PPRT Desa Keledang
Kampung Ketemba Kememeh
Kampung Lela/Chenerai
Kampung Kuala Pegang/Teluk Perah
Kampung Charok Kapas/Kuala Pegang
Kampung Pekan Kupang
Kampung Bukit Terabak/Banggol Lahar
Kampung Raja/Kampung Sekolah/Kampung Sri Aman
Kampung Teluk Durian
Kampung Landak Hilir
Kampung Landak Bukit
Kampung Padang Cina/Landak Paya
Kampung Tanah Periok
Kampung Sadik/Bukit Tinggi/Tanjung Merbau
Kampung Bok Bak/Tanjung Luas
Kampung Bukit Hijau
Kampung Tanjung/Jerai
Kampung Masjid Iboi
Kampung Bukit Iboi
Kampung Iboi
Kampung Bendang Bechah/Padang
Kampung Hangus/Kampung Tok Saba
Kampung Padang Empang
Kampung Caruk Kapas/Charok Pendiat
Kampung Tiak
Kampung Kuala Kuang
Kampung Pisang
Kampung Kemangi
Kampung Padang Lengkuas/Bendang Baru
Kampung Teluk Petata
Kampung Padang Dan
Kampung Charuk Kangar
Kampung Pak Bong
Kampung Carok Ramba
Kampung Tok Weng
Kampung Bukit Kuala Kuang

5. Mukim Tawar
Kampung Tawar
Kampung Masjid Tawar
Kampung Padang Setol/Taman Sheikh Fadzil
Kampung Caruk Purun
Kampung Naga
Kampung Batu Satu
Kampung Padang Geh
Kampung Balik Angin
Kampung Baru/Pekan Kuala Ketil
Kampung Kuala Kuli
Kampung Baru/Pekan Lama
Kampung Binjul Luar
Kampung Kuala Merah
Kampung Jawa
Kampung Thye Seng
Kampung Binjul Batu 7
Kampung Baru Batu Dua Bukit 9
Kampung Kubang Hong
Kampung Pantai Cicar
Kampung Ekor Padang
Kampung Tanjung Puteri Kuala Ketil
Kampung Tiban/Charok Machang
Kampung Sisek Lantai
Kampung Keledang Luar
Kampung Binjul dalam
Kampung Kuala Sedim
Kampung Baru Batu 7
Kampung Kuala Temekah
Kampung Dara/Sungai Tawar

6. Mukim Teloi Kanan
Kampung Banggol Serdang
Kampung Bukit Endoi/Titi Kenanga
Kampung Tembak A
Kampung Tembak B/Guar Tinggi
Kampung Paya Besar Ulu
Kampung Charok Beras Ulu
Kampung Pak Kuning
Kampung Selarong/Paya Besar
Kampung Kuala Menora
Kampung Parit Panjang
Kampung Padang Besar
Kampung Charuk Beras
Kampung Besah
kampung Paya Menora
Felda Teloi Kanan
Kampung Kuala Cahaya
Kampung Kuala Darak/ Charok Kemian
Kampung Sungai Bemban
Kampung Simpang Empat Kuala Lesung
Kampung Belida
Kampung Lengkuas
Kampung Guar Cempedak
Kampung PAdang Kulim
kampung Lahar Parang/Kuala Samak
Kampung Padang Pulai
Kampung Kembar

7. Mukim Bakai
Kampung Selarong
Kampung Baru/Kampung Surau
Kampung Sedim/Bukit Rawa
kampung Machang Bubok
Kampung Ayer Merah
kampung Tok Sing
Kampung Kuala Bakong
Kampung Air Kepar
Kampung Seratus
Pekan Malau
Kampung Kejai
Kampung Kuala Nau
Kampung Banggol Enggok
Kampung Kepala Titi Sedim
Kampung Seputeh
Kampung Ulu Tawar/Padang Belon
Kampung Jernang
Kampung Badang
Kampung Gelugor
Kampung Ulu Bakai
Kampung Baru Kejai
Kampung Banggol Berangan
Kampung Sungai Buluh Sedim


Tu antara nama kampung di daerah Baling... MF dari mukim Kupang... Dan uniknya.. Setiap mukim ada dialek atau loghat yang tersendiri... Kadang loghat yang berbeza ni buatkan orang Baling sendiri tak faham... Sebab beza mukim...

Jadi, kalau mai Kedah atau perak sempadan kedah Jangan lupa singgah Baling naa... Rindu cheq nak balik Baling.....

08 Mac 2017

KISAH DISEBALIK LAGENDA IKAN SISA NABI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ikan sisa Nabi, ada yang panggil ikan Lidah... ada juga panggil ikan sebelah... rupanya yang unik dan badannya memang hanya ada sebelah sahaja... Ikan ini terkenal dengan mitos dan lagenda atau sejarah yang dikaitkan dengan Nabi Musa a.s. Ada yang kata Nabi Sulaiman a.s.

Dan sebenarnya, ialah kisah sebenar berkaitan ikan ini ialah Nabi Musa dan Nabi Khidir... 

Jom ikuti kisahnya berdasarkan riwayat para ulama hadis yang sahih.

sumber: google images


Salah satu kisah yang dimuat dalam Al-Qur`an dan dikuatkan oleh hadits Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam adalah kisah Nabi Musa Alaihissalam bersama Khidir.

Hadits tersebut dimuat dalam Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, dan Sunan At-Tirmidzi. Berikut adalah teks lengkap hadits tersebut.

Amru bin Muhammad An-Naqid, Ishaq bin Ibrahim Al-Hanzhali, Ubaidillah bin Sa’id, dan Muhammad bin Abu Umar Al-Makki telah memberitahuan kepada kami, semua riwayat mereka berasal dari Ibnu Uyainah dengan lafazh dari Ibnu Abi Umar.

Sufyan bin Uyainah telah memberitahukan kepada kami, Amru bin Dinar telah memberitahukan kepada kami dari Sa’id bin Jubair, ia berkata,

‘Aku pernah berkata kepada Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhu bahwa Nauf Al-Bikali beranggapan bahawa Musa Alaihissalam yang berada di tengah kaum Bani Israil bukanlah Musa yang menyertai Nabi Khidhir.

Ibnu Abbas berkata, “Musuh Allah adalah pembohong.”

Aku (Sa’id) pernah mendengar Ubay bin Kaab Radhiyallahu Anhu berkata, ‘Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Musa Alaihissalam pernah berdiri berpidato di tengah-tengah Bani Israil. Lalu dia (Musa) ditanya,

“Siapakah manusia yang paling berilmu?”

Musa menjawab, “Akulah orang yang paling berilmu.”

Allah lantas menegurnya kerana dia tidak menyandarkan ilmu kepada-Nya. Allah lalu mewahyukan kepadanya,

“Salah seorang hamba-Ku yang menetap di tempat pertemuan dua lautan adalah lebih berilmu daripada kamu.”

Selanjutnya Musa bertanya, “Wahai Tuhanku, bagaimana aku dapat bertemu dengannya?”

Dikatakan kepadanya, “Bawalah seekor ikan dalam sebuah keranjang. Di mana saja kamu kehilangan ikan tersebut, maka di situlah dia berada.”

Kemudian Musa pun berangkat bersama pembantunya bernama Yusya` bin Nun.

Musa Alaihissalam membawa ikan tersebut dalam sebuah keranjang. Dia dan pembantunya berangkat dengan berjalan kaki.

Ketika keduanya sampai di sebuah batu karang besar, maka tidurlah Musa Alaihissalam dan pembantunya.

Sementara ikan yang berada dalam keranjang bergerak dan keluar dari keranjang lalu jatuh ke laut.”

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam melanjutkan,

“Kemudian Allah menahan arus air yang dilalui ikan tersebut, sehingga menjadi seperti sebuah lengkungan. Ikan itu pun melompat mengambil jalannya ke laut.

Musa Alaihissalam dan pembantunya terheran-heran melihat pemandangan tersebut.

Mereka meneruskan sisa perjalanan pada siang dan malam hari sedangkan pembantu Musa lupa untuk memberitahukannya.

Keesokan harinya Musa Alaihissalam berkata kepada pembantunya,

“Bawalah kemari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini.”

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Musa Alaihissalam tidak akan merasa letih sebelum dia sampai di tempat yang telah diperintahkan.”

Pembantu Musa berkata,

“Tahukah engkau ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka aku lupa menceritakan tentang ikan itu dan tidak ada yang membuat aku lupa untuk mengingatnya kecuali syaian, dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.”

Selanjutnya Musa bertutur, “Itulah tempat yang kita cari.”

Lalu keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam melanjutkan sabdanya,

“Kemudian keduanya menelusuri jejak mereka semula. Hingga ketika mereka tiba di batu karang tadi, Musa tiba-tiba melihat seorang lelaki yang berselimut dengan sebuah pakaian.

Lalu Musa Alaihissalam mengucapkan salam kepadanya.

Khidhir bertanya kepadanya, “Bagaimana ada salam di negerimu?”

Dia (Musa Alaihisalam) berkata, “Aku adalah Musa.”

Khidhir bertanya, “Musa Bani Israil?”

Dia menjawab, “Ya.”

Khidhir berkata, “Sesungguhnya kamu memiliki ilmu dari ilmu-ilmu Allah yang telah diajarkan-Nya kepada kamu yang tidak aku ketahui.

Sebaliknya aku juga memiliki ilmu dari ilmu-ilmu Allah yang telah diajarkan-Nya kepadaku yang tidak kamu ketahui.”

Musa Alaihissalam berkata kepada Khidhir,

“Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?”

Khidhir menjawab,

“Sungguh, engkau tidak akan sanggup sabar bersamaku.

Dan bagaimana engkau akan dapat bersabar atas sesuatu, sedang engkau belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?”

Musa Alaihissalam berkata,

“Insya Allah akan engkau dapati aku orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam urusan apa pun.”

Khidhir berkata kepadanya,

“Jika engkau mengikutiku, maka janganlah engkau menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku menerangkannya kepadamu.”

Musa menjawab, “Baiklah.”

Khidhir dan Musa lalu berangkat dengan berjalan kaki di tepi pantai dan lewatlah sebuah perahu di hadapan mereka berdua.

Mereka bercakap-cakap dengan para penumpangnya agar mau mengangkut mereka. Karena sudah kenal dengan Khidhir, mereka lalu membawa keduanya tanpa bayaran.

Khidhir beranjak ke salah satu papan perahu lalu dicabutnya.

Musa berkata kepada Khidhir,

“Mereka telah membawa kita dengan cuma-cuma tetapi mengapa engkau melubangi perahu itu, apakah untuk menenggelamkan penumpangnya? Sungguh, engkau telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.”

Khidhir berkata, “Bukankah sudah kukatakan, bahwa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku?”

Musa Alaihissalam berkata,

“Janganlah engkau menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah engkau membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.”

Selanjutnya mereka meninggalkan perahu tersebut. Saat mereka sedang berjalan di tepi pantai, ternyata ada seorang anak remaja bermain dengan beberapa temannya.

Khidhir memegang kepala anak itu lalu memenggalnya sehingga terbunuhlah ia. Musa berkata,

“Mengapa engkau bunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sungguh, engkau telah melakukan sesuatu yang sangat mungkar.”

Khidhir mengatakan, “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku.”

Perbuatan ini lebih kejam lagi daripada yang pertama. Selanjutnya Musa berkata,

“Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu setelah ini, maka jangan lagi engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya engkau sudah cukup bersabar menerima alasan dariku.”

Maka keduanya berjalan; hingga ketika keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri. Mereka berdua meminta dijamu oleh penduduknya, tetapi mereka (penduduk negeri itu) tidak mau menjamu mereka.

Kemudian keduanya mendapatkan dinding rumah yang hampir roboh di negeri itu, lalu Khidir menegakkannya.”

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Dinding itu miring, Khidhir mengisyaratkan dengan tangannya seperti ini dan menegakkan dinding tersebut.”

Musa Alaihissalam berkata kepada Khidhir,

“Orang-orang yang kita datangi tidak mau menerima kita sebagai tamu dan tidak mau menjamu kita. Jika engkau mau, niscaya engkau dapat meminta imbalan untuk itu.”

Khidhir berkata,

“Inilah perpisahan antara aku dengan engkau; aku akan memberikan penjelasan kepadamu atas perbuatan yang engkau tidak mampu sabar terhadapnya.”

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Semoga Allah merahmati Musa. Aku akan senang sekali kalau saja Musa bisa bersabar, sehingga pengalaman mereka berdua dapat diceritakan kepada kita lebih panjang.”

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Tindakan Musa yang pertama memang karena lupa.”

Ubay bin Ka’ab mengatakan, “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Tak lama kemudian ada seekor burung yang terbang lalu hinggap pada tepi perahu itu dan mematuk air laut. Khidhir lalu berkata kepadanya,

“Sesungguhnya ilmuku dan ilmumu jika dibandingkan dengan ilmu Allah adalah seperti patukan seekor burung pipit tersebut pada laut itu.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan Khidir Alaihissalam. Semoga kita dapat memetik hikmah di balik kisah ini.
Sumber: http://bersamadakwah.net/


Banyak sangat siri cerita... tapi cerita yang ada dalil itu lebih baik.. dari sumber hadis.. Jangan kita jadi penyampai kisah yang tak betul.. 

Jadi, berdasarkan kisah itulah ikan itu dinamakan ikan sebelah atau ikan sisa nabi sebab Nabi Musa a.s dah makan sebelah, tapi dengan izin Allah ikan itu kembali ke laut dengan cara yang pelik... dan sebab tu tinggal sebelah sahaja... Itu antara yang diriwayatkan.. 

MF masih tak puas hati juga.. Insha Allah akan cuba dapatkan rujukan yang lebih pasal kisah ikan ni satu hari nanti.. 

Apa-apa pun, depa kata ikan ni sedap.. MF tak pasti pernah makan ke tak.. rasa-rasa bapa MF pernah beli kat pasar dulu... Tapi ikan ni memang susah nak jumpa sebenarnya. 

Namun, sebenarnya tiada yang mustahil bagi Allah.. Moga kisah begini dapat tingkatkan keimanan kita kepada Allah.. insha Allah. 

INFO YANG ANDA PATUT TAHU JIKA ANDA SUKA MAKAN IKAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ikan adalah feveret anak-anak MF, diorang kurang suka makan ayam. Tapi kalau ikan goreng bertambah-tambah nasi diorang.. Memang suka sangat.. Tak payah susah-susah masak.. goreng garing je dah cukup dah.. 

Memang lain lah.. biasa budak sebaya mereka suka ayam.. tapi mereka lain.. suka makan ikan.. tak kisah ikan apa.. 

Dan sebenarnya ada kelebihan dan khasiat ikan sangat banyak untuk kesihatan kita.. antaranya:


Sumber: google images

Tenggiri (Mackerel)
Kaya dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 - 3 % asid lemak omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.

Salmon
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri. Tak pernah rasa lagi ikan ni sebab harganya yang mahal.

Todak (Swordfish)
Meskipun mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon. 

Ikan Sebelah (Halibut)
Ikan jenis ini juga mengandungi omega 3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan.

Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod)
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

Ikan Parang (Wolf-Herring)
Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.

Sardin (Sardine/Pilchard)
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.

Layaran (Sailfish)
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.

Siakap (Barramundi)
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper)
Juga kaya dengan omega-3 dan protin.

Ikan Bilis (Anchovies)
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.

Kesemua jenis ikan di atas adalah ikan yang mahal. Bahkan zaman sekarang ikan kembung pun mendadak naik harga... Banyak faktor harga  ikan naik.. Bagi yang tinggal jauh dari laut lagilah susah nak dapat bekalan ikan segar.. tu sebab banyak makan ayam. Apa pun, makan ikan tak muak.. tapi makan ayam cepat muak kan... Dan susah nak jumpa orang keracunan makan ikan berbanding makan ayam atau daging... itu kelebihan ikan... 

07 Mac 2017

8 Cara Nak Bagi Nasi Jadi Peroi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masak nasi nampak senang tapi tak senangjuga sebenarnya...  Nak bagi nasi jadi peroi atau sebijik-sebiji tu... Payah juga la.. Walaupun teknik biasa iaitu sukat guna jari... Tapi kadang tak menjadi...

Kadang kualiti beras juga menjadikan nasi kita jadi lain juga...

Tapi ada 8 Cara untuk jadikan nasi kita jadi peroi dan masak dengan cantik je...


1. SUKAT GUNA CAWAN

Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan orang menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Formula terbaik untuk memasak nasi adalah 2:3 iaitu, 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.


2. GEMBUR NASI

Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, digalakkan untuk menggembur nasi sebaik sahaja airnya sudah kering. gemburkan dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak. Teknik ni memang selalu MF buat walaupun masak guna periuk elektrik.


3. 3 KALI BASUH

Untuk menggelakkan nasi menjadi lekas basi adalah dengan membasuh dan bilas beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik. Ni petua mak-mak dulu juga... Basuh sampai airnya hampir jernih lagi elok...Dan basuh ikut bilangan ganjil.


4. GUNA JARI HANTU

Untuk menyukat jumlah air yang cukup untuk beras yang dimasak adalah dengan menggunakan ruas jari hantu. selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari hantu ke dalam air.

Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.


5. MASAK ATAS DAPUR

Jika memasak nasi atas dapur, jangan mudah alpa. Menggunakan periuk elektrik sangat mudah kerana suhunya akan berubah sendiri mengikut tetapan yang telah dipilih. Memasak nasi di atas dapur kena lebih peka supaya nasi tidak hangit.

Ketika air mulai kering,  perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.


6. LEBIHAN NASI

Untuk membuat nasi goreng, gunakan nasi yang dimasak dengan tepat. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap.

Jika ada lebihan nasi dan merancang untuk masak pada hari esoknya, simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik dan sesuai digoreng.


7. MASAK BERAS BASMATHI

Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti memasak nasi biasa. Gunakan sukatan air dan beras yang sama. Jika guna 3 cawan beras, maka airnya juga 3 cawan.

8. MASAK BERAS PERANG

Teknik memasak beras perang, caranya lain sedikit. Seeloknya beras ini direndam dua jam sebelum dimasak untuk memudahkannya menjadi lembut. Sama seperti beras basmathi, sukatan air juga harus dikurangkan dari kuantiti beras yang digunakan.

Sumber rujukan: Karangkraf.com

Moga teknik ni berguna untuk mereka yang baru nak belajar masak nasi atau nak Upgrade cara memasak nasi supaya nasi masak dengan elok dan cantik... Tak lembik dan tak keras.

Tapi sejak MF guna periuk nasi Tefal ni senang... Kalau terlebih air pun tak lembik... Cuma kena tanak nasi tu lama sikit baru boleh tutup suiz.

Alhamdulillah.. MF anak kampung... Cara tradisional pun MF boleh masak juga iaitu guna dapur kayu, dapur gas ataupun guna cara moden guna periuk elektrik. Cuma pressure cooker je takde... Kalau ada boleh juga cuba masa nasi guna pressure cooker.. 

06 Mac 2017

JANGAN CUCI 3 BAHAN MENTAH INI JIKA NAK SIMPAN DALAM PETI SEJUK!

JANGAN CUCI 3 BAHAN MENTAH INI JIKA NAK SIMPAN DALAM PETI SEJUK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kebanyakan dari kita memang suka beli bahan mentah sebagai stok makanan mingguan. Nak masak senang, tak payah nak ke pasar setiap hari kan.. 


Tapi, kebiasaannya bahannya balik saja dari pasar bahan mentah yang dibeli ini akan segera kita basuh atau disiang sebelum disimpan dalam peti sejuk sebab rasa kotor dan mengotorkan peti sejuk.

Tapi bukan semua elok dicuci, tiga bahan mentah yang selalu kita beli ini sesebenarnya dibersihkan kerana ia hanya akan menyebabkan kuman atau bakteria merebak.

Ayam
Sumber: Google images
Ramai yang difikir bahan ini harus segera dibersihkan selepas dibeli tapi sila jangan lakukan. Apabila kita meletakkan ayam di bawah aliran air ia mencemarkannya dengan bakteria yang ada dalam ayam mentah.

Bakteria yang tidak nampak pada mata kasar kita ini kemudiannya akan merebak pula ke meja, sinki pinggan dan tempat air itu terpercik.

Antara bakteria biasa terdapat pada ayam adalah salmonella yang selalu menjadi punca cirit birit,demam dan sakit perut terutama pada kanak-kanak.

Bakteria yang ada pada ayam ini akan mati apabila dimasak atau dipanaskan pada suhu lepas 165 darjah Celsius.

Cara disarankan, selepas ayam dipotong, letak dalam bekas dan terus simpan dalam tempat sejuk beku.

Telur
Apabila telur dihasilkan oleh ayam ia diselaputi oleh satu lapisan yang akan menghalang bakteria dari mencemari makanan lain. Oleh itu selepas membeli telur atau sebelum dimasak ia tak perlu dibasuh kerana tindakan ini akan membuang lapisan perlindungan semula jadi itu.

Ikan
Seperti ayam, membasuh ikan tidak akan menghapuskan bakteria sebaliknya ia hanya memudahkan lagi bakteria itu mencemari permukaan lain.

WAJIB BASUH

Makanan dalam tin
Sebelum dibuka tin ini yang wajib anda basuh kerana luarannya sudah tercemar dengan bakteria dan kotoran. Jika tidak dibasuh sebaik dibuka, bakteria atau kuman akan memasuki makanan di dalamnya.

Sayur dan buah
Ini wajib dibasuh walaupun ia punya label buah atau sayur organik. Basuh  dengan air paip tapi bukan dengan sabun. Kemudian biarkan kering.
Sumber: Karangkraf.com


Serius MF pun baru tahu.. terutama ikan tu la.. memang siang sebelum bekukan.. tapi rupanya tak bagus ek.. hadoii.. lepas ni kena ubah la cara ni.. tapi kesian pula kat suami... nak kena siang ikan nanti..sebelum memasak..  hmm... 

01 Mac 2017

CARA DAFTAR ANAK MASUK TAHUN 1 SECARA MANUAL DAN ONLINE!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


CARA DAFTAR ANAK MASUK TAHUN 1 | Tahun depan si kakak dah masuk darjah 1... Alhamdulillah.. selesai dah daftar dia sebenarnya tahun lepas. Jadi, nak kongsikan sikit info untuk mendaftar anak secara manual dan secara atas talian (online)

Tahun lepas MF dah mula daftar untuk si kakak.. Ya sekarang ni kena mohon daftar sekolah anak 2 tahun awal... Maknanya umur 5 tahun dah boleh daftar. 

Kalau secara manual, mudah je... Alert dengan banner atau kain rentang di sekolah yang nak didaftarkan anak sekolah... Bila dibuka pendaftaran, ambil borang di pejabat sekolah dan isi. Tapi paling penting, bawa surat beranak... Nanti pihak sekolah akan cop belakang surat beranak anak dan sahkan pendaftaran.. mudah je.. 

Kalau pihak sekolah suruh isi borang maklumat, isi je la... Tapi bila anak bersekolah... Ibu bapa sila pastikan maklumat-maklumat penting ada salinannya iaitu:
1. Salinan kad pengenalan anak, ibu dan bapa atau penjaga
2. Slip gaji ibu, bapa atau surat pengesahan pendapatan
3. Salinan surat beranak
4. Salinan bil utiliti yang bertujuan untuk pengesahan alamat (ini bergantung kepada sekolah tersebut, sebab ada sekolah tak perlu pun)

Ini dokumen penting yang perlu masa anak nak masuk Tahun 1, kalau Tingkatan 1 lain pula ya dokumennya... Jadi, sila sediakan salinan banyak-banyak dan sahkan... 

Siapa boleh sahkan???
1. Pegawai Kumpulan A seperti guru besar, pengetua, atau pegawai kerajaan Gred DG41 ke atas.
2. Ketua kampung, penghulu ataupun JKKK

Mudah je daftar anak secara manual... 

Yang terbaru, tahun ni secara online pun ada... Tapi MF rasa bagi yang dah daftar manual di sekolah tak perlu kot secara online... Dan jika online ada masalah sekurangnya dah buat manual.

Apa pun MF cuba juga Daftar Masuk untuk lihat keperluannya... 

Mudah sahaja... 
Pergi ke laman web ini : https://public.moe.gov.my/


Klik kepada "PENGGUNA BARU"


Isikan borang/maklumat yang dikehendaki... 
Bila dah berjaya, boleh terus "DAFTAR MASUK"

Cubaan MF masuk tadi tak boleh nak semak permohonan ataupun buat permohonan baru.. bila klik keluar balik ke halaman utama. 

Tapi lepas guna Mozilla Firefox baru ok... Jadi, jangan guna Google Chrome walaupun dia kata boleh guna... Guna Mozilla Firefox.. 

Lagipun website ni adalah pertama kali diperluaskan ke seluruh negeri tahun ni... sebelum hanya negeri Selangor sahaja buat permohonan online ni... Mungkin sebab tu juga ada sedikit kelemahan di situ... 

Bagi negeri Selangor sahaja.. daftar di sini: https://esppsel.moe.gov.my/



Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)

Semakan keputusan permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2017 akan dibuka mulai 16 Julai 2016 bagi negeri Selangor dan 15 Julai 2016 bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Itulah sedikit sebanyak info mengenai cara daftar anak tahun 1.. 

Ok, bagi tingkatan 1 next time MF akan kongsikan... 

Perkongsian dari jadi ibu dan guru... Jadi, tahu la serba sedikit keperluan apa yang diperlukan untuk anak yang bakal mulakan persekolahan. 

SUSU KAMBING UNTUK BAYI 6 BULAN, ADA KE?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ramai tengok orang berlumba-lumba jual susu kambing... dan yang terbaru, katanya susu kambing sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas... betul ke sesuai???

Menurut Persatuan Doktor Pakar Kanak-kanak Amerika Syarikat (AAP), susu kambing tidak disyorkan untuk bayi lingkungan umur satu tahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak menepati keperluan bayi. Susu kambing mempunyai kurang zat besi, folate, vitamin C,D,B, thiamin, niacin dan pelbagai zat nutrisi lain berbanding dengan susu ibu.
 
Susu kambing mengandungi sodium yang tinggi (seperti susu lembu) dan sangat tinggi dalam klorida dan kalium, yang membuatkan buah pinggang bayi bekerja dengan lebih kuat.
 
Ia juga boleh menyebabkan pendarahan usus dan boleh menyebabkan anemia. Kekurangan asid folik dalam susu kambing boleh membawa kepada masalah anemia megaloblastic. Juga, bayi yang alah kepada protein susu lembu juga sering alah kepada susu kambing juga.
 
Tidak dinafikan susu kambing mempunyai beberapa kelebihan untuk orang dewasa, tetapi kajian terkini menunjukkan ianya tidak sesuai untuk bayi hingga umur lingkungan setahun(mungkin lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak).
 
Jika kita memperhalusi sirah sejarah baginda Rasulullah SAW,baginda turut disusu ibu oleh ibu susuan sehingga berusia 2 tahun, lantas menunjukkan kepentingan penyusuan ibu dan segala kebaikan dari penyusuan ibu (mengatasi segala jenis susu dan formula di dunia).
 
Berdasarkan ini, saya berpendapat memberi susu kambing pada bayi bukanlah sunnah. Belum ada bukti yang sahih yang mengatakan memberikan susu kambing pada bayi bawah 2 tahun adalah satu sunnah, sama ada berdasarkan hadis atau riwayat ulamak muktabar.
 
Kalau diberikan pada orang dewasa, mungkin memberikan kebaikan.  Jadi jika mahu berikan susu kambing mungkin sesuai selepas berusia dua tahun. Bayi berumur dua tahun ke bawah, berikan susu ibu sepenuhnya, jika mampu.
Sumber: Dr. Zubaidi Ahmad


Jadi, pilihan yang ada jika kekurangan susu badan, ialah usaha + doa + tawakal yang berterusan... Pilihan kedua, berusaha mencari ibu susuan... dan memberikan susu lembu atau susu kambing adalah pilihan terakhir jika kekurangan susu ibu... 


Nampaknya, MF masih ada lagi peluang... Cabaran menyusu anak ketiga... Fuhh.. moga Allah beri kekuatan... "Lapangkanlah rezeki susu Fariqa Ya Allah... hingga usianya 2 tahun..."

Apa pun buat penjual susu kambing, jangan memandai nak kata sesuatu tu sunnah Nabi s.a.w kalau tiada dalil yang sahih... semata-mata nak lakukan produk anda!

Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya melakukan pendustaan terhadap aku tidak sama seperti melakukan pendustaan ke atas orang lain. Maka sesiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja maka bersedialah tempat tinggalnya di dalam api neraka.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

22 Februari 2017

WW | Tekanan Darah Tinggi VS Tekanan Darah Rendah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





MF DARI FAMILY YANG ADA TEKANAN DARAH RENDAH
SUAMI MF DARI FAMILY YANG ADA TEKANAN DARAH TINGGI

Anak-anak kira stabil la kan...

Kena jaga bab tekanan darah, terutama darah tinggi...sebab boleh bawa kematian mengejut!

21 Februari 2017

HAL ARTIS BOLEH JE BACA, APA SALAHANYA LUANGKAN MASA BACA HAL INI KEJAP!

HAL ARTIS BOLEH JE BACA, APA SALAHANYA LUANGKAN MASA BACA HAL INI KEJAP!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Setiap hari ada saja kisah mencuri, merompak, merogol dan sebagainya..  Seperti biasa bila ada kes begini.. Komen netizen ialah "buat aje hukum hudud, selesai masalah"... 

Ya!!! Diakui... Hukum hudud dan hukum syariat Islam hukum terbaik dalam mengawal jenayah...  Tapi sejauh mana kita faham hukum hudud? 

Ada yang menyokong dan ada juga menentang...  Sememangnya hukum menentang hukuman hudud ni berdosa... Tapi nak sokong dan nak tentang hukum hudud ni baik kita faham... Biarlah kita buat keputusan tu dengan ilmu... Bukan ikut kata orang... 

Jadi... MF nak kongsikan satu artikel penjelasan hukum hudud yang buatkan semua orang akan lebih faham tentang hukum hudud... 

Ambillah sedikit masa untuk baca... Tak rugi..  Tapi anda akan rasa ilmu anda bertambah selepas baca artikel ini... 


Sumber: google images

Happy reading...😊

Hari ini aku baru habis paper pertama iaitu Evidence And Procedure Syariah Court atau dalam bahasa Melayunya, Pembuktian dan Prosedur Mahkamah Syariah.  
1) Satu benda yang aku nak kongsi adalah, sebenarnya nak mengenakan hukuman Hudud ni sebenarnya amat payah. Aku rasa kalau Hudud ni dijalankan kat Malaysia, dalam 10 tahun ada lah 3-5 orang je yang kena hukum Hudud.  
Kenapa aku cakap macam ni?  
Sebab, nak buktikan sesuatu sehingga seseorang itu dihukum Hudud, amat ketat sekali.  
2) Contohnya, seorang lelaki dan seorang perempuan ditangkap kerana berzina.  
Si lelaki mengaku bersalah kat Mahkamah, tapi tetibe perempuan tu pulak tak mengaku salah. Padahal diorang sama - sama kena tangkap.  
Bila keluar keputusan, yang si lelaki kena Hudud, tapi yang perempuan kena Takzir je. Tak kena Hudud pun si perempuan ni. Sebab, pengakuan si lelaki ni hanya untuk dia sahaja, dan tak boleh libatkan perempuan tu sekali.  
Ini ikut pendapat Shafie, Ahmad dan Malik. Kalau ikut pendapat Hanafi, lagilah. Dua-dua lelaki dan perempuan ni tak kena Hudud langsung kerana pengakuan itu mengandungi keraguan.  
3) Dari segi saksi, even ada 4 orang yang tengok perbuatan zina tu sebetul-betulnya, tapi daripada 4 saksi tu salah seorangnya wanita, maka kedua-dua pesalah zina ini tidak boleh dikenakan hukum Hudud.  
4) Dari segi Qarinah, atau dalam bahasa Melayunya Bukti Keadaan Sekeliling (betulkan kalau salah), kalau penguatkuasa terjumpa seorang perempuan bujang yang mengandung, mahkamah tak boleh assume yang perempuan ni pernah berzina. Ini kalau ikut Hanafi, Shafie dan Hanbali.  
Bayangkan, padahal perempuan tu tak kahwin lagi kot. Dah tentu-tentu lah zina. Tapi, mazhab Hanbali kata apa? Mereka kata, kita tak boleh kenakan Hudud ke atas perempuan ni, walaupun tahu dah dia ni hamil di luar nikah sebab mungkin perempuan ni dirogol atau termengandung secara tak sengaja.  
Pergh. Punyalah Islam berbaik sangka pada umat dia.  
5) Ada satu istilah dinamakan sebagai Al-Ra'yu Al-Khabir atau dalam bahasa Melayunya Pendapat Orang Yang Pakar. Dalam perundangan Islam, pengakuan si pelaku dan saksi merupakan bukti terpenting untuk mengenakan apa-apa hukuman.  
Namun, salah satu bukti terpenting selain daripada kedua-dua itu adalah, Pendapat Orang Yang Pakar. Pendapat Orang Pakar ini maksudnya keputusan DNA dari Forensik, penentuan dara seorang wanita dan pemeriksaan tulisan manusia.  
Dalam Mazhab Hanbali, sekiranya ada lelaki dan perempuan ditangkap berzina, dah cukup dah 4 saksi lelaki yang adil yang nampak kemaluan lelaki itu sudah masuk ke dalam kemaluan perempuan, tetapi, apabila doktor pakar mendapati bahawa perempuan itu masih dara, maka, tak boleh dikenakan hukuman Hudud ke atas mereka berdua disebabkan ada keraguan. 

6) Kalau kita bincang isu Iqrar atau dalam bahasa Melayunya pengakuan, kita akan terkejut tengok fakta-fakta ini: 
i- Sekiranya seseorang itu mengaku kesalahan yang dia buat, kemudian sebelum hakim jatuhkan hukuman, tiba-tiba dia tak mengaku salah. Pada pendapat Mazhab Hanafi, orang itu tak boleh dikenakan Hudud.  
ii- Jika seseorang itu mengaku salah, lepas tu Hakim dah jatuhkan hukuman dah, tinggal nak rotan je, tiba-tiba orang ni tarik balik pengakuan dia. Ikut Imam Abu Hanifah, orang ini tak boleh dikenakan Hudud, dan Hakim perlu buat keputusan baru.  
iii- Walau bagaimanapun, mazhab Shafie, Maliki dan Imam Ahmad kata, kalau lah dia tarik balik pengakuan dia, tapi bukti-bukti dah cukup, dia kena juga Hudud.  
iv- Kalau ikut Imam Abu Hanifah, kalau kat luar dia mengaku salah, tapi bila dalam court dia tak mengaku salah, court akan kira dia tak mengaku salah. 
v- Kalau seorang saksi tu, mula-mula cakap dia nampak orang ni buat salah, lepas hakim buat keputusan, tiba-tiba saksi ni kata dia tak nampak. So, hakim kena buat balik keputusan, dan orang tu tak boleh kena Hudud.  
7) Adakah apabila seseorang tu tak kena Hudud, maka dia dilepaskan gitu saja? Oi, senang la macam tu, sebab kurang bukti, dia dilepaskan macam tu. Gitu?  
Takkk. Dia tetap akan bersalah cuma dihukum bawah hukuman Takzir. Takzir ni level dia bawah Hudud, namun ia bukan satu hukuman ringan. Ia satu hukuman yang berat juga, tapi tak boleh sama dengan Hudud.  
Maksudnya, kalaulah macam kes lelaki mengaku, tapi perempuan tak mengaku berzina, padahal kedua-duanya ditangkap sama. Lelaki tu kena Hudud dengan disebat 100 kali, tapi, yang perempuan tu mungkin kena sebat 50 kali je.  
Di Malaysia, even kita tak guna Hudud, tetapi kita guna Takzir. 

8) Dalam Malaysia ni, ada 4 jenis golongan.
Golongan pertama, orang yang tentang Hudud tapi tak tahu Hudud tu apa.  
Golongan kedua, orang yang tentang Hudud dan dia tahu Hudud tu apa.  
Golongan ketiga, orang yang sokong Hudud dan tahu Hudud tu apa.  
Golongan keempat, orang yang sokong Hudud tapi tak tahu mende pasal Hudud ni.  
9) Orang yang paling bahaya sebenarnya orang yang keempat, sebab dia sokong sesuatu tapi tak tahu dia sokong apa.  
Orang yang sokong tapi tak tahu apa yang dia sokong kesan buruknya sangat banyak. Antaranya, golongan macam ni lah yang akan buat orang lain salah faham pasal Hudud. Lastnya, disebabkan dia, orang bukan saja meluat dengan Hudud, malah jadi penentang pulak.  
Pernah sekali tu, aku baca satu komen, kata dia, Hukum hudud ni perlu dijalankan di Malaysia sebab boleh bagi hukuman setimpal kepada pembunuh-pembunuh Malaysia.  
10) Bang, Hudud ni cover 7 jenayah je. Minum arak, fitnah orang berzina (qazaf), zina, mencuri, merompak, memberontak pada pemerintah adil dan murtad.
Yang jenayah lain tak disebutkan di atas, semuanya di bawah jenayah Qisas dan Takzir.  
Bunuh, pukul orang, cederakan orang, sakitkan badan orang, ni semua Qisas. Qisas ni 'kau buat aku, kau kena balik'. Membunuh bukan jenayah Hudud, tetapi ia Qisas.  
Jenayah lain, bukan Islam tak cover, tetapi Islam bagi ruang kepada pemerintah untok tulis undang-undang sendiri yang adil bagi hukum pesalah-pesalah jenayah lain. Yang penting, jenayah Hudud dan Qisas ni jangan diubah.  
11) Berdasarkan informasi tentang Hudud yang aku bagi tadi, jelaslah sebenarnya bukan mudah nak jatuhkan hukuman Hudud ni.  
Pesalah tu mungkin dibicara atas tuduhan dalam Hudud, tetapi hukuman dia kemungkinan besar Takzir 
Ye lah, kau bayangkan, sedikit saja kesilapan atau keraguan dalam bukti, terus tak boleh Hudud. Nak jatuhkan hukuman Hudud ni, dia punya teliti, sampaikan walau secoit benda tak ikut syarat hukuman, makan Hudud tu tak boleh dilaksanakan.  
12) Di Malaysia, kita dah amalkan beberapa prinsipal Hudud, sepertimana yang terkandung dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah 1997. Di Brunei pun ada, iaitu Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013. 
'Abang besar' bagi hukum Islam di zaman moden ini adalah Pakistan, iaitu mereka menggunakan Pakistan Penal Code dan Qanun Ash-Shahadah Order Pakistan 1984. Ni antara rujukan yang boleh kau selak untuk membaca pelaksanaan hukum Islam.  
13) Apabila study pasal benda ni, aku boleh simpulkan bahawa hukum Hudud ini bukanlah hukuman asal, tetapi ia hukuman terakhir yang bakal dikenakan. Bukan orang biasa-biasa yang kena hukum Hudud ni.  
Kau tengok ada berita pasal kecurian, kau pun tulis komen, "Ni kalau ada Hudud ni, mesti dah kena potong tangan".  
No no no. Bukan semudah itu nak potong tangan woi! Jangan disebabkan kau jahil, kau buat statement jahil, lepas tu orang lain nampak Hudud ni sikit-sikit potong tangan.  
Hukuman Hudud ni dikenakan pada orang yang betul-betul layak dikenakan. Bukan sebab curi tin Milo pun dah kena potong tangan. Aduh.  
Sebelum sokong apa-apa, pastikan kau ada ilmu dulu, ok? Bukak Gooogle, bacalah beribu-ribu artikel pasal Hudud. Rajin sikit buat kajian. Kalau ada masa nak main Facebook, takkan takde masa gali ilmu pasal benda-benda macam ni kan?  
14) Susah nak jatuhkan hukuman Hudud ni. Jadi, kita nak takut apa sebenarnya?
#copypaste
#MufarwaFarid
(Artikel ditulis pada 27 Dec 2016)

See... Dah baca habis kan.. Rugi tak baca??? Nampak macam tak penting... Tapi ni ilmu Islam kena la ambil tahu dan ambil kisah... Jangan kata "aku bukan hakim atau peguam nak ambil tahu pasal ni" No no no... Ini ilmu ada dalam al-Quran ye... Tak boleh tolak... Rugilah baca Quran tapi tak tau... Sekurang-kurangnya kalau ada orang bukan Islam tanya.. Ko boleh jawab... Dan ini secara tak langsung ko berdakwah... Kan mudah tu... Dapat pahala mudah je kan.. Dari ko dok ambil kisah pasal retis je kan... Baiklah ambil kisah pasal ilmu Islam sikit... Takde salahnya... Bahkan dapat pahala... 

Kita tak banyak pahala... Jadi, tak payah nak tambah dosa kan.. 😊

Thanks reading... Moga bermanfaat... 
13 KISAH BURUNG MENURUT AL-QURAN

13 KISAH BURUNG MENURUT AL-QURAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baru-baru ni berlaku fenomena burung purple menyerang Facebook... dah reda sikit dah sekarang... MF takde lah terjebak dengan burung tu... Takde faedah rasanya... Dan sekarang ni lagilah tak layan icon pelik-pelik sebab dah uninstall facebook dan guna Facebook Lite yang lebih ringan.. maklumlah handphone tua dah kan.. Smartphone ni kalau lebih 3 tahun kira tua dah tu... Tak kan tukar atau beli smartphone lain selagi boleh guna yang tu.. walaupun dah retak seribu dah screen belakang tu.. 


Sumber: Google images

Ok.. Back to our topic... Disebabkan burung tu jadi viral.. MF nak kongsikan artikel menarik iaitu kisah burung yang terdapat dalam al-Quran... 

Jom baca..


# KISAH 1
Burung adalah makhluk ciptaan Allah. 

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan." [Surah 6 Al-An’am: 38] 

Sebahagian Mufassirin menafsirkan Al-Kitab itu dengan Luh Mahfudz dengan erti bahawa nasib semua makhluk itu sudah dituliskan (ditetapkan) dalam Luh Mahfudz. Dan ada pula yang menafsirkannya dengan Al-Quran dengan erti: dalam Al-Quran itu telah ada pokok-pokok agama, norma-norma, hukum-hukum, hikmah-hikmah dan pimpinan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat, dan kebahagiaan makhluk pada umumnya.

# KISAH 2
Burung terbang dengan izin Allah.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman." [Surah 16 An-Nahl:79] 

Maksudnya: "Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha melihat segala sesuatu." [Surah 67 Al-Mulk: 19] 


# KISAH 3
Bilakah Burung Bertasbih Memuji Allah?


Burung bertasbih dengan mengembangkan sayapnya. Subhanallah ! Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan." [Surah 24 An-Nuur: 41] 

# KISAH 4
Burung bertasbih bersama Nabi Daud.

Maksudnya: "Dan telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. dan Kamilah yang melakukannya." [Surah 21 Al-Anbiyaa’: 79]

Maksudnya: (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", [Surah 34 Saba’: 10]

# KISAH 5
Belajar dari burung gagak.

Maksudnya: "Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil: "Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." [Surah 5 Al-Maidah : 31] 

Dipahami dari ayat Ini bahawa manusia banyak pula mengambil pelajaran dari alam dan jangan segan-segan mengambil pelajaran dari yang lebih rendah tingkatan pengetahuannya.

# KISAH 6
Hidup setelah mati.

Maksudnya: "Dan (Ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera." dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [Surah 2 Al-Baqarah: 260] 

# KISAH 7
Nabi Isa menciptakan burung dari tanah.

Maksudnya: "Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israil (yang Berkata kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; Kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah;" [Surah 3 Ali Imran: 49] 

Maksudnya:  "Dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan izin-Ku." [Surah 5 Al-Maidah:110] 

# KISAH 8
Burung dalam mimpi.

Maksudnya: "Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. berkatalah salah seorang diantara keduanya: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku memeras anggur." dan yang lainnya berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung." berikanlah kepada kami ta'birnya; Sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai (mena'birkan mimpi)." [Surah 12 Yusuf:36] 

Menurut riwayat dua orang pemuda itu adalah pelayan-pelayan raja; seorang pelayan yang menguruskan minuman raja dan yang seorang lagi tukang buat roti.

Maksudnya: "Hai kedua penghuni penjara: "Adapun salah seorang diantara kamu berdua, akan memberi minuman tuannya dengan khamar; adapun yang seorang lagi maka ia akan disalib, lalu burung memakan sebahagian dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya (kepadaku)." [Surah Yusuf: 41] 

# KISAH 9
Burung; Nabi Daud dan Sulaiman.

Maksudnya: "Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata". Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan)."  [Surah An-Naml: 16-17] 

Nabi Sulaiman menggantikan kenabian dan kerajaan nabi Daud 'alaihissalam serta mewarisi ilmu pengetahuannya dan Kitab Zabur yang diturunkan kepadanya.

Maksudnya: "Dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. masing-masingnya amat taat kepada Allah." [Surah 38 Shaad: 19] 

# KISAH 10
Hud-hud burung yang beriman.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan dia (Nabi Sulaiman) memeriksa burung-burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat hud-hud (sejenis burung pelatuk), apakah dia termasuk yang tidak hadir. Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang". Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita (ratu Balqis) yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, Agar mereka tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan yang disembah kecuali Dia, Tuhan yang mempunyai 'Arsy yang besar". Berkata Sulaiman: "Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta. Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkan kepada mereka, Kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan" [Surah 27 An-Naml: 20-28] 

# KISAH 11
Jatuh disambar burung.

Maksudnya: "Dan barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh." [Surah 22 Al-Hajj: 31]

# KISAH 12
Burung pelempar batu.

Maksudnya: "Dan dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar," [Surah 105 Al-Fiil: 3-4]

# KISAH 13
Daging burung makanan penghuni Surga.

Maksudnya: "Dan daging burung dari apa yang mereka (penghuni surga) inginkan." [Surah 56 Al-Waqi’ah: 21] 

Semoga Allah memberi kita nikmat makan daging burung di dunia dan di akhirat. Amiiin! Susah nak dapat makan daging burung ni... Pernah MF mengidam nak makan burung puyuh... punyalah susah nak dapat... ALhamdulillah.. rezeki juga.. dapat makan masa bulan Ramadhan.